Monday, April 18, 2016

Positive Vibes vs Negative Vibes

Hadir ke kenduri (especially kenduri kawin) adalah perkara yang paling saya nak elak.
Kenapa ye? Entahla..susah nak explain.
Sape la tak suke attend wedding.
Nasik minyak kenduri tu sedap tau tak.
Dapat pulak lawan dengan ayam masak merah,
Rendang hitam daging,
Acar jelatah!
Sambil taip pun dah lapar tetiba. Adeh...
Kena pulak sekarang ni pesen macam2 tuan rumah jamu,
Laksa lah, aiskrim lah, puding lah, kuih muih lagi...
Tak best lagi ke tu?
Tambah lagi dapat jumpa saudara mara, kawan2...
Seronoknye dapat borak2 tanya khabar....

Alhamdulillah...

Tapi...dalam kata banyak yang best tu, yang tak best pun ada juga.
Especially bab menyembang.
Kadang syok sangat menyembang kita lupa,
Apa yang kita cakap tu buat orang terasa,
Yela....lidah tu ada penapis ke?
Takde kan...
Ok ada...penapis akhlak.
Orang yang betul2 akhlak dia baik je yang lidah dia akan terkawal.
Sebab Allah jaga.

Saya ni bukan baik pun.
Cakap tu terlepas2 juga.
Kadang nak bagi pendapat, kadang tu nak bergurau sesaja.
Tapi tak perasan apa yang kita cakap tu bagi negative vibes kat orang lain.
Benda ni tak bagus sebenarnya.
Tapi selalunya (apa yang jadi pada saya sendiri),
Dah terlepas cakap baru perasan yang kita tercakap benda tak elok.
Astaghfirullah.....

Sebab tu jugaklah tiap kali attend kenduri,
Saya banyak memilih untuk diam. Kurang bercakap.
Walaupun lepas tu dengar jugak desas desus, orang kata saya sombong.
But again, only Allah can see through your heart.
Nak suruh orang sentiasa fikir yang elok2 tentang kita,
Siapa je lah pun kita ni?
Sedangkan Rasulullah yang akhlak dia baik sangat tu pun ada jugak orang tak suka.
Kerdilnye lah rasa diri haku ni ha..
T__________________T

Ok, I attended this one kenduri,
Kenduri kahwin sepupu,
Tau jelah kan...bila kenduri sepupu ni, sedara mara akan ramailah datang.
Makcik, tokcik, toknek semua ada ;p
Kadang yang dah tak jumpe 10 tahun pun tetiba terjumpe.

Accidentally i met this one aunty,
Macam kenal..tapi sape nama dia ni, lupa.
Salam je lah..cium tangan.
Aunty 1 : Ni sape ye?
Aunty 2 : Ni Sumayyah..tak kenal ke?
Aunty 1 : Lah...ye ke ni? Oiii dah besar dah.
Saya : Apa khabar? (Tu jela pun aku reti..haha)
Aunty 2 : Baik....lama tak jumpe na, tak cam dah maklong. Kenai lagi ka maklong ni?
Saya : Eh kenal2... Maklong je tak cam saya, dah lain kan...hehe
Aunty 1 : Yela...jumpa waktu hang sekolah2 dulu ja....sekarang anak dah berapa?
Saya : Baru dua..
Aunty 1 : Kerja apa? Ke tak kerja?
Saya : Tak...
Aunty 2 : Apela nak jadi budak2 sekarang ni...belajaq tinggi2 takmau kerja. Sayang!
Aunty 1 : Itu la...tu hat kat rumah tu, ada PhD pun takmau kerja. Tak tau nak kata apa dah.
Aunty 2 : Tu **** (referring tu her daughter) sama la...dah kawin takmau kerja.
Aunty 1 : Anak kak tiga2 takmau kerja. Beletiaq pun tak jadi apa dah.

See....how both aunties gave me negative vibes.
Saya pulak bukanlah jenis yang reti menjawab ke apa,
tambah2 orang tua. Thats why la, better stay away dari  cakap2 yang macam ni.
Ya, saya akui, dan saya hormat, dedua makciks tu lebih makan garam dari saya
(harap2 dedua tak kena darah tinggi ;p)
Mungkin mereka lalui pengalaman hidup yang pahit, who knows kan.
Nak kata simpan dalam hati tu takdelah,
Buat apa nak kecik ati / tersinggung pun.
Dah kalih orang kata. Pejam celik 5  tahun dah duk rumah jaga laki & anak.
Once you choose the road not taken by others, u need to be strong lah. 
Cuma, cakap2 macam ni lah yang adakala menjatuhkan kita.
Melemahkan semangat kita. Buat jiwa kita jadi keciiiikkkkk sangat kalau kita tak kuat.

####################

Aunty A : Dah berapa bulan ni?
Saya : Masuk 5, alhamdulillah...
Aunty A : Bersalin nanti macam mana?
Saya : Entahlah...(Senyum, tak tau nak jawab apa)
Aunty A : Takde plan lagi ke nanti nak berpantang dengan anak2 macamana?
Saya : Fikir jugak nanti macamana, tapi tak keluar solution. (sambil gelak2).
Aunty A : Yela, husband selau fly kan, nanti camana nak jaga tiga orang anak sendiri time pantang?
Saya : Tula, selalu jugak fikir.. Tapi tak jumpe solutionnya camana, stop dulu fikir. Nanti stress..
Aunty A : Lagi 4 bulan ni nak bersalin... (Nampak dia tumpang risau)
Aunty B : Betul tu, nak bangun duduk uruskan anak2, tak cukup rehat pantang nanti.
Jauh di sudut hati terharu rasa bila ada yang caring macam ni...Thanks to both of u.

Suddenly, Aunty C menyampuk,
Aunty C : Alah...Makcik ni, enam orang tau..enam orang anak.
Beranak dari yang sulung sampai yang bongsu jaga sendiri je.
Tak pernah berpantang balik kampung.
Kerja lagi. Awak duduk rumah je, bukan kerja pun, nak risau apa.

Dan...semua orang terkedu..
Situasi saya dan Aunty C berbeza.
Aunty C memang tak balik pantang di kampung,
tapi mak,
mak mertua,
dua2 datang "berkampung" di rumah Aunty C sepanjang Aunty C berpantang.
Suami Aunty C pulak kerja siang, petang balik.
Suami saya kerja 4 hari tak balik langsung.
Jauh pulak tu...Kejap ke UK, Kejap ke saudi,
Tu beza nya.
Sedang saya takde sapa2 pun boleh tolong datang bantu.
Again, nak memahamkan semua orang bukan senang.

#########################

Dan...banyak lagi cakap-cakap yang mendatangkan aura negatif dalam hidup kita.
Sebab tu lah duduk rumah takyah jumpe sapa2 tu lagi best ;p
Tapi tanggungjawab sosial nak buang ke mana kan?
Ok lah...actually benda ni bergantung pada kita jugak.
Nak memahamkan orang lain tentang hidup kita ni pun bukan senang.
In fact, takde pekdah nye pun.
Hidup kita, kita yang uruskan.
Kita je tahu apa kita mahu.
Outsiders, datang dia kejap2 je...

So, the best way is ; biar je la orang nak cakap apa,
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Tapi bukan senang tau.
Walaupun kata tak berkecik hati ke apa,
sikit sebanyak affect jugak tu cara kita berfikir.
Nak kena buang cepat2 aura negatif tu.
So, selalunya balik kenduri.. sebelum masuk pintu kereta,
buang dulu aura2 negatif yang dah masuk dalam badan tu.
Dan, bila dah sampai rumah,
Nak masuk rumah pun puh kanan puh kiri dulu,
Buang jauh2 segala mala tok nenek negative vibes  yang melekat kat baju ngan tudung tu ;p

To those aunties, uncles, cousins, friends, I appreciated your 'kind advices',
But i appreciate more if you do not give advice at all.
Mmmmmuahahahaha...
Negative vibes, please stay away...
Positive vibes, come to mama pleashhhh...

No comments:

Post a Comment