Friday, September 27, 2013

Semua Benda Pun Nak Cerita

Assalamualaikum uollsss...apa khabar?
Eh, "semua benda pun nak cerita" boleh jadi tajuk tak? Muehehehe...

Phewww...lama oii tak update. Sibuk dan penat. Tempat baru, kawasan baru, persekitaran baru, laki dgn anak je takde yang baru. Wakakakaka.

Cyberjaya ni tak semua benda ada. Bank pun limited. Ape je yg ada. HSBC, BIMB, CIMB, MAYBANK...tu je kot. Pastu tempat makan pun limited. Shopping mall memang tadek langsung. Shopping 'mall' paling besar Speedmart dgn KK Mart je..hahaha.. Mall lah sangat. Market pun takde. Pasar borong apatah lagi. Pasar tani? Pasar pagi? Jauh sekali...hahaha... Pasrah je lah..

Kalau rasa2 nak shopping kat Tesco, kitorang pegi Puchong.. Rasa2 tergoda dengan mesej "SALE" AEON, kitorang pegi Jusco Seri Kembangan, ataupon IOI Mall. Rasa-rasa nak pegi Carefour (eh sekaran dah jadi AEON BIG kan?) kitorang pegi Putrajaya.

Senang kata, kalau nak apa2 sekalipun, kena keluar dari cyberjaya. Tak seri kembangan, puchong. Tak puchong,putrajaya...ha macamtulah kehidupan di Cyberjaya ni. Tempat baru nak naik. Tapi best je lah pun duduk sini. Especially untuk org yg tak suka kesibukan macam saya. Cer campak saya duduk Kota Damansara ke, PJ ke...harus tiap2 minggu kena telan ubat anti-stress..eh ade ke? Hahaha. Ikutkan hati nak je duduk balik Gombak sana nun...senang. Area2 gombak, taman melati, taman melawati tu...apa yg takde. Semua ada. Pasar boring selayang, NSK, One Utama, Low Yat, bla bla bla semua dekat...tapi sayangkan laki punye pasal kannnn...kenalah pilih tmepat yg dekat dgn tempat keje dia...huk aloh manja sgt bunyinya tu..

Sibuk cari playschool untuk Imtinan lagi. Sebulan jgk la mensurvey sana sini. Tak byk choice yg ada. Brainybunch, CIC, dgn lagi satu apa tah namanya. Tu je yg ada kat cyberjaya nih. Yang muslim punye cuma Brainy bunch dgn CIC je lah. Ikutkan hati saya lagi prefer CIC, mandangkan brainy bunch ni kualiti dia tengok tempat. Ada tempat yg bagus. Ada tempat yg tak bagus. Kira byk jgk la bad review. Yuran mahal tapi bad review, tu agaknya parents tak puas hati kan. Tapi tak taula yg kat cyberjaya ni camana. Takde nampak apa2 review lagi. Tapi CIC minimum pun 3years old. Holloh Imtinan tu baru 2tahun. Baru 2 tahun 1minggu.
Serius penat bila bab nak pilih kendergarten untuk anak ni. Penat nak cari. Penat nak buat choice. Termengah-mengah je rasa.

Setel hal kindy, proses nak wean-off Imtinan pulak. Kan dah cukup 2tahun kan. Kena la wean-off breastfeeding. Alhamdulillah sekejap je berjaya. Tapi ada peel baru pulak. Berubah 360 lepas wean-off breastfeed. Dari segi perangai la. Manja. Berkepit dgn mama je. Penakut. Kiat menangis. Menjerit-jerit. Mengamuk. Huhu...dulu dia bukan mcm ni pun. Independent ni ini budak dulu. Sekarang campak dalam kolam nangis. Padahal dulu dia dah dekat2 nak pandai swim dah pun. Sedih je rasa. Petang tadi bawak dia g pool, menjerit2 macam takut sangat2. Taknak papa, nak MAMA JUGAK2. Tensi mak kau nak. Serius, dia mmg byk berubah lepas wean-off... Rasa macam eh betul ke ni Imtinan? Urghhh....
Penat lagi di situ.

Sekarang ni jgk tengah nak adapt dgn jadual baru. Nak kena train budak-budak tidur awal, sbb nak bangun awal. Jadi otomatik jadual saya pun berubah jgk. Lap peluh banyak2 kali. Susssah sgt. Hahaha. Dulu budak2 malam pukul 11 baru tidur. So dalam pukul 11,pukul 12 tu saya bangun la balik mengemas rumah. Lap pinggan, bersihkan sinki, mop lantai, jemur kain ke, lipat kain ke...kemas mainan ke, apa2 lah..dah setel semua hal-hal rumahtangga, sempat la amik masa untuk rest,tenang-tenangkan otak sambil tengok tivi minum nescafe ke, milo panas ke, dalam 15-20minit. Terapi diri. Dah rasa relax sikit baru masuk tidur. Biasanya dalam pukul 4pagi 5pagi macam tu la. Tidur kejap, bangun subuh, keluarkan lauk-lauk frozen yg nak masak tengahari pastu sambung tido sampai pukul 12...Hahaha...membuta, yela dah malam menjaga. Budak2 ni pun memang jenis bangun lambat. Takde hal la kan.

Sekarang ni sebab nak start hantar imtinan ke playhouse, kena tukar jadual la.. Playhouse dia pukul 7.30 pukul 8 macam tu dah kena sampai. Class start at 8.30am. Nak taknak mmg kena bangun pagi la. Jadi malam, kena masuk tidur awal. Makan malam pukul 6.30ptg@7malam. Pastu mandi. Ataupun mandi dulu baru makan. Pukul 8 dah tergolek2 dalam bilik. Pasang mp3 Quran, agak2 diorang dah selesa dgn tempreture bilik, mood dah baik, tutup lampu. Simpan segala gadget. Iphone,ipad,books, simpan. Pasang lampu tidur. Tidur sekarang! Tapi tak semudah tu. Baby takpe la dapat nyusu senang je tdo. Yang iImtinan ni kadang-kadang sampai pukul 10jgk terbuntang-buntang mata dalam gelap. Selalunya mak yg tertidur dulu. Hahahha.
Bila diorang dah tido saya bangun lah mengemas. Kena buat kerja cepat-cepat, sebab kena tidur sebelum pukul 12. Takit tak sedar pagi besoknya kan. Jadi takde dah 15-20minit relax time tu. Tak sukeee..

Esoknya pukul6 pagi memang bangun start the day. Terus masak lauk tengahari subuh-subuh hari tu. Sebab Iman ni satu perangai baru dia takmau kena tinggal langsung. Memang tak boleh masak langsung Kalau dia dah jaga. Masak laju2, kemas dapur laju2. Pukul 7 pukul 8 pagi iman dah bangun. Macam tu la tiap-tiap hari. Kadang2 malam tu kalau sama2 tertidur awal dgn anak-anak, besoknya saya bangun pukul 4pagi start the day. Dari pukul 4 pagi tu "bekerja" sampai lah pukul 10malam. Letih sikitlah nak adapt dgn jadual baru. Paling letih sebab jadual baru ini langsung tak dpaat nak curi masa untuk bersantai dengan tenang walaupun 10minit...Tu yang tak dapat nak update blog mcm selalu....huwaaaaaaa...

Hal rumah pun banyak lagi tak setel. Beli barang sikit-sikit. Kadang pegi Daiso. Kadang pegi IKEA. Kadang Jusco. Saya tak minat sangat pegi IKEA. Sebab besar sangat kan. Malas nak jalan la. Walaupun terus turun pegi warehouse, tetap ada jgk barang nak kena amik kat tingkat atas. Kut ada buggy service ke, kan ke best tu...hahhahaha...orang malas macam ni la. Takpun online shopping kan. IKEA Malaysia pleaseeeeee buatla online shopping. Korang nye website dah best dewa okeh. Tolonglah, untuk orang2 yg malas macam saya ni online shopping adalah best. Sekarang pun mandangkan cyberjaya ni terpencil dari barang-barang keperluan, saya dah start nak shopping grocery online jelah. Tesco ada online shopping kan. Pampers anak-anak pun ingat nak cari shop yang offer delivery je.. Macam manjaku tu kan. Tapi tatau la pampers boleh beli online ke tak kat manjakau tu... Eh manjakau plak...miahahha.

Errr...blogwalking pun tak sempat.... :-((((((

6 comments:

  1. haha manjaku manjakau juga...

    tarik napas...hembussss...semuge dipermudahkan urusan! ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ok je semua pun.. Tinggal nak slow2 adapt...lepas ni insyaAllah eveythng gonna b smooth.
    *sdey x sempat nak join cabaran kakfizah...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Hehe dpt bygkan betapa bznya akak. Anie asna nti dgn 2 anak juga xtau la mcmne hehe msti mcm puting beliung juga kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jadi mak mcm tu la kan. Bizi tapi fun. Esok ank2 dah besar mesti sunyi sbb dah tak bizi...hehehe...

      Delete
  4. mama imtinan, dah pindah key ell....tahniah2... =)

    ReplyDelete