Wednesday, January 30, 2013

KL GARAGE SALE : Corelle Diningware

Item kesayangan ketiga untuk dijual...

Second-hand Corelle Dining Set.
Ada dua set.
Harga beli, RM800 satu set. Ni yg set pinggan 6biji, bukan 4.
Nak jual dengan HARGA RM 450 je satu set. Keadaan setiap pieces adalah sangat baik. Tinggal berdua je dengan husband,pinggan guna paling banyak pun 4,5bijik.
Masih ada piece yg belum guna pon lagi.

RM450 satu set. RM800 untuk dua set. Diskaun RM100.
Dengan harga RM800 tu korang boleh dapat 12bijik pinggan iaitu samadengan 1dozen.

Meh kita tengok gambar...



Tajuk set : European Herbs.



-Tu corak full kat pinggan.



-Set contains :
•Dinner plate 6pcs
•Bread&butter plate 6pcs
•Soup plate 2pcs
•Serving bowl 1pcs
•Serving Platter 1pcs

Berminat sms/whatsapp ke
019-2391212 secepat mungkin as we are moving out soon in mid february.


- Posted using BlogPress from my iPhone

KL GARAGE SALE : Empire Classic SUPERKING BEDROOM SET

Assalamualaikum.

Item kedua yang sangat disayangi tapi terpaksa dijual juga adalah bedroom set ini. Sebabnya bila balik kelantan nanti kitorang stay rumah parents,bilik sedia ada tu dah ada bedroom set,terpaksa la let go kesayangan hamba ini..

Beli kat Empire Classic Furniture Gallery tu, dlm bulan 5 tahun lepas. Total2 baru sembilan bulan guna la ek.
Condition : tersangatlah bagus. Seminggu dua kali lap habuk. Fuh2..sayang katanye...huhu..


















Cantek kan? Puji barang sendiri..

Harga beli RM12,000.
Harga nak jual RM10,000.

Set includes :
• 1 superking size bed
• 1 superking size mattress
• 2 side table (with 3 drawers)
• Almari 6 pintu (with 3drawers)
• 1 Dressing table (with chair & 6 drawers
• 1 chest of drawers

**Dulu kitorang beli ni je item included. Ni saya nak jual ni sekali sekali dengan bantal cadar semua...kira given for free la..huhu...

Antara barang2 given for free :
• 4pcs high quality support pillow
• 1 pcs mattress protecter
• 1 pcs quilt
• 1 pcs quilt cover
• 2 pcs bed sheet superking size.
Accessories semua ni worth RM 4k to 5k.. Tapi xpelah we give for free..tsk..tsk...
(^______^)

Pemasangan pulak, set ni kena dismantel dulu kepada small pieces pastu anglit pastu fix balik.. Kos dismantel and pasang tu RM400. Tapi we plan to arrange all this for you for free. Saya akan deal sendiri dengan tukang pasang tu.
Tinggal korang arrange &pay kos transport untuk angkut je.

Sape2 berminat boleh sms/whatsapp saya di
019-2391212.

- Posted using BlogPress from my iPhone

KL Garage Sale : ELLE Handbag

Assalamualaikum,my dear friend and readers. (apsal kalo nak buat iklan kena speaking?) Tundukkan kepala,tenung kaki, termalu sendiri.

Ok, kitoram (saya,hubby,Imtinan, baby,and bibik) soon akan move to stay in Kelantan. Atas beberapa sebab.

Ekoran itu, saya dan suami memutuskan untuk jual je brg2..kata suami malas nak hangkut bawak balik..penat+takde masa nak packing2...
Tinggal bwk balik baju & buku je...

Sekarang tengah sort out few items to sell.

Yang pertamanya, meh kita tengok handbag ELLE..



#front view



# inside view, ada 3 compartment. Ada poket untuk letak henpon.



# kat dlm kaler hitam.

Saya sayang henbeg ni. Suka kaler dia..nampak light2 gitu. Tapi...dapat pakai 5,6 kali je, tu pun Mr.Faris dah jeling2 cebik2 muka..dia mmg tak suka beg ni dari hari pertama beli dulu..geram ai tau..dia mmg anti "ELLE".

Tapi saya suke je ELLE ni. Jam ke beg ke..suka. Suka style design logo dia tu. Nampak simple,sweet,elegen,nice.

Ni beg first and last pilih sendiri. Lepas tu semua Mr.Faris yg pilih&beli. Sukati jerr..

Harga...RM100.
Ok tak?
Beli dulu RM300++

Condition still bagus lagi. Kata guna 5,6 kali je..pastu sayang pulak.. Haruslah dijaga dgn elok..hehe..

Ok sape2 berminat boleh inbox kat FB saya ataupun whatsap/sms/call 0192391212.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 25, 2013

Tough Daughter Turns to A Pempered Wife

Tajuk drama ke apa ni?
Tajuk life history...eh bukan, life story :-)

"The Tough Daughter" was ME five years back.

"The Pempered Wife" is ME now.

Ceritera hidupku...
Dilahirkan sebagai anak bongsu dalam keluarga. Anak ke-5.
The only girl in the family.
People (at those past time) used to call me "anak manja".
Memang pon...ape tak manja nye, lepas sorang2 keluar lelaki, betapa mak ayah saya duk tunggu anak perempuan.
Baba saya lah lebih2 lagi.
Nak sangat dia anak perempuan. Sampai waktu ma saya pregnant abang kedua Baba dah ready nama untuk saya.
See?
Lama kan dia tunggu?
Sekali anak ke-5 baru dapat pompuan. Dahla lepas tu Ma terus tak beranak2 lagi dah.
Mau tak manja anak perempuan ni.
Waktu tu mmg manja sungguh.
Jentik pon tak pernah.
Sape2 marah anak pompuan dia nih siap laaa...berani nak kena marah balik?
Mau abang-abang yg berempat tu tak jeles?
Waktu tu nampak sgt Baba mcm bias. Kalau anak2 lelaki buat salah, kena marah, kena pukul.
Tapi kalau saya buat salah, naughty2, dia cakap elok2...eh, tak pernah la kena pukul. But Baba once told us this,

...anak pompuan,kena lemah lembut didikannya,sebab nanti dia nak jadi ibu, biar dia jadi ibu yg penyayang dan lemah lembut. Anak-anak lelaki kena tegas cara didiknya, supaya besar nanti jadi anak yg kuat, dah tua2 nanti jadi bapak yang tegas,baru boleh bimbing kelurga. Tu fitrah.

When you grow up,become parents then u will understand. See? How hikmah my Baba was?

Hurm, Hasil manja terlampau ni jgk lah dah besar2 pun still tgk TV baring celah ketiak Baba. That was me.haha..

(Ba...miss you..huhu)

Things changed when Baba passed away. That was in year 2000. Waktu tu, saya umur 15tahun. Life totally changed!
Dalam sekelip mata.
Saya yg ubah cara hidup saya sendiri.
Bukan kata abang-abang dan Ma tak manjakan saya.
Saya yang menolak untuk dimanjakan.
Saya belajar untuk menjadi anak gadis berjiwa kental.
Keras.

Saya letak dalam diri saya satu benda : hidup jangan susahkan orang.

Waktu tu saya berulang dari rumah ke sekolah yg jauhnya 30km.
Amik masa 45minit dgn bas. Takde bas sekolah.
Yg ada cuma bas awam yg lalu sejam sekali kat jalan besar depan rumah.
Dan berenti kat bandar.
Pastu kena jalan kaki dari bandar ke sekolah.
Rumah saya ke dalam.
Amik masa 10-15minit berjalan nak ke jalan besar.
Paling lewat saya kena sampai bandar jam 7.15pagi.
Bas lalu kat jalan besar depan rumah lebih kurang 6.15 hingga 6.30 pagi.
Jadi untuk selamat pukul 6pagi saya dah kena berjalan keluar ke jalan besar.
Ma berkeras nak temankan sebab jalan kampung pagi2 buta tu sangat gelap.
Takde lampu jalan.
(peristiwa terpijak lumpur kalau waktu hujan tu adalah biasa). Saya pulak berkeras untuk keluar sendiri.
Tak payah teman.
Kan saya nak didik diri supaya keras dan kental?
Kan saya menolak untuk dimanjakan?

(berlagak)

Pastu saya belajar tak pernah tusyen.
Sebab taknak susahkan abang-abang saya nak kena tanggung saya tusyen.
Walaupun abang sulung saya waktu tu berkeras nak hantar saya tusyen,
saya tetap berkeras kata taknak. Otak saya waktu tu congak pasal duiiiit je.
Sedangkan abang saya beli buku kerja untuk saya waktu nak SPM dulu pun saya boleh tulis dlm diari berapa harga,
kunun2 nak bayar balik bila saya dah besar panjang
(melampau sangatlah aku nih...padehal dah campak ke mana diari tu ntah..haha).
Tp atas pujuk rayu abg,saya g la jgk tusyen intensif yg sebulan sebelum SPM tu.
sebulan je, buat syarat je.

Pastu adela keinginan di hati nak pakai henpon.
Tapi nama nak meminta duit dari abang2 memang TAK!
Mesti cari duit sendiri. Mesti!Mesti!Mesti!
(eh apsal nak kena ada tanda seru nih?)
Pecah pale pikir cemane nak kumpul duit nak dapat henpon nih.
Henpon cabuk buruk kena ikat getah pun takpelah asal henpon. Sebab waktu tu tengah hot nasyid "Sumayyah" by hijjaz tu. Impian hati nak pakai henpon nak letak ringtone itu lah kunun2nya. Mesti bangga ada ringtone nama sendiri.
Orang lain mana ada kan.
Oh, sangat budak-budak rupanya saya ni.
Pikir punya pikir...Ting!
Dapat idea nak kerja part time kat kedai runcit.
Petang2 rajin bertandang ke kedai runcit sana sini carik kerja kununnya.

Ok, ada satu kedai ni nak pakai pekerja. Gaji ikut jam. RM3 sejam.
Kalo 5jam keja sehari RM15, seminggu dah seratus lebih. Masyuk2..begitulah pikiran budak2.
Sampai part nak mintak izin dengan Ma & abang-abang tu dah tak berapa nak masyuk daaahhh...
Terketar2 tangan bagitau abang saya yg nombor 4..mintak izin dia nak keje kat kedai runcit lepas waktu sekolah, pastu malam2 nak mintak dia tolong jemput. Hoih mengamuk dia hoih! Waktu bagitau tu kitorang tengah makan berjemaah.

"Ingat aku tak mampu nak tanggung sekolah adik sorang sampai nak kerja angkat2 tong gas kat kedai tu? "

Tu soalan dia yg sampai ke hari ni saya tak pernah jawab lagik. Ngeri weh..Haha...sayang jugak ko kat aku ek Min? Protective!

Pastu saya pun pinjam duit kat Ma rm50.
Nak meniaga.
Ma tak pernah sekat. Lagi dia sokong.
Mana tumpah kuah kalau tak ke pinggan kan?
Dengan modal 50hinggit tu balik sekolah petang2 saya jalan kaki g kedai borong jajan,
balik umah pack kecik2 jual kat budak2 kampung.
Walopon tebal muka toksah cerita kena gelak dengan pakcik drebar bas sebab hari2 duk usung plastik hitam (macam plastik sampah) bawak naik bas dia.




Macam ginilah rupa plastik yg saya jinjing tiap2 hari tu.
2plastik sehari. Kiri dan kanan. Beg sekolah sangkut kat bahu. Pernah ada sorang pakcik tu buat lawak kurang cerdik,
"Dik,org lain g sekolah bwk balik ilmu,awak bawak balik plastik sampah?"
ahhh...kejam sungguh dialog tersebut.
"Takpe pakcik...ilmu saya simpan dalam dada,org tak nampak..." jawab saya dengan lancangnya di dalam hati...
Fedulik la apa pakcik2 drebar tu nak cakap, yg penting nih henpon dah depan mata nih.
Petang2 balik sekolah gigih lagi buat tusyen kat umah ngajar budak2 kampung..sorang 50sen untuk 2jam. Agaknya kalo harapkan duit hasil tusyen tu makan tahun pon belum mampu pakai henpon cabuk tu. Hahaha.

Bertambah lagi kegigihan tu dengan tiap2 malam sebelum tidur bancuh air sirap,asam boi,air kelapa,sirap bandung,dan oren. Pastu buat aiskrim malaysia,jual seposen sebatang. Kalau di malam minggu pulak menggagahkan diri goreng keropok,pack dlm plastik kecik2 pagi2 g letak kat kedai kopi.




Masyuk jgk hasil aiskrim (rupa mcm gambar kat atas tu) dan jajan dan keropok nih.

Sape mangsanya?
Budak2 yg belajar tusyen tulah...haha...kejam jgk cikgu tusyen korang ni adik-adik. Sambil menyelam minum air. Sambil ajar diorang tusyen,break 5minit tu dah mcm2 order diorang,aiskrim lah keropok lah. Pastu habis tusyen tu diorang order lagi. Duit cikgu jgk yg masuk dik...hehe..Henpon punya pasal!
Tapi puas hati dapat jgk henset walopon henset tu paling murah,secondhand plk tu.



Gojes tak rupa paras henpon pertama saya?Haha..*sorok muka bawah bantal*

Takpe...henset Rm70,simcard RM180,sangat mahal!
Dahla nombor x cantek..9378594???
nombor apa tu?
Takde ritma langsung..haha...
Yg teman saya waktu tu g beli simcard adalah blogger Nanad Nadinie...hehe ingat lagi tak Nadi?

Pastu lepas SPM...dpt offer letter dari UIA, dlm nak buat urusan semua tu,
saya sampai menangis!
Banyak urusan nak masuk U ni rupanya.
Nak bank in yuran lah,
nak sign tok ketua lah,
nak medical check up lah...penin pale.
Nak g bank in yuran sampai nanges sebab tak tau bank rakyat kat mana.
Last-last abang yg nombor 2 cakap, "Boleh tak belajaR mintak tolong dari adik beradik?"haha...baik bang.

Masuk pulak cerita gigih naik turun tangga bank,
sebab nak cari pinjaman belajar yg paling murah dan paling terbaik selain PTPTN.
Macam2 bank saya masuk, jumpa pegawai yg macam2 perangai.
Keluar masuk bank di tengah2 panas hari sampai demam? Itulah kedegilan saya.
Yang resultnya satu pun tak dapat sebab yg interest murah tu kena ada jaminan penjaga dan sistem bayaran melalui potongan gaji penjaga.
Maknanya saya nak kena minta tolong abang2 jugaklah. Menyusahkan orang?
Memang TAK lah jawabnya.

Masuk universiti pun ada kisahnya jgk. Percaya atau tak, dihari pendaftaran, orang lain mak ayah hantar, sampai dua tiga bijik keta eskot, saya datang ke UIA sorang2 diri all the way from Kota Bharu.
Saya dan seorang kawan bernama Sulastri.

Saya sorang2 bawak 2 beg,satu beg beroda,lagi satu beg bimbit biasa.
Berat kot..Huhu..
Janji dengan Sulastri nak jumpa di Terminal Bas Putra,KL.
Pukul 4pagi bas saya sampai KL,melangutlah sorang2 tunggu Sulastri.
Lepas subuh Sulastri sampai kitorang amik cab g KL Sentral. Amik LRT ke Terminal Putra Gombak pulak. Waktu tu time orang g keje. Train was loaded with full of people.
Berebut2 saya naik train sampai tayar beg saya tercabut.
Nak nangis waktu tu.
Sampai di terminal putra amik pula cab ke UIA.
Sampai depan uia jln jem teruk,pakcik drebar teksi tu cakap takpela dik ye,pakcik drop awak kat sini je, jln jem pakcik tak sanggup nak masuk. Dah masuk payah nak keluar.

"Kat sini" tu adalah kat simpang nak ke greenwood tuh. Agak kejam juga pakcik tu. Menapaklah saya berjalan dengan beg yg berat,
nak tarik tak boleh sebab tayar dah tercabut!
Pikul je,sampai depan gate uia kaki dah melecet.
Berjalan lagi nak sampai ke dewan pendaftaran,
memang peluh lencun satu badan.
Penat sangat2.

Panjang cerita "tough daughter" nih kan...toughlah sangat. Takde tough mana pun,cuma degil dan keras kepala juga hati. Dan jugak kecelaruan pemahaman tentang maksud "meminta pertolongan" dan "menyusahkan orang".

Bab pempered wife kita bertemu di lain entri ye...hehe...Babai Assalamualaikum ;)

p/s : pic source : google (sgt malas nak backlink bila online guna henpon)
***ini bukan henpon nokia 3210 seperti gambarajah di atas ye...


















- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 24, 2013

Tertunai Hasrat di Hati

Assalaamualaikum.

Gigih jugak pegi saloon hari ni.
Ptg td tgk anak2 dah tido,
tatkala guruh dan kilat sabung menyabung,
dan hujan pun renyai2..
cepat2 (dan senyap2) bukak grill...
zupppp sepantas kilat turun.

Saloon tak jauh pun.
Bawah rumah ni je.
Erkk...bawah rumah?
Haah,kat dalam kawasan kondo ni je.
Kedai baru bukak,depan pool.
Saloon cina, tp pekerja pompuan melayu semua.
Ada bilik untuk muslimah.

Pukul 6.48ptg,gigih turun bawah.
Saloon ni tutup kul 8.30malam.
Waktu turun tu ada 3 customers.
Pekerja pon dan2 ada 3 orang jer.
Menunggulah saya.
Dlm 15minit je. Puas hati la jgk servisnya.
RM35 untuk potong&cuci.
Err...berbaloi tak? Taktau saya...rasa cam mahal. Huhu...

Waktu tgh potong2 rambut tu,
Akak tu tanya "awak student ek?"

Saya : Hehehehe... (harus sengih lebar...perasan awet muda
Padehalllll....)

Akak : kenapa?bukan ek?
Saya : Dah dua anak ni kak...baru lepas bersalin je saya ni.

Akak : oh reallllly??
(hover je akak nih...tp saya suka..hahaha)

Akak : eh,umur awak berapa?
Saya : 27.
Akak : Akak 30. Nampak mcm student je awak nih.

(Saya....kembang berbunga kelip2 mata dlaam hati...haha)

Akak : eh,sembang2 ni kang salah potong plak. Awak nk potong gaya cemana nih?

Saya : Gaya pape je la kak..asal cantek.
( Ayat mesti cover. Padahal diri ini tak reti pon nak bagitau gaya apa..fesyen apa. Ye,saya buta hairstyle)

Akak : okeh,akak buat gaya student2 korea nye rambut eh.. Awak pon muka ada mcm cina nih, kira boleh lah kan?

Saya : Terkedu....

Err...nak cerita apakah ini sebenarnya?
Nak cerita pasal keterujaan dpt gi merehatkan diri sevenarnya.
2jam dlm tu,rasa heaven sangat3..
Semenjak2 ada anak tak pernah lagi memanjakan diri walau sekali.
Tetiba rasa mood untuk meneruskan hidup berkobar2!!

Dua tiga hari nih, asal petang je terus rasa fenin2 lalat nak jatuh nak pitam.

Tapi apesal hari ni tak ek? Heheee..

Ye,saya tau saya over..
Tsk...tsk...tsk..

^________^


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tertangguh lagi projek ku..

Assalaamualaikum.

Mood ceria (err...buat2 ceria) hari ni. Tarik napas panjang2.

Dua hari lepas janji dgn budak kerja salloon tu nak g cuci rambut. Semalam tertangguh, bila tgk bilik berhabuk. Dah 3hari tak vakum. Takpelah...cuci bilik dulu okeh. Cuci rambut nanti2...

Hari ni pon tertangguh lagi. Malam semalam baby selsema, Imtinan pun batuk&selsema. Tak tidur dua2 sampai pagi. Eh,tiga. Mama pun tak tido jgk lah jawabnya. Merengek budak2 nih. Dua-dua nak tidur beriba, nasib baik peha maknye nih ada dua. Kongsi lah korang ye..hehe.

Pukul 8 pagi baru dpt tidur, dgn saya sekali tertidur. Terjaga dah pukul 11. Masuk dapur goreng sosej&telor untuk Imtinan breakfast. Masuk beras dalam rice cooker,on. Defrost ikan,nak masak kari kununnya. Sampai ke sekarang duk terendam lagi ikan tu.

Lepas mandikan Imtinan, (dengan maknye sekali mandi) suap dia makan pagi. (makan pagi kul 12???? Ampunkan mama nak...hihi). Susukan baby,tidurkan baby. Imtinan plk merengek mintak nak tidur.. Demam2 mcm ni tidur nak di dakap dia. Mengempeng.
Hailah anak-anakku...

Ater dah pukul 2ptg nih Imtinan mengempeng lagi, kari pon belum masak lagi, nak ke salloon ape nye... Okeh,esok...ye esok...InsyaAllah...

***Dah 2tahun tak cuci &trim rambut nih..last masa pregnantkan Imtinan 4bulan. Pitam wehh....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 23, 2013

Kematian lagi..

Baru dpt panggilan.
Abang saya call,
Cousin saya meninggal.
Muda lagi, muda dari saya.

Mati tertimpa kayu di tempat kerja.

Meninggal di tempat kejadian.

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Mudah-mudahan terpelihara rohnya.

Mudah-mudahan diberi kekuatan untuk keluarganya.

Hati saya sering membilang yg tak enak akhir2 ini.. Sejarah hidup saya, kalau ada seorang meninggal dlm keluarga, biasanya ada beberapa org lagi yg menyusul.

Allah,pohon dijauhkan dari ujian2 berat begini...




- Posted using BlogPress from my iPhone

Mother of Two...

Assalamualaikum..moga sentiasa di bawah lindungan Allah.

Apa yg kecoh sangat ni?
Baru anak dua dah kecoh dah?
Biarlah...Saje nak mengkecohkan diri sendiri...

Alah, takde kecoh apa pun.
Semalam, a friend
of mine (also a mother of two) texted me,

"Akak...cemana rasa beranak dua? Doc ada pesan suh plan tak?"

-eh,ke dia tanya "akak...cemana rasa after czer 2nd time?sakit tak?" ahhh...mana2 lah,malas
Nak cek balik mesej kat fb..

Panjang la jgk chit chat time kitorang. Dari bab sakit bersalin, pengalaman ceaser 2x, homeschooling baby&toddler, sampaiiiii lah ke bab family planning..
(biaselaaa bila mak-mak bercerita kan)

Jujur kata la,
Sampai la ni saya masih kelam kelibut uruskan dua2 anak.
Tu cara2 ada bibik tu.
Pon masih tak tentu arah.
Sbb anak-anak still cari mak jgk..
Imtinan malam2 meraung cari mama.
Sampai bibik surrender takmo dah tidur dgn dia.
"Sakit bahu makcik ni Puan,mahu di dokong aja dia malam2."
Mengadu bibikku.

Anak-anak. Begitulah.

Tapi ada jgk orang tak paham.
Apsal nak plan2? Bukan keje pon,duk umah goyang kaki jeeee....beranak la ramai2...apa adehal!

Saya punya pendirian senang je, yg beranak saya. Yg menjaga ank2 adalah saya.
Yg menanggung susah payah saya.
Peduliklah apa org kata.
Susah senang saya bukan ramai yg nak menolong.
Yg berjanji nak menolong tu ramai. Takat janji.
Tapi takkan takde rasa malu kita ni nak menadah mintak tolong orang sentiasa?

Alah...kadang2 yg berbunyik tu, belum pun ada anak lagi.
Yg kawin pun belum,pon ada.. Jadi apalah dikisahkan sangat kan?
Tempat kita lain-lain.
Takkan sama.
Kalaupun dia dah beranak sampai seploh orang, bolehlah dia cakap mcm tu.
jadik apa kita nk terasa sangat, biar je lah.
Tu kekuatan yg Allah bagi kat dia. Saya takde kekuatan mcm tu.
Lebih dia kat situ,
Lebih saya kat tempat lain.

Ok,meh saya simplify satu2...
Sebenarnya entri ni lebih kepada PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI.
Supaya tak mudah melatah bila orang mengata.

1. Ingat balik apa tujuan nak jadik surirumah hari tu. Nak didik anak kan?
DIDIK. Yes, DIDIK.
MENDIDIK dan MEMBESARKAN anak ni adalah dua benda yg berbeza (pada saya). Membesarkan tu adalah, bagi dia cukup makan, pakai, mandikan dia, tukar lampin semua. Tu membesarkan/menjaga.
Tapi mendidik tu lebih complicated lagi. Ada pendidikan langsung dan tidak langsung. Yang tidak langsung tu mungkin senang. (Tupun kadang2 tak termampu jgk bak buat) Tp yg langsung tu...haih, mana nak cari masa.. Boleh, tapi terkejar2.

2. Zaman dah berubah.
Pada saya, zaman dulu dan sekarang lain. Sekarang persekitaran tak berapa nak sihat. Dulu-dulu mak wat keje kat dapur bukak tivi bagi anak tgk tv pun xpe. Zaman sekarang walau kata tengok kartun pun, belum tentu lagi iklan tu takde benda yg merapu meraban. Itu baru contoh bab iklan. Belum lagi yg lain2..Ngeri. Sekarang ni pon tv kat rumah ni byk off dari on. Lagi sanggup tengok imtinan meraung tergolek2 bila saya terpaksa entertain baby Iman waktu dia nakkan mamanya nih.

3. Saya perantau.
Di bumi KL ni saya takde sesape. Mak bapak adik beradik walau sorang pun takde kat sini.
Jauh nun di Kelantan.
Saya dan Mr.Faris dua2 Kelantan origin ;)
Sakit pening susah senang sendiri2 je kat sini.
Bukan merungut. Kami dah lalui pon saat2 perit tu sejak lagirkan Imtinan sampai sekarang. Belajar berdikari yg benar2 berdikari.
Mula dari A sampai Z.
Bangga dengan Mr.Faris dan diri sendiri sebab berjaya lalui semua nih dgn cekal hati.

Kejauhan ni jgk buat saya tekad taknak beranak lagi buat masa sekarang. Cukup dua dulu. Susah sebenarnya bila family jauh dari kita.

3. Nature kerja suami.
Mr.Faris keje bukan mcm org lain. Pagi2 keluar petang balik. Malam ada kt rumah. Kalau kata usung keja bwk balik rumah pon, kalau kata laki terperap kt bilik pon,still ada kt rumah jgk. Kurang2 blh tlg jaga anak 5minit kalau saya nak ke toilet.

Mr.Faris keje tak tentu masa. Jadual keluar sebulan sekali. Dlm sebulan ada dlm 4 flight (tu kira purata la..) Keluar keje biasanya 3hari 3malam tak balik. Kdg2 ada yg sampai 8hari straight..Jauh plak tu. kalau kata tak balik duduk opis takpe lagi. Apa2 hal emergency boleh kol2 balik kejap. Kalau kata dalam malaysia ni pon xpe lagi. Ini takkkk...Paris tu jauh, Frankfurt tu jauh, Istanbul tu jauh, LA tu jauh...

Ye,saya serik waktu bleeding yg teruk baru nih. Waktu pregnantkan baby Iman. Imtinan sekitar 8,9bulan waktu tuh. Bleeding yg sgt byk sampai darah penuh kat lantai. Mr.Faris baru sampai Paris waktu tu.
Me? I have no courage at all nak drive sendiri bawak Imtinan pegi hospital. Pastu kena tahan kat ward Imtinan nak kasi nurse jaga? Nak letak kat kaunter pendaftaran klinik sedangkan mak terbaring kat katil dengan wayar segala? Memang tak la kan. Untung waktu tu kat kampung...ada jgk abang2&kakak ipar tlg jagakan imtinan dan tlg tunggu saya kat hospital.

Pon serik jugak waktu pregnantkan Iman, usia kandungan 35week, muntah teruk waktu tu. dengan perut memulas2..2hari 2malam tanggung sakit. Ingat nak beranak dah. Mujur juga kat rumah mertua waktu tu. pukul 3pagi abah mertua hantar saya pegi hospital, sambil jagakan Imtinan lagi. Cuba kalau aaya sorang2 kat KL? Nak campak anak2 kat mana?

Tiga je ke alasan?
Cukup ar tiga..nati ada byk idea kita tambah lagi.
Sape nak beranak ramai2 dan rapat2 nah silakan.
Kalau tanya saya,saya jawab tak.
Biarlah anak sorang pon asalkan kualiti macam seploh orang.
Tu pada saya lah.
Jangan tiru saya kalau korang ada pandangan sendiri.
Saya mmg nak jaga anak saya betul2. Bukan kata org beranak ramai tu x mampu jaga anak betul2..

BUKAN...BUKAN...BUKAN!!

Saya malah kagum kalau org bernaak ramai pastu dpt hasilkan anak2 yg bagus2 kualitinya.

Read : saya yg tak mampu. Saya mmg surrender. Saya tak mampu nak realisasikan impian saya kalau saya tak mulakan family planning skrg nih. Anak saya dua sekarang nih, dua2 pompuan. Alhamdulillah. Setidak2 masing2 ada kawan nak hantar ke kelas rennag ke,archey ke,lepas ni...taklah kekok sorang2 kan.

Tapi jauh di sudut hati mmg nak anak lelaki. Mcm terkilan tak dpaat bagi boy pada suami.

Saya : Abang x kisah ke
Xde anak laki?

Mr.Faris : Ada beza ke laki ke pompuan?

Saya : Mestilah ada.. Ank pompuan dah besar dah kawin ikut suami. Anak lelaki lah yg akan jaga kita.

Mr.Faris : kalau boleh jgn ada pikiran mcm tu. Kita besarkan anak2 ni biar ikhlas, jgn awal2 dah letak niat nak suruh diorang jaga kita bila kita tua. Selesaikan je tanggungjawab kita dulu.. Yg lain2 tu serah pada Allah.

Terkedu saya. 100% true....huhuhu...

Err...dlm hebat2 menaip ni pun jauh di sudut hati kitorang redha je kalau Allah nakbagi baby lagi dlm masa terdekat..walopon kata plan taknak ada anak lagi sampai anak2 yg berdua ni masuk sekolah, sape tahu kalo tetiba Allah campakkan rasa rinduuuu nak cium bau baby lepas2 ni sape tau kan...

Yg penting kita bukan menolak, tapi merancang. Selagimana method tu tak haram di sisi agama,cukuplah. Apa yg org sekeliling cakap tak sepenting apa yg Allah 'cakap'.

Utk yg nak plan2 tu, jgn terasa sgt lah dgn sindiran2 orang...

P/s : Dlm proses menghantar bibik pulang ke indon dan mertua suk ajak suruh balik kelantan,stay kat sana dgn diorang sampai anak2 besar cikit...
Hehe...let me think first ye umi&abah.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 19, 2013

8.1.2013 - Syahid Seorang Ibu

Assalamualaikum....

Masih lagi dalam mood berduka. Hati, berhentilah menangis. Mata,simpanlah airmata ini.

Selang 3 hari pemergian Tok Ayah, keluarga ini diuji lagi. Lara hati ditambah lagi.

Allahu...Allahu...Allahu...

{إنّا للّه وإنا إليه راجعون}

Beratnya terasa dada,tak tahu bagaimana nak menukilkan kisah ini di sini.

8.1.2013 : jam 3pagi,saya mendapat panggilan dari ibu mertua saya, memaklumkan "Cik gee dah takde..."

Saya waktu itu tengah menyusukan baby Iman. Tergamam. Terasa lembik tiba-tiba.

Cik gee ibu saudara Mr.Faris. Anak arwah Tok Ayah. Masih muda lagi orangnya. Dijemput Allah saat menanggung sakit melahirkan anak ke lima. Mulianya dia. Pergi dlm keadaan begitu. Tapi sedih di hati kami yg ditinggalkan ini Allah sahaja yg mengerti. Dua kehilangan dalam masa tak sampai seminggu?

Allahu Allah... Berilah kami kekuatan.

Sampai ke hari ini saya terasa mcm cik gee masih ada. Kadang2 terdetik hati nak sms dia, nak buka facebook dia... Ape ni..huhu..

Saya rapat dgn cik gee. (Cik gee mmg rapat dgn semua orang pun)

Bila saya berkahwin dgn Mr.Faris,masuk dlm keluarga baru,segalanya baru, kekok mesti ada. Siapa yg tenangkan saya? Cik gee lah.. Siapa org pertama yg buat saya rasa diterima dlm keluarga ini? Cik gee lah juga. Siapa org pertama yg greet saya dgn lawak selamba dia? Cik gee lah juga. Semuanya cik gee. Waktu saya mengandungkan Imtinan, mengidam nak makan homemade laksa penang,siapa yg layankan? Cik gee juga yg penat2 ke pasar usung ikan,ulam segala nak masakkan saya kuah laksa.

Sungguh,saya rindu Cik gee. Rinduuu sangat-sangat.

Cik gee tinggal di Terengganu. Malam anniversary Cik gee tahun 2011 saya ke Terengganu. Bermalam di rumah Cik gee. Malam tu Cik gee buat chicken chop. Sedap! Lepastu kitorang keluar macam pasangan muda yg masih kapel2. Comel je Cik gee ni..Cik gee dan Cik Mi (suami dia). Saya dan Mr.Faris. Cik gee tinggal anak-anaknya di rumah. Lepak di old Town sampai tengah malam. Jalan2 tepi pantai amik angin malam, bergambar sakan.

Indahnya rasa kenangan tu...saat ni,waktu menaip entri ni, saya mcm terasa-rasa lagi pelukan cik gee atas jambatan gantung dekat dgn pasar payang terengganu tu..cik gee gelak2 bila saya kata rasa gayat,jambatan tu mcm goyang2.. Cik gee peluk saya,dia kata "nak feel ala2 titanic"
Cik gee.....miss u....huhu...

Teringat juga waktu Cik gee turun KL, kitorang keluar "berkapel2" lagi, lepak kat sate kajang. Cik gee order air kelapa, bila budak pelayan tu cakap "urm,air kelapa ada tp lambat ckt kak.." cik gee dgn selambanya reply : "haah kan..mestilah kena panjat pokok kelapa dulu baru leh dpt airnya..."
Yes,cik gee...cik gee selalu buat org tak kering gusi... How i miss u cik gee...

Awal tahun 2012, Saya dan Cik gee sama2 disahkan mengandung. Due kitorang dekat-dekat. Cik gee 5/1/13. Saya 9/1/13. Teruja sungguh kitoran,asal jumpa je pegang perut,pastu teka sape dulu meletup. Bezanya Cik gee mengandung anak ke lima, dan saya mengandung anak ke dua. Kandungan saya dan Cik gee mengalami masalah yg sama. Bleeding di awal pregnancy. Bleeding Cik gee biasa2 aja. Bleeding saya berakhir dengan keguguran salah satu kembar. (Saya pregnant kembar waktu tu).
21/12/12 saya melahirkan Sofiyya Iman bersama kembarnya yg telah tiada sejak dari awal kandungan lagi. Sedangkan Cik gee masih menunggu giliran dia.

Ye, awal2 pregnant dulu cik gee pernah suarakan pada saya : "Pregnant kali ni pelik lah...pelik sungguh"

Saya : Pelik macamana?

Cik gee : haiii...tak tahu lah..tapi pelik lah..rasa pelik..

Saya : hah..nak dpt baby boy la tu....
(cik gee mmg berharap utk dpt ank lelaki lagi)

Cik gee : Eh bukan..bukan...bukan gitu..

Saya : urm...ke nak dpt kembar?

Cik gee : hurm,ntah..tak tahu..

Saya : Ala,instinct kata camana?

Cik gee : Instinct rasa seronok sgt2..mcm orang baru first time pregnant!

(Kitorang gelak besar....)

Nah, hint sudah ada di situ. Cik gee seronok untuk syahid rupanya...Tapi saya tak terfikir bahawa tu petanda ada sesuatu yg akan berlaku. Sebab cik gee mmg kelakar orangnya. Ye,adakalanya bila teringat peristiwa ini saya rasa bersalah. Kenapa saya x dapat tangkap maksud cik gee waktu tu?

Malam sebelum Cik gee meninggal, Cik gee sms Mr.Faris. "Lambatnya nak tunggu 8haribulan.." lebih kurang gitu lah sms-nya. Nk bersalin 8/1 kata dia. Dah tak larat usung perut. Biasa dia x pernah lebih due. Tapi kali ni due dah lebih tiga hari.

Nampak kan,mesej Cik gee tu mcm bagi hint yg dia x sabar nak tunggu dijemput Allah. Allahu Allah. Mulianya mati seorang syahid. Pergi dia benar2 pada 8/1. Sekitar jam 2pagi.

Menurut cerita Cik Mi (suami cik gee ni), mlm tu Cik Mi keluar main badminton. Tapi balik awal dari biasa sbb cik gee dah bagitau dia rasa lain macam. Malam tu dah ada labour sign,ada keluar darah bercampur lendir. Tapi belum sakit lagi. So lengah-lengah lah ke hospital. Balik dari main badminton tu Cik Mi picit2kan Cik gee,kata Cik gee dia rasa lenguh2 badan. Lepas urut-urut tu, decide nak g hospital. Bersiap-siaplah. Cik Mi masuk toilet bersihkan badan nak siap2. Cikgee plk ke dapur buat milo (mungkin utk tenaga nak push bersalin nanti). Kejap je Cik Mi dgr mcm bunyi benda jatuh. Cepat2 keluar toilet, tgk Cikgee dah terlentang jatuh kat ruang tengah,panggil bibik keluar bilik,kol ambulan semua. Hospital kata within 15min ambulan akn sampai. Cik gee dah terlentang jatuh,darah dah byk keluar. Kata bibik,waktu tu muka Cikgee pun dah mcm biru2. Tunggu punya tunggu ambulan tak sampai jugak. Cik Mi dah x sabar dah nak tunggu, decide nak bwk g spital sendiri dgn keta. Masalah pulak tak terdaya nak angkat Cikgee masuk kereta. Panggil jiran2 tlg angkat,makan satu jam jgk cik gee mcm tu. dah tgh malam, dah pukul 1pagi lebih.. On the way ke hospital tu baru terserempak dgn ambulan. Berhentilah kereta pindahkan Cik gee masuk ambulan, sbb doktor dah ada dlm ambulan tu. Waktu tu lah perasan yang Cik gee dah takde bersama2 dgn baby dlm perut yg belum sempat dilahirkan....exact time takde sape perasan sebab dlm kekalutan.

Cikgee pergi meninggalkan 4orang anak yg masih kecik. Waktu jenazah selesai dimandikan, anak yg sulung (darjah 4 ke 5) kucup dahi ummi dia. Menangis. Mungkin faham
Erti kehilangan. Sedang adik2 yg lain masih kecik,masih seronok bermain dgn sedara mara kat luar. Waktu tu Mr.Faris peluk anak sulung cikgee tu kuat2..Dia pun menangis sama. Tak tertanggung rasa sayu tu. Tambah2 bila tengok jenazah nampak mcm orang mengandung yg tengah tidur je.

Cik gee....kitorang rindu Cik gee sangat2...Semalam berkumpul rumah Tok Ayah,kitorang (anak-anak buah cik gee ni) masuk bilik yg selalu cik gee duduk bila Cik gee balik kelantan tu. kitorang nangis ramai-ramai sebab terlalu amat rindukan Cik gee..

Cik gee org baik.
Kelakar.
Suka buat lawak tapi xpernah menyakitkan hati.
Cik gee selalu amik berat pasal kitorang.
Cikgee pandai jaga ukhuwwah.
Cikgee anak yg bertanggungjawab.
Cikgee tak pernah kedekut membantu.
Cikgee selalu positif.
Selalu dengar cikgee merungut apa2,tapi cik gee tak pernah nak salahkan orang lain.
Paling sayu bila Cik Mi kata: Cikgee tak pernah buat airmata Cik Mi menitis sepanjang usia perkahwinan ni...

Allahu Allah...

Al-Fatihah buat Allahyarham Noor Azian Abdul Ghani.


.
- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 18, 2013

4.1.2013 : Al-Fatihah buat Tok Ayah

Assalamualaikum...salam kasih sayang.

Lama saya diam. Makan bulan kata orang. Menguruskan anak-anak kecil banyak memakan waktu senggang saya. Apatah lagi kedua-duanya masih menyusu dengan saya. Biar penat tu Allah sahaja yg hitung, demi anak. Dihujung penat ini ada hasilnya. InsyaAllah.

Permulaan 2013 yg perit.
Biarlah saya meluah pedih di sini.

Jumaat : 4 January 2013.
Tok Ayah kembali ke rahmatullah. Setelah beberapa bulan di ICU,Tok Ayah pergi juga. Redha disebalik duka. Tok Ayah ni atok Mr.Faris. Saya cuma cucu menantu. Tapi hubungan kami rapat. Saya lebih rapat dgn Tok Ayah berbanding atok saya sendiri (juga telah kembali ke rahmatullah dipertengahan 2011)
Tok Ayah suka bercerita. Saya cucu menantunya yg pertama. Saya pula byk melayan. Cuma biasanya saya tak punya masa yg lama untuk bersembang dgn Tok Ayah. Kekangan waktu. Kali terakhir saya pulang bertemu Tok Ayah, sebelum arwah kritikal, Tok Ayah bercerita lagi. Kali ini tentang anak-anak. Bermula dari anak sulung hingga yg ketiga. Lalu saya minta diri utk pulang. Teringat lagi kata-kata Tok Ayah : "Nantilah dulu...tak Sempat habis cerita nak balik dah? Masih ada tiga lagi..." Beriya Tok Ayah minta saya tunggu. Tapi betul2 saya tak punya byk masa,lalu saya berjanji akan datang lagi utk mendengar sambungan cerita Tok Ayah. Tanpa saya tahu itu kali terakhir saya dpt bersembang dgn Tok Ayah. Janji tinggal janji.........

Kali seterusnya saya pulang Tok Ayah dah tak mampu bercakap. Kritikal keadaannya. Terlentang di katil ICU. Air mata saya mengalir laju saat Tok Ayah genggam tangan saya waktu tu. Dia cuma boleh menggenggam. Tak boleh bercakap. Waktu tu hati saya meraung, merayu, Tok Ayah...ceritalah...sambunglah cerita...kali ni saya akan layan tok Ayah bercerita. Saya janji takkan tinggal Tok Ayah lagi...

Bila waktu melawat tamat saya harus keluar. Perlahan2 Mr.Faris bisikkan ke telinga Tok Ayah.. "kami kena keluar dulu". Terus bacaan pulse dan tekanan darah Tok Ayah naik tinggi. Saya ingat lagi dia genggam tgn kami berdua kuat-kuat. Sangat kuat. Sampai saya terpaksa sedikit keras membuka satu persatu genggaman jemari Tok Ayah..
Maafkan kami Tok Ayah...

Dan itu pertemuan terakhir...

Ingat lagi saya,terujanya Tok Ayah waktu saya temankan dia ke hospital membuat rawatan mata sewaktu sihat dia. Waktu tu saya baru kawin dgn Mr.Faris. Terujanya Tok Ayah mendapat cucu menantu sulung, dia perkenalkan saya pada semua nurse dan doktor kat dlm bilik rawatan tu..

Ingat lagi saya, terujanya Tok Ayah bila saya melahirkan Imtinan. Cicit pertama dia. Dia panggil Imtinan "cit-cit" sebab Imtinan kuat menangis katanya. Tok Ayah memang lucu...

Saya rindu....rindu pada gurauan Tok Ayah....tak lama saya kenal Tok Ayah,baru 4 tahun...tapi terasa sangat kehilangannya. Tapi saya redha. Kami redha. Kalau "pergi" itu yg terbaik untuknya berbanding terlantar di katil hospital, pergilah Tok Ayah...bersemadilah dgn tenang...saya yakin dgn amalan baik Tok Ayah didunia.

Enam org anak-anak Tok Ayah dibesarkan dengan baik. Didikan agama yg sempurna. Tok Ayah yg tidak pernah tidak kesurau berjemaah tiap waktu solat. Selagi larat selagi itu dia gagahkan diri ke surau. Walaupun hujung2 usia matanya sudah tidak nampak. Dia gagah juga berjalan ke surau dengan tongkat. Tok ayah yg rajin bangun malam bertahajjud.

Al-Fatihah buat Tok Ayah...Abdul Ghani Bin Sulong...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 4, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..rezeki dari Allah. Dia yg berkehendakkan sesuatu dan Dia juga yg berkuasa menganugerahkan sesuatu.

Alhamdulillah, Jumaat 21.12.12 saya selamat melahirkan sorang lagi baby girl seberat 3.57 kg, jam 12.23 tghari, di Ampang Puteri Specialist Hospital.

Syukur tak terhingga. Tak sangka secepat ni. Untuk kali keduanya bersalin secra ceaser. Alhamdulillah baby sihat walafiat.















#keterujaan seorang kakak..........




#pic Day 7 : selepas dibotakkan...Papa yg botakkan sendiri. Tahniah Papa!

Alhamdulillah... (again)


- Posted using BlogPress from my iPhone