Saturday, January 25, 2014

Sofia The First

It is 3am in the morning.
Tp mata couldn't sleep.

Mcm2 terpikir...tp pikir je lah pon. Dah tua sgt dah rasa gaya hidup ni. Style mlm2 sbelum tdo nk terpikir-pikir lah pulak...haip..

Apapun...berangan memang best.
Gara2 terbeli CD cerita Sofia the First la ni..haip saya bkn boleh ni tgk cerita princess2...kiut miut pulak tu...ohooohoiii... Terus lah terasa nak masuk dalam tv tu, biar tetiba keluar muka saya je gantikan Sofia tu..




Tak comelke mcm ni? Holoh holoh...dpt gigit cium2 budak Sofia ni best nih. Lagi best kalau dpt gantikan tenpat Sofia tu. In.Real.Life.... Oit, mimpi lah kau ;p



Hemo hemo hemo...ni lg kiutbuat muka tekejut mcm tu.

Jap...jap...korang layan tak Sofia the
First tu? Best kot cerita tu...lagu dia alaaaahai sejuuuk je telinga terus meresap menusuk-nusuk qolbu. Gituuu... Pulak tu suara sekor2 kartun tu gemeraik je. Dah mcm Nora pun ye.. Arghhh... Dia nye draw dahla cantek. Kaler pun terang...

Hoiii dah le memuji. Kartun je pon.

Sekarang ni panggil Imtinan "sofiyya the first". Pastu panggil iman "sofiyya the second". Kegilaan nih. Kegilaan. Eh tp best apa bila Mr.Faris pun layan jugak. Haha..eceli dah janji dgn Mr.Faris, nanti nak start tgk series SOFIA THE FIRST tu dari awal sampai sekarang. Tp xtau la bila kan...hahaha...masing2 sibuk kot...

Hari tu dah sempat tgk the very first episode of the series. Sofia ni budak kampung. Golongan marhaen je. Tinggal dgn mak dia. Mak dia pun cantek. Pastu mak dia kawin dgn raja. Raja ni duda anak dua. Sorang laki,nama James and sorang lagi pompuan nama Amber. Baya2 Sofia jgk ank2 raja ni.

Bila dah jadi step daughter of king tu, Sofia ni hidup as princess lah. Ha part tu yg best tu. Pegi royal school...ada pari-pari comel, ada tukang sihir istana yg tak berapa cerdik tp ada jahat sikit dlm hati...ada library yg sangat besarrrr...ada kuda terbang as kenderaan anak-anak raja ni...ada zoo dlm istana yg haiwan2 dlm tu masing2 talented...

Pulak tu istana king tu besar homai... Sofia ni dpt satu bilik yg sangat besar, sama mcm saiz rumah dia kat kampung. Cer bayang. Ok, saya tau korang x byk masa nk bayang kan..haha..



Tak cukup besar lagi tu istana tu? Yg rabbit dgn tupai tu kawan Sofia. Mula2 dia masuk istana tu, king (bapak tiri) bagi dia amulet. Amulet tu mcm ada kuasa sakti2 la...one of is...Sofia ni blh becakap dan paham bahasa binatang.


Ni James, step brother dia. Pon hensem!

Konflik dia lain2 dlm setiap siri.
Tp best best dan best...
Tgh2 xde mood...tgh2 stress...boleh la layan citer ni. Jd budak2 sikit... Yg best cerita ni selain dari berangan mcm budak2 adalah bahasa yg dia guna tu. Sopan. Tertib. Teratur. Good for leaning english utk budak2...utk mak budak pon ye jgk ;p

Alangkan Imtinan yg umur baru 2 tahun 3 bulan tu pun blh tangkap words mcm "princess" , "friends" , "king" , "rabbit", "dragon"....bla bla bla...kalau budak2 yg dah 4,5tahun tu may be blh blaja form english sentences kot. Mungkin lah. Haha..

Bila tgk cerita ni hati tu mcm terpanggil2 je nk pegi Melbourne lagi sekali. Penah dgr Ballarat tak? Ataupun Sovereign Hill? Tempat ni x ramai org nak pegi. Chinese ada la...Saya hari tu pun pegi sendiri je. Sewa kereta dari Melbourne city drive sampai ke Bhalarat tu. Memang nak sgt2 pegi sana. Bila sampai tu yg x bestnya hujan dan terbatas sikit lah aktiviti. Tp serius ah, kalau pegi Melbourne, Sovereign hill ni pada saya a must visit place jgk la. Tu pun kalau korang suka suasana kampung...english cottage...kalau korang nk tgk mcamana kehidupan org putih zaman dulu2 lah... Dia mcm satu kampung yg dibuat atas bukit. Sejuk. Berkabus. Ada bunga2...ada kuda..lelaki2 kat situ semua pakai baju tebal, siap topi. Kat sini jgk la blh nampak nenek2 tua pakai gown labuh yg kembang tu...ada topi renda2...jalan slowwwww je bimbit bakul rotan kaler putih kat lengan. Bakul tu pulak penuh bunga....

Oh...speechless.








Nak kena cari balik ni gambar2 kat sana...hahaha....lepas brangan pun jadi lah ;)

#gambor kali ni semuaaaa dari google.


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. dulu masa i kecik2, suka sgt berangan feeling omputih zaman dahulu kala yg pakai gaun kembang2 tu..owhh, sukanya...sampai skang suka sebenarnya..tp dah kurang berangan...sbb tu i minat siri downtown abbey...hikss!

    ReplyDelete
  2. Haha...bole la kan wat ilang tensen..
    Downtown abbey tu bkn kartun kan? Xpenah tgk plk...tp dia citer yg zmn dulu2 tu jgk kan..hehe..
    *btw thx singgah sini :))

    ReplyDelete