Assalamualaikum.......
Nah, topik kali ini jelas,ringkas,dan terang. Tak berbunga tak berbelit.
Saya sendiri menarik nafas panjang sebelum menaip entri ini. Tersalah taip saya yg akan kelihatan lemah. Saya tidak mahu kelihatan lemah dalam bab ini. Saya mahu jadi seorang surirumah yg sempurna. Sekali lagi jelas dan terang di situ.
Tidak ramai yg menyokong keputusan saya. Rata-rata mengerutkan dahi, bila saya katakan saya memilih utk tidak bekerja selepas tamat belajar.
"Rugilah...."
"Tak bosan ke belajar penat-penat duduk rumah je?"
"Masa depan tu..."
..
..
..
..
..
..
..
Dan segala macam ayat klise dlm masyarakat Melayu yg malas hendak saya taipkan di sini... Biar siapapun mereka, baik seorang surirumah,seorang graduan,sorang penjawat awam, seorang kerani, seorang guru, seorang pensyarah...komennya tetap sama..sangat klise! Kadang-kadang saya panas hati juga tp selalu saya pujuk hati..
Biarlah mereka terus-terusan menilai ilmu itu pada sijil dan jawatan..saya tetap akan menilai letak ilmu itu di dada.. Saya ada matlamat jangka panjang saya yang tak siapa pun faham.
Inilah yg ingin saya kongsikan di sini. Say tidak memujuk sesiapa utk membuat keputusan seperti saya. Saya cuma meluah rasa, dan terselit juga secebis harapn moga-moga yg terbaca entri ini akan terkeluar dari kelompok klise di atas. Mudah-mudahan.
Saya memilih untuk tidak bekerja kerana :
1) Menyara keluarga dan menyara saya itu adalah tanggungjawab suami.
Saya berbincang dengan suami, dia sanggup menanggung saya sepenuhnya. Saya tidak meminta lebih dari dia.Cukup makan,pakai,perlindungan. Cukup. Adapun segala kemewahan yg diberi adalah rezeki yg dia kongsikan bersama saya. Oh ada pulak yg berkata..suami gaji besar takpelah... Makcik-makcik...sekalipun suami saya kerjanya membanting padi di bendang, selagimana dia sanggup menanggung saya, keputusan saya tetap begini. Makanlah seadanya, hiduplah seadanya. Saya cuma mahu menegaskan, saya tidak bekerja bukan kerana suami bergaji besar, tapi kerana suami sanggup menanggung makan pakai saya.
Bersyukur juga kerana saya dilahirkan sebagai si bongsu yang tidak punya adik-adik untuk dibantu..abang-abang saya juga alhamdulillah dikurniakan Allah rezeki yg cukup utk meladeni hidup.
2)Saya punya cita-cita besar.
Selalunya dulu tiap kali sesi taaruf , memberitahu cita-cita itu agenda wajib. Part inilah saya selalu menipu. Cita-cita saya selalu bertukar2,kerana saya menipu. Apa yg terlintas difikiran itulah yg saya beritahu. Saya ralat memberitahu cita-cita sebenar saya. SAYA MAHU JADI PAKAR. Pakar dlm apa shaja bidang yg saya sertai. Bunyinya tinggi benar,kerana itu saya agak ralat menyebutnya. Bimbang kedengaran angkuh. Kalau dulu saya dibidang undang-undang makanya cita-cita saya bunyinya begini : PAKAR UNDANG-UNDANG. Tapi bila saya memegang jawatan sebagai isteri dan ibu, saya pastinya ingin jadi isteri yg pakar dan ibu yg pakar. (menjadi isteri yg pakar itu tidak susah, tp menjadi ibu yg pakar itu amat amat amat susah bukan?)
Jadi saya harus memilih, menjadi pakar undang-undang kah, atau menjadi isteri dan ibu yg pakar? saya memilih yg kedua. kerana saya tahu saya tidak mampu memilih keduanya. Saya tidak mahu menjadi orang biasa-biasa di bidang perundangan. Begitu juga saya tidak mahu menjadi ibu biasa-biasa dlm mendidik anak.
3) Tiada yg boleh menjaga anak saya sepertimana saya.
Usai melahirkan, saya dan suami merencana untuk mencari pengasuh kepada anak saya. Saya berazam tidak akan menyerahkan anak saya pada sesiapa pun kecuali kepada seorang wanita solehah yg sanggup menjadi ibu susuan kepada anak saya. Hingga ke akhirnya saya tak jumpa. Rumitkan syarat saya? Kerana dia anak saya. Amanah untuk saya.
Ini bukan soal keselamatan anak semata. Ia lebih dari itu.Ini soal kemahuan saya.
Saya mahu bila dia bangun dari tidur, dia mendengar "Assalamualaikum, wahai anak solehah"
Saya mahu bila dia disusukan,dia mendengar "Bismillahirrahmanirrahim"
Saya mahu bila dia siap menyusu, dia mendengar "Alhamdulillah"
Saya mahu saat dia di mandikan, dia akan dinyanyikan dgn alif,ba,ta bukan ABC.
Saya mahu saat dia dimandikan, dia akan dinyanyikan dgn wahid,isnain,salasah bukan 1,2,3 atau one,two,three..
Saya mahu saat dia diurut dengan minyak bayi, dia mendengar selawat nabi,selawat syifa',dan segala burdah.
Saya mahu saat dia ditidurkan,dia akan mendengar kalimah tauhid.
Saya mahu bila dia lena, dia akn dibisikkan "Selamat malam wahai pejuang agama Allah"
Kenapa saya setegas ini? Kerana saya mahu anak saya menjadi ulama' yg mahir menafsir kitab-kitab arab. Bila anak saya lelaki, biar dia hebat memperjuangkan kalimah tauhid. Bila anak saya perempuan, biar dia didik anak-anaknya memperjuangkan kalimah tauhid. Cukuplah andai saya dapat melahirkan seorang anak andai yg seorang ini jadi "begini". Itu cita-cita besar saya untuk Islam.
Saya tahu tidak ramai yg faham maksud yg ingin saya sampaikan. Maah suami saya yg berkongsi selimut dan bantal dengan saya juga tidak mengerti kenapa saya memilih utk menyimpan ijazah undang-undang saya itu. Biarlah. Tidak faham tidak mengapa asalkan mengizinkan dan menyokong. Alhamdulillah, abang-abang yg dulunya menanggung pengajian saya tidak seorangpun bersungut bila saya membuat keputusan ini. Malah ada yg menyokong. Ibu saya juga tidak menghalang. Syukur pada ALLAH atas jalan yg dipermudahkan ini.
Mudah-mudahan rencana saya dlm mendidik anak ini membuahkan hasil yg lumayan...
p/s : bergetar rasa hati bila teringatkan amanah besar dlm membentuk hamba Allah yg suci murni ini.Bimbang andai saya tersalah langkah lalu mencoret kotoran pada dia. Minta dijauhkan ya Allah...
MasyaAllah, exactly what I had in mind. biasalah tu kan sufi... masyarakat melayu mmg x kan stop memberikan ayat2 klise xtaulah ape tujuan nak sakitkan hati kita or ke ape. I love this post, i share this kat my FB =) hehe. in my case, husband suruh resign lps bersalin. after 4 years of working mcm nak gila as a lawyer. haha. ramai yg judge, kutuk n pandang remeh kt surirumah ni especially yg berkelulusan. we have our own reasons kan? yg penting kita n husband tau. so be it!
ReplyDeleteThx sudi singgah sini.selalu jg tgk menu zabi aidan!!hehe..kagum dgn awk jg sanggup tinggalkn kerjaya demi anak..biarlah apa org nk kata..asal kita tak kata org dahlah..kan?
Deletesaya sokong awak semua! biarlah orang nak mengata tentang apa-apa keputusan yang kita ambil. itu adalah keputusan kita setelah kita timbang sendiri buruk baiknya. walaupun saya masih belum ada anak, saya faham kita hendak sangat-sangat beri yang terbaik untuk orang yang kita sayang. dan ibu sendiri adalah yang terbaik untuk anak sendiri. :) great post. like it.
ReplyDeleteTry our best selagi termampu...doa2kanlah kami ni kuat semangat..caiyok!!
DeleteWow that was odd. I just wrote an very long comment but after
ReplyDeleteI clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing
all that over again. Regardless, just wanted to say fantastic
blog!
My web blog: Muscle Maximizer Review
Hello! This post couldn't be written any better! Reading this post reminds me of my good old room mate! He always kept talking about this. I will forward this post to him. Fairly certain he will have a good read. Thanks for sharing!
ReplyDeleteAlso visit my homepage :: Home income kit
This website truly has all the info I wanted concerning this subject and didn't know who to ask.
ReplyDeleteHere is my webpage :: Order Grow XL
Somebody essentially help to make seriously posts I'd state. That is the very first time I frequented your web page and so far? I amazed with the analysis you made to create this actual post amazing. Fantastic task!
ReplyDeleteMy weblog; Lift serum pro reviews
Now I am going away to do my breakfast, afterward having my breakfast coming
ReplyDeleteover again to read additional news.
my website: Garcinia Cambogia Diet
Excellent way of explaining, and good article to get
ReplyDeleteinformation about my presentation subject matter, which i am going to convey in academy.
Also visit my web site :: Rejuvenex Wrinkle Reducer
assalamualaikum..
ReplyDeletekak sgt setuju dgn adik... kak dah 11 tahun kerja dan bercadang nak bersara awal atau resign. sblm kerja kak pernah jadi surirumah selama 3 tahun, masa tu ramai sgt ckp bila nak keje ni, dh belajar tinggi2 tak keje , rugi tau dan mcm2 ayat lg... takdir allah kak dpt kerja tapi setelah lahir anak ke2 dh rasa sgt perit dan tersiksa hidup mcm ni sbb kene tingga; anak pd org dan jagaannya mmg tak brp sempurna sbb anak hari2 ditontonkan dgn TV, hiburan dll. skrg ni dah anak 4 masih bertahan kerja sbb nak langsaikan hutang dulu dan baru2 ni ada ckp dgn suami nak bersara awal atau resign atau CTG utk jaga sendiri anak2 dan pantau solat mrk dan asuh mrk betul2 ikut acuan Islam. Moga dipermudahkan...
11 tahun tu lama kak... mesti byk pengalaman dapat kan. takpe akak, buat mana yang terjangkau. yang penting kita usaha. Saya tak nafikan bila dah terlibat dengan loan, nak berenti keje susah sikit. Saya doakan mudah-mudahan Allah permudahkan jalan akak. Walaupun akak bekerja, insyaALLAH bantuan Allah sentiasa ada. Kita sama-sama doa untuk anak-anak kita ye..sama-sama doa untuk ummah :-)
ReplyDelete