Wednesday, March 26, 2014

KIDS ACTIVITY - GIANT STICKER PART 2

Kepoyoan apekah ini sampai ada part pulak ni?
Keh keh keh....

Second thing boleh buat dgn giant sticker ni adelah "active play".

We sang the "Old Mc Donald Farm" song together. Serius. Seronok sangat.
Sambil anak-anak berlari pusing2 'farm' hasil yang diorang buat sendiri.
Walaupun Iman macam blur dan takleh appreciate sangat apa yang saya dan Imtinan buat, tapi takpela...i believe that she gets something.


Can you see the happy face?

Errr....hope you enjoy the play as well dear Iman. Hihi




This man acted as the Old Mc Donald.

Third thing ; Macamana nak kaitkan aktiviti ni dengan Allah, Muhammad S.A.W, dan kehidupan Islam. Apa yang saya buat adalah ;

1. Ceritakan pada anak-anak, semua haiwan tu Allah yang buat.
2. Ceritakan pada anak-anak bagaimana cara Rasulullah sayangkan haiwan.
3. Terangkan berbuat baik pada haiwan is good deed - sunnah Rasullullah - pahala - Allah sayang.
4. Terangkan buat jahat pada haiwan is bad deed - dosa - Allah tak suka.

Gunakan ayat-ayat yang simple. Gaya bercerita yg bersahaja dan menyeronokkan. Anak-anak mungkin tak faham, who is Allah?Prophet Muhammad? Pahala? Dosa? Mungkin diorang ni too young to understand, but they are never too young to learn. InsyaALLAH in one fine day, anak-anak akan mula bertanya who is ALLAH? Who is Prophet Muhammad S.A.W? Waktu tu be prepared with the answer. Itulah masanya untuk ajarkan pada mereka tentang ALLAH dan Rasulullah. Sebab waktu tu anak-anak tengah "eager to know"....


Ok lah...ni je la untuk hari ni. Kering idea la nak membebel pasal apa.

Kids Activity At Home - GIANT STICKER PART 1

Assalamualaikum.

Ni bile punye aktiviti eh... Last week rasa ni.
Boleh tak taknak explain panjang2..huhu..tak reti la.
Kadang2 pictures can explain better. Hehehe...

Yang diperlukan cuma ini....

Kertas majong @ manila kad. Berapa keping terpulang. Saya guna dua je ni. Combine dua2 keping kertas untuk membentuk satu kertas yang besar. Lekatkan guna selotape je.  


Pastu sketch la drawing masing2 nak macamana. Yang ni temanya 'PETS IN THE PARK'.

Print out few relevant pictures from web. Thanks Mr.google ;p

Potong2.....

Lukislah balik bentuk2 binatang yang nak dilekatkan ut atas kertas majong tadi. Pastu tulis word apa. Sambil2 nak ajar word jgk ni.

Next....Just guide the little fingers do the job. While the mom can slowly say the letter out loud. Macam C-A-T = CAT!!!! Saya pecaya budak2 ni dia absorb semua benda yg kita sebut.


Sesi menampal.

Tetiba IMTINAN cakap : "Eh mama...mana kepala bird?" Kecoh pulak kitorang mencari....

We finally found the bird's head here! Haha...keje budak ni le ni senyap2 koyak picture. Pastu muka tak pernah bersalah ;p
1. Fun - Kids can step on the 'giant paper'. Hope they can 'feel the park' ;p
2. Bright and Colourful pictures - Rangsang minda.
3. Vocabs.
4. Spelling.
5. Using glue - Sensory

BIG BAD BOX 2014


 Assalamualaikum,

Lama mensepikan diri. Takde entri baru. Mode jiwa kacau is ON.
Semalam Mr. Faris ajak pegi Big Bad Box ni. Ok la yuk kita pegi.
Ada la jugak bahan nak update blog suam-suam kuku ni. 

Jujur cakap la ek...orang2 yang hantu buku ni memang tak patut la miss Big Bad Wolf.
Tapi saya selalu sangat miss BBW ni. Susah nak cari terkebetulan Mr.Faris tu off bila time ada BBW. Tu yang baru2 ni pun terlepas jugak. Agaknya bila ada BIG BAD BOX SALE ni tu yang Mr.Faris beria ajak. Kebetulan dia off semalam.

Tapi itulah, yang tinggal pun belen2 BBW je. Tapi tetap heaven jugakla. Penat tapi best. Mr.Faris gelak je. Dia kata jarang tengok saya senyum kalau penat. Hahaha.

Ni first time ek buat Big Bad Box Sale ni ? Buku sgt lah murah. Saya lg prefer yg ni kot dari BBW. Hahahaha. Sebab takyah penat2 nak budget berape eh nak beli...berapa eh nak beli..ala kang amik ni terlebih bajet plak... ha yang ni takde ye perasaan macam tu. Perasaan dia best je. Sebab mula2 masuk, keje korang just pilih kotak saiz mana korang nak. Pastu bayar kotak je. Nanti penuhkan je buku2 dlm kotak tu. Takyah penat2 kira, takyah penat2 pikir. Buku takyah bayar dah. Best kan mcm ni.
Kotak saiz besar RM99
Story book macam ni banyakkkk sgt ada. Ikon yg kat tepi2 tu semua boleh tekan, pastu keluar bunyi. Terlebih seronok dari anak2 nampaknya.. ;p

Macam ni pulak buku yg boleh rekod2...Boleh buat story telling session macam tu. Baca dan rekod. Pastu play balik voice sendiri bagi anak dengar. Barulah kasih ibu ada dimana2 gituuuuu.....


Total rembatan. Macam tak pecaya pulak boleh dapat semua ni dgn harga RM99 je... Semua ni jenis hard cover tau. Adela seketul dua buku nipis. Softpadded pun banyak.




Tapi semua buku anak2 je. Memang target nak beli untuk diorang je. Mak nye ni buku kat rumah dah banyak, tu pun belum habis baca lagi. Kesian tengok anak-anak duk usung buku sama je. Hehe... Bila Imtinan tanya 'Mama, bila nak pegi beli buku baru?" Haaaa....baru tersedar dah lama rupanya tak bwk budak2 shopping buku. Semalam seronoknye la hai Imtinan dgn Iman pilih buku. Letak kotak ats stroller, suh diorang pilih isikan dlm kotak. Eh tapi lepas tu Papa pilih balik la...hehehe...

Sape2 nak pegi sila lah... Sempat lagi ni... sampai 30/3. Tempat cam biasa la kat Mines convention centre.

TaTa........

Sunday, March 9, 2014

Saat Doa Adalah Segalanya.

Malam semalam, tdo lambat. Setelkan hal rumah, setelkan bahan untuk aktiviti "homeschool" anak2. 4 pagi jgk kot tdo. Lepas Subuh sambung tdo balik. Mr.Faris awal2 lagi dah bangun study, prepare apa2 yg patut. Semalam second day simulator dia. Pukul 8 pagi mcm tu, Mr.Faris kejut..

Yang...bangun yang... Ada aircraft went missing.

Saya : Aircraft apa? (Sambil mamai2).

Triple 7 yang.. (B777). Operate pegi Beijing.

Saya : Airline mana?

MAS lah...

Sambung tarik selimut balik...takde apa2 lah...MAS kot...takkanlsh..Serius mengantuk sgt2. Mata takleh buka. Sambung tido....huhu..

Pukul 10 bangun mcm teringat-ingat apa yg mr.Faris bgtau. Pegi bilik dia tgh study. Tengok dia tak study pun. Lah abg buat apa ni? Jap lagi exam tu... (Mula nak membebel dah...)

Mr.Faris : Abg tak boleh la yang...

Lama saya tgk dia...cuba paham apa yg dia rasa. Nampak airmuka sendu dia. Saya jenguk tgk dia tgh ushar email senarai nama crew yg ada dlm B777-200 yg hilang tu..

Abg kenal ke kapten dgn FO (flight officer) tu?

Mr.Faris : Kenal... FO tu junior abg kat flying school dulu. Takla close sgt. Tp member sembang2 jgk la..Kapten tu plk instructor (jurulatih) tu...

Saya : Macamana blh went missing?

Mr.Faris : ntahla...weird case jgk ni... (Then we discussed all the possibilities and theories of bla bla bla and bla.......)

Dah hbs dia brief teori semua tu..saya suruh dia sambung study. Tp dia kata dia tak boleh.

Saya : Agaknya sbb tu training flight kot? FO belum biasa lg dgn function aircraft tu? (Cuba2 nak sogok teori kurang bijak la kononnya...) Dia geleng. Muka serius. Tp kosong. Muka kosong paham tak camana? Huhu...

Mr.Faris : This is B777. Not B737...walopon training tp dia dah biasa operate flight. Lainlah training B737..org bru nak sentuh aircraft...Plus kapten tu instructor yang..byk experience dia tu..Bukan senang nak jadi examiner ni...

Mmg nampak sgt dia mcm tak brapa nak tentu arah. Nampak keadaan dia tu mcm "berat". Eh tak tau la nak cakap camana.

Saya : Abg kenapa? Ada apa2 nak kongsikan dgn ayang x?

Mr.Faris : hurm...takpelah ayg g la mandikan budak2...i'm okey...insyaAllah.

Lamaaaaa lepas tu tgh siapkan ank2 kt bilik Master, Mr.Faris tetiba masuk bilik...
Dia kata dia nak peluk saya...

Saya : abang...kita doa la biar selamat. Takde apa2 tu. Semua ok.. Abg jgn risau sgt lah..priority goes to your simulator kejap lg. Habis sim kita borak balik psl ni..ok?

Mr.Faris dia tenung mata saya dalam. Lama... Pastu dia cakap :
"Ayang...that was abg punya flight tu yang. What if abg tolak offer untuk tukar ke AIRBUS A380 hari tu? And what if last night flight to Beijing tu abg yg operate?"

Nampak jelas sangat sendu kat muka dia. Ok paham dah kenapa. Paham dah. Sebab sebelum ni memang dia pun selalu operate B777 ke beijing tu.

Lepas tu Mr.Faris kelua pegi Subang, attend simulator test dia. Saya pulak tersendu sorang kat umah. Malamnye lepas Mr.Faris balik, kitorang pegi KLIA. Keadaan kt KLIA tu biasa je. Takde la chaotic ke apa. Sbb dah malam pun kan...Tp feel dia sgt lain. Seramai2 ummat manusia kat situ, keadaan tetap sunyi...muka staff2 pun nampak lesu je.

Uneasy feeling.

Dari pagi semalam sampai ke hari ni, dia tetap mcm tu. Saya pun takde rasa nak senyum. Takde rasa nak ketawa. Cud you guys imagine how a cheerful hubby and a talkative wife suddenly turn.............
(I have no word to put)
Takde semangat.
Lemah longlai.
Letih.

Padahal we dont have any family member involved in the accident pun. Sekarang ni rasa nak nangis je utk lepaskan sebak dan sayu...

Cuba buat list senarai barang yg nak beli hari ni...after 1 hour :



Ni je blh tulis. Tak tau nak tulih apa. Blank. Seriusly tak blh fokus. Mr.Faris pun smlm tak study pun. Balik dari KLIA, terus tdo... Dia cakap dia rasa penaaaaaaat sgt. Sangat-sangat penat. Huhu....

Ok cukuplah kisah sendu kami ni.

Kalau kitorang yag takde kaitan mana ni pun boleh terasa dgn kehilangan tu. What more the family members? As human, i please all of you do not spread any unofficial information. Please please please.

Takyah share eh kalau takat news tu dari status facebook ke, print screen twitter ke, whatsapp ke...if u really believe on any information, just direct away inform the authority..




Ni pun org share kat whatsapp jgk.
Mana proof? Kalau ye betul pun takyah spread lg. Tunggu authority confirmkan dulu. Yg cakap terselamat pun tak kurang jugak. Selamba je up status "pesawat dah selamat mendarat di vietnam. Semua mangsa selamat". I hope this is true. I really hope. But please dont spread it yet. What if it turns wrong?

Fikir keadaan family mangsa same lah. Mak ayah. Wife. Anak2. Siblings. Seronoknye bila tgk org kata selamat. Dah hepi seronok gembira semua.....Tp rupanya sebaliknya? Paham tak rasa tu camana? Ni soal nyawa manusia. Soal keselamatan. Bukan benda main2 yg boleh jadikan medan pertandingan "sape cepat up latest news dia hebat". Tolong eh pikir family mangsa tu. Cer kalau victim tu adik beradik korang? Mak ayah korang? Anak korang?

Ada jgk status yg ckp "Macamana pun aircraft tu xleh nak terbang dah. Dah habsi minyak. Samada meletup atau terjunam dalam laut dah tu". Amboiii sedapnye. Takpe nak pikir mcm tu pun takpe. Tapi pikir je cukuplah. Nak speculate apa pun speculatelah...tp biar among korang je. Takyah nak spread secara worldwide sgt.

Tu yg si Shariman Omar tu apa cerite la pulak duk up kata pilot pas lah. Pilot pas bo*** lah apelah...ni sape yang bo*** tak tau lah ni. Nampak muka si shariman ni macam dah 30an. Tp taktaula kot jenis muka nampak tua tp sebenarnya baru umur 12 tahun (lahhhh sangattttt). Sape tau kan? (Nada menyindir) . Yang kita ni nak letak picture pun x mampu je. Rasa sebak pulak nak tenung muka FO tu. Dia blh bantai cakap mcm tu? Tetiba esok2 ni jadi saspek baru tahu. Cepatlah insaf encik shariman oiii.

Apapun biarlah doa tu jgn putus. Letakkan keyakinan pada Allah. Let us unite and pray for the aircraft to come back. Come back and come back. Whether there is news hidden or not biarlah...dah luar bidang kuasa kita. Selamat dulu. Lepas tu baru kita pikir apa punca blh jadi mcm tu. Saat sekarang ni cuma DOA je yg boleh bantu. DOA je medium kita dgn ALLAH. Doalah bersungguh2, dgn penuh pengharapan yg ALLAH MENDENGAR DOA kita. Jgn pandai up kat fb je suruh doa tapi belakang tak doa pon???

Latest PC saya tgk kat tv3 tghari tadi yang kata dah dapat detect radar (through radar tentera). The aircraft MAY BE penah turn back. Maknanya dlm keadaan cemas di malam kejadian tu, diorang dah divert ke mana2 airport, top up minyak, dan turn back. Ataupun terus turn back..(tak sure)..and then hilang balik. Bunyi mcm tak logik la tapi. Sebab kalau dah stop mana2 airport sekalipun kena contact control tower jgk kan untuk inform. Takpelah. Apapun KEMUNGKINAN tu ada. Keajaiban tu hanya milik ALLAH. Bila dia berkata "kun" maka terjadilah benda tu. Allah sahaja yg mampu ubah takdir.

Seriously saya mmg follow sungguh2 berita kehilangan ni. Deep inside ada sesuatu yg mendorong saya utk "ambil tahu". Saya pun tak tau kenapa. Mungkin sbb tu berkait dgn bidang kerja Mr.Faris. Ntah.

I said to him once; "If i am an heir of bangsawan, i wouldnt allow u to work as pilot. Anymore."

He replied ; "i wish too...."

Smile.... :-)

Semalam i said the same thing to him again. Dia pandang saya pastu dia cakap :

"Fatal accident could happen anywhere. Kereta eksiden. Motor eksiden. Bas eksiden. Cedera ke, meninggal ke, kat mana2 boleh terjadi. Kat mana jasad kita tu tak penting. Kat mana kubur kita pun tak penting. Kat laut ke, kat darat ke, kat perut haiwan sekalipun jasad kita tak penting. Sebab roh akan pergi menghadap tuhan juga. YANG PENTING MACAMANA KEADAAN ROH KITA WAKTU MENGHADAP ALLAH. "

Terpaku sikit dapat peringatan macam tu. Betul jgk.





-Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 6, 2014

Life


Hari2 bangun pagi solat Subuh.
Lepas Subuh buat breakfast (kalau hasben nak makan).
Kalau tak sambung tido balik.
Bangun.
Golek2 dengan anak-anak, mandi sama2.

Breakfast seadanya.
Beraktiviti dgn anak-anak.

Tengahari masak. Lunch sama2.
Sambung aktiviti.
Kudapan petang anak-anak.
Masak dinner. Makan dinner.
Pastu mandi.
Atau mandi dulu, kemudian makan malam.
Bedtime story session.
Anak-anak tido.

Mak bangun, setelkan laundry.
Kemas ruang tamu.
Kemas dapur.
Sidai baju.
Lipat kain.
Iron baju.
Blogwalking.
Update entri kalau ada modal bersembang.
Prepare bahan utk aktiviti ank2 esok.
Tidur

Life yg nampak simple tapi tak berapa nak simple mana pun.
(Perlukan kekuatan fizikal sikit lah. Kalau asyik tak laraaaat je mmg tak terbuat semua keje2 rumah tu.)

Sampai satu tahap, terfikir satu perkara....
Mananye sumbangan aku pada masyarakat?
Dari pagi sampai ke pagi esoknya...Mana? Ntah la....
Walaupun dulu bila abah mertua persoalkan isu ni, saya mmg yakin yang menghasilkan anak-anak yg hebat tu pun satu sumbangan pada masyarakat. Sumbangan jangka masa panjang.

Tapi...Ntah, kadang2 mcm takut. Ye ke apa yg aku buat untuk anak-anak ni? Betul ke didikan yg aku bagi ni? Mampu ke menghasilkan anak yg cemerlang? Kalau AL-Fateh mampu menakluk kota Costantinople pada usia belasan tahun (17 ke 18 lupa) ..kalau Salehuddin AL-Ayubi mampu mengetuai angkatan perang ke Baitul Maqdis, pon di usia belasan tahun (13 tahun kalau tak silap)...kalau Fatimah Azzahra putri Rasulullah wafat diusia 29 tahun (lebih kurang) dgn jasa yg sangat banyak pada agama....siapa pula Sofiyya Imtinan dan Sofiyya Iman di usia belasan tahun nanti? Cuma di sekolah bertarung utk SPM sahaja kah? Kalaupun dapat 40A sekalipun, belum cukup hebat tu. Ke mana nak bawa A tu? Macamana nak jadikan A tu satu sumbangan untuk agama? Kalau setakat nak suruh org pandang yg kita bijak kita bagus itu dah lari dari tujuan asal...Kalau setakat nak keja best dpt income masyuk..pon lagilah lari jauh tujuannya...

Ataupun sama macam mak dia ni...umur dah 28, masih terkial2 nak update blog pun tak reti. Muqaddam pun tak habis hafal. 30 juzuk apetah lagi. Hadis 40 jauh sekali. Sunan Sittah lagiiiiilah tak nampak bayang. 'Kitab' undang-undang tu tolak je ketepi dulu. Bukan tak penting. Tapi apelah sangat undang2 manusia jika dibandingkan dgn kanun Allah?

Malu pada diri sendiri.....

Kena lakukan sesuatu ni...yes yes kena lakukan sesuatu sebelum terlambat.
Sebelum dah tak dapat nikmat bernafas di muka bumi Allah, kena jugak lakukan sesuatu....
Sesuatu...oooohhh sesuatu.....

Wednesday, March 5, 2014

Nafas Baru

Assalamualaikum, ape kaba semua?

Eiiyaaahhhh....bernapas baru ni. Semangat! Semangat!
Orang baru dapat laptop baru katekan...Hahaha... Teruja la ni kekdahnya.
Sampaikan nak tekan ape pun tak reti.
Serius lama kot tinggal Window. Dah biasa dengan Mac...
Menggagau sikitla jadinye. Yg ingat tak lupa dari dulu sampai sekarang adalah function Ctrl+C dan Ctrl + V hahaha,,,Sape time blaja dulu rajin buat assignment tau la ape maksudnye tu ;p

Takpe slow2 kita kayuh.

Rasa dah lama gileeeee tak update bog pakai laptop. Jakun pun ye.
Serius jakun, sampai ke tahap kena google satuuu satuuu kalau nak buat apa.
Yela dulu apa2 pun guna apps blogpress je. Simple sgt2... Ni dah hadap laptop balik macam eyahhh bersilat balik. Jangan tergeliat jari sudah.  
Sekarang ni baru setel memfollow back followers...hihihi..
Dan tengah up satu satu jugak bloglink kegemaran hamba.
Harap takde yg tertinggal la... Saya budak baru belajar...Bertatih jap jatuh. Bangun balik. Rebah balik.
Sabar je la....

Pun masih tak tau lagi camana nak transfer gambar dari henpon masuk laptop. Hahahaa...
Memang best la kalau nak gelakkan diri sendiri pon ni.

Ok...bagi iolss masa bernafas sikit eh... Eksited kot dpt terjah blog korang yg sebenarnya cantek tu... Tapi bila tgk through henpon selama ni tak nampak cantek pun. Hahaha...

# Ni baru intro...hehehe...