Friday, January 25, 2013

Tough Daughter Turns to A Pempered Wife

Tajuk drama ke apa ni?
Tajuk life history...eh bukan, life story :-)

"The Tough Daughter" was ME five years back.

"The Pempered Wife" is ME now.

Ceritera hidupku...
Dilahirkan sebagai anak bongsu dalam keluarga. Anak ke-5.
The only girl in the family.
People (at those past time) used to call me "anak manja".
Memang pon...ape tak manja nye, lepas sorang2 keluar lelaki, betapa mak ayah saya duk tunggu anak perempuan.
Baba saya lah lebih2 lagi.
Nak sangat dia anak perempuan. Sampai waktu ma saya pregnant abang kedua Baba dah ready nama untuk saya.
See?
Lama kan dia tunggu?
Sekali anak ke-5 baru dapat pompuan. Dahla lepas tu Ma terus tak beranak2 lagi dah.
Mau tak manja anak perempuan ni.
Waktu tu mmg manja sungguh.
Jentik pon tak pernah.
Sape2 marah anak pompuan dia nih siap laaa...berani nak kena marah balik?
Mau abang-abang yg berempat tu tak jeles?
Waktu tu nampak sgt Baba mcm bias. Kalau anak2 lelaki buat salah, kena marah, kena pukul.
Tapi kalau saya buat salah, naughty2, dia cakap elok2...eh, tak pernah la kena pukul. But Baba once told us this,

...anak pompuan,kena lemah lembut didikannya,sebab nanti dia nak jadi ibu, biar dia jadi ibu yg penyayang dan lemah lembut. Anak-anak lelaki kena tegas cara didiknya, supaya besar nanti jadi anak yg kuat, dah tua2 nanti jadi bapak yang tegas,baru boleh bimbing kelurga. Tu fitrah.

When you grow up,become parents then u will understand. See? How hikmah my Baba was?

Hurm, Hasil manja terlampau ni jgk lah dah besar2 pun still tgk TV baring celah ketiak Baba. That was me.haha..

(Ba...miss you..huhu)

Things changed when Baba passed away. That was in year 2000. Waktu tu, saya umur 15tahun. Life totally changed!
Dalam sekelip mata.
Saya yg ubah cara hidup saya sendiri.
Bukan kata abang-abang dan Ma tak manjakan saya.
Saya yang menolak untuk dimanjakan.
Saya belajar untuk menjadi anak gadis berjiwa kental.
Keras.

Saya letak dalam diri saya satu benda : hidup jangan susahkan orang.

Waktu tu saya berulang dari rumah ke sekolah yg jauhnya 30km.
Amik masa 45minit dgn bas. Takde bas sekolah.
Yg ada cuma bas awam yg lalu sejam sekali kat jalan besar depan rumah.
Dan berenti kat bandar.
Pastu kena jalan kaki dari bandar ke sekolah.
Rumah saya ke dalam.
Amik masa 10-15minit berjalan nak ke jalan besar.
Paling lewat saya kena sampai bandar jam 7.15pagi.
Bas lalu kat jalan besar depan rumah lebih kurang 6.15 hingga 6.30 pagi.
Jadi untuk selamat pukul 6pagi saya dah kena berjalan keluar ke jalan besar.
Ma berkeras nak temankan sebab jalan kampung pagi2 buta tu sangat gelap.
Takde lampu jalan.
(peristiwa terpijak lumpur kalau waktu hujan tu adalah biasa). Saya pulak berkeras untuk keluar sendiri.
Tak payah teman.
Kan saya nak didik diri supaya keras dan kental?
Kan saya menolak untuk dimanjakan?

(berlagak)

Pastu saya belajar tak pernah tusyen.
Sebab taknak susahkan abang-abang saya nak kena tanggung saya tusyen.
Walaupun abang sulung saya waktu tu berkeras nak hantar saya tusyen,
saya tetap berkeras kata taknak. Otak saya waktu tu congak pasal duiiiit je.
Sedangkan abang saya beli buku kerja untuk saya waktu nak SPM dulu pun saya boleh tulis dlm diari berapa harga,
kunun2 nak bayar balik bila saya dah besar panjang
(melampau sangatlah aku nih...padehal dah campak ke mana diari tu ntah..haha).
Tp atas pujuk rayu abg,saya g la jgk tusyen intensif yg sebulan sebelum SPM tu.
sebulan je, buat syarat je.

Pastu adela keinginan di hati nak pakai henpon.
Tapi nama nak meminta duit dari abang2 memang TAK!
Mesti cari duit sendiri. Mesti!Mesti!Mesti!
(eh apsal nak kena ada tanda seru nih?)
Pecah pale pikir cemane nak kumpul duit nak dapat henpon nih.
Henpon cabuk buruk kena ikat getah pun takpelah asal henpon. Sebab waktu tu tengah hot nasyid "Sumayyah" by hijjaz tu. Impian hati nak pakai henpon nak letak ringtone itu lah kunun2nya. Mesti bangga ada ringtone nama sendiri.
Orang lain mana ada kan.
Oh, sangat budak-budak rupanya saya ni.
Pikir punya pikir...Ting!
Dapat idea nak kerja part time kat kedai runcit.
Petang2 rajin bertandang ke kedai runcit sana sini carik kerja kununnya.

Ok, ada satu kedai ni nak pakai pekerja. Gaji ikut jam. RM3 sejam.
Kalo 5jam keja sehari RM15, seminggu dah seratus lebih. Masyuk2..begitulah pikiran budak2.
Sampai part nak mintak izin dengan Ma & abang-abang tu dah tak berapa nak masyuk daaahhh...
Terketar2 tangan bagitau abang saya yg nombor 4..mintak izin dia nak keje kat kedai runcit lepas waktu sekolah, pastu malam2 nak mintak dia tolong jemput. Hoih mengamuk dia hoih! Waktu bagitau tu kitorang tengah makan berjemaah.

"Ingat aku tak mampu nak tanggung sekolah adik sorang sampai nak kerja angkat2 tong gas kat kedai tu? "

Tu soalan dia yg sampai ke hari ni saya tak pernah jawab lagik. Ngeri weh..Haha...sayang jugak ko kat aku ek Min? Protective!

Pastu saya pun pinjam duit kat Ma rm50.
Nak meniaga.
Ma tak pernah sekat. Lagi dia sokong.
Mana tumpah kuah kalau tak ke pinggan kan?
Dengan modal 50hinggit tu balik sekolah petang2 saya jalan kaki g kedai borong jajan,
balik umah pack kecik2 jual kat budak2 kampung.
Walopon tebal muka toksah cerita kena gelak dengan pakcik drebar bas sebab hari2 duk usung plastik hitam (macam plastik sampah) bawak naik bas dia.




Macam ginilah rupa plastik yg saya jinjing tiap2 hari tu.
2plastik sehari. Kiri dan kanan. Beg sekolah sangkut kat bahu. Pernah ada sorang pakcik tu buat lawak kurang cerdik,
"Dik,org lain g sekolah bwk balik ilmu,awak bawak balik plastik sampah?"
ahhh...kejam sungguh dialog tersebut.
"Takpe pakcik...ilmu saya simpan dalam dada,org tak nampak..." jawab saya dengan lancangnya di dalam hati...
Fedulik la apa pakcik2 drebar tu nak cakap, yg penting nih henpon dah depan mata nih.
Petang2 balik sekolah gigih lagi buat tusyen kat umah ngajar budak2 kampung..sorang 50sen untuk 2jam. Agaknya kalo harapkan duit hasil tusyen tu makan tahun pon belum mampu pakai henpon cabuk tu. Hahaha.

Bertambah lagi kegigihan tu dengan tiap2 malam sebelum tidur bancuh air sirap,asam boi,air kelapa,sirap bandung,dan oren. Pastu buat aiskrim malaysia,jual seposen sebatang. Kalau di malam minggu pulak menggagahkan diri goreng keropok,pack dlm plastik kecik2 pagi2 g letak kat kedai kopi.




Masyuk jgk hasil aiskrim (rupa mcm gambar kat atas tu) dan jajan dan keropok nih.

Sape mangsanya?
Budak2 yg belajar tusyen tulah...haha...kejam jgk cikgu tusyen korang ni adik-adik. Sambil menyelam minum air. Sambil ajar diorang tusyen,break 5minit tu dah mcm2 order diorang,aiskrim lah keropok lah. Pastu habis tusyen tu diorang order lagi. Duit cikgu jgk yg masuk dik...hehe..Henpon punya pasal!
Tapi puas hati dapat jgk henset walopon henset tu paling murah,secondhand plk tu.



Gojes tak rupa paras henpon pertama saya?Haha..*sorok muka bawah bantal*

Takpe...henset Rm70,simcard RM180,sangat mahal!
Dahla nombor x cantek..9378594???
nombor apa tu?
Takde ritma langsung..haha...
Yg teman saya waktu tu g beli simcard adalah blogger Nanad Nadinie...hehe ingat lagi tak Nadi?

Pastu lepas SPM...dpt offer letter dari UIA, dlm nak buat urusan semua tu,
saya sampai menangis!
Banyak urusan nak masuk U ni rupanya.
Nak bank in yuran lah,
nak sign tok ketua lah,
nak medical check up lah...penin pale.
Nak g bank in yuran sampai nanges sebab tak tau bank rakyat kat mana.
Last-last abang yg nombor 2 cakap, "Boleh tak belajaR mintak tolong dari adik beradik?"haha...baik bang.

Masuk pulak cerita gigih naik turun tangga bank,
sebab nak cari pinjaman belajar yg paling murah dan paling terbaik selain PTPTN.
Macam2 bank saya masuk, jumpa pegawai yg macam2 perangai.
Keluar masuk bank di tengah2 panas hari sampai demam? Itulah kedegilan saya.
Yang resultnya satu pun tak dapat sebab yg interest murah tu kena ada jaminan penjaga dan sistem bayaran melalui potongan gaji penjaga.
Maknanya saya nak kena minta tolong abang2 jugaklah. Menyusahkan orang?
Memang TAK lah jawabnya.

Masuk universiti pun ada kisahnya jgk. Percaya atau tak, dihari pendaftaran, orang lain mak ayah hantar, sampai dua tiga bijik keta eskot, saya datang ke UIA sorang2 diri all the way from Kota Bharu.
Saya dan seorang kawan bernama Sulastri.

Saya sorang2 bawak 2 beg,satu beg beroda,lagi satu beg bimbit biasa.
Berat kot..Huhu..
Janji dengan Sulastri nak jumpa di Terminal Bas Putra,KL.
Pukul 4pagi bas saya sampai KL,melangutlah sorang2 tunggu Sulastri.
Lepas subuh Sulastri sampai kitorang amik cab g KL Sentral. Amik LRT ke Terminal Putra Gombak pulak. Waktu tu time orang g keje. Train was loaded with full of people.
Berebut2 saya naik train sampai tayar beg saya tercabut.
Nak nangis waktu tu.
Sampai di terminal putra amik pula cab ke UIA.
Sampai depan uia jln jem teruk,pakcik drebar teksi tu cakap takpela dik ye,pakcik drop awak kat sini je, jln jem pakcik tak sanggup nak masuk. Dah masuk payah nak keluar.

"Kat sini" tu adalah kat simpang nak ke greenwood tuh. Agak kejam juga pakcik tu. Menapaklah saya berjalan dengan beg yg berat,
nak tarik tak boleh sebab tayar dah tercabut!
Pikul je,sampai depan gate uia kaki dah melecet.
Berjalan lagi nak sampai ke dewan pendaftaran,
memang peluh lencun satu badan.
Penat sangat2.

Panjang cerita "tough daughter" nih kan...toughlah sangat. Takde tough mana pun,cuma degil dan keras kepala juga hati. Dan jugak kecelaruan pemahaman tentang maksud "meminta pertolongan" dan "menyusahkan orang".

Bab pempered wife kita bertemu di lain entri ye...hehe...Babai Assalamualaikum ;)

p/s : pic source : google (sgt malas nak backlink bila online guna henpon)
***ini bukan henpon nokia 3210 seperti gambarajah di atas ye...


















- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment