Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sahabat-sahabat semua..Wish u ols the best owez!
Salam Ramadhan Kareem...Hari ni hari ke tiga Ramadhan.Alhamdulillah SUfi masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan ibadah ini. (kira tak ponteng lagi lah..hehe..) Pagi ini, Sufi bangun siapkan sahur ala kadar. Sekadar ikan bawal tumis pedas dan telur dadar. Kata Mr.Faris cukuplah tu..kita pun berdua je.. Alhamdulillah, Mr.Faris tak banyak request. Jam 5.50 tepat Sufi dah siap berkemas dapur, kami solat subuh berjemaah, dan Sufi siapkan Mr.Faris, memakaikan segala jenis aksesori di uniformnya, memakaikan stokin, memakaikan kasut - juga sekadarnya..tapi selengkapnya biar Mr.Faris nampak kemas dan ganteng gitu..hehe..Kesian Mr.Faris..pukul 6 pagi dah kena keluar, demi untuk reporting kerja seawal jam 7.30 pagi di KLIA...ni kompem dia pecut ni..hurmmm...
Setel semua, SUfi masukkan baju2 kotor dalam washing machine dan mengadap buku Fiqhul Muqaran, susunan Al-Fadhil Ustaz Dato' Md. Hashim Yahya..mencelah sekejap untuk post entry ni..hihi.. SUfi teringat kelas tutorial Ustaz Hashim petang semalam. Naluri kami dijentik dengan tazkirah dari Ustaz. Satu jam terasa sangat cepat berlalu. Muqarrar subjek kami letak ke tepi. Kata ustaz dia nak mengajar sesuatu yang lebih penting. Kisah tentang Melayu, kisah tentang Muslim. Sufi duduk betul-betul di hadapan Ustaz, selang jarak 1 meja sahaja. Dan, di sebalik ketenangan wajah itu, SUfi nampak ada air bergenang di tubir matanya. Ada rona-rona merah di matanya. Ustaz sedih, Sufi juga sedih..Sedih melihat ustaz hampir menitiskan airmata terhadap dosa orang lain. Lembutnya hati seorang penda'ei..
Kisah itu kisah tentang jati diri..diumumkan untuk semua tapi dikhususkan untuk kami di bidang undang-undang. Kisah tentang Muslim moden yang hilang jati diri - dan buahnya, keadilan tak terlaksana. Ya, mana mungkin akar umbi yang rosak boleh melahirkan buah yang ada manisnya dan terasa segarnya.Mustahil bukan.. Tazkirah itu diselitkan dengan hadis-hadis dan kata-kata sahabat. Tapi sayang, Sufi tak sempat mencatit semua itu dalam memori Sufi.. Manusia hilang jati diri...bila hilang jati diri, manusia akan malu menyatakan kebenaran, dan takut menegakkan keadilan. Kebatilan akan bertebaran di celah-celah ruang udara yang kita sedut dan kita hembus saban saat. kerana jahil merajai. Kerana iman tidak benar-benar di hati.Kerana aqidah cuma di bibir. Kerana duniawi memegang takhta...Natijahnya, anak-anak muda tidak lagi malu terkinja-kinja (dalam rancangan TV contohnya), bercampur-gaul lelaki perempuan, malah merasa bangga ditonton oleh satu dunia! Bangganya mereka melakukan maksiat..Orang-orang yang menegakkan kebenaran, berkeras menentang kebatilan akan di pandang aneh, dibenci malah dimaik, walhal mereka ini sepatutnya dipuji dan disanjungi! Itulah duniawi..duniawi yang kita kejar tak sudah-sudah.
Bicara Ustaz lagi..tahap "glamour" manusia ini ada EMPAT ;
1. Orang yang terkenal di bumi dan terkenal di langit.
Mereka ini adalah orang-orang yang dihormati di dunia, dikenali ramai. Sebut sahaja namanya, semua orang kenal. Dan dia juga terkenal di akhirat..Dikenali makhluk-makhluk langit..para malaikat mengenalinya dan menyayanginya..Orang ini apabila tiba saat ruh di cabut dari jasad, berpuluh-puluh ribu malaikat akan turun ke bumi menyambut ruhnya...Para malaikat akan berarak mengiringi ruhnya naik ke langit..Alangkah mulianya roh ini. InsyaALLAH, ruh ini telah ditempatkan rumah di syurga.. -Inilah pemimpin-pemimpin yang penat didunia menegakkan keadilan, tetapi apabila matanya terpejam, dia diberikan istirehat yang panjang oleh ALLAH..Segala penat lelah di dunia berjuang menabur jasa untuk rakyat akhirnya di balas di akhirat.Para malaikat akan memuliakan dia..Alangkah indahnya...
2. Orang yang terkenal di bumi tetapi tidak terkenal di akhirat.
Mereka ini adalah orang yang dikenali di dunia ini. Setiap atur langkahnya dialas karpet merah, tangan disalami malah diciumi, alangkah mulianya dia. Jasa ditabur bakti dicurah.Tapi sayang, angsung tidak dikenali di langit. Bila disebut namanya, tidak satu malaikat pun mengenali. Orang ini apabila dicabut nyawanya, tiada malaikat yang sudi menyambut ruhnya. Tiada lagi kemegahan akan mengirinya. -Inilah pemimpin-pemimpin yang penat didunia menabur bakti, megah berdiri mendakwa diri sebagai pemimpin sejati, tapi AL-Quran dan Sunnah tidak dijadikan panji. Merka inilah yang menegakkan kebatilan, dan menghancurluamtkan keadilan. Golongan-golongan bawah yang menentang akan ditindas dan dipinggir habis-habisan. Mereka berjuang menabur bakti kepada rakyat kononya, tetapi di sebaliknya rakyatlah yang sedang menabur bakti kepada pemimpin-pemimpin ini..Saat mata terpejam,jasad terkaku, mereka tidak akan dijanjikan rehat yang panjang. Bahkan di sanalah kepenatan sebenar mereka akan bermula.. Pohon ALLAH jauhkan SUfi dan sahabat-sahabat semua dari tergolong dalam golongan ini.. Sampai di sini mata ustaz dah bergenang..nampak merah dan bertakung airmatanya. Getar suaranya sudah lain..tersekat-sekat emnahan sebak..Ya, sesungguhnya hati orang-orang beriman itu apabila disebut tentang azab ALLAh, akan bergetarlah ia,menanggung takut akan peritnya azab itu..
3. Orang yang tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit.
Mereka ini orang-orang yang tidak berjawatan tinggi, tinggal menguruskan hidup sendiri. Ya, manusia tidak akan terkenal jika duduk kat kampung, tanam padi serelung dua cuma..Tapi jangan anggap orang ini tidak dikenali para malaikat. Malah mereka juga seperti golongan yang pertama tadi, matinya akan disambut..Perjalanan ruh ke langit akan diiringi oleh puluhan ribu malaikat..kerana ketetapan iman dalam diri, dan kejituan hati mempertahankan jati diri sebgai Muslim. Masya-ALLAH..Subhannallah... Ya ALLAH, golongkanlah kami di kalangan mereka ini..Amiinn..
4. Orang yang tak terkenal di bumi, dan tak terkenal di langit.
-Yang ini tak payah lah SUfi terangkan, kira faham-faham sendirilah ye...hehe..cuma mudah-mudahan kita bukan tergolong di kalangan ini..
Kesimpulannya, walau di mana pun kita berada, walau siapa pun kita, ALLAH itu ada bersama kita. Selagi kita berpegang pada ALQuran dan AlSunnah, ALLAH akan menolong kita, tidak di dunia di akhirat itu pasti. Jangan kit ahilang jatidiri sebagai Muslim hanya demi sebuah nama dan gelaran. Jangan kita hilang identiti sebagai muslim sekadar untuk meraih pangkat cuma. Biar kita hina di mata manusia, tapi mulia di mata ALLAH. Jangan kita mulia di mata manusia tetapi hina di mata ALLAH..Kerana sesungguhnya mati yang mulia itu lebih baik dari hidup yang hina.. Teringat pesan Saidatina Fatimah kepada puteranya ; 'Aish 'Aziizan Au Mutt Syahiidan - Hiduplah dengan mulia (ertinya mulia pada pandangan ALLAH) atau Mati Syahid (demi menegakkan kebenarna agama ALLAH)..Lihatlah bagaimana ibu-ibu terdahulu menerapkan nilai jati diri ke dalam diri anak-anak mereka.. Wallahua'alam..
betul tu sufi... terdetik dihati melihat genangan air mata di pinggir matanya... سبحان الله bila hati menimbulkan ikatan cinta yang kuat terhadap YANG MAHA ESA...
ReplyDeleteitulah muaalim dan ulama kesayangan kita semua...ALFADHIL DATUK UST.HJ.HASYIM YAHYA..
Huhu..terharu bila kita akhirnya dipilih oleh ALLAH untuk menuntut ilmu dengan alim ulama' mcm ni..
ReplyDelete