Tuesday, April 15, 2014

DULANG HANTARAN DAN AKSESORI UNTUK DISEWA 2014


ASSALAMUALAIKUM,

EDITED - NEW ITEM ADDED

Untuk bakal-bakal pengantin yang agak-agak nak DIY hantaran kahwin sendiri tu, bolehla ushar2 ni. Untuk sewa je. Kalau agak2 nak beli pun boleh. Tapi kurang berbaloi la. Mahal kot ni. Cecah rat satu-satu ketul barang. Nak guna sehari je pon. Paling lama tiga empat hari kot-kot nak jadikan props photoshoot ke apa. Baik simpan duit wat g honeymoon.. Hahaha...

Rasanya tak mahal dah kot ni harga sewa yg saya letak ni. Takpe2...korang ushar2 dulu..peratiiii dulu lama2, apa-apahal wasapp / sms terus. Tu dah siap ada measurement tu supaya senang korang-korang tersayang ni nak imagine berapa besar brg2 ni...Orait ?

Bekas letak cincin. Kat dalam telur tu ada baldu untuk selitkan cincin. Marvellous uolsss. Tembaga ori ni. Berat kot walaupun saiz tak besar mana ;p Sangatlah sesuai untuk wedding yg tema ala-ala royal ke, classic ke. Takperlu reben meben dah. Letak je benda ni boleh nampak eksklusif dengan sendiri.

Ni bekas tempat cincin sekali dengan tempat letak cek. Tu yg nampak macam ekor merak tempat selit cek. Sesuai sangat ni untuk dapatkan effect eksklusif pada gubahan hantaran korang. Sebab dia betul-betul tembaga, so kilau dia tu nampak umphhh sikit la...Pastu ada pulak batu2 kristal kecik dekat ekor merak tu, dan dikeseluruhan aksesori. Sarat tapi tak senak mata memandang. Perfecto!


Nak gubah hantaran untuk nampak mewah tapi menggunakan material yang tak mahal sangat? Haaaa ni lah dia contoh-contoh aksesorinya. Tempat letak lilin benornye. Tapi boleh dijadikan bekas potpuri jgk ni. Korang isi petals banyak2 sampai penuh gelas tu pastu letak bekas cincin atas sekali..pon bolehhhh... RM7 je, sebab besi chrome tu bukan tembaga ori. Jurai kristal tu pun plastik je ;p



Ni berat tau. Kaca betul dan sangat tebal kacanya. Cantik. kaki dia kat bawah tu berukir. Tapi RM7 je sebab kecik cinonet je tuannya. 1 unit je available ;p


Ini bantal. Tak kenal ke? Hahahaha.... Material dia ala-ala baldu. Kaler soft beige. Saiz adalah ngam-ngam untuk letak atas dulang. So tak payah nak buat alas polistrene bagai. Sangat sesuai untuk pastel colour wedding theme. Gandingkan pulak dengan bunga2 warna lembut...lemah gemalai melentok...Sekali pandang gubahan korang tu terus sejuk je hati.... Untuk tema manja-manja sweet sahangatlah sesuai...Boleh jugak gandingkan dgn warna garang mcm ros merah ke, kuning terang ke,naik serinye nanti. InsyaALLAH.



Dulang legend ;p Hahaha...Dari zaman dolu2 sampai sekarang untuk hantaran bajet memang guna dulang ni lah. Pastu letak alas kain satin atau organza. Evergreen sungguh. Takmau letak alas pun takpe. Sekarang ni untuk modern wedding theme jarang dah org letak alas bagai.



Cantek tak? Macam kaca, tapi bukan kaca. Plastik pun bukan. Saya syak ni damar ni. Sebab tu kukuh. Ok, dah tak tau nak cakap  apa. Nak kalu, laju2 whatsapp/sms buat booking untuk lock date k. Tak banyak ada...11 unit je.



Original tembaga. Agak berat jugak ni. Sangat cantik kejadiannya. Kalau ganding dgn bekas cincin tembaga yg kat atas tadi tu, memang purrrrrrrrrrfect combination! Sape tak caya boleh try ;p Piring atas tu eceli ada ukiran halus, tapi bila ambik gambar (camera murah katakan) tak nampak pulak...Tensen tensen. Untuk dulang ekslusif macam ni tak payah letak alas polistrine ke apa dah. And janganlah letak alas kalau boleh. Sayang ukiran kat kaki tu nanti tenggelam pulak. Tinggal letak bunga je. Remember, sometimes simple is more. 

Secara jujurnya, saya pun tak tau ni bakul mengkuang ke bakul rotan.SSF mari. Tapi jenis yg kukuh. Pastu bila coated dgn warna gelap macam ni, menghasilkan efek yg agak 'wow'.Saya cukuplah suka dgn cara lilitan rotan/mengkuang ni kat bahagian tangkai bakul tu. 

Ini pun sama dgn bakul yang kat atas ni. Bentuk je lain. Lepas tu yang ini ada ukiran sikit kat sekeliling bakul tu. Cara anyam dia pun menghasilkan corak semulajadi. Kalau korang nak buat lima dulang sedang elok la combine dgn bakul bulat kat atas tu. Ataupun kalau 7 dulang pun ok jugak. Yang lagi dua kek and buah tu tak payah guna bakul ni pun takpe.

Haaa....ada byk lagi item lain yang perlukan masa untuk diedit kalau nak upload kat sini. InsyaAllah later...

SAYA JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENGGUBAH HANTARAN, DAN PERKHIDMATAN SEWA GUBAHAN HANTARAN MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN.

Apa-apa hal SMS/WHATSAPP ke nombor 019-2391212. Bukan tak boleh call. Tapi line celcom kat sini hazab cikit. Nak dapat 1 bar pun kena hala henpon ke tingkap, macam kan tengah bercamping kat hutan pulak. Manjang no service je. Huhuhu...

Lagi satu, bisnes ni beroperasi di cyberjaya. Tiada penghantaran dibuat. Kena self-pickup :D


No comments:

Post a Comment