Monday, June 29, 2015

Sekali Harung ;)

Assalamualaikum.
Dah setel ke shopping for raya?
Weolls belum lagi ni.
Takde beli apa pun lagi.
Adala belikan gown dua helai sorang untuk budak2 ni.
Beli sebulan sebelum ramadhan lagi.
Pasalnya mothercare ada buat sale 50%.
Plus sale utk member lagi 10%..
Makanya baju yang ratus2 pun jadi RM50 je.
So beli je lah dulu.
Macam nak jugal g mitsui outlet tu.
Alang2 dah dekat je dengan umah.
Katanya clerks ada sale baek punyer.
Hehe.
Kotla ada kasut / sandal untuk anak2.

Haritu sebelum ramadhan ada balik kampung.
Saje2 la balik..dah lebih sebulan x balik.
Budak2 ni seronok la balik kampung.
Balik umah belah saya memang betul rumah kampung.
Rumah takde pagar segala.
Seronokla budak2 nak berlari bebas kat laman tu.
Knowing kampung house camana kan..
Lamannya luas. Pasirnya bersih.
Heaven.
Tambah pulak sepupu-sepupu yang sebaya tu ramai.
Meriah sungguh.
Riuh dengan suara diorang.

Biasa kitorang gilir2.
Kalau malam ni tido umah tok ayah (belah F),
So malam besoknya tido umah tokma plk (belah saya).
Jaga hati orang tua.
Kalau boleh taknak orang tua kecik hati.
Selagi boleh, cuba jaga hati keluarga kedua2 belah pihak.
Tinggi mana pun kita ni mendongak langit,
kalau orang tua kecik ati takde guna jugak.
Besok lusa jatuh gedebuk jua.

Ni kalau balik umah family F pulak, lain seronoknya.
Rumah tak berapa nak kampung sangat dah.
Sepupu-sepupu pun x ramai lagi.
Imtinan cucu sulung.
Iman cucu kedua.
Cucu ketiga baru umur 1year plus.
Cucu keempat baru few months. Tu pun duduk kat nun jauh di egypt.
Takdelah nak riuh mana.
Akan tetapi...
Ramailah makcik pakcik yang rajin melayan.
Kalau dah namanya cucu sulung kan.
Btw, F ni adik2 dia ramai je yang umur remaja2 lagi.
Pokcu Imtinan baru darjah 3 je pon.
Haha...


Bergayutan di kaki tok ayah nak g usrah.
Yang baju merah tu lah pokcu Imtinan&Iman.


 Sesi meng-kudakan ayahmi.
Ni adik F yang nombor 6.

Balik mana-mana pun budak berdua ni tetap hepi.
Asal namanya balik kampung terus hooreyy.
Kesian betullah diorang kat cyber ni macam terkurung sgt2.
Daily dalam rumah je lah.
Ada takde pun pegi playground.
Nak buat camana kan..
Dah rezeki papa kat sini.
Huhu...


Last week kot duk kemas2 baju budak2 ni.
Banyak yang dah x muat.
So lipat kemas2 masuk kotak dulu.
Taktau nak buat apa.
Rasa macam nak potong2 jahitkan quilt ke apa.
Tapi tu lah malasnya la hai..
Pastu g upload pic ni kat fb.
Ramaila yang suggest suh donate.
Eceli bukan taknak donate / jual preloved ke apa.
Tapi macam x tergamak.
Baju dah lusuh2 pun semua.
Cuma nak dibuang tak sampai hati sebab elok lgi.
Still boleh pakai.
Cuma lusuh.
Kalau nak bagi orang biarlah yang cantik kan.

Lagipun orang susah zaman sekarang tak sama dengan orang susah zaman dulu.
Orang dulu susah dia susah betul.
Orang sekarang susah pun dia pandai memilih.
Huhu...
Nanti cerita lain lah pasal ni.
Nak dipendekkan cerita, ada la sorang hamba Allah ni pm kat fb.
Mintak nak beli baju2 ni semua.
Allahu segannya la rasa nak menjual.
Niat upload kat fb tu asalnya nak berkongsi rasa sayu..
Sayu bila tgk baju2 x muat tu tandanya anak2 dah besar.
Mother's feeling yang susah nak describe eceli.




Usahasama dua beradik menangkap labah-labah.
Lepas tangkap masukkan dalam botol.
Pastu keluarkan letak atas karpet.
Pastu masukkan balik.
Keluarkan balik.
Tau2 ehhhh dah mati..
Huwaaa T_______T.
Budak berdua ni semua jenis serangga/binatang pun diorang tak takut.
Suke sangatlah dengan benda2 hidup ni.
Cicak pun diorang kejar.
Lipas pun.
Eiii...geli tau.
Tapi tulah...malas pulak nak takut2 kan diorang.
Besok2 semua benda nak takut maknye jugak yg rimas kang.

Tu je entri sekali harung.
Ngeeeee....

Sunday, June 28, 2015

10 Ramadhan dah.

Assalamualaikum
Sibuk shopping baju raya eh?
Kejap je dah 10 Ramadhan.
Hari ni dah masuk sebelas lah kiranya.
Dah masuk fasa ke dua (pertengahan ramadhan).

Tahun ni tak banyak beza dengan tahun lepas.
Anak still dua ;p
Tapi macam penat tu lebih sikit.
Apesal tah.
Tapi macam perasan jugak la...
Tahun ni semangat nak makan tu macam kurang.
Saya syak ni sebab banyak sangat naik kat fb newsfeed pasal orang susah semua tu.
So macam kesian...
Bila nak jamah makanan sedap2 tu, tetiba potong selera.
Sedih kot kalo terbayang 6beradik yatim piatu berbuka.
Enam sekeluarga di Palestine sambut ramadhan dalam keadaan dhaif.
Mangsa banjir kelantan sahur dan buka dalam khemah.
Huhu...
Perut tu tetiba sebu jadinya.
Thanks eh korang yg rajin share cerita2 macam ni.
Tak semua cerita akan appear kat buletin utama mahupun astroawani.
Walaupun sumber fb tu tak semua betul.
Pandai2 lah kita pilih dan fikir.
Kata dah mumayyiz kan..
;p

Sepuluh hari dah lepas.
Baru sekali jejak kaki ke bazar.
Syukurrrrrr...
Ekekeke...
Benda kalau dah jadi kebiasaan susah tau nak ubah.
Tahun2 lepas rajin ziarah bazar.
Tahun ni nak kurangkan.
Syukurla boleh buat rupanya.
Ok...kita tengok lagi 20hari cemana k.

Kat rumah rutin buka biasa2 je. Masak satu@dua lauk je.
Pastu ulam.
Kuih pun takde.
Kalau F outstation lagilah...saya buka sebiji kurma & air kosong.


Pastu solat, ngaji jap sambil2 tunggu isyak.
Lepas isyak tu lapar pun mcm hilang.
Ajaib ;)
Adala kunyah2 kerepek ke cikit2.
Sahur je lah paksa diri makan berat sikit.
Tu pun kadang2 sahur dgn kurma 3biji + air kosong.
Pastu halfboiled egg 2biji. 
Tu pun sbb F rajin...gigih merebus telur lah apa.
Rasanya 10hari puasa ni saya belum penah lagi masak sahur.
Ekekeke.
F je la yg setelkan.
First day puasa tu gigih dia grillkan salmon.
Siap mushroom segala.


Tetap jugak saya tak selera.
Huhu...
So...untuk hari2 seterusnya F just halfboiled kan telor je.
Dua bijik utk saya.
Dua utk dia.
Selera mmg takde.
Faktor usia jgk agaknya...

Ok lah...daaaa...
Bila la nak up entri bermanfaat ni..
Hehehe


Thursday, June 4, 2015

Alphabet Game 1

Assalamualaikum.
Hari ni dah khamis kan?
Jap je rasa masa pon berjalan. Berlari ke apa ni?
Hehehehe.
Esok dah jumaat. Pastu sabtu.
Sabtu F balik. Yahoooo....
Hehe...alhamdulillah la.. apa yahoo2 plak?
Grrrr.....

F ni baik orangnye. Bali keje penat2..
Yela 13jam dalam kapal tu lama kot..dgn jet lag segala..
Benda first dia cari wife dia ni la.
"Ayang sihat?"
Pastu anak2..
Golek2 dgn anak2 jap..
Pastu cari bantal nak tido...rehat.
Kalau rumah bersepah pun dia xde bunyi.
Breakfast takde pun dia xde komplen.
Nanti kang dia cakap la "xpe...abg paham..ayg penat layan ank2"
Tapi dipihak kita as wife ni pun,
Bila orang dah baik macam tu jgn la amik kesempatan pulak.
Hahahaha...
Pandai2 la uruskan rumah.
Sekali sekala bersepah tu ok la.
Sekali sekala takde sarapan tu ok la.

Ok2..nak cerita pasal development anak2 eceli.
Dah lama tak cerita pasal diorang.
Tapi cam malas pulak nak mengarang...
Macam panjang nau rasanya..
Imtinan dah x g school dah.
Fully belajar kat umah je.
Cikgu besar = mama
Cikgu kecik = mama
Cikgu disiplin = mama
Cikgu motivasi = mama
Eh...tak. cikgu motivasi = papa
Hahaha
Tapi apesal hariguru mama takde dapat hadiah pun?
Nangis ah macam gini...
T________T

Alphabet - alhamdulillah semua dah kenal.
Huruf besar kecik semua dah kenal.
Cuma ada la few letters yang kadang2 dia tertukar.
Kira dah boleh mengeja...agak lancar jugak.
Lagipun dah 3tahun lebih dah pun umurnya.
Eh..tapi dia baru boleh mengeja je.
Belum boleh membaca lagi.
Saya pun takdelah nak fokus mengajar dia membaca.
Tulah cikgu dia ni macam.malas sikit.
Dia selalu je mengelek buku sana sini mintak diajar...
Huhu...sedih la mama macam ni.
Semangat! Sila datang sekarang.

Ini aktiviti yang buat hari tu.
Hari ntah bila ntah.


Pakai kertas majong pakai buang...hehe
Tinggal lagi nak lukis2 jalan..
Kat kertas majong tu nanti buatkanla rumah2 untuk huruf2 yg nak diajar tu.


Ada sungai...ada taman bunga...
Lukis je lah apa2 pun.
Pastu kaler.


Guna kereta2 kecik sedia ada.
Potong kertas kecik2 tulis huruf yang nak diajar tu.
Then lekatkan guna double sided tape.
Dah siap!
Hehe

Tinggal lagi nak guide diorang..
Mainla konon2 diorang jadik driver..
Nak kena bawak keta tu sampai jumpa rumah dia ikut huruf tu.
Tambah ar sikek sound effect tu..
Let say kalo diorang bwk keta tu tetiba lalu ats sungai plk
so boleh la cakap macam
"Aaaaaa....keta jatuh sungai dah....aiyokk abih basah..."
Put the feel.
Gitu je la pun.

Waktu ni nak suh Imtinan recognize letter :
I-M-T-N-A
Within 2-3 days dah boleh kenal dah.
Kenapa lima huruf tu?
Sebab tu huruf tu adalah huruf yang membentuk nama dia
I-M-T-I-N-A-N
Dengan harapan dia seronok bila dia boleh eja nama dia sendiri.

Saya tak guna flash card untuk ajar anak2.
Ada...tapi jarang sangat guna.
kiranya bukan everyday la.
Itu yang nak kena banyakkan aktiviti tu.
InsyaAllah lain kali kita share2 lagi k.
Daaaaa.....

Wednesday, June 3, 2015

Aktiviti Waktu Petang

Sekarang ni cuaca macam tak tentu sangat kan.
Ada masa subuh2 hari hujan.
Kadang around 3pm mcm tu mendung gelap je tapi x hujan pun.
Tp humidity boleh tahan walopon tak panas.
Melekit2 badan. Rimas gak la rasanya kalau stay outdoor lama2.
Boleh gatal2 badan jadinya.
Eiyarghhhhh....kasi piat telinga sikit.
Sedar la diri tu duk malaysia pleaseee...
Haha

Eh tapi kesian lak tgk Imtinan & Iman tu.
Duk dalam rumah pun berpeluh-peluh sampai lencun.
Imtinan lagi over.
Sampai merah muka tu... Kulit european sangat anaknda pun.
Wakakaka.
Pelik jgk kalo pikir2...panasnye taklah sangat.
Tapi peluh2 sampai basah rambutnya.




Bawak g playground.
 Playground yang ni besar sikit compared to yang kat belakang condo.
Tengah school holiday ni x ramai pulak orang.
Agaknya ramai balik kampung kot.
Macam syok jugakla kalau nak main lama2.
Biasa kat sini crowded.

Alih-alih baru 20minit main Imtinan cakap kat F
"Papa...jom balik. Peluh dah ni kakak".
Kikikiki...
Kannnnnn...nampak sangat dia x tahan peluh.
Laju2 kitorang masuk kereta on aircond.. 
Fuhhh lega....
Iman je la cam x puas lagi nak memanjat segala.
Muncung2 la kawan tu bila nak kena balik.

Kat cyber ni ada lagi satu taman..taman tasik ke hape namanha.
Yang betul2 sempadan dengan putrajaya. 
Promenade Presint 7 kalau x silap nama diberi.
Kat sini macam best sikit.
Kurang sikit la melekitnya.
Tepi tasik kan...so ada la jgk angin bersepoi2..


Iman ni..mengikut je apa kakak buat
Untung la kakak jenis baik.
Takpe...iman meh sini iman...




Lumba lari panjat bukit nama game nya.
Pastu turun bukit melungsur,
Lalu jatuh tergolek2.
Tetap jgk bangun lagi panjag lagi,
Jatuh lagi golek2...
Dan gelak-gelak...
Bahagia je tengok jiwa anak-anak.
Peringkat usia meneroka.

Allah beri keberanian dalam diri anak-anak kecil.
Berapa kali jatuh bangun tetap cuba lagi.
Cer kalau maknya ni yang jatuh tergolek.
Sumpah sorok muka bawah kasut.
Silap2 x jejak dah kaki kat sini.
Selamanya.
Melampau sangat tu.
Hehehe...

Tuesday, June 2, 2015

Nyonya Valley @Cyberjaya

Assalamualaikum,
Buat apa korang?
F ada 5days off. Itu adalah best.
Dan hari ni adalah hari last cuti.
Tadek buat mende pun. Lepak umah je.
Layan anak-anak, uruskan bisnes sekadar mampu.
Time rajin masak. Malas kalu, makan luar.
Kadang masak tu rajin la. Bukan susah mana pun.
Tang nak mengemas tu yang renyah. 
Masak 30minit. Makan 10minit. Mengemas kadang sampai sejam.

Ni cuti sekolah kan.
Adik F ada sorang kat umah cyber ni.
Bolehla buat hilang bosan anak-anak terperap je.
Seminggu dia kat umah ni F keje.
So takde la nak keluar jalan ke mana.
So hari tu F balik bwk la dia makan kat luar.
Tapi tulah cyber ni kadang boring gak.
Pusing sana sini balik2 kedai sama gak.

Ni Nyonya Valley ni jarang pegi.
Sebab tempat nye mcm kedalam sikit.
Bukan macam restoran lain yang sederet tu.
Nampak macam club house..
Tapi tak kot..
Tapi ok la tempat dia macam cozy jugak la..
So kalau nak buat event  ke apa sesuai.
Toilet ada..surau pun ada.

Hari yang kitorang pegi baru ni diorang macam tengah
Duk set up untuk birthday ke apa.
Duk gantung belon2... Pastu macam ada photobooth...

Makanan kat sini sedap2 la jugak.
Jenis yang ada rasa.
First time pegi dulu makan kueyteow goreng.
Sedap. Pedas dia sedang2 je..
And untuk kids time tu order bihun sup seafood putih ke apa namanya.
Yang tu den kurang suka.
Tapi kata F sedapppp sangat yang...
Budak2 pun bertambah.


Chicken chop. Biasa2 je.
Yang minat ayam mesti suka.
Sebab bau ayam dia kuat. Hehehe..
Mushroom sos dia mcm ada rasa masam2 sikit,
Rasa tomato.
So saps suka sos masam boleh cuba ni.
Served with fries and coleslow...yang tu best.
Crunchy and fresh gils kobis and carrot dia.
Sedap.

 Nasi Ayam Hainan ke ala-ala hainan ke apa tah.
Lup dah namanya apa.
Tp mmg mcm nasi ayam hainan.
Cuma kali ni ayam dia roasted kot.
F punye. Lupa pulak nak rasa.
Tapi kata F sedap. Lagi sedap dari chicken rice shop.


 Nasi goreng nyonya ke apa nama ni.
Budak2 pilih ni. Imtinan and iman share ni je.
Portion dia besar.
Sedap nasik goreng dia.
Served with 2 ketul udang tepung yang freshhhh.
Telor mata and ayam rempah yang mabeles.
Owh...ada keropok jugak.

Jeng jeng jeng...
Haaaaa yang ni saya punya.
Sotong Asam Pedas.
Tapi konpius eceli...apesal asam pedas takde kuah?
And kenapa pekaf macam sambal sotong nasik lemak je?
Eh ke dia sebenarnya memang sotong tapi den salah baco?
Mmuehehehe..
Tapi tolak tepi semua tu.
Yang penting syedap sangat.
Sotong dah la banyak.
Siap boleh ratah2 lagi.
Dan sotonf dia segar...memang boleh rasa fresh.

So overall rasanya nyonya valley ni
Dari segi rasa may be tak win sangat la.
Sedap. Tapi bukan sedap yang eh nak lagi nak lagi..
Haha...
Except for the asam pedas sotong petai tu la..

Tapi....tang fresh tu dia win.
Kadang kita mkn kalau tergigit seafood yg tak fresh boleh potong rasa kan.
Kat sini tak.
Hari tu order kueyteow goreng pun dia punye kerang kerang pergh...
Dahla besar...segar plk tu..

*taktau berapa kali dah mention fresh/segar ni*

Monday, June 1, 2015

Assalamualaikum, and hai...
Bila lama x menulis ni memang payah nak start balik.
 Macam eyarghhh camana nak mula ni, apa nak tulis ni...help...help...

Yet blogging adalah best compare to facebooking.. 
facebook tu macammmm...ntah...
dia macam ramai2 orang yg dalam tu yg kita tak tau pun diorang eceli annoying dgn status2 or gambar2 yang kita up.
Kadang kita up xde niat apa2 pun,
 tapi ada lak yang terasa mcm kita berlagak lah,
 show off happiness lah apalah..
pandai pulak nak baca2 niat orang kan..
ok la paham la may be rasa annoying
 sebab naik kat newsfeed diorang. 
Padahal ada choice pun untuk dia block kita...
tetap kita jugak yang nak kena private2 kan status kita etc. 
Dah kalau semua benda nak private, 
bukan namanya social network lah... 
Kelakar sangat ni (am being sarcastic here).
 Haha..

Beza sangat dgn blogging. 
Sbb blog tak glemer (hahaha), 
so nak share ape pun takde sape kisah. 
Nak taip apa sukati la. 
Lagipun kalau org search kat google pape keyword, 
tiba naik url blog kita, 
dah kira ok la tu..
blh jgk salur info / share pape yg bermanfaat untuk org lain. 
Sikit pun xpe la janji ada.
 Seriously niat kita tu kita je yg tau.

Nak citer pasal henpon eceli.


Ni iphone 4. 
Dekat 4tahun pakai. 
Cuba bertahan walaupun makin lama makin x best. 
Seriously (kata imtinan siyesni), 
saya ni bukan hantu gadget as compared tu mr.F. 
Selagi boleh guna, guna jela apa ada. 
Ada anak kecik ni best la pakai iphone. 
Size dia kecik,elok je genggam. 
Lasak pun ye. 
Jatuh terpelanting terhempas pun takde hal. 
Jangan kena air sudah. 
Yang tu pantang iphone.
  Ikut best mmg best. 
Walopon camera macam hape, 
resolusi picture berderai2 pun xpe...
nak cantik kalu, guna camera sudah..

Tapi tulah. 
Orang lain dah sampai iphone 6 plus minus semua ada, 
yang awak duk peluk cium ip4 je? 
Haha...tu takpe lagi. 
Yang takleh nye bila kejap kang hang. 
Bukak fb lembap. 
Update blog takleh langsung dah letak picture, fail manjang.
 Wasaap toksah citer..sunyi sepi. 
Sekali masuk mesej berderu2..hang sokmo.
Pun bertabah lagi. 
Tidak2 boleh lagi call ke apa. 
Pastu tetiba speaker plk buat hal. 
Takde keluar bunyi langsung.. 
so kiranya nak fon call xdapat dah la..
azab apekah ini..huwaaaa...
tambah lagi kejap2 mati. 
Kejap kang mati..
 ni nak repair bawak p kedai pun malu..haha.
So decide tukar fon baru. 

Tengok xiomi bukak offer murah untuk note.
 Ok la beli online. 
Harga pun murah 550je online.
 So terus grab. 
For the first time in life guna android mmg rasa sangatttttlah x best. 
Hoih ni hape function pelik2 sgt ni. 
Icon pun x cantik...x smart...
Macam kartun je semua ni kenapa...
Arrrr xbest. Nak nanges semua ada. 
Mulut pun ada byk bunyi cikit la...huhu...
Agaknya sebab banyak sangat bunyi, 
x syukur dgn nikmat,
 satu hari tu tgh2 duk makan sensorang kat meja sambil scroll fb kat henpon, 
fon rumah bunyi.
 Dia bukan fon pun eceli. 
Macam interkom gitu...
yang boleh call guna fon ni pun dari guardhouse je.
 Selalunya guard akan call bila ada benda penting yg melibatkan security.
 Macam ada tetamu datang ke, 
guard akn call confirm dgn kita dulu ye ke ada tetamu nama sekian2 datang. 
Ok, mandangkan call from guardhouse,
saya pun berlari la nak jwb...
kot ada benda penting.
 (Which is mmg 'penting' lah sgt...brother restoran belakang datang nak deliver sebungkus nasi arab yang mr.faris order untuk anak dara dia). 
Huwaaaa

Dalam kekalutan tu la yg tak sedar fon tu terjatuh ke lantai.
 Terus berkecai...selamat segalanya. 
Huhu.. sekali jatuh screen terus retak beribu ribu..


Nampak x tu?
Hurm...pastu asyik duk on off on off sendiri. 
Nak swipe apa2 dah x boleh dah...grrrrrr... 
Pasrah je lah... 
Bawak g xiomi centre pun nak kena spend 600 untuk tukar screen protector and motherboard. 
So pikir2 punye pikir korbankanla sikit duit beli je henfon baru.

And now i'm using htc desire eye... 
Macam best je htc ni. Hehehehehe...
Best part is cam depan belakang 13pix ..
pastu kot nak selfie dalam gelap pun boleh sbb ad flash cam depan jugak...
best lagi sbb boleh snap picture dlm air.
 Ok, fall in love so far...hehe


Hamdulillah ala kullihal. 
Nikmat Allah tu banyak dah yg kita hirup. 
Moga2 sentiasa jadi hamba yang bersyukur..
Ok dah. Lenguh. Hehehe.

Saturday, April 11, 2015

Cerita Mak lagi

Assalamualaikum, and hi all...
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan, nikmat hidup sebagai muslim, tatkala punya Dia sebagai sebaik-baik tempat pergantungan.

Phewwww....
So many things happened in life lately. Kadang terasa beratnya nak memikul sebeban rasa hati yang kita tak mintak pun, tapi Allah bagi juga. Why...why...why....
Pasti ada sesuatu disebalik sesuatu kan. Tunggu dan lihat sahaja hikmahnya apa. Tak semua pun terjangkau dek akal manusia.

Tentang kesihatan mak, kadang2 kami anak-anak seolah berputus harap. Tapi masih mengharapkan keajaiban. Bukankah Allah itu Maha Berkuasa untuk apa aje pun :)
Alangkan seluas lautan boleh dicipta. Husnuzzan aje lah di pihak kita yang teruji. Kaki kiri mak selamat di potong. Potong bukan sikit2, sampai paras atas lutut menghampiri peha. It hurts me...alot....to see her with one leg...huhu...

Hari pembedahan mak, i cried a lot. Menangis sesungguh hati. Terasa gagal menjadi anak yang tidak mampu menguruskan mak setiap hari setiap saat setiap waktu.

Sehari sebelum pembedahan, saya balik kampung, terus ke hospital. Syukurlah mak dapat private room, dapatlah kami adik beradik 24jam di sisi mak. Waktu melawat yang bebas dan ruang bilik yang luas itupun rezeki pertolongan Allah juga..alhamdulillah.

Keadaan mak waktu tu sangat letih. Taknak makan. Tak boleh tidur. Segalanya tak selesa. Kaunselor hospital masuk bilik, bagi briefing. Risiko pembedahan ni besar.  Selepas pembedahan mak akan dalam keadaan koma kejap untuk few days...so dah tak boleh duduk wad biasa. Kena duduk icu paling kurang 3hari, atau mungkin berbulan-bulan. Faktor usia mak dan keadaan mak sebagai pesakit stroke tak membantu mak untuk cepat sedar dari pembedahan. Briefing pihak hospital yang jujur tu buatkan kitorang adik beradik menangis macam orang gila. Huhu...tapi syukur la tak nangis depan mak kan.

Malam tu yang stay kat hospital cuma saya,mr faris & abg amin dgn wife dia iqah, dan anak2 kitorang je. And ada anak buah mak dua orang. So malam tu gilir2 baca yasin. Tengah2 baca datang sebak, stop jap keluar bilik pulun nangis..huhu..macam tu lah kitorang. Seriously kitorang takut dgn risiko yg pihak hospital bagitau tu

Esoknya hari operation, abang-abang yang lain semua off datang kat mak. Tinggal abang sulung je x dapat cuti. So call la bagitau dia risiko bla bla bla...pastu dengar dia dah sebak-sebak dah...tak tau la kenapa semua orang pun jadi murah dgn airmata hari tu. Sedangkan mak tak nangis pun.

Dalam pukul 2ptg macam tu staf-staf OR masuk bilik, get ready with all the katil sorong, dokumen, bla bla bla...elok je sorong katil keluar bilik abg amin tetiba takde...eh pegi mana...rupanya masuk toilet sambung nangis..huhu...pastu call abg mujib pun x jawab. Eh mana pegi ni..rupanya duk surau solat hajat sambil membuang airmata jugak. Masing2 taknak ikut mak pegi bilik bedah, sbb takleh tahan nangis. So yang tinggal saya, mr faris, dgn abg atik je. Ok lah, so kami2 ni je la yg ikut mak sampai operation room.

Sepanjang2 nak sampai OR tu, ya Allah sayunya hati tengok mata mak, redup je dia renung mata anak2 menantu dgn cucu-cucu...dia pandang lama2. Seriously takleh tahan sebak sangat masa tu. Kejap-kejap toleh belakang lap air mata..kejap2 toleh belakang lap air mata. Yang abg atik tu melaaaaaawak je keje dia. Sampai mak tersenyum. Pastu bila mak masuk OR tu abg atik siap ikut lagi masuk dalam. Tapi kejap je lah pun. Pastu dia keluar dia cakap "Dik...abang g surau jap...adik naik bilik dulu, tunggu kat atas.." Pastu dia g surau dgn air mata menjejes2 tumpah....huhuhu....semua orang pun tak kuat hari tu. Semua orang pun nangis.

So saya pun naik lah kat bilik mak...anak2 pun dah penat + mengantuk semua ada. Kejap je, dlm pukul 3-4 ptg macam tu tetiba nurse datang bgtau suh get ready mak nak naik atas. Eh...kata kena duduk icu? Pastu nurse kata ok takpe sebab mak dah sedar...so dah boleh duduk wad biasa. Tak payah icu...cuma kena pindah duduk bilik dekat dengan kaunter nurse. So that anything happen diorang blh cepat assist.

Kitorang ramai2 ni macam terlopong jugaklah....alhamdulillah...kuat sungguh semangat mak. Miracles kan..kuasa Allah, bila Dia kata dia izinkan insyaAllah apapun boleh terjadi.. Tenkiu mak sebab buatkan kitorang hepi...huhuhu....

Tapi tulah...estimated time.pihak hospital bagi utk luka bahagian yang dipotong tu sembuh adalah 1bulan. Sekarang dah lebih sebulan. Mak pun dah discharged, luka tu x sembuh jugak...huhu... Risau.

Ya Allah kurniakanlah rahmat ,keberkatan, kesihatan, dan kesembuhan ke atas bonda kami Hamidah binti Ummi Kalsom, dengan kesihatan dan kesembuhan yang sempurna sepanjang2 siang dan malam..
Ya zaljalali wal-ikram....