This morning i uploaded this picture on FB. Sweet isn't? Morning picture. After taking Iman, the baby, to bath and putting
on romper, I let her watch this "upin ipin" short movie. And than Imtinan,still in her pyjama, come to join.
Cecepat saya snap picture, few hours later upload kat FB with caption "Good Friends Always Share".
Well...picture always lie I think. Hehehe..
Hey they'r not best friend, yet. Always lah berebut. Waktu snap and upload gambar ni, deeply inside i pray to Allah, so that one day they will become a best friend to each other, enjoying their sisterhood till death.
As for me, seriously saya tak pernah ada betul-betul punya best friend sampai sekarang. Yang makan tido bangun baring borak lepak ketawa sedih menangis bersama. Takde. Kawan baik,kawan rapat ramai. Tapi takde sahabat yang betul-betul sahabat.
Saya suka menjadi sahabat yang boleh lend ears bila org ada problem. Rasa suka boleh menolong walaupun tolong dengar sahaja.
Style gegurl kan kalo bercerita mesti ujung-ujung tu nak ada "ni secret tau..", "jgn bagitau orang tau..," taktau la apa motipnye. Kalo set-set lelaki gagah perkasa ni takde pulak macam tu. may be ada la kot sesekali sekala, dalam hal yg betul2 rahsia.
Tapi kan saya perasan jugak la, set-set pompuan ni peel dia sepesen kan. Cerita sok-sek-sok-sek bisik kat kita konon-konon tu rahsia hati dia laaa...beramanah berwasiat segala JANGAN KASITAU ORANG! Tup-tup esok lusa dah kita dengar cerita sama dari mulut org lain pulak. I very dont like this peel lah. Tapi ramai je ladies yg macam ni. Sebab tu lah saya tak pernah ada sahabat baik yg saya boleh percaya 100%. Takde.
Pesen saya kan,kalau saya tengok org tu jenis yg buka cerita org lain,buka rahsia dan aib orang lain depan saya, saya tak percaya dia dah. Sebab saya yakin kalau dia boleh buka aib orang lain kat kita, dia jugak boleh buka aib kita pada orang lain.
So pada saya berkawan is berkawan. Touching2 is no. Jaga ukhuwwah. Jaga persaudaraan. Nak bercerita hal hati perasaan tu tak. Saya tak kisah nak dengar masalah orang nak tolong orang. Tapi saya ada masalah lah nak bercerita hal saya kat orang. Sebab saya susah nak percaya orang.
Ok. Jap rewind balik.....sreeeereet bunyi tape rewind kat radio zaman dulu-dulu.
Tap!
Yes, dulu time sekolah saya ada dua orang kawan rapat. Sangat rapat. Sorang saya panggil Lisa dan lagi sorang Chah. Saya dengan Chah ni sampai SPM je. Lepas tu takde dah,dia macam menyepiiii terus. Mesej pun benda penting2 je. Taktau pasal apa jadi macam ni. Mungkin sebab dia pegi kolej matrikulasi yg tak sama dengan kitorang (saya dan lisa).
Jadinya rapatlah saya dan lisa ni sesungguh-sungguhnya. Lisa tu sampaikan taknak pergi pusat matrikulasi sebab saya tak pegi. Tetap nak ikut saya masuk UIA jgk. Waktu kat UIA macam belangkas. Kos lain-lain pon boleh kata tiap2 hari jumpa. Serius saya memang sayang lisa ni. Best friend ever. Tak pernah menipu saya. I can read people who lie...haha budget sgt kan nak psiko orang. Bila dia kena pindah ke kolej kuantan dan saya di gombak menangis ya ampun budak lisa ni macam kan kuantan ke gombak tu kena seberang laut patbelas jam. Oleh sebab itulah sanggup dia ulang alik kuantan gombak sebab nak jumpa bestpreng dia ni...hehe..
Pernah satu hari tu, something happened to her. Nun jauh di Kuantan sana. Saya waktu tu tengah sakit (memang waktu belajar dulu saya banyak sakit. Scan sana scan sini sama je takde sihat ke apa pun). Waktu tu saya baru setel check up kat klinik. Balik dari klinik singgah merewang jap. Tetiba dia call nangis2....adala benda yg jadi waktu tu. Tengah-tengah maghrib tu saya berlari (naik keta) rush from gombak to kuantan. Betapa sayangnya saya kat dia. Sampai-sampai sana terus dia boleh senyum macma dah takde apa2. Kan? Aura sahabat baik.
We did share everything. Sampailah bila Lisa ni ada boypreng (dah jadi laki dia pon sekarang ni)...i stop telling her words. Saya cuma menjadi pendengar setia tapi bukan lagi pencerita. Nampak tak kenapa? Sebab saya taknak nanti lisa story mory hal saya kat boypreng dia. Haha.. Ko jgn kecik hati ok lisa...
Plus, bila saya dah bersuami. I told to myself, (ok... i keep telling this to myself till now ) : Jadikan suami sahabat. Jadikan suami sahabat. Jadikan suami sahabat.
Sekarang ni, dia jelah sahabat yg benar-benar sahabat. Takde rahsia. Baik dia baik saya. Tak puas hati
Harap-harap dua anak dara saya ni akan jadi bestfriend sampai besar sampai kawin sampai beranak bercicit. Sampai bila-bila. Lebih baik punya kawan baik dari darah daging sendiri. Jauh mana pergi pun akan balik bercantum juga. (peribahasa sendiri reka). Buruk baik pun adik beradik sendiri, tidak-tidak aib dalam kain tak terdedah merata. Kan? Amik peribahasa melampau sangat..hihi..
Lisa. Aku tetibe rindu kamu.
Saya tahu dia tak tau pun kewujudan blog ni.hahahha...
~Tata~
Daughter - Wife - Mom
Akak kenalan ramai. Kawan tu sedikit...tapi kalau dah serasi In Sha Allah, akan berterusan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...pandai akak jaga ukhuwwah. Berkawan biar seribu kan kak..thanks singgah sini :-)
ReplyDelete