Wednesday, October 30, 2013

Bilik Anak-Anak : Susunatur

Assalamualaikum,

Phewww...akhirnya siap jugek entri ni.
Asyiklah tertangguh, menunggu laptop dari Mr.Faris. Keh3...tapi ujung2 talipon tua ni jgk yg berjasa... ;)

Tentang jasa telefon tua, lain masa kita cerita.

Urm...how to begin? And Where to start? Blurrrr...macam ni, bilik ni kecik je. Nak buat playroom mcm kesian la, ruang terhad sgt. Nak dijadikan bilik tidur pon tak dapat sbb budak-budak masih gumbira bergelimpangan di bilik utama. T_________T

This is the room when we first move in.




Lepas tu owner amik balik kotak homey2 ikea tu ;'( nanges pon tak guna....hahaha..
So lets start with DIY-ing storage box.


Kosnya RM 4 setiap satu. Kotak kuning "IndahKiat" tu free. Setiap satu kotak perlu 3 helai pembalut. Kemudian, kecek2 Mr.Faris suruh buat label. Hasilnye, saya suuuuke. Kredit to my hubby. U did great dear ;) Total kos : RM16 utk 4kotak. Mana nak cari? Mana nak cari? Haha belagak kau ek...kih3.

Ok sekarang, moh kita bukak pintu bilik moh.. Bukak je pintu first thing akn nampak adalah ini :



Ha..tulah "rumah" Diy-ed storage box tadi. Pastu saya beli whiteboard nipis tu dari Daiso, always RM5. Tampal kat softboard biru yg asal tu. just to add some colours to the room. Kasi nampak kanak-kanak sikit. Tapi masih cuba nak elak penggunaan warna terang yang mendominasi ruang. We just love pastel colours all the time. Tapi still nak kena ada ceria2 jugek la sikit, dah nama pun bilik budak2 kan.

Zoom in :



First picture tu koleksi buku anak-anak. Saya tak display semua. Simpan dalam kotak jugak. 2nd picture (clockwise) itu adalah ipad tercinta Imtinan. Hey that's mine ok. Tapi dah mcm dia punye je...siap casing nak hijau katak bagai. Hishhhh....
Kat bawah tu dalam laci meja. Saya simpan electronic books. Last sekali tu cinta hati saya, label yang suamiku sayang buat tu, bila tampal ats box tadi,oihhh OHSEM! Kih3...

Dah setel tgk, sekarang kita toleh belakang tgk pintu pulak. Kedudukan meja tadi setentang dgn pintu...



Ni namanya memaksimakan penggunaan ruang ;p

Pastu, kita tgk belah kiri pulak, nampak ini







Saya kelaskan wardrobe kepada 3 bahagian.
1 - tempat baju gantung2, kasut, bib, beg kecik, aksesori rambut,stokin.
2 - lampin pakai buang, first aid box
3 - baju harian, baju tidur, seluar

Close up pemandangan dalam:






Di bahagian pintu :



First picture tu telekung solat Imtinan, hang kat pintu belah kiri. Pastu yg tu bib hang kat pintu belah kanan. Pun memaksimakan penggunaan ruang. Tapi masih nak kekalkan konsep simple, taknak serabut2. Gituuu...hahahaha.



Ruang ke "2" - bahagian atas tu boleh memuatkan 187 keping diapers ;) selalu je buat stok banyak2. Bahagian bawahnye plk saya letak swimming diapers. Ni pun kena beli stok byk2 jgk, sbb susah nak dapat. Pinky box tu Daiso mari, always RM5 jugak...dijadikan kids first aid box. Ada lock. So xde risiko budak2 bukak buat main. Kat dlm tu simpan termometer, paracetamol, koolfever...in case kalau demam la..senang asingkan terus dari mak bapak punye. Takde kalut sgt mencari. Saya sedar diri, saya mmg bangsa kalut kalau anak2 sakit. Haishhh...

Ini bahagian ke "3" - bahagian drawers kecik2...ada nam bijik drawers kecik semuanya :



Cara susun baju dalam laci sama je mcm org lain jgk. Susun menegak, senang nak ambik senang nak maintain kemas. First picture is pandangan sisi. Second picture (clockwise) is belah Iman. Imtinan punye kat belah kiri. Saya bahagikan baju2 ikut 3 kategori, iaitu baju harian, baju tidur dan seluar. Waktu2 laci byk ruang kosong ( time baju banyak kotor), saya akn letak baju yang tak boleh duduk tegak dgn cara melintang biasa je..contohnya dlm gambar kat bawah sekali tu (ketiga clockwise). Tu ada dua ketul baju kelawar Imtinan. Kalau dulu saya akn masukkan kotak2 kecik dlm laci yg berfungsi sebagai partition dan penyendal. Tapi mandangkan laci sekarang ni tersangatlah kecik, makanya x payahlah berkotak2 ek...menyempitkan ruang lah pulok...

Phewww....
Apsal lah nak kene nerbes bila up entri mcm ni...mcm tak pahammmm jeeeeewww...mcm tak pahammmm jeeeewwww...mcm tak pahammmm jeeewww...(dah tgk video?) kah3...

Okeh,wardrobe setel!

Next to wardrobe,ada pulak rak kecik mcm kat bawah ni :



Sebab kita takde peruntukan untuk beli kotak cantik2 kat ikea, kita pegilah Daiso,well...it's always FIVE ringgit ;)
Dapat 3ketul bakul ni, saiz muat2 dgn rak kecik tu. Total RM15. Description picture mcm yg dah tulis kat gambar top view belah kanan tu...

Setentang dgn rak kecik ni ada lg satu rak yg sama...saya letak beg budak2 yg saiz bagak. Beg balik kampung ongkata...



Picture kanan atas adalah pemandangan katil tingkat atas. Benda2 mcm softoy, baby playgym,etc. Ni tempat Imtinan main panjat2 jgk ni. Ada tangga kan nak naik atas. Panjat naik turun naik balik,lepak2 main pastu turun.

Last sekali, kita tgk apa ada ats wardrobe tadi...moh kita patah balik moh...



Yang kotak bas tu lah tempat saya simpan semuaaaaaa buku2 Imtinan yg dia tak perlu akses sendiri. Maknanya buku tu buku yg perlu saya atau papa diorang ada sekali time dia baca. Dan ada jgk flashcard saiz besar. Kotak ni besar, boleh muat byj buku dan flashcard... InsyaAllah ada masa kita bincang pasal diorang nye aktiviti. Kotak gift tupperware tu plk saya isikan flashcard yg saiz kecik, mcm besar 2,3jari tu. Banyak nya flashcard warna la kalau yg kecik2 mcm tu.. Yg kotak kuning tu plk grooming set atau nama saintifiknya sikat rambut, minyak bayini, dan lain2...keh2...

Next....dah habessss....
Whole view : saya tak tipu kan bilik ni kecik? Kecik tapi selesa dan senang nak
maintain...alhamdulillah...









Daughter - Wife - Mom

Friday, October 25, 2013

Buat Apa Hari Ni?

Assalamualaikum,

Sebagai pendahuluan...



Berpeluh kan? Penat main tu. Dia lari, baby merangkak kejar. Pastu marah baby : "Baby...bangun la! Bangun la!"

Hari ni budak2 bangun sangat awal. Pukul 4.30 pagi. Bangun main berdua dalam gelap. Silakanlah anak...mama nak membuta. Saya sedar subuh tgk dua2 terbongkang tido, pukul 10 baru diorang bangun! Amik....

Bangun je lepas mandi, breakfast biskut tiger dgn susu. Simple. Senang keje Mama. Pastu masukkan baju dalam mesin, ON. Keluarkan playdoh (homemade). Dah siap2 uli malam sebelumnya.


Terlembik sikit...Huhu...
Tapi ok la...bolehla nak buat main dgn anak-anak. Yang play-doh betul2 punya ade la beli..brand PLAYSKOOL kalau x silap. Ok la bagus jgk brand tu tapi kena simpan dulu, sbb nak includekan baby Iman sekali main. Dia kan kecik lagi, semua benda masuk mulut. Kalau yg homemade ni masuk mulut pun takla risau sgt. Yo lah, tepung gandum dgn garam dan air je pun.. Hehe...



Imtinan menjerit2 takmau baby join dia main. Sbb baby masukkan dalam mulut. Dia penat nak larang. Amboiii...kakak2 sangat dah tu.



Tools yg guna utk tekap2 dan utk tiru bentuk. Walaupun tak menjadi pun. Sekali Imtinan tak tiru bentuk, dia lebih suka bentukkan doh tu bulat2. Kecik lepastu masuk periuk konon2 masak...ok up to you nak.



Ni recycle je ni. Amik dari mainan "shape sorter" dia. Rumahnya dah pecah kena pinak dgn Mama dia hari tu. Sapela mama si Imtinan ni, ape berat sgt...asal terpijak, sampai pecah2 menan anak tu?ishhhh.....

Dah tengahari, nak masuk dapur. Kemas2 play doh,simpan balik dlm plastik ketat2. Pastu keluarkan box mainan. Hari ni hari "soft toys"...keluarkan box soft toys je...mcm semalam hari puzzle..gigihla budak2 ni main puzzel dari pagi sampai ke tghari...



Soft toys ni saya jarang layan diorang main...biar je main sendiri.



Imtinan suka ni. Siap selak2 baju dia baring mengiring konon nak menyusukan "baby" dia ni...amboi...Tapi mula2 beli dulu Iman tak suka benda ni, mcm benciiii sgt dgn doll ni. Asal bagi je dia campak sambil mulut jerit2 marah...jeles agaknya.

Ok, masuk dapur masak nasik. Malas masak ini hari, kebetulan ada frozen bawal masak merah, reheat saje..
Sementara budak2 leka main, saya jemur baju jap. Baru jemur sehelai, eh....dua2 dah sibuk kat kaki maknye ni...Baik iman baik imtinan...mujur jemur baju dalam rumah...hurmmm...

Sambil jemur baju sambil layan diorang main puppet...



Dua-dua pun suka kalau saya main puppet. Lagi2 la kalau main kejar2 sambil puppet bercakap. Mengekek ketawa budak2 tu... Gelihati Tgk puppet ke gelihati tgk mama debab berlari ke tak tau lah...kihkihkih...

Lepas lunch semua Iman dah ngantuk dah. Imtinan pulak taknak tidur. Saya tidurkan Iman kejap. Pastu teruskan dengan aktiviti melukis pulak. The best time nak melukis mmg waktu baby Iman tidur la kan...hehe..

Hasilnya :


Imtinan lebih cenderung menulis dan melukis. Dia tak suka mewarna. Saya tak paham kenapa...bukan biasa kanak-kanak suka kaler ke? Ishhhh....

Lepas tu Iman bangun.

Next aktiviti, main susun-susun bantal pulak.


I took out all pillows yg ada. Longgok kat hall. Hah suka la diorang...




Mula2 tu susun bantal satu2 buat mcm jalan raya. Pastu suruh Imtinan bejalan meniti atas bantal tu (belajar imbangkan badan). Dah bosan, susun bantal buat lingkungan bulat pulak. Suka dia kejap2 lompat masuk dlm bulatan. Kejap2 lompat keluar. Yg baby pulak sibuk la nak runtuhkan tembok...pastu kena marah...kakak dahla makin garang sekarang ni..asyik nak lawan rasaksa je perangai tu..haha... Dah bosan, suruh Imtinan susun2 bantal tu sampai tinggi membukit pulak. Buat tower konon2. Bila jatuh timpa diorang, sukanya la hai...saya pun x tau apa yg diorang seronoT sangat tu...tp takpela bila diorang seronot, saya pun seronot.

Lepas asar, Imtinan main bola pulak dah....habis setiap ceruk rumah tu dia menyelit sepak2 bola. Haha, besar2 karang takyah nak safee sali sangat la imtinan eh, awak pompuan tau...hahaha.. Mau tak berpeluh? Main bola mcm kat padang. Sepak-cilok-menyelit-sepak-cilok. Tu cara2 main sorang diri je tu. kalau ada geng tak tau la apa jadi anak daraku...

Masuk dapur, sediakan dinner. Goreng ayam&panaskan nasik je.. Pastu angkut budak2 masuk bilik air. Bath time! Rendam barang sejam dua. Haha...ok tipu2...paling lama saya bagi diorang berendam cuma 1jam je. Biasanya dalam 30-40minit je... Pastu siap2 pakai baju tidur, lepas maghrib terus makan malam. Makan malam siap before 8. Pukul lapan malam dah bergolek2 dlm bilik...8.30mcm tu setel. Pengsan dua2...penat main tido senang la sikit kan.

Bila dah tdo saya pun mulala bertugas. Menyapu, basuh pinggan kuali periuk, mop lantai lap meja semua. Setel...









Dah setel baru dapat tidur dgn tenang...
Macam ni lah tiap2 hari. Tp time tgh2 mlm mcm ni terasa la sunyiiiii sgt. Dg rumah ni yg mood malap nye (semua lampu kuning), mmg jiwa tu asyik sayu je la...
Rindu mak....huhuhu....agak2 dah nak nangis tu tutup lampu masuk bilik tidur je....huhu..

Sebelum tido, rendam bihun dulu dan defrost daging untuk goreng bihun besok pagi.







Daughter - Wife - Mom

Monday, October 21, 2013

Tentang Dua Sofiyya

Assalamualaikum,

Lama tak cerita tentang anak-anak. Terabai sangat dah budak berdua tu. Hahaha. Eh, lebih-lebih lagi pasal Sofiyya Iman. Lamanye la hai tak cerita apa2 pasal dia. Kesian kamu nak. Takpe2, sementara tengah ada rasa nak cerita ni, moh kita citer moh...

SOFIYYA IMAN
21/10/2013 masuk lah sepuluh bulan.
Eh, kebetulan pulak hari ni 21 Okt. Ha nampak tak mama sayang awak...mama ingt sebenarnya...tapi saje je la buat2 tak ingat...muehehe.

Iman sekarang ni baru pandai merangkak. Ingatkan nak bejalan terus takmo merangkak dah. Tibe2 dua tiga hari lepas tengah musim raya korban tu merangkak pulak awak. Pulak tu kerja sekarang ni nak berdiri je manjang. Jatuh tergolek terlentang bangun lagi. Mama biarkan je. Belajar lasak2 sikit ye anak. Kalau Papa ada tak bole ni...papa sayang anak, asyik duuuuuuukung je...hahaha, biar dia biar...

Mulut banyak bising dah. First2 Iman sebut dulu word "Ttakk..aaa"... Haha. Apa yang "tak" pun tak tau la. Kalau merajuk pon bunyi "Ttakk..aaa" jugak. Kalau gumbira pun bunyi "Ttakk...aaa" jgk. Besar2 nanti kasitau sama Mama apa maksudnye yeh? Pastu sekarang boleh la sebut "Mama..." "Papa..." Sebut je la, bukan paham pon...takpe2...tu biasa tu.
Mulut suka muncung-muncung...

Mama kan, suka campak awak dalam pool tau Iman. Sebab awak pandai terapung. Kadang Mama selamkan je muka awak barang 3,4 saat. Saje la Mama nak suruh Iman belatih benapas dalam air, walopon Mama pon tak pandai benapas dalam air...hahahha...tetttttt sangat nih. Lepas tu Papa kan dia mesti cakap : "eh bagi abang lah Iman tu, ayg jaga Imtinan". Hahaha, sayang anak la tu kan...keh3...

Iman sekarang ni dah behave sangat dah...tapi pantang tak nampak mama depan mata la. Tapi takdela macam time baby kecik2 dulu lagi dah..Dulu2 meraung melalak tu macam hobi dah. Sekarang takde dah semua tu. Jarang ketawa. Tapi selalu senyum. Asal di agah-agah di acah2 terus senyum. Manis pulak tu. Hik3... Iman cuma gelak besar bila Kakak Imtinan dia main2 dgn dia. Sayang sangat dgn kakak dia tu. Kawan elok2 dengan kakak sampai ke tua tau...takmau gaduh2 dgn kakak.

Suka main wooden toy yg macam ikea punye tu. Yang ada ketul2 kayu tolak2 kat rail tu..hahaa belasah...tak reti ah bak explain. Pegi ikea tengok sendiri. Hahaha. Kalau bagi dia benda tu, satu2 dia buat sampai setel. Gigih dan fokus. Nampak pun Iman ni gayanya macam jenis fokus dan teliti sikit. Dalam ertikata lain slow la sikit. Tak gelojoh dan gopoh mcm mama. Haha.. Banyak ikut perangai Papa yeh sayang? Hehe..papa tu buat apa pun slowwww je tapi hasil dia perfect! Lepas tu kalau tengah buat keje tu serulah nama dia berapa kali pun takde dia dengar. Sbb fokus. Beza sangat dgn mamanye nih, buat apa nak laju je. Lepas tu pesen kanan kiri depan belakang buat keje serentak. Hehehe..

Eh, ni perkembangan anak ke perkembangan mak bapak? Muahahha...
Ampunnnn.

Ha, lagi satu gigi. Baru sebatang. Comey je duk gigit tangan sejak2 tumbuh gigi. Gigit tangan kakak Imtinan yang tak menahannya. Yang imtinan pulak gelak je..
T__________T

SOFIYYA IMTINAN
21/10/2013 - masuk 2tahun 1bulan.
Dah setel cerai susu. Tp kadang2 dia"curi2" jgk..hahaha. Umur macam gini banyak la perangai dia. Kalau nak cerita satu2 mau sampai ke London sana pun tak habis lagi. Amboi...metafora nak london aje...kah3.

Bejalan belari manjat semua mmg dah pro dah. Tak larat nak jerit mama diamkan je. Silalah anak. Jatuh kang kalau sakit, nangis, mama gosok2 sapu ubat. Hilang sakit buat lagi.

BERCAKAP. Haaaa yang ni nak kena highlight lebih sikit. Rajin becakap. Semua benda pun nak jadi bahan bercakap. Walopon tak semua yg Imtinan cakap tu mama paham, tapi layankan aje lah..hehe. Sekarang tgh musim bertanya "mama...ape tuh?"... Details pulak tuh. Tengok comferter tanya apa tuh. Corak2 kat comferter tu pun nak di "ape tuh" kan jgk. Semua2 lah di "ape tuh" kan dia. Tgh learning kan imtinan kan?

Mlm2 nak tdo kena kiss mama dulu. Pastu baca doa.."Bismikallahumma ahyaa wa amut"...Nanti dia ulang doa tu byk2 kali. Mula2 bunyi doa tu elok lah jugak..walopon pelat dia masih pekat, tapi ade la jgk bunyi doa tu. Kira kalau kita dengar tu boleh tangkap lagi la yg tu doa.. Hujung2 dah banyak2 kali ulang sepanjang2 doa tu tinggal "NAK AYAM NAK REMOTE" "NAK AYAM NAK REMOTE"...oiii tak paham oiii.. Hahaha...suke2 hati je dia tukar2. Gelak pelan2 dalam gelap je mak bapaknye nih..mana dapat tah..haih lah anak...

Paling best time bangun tidur la. Dia celik mata je, cari mama. First thing Imtinan buat adalah cium mama. Kalau ada papa,cium papa..pastu dgn matasepet mepet lagi tu Imtinan akan say : "Asalamualaikum mama..."... I feel blessed. Speechless. Subhanallah...Mula2 dia buat mcm tu rasa nak nangis. Terharu. Exactly dia copy apa yg saya buat untuk dia sejak dia lahir. Dari mula dia lahir sampaila dah besar sekarang ni, tiap kali dia jaga dari tidur saya akn cakap "Assalamualaikum Imtinan..." atau kadang2 "Assalamualaikum anak solehah". Good girl ke. Anak mama ke. Apa2 je lah positive words kat belakang tu...agaknya mcm nilah perasaan cikgu kalau anak murid dapat skor exam kan? Hehehe...

Takat hari ni Imtinan agak peramah la. Kadang kalau kat shopping mall tu, dia suka je main mata dgn semua org yg selisih jalan dgn dia. Hai uncle..hai aunty...mcm tu la cara dia tegur. Tapi hari tu saya singgah satu kedai cina ni. Beli jubah. Tokei dia cina,pompuan tua. Tiba2 sgt Imtinan tegur tokei tu "hai nenek..." oh nasib baikla org tu x marah kan. Kadang org kan taknak tua tak suka la dinenek-nenekkan... Naik kereta pun satu hal jgk. imtinan suka berdiri kat seat belakang mengadap kereta belakang. Kalau yang drive keta belakang tu macam dah set tua-tua dia suka la lambai2 cakap hai atuk..hai nenek..sebenarnya saya tak taulah dari mana dia belajar banyak vokab mcm tu. sbb saya mmg tak ajar pun. Tv pun x tengok. Kecuali UPIN IPIN kat u-tube. Yg tu mmg dia hadap sungguh-sungguh.

Dah dewasa pun ye jgk. Asal adik nangis, tengok Mama takde, dia la yg terlebih sibuk cari mama merata dlm rumah tu nak kasitau adik nangis. Padahal saya dengar je. Tapi kadang kat toilet ke, diamkan jelah dulu. Tapi Imtinan ni TAK. Kalau dia cari saya tak jumpa2 jgk karang dia yg nangis lagi kiat dari baby Iman. Baby Iman tu pun boleh diam tiba2, tekejut agaknya dgr ada org lain nangis lg kuat dari dia.

Urm...apa pun seronok tgk ank2 membesar depan mata. Esok2 masing2 dah besar mesti rindu moment ni. Org kata bila ank2 dah besar, diorang akn refuse to hugs&kisses. Betul eh? Hurm....jgnlah macam tu ank2 mama... Jgn malu2 kalau mama papa hug or kiss bila korang dah besar nanti tau...we love you dear...sayang sangat2...

Ada sikit gambar anak-anak terchinta...












Daughter - Wife - Mom

Saturday, October 19, 2013

Laksa Penang dan Menguruskan Masa Memasak

Assalamualaikum,

Ape cerite raya?
Nak update citer raya gak...tapi tak rajin arr nak transfer gambar dari kamera...

Sebelum raya korban tu, teringinnya la hai nak makan laksa penang.
Tak mampu nak menanggung kehendak napsu dah.. Tapi tak rajin nak masak, ater nak makan berdua ajeeee.

Selalu kan pikir leceh nak membuat, nak mengemas dapur lepas memasak lagi...mau berejam. Makannya sepuluh minit jer...mana anak2 berbelit di kaki lagi...haissshhhh...tapi kalau dah nak, silalah usaha lebih.

Resipi amikla kat mana-mana pun. Basic nye lebih kurang je. Penyusunan masa memasak tu yg saya nak tekankan kat sini. Supaya by the time kuah laksa tu masak, dapur pun dah siap kemas..
Dapur magic ni namanye...muehehehe..Belagak kau..

Ok, yang ni untuk 5orang makan la saya agak.

1. Mula-mula kuarkan 600gm ikan selayang/sardin/kembung (lebih kurang 7ekor) dari freezer. Defrost. (Saya rendam air je).

2. Sambil tunggu ikan defrost, clearkan sinki. Pinggan atau kuali semalam yg masih tersejat kat penyejat tu kemas semua. Mana yg basah lap kering, letak tempat dia. Mana yg belum berbasuh, sila basuh. Tinggggg...dapur dah clear.
Alamak anak nagis plak. Ok layan anak dulu...sapu lantai ke, lap cermin ke, apa2 je sementara nunggu ikan defrost.

3. Ikan dah defrost. Taruk dlm periuk. Isi air kasi tenggelam ikan. Campak Asam keping 5 keping, tambah garam 1 sudu teh, dan gula 1sudu besar. Pastu tenggek atas api dan REBUS SAMPAI MASAK.

4. Sambil nunggu ikan masak, kupas bawang merah 5ulas, dan bawang besar setengah biji. Taruk dalam blender. Takyah letak dalam mangkuk, jimat masa nak membasuh ;). Taruk jugak belacan (saiz sebesar kotak mancis).

5. By the time dah siap kupas bawang semua tu ikan pun dah masak. Angkat ikan tu sejukkan sekejap, Asingkan isi dan tulang. Isi tu terus masukkan dlm blender. Pun tak payah guna mangkuk segala. Tulang letak tepi dulu.

6. Blend sekali isi ikan, bawang, dan belacan. Guna air rebusan ikan tadi. Periuk yang guna utk revus ikan tadi lap je dgn kitchen towel. Takyah basuh. (Jimat masa,jimat periuk jgk ;p)

7. Dah siap blend, tuang dalam periuk yg guna utk rebus ikan tu. On api. Lepas tu blend pulak tulang ikan tadi, pastu tapis ke dalam kuah yang sedang dijerang. Kemudian masukkan 4senduk besar cili giling.

8. Blender dan penapis dah boleh basuh time ni. Sbb takkan guna lagi dah.

9. Lepas basuh2 peralatan tu, amik bunga kantan dibelah dua, daun kesum segenggam, dan garam. campak dalam periuk. Kasi diorang mendidih sama-sama.

10. Pastu Amik telur 2 biji, letak dlm periuk,isi air sampai tenggelam telur, dan rebus. Bila gelegak je tutup api. Biar je telur dalam periuk. Toksah kupas lagi.

11. Sambil tunggu kuah masak bolehla prepare ulam-ulam. Pastu basuh papan menghiris, pisau, semua2 lah....

12. By the time kuah masak tu, semuaaaa pun dah siap kemas. Tinggal kupas telor dan basuh periuk kuah SAHAJA. Semua ni boleh setel dalam masa less than 1 jam. InsyaAllah. Banyak save masa...

Hasilnya.....



Jom nikmati laksa di petang hari dengan senang hati.

* Kalau nak prepare bahan-bahan semuaaa kasi siap dulu sebelum mula memasak, (macam kat tivi tuh), itu zaman2 belum ada ank kecik bolehlaaaa...hukhukhuk..


Daughter - Wife - Mom

Saturday, October 12, 2013

Tak rajin nak Blog dah....

Assalamualaikum,

Sekarang ni tak berapa nak rajin blogging dah.

Ok macam ni, mula2 saya buat blog ni dulu konon2 nak create an informative blog la kononnyeeeee.... Nak citer pasal law, pasal islamic law, semua2 lah... Apa yg saya belaja kat class tu kira nak up kat blog lah... Lepas tu kan, nan hado! Penat pulak ras anak bawak penulisan macam tu. Berat je rasa. Nak up satu-satu entri pon amik masa bulan2...oii jadah apakah itu? Hahahah...

Waktu tu ada laptop lagi. Acer wide screen. Hadiah dari abang Mujib saya sebab dapat cgpa 3++ (waktu tu laaaa)...
Tapi banyak guna untuk main game je la pon. Kehkehkeh. Lepas tu pregnant-gugur-pregnant-gugur-pregnant-bersalin-pregnant-gugur&bersalin. Haaa berterusan pulak pregnant waktu tuh. Sweating~~~~

Tapi rasanya dlm year 2010 mcm tu kot Mr.Faris ni dia tukar macBookPro. Dia ni bangsa tak boleh kalau apa yg dia beli utk dia, dia tak beli utk saya. Paham tak? Blur eh? So dia beli la utk saya MacBookAir. Eh, le dia punya Air, saya punye Pro tah... Acer lama tu plak asyik la hang manjang. Mari kita lipat simpan dalam kotak je. Tapi kalau dah bangsa slow IT tu kau kasilah pro ke pru ke, lembap tetaplah lembap.. Lama ya amat nak memahamkan kekdah2 Apple nih. Apapun tak bleh. Dahla masa nak menggodek komputer terhad bila dah keluar anak ni kan. Pastu saya cakap kat Mr.Faris jual je lah salah satu. Dia pulak dah ushar saya nye laptop tu lama dah. Berkenan letteww tapi xnak kasitau kan. Sesuatu sangat dia nih. So saya nye laptop tu dia guna, yg dia punye dia jual. Saya pun dah discover apps blogpress. Tak kisah sgt la nak update guna phone je. Cepat dan senang lagipun. Snap picture guna phone terus update guna phone jgk. Tak ke senang?

Tapi...tapi...tapi....

Baru2 ni bila bukak blog sendiri guna laptop mr.Faris baru nampak Ya Allah buruknya blog aku.....apa kucar kacir sgt nih? Hahahha rasa macam
Nak disable, buat private pun ada jgk nih. Dengan layout merapu. Pulak tu view guna apple tetap ada beberapa flash yang takleh bukak...ni kalau view guna window ni matila...mesti lagi banyak kecacatan terserlah...lepastu ada lagi part yg melemahkan semangat, iaitu gambar.

Buruk oiii gambar yg disnap guna tepon nih. Ala i nye iphone 4 je... Kalau bukak blog guna phone jgk cantek ar gambarnya. Mcm sedang elok je. Kalau bukak pakai laptop eiiiii buruk buruk buruk... Blur sgt gambar. Hurm...

Lagi satu hal, tak best la bila ada orang follow titeww...tapi titeww takleh follow org tu balik...tak best. Tak best. Tak best. Macam 'tak pandai berkawan' gitu.

Rasa mcm takmau up entri lagi dah sampai ada laptop sebijik.

*Ada sapa2 nak jual laptop second hand murah2 tapi elok lagi?
Demand sangat buyer nih...
Errr...saya serius nih. :-/


Daughter - Wife - Mom

Perokok

Assalamualaikum,

Lebih-lebih dulu saya nak mintak maaf sgt lah kalau ada yg terasa ek. Saya ni nak tegur cara elok. Tapi kadang tu kita tak tau camana nak mulakan, camana nak susun ayat.

Macam ni.

Saya tau yg singgah ke blog saya ni pun kebanyakannya mak-mak kan. Bila dah jadi mak ni, pertama-tama yg kita pikir pun mesti ANAK.

Saya bukan tak suka orang merokok. Saya boleh je terima budaya merokok tu. (boleh panggil budaya tak ni?) Benda ni lama dah pun ada kat malaysia ni. Family saya pun ada yg merokok. Adik beradik saya ada dua orang yg merokok. Ape ada hal, merokok je pun. Saya pun tak kisah sebab diorang reti berpikir. Kalau merokok, tak merokok dalam rumah. Datang "gian", pegilah korang berdua berasap-asap secara berjemaah diluar rumah.Tenkiu bro. Muah muah muah....Muahahhaha.

Cuma satu je la, saya mintak tolong eh. Nih mintak tolong ikhlas dari hati...Kalau taknak jaga diri sendiri takpe. Tapi tolong lah hormat anak-anak kecik ni. Sebab diorang kecik sangat lagi. Sistem imunisasi badan masih lemah. Lagi pulak belum pandai nak tahan2 napas, nak kipas2kan tangan bila asap lalu depan hidung diorang...Senang je. Tolong sayang anak2 kecik ni...Tak susah pun. Kita semua ada tanggungjawab terhadap anak-anak kecik. Diorang ni ahli syurga.

Contoh2 respek adalah ,
Masuk restoran, nak merokok duduk kat luar. Takyah duduk dalam. Senang kan?

Kalau takde meja kat luar, nak merokok kat dalam jugak-jugak, tengok kanan tengok kiri, carik meja yg jauh dari kanak-kanak. Saya mintak tolong nih.

Lepas tu jgk kalau nampak sign "no smoking" tu silalah simpan senyap2 rokok tu dalam poket. Kejap je abang2...akak2...

Saya ni sejujur-jujur dan seikhlas hati tak penah ada rasa benci ke nak marah ke kat org merokok. Tak penah. Saya no hal. Sebab saya paham benda kalau dah jadi rutin susah nak tinggal. Tapi saya akan jadi kisah kalau org smoking dekat2 dengan anak2 saya. Mintak maaf ek.

Ok2, saya mintak maaf kalau ada yg tersinggung. Mungkin ada yg singgah ke sini suami korang smokers. Atau isteri korang smokers. Saya tak marah pun. Cuma saya nak mintak tolong dari para isteri/suami ni tolong cuit-cuit sikit hasben atau wife eh. Kalau kat public, dan ada kanak-kanak pulak kat situ tolong yeh cuit2 sikit pasangan korang, slowtalk dgn diorang. Sape lagi nak tegur kalau bukan partner sendiri kan? Errr...dan kalau boleh tegur adik-beradik ke, kawan ofis ke, sedara mara ke, that would be good lah kan. Saya paham, masing2 pun ada ego sendiri. Salah cuit lain pulak kang jadinya. Tapi demi anak2 kita, demi ummah. Saya bukan concern utk anak2 saya je. Tapi ank semuaaaaa orang. Sbb kita SATU UMMAH.

Bukan apa...
Ya saya tahu sebagai rakyat Malaysia kalaulah kita tak suka org tu merokok depan kita, kita boleh tegur depan-depan. Macam iklan dlm tivi tuh...... Tapi berapa kerat yg berani buat mcm ni? Saya tak berani. Bukan malu. Tapi takut. Orang malaysia ni baran-baran...Serius saya tak rasa malu langsung nak tegur. Tapi saya tak boleh nak predict org tu akan respon camana. Buatnya dia naik angin, makan penampo free je la iolssss...kan? Tegur menegur berdepan-depan ni belum "in" lagi dalam masyarakat kita.

Mintak tolong yang last sekali adalah tolong spread this mesej boleh? Kalau mampu up la kat fb status ke, buat entri kat blog korang ke. Pleaseee.... Takat nak harapkan blog-hidup-segan-mati-taknakpulak macam blog saya ni memang tak kemana lah kan.

Apa perasaan korang kalau bawak anak bersiar2 kat taman, lepak-lepak duduk2, tibe2 ada orang datang duduk sebelah berkepul2 asap keluar?

Apa perasaan korang kalau masuk kedai, tengah bergumbira bersantap dgn anak-anak, tiba2 ade dua tiga orang lelaki datang (sorang pun dah cukup) duduk selang satu meja, syok menghembus asap?

Saya kan speechlesssss. Terus "terkagum-kagum", hati apekah yg mereka miliki? Hati batukah? Atau besikah? Terkaku takleh nak buat apa. Kadang bila dah sedih sangat saya pandang je smokers tu. Pandang dengan pandangan sayu dan kecewa.

I love my kids. I love your kids.

Eh, Selamat Hari Raya AidilAdhha....
Nak balik kampung 4,5hari...yeah yeah yeah....


Daughter - Wife - Mom

Wednesday, October 2, 2013

Kidz Paradise The Mines

21 Sept hari tu birthday Imtinan, yang ke 2. Tapi Papa dia kena outstation plak on that date. 2 hari sebelum bawak dia pegi The Mines. Kat situ kan ada Kidz Paradise, indoor park untuk budak2.

Entrance fee : RM25 per kid. Mak pak free. Standard mana2 tempat pun macam tu. baby umur 6month above pun kena bayar gak. Tapi mandangkan Iman ni belum bole merangkak lagi, kitorang kasi kawtim dgn budak yang jaga kaunter tu, dapat free entrance jgk. Thanks sis!

Pastu lagi kena pakai stokin. Dari budak2 sampai ke mak ayah. Semua kena pakai. Hygene reason. Mungkin. Tapi best la sbb tempat tu bersih. Dan selamat. Sesetengah tempat kadang2 ada wayar berselirat kat belakang tempat2 main tu. Bahaya sikit la untuk budak2..



Favourite area. Kejap2 nak masuk sini. Kejap2 nak masuk sini. Ini kira macam tempat main pasir la. Yang konon-konon pasir tu adalah biji sejenis tumbuhan.





Tp memang best main bendalah ni. Sejuuuuk je. Sambil2 jaga anak mak ayah pun sedap selit2 kaki tangan dalam ni. Hahhahaa..


Antara yg ada. Pokok kelapa dengan yg ada "balls" gantung2 tu blh berpusing2. Nampak tak big bear yang kat belakang tu? Errr eceli saya pun konpius ni bear ke panda? Maklumla ongkampung....kecik2 tak penah tengok panda...muahahaha. Yg big bear ni pun berpusing. Kalau anak korang berani bole panjat naik sampai atas kepala. My little Imtinan sampai lengan je dapat panjat. Picture bawah is tempat main blok lembut. Yg bawah kanan tu adalah ship. Pun goyang2 naik turun sambil keluar muzik jgk.



This is the close up of big bear tu. Tinggi binatang ni. Pastu tu yg ada byk2 binatang blh ride on tu pun bepusing2 jgk.


Clockwise : gambar first tu motor tadek enjin. Hehehe. Tapi best sebab boleh naik turun slide kecik tu. Bila naik mengah bila turun weeeeeee......next picture is tempat main blok. Lembut je blok ni. Made of foam kot. Boleh susun2 boleh match colours. Yg kat bawah yg ad abanyak2 ball tu best. Papan slide dia besarrrr. Dan kawasan small balls ni luas jgk. Boleh tahan la. Siap ada banyak tangga lagi. Ni area paling luas kot kat situ.

Yg paling best is fasiliti. Boleh mintak individual LOCKER yg berkunci. Free plak tu. Korang pegang sendiri kunci tu nanti. Boleh simpan handbag semua. Takyah la nak tengok anak main sambil mak kepit handbag.

Ada CHANGING ROOM cum NURSING ROOM. Kot ada bwk baby kecik ke takyah risau. Boleh senang2 hati mentusu dalam bilik tu. nursing room ni pun cantek. Ada dua katil dan 1 changing board yg macam kat ikea tu. ada sinki dan paip. Ada thermos air panas. Tapi bilik ni tahap kebersihan kureng sikit la.


Cantek kan katil dalam nursing room dia? Mana eh nak carik katil mcm ni angkut bawak balik rumah. Bagus ni ini katil. Kompem2 tak jatuh.

Ada sediakan food jgk sikit2. Berbayar tau. Jangan berangan nak dapat freeeeee je. Hahahhaha. Pastu ada tempat makan. Ada meja dgn kerusi blh guna utk makan minum. Ataupun mak ayah yg always bizi boleh angkut laptop buat keje kat meja ni. Ada le dalam 5bijik kot meja sederet. Sambil pantau anak main sambil buat keje.

Ape lagi nak bagitau....urm, boleh keluar masuk tempat ni. Kalau nak g toilet ke, dekat je... Pastu depan dia ada kedai buku. Kalai bosan2 grab la satu dua buku sambil layan anak main sambil baca buku pon bolehhh...

Tempat ni selamat. Budak2 tak boleh keluar masuk sendiri. Sebab pintu dia jenis susah nak buka. TAPI always alert la eh. Sekarang ni mcm2 kes pun ada. Jgn la tinggalkan anak main sorang2 walaupun tmpt ni selamat. Kita tak tau kalau2 ada org berniat jahat bawak anak kita keluar. Adik yg jaga kaunter tu bkn tau pun sape mak bapak anak kita. Nauzubillah. Mintak jauh dari kejadian2 tak elok. Sekejap je kita terleka macam2 boleh jadi. Benda yg diluar jangkaan lah pun yg selalu terjadi. Sama2 kita beringat.

Orait. Kesimpulannya kidz paradise ni berbaloi la dgn harga. Fasiliti ok. Tempat pun bersih. Recommended la kalau tengah bosan tak tau nak bawak anak pegi mana kan...

Okeh babai... :-)

Daughter - Wife - Mom

Tuesday, October 1, 2013

Aku dan Dia Tak Pernah Sama

Assalamualaikum,

Nak sembang apa tah. Update buat syarat je ni. Bila penat mood kelaut sikit.

Eh sekarang ni tengah glamer lagu Tegar kan? AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG. Best kot lagu tu. saya suke sangat lagu tu. Maksud dia mendalam tu. Sape2 penah hidup susah mesti paham kan maksud lagu ni.

Budak Tegar tu pun saya suka jgk tengok. Selambeeeer je. Pandai sgt act depan camera. Dengan layan budak2 keciknye, macam abang-abang sangat lah. Padehal dia pun same je keciknye. Hahaha. Dengar kata lagu tu cerita pasal kisah hidup dia eh?

Saya kan, benda2 macam ni sensitif sikit la. Cepat terkesan kat hati. Saya penah je merasa susah tu. Paham la. Takat makan nasik dengan lauk ikan masin semata tu apa ada hal. Dapat ikan pun syukur dah. Walaupun ikan masin kering kontang, takde khasiat kononnya...tapi takpela, asalkan ada bunyi "ikan" jgk kan. Hahaha.

Penah je makan nasi kosong dgn ikan kembung rebus. Gaul2 makan macam tu je. Nampak je macam eh kesiannya...tapi tau tak makanan macam tu sedap. Hahaha. Yela dah takde menda lain pun blh di makan kan. Itu yg sedap macam ayam kenny rogers tu...wakakaka...Waktu kat matrik uia lagi la azab rasa. Dapat biasiswa RM1000 satu semester. Memang tak cukup la. Satu sem ada 4bulan. Pun nak kena simpan jugak untuk sem ketiga. Sem ketiga takde scholarship. Duit buku je dah makan separuh. Part makan memang sah2 kena ikat perut. Syukur la dapat roommate pun senasib. Kah3... Tapi diorang senang sikit la dari saya, ada bapak lagi...

Pagi2 sebelum kelas gigihkan diri pegi kolej budak-budak laki. Kafe diorang ada sejenis menu sarapan special. (perli ni...). Nasi goreng kosong dengan harga RM1. Tulah breakfast paling murah sebesar2 matrik uia waktu tu. Ala-ala nasik goreng cina tapi takde sayur, takde ayam. Cuma ada rasa la...ambikla sepenuh2 bekas polistrine putih tu, ko tekan-tekan bekas tu sampai pecah pun takde hal, tetap harga dia seringgit. Murah kan? Kitorang memang padat-padatkan nasik tu sepadat mungkin. Lepas bayar angkut bawak balik kolej kitorang. Bahagi kepada tiga. Simpan dalam bekas asing-asing. Satu utk sarapan pagi, satu untuk makan tengahari, satu untuk makan malam. Makanya save banyaaaaaak sangat hari tu. Mana nak cari breakfast+lunch+dinner dengan harga RM1???? Nampak tak cara-cara tu...hahahahha...sekali pikir segan weiii nak cerita.

Banyak lagi la kalau nak cerita.

Saya dengan adik beradik ni memang mak ajar MAKAN SEMUA BENDA. Toksah gediklah nak memilih-milih. Apa rezeki yg ada itulah yg kami hadap. Takde istilah "eh ini tak makan...itu tak makan...". Tak pernah berkesempatan nak pikir macam tu. Selagi kau tak muntah sebab makan benda tu, maka makanlah. Toksah mengada sangat. Hahaha...Ayam ke, ikan ke, telor ke, hadap je. Sayur tak kira sayur apa semua kena makan. Sebab pernah jadi orang susah kan. Bila kita dalam keadaan kesempitan, apa je rezeki yg ada kita kena terima. Sebab kita takde pilihan. Makan untuk tahan lapar.

Bila mula-mula kawin dengan Mr.Faris ni, saya macam tekejut sikit la. Memilih kekdahnya.....ingatkan dia sorang je...rupanya adik-adik dia pun semua mcm tu...hahaha pening kepala den. Terus pitam. Macam pelik ikan tak makan. Kalau balik umah pil saya pening kepala. Ataupun kalau pil datang sini tinggalkan adik-adik ipar kat umah suh saya jaga barang 4,5hari terus pitam nak sediakan makanan untuk diorang. Hahaha (itu tifu).

Katalah masak ayam kan.
Selalu semua orang pun makan ayam.
Tapi diorang, kalau masak ayam saya kena pilih part ayam tu satu-satu. Kena makesure enul dapat bahagian dada, wadah dapat bahagian kepak, fitri dapat peha, bla bla bla......sebab kalau tak dapat bahagian diorang, diorang mmg takkan makan bahagian lain. Sampai merajuk rajuk lah. Macam tu. Pulak jenis masakan pun pilih2. Masak lemak tak boleh. Blackpepper ke tak boleh. Tu belum kalau ikan lagi. Yang ini makan ikan tenggiri je. Yang ni tak makan ikan langsung. Yang ini kalau ikan kena garing sikit. Kalau masak sayur pun sama jgk. Padahal tumis air sawi je. Kalau letak bilis ada yg tak makan. Kalau letak daging kang ada yang eiiiii apa ni daging???hahaha...Aaaaaa ok dah lima tahun kawin, dah hapal satu-satu.

Walopon dah hapal tetap pening, sebab adik mr.Fris bukan sorang dua ok. Ada SEPULUH ORANG!

Pastu mr.Faris cakap ayang toksah layan sangat diorang ni. Ayang tau tak kat umah abang umi selalu masak apa? Sayur sawi tumis air letak udang, telor dadar jangan ada bawang. Ayam goreng. Tu JE. Sebab tu je lauk yang SEMUA ORANG MAKAN. Seriously mula-mula kawin saya mcm tak pecaya takkan lah selama-lama dari abang kecik sampai besar tu je umi masak. Bibik pon, takkan masak tu je? Dah lama-lama kawin baru saya pecaya mmg ye pon tu je lauknya. Habis kalau dah tu je pun yg semua org makan kan...haha..Nak spesel sikit ayam kicap. Tapi tetap sayur sawi udang JE. Lain tak boleh... T______T

Tapi sekarang ni saya introduce jgk la kat diiorang mcm2 menu. Waktu umi takde, saya slowly bagitau jgk la dekat yg kecik-kecik tu jgn memilih makan sgt. In a polite way. Pujuk2...suh diorang belajar jgk makan sikit2. Yang kecik je la...yang dah besau panjang macam laki aiii tu tak dapek nak buek apo la...haha... Bukan apa, budak2 ni kadang kalau mak ayah sendiri yang tegur, nasihat...tak berapa nak dengar. Contoh la, cer kalau ummi masak nasik goreng breakfast, ade je kang yg tarik muncung, hentak-hentak kaki, sbb tak makan nasik goreng. Sanggup berlapar. Umi pun buatlah benda lain pulak. Tak sampai hati kan tengok anak lapar. Dah sampai tiga empat benda nak dibuat semata-mata nak penuhkan selera semua anak-anak? (errr...sebenarnya semua ibu pun mcm tu kan?) Tapi kalau dengan saya, mmg saya akan pujuk jgk sampai diorang makan. konon tak makan nasi goreng, tau-tau habis satu pinggan, takde muntah hijau ke apa pun...yang penting hati kena kental, takleh kesian. Tapi esok2 untuk anak sendiri taktau la mampu kental ke tak...huhu...

Saya pun harap2 blh ajar anak-anak untuk tak memilih bila diorang besar nanti. Taktau la, tapi saya sedih kalau tengok org memilih2 makanan padahal bukan elergi pun. Taktau kenapa. Keadaan berbeza. Saya dan abg2 saya mmg penah hidup susah. Jadi takde choice. Suka atau tak, apa yg ada makan je. Mr.Faris dgn adik-adik dia orang senang. Bukan kaya, tapi lebih senang. Comfort living. Ada pilihan nak itu ini. Jadi memilih. Anak-anak saya pun lahir dlm keadaan mak ayah senang jugak. Tak perlu ikat perut. Saya takut tak dapat didik anak-anak saya untuk menghargai rezeki...

Oh, alang2 terbercerita pasal susah senang ni, baru tadi fb friend saya up status ini :




So sape2 yang nak menyumbang boleh la contact that person. Senior sekolah saya dulu ni. Memang boleh dipercayai kalau korang nak nyumbang apa2..

*sindrom letak tajuk ikut suka hati, pendahuluan, isi dan penutup tak tele dalam penulisan blog semakin menyerang saya sekarang ni.
Oh....maafkan saya...
T____________T


Daughter - Wife - Mom