Assalamualaikum.
Sekarang ni saya kat KL. Dah lama pasang niat nak turun KL. Kena jugak datang sebelum puasa. Dah puasa kang tak larat pulak nak jalan-jalan kan.
Rindu sangat dah dengan bumi KL.
Tah pape tah rindu kampung orang.
Kan?
Penat rupanya berjalan dengan anak-anak ni. Bukan mengeluh ye. Bercerita je.
Cover le tu. Kihkihkih.
Ni dah tengah-tengah malam buta ni tak dapat tido lagi. Padahal kaki dah penat shopping tadi. Sakit belakang pulak rasa. Dua-dua anak pun masih menyusu badan. Ni badan keras kejung je rasa, sorang atas perut. Sorang belah kiri baring atas lengan. Acaner tak lenguh-lenguh badan? Acaner nak tido? Acaner takmo salah-salah taip bila updet blog?
Jauh beza rupanya bila holiday zaman belum ada anak. Dan holiday waktu anak sorang. Dan holiday waktu anak dua. Dia holiday jugak. Tapi holiday yang tak rest. Holiday yang bila balik hotel tu takde der nak rest ke apa. Errr..orang yang anak tiga pat lima rapat-rapat tu kan mesti tinggi tahap sabar diorang. Patutla abang apip & Kaksu tu kalo ajak pegi holiday mana-mana liaaaaaat kemain. Anak enam
Berderet sorang setahun! Hahaha...
Abang Apip tu abang sulung saya. Kaksu tu kakak ipar saya.
Waktu Imtinan belum wujud dulu selalu la jugak pegi bercuti dengan Mr.Faris. Merata jugakla. Dua tahun lebih jugak kawin baru dapat Imtinan tu. Kira kitorang ni set-set yang bukan bunting pelamin laaaa...hohoho. Dah tengah-tengah malam pukul 2,3pagi pon belum reti balik hotel lagi. Merayap je..makan,makan,dan makan. Lepak pun ye juga. Pastu holiday pulak style terkejut-terkejut gitu. Tetiba rasa nak berjalan, dan-dan time tu jugak pack baju gerak. Ada lagi yang lebih terkejut. Tengah pusing-pusing keta tak tau nak pegi mana, jom PD. Jom Penang. Macamtu lah lebih kurang. Baju selai sepinggang. Kang sampai sana baru beli selai dua. Itulah kadang-kadang orang hotel pandang semacam je...check in sepasang laki pompuan tapi tak bawak beg baju. Apa agak-agak orang pikir?Oit, kad kahwin ada nih!
Last bercuti sebelum lahirkan Imtinan ialah di Kuala Terengganu.
Lepas tu takde dah. Sampaila umur imtinan 4bulan kitorang pegi Melbourne. 8hours flight (kot). Flight belah malam. 8jam meriba Imtinan tak boleh letak langsung! Penat sangat. Itu yang sampai-sampai je hotel terus tak sedar anak tergolek jatuh katil. Kesian dia. Tapi Imtinan kecik-kecik dulu boleh tahan la. Mengikut perangai mak bapak dia yang suka berjalan. Tahan je dia kitorang angkut pegi naik gunung "Mount Wellington" kat Tasmania yang angin dia punya kuat sampai rasa goyang kereta. Sejuk camana pun rilek je dia. Dia macam senang adapt dengan situasi. Dengan orang pun dia peramah. Lepastu waktu ngandungkan Iman 37minggu kitorang g Langkawi bawak Imtinan. Ok la dia. Behave la jgk. Takde la dia nak mengamuk-ngamuk. Tu last bercuti.
Baru perasan kitorang tak pernah bawak Iman kemana-mana pun. Berkurung je dia kat rumah. Kesian kan. Beza sungguh dengan kakak dia. Huhu. Ni kira first time bawak Iman jalan jauh sikit. Bawak dia datang ke tempat tumpah darah dia sendiri. Tapi dia ok je. Behave jugak. Senang la nak usung g mana-mana.
Akan tetapiiiiiiiiii...... Imtinan dah berubah! 360. Agaknya dah besar kot. Dah pandai nak express perasaan. Dah pandai nak cakap apa dia nak apa dia taknak. Jadi penat nak layan,manakan nak shopping lagi, manakan nak dukung Iman (dalam carrier), manakan nak kejar Imtinan tu yang lajuuuu berlari. Tempat dia tuju adalah escalator. Taknak didukung. Taknak duduk dalam stroller. Nak meronda sendiri. Dari satu segi baguslah untuk perkembangan otak dia minda dia. Takat hulur-hulur tangan bersalam dengan promoter and sale assistant tu saya biarkan je. Selagi tak ganggu orang. Setakat bye-bye orang tu biasa lah. Walaupun segan jugak maknye ni. Tebal jugak muka bila Imtinan duduk bersila depan cermin bercakap sorang-sorang. Saya ok lagi. Tapi kalau dah bab involve safety ni saya tak boleh berkompromi. Mr.Faris tu laaaagiiiiilah! Apepuntakboleh. Hahaha...
Itu yang jadi penat.
Lesson learnt : Lepas ni kalau holiday kena plan elok-elok...aktiviti semua untuk anak-anak dah la. Aktiviti mak ayah ni kalau ad amasa ON. Kalau tak OFF. Serius penat. Mr. faris siap cakap lepas ni nak pegi mall kena pakai rantai/tali yang macam selalu pak-pak arab guna tu. satu hujung ikat kat tangan anak. Satu kat tangan mak atau ayah. Kat sini kadang-ladang orang pandang slack sikit ar kalau buat macam tu. Tapi kan kalo dah tu caranya buat jelah. Apa kisah orang pandang. (sedapkan hati sendiri).
Esok plan nak ke zoo negara je lah. Last sebelum balik KB. Tah bila pulak nak datang sini lagi. Sekarang ni Imtinan tu tengah mengenal binatang. Buku animals lagi dia suka compare to buku vegetables. Kalau suka buku vegetables senang je...bawak pegi pasar borong terussss. Kihkihkih. Harap-harap lah dia boleh appreciate esok tengok binatang-binatang.
Sekarang ni dia tau بقرة bunyi "moo". Kalau cat bunyi "meow". "Lion" bunyi "aummm".Dog bunyi "auk auk". Yang ni selalulah tertukar-tukar bunyi dog tu dengan hot (panas). Macamkan sama je dia sebut.
Kalau sempat jugak nak ke IOI Mall lagi sekali. Bawak dia ke Kids Rekazone kat situ. Harap-harap besar la tempatnya. Kalau sempat. Errr...sebenarnya saya nak pegi ziarah Daiso tu ha. Lama dah rasanya tak jumpa dia. Apa khabar la Daiso tu ek sekarang ni..contact pun idak.. Harap-harap sihat la lagi.
Dah. Dah melalut kelaut.
Permisi dulu ye...
Daughter - Wife - Mom
Biasalah tu baru 2 orang, akak dulu 3 skali..hero plak tu semua, mmg bawak berjalan ke tesco, giant atau jaya jusco je sebab ada troli. Sumbat tiga2 dalam tu. Balik rumah mak barula boleh shopping tempat lain. Kena tinggal sorang atau bawak adik2 jadi baby sitter. Memang tak terkejar budak2 ni. Yang tali pengikat tu kan sebenarnya ada versi bag, nampak okla sikit, tali tu attach dekat bag yg kita pakaikan pada anak. Cuma kat msia ni, akak tak tau mana nak beli. Leh try cari. Enjoy ur stay in KL ;)
ReplyDeleteKan...akak lagilah semua boy. Double penat tuh. Ade yg tali ikat kat beg tu ek? Try cari online ade jual kot..hihi..thx kak bg suggestion. Kena timba byk ilmu dari org bpengalaman mcm akak ni.
ReplyDeletetali kat beg tu yg ni tak ek?
ReplyDeletehttp://cutiesgorgeous.blogspot.com/2013/06/kids-accessories-pillowcase-thermos.html
sama cam kak asma..pergi shopping tempat ada troli je..hehe senang!
Huhu...Imtinan x nak duduk dalam troli kak. Meraung mcm kena dera. Terkejut jgk. Biasa ok je dia. Baru stabil bjalan kot,tu yg nk jalan manjang. Ok nt sy try bukak link tu. ni online pakai henpon payah ckt nak kopipes. Xpenah tgk lg camana rupe tu..tenkiu kak fizah :-)
ReplyDelete