Sunday, March 10, 2013

Musibah : Banyak Dosa Gamaknyerrr

Assalamualaikum...

Rinduuuu nak menulis kat sini.
Tapi tak besh la update blog takde picture. Menjak2 Imtinan dah besau nih, pantang nampak henpon, mesti tunjuk icon u-tuBe. Nak tengok video..kalau tak upin ipin, pada zaman dahulu. Takpun teletubbies, ataupun videoclip voice of ummi... Agaknya dia ingat henpon tu dia punye kot???

Semalam kitorang g ganu...
(gambar takde...huhuhu...)
Kenduri arwah cik gee. Saya ziarah kubur cikgee sekali. Serius, rasa rindu sgt kat cikgee. Buat drama air mata bila tgk anak pompuan cikgee yg umur 4 tahun tu duk makan kat tepi dinding sorang2, sendiri suap nasik. Macam...alaaahai kesiannye...huhu..

Pastu on the way balik dari teganu tu, singgah beli kopok lekor. Jap nak tanya, ada tak sape2 datang ganu tak singgah beli kopok? Mcm takde kan?Sbb tu la kitorang singgah jgk. Nak beli kopok kononnya. Macam eh peliknya aku kalo dtg teganu tak beli kopok??

Ha...yg musibah nya adalah kat situ kitorang eksiden. Kat kedai kopok "Suka Ramai", Merang ke nama tempat tu..ke Penarik, ntah...Kitorang dgn Toyota Avanza. Langgar motor. Motor tu hancur. Memula dengar bunyi motor tu terbalik,punye kuat kitorang dh pucat dah. Saya dah imagine darah bersepai2 ats jln. Doa satu je jgn la ninggal ke apa budak tu. Tetiba bila keluar keta, tgk budak tu rilek je bangun takde injured walau siket pon. Pastu cek keta kitorang takde calar langsung. Tapi motor dia hancur. Tayar dah jadi macam kuih donut tersepit. Oh kejadian apakah ini?

Tapi kitorang tak wat report polis pun. Sebab report polis kan kena bayar rm300. Walopon blh claim insuran untuk cover damage 3rd party tp mcm rugi la...korang mesti paham kan camana cara syarikat insuran tu akan kira kan?

Pastu Mr.Faris hulur je duit kat family budak tu utk repair motor..Lari la budget bulan ni..huhu...

Gambar waktu kejadian memang takde...hihi...

Musibah kedua adalah di pagi tadi, tatkala menghantar kereta encik suami untuk di serbis. Aircond keta mr.Faris rosak. Sepanjang2 di kelantan ni saya guna keta dia ke hulu ke hilir. Cik myvi kecik putih comel saya tinggal kat KLIA sana nun...park kat situ utk kegunaan waktu2 emergency kalau ke KL. Sebab tak jumpa dengan bmw service center kat kelantan ni,saya pun hantar la kat satu kedai ni. (Nama takleh bagitau sebab nak citer yg x elok kan)..haha..kedai ni glamer,penah masuk paper semua lah. Konon2 tokey dia usahawan melayu yg berjaya..haih.

Sebab bizi dan byk urusan Kitorang tinggal je keta kat bengkel. G setel urusan lain dulu. Sekali dtg nk amik tgk dia ada tukat barang tak ori. Made in taiwan hokey. Berasap jantung hati perut semua..gerrram okeh. Pulak tu charge mahal. Manpower punye caj pun mahal. Kalah KL. ape nih? Topup aircond pun sampai 75ringgit. Saya biasa topup kat KL nun 50ringgot je..ape nih kali kedua..Total bill 480. Tokey dia kata ada lagi brg kena tukar ni...ada kipas bergetar2..terus rasa bengkek. Encik tokey nak caj apa lagi ni encik tokey? Barang elok pun encik tokey nak
Kata rosak. Pastu brg ori encik tokey amik, encik tokey kasi customer brg tak ori? Macam tu yek? Eiii mmg yek la perangai org melayu kalo wat bisnes macam ni..

Lepas dh amik keta dah siap repai and servis semua tu baru kitorang dapat tahu yg sebenarnya bengkel tu org2 area sini mmg dh tak hantar. Dah well known dgn perangai dia..cara bisnes dia yg x jujur..Cukup terkena sekali..cukup...cukup...cukup cukup sudah...cukup sampai di sini sajaaa~~~

Saya mcm geram sangat...dahla semalam dah burnt duit sebab eksiden. Hari ni burnt sbb kena tipu pulak..saya merungut mati-mati. Padahal duit keluar dari poket laki. Hahah..Sekali tukang keluar duit cakap..

"Takpelah...kita redha je...mungkin ni cara Allah nak sucikan harta kita..Mana tau kan ada duit kita ni tercampur dengan yg syubhah ke..haram ke..."

Sob...Sob...Sob...
Malu wooo...
Adakah perenggan terakhir itu boleh dijadikan sebagai moral of the story?Wellll.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. betul tu..merungut byk2 pn xdok pekdoh su
    lagi koho kering pahala kito:)
    astaghfirullah'azim:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insapppp~~~
      huhuhu...tp mcm geram jah lg dgn bengkel tu..su nk tukar bm hntar kL pastu guna myvi jela kt cni..seney ada produa nak serbis ke apa ke kan...

      Delete