Saturday, October 19, 2013

Laksa Penang dan Menguruskan Masa Memasak

Assalamualaikum,

Ape cerite raya?
Nak update citer raya gak...tapi tak rajin arr nak transfer gambar dari kamera...

Sebelum raya korban tu, teringinnya la hai nak makan laksa penang.
Tak mampu nak menanggung kehendak napsu dah.. Tapi tak rajin nak masak, ater nak makan berdua ajeeee.

Selalu kan pikir leceh nak membuat, nak mengemas dapur lepas memasak lagi...mau berejam. Makannya sepuluh minit jer...mana anak2 berbelit di kaki lagi...haissshhhh...tapi kalau dah nak, silalah usaha lebih.

Resipi amikla kat mana-mana pun. Basic nye lebih kurang je. Penyusunan masa memasak tu yg saya nak tekankan kat sini. Supaya by the time kuah laksa tu masak, dapur pun dah siap kemas..
Dapur magic ni namanye...muehehehe..Belagak kau..

Ok, yang ni untuk 5orang makan la saya agak.

1. Mula-mula kuarkan 600gm ikan selayang/sardin/kembung (lebih kurang 7ekor) dari freezer. Defrost. (Saya rendam air je).

2. Sambil tunggu ikan defrost, clearkan sinki. Pinggan atau kuali semalam yg masih tersejat kat penyejat tu kemas semua. Mana yg basah lap kering, letak tempat dia. Mana yg belum berbasuh, sila basuh. Tinggggg...dapur dah clear.
Alamak anak nagis plak. Ok layan anak dulu...sapu lantai ke, lap cermin ke, apa2 je sementara nunggu ikan defrost.

3. Ikan dah defrost. Taruk dlm periuk. Isi air kasi tenggelam ikan. Campak Asam keping 5 keping, tambah garam 1 sudu teh, dan gula 1sudu besar. Pastu tenggek atas api dan REBUS SAMPAI MASAK.

4. Sambil nunggu ikan masak, kupas bawang merah 5ulas, dan bawang besar setengah biji. Taruk dalam blender. Takyah letak dalam mangkuk, jimat masa nak membasuh ;). Taruk jugak belacan (saiz sebesar kotak mancis).

5. By the time dah siap kupas bawang semua tu ikan pun dah masak. Angkat ikan tu sejukkan sekejap, Asingkan isi dan tulang. Isi tu terus masukkan dlm blender. Pun tak payah guna mangkuk segala. Tulang letak tepi dulu.

6. Blend sekali isi ikan, bawang, dan belacan. Guna air rebusan ikan tadi. Periuk yang guna utk revus ikan tadi lap je dgn kitchen towel. Takyah basuh. (Jimat masa,jimat periuk jgk ;p)

7. Dah siap blend, tuang dalam periuk yg guna utk rebus ikan tu. On api. Lepas tu blend pulak tulang ikan tadi, pastu tapis ke dalam kuah yang sedang dijerang. Kemudian masukkan 4senduk besar cili giling.

8. Blender dan penapis dah boleh basuh time ni. Sbb takkan guna lagi dah.

9. Lepas basuh2 peralatan tu, amik bunga kantan dibelah dua, daun kesum segenggam, dan garam. campak dalam periuk. Kasi diorang mendidih sama-sama.

10. Pastu Amik telur 2 biji, letak dlm periuk,isi air sampai tenggelam telur, dan rebus. Bila gelegak je tutup api. Biar je telur dalam periuk. Toksah kupas lagi.

11. Sambil tunggu kuah masak bolehla prepare ulam-ulam. Pastu basuh papan menghiris, pisau, semua2 lah....

12. By the time kuah masak tu, semuaaaa pun dah siap kemas. Tinggal kupas telor dan basuh periuk kuah SAHAJA. Semua ni boleh setel dalam masa less than 1 jam. InsyaAllah. Banyak save masa...

Hasilnya.....



Jom nikmati laksa di petang hari dengan senang hati.

* Kalau nak prepare bahan-bahan semuaaa kasi siap dulu sebelum mula memasak, (macam kat tivi tuh), itu zaman2 belum ada ank kecik bolehlaaaa...hukhukhuk..


Daughter - Wife - Mom

No comments:

Post a Comment