Tudiaa tudiaaa...berbulan tak update.
Okeh takpe...ada masa terluang jap meh kita update laju2.
Sekarang tengah ada Home&Lifestyle Exhibition kat PWTC.
Start 7 April sampai 10 April.
Pakwe dua tiga hari sebelum expo tu
dah mesej,
"Ayang....khamis ni abang nak ajak g PWTC, ada expo."
"Eh boleh...ayang on je."
Nampak tak sape yang initiate bab2 shopping ni?
F tauuuu, bukan ai..hahaha
So khamis tu pagi2 lepas hantar Imtinan&Iman sekolah,
kitorang shoot terus ke PWTC.
Ingatkan yang terpaling terpagi sampai,
tengok2 dah ada Q kat registeration counter,
dalam 12-15 orang mcm tu.
Takyah register pun takpe benornya..
Tapi kalau register tu macam ada la entitle apa2 gift, boleh redeem.
Macam kitorang yang first day hari tu boleh redeem tumbler kot.
Tapi tak redeem jugak pun.
Pusing-pusing, survey2 apa yang ada.
Macam biasa la..macam tahun2 sebelum ni jugak.
Price tu kalau nak kata murah tak jugak.
Tengok dealer la..sesetengah booth memang offer harga murah.
Some booths standard la...price dah mark up kaw2 punye,
pastu letak sale...best price la kununnye.
Hakhakhak.. so kalau tak survey dulu memang kena "sembelih" la.
Ala marketing beb.
Actually kitorang ni baru pindah rumah.
Banyak barang takde.
Pegi Perfect Living Expo ni sebab utamanya nak cari washer,dryer,rumput artificial.
Sambil2 survey TV jugak kalau boleh dapat best price.
Dan jugak nak collect brochure banyak2.
So that kalau lepas2 ni nak beli apa2 senang.
Dah ada contact number & address showroom kat mana.
So senang sikit nak survey.
Okey2, back to perfect living expo.
Tempat dia luas. Korang kalau tak larat nak jalan takyah pegi. Hahahaha.
TAPI SELESA
Regardless of PWTC tu sendiri yang dah buruk dan lift goyang2,
Perfect Livin '16 ni provides banyak kemudahan untuk pengunjung.
Aircond best - so takde berpeluh2.
Toilets are everywhere kat dalam hall-hall tu.
Tapi takde nappy changing station rasanya.
Tempat makan berlambak2 ;p
So kalau lapar or dahaga takyah penat2 nak keluar cari makanan.
Hall dia besar, harap maklum.
Takde manusia yang larat keluar masuk hall semata2 nak g cari makan ke apa.
Kecuali manusia tu dah breakfast muntah badang siap2.
Wakakakaka...
Booth jual aiskrim pun ada.
Indoor playground pun ada. FOC ye. Masuk je.
Keluar masuk banyak2 kali pun takde sape nak marah.
Information counter pun maaaaanyak sangat.
Kotla korang nak tanya apa2 kan.
Aisle yang luas. Tolak stroller twin pun takde hal.
Sebab lorong antara booth tu luas.
Disebabkan keselesaan inilah,
makanya Jumaat petang tu lepas asar sekali lagi kitorang pegi.
Hahaha. Kali ni bawak anak2 sekali.
Bawak stroller. Kitorang pakai stroller twin yang side by side tu.
So boleh imagine la besar dia cemana kan.
Tu pun tetap selesa nak meronda,
mandangkan isle dia luas.
Siap boleh park stroller tepi2 isle tu,
takkan ganggu laluan ke apa.
InsyaAllah.
Ni floor plan. Semuanya ada 3 hall. Plus lagi dua Hall of Elegance A & B. So kira lima ke camana ni? Kehkehkeh |
Ni yang tempat playground budak2 tu. Kiddiland ke apa tah namanya. Located at hall 1 |
Ada sand art ni jugak. Free je. Buatla banyak keping pun. |
Time kitorang pergi tu kebetulan jumaat kan.
Orang pun tak ramai lagi.
So memang takde sape lah dalam kiddiland tu.
Mainlah puas2.
Staff yang jaga tu pun rajin melayan.
Kalau sabtu ahad taktau la...dah ramai2 tu cemana kan.
OK daaaa....
No comments:
Post a Comment