Lama. Sangat2 lama tak jenguk blog2 feveret.
Seriously rasa macam tak sopan dan kurang adab sangat.
Bila free jengah. Bila bizi wat derk.
Sori eh korang....Huhu...
InsyaALLAH lepas ni bila semua ok balik, saya ziarah korang balik ok.
Betul-betul terloncat2 sekarang ni. Selalu sangat terjadi macam ni dalam hidup saya.
One after another. Macam tu la konsep nye. Kadang datang sibukkkkk sgt2. Pastu dah setel, dah tak mengah2, kang ade la lagi unexpected thing yang datang.
Entri lepas yang entri pasal MAK TERSAYANG tu kan...eceli mak tengah tak sihat sekarang.
Mak tu susah nak bawak ke hospital. Sape2 pun eceli tak gemar nak duduk hospital tu.
Tambah2 orang tua. Sape pernah merasa warded tahu lah camana stress nye duduk hospital tu. Orang sihat pun boleh jadi sakit kalau lama-lama kat hospital. Unless kalau korang medical practitioner..tu lain cerita la. Korang doktor ke, korang keje kat kantin spital ke, farmasi spital ke... tu ok la kena warded lama2 sebab environment tu korang dah biasa kan.
Tapi ni mandangkan keadaan mak mcm takleh nak kawal dah, terpaksa jugaklah bawak ke hospital. Bacaan darah tinggi dan kencing manis dia naik gile2. Tambah sekarang dia tak boleh berjalan dah. Macam penat sangat2. Bedridden balik lah kiranya. Bincang punye bincang. Paksa cara berhemah la jawabnya.
Kitorang adik beradik lima orang je. Saya sorang pompuan dan yg bongsu. Yang lain empat orang , semua abang lelaki. Takde sorang pun abang perempuan ;) Sejak-sejak mak sakit ni kan, since dia punye second stroke tahun 2011 dulu, kitorang kalau bercakap dgn mak takde dah bincang2. Kitorang tanya je. Macam ni "Ma, jom datang duduk KL. Sini pun ada pakar jgk ni. Boleh buat fisio segala". Kalau dia diam tu kitorang senyap je. Takmau pujuk2. Nanti mak sedih dan kecik hati. Pastu kalau tanya "Ma...kenapa sedih2 ni..Cerita la..." Dia senyap tak respon. Haaa tak yah tanya dah. Lagi ditanya lagi dia merajuk taknak bercakap. Macam very2 sensitif lah. Betul2 lain dgn sikap mak sebelum dia sakit dulu2.
Tapi dalam kitorang lima ni, abang saya yang nombo empat tu, kalau dia cakap apa2 biasa mak ikut. Dia memang kesayangan dari dulu lagi. Which is good la. At least ade jgk sorang yg boleh masuk dgn mak time2 mak sakit macam ni. Macam dulu la...time mak kena second stroke dulu, mula2 kan dia bedridden. Tak boleh bangun, makan kena bawak masuk bilik dia. Kitorang ni nak latih mak keluar bilik, latih mak berjalan, latih mak makan sendiri. Bukan tak sanggup nak layan. Bukan susah pun nak jaga dia. Tapi kitorang memang nak mak sihat balik. Doktor pun pesan, pesakit stroke ni kita kena jaga perasaan dia tapi kita tak boleh terlalu manjakan dia. Kalau tak saraf dia lagi 'beku', lama2 tak boleh bergerak langsung. Kalau kitorang ni yang suruh mak usaha bangun memang tak la mak nak buat. Kalau kiorang bertegas mak nangis, terasa yg anak2 dah tak sayang dia plus tak sanggup nak jaga dia. Tapi kalau abg yang nombo empat tu yang suruh, mak akn ikut. Dia mcm ni...
"Ma...bangunla..Jom Amin ajar Ma jalan balik,"
Diam...geleng2 pala.
"La...Amin kecik2 dulu, Ma paksa Amin jalan boleh pulak? Tak aci la mcm ni...Dah bangun bangun bangun..."
Ha....macam tu la cara dia yg buat mak blh terima. Hehehe.. Unik. Takde eh pujuk gosok belakang, belai rambut sapu2 airmata tu takde...
Same la kes sekarang ni, nak pujuk mak pegi hospital, tiap2 hari kot semua anak2 pujuk...mak kan dia diam je. Takde respon. Tapi muka serius. Tanda protes la kira tu.
Pastu bila semingu mak takde perubahan, abang nombo empat tu start guna veto dia dah. Tak taulah kali ni apa dia buat. Dia cakap apa kat mak. Wife dia pun tak tahu. Semua orang terkejut bila mak setuju. Tapi private hospital la. Hahaha... Mak taknak pegi spital kerajaan. Sebab banyak rule kan. Kita pun paham. Pastu abang Amin ni macam dah buat janji la kot dgn mak yg dia akn stay dgn mak sama2 kat hospital tu. Will never leave mak alone at ward walaupun sehari.
Sampai berangkut isteri dan anak-anak sekali semua stay kat ward. Banyak pahala ko bang berkorban mcm tu sekali untuk mak. kalaulah saya dapat peluang utk jaga mak macam dia...bestnyeeeee!!!
Inilah dia budak boroi anak dua yang banyak berkorban untuk mak tu. Hat comel sebelah tu Iqah, kakak ipar saya. |
Susah kan bila kita ni anak perempuan tunggal. Kadang-kadang sampai terpikir, apesal la dulu aku pegi kawin. Kawin takpe lagi. Ini yang pegi beranak pinak pulak. Lagila tak boleh nak jaga mak. Nak ulang alik KL-Kota Bharu bukan dekat. Nak mengendong anak2 lagi. Serius rasa failure sangat.
Sebenarnya lagi susah bila kita hidup dalam masyarakat yang meletakkan adat tu melebihi fitrah yang Allah dah atur. Korang imagine eh....setiap orang yang datang ziarah mak tu akn cakap macam ni.. "Sumayyah mana? Tak balik ke? Kesian Acik...ade anak pompuan sorang pun takleh nak jaga mak sakit". Mulut jahat. Ziarah org sakit ni orang bagi semangat bukan lagi menjatuhkan semangat.
Haah memang pun saya buat tak kisah je. Tapi tahap mana sangatlah boleh bertahan. Tau.....orang bukan tahu kita pun balik jgk. Tapi tak bolehla kita nak duduk kat kampung berbulan-bulan. Kita ada suami yg kerja kat KL. Walaupun suami kita cakap takpe..suami kita paham... Tapi kita pun tak tahan anak-anak hari2 tanya mana papa...sampai mengigau2...sampai demam2...huhu..Kita buat setakat termampu. Seminggu sekali kita balik kampung. Penat tu belakang kira. Bukan sedih bila orang kutuk dan kata kita mcam2...Nak kutuk nak hina pun silakanlah.. Kita immune. Tapi tolonglah jgn kutuk dan umpat kita depan mak kita..boleh? Mak kita sakit. Mak kita tak boleh stress. Tolong jangan create aura negatif kat tepi mak kita boleh?
Eiyahhhh...tak puas hati nye rasa tak boleh pegi sound balik semua-semua yg bercakap mcm tu depan mak. Tak puas hati sangat-sangat tak boleh laser diorang kaw-kaw sampai diorang menangis melutut sampai diorang sedar. Huhu..Jahatnye hati. Tapi kalau buat macam tu same je lah jahat hati diorang dgn hati kita ni. Arghhhh stress!
(T__________T)
*Untuk yg nak kawin tu bolehlah jenguk2 DULANG HANTARAN DAN AKSESORI UNTUK DISEWA. Will add on few more items lepas ni. InsyaALLAH.