Assalamuaalaikum dan salam sejahtera to all..as usual, wishing u all the best..
Lamanya tak jenguk blog ni..completely one week! Herm..last week balik kampung..then i was busy fulfilling soooo many amanah...doing this and that..as i wish to be seorang yang benar2 amanah terhadap segala tanggungjawab..
Melunasi segala tanggungjawab itu berat..berat kerana memerlukan pengorbanan masa.
Dan, hari ini 16 Ramadhan, atau lebih tepatnya malam ini 17 Ramadhan - NUZUL QURAN- herm..Ramadhan kian hampir ke penghujunya..Dan dia akan pergi lagi,meninggakan kita Ummat Muhammad yang masih di takuk yang sama..(Tapi Sufi percaya ada di kalangan sahabat-sahabat semua yang telah berjaya meng-upgrade tahap iman dan taqwa di dalam diri..Alhamdulillah..)
Bagi Sufi dan Mr.Faris, Ramadhan tahun ini meninggalkan satu kenangan yang cukup indah..sungguhlah Ramadhan itu membawa rahmat yang hadir dalam pelbagai bentuk,cuma kita ssebagai hamba sahaja yang tidak bijaksana untuk menilai rahmat itu..Untuk kami, setinggi - tinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Ilahi atas kurniaan rahmat yang satu ini.. Syukur bila disahkan pakar yang kami sudah ada 'JR' kini..sejak dari 1 ramadhan lagi sudah Sufi rasa 'lain macam'. Dan, petang tadi pakar mengesahkan yang si kecil dalam rahim Sufi kini sudah berusia 6 minggu..masih baru, tapi 'morning sickness' nya..aduhai..mcm org yg dah pregnant 3bulan rasanya..
Ye, syukur atas rahmat itu, tapi sayang sekali bagi Sufi, Ramadhan tahun ini banyak ibadah yang tak mampu Sufi lunaskan.. Terutamanya ibadah terawih secara berjemaah di masjid dan qiamullail..Terasa separuh dari hari-hari mulia Ramadhan ini berlalu begitu sahaja.. Sufi tidak mampu untuk berdiri lama atau duduk tasyahhud lama..cepat benar kejang kaki ni,ditambah pula dengan sakit belakang..tapi tak mengapalah, Sufi tahu ALLAH itu Maha Mengetahui..
Dan, kini hari-hari Ramadhan Sufi lebih terisi dengan persediaan untuk menjadi seorang ibu..Mr.Farsi pun begitu juga..kami perlu pastikan yang kami benar-benar bersedia memikul tanggungjawab ini.. Pesan Mr.Faris : "INI BUKAN SERONOK SEMATA-MATA.INI AMAANH DAN TANGGUNGJAWAB" Lalu Sufi siapkan diri dengan segala ilmu..Biarlah walau orang kata sikap ibu dari zaman remaja akan mempengaruhi sikap anak dalam kandungan..tapi Sufi tak percaya.. (sangat degil..hehe).. Bagi Sufi, dari alam rahim itulah bermulanya didikan yang sebenar..Didikan pertama kami untuk si kecil ini sekarang adalah memperkenalkan dia dengan ayat-ayat suci Al-Quran..
Sufi sedang berusaha untuk tidak manja..untuk jadi kuat! kerana anak ini nanti akan jadi pejuang yang membela agama ALLAH ini.. INSYAALLAH..
..Sufi dan sahabat-sahabat seperjuangan kini sedang berusaha untuk menyiapkan assignment dan sedang membuat persediaan untuk menghadapi test untuk 3 subjek..doakan kami supaya dimudahkan segala urusan..Amiin..
salam alaik sue ^^
ReplyDeleteTAHNIAH!!! gembira nya atas berita terbaru ni..
smoga kak sue dan suami berjaya mendidik anak2 untuk menjadi hamba dan khalifahNYA yang benar2 beriman, berilmu, berakhlak dan beramal...
jeles la; kak sue dah ada orang yang boleh diharapkan untuk mendoakan diri kita bila kita dah kembali ke SANA nnti~~
hihi..thnaks dear..masa yong akan tibe juga nanti..
ReplyDeleteerm,apapun masih awal lagi ni..takut juga nak berharap..tolong doakan supaya semuanya OK ye.. :)