Salam Awal Muharram untuk semua.semoga sahabat2 saya semuanya sentiasa di bawah lembayung rahmat dan redha Rabbul Izzati.
Pada ketika ini, saya berada di Kuwait, menunggu penerbangan seterusnya untuk pulang ke Malaysia.6jam transit di sini saya dan mr.Faris mengambil keputusan untuk berehat di airline lounge yg agak selesa. Dan kesempatan yg ada saya gunakan utk mengupdate blog kesayangan saya ini. Sungguh saya teramat rindu dgn sahabat2 saya semua...
Semalam, tanggal 1 Muharram saya dan suami di Cairo, Egypt. Dan detik itu berjaya mengundang airmata saya lagi. Lebih sebulan yg lalu saya menunggu2 tanggal ini. Telah saya pahatkan kemas2 dalam hati bahawa 1 Muharram ini saya akan lahirkan seorang Sumayyah yg baru - tidak byk yg saya azamkan. Cuma untuk menjadi hamba yg diredhai dan sentiasa meredhai. Cukup. Hanya satu. Tapi rupanya yg satu itulah yg sukar untuk dicapai. Yg satu itu jugalah yg byk diuji. Bukan senang untuk meredhai dan diredhai.
Sehari sebelum 1 Muharram, saya mendapat msj dari ummi (ibu mertua saya)"sempena 1 muharram esok ummi doakan anak2 ummi di perantauan mendapat rahmat dan berkat Allah" - lebih kurang begitu bunyinya- entah bagaimana peringatan itu bagai angin lalu. Tak melekat di hati. Padahal tanggal satu muharram inilah yg saya tunggu lebih sebulan yg lalu. Kuasa Allah. Dia menetapkan begitu.
Siangnya saya teringat sesuatu...result exam saya!! Kemudahan internet di bandar cairo sgt terhad, melainkan terpaksa ke cyber cafe dan terpaksa berkomunikasi dgn bahasa isyarat kerana majoriti masyarakat arab di sana tidak tahu berbahasa inggeris. Risaunya dgn result saya. Akhirnya dgn izin Allah mr.Faris dapat tumpang surf di pejabat pengurusan pelajar2 tahfiz malayisa di sana. Alhamdulillah. Itupun mr.Faris seorang sahaja yg dibenarkan masuk untuk tempoh lbh kurang 15 minit. Pulang ke rumah tumpangan, mr.Faris mengkhabarkan berita kecewa ditelinga saya. Saya hanya diam bila diberitahu cgpa saya 3.3... Ye, siapapun tahu 3.3 bukanlah satu keputusan cemerlang yg blh dijaja ke sana sini dan boleh dibanggakan. Segalanya jauh tersasar dari harapan saya. Saya kecewa. Dan kekecewaan itu membuatkan saya lupa untuk sujud syukur malah tidak juga melafaz syukur dgn rezeki yg Allah berikan itu! Alangkah angkuhnya saya di pagi 1 Muharram!
Itu kisah result...
Dgn kekecewaan yg bersisa (walaupun puas dipujuk mr.Faris), saya dan mr.Faris ke restoran melayu tngaharinya. Mencari nasi dan tomyam! Baru sepuluh langkah berjalan, sekumpulan kecil ank2 arab berusia sekitar 4-8thn datang menarik2 baju kami. Ada yg memegang kaki, ada yg menyeluk saku, ada yg membuka poket beg. Sungguh rimas! Malah beg adik ipar saya putus ditarik!! Saya mendengus dlm hati. Menyumpah2 benci... kejamnya saya..sedangkan mereka adalah anak2 yg diperas sindiket untuk mencuri. Mereka sedang bekerja. Bukannya suka2.. Waktu itu, tak sekelumit pun simpati singgah di hati. Manusiakah saya?
Itu kisah anak-anak arab...
Dan kami seterusnya ke Hussein, satu bazar besar berhampiran universiti al-azhar cairo untuk membeli sedikit cenderahati. Sesaknya yg amat! Berkali2 juga saya dilanggar org2 arab yg badannya 2x ganda saya. Dan berkali2 juga saya hampir jatuh. Aduhai bandar apakah ini? Saya mengeluh lagi. Marah usah cerita. Mr.Faris pula kakinya dipijak oleh kereta tolak yg diguna utk loading barang2.. Aduhai... Singgah di sebuah kedai mencari key chain, tuan kedai menawarkan keychain bentuk salib dgn harga 1 junaih ( bersamaan 50 sen). Harga yg sgt murah, tp saya menolak dgn alasan tidak menyukai bentuk salib itu. "ana muslim. Da alsyakl laisa jayyid ya ammi" itu kata saya tanpa mengetahui bahawa penjual itu beragama kristian! Apa lagi, mengamuk tuan kedai itu. Dia menyumpah seranah saya dan sepupu. Saya juga turut menyumpah seranah dia di dalam hati, ekoran ketidak fasihan saya berbahasa arab ammi. Maka tidak jauhlah bezanya saya dgn dia...saling menyumpah seranah!
Itu kisah kesesakan di bandar hussein!
Dan,pulang dari Hussein, kami mengambil sebuah teksi bermeter. Bertekak dgn driver teksi kerana dia berkeras untuk mengguna jalan yg lbh jauh (yg pastinya menguntungkan dia). Sempat lagi berhenti mengisi minyak tanpa mematikan enjin. Dan pastinya meter terus berjalan. Akhirnya tambanh yg biasanya cuma 10 junaih naik menjadi 19junaih. Lagi menyakitkan bila kami berikan not 20 junaih, dia enggan menyerahkan baki. Malah berkeras mengatakan tambang adalah 20junaih. Jelas dia menipu kami! Kami hampir2 bergaduh, malah terpkasa menengking driver yg selayaknya dipanggil ayah itu. Kerasnya hati saya!
Kesimpulannya...selama 2 minggu di egypt, pada hari 1 muharram juga saya byko diuji..padahal hari2 lain berjlan dgn lancar..itulah kisah 1 muharram di bumi cairo yg jauh tersasar dari impian satu muharram yg telah saya sematkan lebih sebulan yg lalu... Allah maha berkuasa ats segalanya. Dia menetapkN 1 muharram saya akn penuh dgn ujian... Sayangnya saya gagal! Ampunkan hambaMu ini Tuhan...
Biarlah kisah result y tidak mencApai sasaran, kisah kesesakan di hussein, kisah penjual beragama kristian, kisah pemandu teksi yg menipu, atau kisah apa sahaja...saya seharusnya redha dgn segala ketentuan agar saya diredhai..saya khilaf. Saya alpa.saya leka. Saya tidak sedar bahawa ujian yg Allah berikan itu sebenarnya untuk menjadikan saya hamba yg diredhai jika sy meredhai ketentuan..
Salam maal hijrah utk sahabat2 semua..
- merafa' syukur menadah ampun kehadapan Mu ya rabb -