Tuesday, June 25, 2013

Makanan Untuk Anakku....

Assalamualaikum.
Beberapa hari bersembunyi, sibut sikit. Eh sibut pulak. Sibuk. Sebok je nak salah-salah eja sokmo. Sibuk buat persiapan kenduri adik ipar nanti. Hantaran&pelamin buat sendiri. Umi ni la,awal2 tak bagitau nak kite buatkan. Ujung2 nasib menantu dapat spot rupenye nak kita buatkan tapi segan le kot...alaaa homei2 je umi nih. Tinggal tak sampai 2 minggu je lagi nak kenduri. Menggagau gi kedai pengantin. Buat hantaran ni (ikut pengalaman selama dok amik tempahan ni) tak cukup sekali pegi kedai. Nantikan tengah-tengah menyobek tu ting!!! dapat idea nak tambah itu ini. Itu tak cukup ini tak cukup. Paling kurang dua tiga kali jugaklah tadah muka depan kedai pengantin. Ini kain untuk pelamin pu takde lagi. Ada je kang pengantin bergambar gantung kain batik jawa je kat belakang. Ai dah la nak turun KL esok lusa pegi sedut jerebu. Eh! Hahaha...

Wooot!! Wooooot!!
Buat karangan sila jgn lari topik kalo taknak markah kosong!

Sekarang ni Imtinan tu makan nak dipaksa. Alhamdulillah dia bukan jenis memilih. Semua dia lalu je. Tinggalkan dia nak dengan taknak je. Kalau agak-agak hari tu dia sibuk (main&belajar) memang taknak lah dia makan. Orang sibuk mana sempat pikir makan kan.? Satu sessi dapatla curi-curi dua tiga suap. Kalau dia tak perasan dia telan. Kalau perasan dia luah balik! Bukan sebab dia tak suka makanan tu,tapi sebab dia sayang nak tinggal pekerjaan bermain dia tu walaupun sesaat.

Saya risau. Imtinan ni kalau banyak hari dia tak makan (kurang nutrisi) dia senang demam. Seboleh-bolehnya saya taknak la bagi supplement tu. Taknak biasakan dia bergantung dengan supplement.
Bukan kata supplement tu tak bagus. Bagus (la kot) kalau tengok testimoni. Tapi sebab dia masih muda. Terlalu muda. Esok2 sapa tau syarikat supplement tu bankrupt ke...dah mana nak cari ganti? Lembik meluyu budak tu nanti. Itulah,seboleh-bolehnya nak dia dapat khasiat pemakanan yang cukup. Cuba sedaya boleh. Percaya pada tubuh anak secara semulajadi diciptakan oleh Allah boleh sihat cergas tanpa perlu makanan tambahan. Harap-harap macam tu lah. Kita doa. Esok lusa kalau terpaksa jugak kita carilah apa-apa supplement yg sesuai untuk dia.

Sepanjang hampir 1 minggu saya mencipta reka kejadian-kejadian makanan yg nampak macam mainan bagi dia. Dah kata nak bermain sangat kan. Meh kita main masuk benda dalam mulut pastu kenyang. Mencipta finger food yang berkhasiat, mudah, cepat dan boleh siap dalam masa tak lebih 15minit. Kalau nak sobek carrot jadi zirafah, timun jadi penguin, den sorah diri yo lah. Takdo mampu eh nak membentuk nasik dengan tolur dadar jadik macam teddybear kiut tengah tido bawah solimut tu ha...takdo. Den ni ado anak kocik sorang laei umor nam bulan duk berzikir tepi telingo ni ha..basuh beras pon sebelah tangan je sambil loncat-loncat dukung baby.

Antara yg ringkas :



Sarapan : ROTI BAKAR
Panaskan ceper,sapu soft marjerin. Pukul telur sebijik,tuang atas ceper,terus campak roti ats telor. Agak-agak telor masak,angkat. Sapu kaya&soft marjerin. Gulung-gulung potong. Siap. Lima minit je nih.



Sarapan : Sandwich nugget.
Goreng nugget. Sambil tunggu nugget masak potong roti frankfurter kecik-kecik. Potong timun jugak. Sapu roti dgn kaya nipis-nipis. Susun. Siap.
Masa penyediaan 7minit kot...




Dinner : AYAM GORENG KENTAKI
Ayam golek dalam tepung dan goreng. Sambil tunggu ayam masak, potong carrot nipis2, tekap dengan acuan teddybear. Celur bersama kacang peas. Goreng kentang (carbo). Dah masak susun-susun semua.
Hak ni masa penyediaan lama sikit dalam 15minit. Bercinta sakan nak tekap carrot tu sebab pakai cutter kuih je..kih3...

Ni antaranya. Lain-lain tak snap gambar dah. Ada terlupa. Ada yang tak sempat.
Harap-harap boleh bagi idea kepada mak-mak yang menghadapi masalah yg sama macam saya. Kalau mampu nak buat zirapah macam dalam iklan susu (dugro ke apa tu) bagus jugak. Tapi kang kalo anak jawab "makan yang saya sukalah" macam dalam iklan tu jugak jangan dibalun pulak anak tu sebabkan geram mak dah berpeluh ketiak mencipta reka, anak takmo makan juga. Jangan. Hihihi..

Jadi Mak = Sabar. Tu keyword dia.

Harap-harap pasni boleh buat nugget dan tepung goreng ayam sendiri (homemade) pulak. Kekangan masa sangat sekarang ni nak homemade semua, manakan nak melayan baby lagi....

Pasrah.

Daughter - Wife - Mom

4 comments:

  1. hehamboii...rajinnya deko2 makanan si kecik..nmpk lazat walaupun simple jek..nyummyyyhhh!! =)

    ReplyDelete
  2. Org lain sibuk deco rumah. Kita pun nak mendeko jgk kak...xdpt rumah, mknn ank pon jadi..hehe..

    ReplyDelete
  3. kak suuuuu.. rindu imtinan & iman!! hehe. klu google rasa byk mknn yg blh buat anak2 suka mkn. sila google hahahah

    ReplyDelete
  4. Aunty FAH! (gitu...) hurm...tenkiu. Abehla aku nak tiru yg kat google nih...haha..

    ReplyDelete