Monday, July 29, 2013

Persiapan Raya

Taktau nak bebel apa.

Ni ramai blogger mak-mak ni senyap je mesti sebuk buat persiapan raya ni. Ke sibuk kejar lailatulqadar? Kalau jawapan yg kedua, tahniah. Terharunye saya...saya dua2 pun tak...uhuk2..

Jom sembang checklist nak?

BISKUT RAYA dah setel? Saya yillllekk..eh mana penah ada biskut raya pun umah kitorang. Beli mahupun buat dua-dua tak penah. Malas nak pikir sebenarnya. Bukan takat malas nak buat,pikir pon malas????
Ok camni. Saya kecik-kecik dulu Mak bukan jenis minat dgn biskut raya. Raya bila org datang dia suka masak berat-berat. Bihunnye,nasik minyaknye,nasik kerabunye, tu kalau dah habis set-set nasik bertema, nasik putih dgn lauk pauk pun jalan. Kalau pagi raya, pukul4 pagi dah berketung ketang goreng bihun. Sambil bebel-bebel anak dara nan sorang tak mau nolong. Pastu tiap-tiap pagi pun macam pagi raya. Sampaiii la bila dah lepas seminggu macam tu sedara mara dah surut, dah kurang orang datang baru dia tak masak. Kalau org datang mmg yg beraaat je la yg dihidang. Yg ringan2 ade la ketupat,tapai, maruku,kacang2...Begitu. Jadi, saya pun terikut-ikut perangai mak la kiranya ni, tak minat biskut2 raya ni. Tapi yang part suka masak berat-berat tu tak mengikut pulak ye...muahahhaha..

Kalau mak mertua pulak macam ni. Tiap-tiap tahun mesti ada biskut buat sendiri. Anak-anak nak makan katanya. Eh, tapi memang budak2 ni hadap biskut raya tu sungguh-sungguh pun. Baloi la buat kan. Kata ummi, ikutkan dia malas nak buat. Tapi abah tu start dari mula2 diorang kawin dulu, biskut raya mesti ada yg buatan sendiri sampai la sekarang pon mcm tu gak. Padehal abah bukan makan sangat pon. Again, untuk anak-anak katanya. Itu yang sampai suruh umi buat biskut tart kirim kat anak-anak yg belajar kat mesir sana nun...agaknya yg sampai bukan biskut raya tapi dah jadi serbuk raya kot.. Kasih abah.

Mr.Faris pulak dia tak reti nak makan biskut raya macam adik-adik dia. Elok sangatlah dengan saya. Eh tapi saya makan reti je...hahahaha...

BAJU RAYA - Mimpi ngeri ni. Selai pun takde. Sebenarnya saya takdelah ngisah sangat pon pasal baju raya ni, betul tak tipu, bila dah ada anak kan, nafsu nak bercantik2 di pagi raya tu macam nando dah. Yg ada cuma nak tengok anak-anak dan suami je cantek.

Bertambah ngeri lagi bila tadi pegi shopping kat Parkson KB, cari baju mr.Faris tapi takde satu pon yg berkenan. Ok. Adela satu kemeja ni. Macam WOW! Baju tu nampak smart,memukau. Saya suka dia pun suka. Grab dua saiz masuk fitting room. Pastu Mr.Faris dah tersengih2..."Ayang,tak nampak mcm uniform staff-staff hotel tu ke...?"
And i was...errrr....hahaha.. Yes betul. Bila dah sarung kat badan terus nampak haah la macam uniform penyambut tetamu kat hotel. Yela mmg la smart kan uniform pekerja hotel tu? Tak ke nampak WOW? Tapi takla nak buat raya kot... T______T

Bertambah kengerian lagi adalah Mr.Faris cakap macam ni. "Esok kita g KL. Amik flight lepas sahur. Cari baju kat sana senang. Balik KB flight malam last sekali".
Gulp! Ape sampai macam tu sekali bang?
Haaa...kan dah. Kenal sangat dengan perangai pakwe sorang ni. Cerewet ya ampun kalau nak membeli baju. Itu belum seluar lagi. Kalau kasut lagiiiii lah. Cuak ni. Dia dahla rabu ni dah keje. Outstation sampai sehari sebelum raya baru balik sini. Memang kena setel baju esok lusa jgk la ni. Abang please meh sini kita raya tema jawa nak? Senang sikit pakai batik jawa kemeja corak bunga-bunga kaler coklat. Nampak jelas kejawaan tu..

DUIT RAYA - awal2 dah sediakan sampul. Anak buah belah saya macam dah makin bertambah. Tahun ni 11orang. Dah cakap awal2 kat Mr.Faris. Nak bagi doploh hinggit sorang. Anak buah je tauuuuu. Anak bukan buah sikit2 dah la. Sampul duit raya cilok yang free gift sampul boboboi kat minuman solivite imtinan. Jimat sket takyah beli. Sape tanak mende fri cer bagitau? Huh! Esok nak g tukar duit kecik2 untuk anak-anak bukan buah. Sape nak duit raya meh sini dua ringgit sorang nak?

Semalam cakap kt Mr.Faris, meh kita tuka trend tahun ni. Isi dua inggit dalam sampul,pastu isi ketas tazkirah ke apa ke yg bermanafaat siket. Pastu Mr.Faris cakap macam ni..."bagi dua inggit, sambil bagi kita cakap la lagi belen tiga ringgit telah disalurkan ke tabung anak-anak yatim..."

T_________T
*oh air mata,bentila mengalir*

ok, penah dengar tak org cakap tak bagus trend bagi duit raya ni? Kita ajar budak2 kefahaman yg salah iaitu RAYA samadengan KUMPUL DUIT. Saya tak setuju. Trend tu tak salah. Trend bagi duit time raya adalah bagus, sebab kita memberi hadiah. Bila kita bagi hadiah (duit), budak-budak jadi seronok. Menseronokkan dan membuatkan kanak-kanak gembira adalah sunnah nabi. Sunnah Rasulullah. Bagi hadiah pun Rasulullah galakkan jugak. Sebab boleh kukuhkan kasih sayang sesama saudara muslim. Nampak tak yg trend bg duit raya tu sebenarnya bagus? Dan tak salah kepahaman.

Yang salah adalah mak bapak budak tu yang tak pahamkan anak dia betul2 tentang konsep duit raya. Anak tak kisah pon, mak yang lebih2..penah nampak tak mak kelebet sampul raya anak sambil buat mulut terjuih2.."eh berapa dapat? Berapa dapat?" tak penah? Saya penah. Senak mata kalau nampak pemandangan macam ni. Budak-budak ni hati dia suci. Keje nak seronok je.

Jadi mak ayah la yang boleh pahamkan kat anak betul-betul..

"Kajol....Salman...
ingat pesan mummy and daddy ni...Hari raya ni hadiah Allah bagi untuk orang-orang Islam sebab ikut suruhan DIA . Dia suruh puasa sebulan. Lama tu. kita pun puasa, sebab apa? Sebab kita sayang Allah. Kita ikut apa Allah suruh. Jadi bila raya kita berkumpul ramai-ramai..alang2 berjumpa ramai2, Kajol dgn Salman kena mintak maaf la kat sedara mara, kot2 lepas ni kita tak jumpa dia lagi dah. Supaya kita takde dosa sesama manusia. Kalau sambil bersalam-salam tu ada orang bagi hadiah, alhamdulillah amikla tanda syukur rezeki Allah bagi"

Maka Kajol dan Salman pun bertanya.."Hadiah apa daddy?"

"Hadiahla...kalau org bagi biskut raya ke, ceklat ke,duit ke...sampul ke...amik la..biasa raya orang suka bagi2 benda hadiah-hadiah kat budak2...biar seronok budak2 nanti,"

Walaupun mmg payah nak jumpa orang bagi hadiah lain selain duit tapi takpe...setidak2 kita tak letak kat pemahaman anak-anak bahawa raya mesti dapat duit. Ok tak?

Terpanjang pulak mengustajahkan kajol hari ni..

Eh ok lah nak goreng telor nak kejut pakwe sahur pulak ni..



Daughter - Wife - Mom

Thursday, July 25, 2013

Pengurusan Pakaian : Masalah dengan Kolar T-Shirt

Ha....tu diaaaa...
Dah start main susunatur pulak.
Hahaha..tidak ye tidak.
Ni entri nak menanyakan soalan.
Saje la buat tajuk ala-ala teringin menyusunatur. Begitu.

Kolar t-shirt laki u-ols camana?
Cer tunjuk sikit.
Mr.Faris nyer kolar sememeh ya ampun...




Ni 2,3 helai yg saya ambik gambar. Asal lepas basuh je macam ni. 3,4kali masuk mesin menggelebeh terus. Mata saya ni macam senak tau kalau tengok suami pakai baju kolar macam karipap tak siap macam ni. Tak tau la salah kat mana. Baju baru beli elok2, kain cantek lagi pun kolar dah gelebeh.

Ada jugak t-shirt dia yg ok. Basuh sampai lusuh pun kolar maintain. Agaknya depend pada material kain kot. Tapi kebanyakan t-shirt Mr.Faris semuaaa macam ni. Tak larat la nak handwash manjang kan. Amboiiii siap nak kena lay flat to dry melampau la kan. Takkan la kot.

Saya buat sorting dulu baju sebelum basuh. Untuk baju2 tshirt ni saya read labels. Kalau tengok kat label takde masalah pulak, bole je machined wash, boleh je tumble dry. Tapi hasil dikemudian hari macam ni lah.

Dulu guna full auto machine. Jadik jgk macam ni. Sekarang guna semi-auto machine,ponnnn jadi macam ni jgk. Tu dah set delicate wash dgn kering
Nombor 1@2. Ponnn tak selesai jgk masalah.

Tapi yg herannya bila hantar dobi,elok balik. Selalunya kan kalau dah teruk sangat keadaan kolar t-shirt tu, macam kat picture ,tshirt yg kaler krim kekelabuan (???) tu,kan macam nazak je tu, saya hantar dobi 3,4kali ok balik... Cun balik kolarnye. Lepas basuh sendiri kat umah, jadik karipap balik! :']




Macam gambar ni. Yang kaler merah tu yg saya basuh sendiri. Karipap sungguh kolar dia. Yang kaler hitam tu pun dulu sama mcm yg merah tu. lepas dua kali hantar dobi, cantek balik kolar dia.. Dah takde karipap dah.

Penah la tanya orang dobi, basuh tangan ke? Diorang kata tak pon. Campak sekali harung je dgn baju2 lain jgk....

Ke ada yg tak kena dengan cara menjemur? Saya jemur baju tak pakai hanger. Memang sidai style ongkampung dulu2...

*stress*

caner ek nak buat? Share please...
:-)

Daughter - Wife - Mom

Wednesday, July 24, 2013

21/7/2013 = 22months old Sofiyya Imtinan

Pada tarikh ini, Imtinan cecah 22bulan. Dalam erti kata lain 1tahun 10bulan. Dalam ertikata lain jugak, lagi 2 bulan nak masuk 2tahun. Seronok tengok anak membesar depan mata sendiri dengan sihatnya. Alhamdulillah. Tapi ada jgk rasa sayu di sudut hati. Mak-mak sungguh perasaan ini.

TENTANG PENYUSUAN :
Lagi 2 bulan Imtinan kena stop breastfeed dgn Mama. Mama tak tau la mama sanggup ke tak untuk tengok mata sayu Imtinan tu dan dengan tegasnya berkata : TAKBOLEH bila Imtinan mintak nak menyusu...

Dah banyak benda Imtinan pandai. Akal pun dah panjang sangat. Merajuk.
Membentak. Semua ada. Berjalan,berlari, tersepak, jatuh, bangun, menangis, semua depan mata Mama. Sampai Papa menangis sebab tak boleh tengok first step imtinan mula-mula berjalan dulu. Mama jgk org pertama yg tengok. Papa outstation waktu tu.

Kadang-kadang mama rasa Papa sayangkan Imtinan lebih dari Mama sayangkan Imtinan. Papa tak pernah marah imtinan, tak pernah berkasar dengan Imtinan. Kalau Papa balik dari kerja, jarang sgt mama dapat mandikan Imtinan. Semua Papa buat. Mandikan imtinan, pakaikan pampers,baju, suap makan,suap minum, main. Semua pun Papa. Pegi servis keta pun Papa bawak imtinan. Pegi workshop tampal tayar bocor pun Papa bawak Imtinan. Pegi pasar pun Papa bawak Imtinan. Pegi surau Papa bawak. Papa kata Imtinan behave kat surau. Sama2 solat tepi Papa. Kalau tak larat Imtinan berenti. Duduk diam2 tepi Papa, sambil baca buku Imtinan. Good job dear. Good job!

SUKA MENIRU
Imtinan sekarang dah big girl sangat. Semua yg mama buat Imtinan nak buat. Semua yg Papa buat Imtinan buat. Imtinan gelak ikut cara Papa gelak. Mama pakai tudung imtinan nak pakai tudung. Mama masak Imtinan pun nak masak. Bijak. Kiut. Camwhore! Suka snap picture sendiri ek Imtinan? Mana belajar buat duckface ek? Tapi comel. Suka buat video sendiri. Pastu tengok balik dan gelak sorang-sorang. Macam-macam imtinan mama ni ye. Henset Mama tu sejak bila jadi Imtinan punye ye? Sesuatu sangat Imtinan ni....asal nampak henset je.



Ustajah pakai tudung


TENTANG BERCAKAP :
Tapi Imtinan takboleh bercakap lagi. Takpelah. Mama sabar, sabar tunggu imtinan bercakap sikit-sikit. Sama macam mama sabar tunggu Imtinan berjalan dulu. Mama kecik ati jugak bila orang kata kat imtinan "apa lembik sangat lutut ni.." "apa payah sangat nak bjalan ni...". Tapi takpe, Mama tungguuuu dgn sabar. Papa pulak suka buat soalan blur "kalau cepat jalan periksa dapat nombor satu ke ek nanti?" Papa ni kannnn....Imtinan mula bjalan yang betul2 berjalan umur 16bulan. Lepas dapat adik. Papa buat joke lagi : "Terer lah Mama ni, Imtinan belum pandai jalan dah dapat adik??" Sesuatu sangat papa ni.

Imtinan mula bercakap umur 9bulan. First word Imtinan sebut adalah ALLAH. Hari tu sepanjang hari Imtinan sebut word ALLAH. Sampai papa sempat amik video...


This is the day sayang. The day when you first speak. The day when you mentioned word ALLAH very clear.

Mama menangis waktu tu. Terharu. Rupanya zikir yang mama duk ulang-ulang kat telinga Imtinan tiap kali nak tidurkan Imtinan tu lah yg melekat kat ingatan Imtinan. Terimakasih buatkan mama gembira Imtinan. Mama betul harpakan Imtinan menjadi wanita suci sesuci nama Sofiyya itu.

Lepas tu imtinan banyak membebel dari betul-betul bercakap. Nada tu dah ada. Cuma bila bercakap tu tak tau apa maksudnya. Contoh ayat : "apocekalulleballeba?" Dan papa jawab "ooo...LLleba Lllebaaa..." Imtinan pun malu sorok muka. Macam paham orang tengah main-mainkan dia ek?
Walaupun imtinan lambat bercakap, tapi ada beberapa ayat yang Imtinan boleh sebut elok-elok. Macam "Mamaaaa....nak aiiiipoi" tu mintak iphone mama la tu..
Pastu "Mamaaaaa....nak air" "Mamaaaa...apaaarr" sambil gosok perut tanda lapar. "Mamaaa....nak mey" tu mintak nak menyusu.

Tapi mama macam tak sabar nak ajar Imtinan ngaji Quran tau. Hehe... Alhamdulillah tengah slow2 bercakap ni bila mama ajar,cakap Alif...Imtinan boleh sambung Ba,Ta. Takat tu je lah. Tapi takpe, slow-slow kita kayuh ye nak. Mama tahu anak mama mampu cuma perlukan masa yang panjang sikit. Mungkin sebab Imtinan tiap-tiap hari berdua dengan Mama je kan. Kurang kawan kurang bersosial. Jadi proses mengenal perkataan tu agak lambat sedikit. Mama belum bersedia lagi nak hantar Imtinan ke daycare. Maafkan mama ye..biarlah mama tunaikan tanggungjawab mama sebagai ibu selagi mana mama mampu.

TENTANG PERGAULAN:

6 or 7 months back, Mama risau sangat. Sangat-sangat risau bila Imtinan tak pandai bergaul dgn ramai orang. Always lah crying,crying,and crying. Nak Mama dan Papa je. Hampir-hampir nak hantar Imtinan ke daycare. Biar pandai bersosial. Biar cepat adapt dgn kawan-kawan. Tapi bertangguh dan bertangguh. Dan akhirnya nah ini dia budak yg pemalu dulu....sekarang dah kemain dia! Asal jumpa orang je tegur. Duk dalam stroller, ikut mama shopping, jumpa orang lalu lalang, terus "hellooo..."


TENTANG GOOD HABITS :

Alhamdulillah, managed to teach her few good habit. Dan imtinan pun paham. Things like...

Pampers yg dah dipakai, buang dalam tong.

Bukak baju nak g mandi, baju letak dalam bakul.

Dah habis minum air,botol/kotak buang dalam tong.

Malam2, sebelum masuk tidur kemas semua mainan. Book susun sini, colour pencils letak sini, toys susun sini. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya lepas dia tidur saya akan bangun dan susun balik elok2..budak kecik mengemas macamana sangat kan? But it's good anyway, ajar dia sikit2.. So that bila pegi rumah orang pun, lepas main toys dia akan kemas balik sikit2.

Malam-malam bila dah tutup lampu bilik, (buka lampu tidur yg malap je), no more toys no more gadget. So dia paham di situ. Dan dia akan usaha utk tidur...

Kalau nak apa-apa, say politely...
Dalam dua tiga hari ajar dia, alhamdulillah dia paham, kalau nak apa2 dia kena cakap lembut2 "Mamaaaa....nak tu,"
So kalau tak boleh pun kita kena respon elok2 jgk.. Kata Mr.Faris, avoid to say NO, but try to deviate. Ok, part deviate ni saya surrender. Memang saya fail. Memang perlukan bantuan dari Mr.Faris. Contohnya kalau Imtinan cakap "Mamaaa...nak ipoii" bukan pada masa yg sesuai. Takleh cakap "no you cant", sebab ada masanya kita bagi dia iphone tu. try jangan buat anak confuse. What we do (errr...Mr.Faris do) is : "wowwww....look there, ada flag! Ada balloon!"...deviate pada sesuatu yg dia suka juga. Macam tu la lebih kurang...
Eh terpanjang pulak...
(no mommies, i'm not teaching you on how to teach your kids...i'm
Just sharing our way...huhu)

TENTANG AKTIVITI :
Banyak outdoor aktiviti. Indoor tak banyak sangat. Antara indoor aktiviti :

Main anak patung.
Hahaha.. Kata girl kan. I bought her baby stroller. Very small but the size just suit her to be "mom". Sometimes dia tolak stroller tu ke dapur ke bilik keruang tamu. Ikut suka dia lah... Sometimes dia susukan baby toy dia macam mama susukan dia. Put the toy on her lap,selak baju "nah mey(milk)..nah mey(milk)..."
Saya percaya main mak-mak ni boleh develop rasa kasih sayang dalam jiwa anak-anak.

Main masak-masak.
Ada kitchen set sikiiiit je. Ada dapur kecik, periuk kuali pinggan sudip telo sayur...banyak yg dah hilang. Waktu duduk umah mak mertua dulu takde trmpat nak simpan mainan dia. Jadi lepas main dia pun campak2 je,ada terjatuh bawah katil bawah almari semua. InsyaAllah nanti beli lagi.

Colouring.
Colouring conteng-conteng.




Antara hasil "menulis" dan "mewarna"...


Main tampal sticker.


Sambil-sambil ajar dia sorting colour. Nampak susunan dia senget benget? Its cute anyway! Hahahha...asalkan tau susun mana hijau mana kuning mana pink dahla imtinan...hehe

Ride on.
Ada motorsikal beli kat dia. Tapi nak gerak kena tunjal2 kaki...hahaa... Bila tah nak g beli lagi ride on untuk dia. Mahal kot..urghhh....

Untuk outdoor, here in KB tak banyak tempat ada. Selain bawak mandi kolam kat waterpark kecik yg penah saya cerita kat SINI, kitorang bawak ke TESCO KB. Kat situ ada tempat bermain yg boleh asah muscle (asah?).



Imtinan, Mama tak harapkan banyak dari Imtinan. Jadilah hamba Allah yg sentiasa SUJUD, BERILMU, dan BERAMAL SOLEH. Tu je.

*hati sayu bila anak makin membesar...

Daughter - Wife - Mom

Kids Keeper - Untuk Keselamatan Anak-Anak

19,20,21,22,23....

Wah,dekat seminggu tak update apa2.
Pakwe ada kat rumah, jadi kurang sikit daya berpikir nak up entri apa, nak cerita pasal apa.

Sibuk sikit, sibuk pikir nak jalan kemana. Nak buka apa, nak sahur apa. Gambar makan-makan buka dan sahur dah takde ye. Sebab malas nak layan kehendak Imtinan tu. Henset ni kan bila dia bangun tidur dia yg punya. Kegemaran dia belek2 gambar dalam henset dan edit2 guna apps. Bila dia nampak gambar makanan, dia MINTAK. Takat mintak takpe jgk. Ni NAK dan-dan tu jgk. Sesuatu sangat kan kamu ni?

Minggu lepas sibuk buka umah orang. Buka umah Tok Gee (nenek Mr.Faris). Imtinan panggil dia NekGee. Buka umah parents in law, buka umah mak sendiri...pastu tau2 ajelah bila buka puasa kumpul ramai2, makan macam2 kan.. Ended up malam semalam sakit perut sampai terduduk2...iktibar tu, iktibar. pahadan muhuke sahangat.

Ok. Haritu mengadu kan pasal Imtinan sekarang ni tak terkawal kalau ke mall, atau supermarket kecik2 nak beli barang. Dia nak lepas bebas. Taknak duduk dalam stroller. Taknak duduk dalam troli. Taknak duduk dalam carrier. Taknak didukung! Umpanlah apa pun mg dia taknak. Dia cuma nak LEPAS BEBAS dan BERLARI. Anak sorang takpe lagi, boleh lagi nak handle. Sorang jaga sorang shopping.

Bila anak dua, ada ketikanya bila baby tengah cranky, kitorang tak terkejar Imtinan tu. Sebab taknak terlepas pandang, dan sesuatu yg buruk terjadi, kitorang putuskan untuk guna kids Keeper ni. Ye, kitorang tau tak senonoh pakaikan tali kat anak kan? Nampak macam tuuuuut plak kan nak ikat2 tali bagai?
Pedulik. Demi keselamatan anak-anak.
Hanya korang je yg tau tahap aktif anak korang macamana. Ada budak yg jenis boleh duduk diam dalam stroller sambil isap puting...pastu terlena...

Tapi Imtinan tak. Takkan ada waktu dia diam dalam stroller. Kecuali kalau dia ngantuk nak tido. Kitorang taknak umpankan dia dengan gula2,aiskrim atau gadget. Semata-mata sebab taknak dia nangis kena tambat dalam stroller. Ada kids keeper ni lega sikit. Dia pun boleh berlari test otot-otot dia. Eksplore dunia dia sendiri.

Selalu sangat time shopping kat supermarket kitorang dengar announcement ada budak kat kaunter hilang mak ayah lah...mak ayah buat announcement hilang anak lah...tu belum lagi cerita2 kat internet tentang sindiket culik kanak-kanak kat supermarket lah...semua tu mimpi ngeri bagi saya...mintak jauh dari kejadian2 seperti tu.

Tambah pulak Imtinan ni tak reti takut dengan siapa-siapa pun..Pernah satu kali tu, Imtinan jatuh dalam kolam ikan kat hospital. Kat depan hospital, main entrance. Cetek je kolamnya. Kolam ikan koi yg kaler oren cantek2 tu. Kat tengah2 kolam tu ada air pancut. Agaknya sebab nak air pancut tu kot..atau mungkin nak ikan. Dalam sekelip mata dia dah terjun dalam kolam tu. Dalam masa beberapa saat,sebab saya sapu airliur baby yg tengah meleleh dan kebetulan ada somebody tegur Mr.Faris. He was just saying hi to that guy and gedebussshhhhh Imtinan dah tersengih2 kat dalam kolam tu. iktibar tu, iktibar... Sesak napas seketika pikirkan kelasakan dia.

Setkaat ni guna kidskeeper ni ok la. Belum lagi nampak dia struggle nak lucutkan diri dari mendalah tu. belum jgk dia ngamuk2 mintak bukakan tali. Takde lagi. Alhamdulillah. Mintak2 jgn la ada. Hehhe...
Mula-mula segan jgk la bila guna, orang duk pandang2...kulit muka ni tak setebal kulitapakaki tau bila orang pandang senyum2 gelak2...hahaha...tapi Mr.Faris cakap, mana2 tempat dia pegi, kat belah-belah UK belah2 US, belah2 negara arab nu mmg org ramai guna bendalah ni kat shopping mall. Sebab safety. Budaya yg baik kita tiru ok? Haaaa....tu free dapat tazkirah dari suami...hahaha... Ai angguk je la....



Rupa kidskeeper yang style beg... Thanks to KAK ASMA Familyini atas suggestion. Gigih saya g cari ni kak...jumpa kat kidshop kat Tesco KB. Nilah untungnya ada sahabatmaya kan....hihihi...
RM29.90. Comey je beg tu keciiiik sedang elok untuk anak dara saya yg kecik jugak...hehe




Pandangan depan. Cubaan membuat peace yg tak pernah menjadi...




Pandangan belakang.

Guna bila time nak beli barang. Dan supermarket yg ada eskalator...dan kat tempat-tempat crowded. Serius risau kalau anak tiba-tiba berlari ke escalator, atau tengah2 crowd tibe2 anak hilang...ohhh....

Mohon Allah jauhkan kita semua dari ujian2 besar dengan kehilangan anak-anak ni...

Daughter - Wife - Mom

Friday, July 19, 2013

Terasa nak makan rendang ayam.

Mood nak raya eh?

Tak jugak...tiap-tiap hari hadap buka dgn sahur sorang2 lama2 jemu pulak rasa. Nak masak hebat2 sorang2 ni aduhai malasnya. Jadi google je gambar. Nampak sedap. Jadilah... Tak dapat jamu tekak, jamu mata pun ok. ;)



Sahur pagi 7ramadhan. Alone. Tak sampai hati nak kejut imtinan bangun teman. Hahaha...Tumbuk ikan bilis,bawang merah bawang putih,campak nasik.



Makan dgn dada ayam bakar. Perap ayam dgn garam,kunyit,rempah kari kambing adabi siap2 pukul 5 petang. Bungkus dalam aluminium foil. Nah dok diam2 dalam fridge. Kul 4 campak dalam kuali ajaib, api perlahan 15minit siap. Juicy gitu.




Buka : masak lemak kuning udang+ikan goreng+ulam. Tak lupa ephyra. Lauk airmata lagi.

Lately banyak je benda nak makan. Nafsu makan bulan puasa mmg macam ni agaknya. Hari sabtu hari tu g shopping kat tesco, dapat voucher rm16 KFC, ponnnn boleh menjejeh liur. Padahal KFC je,taste budak2 sgt ni.

Pastu tengok iklan Maarybrown kat tv, macam apesal sedap sangat pulak nampak ayam marrybrown ni? Dah satu hal pulak. Macam ternampak2 je ayam berjoget lambak depan mata. Dahla dekat je dengan umah ni. Drive 3 minit dah sampai...untung la puasa kan.. ;)

Dua tiga hari lepas, Mr.Faris outstation, tengah2 whatsapp dgn dia boleh pulak ternampak2 nasik minyak depan mata. Sesuatu sangat nih. Tanya dia...abang ada rasa teringin nak makan nasik minyak tak? Mestilah nak kan.. Pastu pk nak lawankan dengan lauk apa ek. Kurma ayam macam tempting. Tapi serius, saya mcm tak reti sangat nak makan kurma. Taktau kenapa. Tambah2 kurma ayam. Memang tak bertambah la jawabnya. Lepas makan mesti nak ada rasa loya....errr camana la Mr.Faris bole habiskan ayam kurma sampai 2,3ketul?

Petang-petang duk saje2 meng-google2 jumpa rendang. Macam sedap kan? Tapi nak rendang ayam. Tapi tak tau nak buat. Selalu sangat teringin nak makan rendang yg sedap. Kan org selalu cakap rendang tu sedap,maveles,etc kan? Authentic malay dish kottt...takkan la tak sedap. Dulu kat KL selalu jugak teringin nak makan rendang, singgah beli tepi jalan. Kan kat tepi highway mrr2 banyak org jual lemang ngan rendang tak kira musim. Raya cina pun ada jual. Deepavali pun jual. Raya haji pun ada. Aidilfitri pun ada. Tak raya pun ada. Tapi tak penah jumpa yang sedap. Satu lagi, kalau dapat jemputan kenduri mmg melonjak la nak pegi sebab kat KL most event kawin2 ni ada nasik minyak and rendang. Tapi tu la tak penah jumpa rendang yg sedap.

Err...sedap rendang tu sedap yg macamana ek? Kena pedas ke? Kena manis ke masin ke? Kena kering ke basah ke? Cukup rasa dia tu caner? Sungguh saya tak tau... Dalam family saya baik waktu kecik mahupun sekarang mmg tak penah jumpa rendang la time raya. Mak tak penah masak rendang. Tok nenek pon tak penah...Mak saya Thai origin. Arwah ayah pulak utara origin. Belah atok asal utara.. Kedah. Migrate ke kelantan. Sampai beranak cucu cicit kat sini... Pastu kawin pulak dgn Mr.Faris yg mmg kat umah dia jarang la dpt makan pelik2 mcm ni. Balik2 ayam kicap. Sayur tumis air. Telor dadar. Ituuuu je le. Adik-adik ipar yg kecik2 tu kalau tetiba saya masak lain sikit macam masak lemak putih ke, masak lemak udang ke, asam pedas tempoyak ke...mesti buat muka geli2 macam eiiii...ape ni?boleh makan kewwww??? Hahaha...luku jgk budak2 ni kang...ater dah masak boleh le makan.. Tu belum lagi masak yang eksotik macam sup belut ke...mau pengsan terus budak2 tu...Ha...kalau raya dapat la rasa mi kari,atau nasik ayam,atau nasi arab. Tapi tiap2 tahun pun balik-balik rotate mende sama je. Nama nak merasa rendang tu tak penah la..

Em,resipi rendang banyak kat tenet kan. Tapi tak tau mana yg sedap. Sapa2 kalo ada resipi sedap share pleaseeee...ibu tak mengandung mengidam ni....huhuhu...

p/s : kalau kat thai "rendang" tu goreng tau. Kalau cakap nak rendang ayam maksudnya ayam goreng la.. Rendang telor maksudnya telor goreng...sabar je laaa...

Daughter - Wife - Mom

Thursday, July 18, 2013

Nasik Minyak Ekspres dgn Kurma Ayam , Juga Siakap Kukus Kuah Asam

Lauk buka puasa kelapan;




Nasik minyak + kurma ayam + acar
Onde-onde + cream-puff

Pakwe ada kat rumah rajin sikitla nak berkung-kang kat dapur.
Nasik minyak senang. 20minit macam tu siap. 2cawan beras basmathi+2 setengah cawan air. Setengah sudu teh saffron. Gaul sekali dengan beras, masuk dalam rice cooker, letak tepi dulu.
Pastu Bwg putih 3ulas,bawang merah 1ulas, bawang besar separuh. Semua kasi mayang nipis2, tumis guna minyak sapi "ghee". Campak sekali bunga lawang,kayumanis,pelaga. Dah siap tuang je semua dalam rice cooker. On suis. Jap lagi masak.

Pastu untuk kurma, google je "Ayam Kurma Mat Gebu". Hahahha...sedap kot resipi kurma dia. Senang pun ye. Selama ni guna rempah kurma Maggi. Macam kureng sikit rasa dia kat tekak. CMG suggest guna rempah kurma Baba's. Taruk sikit jintan..eh, sedap la rasa dia. All this while takut2 nak campak jintan. Takut pahit. Tak berani cuba tak tau. Dah cuba hari-hari mau...Cuma saya punya ni pekat sikit sebab dah nak buka sangat, tak sempat nak tambah air banyak2 dan tak sempat nak tunggu pecah minyak. Enam setengah baru terhegeh2 kopek bawang, tenggek nasik..tp alhamdulillah siap jgk sebelum azan..

Creampuff dgn onde-onde tu cara buat dia......kena tanya tokey kat bazar la kot...muahahha...

Hari ni punya buka, masak ikan siakap kukus. Tergoda dgn siakap kakGee fauziahsamad.com tu.. kebetulan tgh cari barang dapur nampak ada siakap segar jgk.amik sekor besau punya baru rm10. Tiru resepi kakjee sikit,kasi perap dgn bawang putih,halia,sos tiram. Pastu godek sendiri blend bwg bear dgn bwg putih dgn lada merah. Campur air sikit kasi tenggek sampai masak. Kasi sejuk. Bubuh jus limau byk2. Biar masam dan pedas. Pehtu tuang atas ikan yg dah siap kukus. Done.



Gambar nih nampak macam ikan tengah terjun tiruk. Comey ;)

Lauk tambahan adalah sup urat keting dan lemak daging bakar dari bazar. Makan lemak je! Hahaha...



Tu je untuk hari ni. Sekian....


Daughter - Wife - Mom

Wednesday, July 17, 2013

Alvin & Vivian

Sekarang tgh hot pasal budak Alvin&Vivian tu kan? Dah tak pepasal sampai politicians nak berperang kat dewan pulak pasal budak ni. Tapi standard la, bukan ke dewan tu mmg tempat berperang. Hahaha.

Jujur dari hatiperut saya memang geli dgn perangai budak dua nih. Pendapat peribadi, saya rasa diorang ni ada mental problem kot. Bukan gila tau. Cuma mental ada shock sikit, yang buat apa2 tak reti pk panjang. Reti nak glamer cara murah dan cara HINA. Sorry to be rude, tapi diorang ni melampau sangat biadapnya. Takde manusia sebodoh tu nak buat penghinaan kat agama lain, kecuali memang otak dia ada tercabut skru atau wayar putus kat mana-mana.

Sebagai muslim, saya takleh terima video permohonan maaf yang nampak so-so je tu. Nampak macam "ok,aku dah mintak mahap. Apelagi ko nak?" Nampak lagi biadap kot...

Kalaulah ada peruntukan yg jelas dan terang yg boleh dakwa diorang ni kan senang. Takdela semua org pun duk teraba-raba nak amik tindakan nak guna saluran mana. Takpe sekarang ni nampak SKMM leads the investigation kan? Lets pray for the best. Maaf je tak cukup.

Tapi.....kalau Alvin ngan Vivian ni dah bod**, boleh tak kita2 ni jgn turut sama mcm dia? Pada saya lah, ni pendapat pribadi, budak berdua tu jenis yg nak glamer. Nak orang kenal. Nak jadi artis tak cukup pakej agaknya. Agaknye la... Jd guna medium yg ada, yg mudah lagi senang iaitu internet. Tapi yg tak menahan tu boleh pulak set-set bijak pandai ni saling tuding jari. Macam eh,dah kenapa ni? Kita skrg nak amik tindakan kat budak berdua tu bukan nak tentukan dia sokong apa,parti apa.

Tak semua org cina tu penyokong DAP. Paham? Takyah nak politikkan benda ni boleh tak? Tak payah nak main isu kaum sangat. Kalau ye pun budak tu DAP, adekah diorang upload gambar tak senonoh macam tu DAP yg suruh? Kalau ada proof takpe. Ni cakap kosong. Siap nak tepek gambar si vivian tu dgn izzah apa motifnya? Nak cakap sebab dia PKR supporters sbb tu dia buat macam tu? Nak cakap sbb cina perangai dia mcm tu? Pikir panjang eh....cina muslim ramai ok.

Come on la, ni pasal agama ok. AGAMA. Set aside sikit pasal ketaksuban terhadap parti tu. Kalau nak main tuding jari macam ni sampai bila tak setel. Fokus jadi lari. Dah merapu-rapu. Kang timbul hal isu perkauman pulak. Gaduh pulak. End up jap lagi,agak2 dah sibuk nak raya semua orang lupa pasal ni slow2...mmg perangai kita mcm tu kan?

Dia mcm ni... Kalau nak politikkan isu ni, senang...take it this way. UMNO akn cakap...see what chinese did? Hah PKR supporters, thats why tak boleh bagi muka kat cina,yada yada yada.........

PKR pulak boleh cakap...see UMNO is playing the game. Mentang2 media dia conquer, semua dia boleh buat. Ni mesti UMNO bayar budak dua nih supaya buat isu pastu nak tuding jari kat pembangkang. Kannnnnn?

Tu contoh la...

Sampai bila pun tak habis. Ok boleh cakap mcm tu tapi biar ada proof baru cakap boleh tak? Takyah nak hentam semberono tak tentu sgt lah. Jadi ahli politik yg matang. Jadi penyokong parti yg matang. Ini tak, awal-awal panjang berjela cakap pasal penghinaan terhadap agama segala, ujung-ujung ko nak selit jgk isu bangsa dan politik...pehlissss laaa...Pandang benda ni dari sudut agama. Budak ni tgh perlekeh agama ISLAM dlm keadaan sedar. Sengaja. Berniat. Jadi mari kita sama2 tangani isu ni sebagai orang yg nak bela agama kita, kita marahkan budak berdua ni sebab kita muslim. Muslim yang sensitif dgn kemuliaan agama yg kita anuti. Tolak tepi jap pasal bangsa dan politik. Kejaaaap je. Boleh?

p/s : hati yg marah mengharapkan si Alvin&Vivian ni dapat hukuman yg berat. Seberat-beratnya supaya akan takutkan orang lain dari buat benda sama. Takat video maaf tu takyah pandang.ok?

Tapi hati yg "putih" mengharapkan suatu hari nanti kedua-dua ni akan jadi muslim. Siapa tahu hidayah Allah. Hidayah tu milik Allah. Anytime dia boleh PILIH sape dia nak.

Hari ni takde lauk buka lauk sahur. Org tg marah mana boleh masak kan? ;)

Daughter - Wife - Mom

Tuesday, July 16, 2013

Day 4, Day 5, Day 6

Haaa tu dia update pukal namanya. Bengkek je hati ni bila pg tadi publish entri tak juar tapi kat draft ilang! Apokah?

Day 4, bukak umah mak saya. Saya adik beradik tak ramai. 5orang je. Sebab semua dah kawin jadi 5x2 = 10. Bukak umah mak takde la nak berangan mcm dulu2 dah boleh kumpul makan ramai-ramai dengan penuh meriah, masak sama-sama hidang sama-sama. Masing-masing ada anak2 kecik dan masing-masing pregnant kecuali saya. Saya blh imagine penatnya puasa+pregnant+ada anak-anak kecik ni.

Memang tak sama la masa mak sihat dulu. Semua dia masak. Penat pun usaha jgk masak tiap-tiap hari bulan puasa. Buka dan sahur mesti ada lauk yg mak masak. Tak byk,satu pun jadi lah. Tengok semua kakak-kakak ipar less mesu je saya ajak mr.Faris g bazar je lah. Diorang masak nasik dgn sayur dgn ayam bakar je kat umah. Pastu saya borong cencaru sumbat,sup tulang,sup perut, air asam paru,air asam cendawan, murtabak,dan kuih muih. Pastu yg habis ayam bakar dgn air asam paru je....lain-lain tak bersentuh pun. Hurm....pastu time buka semua makan tak menyungguh, sunyi sepi, dah siap solat maghrib pastu siap2 g terawih...tinggal saya dan mr.faris je tercongok2 kat umah...macam eh??? Pastu kitorang pun balik je lah...huhu...Rindunye waktu mak sihat-sihat dulu. Bulan puasa dgn raya mmg meriah sgt waktu tu..

Balik umah sebab nak create joy tu kul 11 malam pegi gerai cari makan-makan sikit. Dapat ini...colek/rojak paru dgn kerang rebus. Jadilah...




Day 5, sahur terbabas. Sedar2 dah pukul 6.30...kau pandang aku,aku pandang kau, tersengih sama-sama.

Pastu Mr.Faris dah kena fly dah.....Bermulalah episod berbuka lauk airmata...



Berbuka petang itu..singgan ikan tongkol seketul, ikan goreng makan tak habis,belen sekor buat sahur...tu ulam timun tu pun timun air mata jgk tu..

Day 6, sahur gigih bangun. Berangan nak goreng nasik. Terasa-rasa dah sedapnye nasik goreng!!! Nasi goreng bubuh ikan goreng,pehtu gigit cilipadi hijau mentah2...uishhh meleleh. Bangun kul4.30, Iman pun bangun jgk kul 4.30...tersengih2....urm mmg tak ar nak masak kan. Memang masakla kalau masak..hahaha..Lalu kusantap saje nasik kosong dgn ikan goreng baki buka tu...tengok dalam gobok ada sambal kupang siap Adabi, lauk standby dlm keadaan darurat mcm ni..






Jadila takat nak alas perut.
Pastu bancuh Ephyra 1gelas.
Makan gopoh-gopoh. Baru habis separuh pinggan Iman dah takmo duk sorang2 kat bilik. Nak mendakap la tu ye...

Buka macam semenggah sikit la...terbuka selera buat kuey teow sup dgn sambal kicap pedas. Err tp apsal sambal kicap sy buat manis ek? Terus rasa loya2 nak mkaan kueyteow manis pedas mcm tu. Camana nak buat sambal kicap sedap kebabom tu ek? Yg pedas bedesing tak manis tu...kena campur air kosong ek? Kang tak pekat pulak... Saya hentam tumbuk cilipadi 5,6bijik,bawang merah seulas bwg putih seulas,gaul kicap. Pehtu perah asam limau.




Pinggan pertama. Setel. Pinggan kedua. Setel jugak. Imtinan suka nye la hai kueyteow sup ni. Tapi nak makan sendiri...silala anak asalkan makan..

Err...sambal kupang tu tak best tau. Jgn beli ek...hihihi...


Daughter - Wife - Mom

Sunday, July 14, 2013

DIY Pelamin Turquoise

Kasi can saya berangan jadik bride to be jap ek. Hari tu adik ipar kawin banyak diy sebab nak save budget. Pengantin kan student lagi. Pelamin DIY. Hantaran DIY. Nasib bunga telor tak DIY. Kang ada je yang makan tido dalam bunga nak siapkan bunga telor kan? Saya tak rajin macam dulu dah. Kanan anak. Kiri anak. Tak mampu rasa nak diy semua benda.

Ni pelamin....errr eceli bukan pelamin pun sebenarnya. Takde stage takde kerusi takde bantal. Cuma buat backdrop tempat bergambar...errr orang kata photobooth eh? Apa-apa je lah. Abah mertua request mintak saya buatkan yang paaaaaaaling simple. Ummi nak kaler turquoise. Pastu demi nak safekan budget sendiri saya bagitau ummi : "Ok...boleh je. Cuma ummi g beli sendiri lah kainnya tu. takut kang tak kena kaler pulak..."

Nampak tak? Nampak tak cerdik kat situ? Sebenarnya poket tengah kering okeh. Kalo ummi g beli ummi bayar la...hahaha.

Ok ni hasilnya.



Very the simple. Tau tak bunga yg cinonet kat atas tu kos nye RM200? Eh bunga sekarang memang mahal eh? Ke bunga memang mahal tak kira dulu ke sekarang? Macam tu?



Staff yang bertugas. Kiri sekali maklong,tukang design. Pastu adik ipar nama Alimi,tukang panjat2.. Single lagi..tapi rasa mcm tak available dah kotttt...next is Imtinan buat peace tak jadi. Pastu cintahatikuselamanya Mr.Faris,pon tukang panjat jugak. Then Iman yang tengah ngantuk. Ujung sekali tuanpunye belog, mastermind. Heheheh...Kejadian berlaku pada jam 11malam sebelum kenduri.




KAMI. Family kecil kami dihari kejadian. Semua orang bantai gelak Mr.Faris sebab pakai baju batik dgn slack macam YB padahal umur muda tang-tang lagi. Terus nampak macam set-set 30an gitu. Pastu dia kaver cakap : eh abang sulung memang kena pakai batik kalau adik dia kawin...hahaha...macam tu ek cara kaver?



Pengantin. Simple kan? Tapi sejuk je mata tengok. Selamat pengantin baru buat Mohd Fathi Auni dan Afwa Nisa'ei. Apa2 hal duit raya untuk anak-anak buah jgn lupa eh.

Daughter - Wife - Mom

Saturday, July 13, 2013

Rindu lagi

Assalamualaikum.

Semalam kan buka ramai-ramai. Mr.Faris dia upload gambar buka ramai2 tu kat fb. Lajuuuu dapat like. Yela abah tu mmg ramai kenalan pon. Uplod apa2 picture kalau ada berkait-kait dengan abah, terus tenggelam kita2 ni. Antara ramai2 yang like and komen tu, tetiba naik komen dari cik Mi. Cik Mi ni husband arwah cik gee.

Hari tu penah buat entri pasal arwah cik gee. Jap kasi link.....

[KLIK]

Komen dia lebih kurang mcm ni : "seronok buka ramai2. Kami berbuka sunyi..tak taulah raya macamana. Asyik teringat kat arwah".

Lebih kurang la. Tapi bila baca komen tu saya dah terbayang dah mesti syahdu sangat cikMi duk layan anak-anak buka and sahur. Serius takleh nak imagine seorang lelaki kena jaga anak-anak kecik..siapkan makan pakai anak nak g sekolah, semua-semua tu...hisyyyy...sungguhlah tabah hati cik mi tu. Anak-anak dia kecik lagi kot. Yang sulung baru 10tahun. Yang bongsu 4tahun macam tu.. Dan-dan tu jgk rasa nak remove picture buka puasa ramai2 tu dari FB. Rasa ralat bila kita gembira suka-suka tapi kita tak sedar yg "suka" kita tu dah buat orang lain sedih.

Pastu buka FB tengok pulak hari ni 13 Julai birthday kawan rapat waktu sekolah dulu. Pulak...memang bergenang-genang dah mata ni. Birthday arwah Nurdiana. Buka FB dia tengok picture dia. Serius saya rindu. Rinduuu sangat rasa. Diana ni junior setahun dari saya. Sekolah menengah sama-sama. Sangat baik dia. Betullah orang kata kan. Orang baik-baik ni Allah sayang, ambik cepat2 biar duduk dalam peliharaan Allah,dekat dan rapat dengan Allah. Biar tak terkehel langkah kat dunia ni.

Diana ni pada saya sempurna..PERFECT. Tinggal lagi manja...hehe.. Diana,kaksu rindu awak tau..Manja sungguh dia dengan saya. Start time sekolah, sampai dia masuk Darul Quran, sampai lah bila dia dah berpunya. Then saya lepaskan dia slow2 pada yg lebih berhak. Saya tau saya dah kawin, saya takkan mampu nak jaga dia sampai bila-bila. Dulu waktu sekolah, kitorang group yang aktif lah jgk. Asyik program, asyik usrah, asyik berpersatuan. So memang banyak masa spend sama-sama.

Jap...ni nak bagitau ek, entri ni saja saya catatkan untuk kenangan diri sendiri. Mungkin akan panjang, mungkin akan meleret..saya nak lepas rindu...maafkan saya.

Lupa camana boleh kenal Diana. Tapi serius dia cantek. Sangat cantek. Kecik comey dan manis sangat orangnya. Putih kemerahan. Kalau senyum perghhh....bijak pulak. Kalau tak silap SPM dapat 9A..ke 10. Lupa. Dan baik. Baik yg bukan buat-buat. Dia macam jenis yang jujur tu. tak pandai nak pikir yg orang buat jahat kat dia. Tak pandai nak pikir yang orang busuk hati kat dia. Ni ada gambar amik dari fb dia.



Hari dia tunang. Pinkish je muka takde mekap2. Yang pakai spek tu kawan baik dia. Dari time sekolah sampai dia meninggal. Pun kawan saya jgk.

Habis SPM, Diana ni dapa masuk Darul Quran untuk program persijilan tahfiz yg setahun ke dua tahun tu, sebelum dia disalurkan terus ke UIA. Menangis-nangis dia taknak pergi sebab saya tak dapat. Kitorang sama-sama g interview untuk masuk ke DQ tu. Mula-mula dia taknak pegi pon interview tu. Sayalah yang insist dia. Konon-konon suruh dia teman saya. Sekali dia dapat saya yang tak dapat. Itu yg dia rasa bersalah, terasa macam dia amik tempat saya kat DQ tu lah. Sebab kemasukan ada kuota. Saya cakap kat dia, redha lah percaturan Allah dah macam ni. Kaksu ok je...memang frust tapi mungkin ni yang terbaik untuk Kaksu.

So dia masuk DQ. Saya pegi Pusat matrikulasi UIA. Sepanjang-panjang dia kat DQ tu dia selalu sangat hantar surat. Luah perasaan. Cerita itu cerita ini. Cerita dia mengantuk dalam dewan waktu minggu orientasi pun dia bagitau. Cerita dia kat dalam bas lalu tepi bukit fraser pun dia bagitau. Yang paling saya teringat sampai sekarang, ialah dalam surat-surat dia tu, selalu dia sebut : "saya rindu sangat kat kaksu. Saya tengah nangis ni."

Tapi saat ni masa ni saya rasa ralat sangat bila surat2 dia tu saya tak tau mana letak. Kalau tak, surat2 dia kalau dicompilekan akan jadi satu diari yang akan saya simpan dan tatap selalu. Huhu. Pernah sekali tu dia ada masalah dengan sorang kawan rapat dia jugak. Berjela-jela dia tulis surat, sampai berbelas helai....beratnya rasa hati tanggung rindu. Diana, kaksu betul2 rindu awak.

Saya tak putus hubungan dengan dia. Kadang2 kitorang balik kampung sama-sama. Walaupun saya kat matrik UIA dan dia nun di Kuala kubu Bharu sana.

Slowly saya memang mencari seseorang untuk dia. Seorang yang boleh jadi suami untuk dia. Bukan senang. Sebab saya memang nak orang yang betul-betul boleh jaga dia. Sebabnya Diana ni pernah bagitau saya satu ayat keramat ni :

"Kaksu....saya kan tak mintak banyak dalam hidup saya. Tak dapat jadi hafizah pun takpe. Tapi saya nak kawin. SAYA NAK JADI ISTERI SEBELUM SAYA MENINGGAL. "

"Kenapa Diana cakap macam tu?"

"Sebab isteri yang meninggal dalam keadaan dia taat pada suami dia akan masuk syurga...kan Kaksu?"

...............................................
Tulus kan hati dia? Diana....camana ni, kaksu rindu Diana sangat2 ni....huhu..

Pastu bila di Matrik, Allah perkenalkan saya dengan seseorang yang bernama Badariah Ruslan. Pernah jadi kawan rapat saya juga. Saya panggil dia badar. Badar ni kelakar habis. Classmate dan coursemate. Selalu la badar ni cerita pasal family dia. Takdir Allah juga, Diana ni kahwin dengan abang si Badar ni. Bukan saya yang aturkan,itu cerita lain. Tapi bila saya dah kenal family badar ni, saya tahu hatibudi mak ayah dia. Saya tahu betapa mak ayah dan keluarga badar ni sayang sangat kat Diana, slowly saya lepaskan Diana untuk handle hidup dia sendiri.

Dan saya kahwin.
Komitmen pada marriage dan pelajaran mmg buatkan saya dengan Diana makin jauh..tapi tak putus cuma tak serapat dulu. Lepas saya kawin, tak lama Diana kawin dengan abang Badar ni. Rezeki Diana, dia dapat baby lebih dulu dari saya. Tapi baby dia lahir tak cukup bulan. Baby girl.

Lepas bersalin tu baru dia tahu yang dia penghidap SLE. Dang! Start dari tu Diana duk ulang alik hospital. Tapi saya langsung tak pikir yang SLE tu serius. Ingatkan biasa2 je. Sampailah waktu saya mengandungkan Imtinan, dah ujung-ujung nak bersalin tu Badar call saya bagitau Diana makin tenat. Organ banyak dah dijangkiti. Saya di KL-tunggu hari. Dia di KB. Hati memang teringatkan dia.

Pastu saya bersalin. Berpantang di KL. Bila berpantang sendiri sorang-sorang takde orang jaga langsung ni life agak kucar kacir. Stress and bla bla bla buat saya terlupa pada dia. Sampailah satu hari Badar sms bagitau yg Diana tenat sangat dah ni. Dia nak cakap dengan su. Memang terussss saya call. Tapi dapat cakap dengan Diana kejap je. Dia tak bercakap pun. Dia tak larat. Dia penat. Suara tak keluar campur sebak. Pastu Diana buat bahasa isyarat (ikut cerita badar) mintak loudspeaker kan henpon. Dia nak saya bercakap dia nak dengar je... Saya pun bercakaplah tapi saya tak nangis. Sampailah Diana dah penat. Dia nak rest.

Saya bagitau Badar...Badar cakap kat Diana nanti lepas pantang kaksu balik. Kaksu g jumpa Diana k. Jap je.

Tapi tu lah last saya bercakap dengan dia. Memang saya balik Kota Bharu, minggu ketiga sleepas saya bersalin. Tapi mertua seorang yg kuat berpantang. Tambah keadaan saya pon memang tak sihat sangat. Suruh tunggu 40 hari.. Tapi bila Allah kata dah sampai masanya takde sape boleh tangguh...14/10/2011 Diana dijemput Allah... Diana pergi dihari saya melangsungkan aqiqah untuk anak pertama saya...



Arwah bersama suami.




Arwah kat tengah-tengah. Yang pakai tudung putih tu Badar.

Diana....dulu Diana selalu cakap yg Diana rindu kaksu kan? Tapi Diana boleh tulis surat Kaksu untuk lepas rindu, Diana boleh jumpa kaksu untuk lepas rindu...
Sekarang ni Kaksu rindu Diana, kaksu nak tulis surat sape nak baca? Kaksu nak jumpa sape?

Diana...hari ni 4 Ramadhan. Kaksu titipkan rindu dan doa buat Diana di sana. Allah sahaja yang berkuasa menghadirkan rindu dan doa ini buat Diana. Moga tenang di sana. Tiada lagi kekalutan dunia. Tiada lagi keluh kesah manusia. Diana pergi sebagai seorang hafizah Al-quran, Diana pergi sebagai seorang anak yang solehah. Diana pergi sebagai sorang ibu, Diana pergi sebagai seorang isteri.

Segala yang baik-baik itu telah menjadi milikmu.

Impian Diana untuk pergi sebagai seorang isteri yang taat kepada suami telah Allah tunaikan. Selesai sudah urusan Diana dengan dunia. Di sana untuk Diana berehat setenang-tenangnya. Allah pelihara dia ya Allah.


Daughter - Wife - Mom

Friday, July 12, 2013

3 Ramadhan

Dah 3 Ramadhan. Kejap je rasa kan? Esok dah empat. Lusa dah lima..lusa kena tinggal lagi. Huwaaaa...
Bulan puasa kalau duduk sorang-sorang kenapa mesti nak rasa sedih ek? Tak paham dengan perasaan sendiri.

Pagi tadi sahur bangun lambat. Untung nasik dah siap masak. Pastu ada lauk gulai ayam lebih berbuka. Done. Sepuluh minit sumbat nasik. Nasib tekak tak pecah sebab tekanan masuk secara tiba-tiba kan..melampau nih.

Hari ni operasi kemas rumah besar-besaran. Alih sofa, pusing playmat,vakum yada yada yada..........
pastu Mr.Faris tanya : Ayang, esok kita raya eh?

Kihkihkih...

Plan nak g buka umah mertua. Dah berkumpul semua adik beradik Mr.Faris hari ni. Tahun ni puasa and raya semua 11 orang ada. Adik-adik dia kecik2 lagi. Masih belajar. Cuma ada yg dok asrama. Yang belajar jauh-jauh pun ada. Kebetulan berkumpul semua meh kita buka ramai-ramai.

Tengok jam dah dekat pukul 4, rasa bersalah pulak tak g tolong ummi apa2 kan. Kata menantu solehah. Solehah ke solehaktuuuii tak tau lah kan. Muehehe..
Sampai dah dekat pukul7. Semua dah siap. Buat-buat rajin tolong potong puding. Hahaha.. Bila tiba waktu makan, Iman berak. Uhuk uhuk. Takde sempat nak amik gambar pun. Ni je sekeping yg ada. Cedok FB. Hahaha..



Mr.Faris ni anak sulung. 11orang adik beradik semuanya. Tapi kalau korang boleh zoom in guna manual (bulatkan mata fokus tang makanan). Nampak sikit je kan makanan tu? Pinggan dan gelas lagi banyak dari food. Kat umah ummi abah ni mmg macam ni amalannya. Puasa ke tak, bab makan sama je. Memang payah nak ada lambakan makanan. Which is bagus la sebenarnya. Tak membazir. Ummi masak nasik ayam. Ayam 1ekor je. Lebih cikit. Tu jelah Menu yg ada.

Tinggal lagi umi buat puding caramel 1bekas. Beli murtabak. Done.

Pastu umi buat koktail. Abah pulak g amik kelapa fresh2 kat pokok bancuh air kelapa. Terus koktail ummi tak habis. Semua pulun air kelapa. Pastu ummi merajuk.. "Abah ni....koktail umi tak habis,sebab air kelapa abah la ni..."
Abah pon jawab,sambil dukung cucu : "Takpe...Malam2 nanti lepas terawikh habis lah tu,"

Ada sesuatu yg saya rasa : homei kan orang tua buat-buat merajuk depan anak-anak dan cucu? Moga kekal bahagia sampai bila-bila.



Daughter - Wife - Mom

Thursday, July 11, 2013

Day 2 Ramadhan : Berbuka yang Meriah

Alhamdulillah.

Seronok rasa hari ni bukak puasa ada pakwe teman kat sebelah. Kehkehkeh...

Pukul 5 cakap kat Mr.Faris : Bang...tak yah la kita beli-beli kat kedai. Masak je kat umah. Sekarang ni mcm2 penyakit. Takutlah....org bersin lalu tepi makanan kat bazar, dah terjangkit virus kan bang?
(penjaga kebersihan sangat bunyinya)

Tapi takdenye. Ni bukan mak-mak zaman dulu yang pukul 10pagi dah menggentel kuih untuk buka petang. Tengahari berehat kejap. Lepas asar masuk dapur masak lauk pauk pulak. Mak millenium tak gigih macam tu ye. Mak millenium ni paling banyak dua tiga lauk je. Kuih???Beliii sendiri...

Tadi Masak gulai ayam dengan sayur goreng letak udang besor2...perghhhhh.
Sayur layu takpe, udang layu jangan. Khasiat udang itu penting. Khasiat mata. Kihkihkih..dahla dua lauk ye bang. Tak baik nanti bazir.. Tapi, rasa nak makan ikan bakar jugak nih. Cicah air asam. Eh tibe2 dah ilang perasaan nak makan gulai ayam dan udang yang perghhhhh tu. Sesuatu sangat petang-petang ajak Mr.Faris g pasar cari ikan nak bakar sendiri. Hahaha..

Pastu tanya lagi...bang,abang taknak makan kuih ke? Jom ar kita g cari kuih cikit2.

Mr.Faris : eh mestilah nak..dah siap masak jom kita g bazar.

Makanya terhasillah ini :






Kuih muih peliharaan di dalam perut. Serikaya RM2 yg tak berseri sbb masin ya ampun. Kesian dia mesti tukang buat tu puasa tuuu...kuih cara bergula, pon RM2, buah tanjung RM2, jalamas RM2. Jalamas tu sedap. Manis dia tak melampau.




Pari bakar cecah air asam. Sedap! Ni beli kat bazar. Ikan pun fresh.




Sayur goreng dengan udang yg perghhhhh tuh. Belen 4ekor buat sahur. Kita bagi sorang dua je bang ye..Kehkehkeh.




Ayam masak gulai darat. Ada lagi belen 2ketul buat sahur.

Above all is ALHAMDULILLAH.

Macam teringat pulak kat orang yg susah kan. Buka dengan apalah diorang. Sedih nye rasa. Tapi takde kenal orang susah yg tinggal dekat-dekat. Kalau tak boleh hulur sikit2 kan. Nak kasi duit kita bukan banyak duit pun. Huhu...

Daughter - Wife - Mom

Pening dan Lauk Sahur

Apesal sekarang ni kalau update blog dia tak publish ek? Err..publish je pun siap kuar window "want to view blog entry now?" tu kan. Tp bila bukak blog eh takde pulak...

Mcm pelik. Dah dua tiga kali jadi mcm ni. Saya update guna iphone je, guna apps blogpress. Blogpress tengah problem ke? Ada tak sape2 yg update guna blogpress jgk?
Help me plssss...

Err...secara seriusnya saya dah bertahun tak update blog guna laptop. View blog ke blogwalking ke mmg guna iphone ni je...jarang sangatlah nak on laptop.

Ok lah, pagi tadi dah bebel pasal sahur. Tapi entri tak kuar pulak..
Malas dah nak bebel lagi. Hehe.. Lauk anak dara takde laki bersahur, sume kasi lambak dalam satu pinggan je.



Ape??? Nasik lemak???
Oh pehlis jangan tertipu..tu nasik biasa je.

Nasik putih+sambal tumis daging masak pukul 5 petang semalam+telor mata+ulam timun.

Bangun nak sahur sambil hati menangis sebab first day sahur sorang-sorang. (semalam tak start posa lagi). Pastu kejut Imtinan...Imtinaaaan,jom bangun teman mama sahur nak? Imtinan celik mata terus cakap : Mmmamaaaaaa.....nak ukung! Hahaha...

Daughter - Wife - Mom

Wednesday, July 10, 2013

Pilih Nama Anak

Tadi mak mertua call. Cakap nak g kenduri cukur rambut cucu baru. Eh lupa nak bagitau, tengah sibuk nak berkenduri hari tu biras saya bersalin. Ni cucu ketiga lah belah keluarga Mr.Faris. Imtinan first. Iman second.

Si Laila (biras saya ni) berpantang umah mak dia. Hari ni masuk hari ketujuh. Dah letak nama tadi. AHMAD MORSI HANZALAH. Hamboih kemain nama presiden mesir tu. Bapak dia dulu study kat Mesir. Waktu Mesir tengah bergolak 2010 dulu, bapak dia belajar kat sana lagi. Kira sempatlah merasa kena bawak balik malaysia dengan katebang tentera. Pastu transit kat endon. Pastu naik katebang takde seat. Duduk bersila sampailah landed kat malaysia. Comey je kan naik katebang duduk bersila. Yang pompuan mesti bersimpuh ayu.... Pastu ni anak dia kuar pulak dua tiga hari sebelum presiden mesir digulingkan. Agaknya sebab tu lah kot kasi nama ahmad morsi?

Nati besar jangan jadi dokter macam mak abah kamu ye. Jadi ahli politik. Hehehe..

Hurm...nak pilih nama anak ni susah jugak kan? Yela, dalam masyarakat kita ni nama nak kena nama arab. Baru ada maksud. Cer letak nama anak Issac ke, Marry ke, Jacob ke, mesti kena bambu cakap ape nih letak nama anak takde maksud. Padahal yang sebetulnya kita yg kurang paham kan. Nak letak nama anak Cinta ke, Indah ke, Cantek ke, takpeeee...letak je. Yang penting maksud tu elok. Kalau nak nama yang jenis gabung-gabung boleh letak "Baik Hati" ke, "Bijak Cemerlang" ke, pun boleh... Asalkan maksudnya baik. Tu contoh lah. Tak semestinya guna bahasa arab. Kadang-kadang sebab nak suruh ada bunyi arab tu lah yang sampaikan letak nama anak merapu-rapu. Itu yg sampai letak nama
Anak mazmumah(sifat keji) lah, baqarah(lembu) lah. Ni cerita orang dulu-dulu la kan. Hari tu ada sorang makcik tu kuar tivi jemputan rancangan apa tah. Nama dia Puan Abrahah. Kan makna tak berapa nak elok tu kan. Ni bukan sebab nak hina nama orang ke apa. Tak ok, tak...bukan salah dia nama dia mcm tu. tapi tu hasil dari salah paham masyarakat dulu-dulu. Sekarang ni pun ada lagi yang masih tak paham. Macam bila orang sekarang letak nama anak Kaseh. Orang tua-tua dia bunyi pelik la. Padahal lebih kurang je maksud "kasih" tu dengan nama "Habibah". Kan?

Amarah terpendam nih sebab dapat bantahan nak letak nama anak "Suci" tak boleh. Kena bantai gelak kaw-kaw punya dulu...padahal "suci" tu sama lah maksudnya dengan nama "Nadzifah". Pernah kan dengar orang nama nazifah? Haih....

Waktu nak pilih nama Imtinan dulu susah ya amat. Sebab sebelum pregnant lagi dah gilakan nama SUFI. Cakap kat Mr.Faris. Abang, nanti anak-anak semua nak letak nama SUFI kat depan tau. Abang pilih la nama belakang apa. Gitttewww. Diktator sangatlah wife nye...bagi kat laki yang belakang-belakang je. Yang depan-depan dia cop awal2. Melampau sangat nih. Sekali Mr.Faris memang tak suka pon nama sufi tuh. Tah pape tah. Bior la...Pujuk nye pujuk dapat approval jugak. Tapi syaratnya sekali ni je. Kiranya yang sorang ni jelah nama Sufi. Okeh jadi berangan lah kita kalau anak lelaki nak nama SUFI AL-FATEH. Kalau girl nak nama SUFI SYUHADA. Kan lembut je bunyinye kan..
Tinggal sehari nak masuk hari ketujuh,
Mr.Faris ni g tanya abang sulung saya dan abang kedua. Nak letak nama Sufi sesuai tak? Abang sulung saya ni very particular bab-bab nama. Dia terer Bahasa Arab. Pastu dia memang baca kitab-kitab arab yang khusus dalam bab menamakan anak ni.

Abang apip (yang sulung) tu cakap tak elok sangat nama sufi tu. Sufi tu bahasa arab. Dalam bahasa arab, sufi tak sesuai untuk perempuan. Sama jugak macam Nor/Nur. Tak sesuai letak untuk perempuan. Sufi dan Nur ni nama lelaki. Matilaaa dulu kecik-kecik kemain gelakkan budak sekolah rendah dulu nama dia norhisyam. Dah besar-besar ni kalau dia belajar arab mesti dia berusaha keras nak gelakkan aku balik agaknya...huhuhu...

Ok..sampai part "sufi" tak sesuai untuk anak perempuan tu teruuusss rasa down nak beranak anak perempuan lagi dah pasni. Frust sangat weiii.. Orang dlaam pantang kan dia cepat kena gila meroyan kan? Hahahaha... Last sekali husband come out with Sofiyya. Padahal tak pernah terplan langsung sebelum ni nak nama Sofiyya tu. macam biasa-biasa sangat lah nama Sofiyya ni. Sesuatu sangat. Alah, letak nama pelik-pelik macam anak ning baizura tu pun takde nak masuk tivinya kalau mak tak glamer. Ye dak? Berangan nak hebat je. Ikutkan Mr.Faris dia nak nama sepatah tu je. Sebab nama dua patah susah. Ikut pengalaman dia lah. Kan dia nama Faris Azri. So ada orang panggil Faris. Ada orang panggil Azri. Nasib tak terlajak jadi Azri Iskamdar terus. Tak best kata dia nama panjang2 sangat. Tapi mandangkan saya ni dari kecik berangan nak ada nama dua patah, moh kita cari lagi nak tambah apa kat belakang. Akhirnya dapatlah Sofiyya Imtinan.

Bila pregnantkan Iman pulak, plan nak letak nama Sufi Imtiyaz. Konon yakin sangat dapat anak lelaki. Hahaha. Sekali masuk 4bulan pregnant, gynae cakap "again, look at that three white line...no bird!" hahaha...buat lawak pulak dokter ni. Mr.Faris selamba sound dari meja dokter "Kempunan orang tu dokter nak anak lelaki," errr...Mr.Faris ni mmg nak anak pompuan pun. Jadiknya Terus terpikir nak letak nama Sofiyya Hana. Sukeeee sangat nama Hana tu. Dulu Sebelum kawin ada la layan satu citer korea sad story ni. Kat youtube je. Nama heroin tu hana. Bunyik macam kiut dan soft je nama hana tu. Lima kali tengok lima kali nangis. Huhuhu. Tapi tak jadi sebab nak yang lebih kurang imtinan jugak. Thats why end up dengan nama Sofiyya Iman. Sofiyya Imtinan dengan Sofiyya Iman. Dekat-dekat lah tu kan. Grow as twin k my dear daughters...pleaseeeee....

Pastu bila up kat fb ada pulak orang tanya, memang nama anak semua sofiyya kat depan ek? Tiru macam nama anak sheikh muzafar plak. Hoit, apa tiru-tiru pulak..sukahati je..sentap tiba-tiba. hahahaha...iman tu lahir dulu dari anak second sheikh tu lah. Pastu laju-laju google cari nama anak sheikh tu apa. Si kakaknya Sophea Isabella. Si adik Sophea Natasya. Ooooo patutla diorang ni cakap sama. Tang sofia tu kot... Tapi lain, sofiya orang glamer-glamer ni dia ada bau oramputes sikit. Hehehe.. All this while i baca blog dokter lina tu tau nama anak dia Bella and Tasha je. Hehehe...dah tua ni cepat sikit lupa...

Ok lah, babai dulu k. Bulan posa taknak tdo lambat sangat kang tal sedar sahur...

Daughter - Wife - Mom

Tuesday, July 9, 2013

Esok puasa.

Esok dah nak puasa dah. Semalam tengok tv pengumuman dah buat.
Puasa sorang-sorang lagi jawabnya. Itupun kalau puasa. Gaya macam tak je ni..hehe..

Eh,jom kita bertukar-tukar juadah sepanjang bulan puasa ni nak? Bertukar juadah sahur dan buka tiap-tiap hari. Belum start puasa dah pikir makan? Sesuatu sangat nih.

Saje la suka-suka. For fun. Boleh jugak nanti ujung-ujung puasa tengok balik apa mende yg dah masuk ke perut sepanjang bulan ni. Tak kira lah juadah masak ke beli ke, kita update je semuaaa.. Tak payah letak resipi,letak picture je. Nak?

Hurm, menjak-menjak masuk u dulu, ni lah first time dapat sambut ramadhan kat Kelantan sebulan penuh. Macam bizi je. Mesti hujung minggu banyak dpt jemputan sedara mara bukak posa nih. Penatnye... Serius, untuk orang-orang yang laki selalu outstation ni, bila time laki balik tu, tak berapa lah sangat nak bertandang ke rumah orang. Nak lepak rumah atau jalan-jalan bersama keluarga kecik ni je.. Kita tengoklah camana nanti.

Ni sepanjang MRR2 area Taman Melawati ni mesti jem teruk tiap-tiap petang. Bazaar ramadhan kat situ meriah. Besar banyak makanan. Feveret kitorang adalah ayam percik, itik panggang, dan patin tempoyak.

Err,malam ni sahur apa? Nanti update ek?

:-)


Daughter - Wife - Mom

Monday, July 8, 2013

Nak Ramadhan Dah

Assalamualaikum.

Lagi dua hari eh nak ramadhan?
Kita puasa hari rabu ek?
Urm..dua hari ni nak pulun kemas rumah kaw-kaw punya.
Persiapan sambut ramadhan.
Ye la dah start bulan puasa jadual kemas mengemas bertukar lah sikit kot.
Siang hari memang tak mengemas.
Bukan sebab penat puasa ke apa.
Hari-hari biasa (yang tak posa) pun tak mengemas jugak disiang hari. Sebab masa memang terfokus untuk anak-anak sahaja.

Hari-hari biasa kemas rumah malam.
Tengah-tengah malam antara pukul 12tgahmalam sampai pukul 3pagi.
Bila bulan puasa kalau berjaga malam macam tu kang tak jaga sahur pulak.
Ataupun kalau berjaga kejap, bangun masak sahur kot. Taknak jadi macam tahun lepas. Konon nak bangun masak pukul 4.30pagi. Pukul 5 suku macam tu boleh makan. Takdenye... Kang pukul 5 tu jugaklah anak dah bangun juga. Kang nak goreng ikan,ikan yang goreng kita kang. Baik masak siap-siap tengah-tengah malam sebelum tido.

Jadi...mungkin jugak nanti dah takde rutun mengemas tiap-tiap malam tu.
Itu yang dua tiga hari ni pulun mengemas sikit. Mip lantai sekeping-sekeping. Lap perabot semua. Ni pun sebenarnya tengah mop lantai ni. Start pukul 12 tadi alih-alih perabot, pastu menyapu. Pukul 2 baru start mengemop,setel dalam 30keping jubin Imtinan bangun nak menyusu. Eh ni sambung si iman pulak.

Kena gagahkan diri jugak ni...

Urm, 1 ramadhan ni Mr.Faris takde kat rumah. Tak dapat la nak puasa first day sama-sama. Urmmm....Ni mesti mak panggil balik sahur and buka kat umah mak ni. Tak pun mesti ummi (mak mertua) call nak datang amik balik buka kat sana ni.

Taknakla...tak boleh la nanti orang trngah kalut nak sahur / buka anak-anak kita tengah merengek...takmau la macam tu. nanti saya sedih. Hahaaha. Sedih sebab laki takde pastu macam pelarian usung anak-anak galas bungkusan baju g tumpang rumah orang...hahaha. Buruk sangatlah imaginasiku ini. Duduk rumah sendiri lagi seronok. Nak berperang bergaduh dengan anak-anak pon takde orang nampak. Hihihi...

Lihat keadaan rumah sekarang...proses mengemop sedang dijalankan...











Daughter - Wife - Mom

Saturday, July 6, 2013

Semalam yang Sibuk

Assalamualaikum.

Harap-harap semua baik-baik aje ye. Dah lama rasanya tak doakan orang-orang yg singgah ke blog ni. Terimakasih.

Semalam sibuk sangat rasa. Tu pun banyak jgk mende tak setel. Tiap-tiap malam sebelum tidur, lepas rumah dah siap sapu, anak-anak dah tido, sambil-sambil blogwalking (guna iphone je) dan update entri, nilah benda yg selalu saya buat. Tambah kalau tengah banyak kerja. Macamkan semua benda beratur berebut-rebut nak suh setel dulu, inilah solution nya.







Bukak iphone, guna apps note ni. Tulih je semua apa yg nak buat. Brainstorm kejap. Esok bangun pagi pas henpon kat Mr.Faris. Nah bang cek tengok mana kita nak buat dulu. Nanti dia tukang plan nak pegi mana dulu setel apa dulu. Boleh jimat masa sikit la. Kadang-kadang email je terus note pada Mr.Faris. Done.

Yg kat hujung2 tu list "things to do" tu kan ada remarks D,X,P.

D = Done
X = Cancel tak payah buat terus
P = kiv dulu. Xsempat buat hari ni,kita buat esok. Less in priority.

Takdelah kang terkejar2 sangat, sampaikan tiga pat kali ulang singgah tempat sama. Dengan anak-anak kecik ni semua nak plan elok-elok. Kesian diorang la. Nanti penatdan cranky. Saya dna Mr.Faris takde hal. Memang jenis bangsa yang kuat bejalan. Kuar rumah pukul 9 pagi balik pukul 3pagi pun tak kisah sangat. Tak balik terus pun takpe. Tido dalam keta. Atau cek in mana-mana. Asalkan bukan menumpang rumah orang. Yang tu tak berapa gemar sikit.

Errr...ni pun byk benda tak setel lagi tu. kat bawah tu beratur lagi list...itu printscreen sikit je. Biasalah time kenduri memang lah semua orang pon akan bizi. Esok lusa havis kenduri setel la. InsyaAllah. Nak start buat aktiviti untuk Imtinan. Dekat dua minggu dah tak buat formal lesson session untuk dia. Kasi setel yang ini dulu.

Ketemu lagi ya.

From Indonesia With love;
TIPU JE....

Daughter - Wife - Mom

Thursday, July 4, 2013

Saya dan Supplement.

Assalamualaikum.

Hurm....bila selalu update blog tak tau pulak nak update pasal apa. Sindrom sangat kan. Tapi best jugak bila ada blog sendiri ni. Nak menceceh pasal apa pun silakanlah. Takde sape nak marah. Kalau ada yg marah pun bukan kita dengar kan? Hehehe.. Jadi tulih je la apa2 yang rasa nak tulih. Asal senonoh. Kalau hari ni rasa nak jadi ID (interior designer), maka update la pasal deco-deco rumah. Kalau rasa nak jadi chef, update pasal resipi walaupun org lain berduyun2 dah masak masakan tu, tetap la jgk nak tulih resipi kat blog kannnn? Apa pedulik. Mengata diri sendiri nih...

Hari ni sebab tak tau nak cakap apa, saya rasa nak jadi dokter pulak.

Hurm...saya bukan jenis kisah sangat pasal supplement ke apa ke. Sebab utama kerana MALAS sebab LECEH. Tak sedar diri dah tua pun satu hal jugak. Tua tak tua lah. Cuma makin berusia. Dari zaman anak dara mana ada nak ambik supplement apa2. Jamu jauh sekali. Sebab tu ar tak cantekkkkk...
(T___________T) tsk...tsk...

Adela sebelum kawin dulu amik herbalife. Tupun bukan sebab kesihatan sangat. Tapi sebab nak kurus. Nak kawen kannnn. Tapi takde kurus mana pun. Sebab tak boleh nak ikut rules. Makan kena jaga. Banyak rules lah pulak. Bau dan rasa pun agak yakkk jugakla. Tu herbalife tahun 2008. Herbalife sekarang tak tau la kan. Ni cerita lama ye. Mungkin sekarang dah improve. Habis satu kotak je dah takmo continue. Sekilo pun tak turun. Sedih sebab gemuk montel dihari persandingan. Zizi ezzette gemuk takpela dia cantek. Puteh melepak. Yang kita ni puteh jugak. Puteh nak kena sepak. Hahaha..

Serik. Hidup pulak bergantung pada nasik dan lauk pauk yang melimpah tiap2 hari. Nama nak diet makan slaad je tu tak ar. Tekak ni berdaftar sebagai tekak melayu. Dahla Kat UIA dulu cafe dia makanan best2. Sekarang tak tau. Cafe AIKOL (kuliyyah of Law) ada bubur nasik dan segala sup2 yang sedap. Meletop. Lepas makan tapau lagi. Hahaha. Dekat cafe kolej Aminah ada ayam goreng dan sambal belacan yang Ya Rabbbbiiii sedap sampai menangis-nangis. Pedas dan sedap. Kat cafe kuliyyah econs pulak ada lauk yang banyakkk sangat. Ikan keli bakar cecah air asam meleleh. Kerja makan je... Balik rumah masak makan lagi. Kalau mr.Faris ada kat rumah malam-malam keluar ronda-ronda singgah makan lagi. Pukul 12 pun masih melongo kat mamak Taqwa Seri Gombak. Makan nasik dengan kari kepala ikan dia. Sedap. Taqwa ni satu-satunya mamak yang serve sambal belacan waktu tu.

Jadual makanan waktu tu (lepas kawin) macam ni :
8pagi : nasik lemak/mi goreng cafe aikol+fishball dua cucuk.
10 : bubur nasik cafe aikol.
Lunch : nasik campur cafe aminah atau cafe econs.
Malam : Masak dan makan kat rumah.
Tengah Malam : Mamak Taqwa @ Mamak Nisma


Lepas tu end 2011 beranakkan Imtinan.
Mula la rasa badan lain macam kan. Asyik letih je. Bertarung beranakkan dia ngeri. Lembik selepet sampai takleh push. Sempat tertido kejap. Taktau la tido ke pengsan kan. Energy takde. Itu yg keluar ikut tingkap tu. Imtinan umur 4bulan pregnant lagi. Kembar pulak tu. agaknya perlukan energy banyak sikit la kot ek. Letih ya amat. Bulan puasa pulak tu. Tiap-tiap hari pun melepet je. Puasa terpaksa selang seli. Sampah pun tak buang. Tiga hari Mr.Faris outstesen tiga harila terperap sampah kat dapur. Kadang sampai berulat. Penat yang tak buat apa pun. Cousin suggest suruh makan shaklee. Dengan konfidennya rejek. Haha. Sebab dah kenal diri sendiri kan. Tau memang jenis tak consistent. Tapi bila nak bersalinkan Iman, mengalah jugaklah. Pikirkan nak supply susu untuk Imtinan lagi, Iman lagi.

Start amik SHAKLEE ni dengan set berpantang dia. Hasil is best. Hari pertama bersalin start makan. Beranak czer nih. Hari kedua dah boleh bangun. Berkeras dengan dokter nak bangun g toilet sendiri. Pastu kena marah sebab g toilet tak call nurse. Biar arrrr org dah sehat kan nih.

Bab sihat, bab cergas Yes. Shaklee suit me well. Sape2 lepas bersalin saya suggest consume la shaklee ni. Bagus. Tapi untuk milk booster, tak menjadi pulak dengan saya. Togok air baper liter pun macam tu jgk. Sama je. Lepastu decide nak stop je shaklee ni. Sebab rasa macam malas. Hahahha. Malas sebab leceh banyak sangat mende dalam set tu. Makan pulak kan ada aturan jgk. Hak ni kena makan pagi. Hak ni tak boleh ni. Hak ni kena macam ni. Bla bla bla.... Pastu rasa rimas jgk bila esp tu macam susah nak bawak travel. Botol dia besau. Pastu nak kena cedok2 bancuh bagai. Serbuk2 yang tertumpah tu kang nanti semut cepat je datang. Rimas tau. Errr...takpe ke ni ek komen2 produk orang? Ni bukan komplen tau sebenarnya. Cuma nak cakap untuk orang yg malas nak disiplin macam saya ni agak tak sesuai la. Bagi lah produk apa pun utk orang yg takde disiplin, tak jalan punye kan. Hihihi...

Dan-dan tu jgk stop shaklee.

Dan perasan perubahan pada badan. Banyaaaak yg tak elok. Pasal penat tu toksah lah nak cerita banyak-banyak kali. Part takde tenaga pun satu hal. Lesu pun ye. Paling seksa sembelit. Adeh... Kulit muka pun teruk jgk. Sampai rasa mcm taknak ar keluar rumah. Genyeh dengan sabun mahal pun tak jalan ni. Pastu rasa nak amik supplement balik. Serius rasa perlu sangat-sangat dengan supplement ni. Lama jugak mencari supplement yg sesuai. Errr maksudnya yang sesuai dengan org malas tapi nak sihat macam saya ni.

Sekarang ni try Ephyra pulak. Baru hari ketiga. Belum nampak apa-apa perubahan. Tapi rasa-rasa macam
Saya suke je Ephyra ni. Hehe first, sebab rasa dia best. Nak sihat pun nak sedap kat tekak jugak ke? Hahaha...matilah mcm ni nak telan jamu guane...pagi2 minum rasa tak cukup pulak satu sachet. Sebab sedap. Masam-masam oren gitu. Second, sebab takde rules pelik-pelik. Makan pagi sebelum breakfast. Atau malam sebelum tido. Saya amik sebelum breakfast. Malam
kang lupa plk. Dah tertido kejap nak bangun g bancuh Ephyra memang tak la..kata malas kan. Hahaha. Third, sebab senang nak bawak g mana-mana pun. Mr.Faris kan selalu outstesen. Sebab Ephyra ni dia dah pack elok2 satu sachet utk sekali bancuh, so kalau 3 hari outstesen saya selit je dalam poket beg dia 3 sachet. Senang. Takde tertumpah-tumpah ke apa. Dapat produk yg senang dan sedap macam ni harap2 la ada kesan kan. Takmo la pikir sedap je kesan tah kemana.

Serius. Harap sangat la boleh consistent. Nak sihat weiii...terasa sangat perubahan diri. Umur belum cecah tigaploh dah sakit belakang lah,sakit kaki lah, sakit bahu lah, semua sakit lah.

Errr...harap-harap ni supplement terakhir saya la ni...hihi..

Kalau sudi share, bagitau la korang makan apa. Ke takde analkan apa2 tapi sihat cergas? Syabas. Huhu..

Daughter - Wife - Mom

Wednesday, July 3, 2013

Jangan Jeles.

Assalamualaikum.

Rahsia hidup tenang ialah jangan ada rasa hasad dengki. Kita syukur dengan apa yg kita ada. Kita redha dengan kadar rezeki yang kita ada. Kalau rasa-rasa tak boleh nak tengok orang lain lebih dari kita, pejam mata dan tutup telinga. Itu lebih baik dari kita celik mata luas-luas bukak telinga besar-besar nak tengok apa orang lain ada dan.....senyap-senyap kita bina envy dalam diri. Hasad dengki ni satu penyakit. Lama-lama duduk dalam diri boleh jadi cancer hati. Hahaha. Tipu je. Tapi betul la boleh jadi penyakit hati.

Hari tu ada orang cabar saya.

"TERINGIN NAK TENGOK TAKAT MANA HEBAT SANGAT ANAK-ANAK YANG DIDIDIK OLEH MAK YANG ADA IJAZAH TAPI KONON NAK JADI SURIRUMAH SEBAB NAK DIDIK ANAK. HEBAT SANGAT KE? " -sambil mencebik dan mendabik dada sebab anak dia bijak-

Nampak tak satu penyakit dah tu? Apahal pulak nak mencabar-cabar ni? Seorang ibu adalah tetap seorang ibu, samada bekerja atau tidak. Semua mak nak yang terbaik untuk anak dia. Kan? Jadi, masing-masing bentuk anak masing-masing. Tak kiralah mak bekerja atau tidak. Kalau mak bekerja,ada cara jugak untuk didik anak-anak. Sebab tu anak yang mak nye bekerja pun ada yg berjaya. Kalau mak tak bekerja,pon ada cara jugak untuk didik anak-anak. Sebab tu anak yg maknye tak bekerja pun ada jgk yg berjaya. Nampak tak persamaannya? Ada kemahuan adalah jalannya. Kita sama-sama didik anak kita supaya satu hari nanti ummah akan ada satu komuniti yang soleh dan solehah. Senang kan?

Pesan saya untuk diri sendiri, jangan sesekali perlekehkan apa-apa keputusan yg orang lain buat untuk hidup dia. Senang cakap tak yah lah nak campurtangan kalau kita bukan sesiapa pun. Apatah lagi nak mencabar-cabar. Tak paham jugak ni apa sebab nak mencabar saya ni? Saya tak bekerja untuk anak-anak saya. Untuk suami saya. Awak nak kerja awak kerja lah. Saya tak kisah pon. Kadang-kadang benda kecik pon boleh jadi besar kalau cakap tak pikir dulu. Kan?

Saya tak berani nak cakap besar. Taknak kata sebab saya fulltime housewife anak-anak saya akan jadi orang ternama satu hari nanti. TAK. Tak pernah pon. Memanglah saya ada target saya. Saya nak anak-anak saya jadi orang berilmu. Alquran dan hadis dalam dada. Paham tauhid, paham fiqh. Boleh sampai tahap mujtahid cukuplah. (tinggi impian). Saya bertatih dengan cara saya untuk mencapai impian tu. Mungkin menjadi mungkin tak. Kalau anak-anak saya dapat full A exam alhamdulillah. Kalau tak...tak mengapalah. Sebab tu bukan target saya.

Jadi saya rasa nak mencabar-cabar ni macam tak matang la kan. Ye, setiap mak ada hak untuk bangga kalau anak dapat 5A UPSR. Tahniah. Tapi tak molek la bila anak kita dapat 5A UPSR kita nak cabar anak orang lain kan. Yang niat sebenarnya bukan cabar pun,tapi nak perlekeh. Aku career women sebab tu anak aku terror. Awak duk umah lipat kain dengan tumbuk sambal belacan jewwww....kompom2 anak-anak besok habis terror pun 5D. Macam gitu lebih kurangnye kan..alahai, Imtinan tu kecik lagi. Toksahlah nak jadikan UPSR tu ukutan. Ntahkan ada ke tidak UPSR lepas ni. Kan? Kelakar pun ye, tapi hati macam keciiiik je rasa. Haih. Manusia memang macam-macam.

Nak kata dia dengki saya boleh duduk rumah tak payah keluar kerja, tak jugak. Sebab dia pun laki tak kasi kerja jugak dulu, tapi keras kepala nak kerja jgk. Nak pegang duit sendiri. Dah kerja elok-elok dapat gaji bulan-bulan. Dapat beli kereta duit sendiri ( tak payah bergantung dengan suami), dapat buat rumah besar, anak-anak cerdik pandai. Jadi apa lagi masalahnya? Apa lagi yang tak puas hati nya? Nak kata laki saya kaya duit berkepuk dalam poket sampai terlondeh seluar ponnnn tak juge. Kitorang ni rumah pon takde. Padahal laki dia kaya kottt. Orang ternama pulak tu. Orang politik! Tiba-tiba pulak saya yang tolong blurr mencari sebab musabab. Apehal nak mencabar-cabar sentiasa nih?

Dari nak cabar orang baik cabar diri sendiri kan. Ada jgk pekdah.

Tapi kan..bila teringat orang yang suka dengki mendengki macam tu, teringat pulak si Nabila Huda dalam cerita Teduhan Kasih yang hot tuh. Korang tengok tak ni? Ayu ke apa nama dia. Dia punya tak puas hati kat iffah tu kan...macamkan selagi iffah tak mati selagi tu tak senang. Kan? Tapi tak tentu jugak kalau iffah mati si Ayu ni boleh senyum. Buatnya iffah mati dengan cara baik, pon ayu ni tak puas hati jugak agaknya ni. Belajar-belajar la kikis rasa hasad dengki tu dalam hati. Macam saya cakap tadila, kalau rasa-rasa kita ni jenis yang tak boleh tengok orang senang (walaupun kita sebenarnya lebih senang dari dia), lebih baik pejam mata terussss jgn tengok-tengok. Jangan jadi stalker. Lagi kita stalk lagi kita sakit hati. Sampai bila-bila hidup kita sendiri yang tak senang. Err...tak tenang.

Untuk membina ummah yang cemerlang, sebenarnya tak boleh biarkan sikap dengki mendengki ni jadi raja. Macamana sebuah keluarga boleh bergaduh sampai ke anak cucu sebab dengki mendengki ni, macam tu lah jugak sebuah ummah tu boleh hancur sebab dengki. Besar akibat dia.

Alah, cakap panjang pun mcm tak guna jgk kan. Point pentingnya perangai tu memang tak elok. Jadi dah tua-tua, pandai2 lah pilih sendiri nak buang ke tak yang tak elok tu. Pilih sendiri nak hidup dengan senang hati ke tak. Ustajah tak boleh nak bagitau panjang2. Ustajah pun lenguh jugak ni nak menaip.

Sekian. Peringatan untuk sesama kita.

Daughter - Wife - Mom

Monday, July 1, 2013

Mandi Kolam

Assalamualaikum.

Mr.Faris ni dia suka main dengan anak-anak. Suka bergurau. Suka melayan. Memang banyak masa dia habiskan dengan anak-anak. Imtinan tu kemain lagi manja dengan papa dia. Ala rasanya semua anak pun lagi manja dengan ayah kan?

Dulu, dari rumah teres kitorang pindah ke kondo. Selain sebab safety, antara alasan utama jgk sebab kesian Imtinan tersepit je dalam rumah. (tersepit?). Rumah sewa kitorang tu kecik je. Takde halaman langsung. Muat-muat je park dua bijik kereta. Nak lalu pon kena mengiring badan.

Pindah duduk kondo balik. Balik keje je lepas rest dia bawak Imtinan turun swimming pool. Kalau off day, pagi-pagi dah bawak Imtinan turun. Padahal Imtinan tu baru 4bulan waktu tu. Dia tak kisah apa pun asalkan dia ada aktiviti dengan anak. Tp syukurlah hasilnya sekarang ni nampak lah. Boleh nampak bila dah masuk umur setahun lebih macam tu Imtinan dah boleh menyelam dalam air untuk tempoh beberapa saat. Alhamdulillah. Walaupun tak dapat jadi mcm baby oramputes, umur 5,6bulan dah boleh berenang.. (T_____T).
Tapi takpe..at least we did something. Something is always better than nothing. Kan?

Sekarang ni dah tinggal rumah landed balik. Bukan kondo. Rumah unit banglo. (oh...tolong jgn imagine banglo bessssaaar punye tu ye). Cuma unit/jenis banglo (read : rumah sebijik-sebijik yang tak attach) je. Mula la mati kutu nak buat outdoor aktiviti apa dengan anak. Boleh kata hari-hari lah Mr.Faris ni duk bising nak beli kolam. Nak beli kolam. Penat jugak telinga dengar. Saya buat tak tahu je. Tak berapa setuju sebab leceh nak mengemas lepas mandi kan.

Sekali last week dia outstation ke LA. Kat US mende mainan ni macam murah sikit la dari online shop kat Malaysia ni kan. Tetiba je dapat mesej : "Yang, abg beli kolam ni. Takpe nanti lepas main abang kemas." Haha.

Seronok je tengok Imtinan dgn papa berseronok main air. Walaupun kolam tu cetek je tapi ok la dari takde kan. Siap ada tempat longsor lagi. Air pancut pun ada.
Dengan ikan,turtle,and few accessories include. Baby Iman pun join sekali.

Air ni good therapy jgk lah untuk budak-budak. Adult pun. Dia menenangkan. Bila tenang, otak cepat berfikir. Melatih otot-otot pun ye supaya kuat. Itu kalau mandi dalam kolam yang betul-betul lah. Berenang ni kan sukan yang digalakkan oleh Rasulullah. Jadi kitorang yakin, yakin sangat-sangat memang ada kebaikan dia. Sama jugak dengan memanah, kan Rasulullah suggest jgk tu. sebab tu walaupun sekarang ni ada macam-macam senjata canggih macam pistol, meriam segala, tetap kita tak boleh kata memanah tu dah tak relevan.

Eh. Jap ek,ada gambar main kolam tadi ni. Lupa pulak nak watermark.














Tataaa... :-)

Daughter - Wife - Mom