Saturday, July 30, 2016

Our Third Bundle of Joy

Assalamualaikum, hello & hi :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua....
An update after a long silence, as usual.
Hehehehe...
May this aidilfitri shower all of u woth joy & happinese.

Raya 2016, Allah grants us a precious "angpaw" ever.. hehe
Welcome to the world dear.....


Sofiyya Inas Binti Mohd Faris Azri
Sofiyya Inas
We call her baby Inas.
Was born on 14th of July 2016, during 35weeks of pregnancy,
weighing 3.45kg.

Alhamdulillah, alhamdulillah... thummal hamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang Berkuasa ke atas segalanya.

Nanti kita cerita tentang detik2 kelahiran Inas ye.
Full of drama air mata.
Dan. Alhamdulillah for these 2 weeks, Inas adalah anak yang sangat menyenangkan.
Senang sungguh uruskan Inas.
Sesuai dengan letak nama dia Inas (yang menyenangkan/menghiburkan).
Moga2 Inas jadi anak & adik yang menghiburkan kakak2 ye...

Saturday, May 28, 2016

2 Minggu Yang Indah, mudah-mudahan.

Assalamualaikum,

It has been a month since last update, kan?
Phewww...life is always full of unexpected things.
Hehehe...

Hokey, school holiday starts today, until 12th of June.
Quite long jugak tu.
We do not have plan for the kids, yet.
Since Papa was not able to get many off days during this school holiday,
so i will try my best to prepare lots of indoor activities for kids.
Or.....may be just balik kampung? Hoyeiiiii!!

Alhamdulillah, yesterday F and me went to the kids kindy,
for parents-teacher meeting.
Looking at the kids achievement at school,
I feel blessed by Allah.
I am not a good mother,
(But i always struggle to be the best one..hehe),
yet Allah grants me good daughters.
Both kids with their excellent social skill, reading progress, counting,bla bla bla...
Alhamdulillah.


Imtinan with Teacher Rani - very soft spoken lady.
And another lady is Imtinan's mama in her end of 7months pregnancy.
She is not that big actually.
The picture just went wrong. Hahaha...

Teacher Rani told us yesterday Imtinan is a good girl.
She can follow instruction well and able to finish task within time.
Alhamdulillah, thank you Allah for this bless.

Both kids were excited yesterday to show  us their montessori toys at school.
We are excited too!
That little lady in yellow is Iman, refused to take picture with any of the teacher.
She just want to play around with other friends,
picked up few books, beans, blocks, wooden math toys, etc etc..
Puan Saadiah is Iman's teacher.
According to Teacher Saadiah, Iman is also able to follow instruction well.
She makes friends at school, enjoy learning phonics, love singing yada yada yada...

The most important for me is : kids enjoy their school days.
So that i can smile at home the whole day, completing all the housechores, with no worries at all.
Kan?

So yesterday, we brought back the kids files ( consist of the crafts made by them, the workbooks they completed, the progress chart of the montessori activities, etc).
I promise to myself, within 2weeks of this school holiday, i will go through the files - one by one - and jot down any important notes (for the sake of memory..haha).
May i do not break my own promise!

SOOO....today is first day of school holiday.
F and me wake up before subuh, as usual.
Kids are still in tight sleep untill now.
They had so much fun bonding time with F last night.
They play hide and seek, lari2 berkejaran pusing2 living hall, bla bla bla.
Sedar2, it was 11.30pm!

Today F is going to London for work.
While he prepared her luggage, i prepared him breakfast.

A mug of green tea with french toast.
I used this simple french toast style : telor+mayonese = kacau2, celup roti & grilled on pan.
Loved by everybody in this house. Hehe... Alhamdulillah.
By the way, this TWG brand green tea really make up my day.
I was not into green tea before, untill i try this TWG brand.
It gives me nice smell that enhance my day.
Smile until telinga :)

#F is already in the airplane now,
#Kids still on bed,
#Me with my phone, updating this blog.
So...what to do next?
Vaccuming?Laundry?Moping?
Owh..ok i need to cook, few guests are coming for lunch&dinner.
Hehehe....

Till meet again :)

Monday, April 18, 2016

Positive Vibes vs Negative Vibes

Hadir ke kenduri (especially kenduri kawin) adalah perkara yang paling saya nak elak.
Kenapa ye? Entahla..susah nak explain.
Sape la tak suke attend wedding.
Nasik minyak kenduri tu sedap tau tak.
Dapat pulak lawan dengan ayam masak merah,
Rendang hitam daging,
Acar jelatah!
Sambil taip pun dah lapar tetiba. Adeh...
Kena pulak sekarang ni pesen macam2 tuan rumah jamu,
Laksa lah, aiskrim lah, puding lah, kuih muih lagi...
Tak best lagi ke tu?
Tambah lagi dapat jumpa saudara mara, kawan2...
Seronoknye dapat borak2 tanya khabar....

Alhamdulillah...

Tapi...dalam kata banyak yang best tu, yang tak best pun ada juga.
Especially bab menyembang.
Kadang syok sangat menyembang kita lupa,
Apa yang kita cakap tu buat orang terasa,
Yela....lidah tu ada penapis ke?
Takde kan...
Ok ada...penapis akhlak.
Orang yang betul2 akhlak dia baik je yang lidah dia akan terkawal.
Sebab Allah jaga.

Saya ni bukan baik pun.
Cakap tu terlepas2 juga.
Kadang nak bagi pendapat, kadang tu nak bergurau sesaja.
Tapi tak perasan apa yang kita cakap tu bagi negative vibes kat orang lain.
Benda ni tak bagus sebenarnya.
Tapi selalunya (apa yang jadi pada saya sendiri),
Dah terlepas cakap baru perasan yang kita tercakap benda tak elok.
Astaghfirullah.....

Sebab tu jugaklah tiap kali attend kenduri,
Saya banyak memilih untuk diam. Kurang bercakap.
Walaupun lepas tu dengar jugak desas desus, orang kata saya sombong.
But again, only Allah can see through your heart.
Nak suruh orang sentiasa fikir yang elok2 tentang kita,
Siapa je lah pun kita ni?
Sedangkan Rasulullah yang akhlak dia baik sangat tu pun ada jugak orang tak suka.
Kerdilnye lah rasa diri haku ni ha..
T__________________T

Ok, I attended this one kenduri,
Kenduri kahwin sepupu,
Tau jelah kan...bila kenduri sepupu ni, sedara mara akan ramailah datang.
Makcik, tokcik, toknek semua ada ;p
Kadang yang dah tak jumpe 10 tahun pun tetiba terjumpe.

Accidentally i met this one aunty,
Macam kenal..tapi sape nama dia ni, lupa.
Salam je lah..cium tangan.
Aunty 1 : Ni sape ye?
Aunty 2 : Ni Sumayyah..tak kenal ke?
Aunty 1 : Lah...ye ke ni? Oiii dah besar dah.
Saya : Apa khabar? (Tu jela pun aku reti..haha)
Aunty 2 : Baik....lama tak jumpe na, tak cam dah maklong. Kenai lagi ka maklong ni?
Saya : Eh kenal2... Maklong je tak cam saya, dah lain kan...hehe
Aunty 1 : Yela...jumpa waktu hang sekolah2 dulu ja....sekarang anak dah berapa?
Saya : Baru dua..
Aunty 1 : Kerja apa? Ke tak kerja?
Saya : Tak...
Aunty 2 : Apela nak jadi budak2 sekarang ni...belajaq tinggi2 takmau kerja. Sayang!
Aunty 1 : Itu la...tu hat kat rumah tu, ada PhD pun takmau kerja. Tak tau nak kata apa dah.
Aunty 2 : Tu **** (referring tu her daughter) sama la...dah kawin takmau kerja.
Aunty 1 : Anak kak tiga2 takmau kerja. Beletiaq pun tak jadi apa dah.

See....how both aunties gave me negative vibes.
Saya pulak bukanlah jenis yang reti menjawab ke apa,
tambah2 orang tua. Thats why la, better stay away dari  cakap2 yang macam ni.
Ya, saya akui, dan saya hormat, dedua makciks tu lebih makan garam dari saya
(harap2 dedua tak kena darah tinggi ;p)
Mungkin mereka lalui pengalaman hidup yang pahit, who knows kan.
Nak kata simpan dalam hati tu takdelah,
Buat apa nak kecik ati / tersinggung pun.
Dah kalih orang kata. Pejam celik 5  tahun dah duk rumah jaga laki & anak.
Once you choose the road not taken by others, u need to be strong lah. 
Cuma, cakap2 macam ni lah yang adakala menjatuhkan kita.
Melemahkan semangat kita. Buat jiwa kita jadi keciiiikkkkk sangat kalau kita tak kuat.

####################

Aunty A : Dah berapa bulan ni?
Saya : Masuk 5, alhamdulillah...
Aunty A : Bersalin nanti macam mana?
Saya : Entahlah...(Senyum, tak tau nak jawab apa)
Aunty A : Takde plan lagi ke nanti nak berpantang dengan anak2 macamana?
Saya : Fikir jugak nanti macamana, tapi tak keluar solution. (sambil gelak2).
Aunty A : Yela, husband selau fly kan, nanti camana nak jaga tiga orang anak sendiri time pantang?
Saya : Tula, selalu jugak fikir.. Tapi tak jumpe solutionnya camana, stop dulu fikir. Nanti stress..
Aunty A : Lagi 4 bulan ni nak bersalin... (Nampak dia tumpang risau)
Aunty B : Betul tu, nak bangun duduk uruskan anak2, tak cukup rehat pantang nanti.
Jauh di sudut hati terharu rasa bila ada yang caring macam ni...Thanks to both of u.

Suddenly, Aunty C menyampuk,
Aunty C : Alah...Makcik ni, enam orang tau..enam orang anak.
Beranak dari yang sulung sampai yang bongsu jaga sendiri je.
Tak pernah berpantang balik kampung.
Kerja lagi. Awak duduk rumah je, bukan kerja pun, nak risau apa.

Dan...semua orang terkedu..
Situasi saya dan Aunty C berbeza.
Aunty C memang tak balik pantang di kampung,
tapi mak,
mak mertua,
dua2 datang "berkampung" di rumah Aunty C sepanjang Aunty C berpantang.
Suami Aunty C pulak kerja siang, petang balik.
Suami saya kerja 4 hari tak balik langsung.
Jauh pulak tu...Kejap ke UK, Kejap ke saudi,
Tu beza nya.
Sedang saya takde sapa2 pun boleh tolong datang bantu.
Again, nak memahamkan semua orang bukan senang.

#########################

Dan...banyak lagi cakap-cakap yang mendatangkan aura negatif dalam hidup kita.
Sebab tu lah duduk rumah takyah jumpe sapa2 tu lagi best ;p
Tapi tanggungjawab sosial nak buang ke mana kan?
Ok lah...actually benda ni bergantung pada kita jugak.
Nak memahamkan orang lain tentang hidup kita ni pun bukan senang.
In fact, takde pekdah nye pun.
Hidup kita, kita yang uruskan.
Kita je tahu apa kita mahu.
Outsiders, datang dia kejap2 je...

So, the best way is ; biar je la orang nak cakap apa,
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Tapi bukan senang tau.
Walaupun kata tak berkecik hati ke apa,
sikit sebanyak affect jugak tu cara kita berfikir.
Nak kena buang cepat2 aura negatif tu.
So, selalunya balik kenduri.. sebelum masuk pintu kereta,
buang dulu aura2 negatif yang dah masuk dalam badan tu.
Dan, bila dah sampai rumah,
Nak masuk rumah pun puh kanan puh kiri dulu,
Buang jauh2 segala mala tok nenek negative vibes  yang melekat kat baju ngan tudung tu ;p

To those aunties, uncles, cousins, friends, I appreciated your 'kind advices',
But i appreciate more if you do not give advice at all.
Mmmmmuahahahaha...
Negative vibes, please stay away...
Positive vibes, come to mama pleashhhh...

Sunday, April 17, 2016

Kids Activity - Cooking Time!!!

Anak pompuan, kalau di ajak memasak lajuuu je.
Abis, tetiap hari pun tu yang diorang nampak mama buat.
Ni antara aktiviti minggu ni.
Biasala balik sekolah tengahari, tukar baju makan semua,
Mama rehat jap.
Baring2 sambil dengar celoteh budak berdua tu.
Berebut2 nak bercerita tentang hal masing2.
Cerita hal kawan lah, hal teacher lah.
Siap cakap ada kawan ajak g tidur rumah dia..
Amboiiii baru umur 4 tahun lebih ni,
Dah pandai nak lepak umah kawan ye....
Kelakar la tapi.

Iman pun sekarang dah pandai dah..
Iman ni kalau dia cerita apa2,
cakap dia tersangkut-sangkut sikit.
Kadang tu nak menunggu dia habis cerita tu lama,
Imtinan dah tak sabar tunggu, terus masukkan cerita dia.
Pastu Iman dia terus stop, dia tenung kakak lama2 (dengan muka serius),
pastu dia cakap...
"Kakak. Tolong ikut turn please."
Garang oooo...macam mama dia. Hahaha..

Lepas baring2 lepak2 tu, masuk la playroom diorang, saya join main sama2.
Pastu dah petang sikit pukul 6 masuk dapur.
Ajak diorang sekali. Tolong apa2 yang patut.
Ni pun kira part of activities jugak.
Ok apa, takyah lah 24hours nak structured play manjang. Kang bosan pulak.

Menu hari sebelum tu nak masak nasik goreng untuk dinner.
Mintak diorang tolong potong kacang panjang.
Bagi mangkuk sorang satu, papan potong dengan pisau plastik ikea tu.





Hasil kakak T___________________T

Hasil Iman  T___________T

Saya perasan jugak Iman ni buat kerja macam teliti tapi nak cepat.
Dia agak kurang sabar kalau benda tu dia rasa susah.
Dia akan cepat jumpa solution / short cut way.
Ataupun kalau dia tak jumpa solution dia stop jelah buat.
Dia macam takde guilty feeling ke apa sebab tak siapkan task dia.
Bahaya jugak nih. Hahaha..
Macam kacang tu, Iman guna pisau jap je.
Dia rasa susah (sebab pisau budak2 ikea tu taula kan 'tajam' dia cemana je..haha)
So dia letak pisau tepi, dia patah2 kan je.
Macam ni pun boleh kan mama?
Owh.......boleeehhhh sangat... Iman yang kelakar.




Yang ini pulak masak the next day.
Nak buat sayur bening bayam dengan ikan bakar kunyit.

Menggaram kunyitkan ikan. Oit kakak..apesal muka mencuka je tu...aiyoooo

Letak garam kunyit kat ikan tapi mulut cakap "sabun fish...sabun fish...gosok2, sabun armpit dia.."

Siang bayam

Macam biasa Iman, mesti dia nak cepat. Dengan batang2 sekali dia masukkan dlm bekas. Last2 kakak pilih balik yang Iman buat, dia ceraikan daun tu dari batang satu2.

Dan...malam tu dua2 nye makan dengan selera.
Terkejut jugak, kakak makan bayam tu sampai habis.
Padehal dia jenis yang taknak makan sayur.
Kakak ooo kakak....mentang dia yang siang, laju je makan.

Nanti esok-esok kita buat lagi ye anak2...

Saturday, April 16, 2016

Tips Mengerjakan Umrah Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum,

Ni sambungan dari entri PENGALAMAN UMRAH BERSAMA ANAK KECIL
Anak saya ni tak kecil mana lah waktu kitorang pergi last year.
Imtinan 3 tahun 6 bulan.
Iman 2 tahun 3 bulan.
Tengah syok berlari sana sini.
So tips ni mungkin applicable only untuk anak2 yang baya2 ni.
Mungkin la. Hehe.

Tips 1.
BIASAKAN BAWA ANAK KE MASJID / SURAU.
Kalau yang dah biasa solat jemaah kat rumah sekali dengan anak2, lebih senang.
So that anak2 dah biasa dengan suasana solat jemaah.
Setidak-tidaknya waktu solat ramai2 tu anak2 dah terbiasa - so kurang excited.
(Budak2 kalau excited, aktif dia lain macam sikit).
Sekali sekala bawak g masjid.
Macam Imtinan kira ok la sebab F selalu bawak g masjid sebelum2 ni.
So dia dah biasa berdiri je tepi F time solat.
Iman pulak, dia belum biasa.
Kalau kitorang solat kat rumah pun dia tergolek terbaring kat tepi sejadah.
Joget-joget ke...nyanyi la...zikir la...an tak
So, dalam 2-3 minggu sebelum berangkat ke jeddah tu,
F ada la jugak bawak Iman g masjid gilir2 dengan Imtinan.
Adela dalam 4-5 kali je kot. Saje, nak biasakan dia dengan suasana masjid.
So that dia tahu..oooo ni lah masjid ye? Orang ramai ye mama kat masjid?

Tips 2.
CEK SUHU KAT MEKKAH & MADINAH SEBELUM BERANGKAT.
Rasanya sekitar bulan 2 & bulan 3 tu sesuai la kalau nak bawak anak2.
Time tu temprature just nice.
Macam tengah pertukaran dari musim sejuk ke musim panas.
Tapi antara Mekkah dan Madinah, Madinah lebih sejuk.
Katelah kalau waktu tu Mekkah dalam 25-27 degree.
So  kat madinah akan jadi belas-belas. Lebih kurang la tu.
Time kitorang pergi tu suhu kat mekkah dah panas sikit.
Sebab dah penghujung bulan 3.
Ada hari2 kat Mekkah tu yang panas terik memancau,
Tapi tak sampai la 40degree.
So bila samapi Madinah, suhu just nice. Tak sejuk sgt dan tak panas sgt.
Let say waktu korang pergi tu tengah musim sejuk,
prepare la sweater ke apa.
Kalau boleh jugak, bawak banyak baju cotton yang lembut dan selesa.
Tak payah nak berjubah atau bertudung sangat.
They are just small kids.
Boleh je pakaikan anak2 jubah..tapi susah sikitla anak2 nak bergerak.
Kitorang bwk jubah 2 helai je sorang, buat syarat.
Suke je sebenarnya tengok budak2 pakai jubah pegi masjid. Hehe.
Tapi the rest banyak pakai tshirt dengan seluar je.
Yang best kat sana sebab low humidity.
So panas camana pun takde la berpeluh busuk ke apa.

Ziarah ke Taif - Pakai tshirt dengan jeans / legging yang selesa.

Malam di Masjid Nabawi - baju tidur cotton lembut

Ziarah ke pasir badar (kalau tak silapnama tempat ni) - again tshirt dan jeans untuk anak2.


Tips 3.
BAWAK 'BEKAL' DALAM KAPALTERBANG
Tips yang ini, pergi mana2 pun applicable.
Kalau berjalan jauh dengan anak2 memang kena bawak bekalan mainan.
Tambah2 travel dengan kapal terbang.
Ape je la pun yang ada dalam tu kan, selain movie/kartun.
Rasa2 budak2 yang dah pandai berlari sana sini nak ke duduk dalam airplane tu ngadap movie sampai 9jam? Memang tak la kan. Haha,
Anak2 kalau masih baby takpe, dia belum pandai main lagi.
Yang dah besar, dah pandai berlari sana sini, level of curiousity dia tinggi.
Semua pun dia nak explore. Dan memang tak boleh duduk setempat.
So, kena bawak mainan.
Selalunya kitorang bawak buku, colour pencils, pen, favourite toy, sticker books, etc.
Lepas satu, satu diorang main sampai penat.
Kalau travel by MAS, diorang selalunya ada provide travel kit untuk kids.
Like puzzles, pop-up books, colouring book, maze, colour pencils, etc.
Selalunya macam tu. Tapi tu dulu la, sekarang dah tukar MAB tak tau la cemana.
Sebab belum pernah try long distance flight lagi under MAB ni.
In between anak-anak berhai-hai-bye-bye dengan passenger lain, diorang akan main jap.
Pastu bosan2 sangat boleh la bawak berjalan pegi depan pegi belakang..
Buat semua tu sebelum anak2 start nangis.
Kalau boleh jangan sampai diorang merengek nangis melalak2 baru nak entertain.
Rajin2 la layan anak sampai diorang penat dan tidur.
Iman suka main sorok2 bawak kerusi, so layankan jelah...
Imtinan jenis yang banyak tanya..
Kenapa lampu seat belt tu nyala?
Kenapa kita tak boleh bangun jalan2 waktu takeoff?
Kenapa tingkap airplane tak boleh buka?
Kenapa uncles&aunties (flight attendant) suke senyum kat kakak?
T____________________T
Layankan jelaaaaaa......
Diorang tidur, baru kita pun tidur. Hehe..

Iman - main 'fon'

Imtinan yang peramah - menyembang dengan passenger belakang

Iman kacau Papa lena - ajak Papa main. Kitorang dah ngantuk sangat time ni. So suruh F tdo dulu, gilir2 jaga anak2.

Favourite port Iman - tergolek kat kaki

Main sorok-sorok...pon boleyyyyy

main sticker books pulak dah...bila la ni nak tido niiii

Hak ni macam biasa, khusyuk mewarna dan menulis

Imtinan with her favourite toys. patungk ayu ni boleh pusing2 kepala tangan kaki. So boleh buat macam terbang lah, duduklah, seronok la dia...


Tips 4
DUKUNG ANAK WAKTU BUAT TAWAF
Untuk anak-anak bawah 4 tahun lebih sesuai didukung.
Sebab diorang masih rendah lagi.
Orang sangat ramai. Bersesak2 buat tawaf. Bahaya kalau terlanggar terpijak ke apa.
Tak penat ke 7 pusingan buat tawaf?
Mestilah penat. Tambah2 bawak sebeban belas2 kilo kan... ;p
Tapi ok je. Rata2 orang arab dukung anak letak atas bahu.
Kitorang ikut cara diorang. Wahhhh beban berat tu rasa kurang. Alhamdulillah.
Choice lain, sewa wheel chair. Kat situ ada khidmat sewa wheelchair.
Boleh sewa satu wheel chair untuk muat 2-3 orang anak.
Yang pakai wheel chair ni dinasihatkan buat tawaf kat tingkat atas la.
So that crowds tu kurang.
Dan takdela nak terlanggar or terpijak kaki jemaah lain dengan wheel chair tu.
Tapi ambik masa sikit. Sebab kat tingkat atas ni circle dia lagi besar.
Nak cukupkan satu pusingan tu  ambik masa sikit.
Letak anak atas wheel chair, mak ayah tolak. Setel.
Choice lain lagi?
Buat tawaf kat circle yang jauh dari kaabah.
Akan ambik masa jugak. Sebab pusingan tu akan jadi lebih besar.
Tapi kitorang tak guna wheel chair. Lebih senang dukung.
Yela anak dua je. So ok la mama dukung satu. Papa dukung satu.
Best jugak bawak anak2 ni...Budak kecik, hati suci.
Mintak apa pun Allah bagi. Kakak dia cakap :
"Ya Allah, bagi la kakak dapat pegang kaabah. Kakak nak duduk dekat2 dengan Kaabah"
Alhamdulillah, kosong ruang dekat dengan kaabah,
dapatlah kitorang merapat ke kaabah, tak jauh sangat nak pusing.
Walaupun takde sunnah apa2 pun sentuh kaabah tu.
Tapi kehendak anak-anak. Apa diorang rasa dan fikir kita bukan tahu.
In fact, ada satu kali tu kakak tanya tu apa?
(Sambil tangan dia point ke hijir Ismail)
F cakap tu hijir Ismail.
Kakak nak masuk!! Nak masuk!!
Orang memang berebut nak masuk hijir Ismail. Bersesak-sesak.
So lepas selesai tawaf F dukung kakak, g join bersesak nak masuk.
Alhamdulillah dipermudahkan. Dapatla kakak ikut F solat dua rakaat dalam tu.
Tapi saya&Iman tak masuk la. Hehe.
Kita perempuan ni, tak elok la bersesak2 & bercampur gaul laki pompuan atas nama ibadah.
Sedangkan solat di hijir ismail tu bukan rukun umrah pun.
Kebetulan tiap kali saya buat tawaf kawasan hijir ismail tu sesak dengan orang lelaki.
i is pemalu uolsss...Haha..

Ni cara kami tawaf dengan anak-anak - Waktu ni baru lepas tawaf sunat.



TIPS 5
CARI HOTEL YANG DEKAT DENGAN MASJID
Sedekat yang boleh.
Bergantung pada bajet. Lagi dekat hotel dengan masjid lagi mahal rate dia.
Yang kitorang pergi hari tu nama apa eh hotel dia..lupa dah.
Waktu kat mekah jarak hotel ke masjid dalam 150 meter kot. (maaf, saya lupa)
Kalau nak ikutkan takla jauh sangat.
Tapi disebabkan jalan dari masjid nak ke hotel tu membukit, al-lenguh jugakla menapak.
Kalau dari hotel nak ke masjid tu takla penat sebab turun bukit.
Bila balik dari masjid tu penat la jugak..hehe
Tu yang bila dah ke masjid malasnya rasa nak balik..
Hotel kat madinah dekat sikit, alhamdulillah.
Jalan pun mendatar je.
So cadangan saya, kalau boleh, spend lebih sikitlah bajet untuk hotel.
Lenguh juga dukung anak2 ulang alik.
Kat sana tak boleh bawak stroller.
Bawak nak g jalan kemana-mana tu boleh la.
Tapi kalau nak bawak ke masjid tu yang tak boleh.
Stroller tak boleh masuk dalam masjid. Kena park kat luar.
Knowing masjidil haram ni, luassss sangat.
Pintu masuk pintu keluar pun banyak.
Dan memang takde pun tempat park stroller ke apa kat luar tu.
Kalau nak bawak stroller boleh, tapi nanti tawakkal je la park stroller tu kat luar masjid ;p
Tinggal terkontang kanting camtu je. Ada rezeki, keluar masjid nanti adela lagi stroller tu.
Takde rezeki gudbye. Haha..

Tips 6
 BAWAK MAKANAN KE MASJID
Bawakla sikit bekal untuk anak2 kalau nak lepak lama kat masjid.
Knowing kids kan, suke mengunyah.
Dan memang takda masalah pun kat sana nak bawak masuk makanan.
Takat keropok/kacang/biskut/maruku, boleh je.
Takyahla tapau nasi beriani bagai makan kat dalam masjid tu ;p
Itu dah satu hal pulak nak mengemas bagai.
Just bagi something untuk anak2 leka.
My kids, kalau time kita solat diorang ok, dia ikut sekali.
Tapi bila kita nak berlepak lama2 baca quran ke, zikir ke, diorang nakkan something utk entertain diorang.
And we didnt bring ipad pun kat sana. Fon lagilah tak kasi langsung.
Entah kenapa, tak terbuka pulak hati nak kasi gadget. Haha.
Cakap pasal makanan ni,
nanti ramai la makcik2 yang akan kasi makanan untuk budak2,
atas nama 'SEDEKAH".
Especially makcik2 dari turkey. Orang turkey memang suke budak2 eh?
In fact, lepas waktu solat ada yg tunggu kat luar pintu masjid.
Nampak bebudak lalu diorang kasi makanan/duit.
Nampak kan macamana diorang raikan budak2?

TIPS 6
MASUKKAN ANAK-ANAK KE SAF WAKTU SOLAT
Waktu solat, letak anak2 kat tepi kita.
Jangan pulak biar je anak2 main kat belakang ke apa.
Atas dasar keselamatan.
Kalau anak yang dah pandai solat macam Imtinan&Iman, ajak qiam sama2.
Bisikkan siap2 kat telinga diorang, pesan2 siap2,
Nanti mama/papa nak solat.
Kakak & Adik jangan pegi mana2 tau.
Kat sini ada ramai sangat orang.
Solat je sama2 dengan mama. Kalau penat, duduk je sini.
Alhamdulillah diorang ikut solat sampai habis.
Nampak anak gerak menjauh sikit pegang tangan diorang cepat2.
Takpe, tak batal pun solat kita dengan sebab pegang tangan anak.
Kalau pakai harnest pun ok jugak.
Tapi kitorang hari tu tak ready pulak harnest.

TIPS7
WAKTU SUBUH CAMANA? WAKTU QIAMULLAIL CAMANA?
Angkut je la anak2 tengah tidur tu.
Takde masalah pun, InsyaALLAH.
Angkut dari hotel bawak ke masjid, letak je anak yang tengah tidur tu kat tepi kita.
Solat lah sebanyak mana yang nak.
Tapi saya takdela ke masjid seawal 2-3 pagi. Sejam sebelum subuh baru pergi.
Tupun masjid dah agak padat. Ramai jemaah menunggu "cop" tempat solat.
F sorang je la turun masjid 2-3 pagi camtu.
Pastu dia balik hotel semula ambik saya dan anak-anak.
Kitorang gilir2, kadang kakak ikut papa adik ikut mama.
Kadang adik ikut papa kakak ikut mama.
Kiranya kadang2 je saya bawak dua2 dengan saya.
Ada ketika bila sampai masjid lewat saf dah penuh,
Nanti makcik2 arab akan suruh org lain gerak2 sikit bagi ruang untuk saya dan anak masuk saf. (taktau betul ke arab, tapi muka macam arab2 lah..hehe)
Owh, cuma kalau kat masjid nabawi ada ruang dalam masjid yang tak boleh bawak anak kecik.
Kiranya ruang tu diperuntukkan untuk ibu2 yang tak bawak anak kecik.
Ada sign board tulis lebih kurang "No children allowed in this area".
Again, jangan risau, ruang yg restricted ni kecik je.
untuk orang2 yang betul2 nakkan privacy may be.

TIPS 8
KALAU ANAK NAK TERKUCIL CAMANA?
Toilet banyak je kat sana.
In fact kalau kat masjid nabawi, siap ada escalator lagi turun toilet.
Masjid kat bahagian atas. Toilet kat bawah masjid la kiranya.
So ada escalator, takyah la nak kena manjat tangga semua kan.
Untuk anak2 yang dah pandai guna toilet, ok.
Cuma toilet semuanya jenis yang cangkung. Taktaula kot saya tak jumpe toilet duduk.
And, takde tempat untuk nappy changing ke apa.
Kalau korang pro, carila tempat terselit mana2 tukar diapers.
Kalau tak, balik je la hotel jap tukar diapers.
Tu yang rasa macam berbaloi sangat kalau pilih hotel yang dekat dengan masjid.
Kitorang hari tu syukur la takde kes nak terkucil ke apa.
Kalau tak lelah jugak tu nak balik hotel.
Sebab budak2 ni bukan tau pun guna toilet cangkung ;p

TIPS 9
WAKTU ZIARAH CAMANA HANDLE ANAK-ANAK?
Same je macam handle anak2 waktu kita g holiday mana2.
Cuma kat sana tak banyak facility macam toilet ke RnR ke.
kalau ada RnR pun agak kurang semenggah sikitlah.
Biasalah budaya setiap tempat takkan sama.
Take it easy :)
Masjid banyak. Tapi tak semua masjid pompuan boleh masuk.
Kebanyakannya memang tak boleh la.
Tapi ada aje shopping mall korang boleh singgah kalau nak guna toilet ke apa.
So takde hal lah.
Kalau korang pergi dengan travel agent lagi senang kot. Mesti diorang guide kan.
Kitorang ni pasal pegi sendiri so ada kala tu menggagau sikit lah.
Hahaha..

Then, pasal ziarah ni..banyak je attraction untuk anak2 kat sana.
Salah satunye tempat unta. Boleh sewa unta untuk naik.
Ada kuda kecik, unta, etc.
Best la untuk anak2..Mak ayah pun tumpang seronok sekali.
Satu silap kitorang sebab lupa bawak stroller dari Malaysia.
Next time kalau ada rezeki ke asana lagi, insyaAllah nak bawak stroller sekali.
Walaupun stroller tak boleh guna dalam masjid,
tapi boleh guna waktu ziarah pegi mana-mana.
Kurang le sikit lenguh bahu mak ayahnye nih..
hehehehe..

Camel Ride

Poney ride

Muzium Keretapi - Madinah

Masjid QUba' - jumpa cat tepi toilet masjid pon boleh jadi kawan ;)

Ladang Kurma - Mula2 teruja tngok pokok kurma. Sekali nampak kotak kuning ni lagi menarik kot dia pikir, terus diorang buat game ; kutip batu masukkan kat celah2 lubang kotak tu T_______T

Pantai Yanbu' - Imtinan kesejukan. Ni malam last, esok nye flight balik malaysia dah. Baru teringat, ni lah sekali Imtinan terkucil kat tepi pantai ni. Sejuk sangat agaknya. Angin pantai tu kuat.


TIPS 10
SAEI DENGAN ANAK-ANAK MACAMANA
Lupa nak cerita pasal saei.
Patutnya lepas tawaf terus saei kan? ;p
Waktu saei pun sama macam tawaf juga.
Cuma saei ambik masa lama sikit lah berbanding dengan tawaf.
Tapi saei ni tempat dia lapang sikit.
Mungkin sebab jarak antara bukit safa dan marwah tu agak jauh,
makanya kurang lah manusia bersesak2.
In fact boleh jalan rilek2 kat sini.
Kalau penat, boleh rehat sekejap, duduk kat tepi.
Ada air zamzam disediakan. Boleh rehat sekejap sambil minum2.
Tawaf tak boleh rehat2 macam ni.
Sebab tawaf ni syarat sah dia ketat sikit berbanding dengan saei.
In fact tempat saei ni dibina bertingkat2.
Kalau tak silap sampai 4 level rasanya.
So silalah bayangkan betapa lapangnya tempat saei ni.

Again, boleh sewa wheel chair untuk yg tak larat atau yang bawak anak2.
Boleh sewa wheel chair sahaja,
Atau sewa wheel chair sekali dengan tukang tolak.
Caj dia saya tak tau berpaa sebab tak pernah try.
Kali pertama kitorang saei macam biasa kat level 1.
Kat tempat saei tak payah dukung sangat anak2.
Boleh je takat pegang tangan dorang, jalan sama2.

Kat level 3 ke 4 (tak sure mana satu),
ada diorang provide skuter tau untuk disewa.
1 skuter 50riyal (harga waktu kitorang pergi tahun lepas).
Skuter dia besar jugak. Kira kalau orang arab naik sorang duduk just nice la.
Waktu umrah kedua tu, kitorang try guna ni.
Kitorang naik bertiga muat je..
Saya + F + Iman. Tau2 je la saiz orang Asia camana kan. Hehe..
Imtinan share skuter dengan adik F &  wife dia.
Waktu ni adik ipar F tu (biras saya) nak join buat umrah sekali.
Dia memang duduk Madinah. So datang jauh dari Madinah join kitorang kat Mekkah.
Dia pun tengah  early stage pregnancy yang berisiko,
Kalau jalan banyak sikit boleh bleeding.. huhu.
So dia lah yang perkenalkan kewujudan skuter tu kat kitorang.
Dari segi syarat sah saei pun penggunaan skuter tu tak menghalang.
Dan memang pengurusan masjid sediakan skuter tu untuk jemaah guna saei.

Tapi ikhlas dari hati, mengerjakan saei dengan jalan kaki kat level 1 tu lebih rasa feel dia.
Sebab boleh nampak kewujudan bukit safa & marwah tu.
Kalau guna skuter ni dah kat level atas,
Kat level atas tak boleh nampak bukit safa dan marwah tu.


TIPS 11
EXTRA - BAGI ANAK PENDEDAHAN AWAL TENTANG SIRAH NUBUWWAH
 Ni kira tip tambahan lah.
Saya awal2 sebelum berangkat lagi hari-hari duk cerita dengan anak-anak tentang kaabah.
Mak terlebih teruja sebenarnya ni... Hehe...
Bagitau diorang tentang sejarah kaabah, sape yang bina kaabah tu.
Siap cerita lukis2 lagi safa marwah tu apa.
Camana Siti Hajar lari-lari kat bukit safa-marwah g cari air untuk Nabi Ismail.
Mekkah tu tempat asal Rasulullah. Madinah tu tempat Rasulullah behijrah.
Masjid nabawi tu masjid rasulullah.
Raudhah tu bekas tapak rumah Rasulullah..
Raudhah tu salah satu daritaman-taman syurga...
Hijir Ismail tu bekas tapak rumah nabi Ibrahim,
Bla-bla-bla...
Semua sirah yang simple2 tu saya ulang2 cerita kat ank2.
Bila sampai ke sana, nampak dua2 pun teruja.
Oooo...inilah Kaabah? Inilah Mekkah?
First time nampak Imitinan teruja tengok Kaabah,
hati saya rasa sayu sangat.
Terus laju2 doa...moga2 diberi peluang lagi untuk kami sekeluarga ke sana.

Friday, April 15, 2016

UMRAH WITH KIDS - Pengalaman Mengerjakan Umrah bersama Anak Kecil

Assalamualaikum,

Gigih menyiapkan berbelas-belas scheduled entri.
Tupun nak bising. Hehe.
Biasalah, guwe bukan penulis tegar yang boleh hasilkan 4-5 entri sehari.
Nak hasilkan satu pun boleh pengsan. Metafora di situ ;)
Yeah, terpaksa gigih buat scheduled entri.
Sebab jadual adalah full sampai minggu depan.
Banyak sangat benda nak dibuat.
Maka bertabahlah.

Alhamdulillah, tahun lepas diberi peluang ke tanah suci.
It was unplanned actually.
Niat nak ke tanah suci dah lama.
Duk bertangguh-tangguh.
Syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan dari awal sampai balik.
Saya dan anak-anak menumpang tuah F sebagai staf airline.
Setahun sekali dapat tiket free.
Cuma kekurangan tiket free ni, kalau last minute travel,korang on stand by basis je.
Kiranya kalau full load korang takleh fly la.
Macam tu la lebih kurang.
Boleh je kalau nak dapat tiket free yang berstatus confirm pun,
tapi dia macam kena book at least 3bulan sebelum rasanya.
F pulak bukan jenis yg macam tu.

F jenis yang :
"Jom sayang g cuti mana2. Bulan depan abang ada off ni 4 hari,"

Tapi takpela..sebab nanti dia akan urus semua.
Dari hal kain baju, booking hotel, makan minum, weather, yada yada yada, semua dia buat.
Even packing pun dia uruskan.
Saya cuma sediakan baju sendiri dgn baju anak2 je, mana yg nak bawak.
Nanti dia masukkan dalam beg.
So takpelah dia nak plan last minute pun.
Sebab dia boleh lalui semua tu dengan tenang... Hehehe...
Saya pun takyah penat fikir apa2 ;p

Ok melalut panjang kan..Sowiiii...

Honestly, waktu mula2 F cakap "Jom sayang g umrah bulan 3 nanti"
Benda pertama yang saya fikir adalah nak bawak anak2 ke tak nak.
 F jawab : Bawaklah. Lama dah abang nak bawak anak2 dengan ayang pegi sana.

Saya dibesarkan dalam masyarakat melayu muslim yang tak galakkan anak-anak dibawa ke masjid.
Bawak anak ke masjid menyusahkan.
Ganggu orang lain nak buat ibadat.
Dah tau ada anak kecik duduk rumah je la diam-diam.
The saying goes on.....
Sama jugak macam ke tanah suci,
Macam-macam cerita tak best boleh dengar.
Tapi alhamdulillah la, Allah jua yang menguatkan hati kitorang.
F dah beberapa kali pergi umrah. Dia bekerja sebenarnya.
Sambil bekerja ada peluang kejap pegilah tunaikan umrah.
Tapi untuk saya, ini first time sampai sana.
So perasaan adalah nervous.

Tapi, memang bulatkan tekad dan serah sepenuh keyakinan pada Allah.
Boleh kata sepanjang2 masa duk doa je dalam hati,
Moga Allah permudahkan segalanya.
Dan alhamdulillah, benar2 Allah permudahkan..
Dari urusan check in flight, nak lalui imigresen airport jeddah, sampailah kembali semula ke tanah air, semuanya lancar. Syukur sangat2 rasa.

Bila balik Malaysia, saya terfikir satu benda.
Selalu orang cakap susah bawak anak-anak pergi mekkah ni....
Tapi yang berlaku untuk kitorang adalah sebaliknya.
Dan saya yakin, untuk orang2 lain yang pernah bawak anak-anak ke sana pun dipermudahkan Allah.
Sebab apa? Sebab anak-anak ni suci. Ahli syurga.
Takkan pernah tanah suci mekkah dan madinah menolak kehadiran ahli syurga ke sana.
Look back into yourself. Beza jauh anak dengan kita ni.
Nakal amcamana pun anak2, mereka adalah ahli syurga.
Sedang kita? Perasan bagus macamana pun belum tentu lagi jadi ahli syurga.
Nasihat akak, orang2 Melayu... berhentilah buat tanggapan negatif bila ada orang bawak anak2 ke tempat ibadat.

Sampai KLIA, flight delay. Rezeki dapat masuk business lounge walaupun tiket economy.
So anak2 selesa sikit,  ada playroom for kids kat business lounge ni.
REZEKI ANAK-ANAK.



Flight attendant yang baik. Mula2 seat kitorang jauh2. Tapi dia dengan rajinnya tolong arrangekan biar dapat duduk sama2. Senang nak jaga anak-anak kecik katanya.
Iman, umur2 macam ni suke sangat letak kasut dengan tangan. Hehe.

SOFIYYA IMAN - 2 tahun 3bulan waktu ni.

SOFIYYA IMTINAN - 3tahun 6bulan waktu ni.


Alhamdulillah, both masjidil haram and masjidil nabawi gave warm welcome to kids.
Not only my kids, but all other kids. Orang-orang di sana sangat meraikan anak-anak. Mainlah, berlarilah, tak ada yang akan marah. Ada...seorang dua mungkinlah ada. Biasalah kat mana2 tempat pun. Tapi kebanyakan orang tak kisah.
Masjidil haram - selepas solat maghrib jemaah. Tengah menunggu waktu solat isyak.

Baru selesai tawaf sunat. Lupa dah waktu ni petang ke pagi. Rehat2 dalam masjid, gurau2 dengan anak-anak.

First time Imtinan dapat tengok kaabah. Lama dia beridir kat situ. Orang tengah sesak waktu ni. Dapat pulak dia rezeki menyelit kat depan tu. Dia kecik kan, tentu2 lah orang bagi ruang untuk dia. Dan ramailah nak ajak dia selfie ;p

Main pok amai-amai dengan nada terkawal, menghormati jemaah lain  nak solat sunat, baca quran, etc.

Makan2 di dataran masjidi nabawi.


Kerja dia lari dan mintak orang kejar. Seronoknye la hai...

Kakak with big doughnut. 



Murah sangat rezeki anak2 kat sana.
Kejap kang ada orang kasi kacang lah, roti lah, duit lah.
Sampai sekarang saya simpan lagi duit2 tu..Hehe..Nak taruk dalam album buat kenangan.

Masih ingat lagi sampai sekarang, waktu nak lalu imigresen kat airport Jeddah tu.
Waktu tu la paling risau.
Macam2 orang yang pernah pergi cerita,
Nak lepas imigresen jeddah tu payah.
Saya pun akui, sebab orang arab ni kebanyakannya tak bersistem.
Saya sendiri pernah ada pengalaman tersangkut kat imigresen kat Dubai dan Cairo.
Padahal tak buat salah apa pun,
saje je dorang taknak proceed.
Nak bersembang semata.
Diorang mungkinlah ada sistem.
Tapi jenis yang tak ikut sistem sangat.
Kalau ikutkan cerita, ada yang sampai amik masa 2 jam tersangkut di imigresen tu.
Ada yang satu jam. Allahu a'alam betul ke tidak cerita tu.

Tambah2 kitorang pergi sendiri, bukan melalui travel agent.
Semua jemaah umrah yang satu flight dengan kitorang tu laluan dia lain.
Kami berempat je yang ikut laluan tu.
Dalam hati doa tak putus janganlah ada apa2 masalah,
kesian kat anak2 dah berjam penat dalam flight, kalau sangkut lagi kat sini tak tau la camana diorang.
Mula2 masuk kat bahagian imigresen tu officer dia jerit  suruh asingkan beratur laki dan perempuan.
So berpisahlah saya dan F.
Saya & anak-anak ke barisan nisa' (perempuan).
F pulak Q kat barisan lelaki.
Kitorang kejap je beratur.
Officer tu main cop je, tak cek pun anak2 tu betul ke tak macam gambar dalam visa.
Budak2 ni kan kecik2 je. Memang terlindung lah bawah kaunter.
So saya offer la nak angkat budak2 ni one by one.
Tapi dia kata takyah. So syukur.

Yang lama tu menunggu F lepas.
Sebab Q bahagian lelaki ni panjang. F kat belakangggg sekali..
Saya dengan anak-anak pun duduklah bersandar kat dinding menunggu.
Errr..bukan duduk, berdiri eceli.
Sebab bukan ada kerusi pun. Hehe..
Lama jugak menunggu, dalam 10-15 minit kot.
Sampailah sorang officer ni initiate, tanya ko buat apa kat sini berdiri lama2? Kesian anak2 ko nih, nampak penat nau!
Tapi dia pandai speaking sikit, so bolehla communicate sikit.
Cakapla tengah tunggu husband.
Your husband's name?
FARIS.
Dia pegi shout out loud nama FARIS tu kemain kuat.
Terkujat kawan tu kat belakang.
F betul2  Q kat belakang sekali yang memang kitorang tak nampak langsung dah.
Laju dia ke depan, dengan muka blurrr..
Saya dah ucap syukur dlm hati...
Alhamdulillah...
F dapat potong Q dengan berkat anak2.
Nampak kan sebenarnya kitorang yang banyak tumpang rezeki anak-anak. Allahu...

Apa tujuan cerita benda2 ni?
Nak berbangga ke apa?
Demi Allah tak...
Takde sebab pun nak bangga.
Cuma nak bagi kekuatan untuk orang2 yang ada anak kecik macam kami,
Yang teringin nak ke tanah suci,
tapi ragu2 kalau2 kehadiran anak2 tu tak dialu-alukan kat sana.
Bukan apa, lepas saya balik umrah hari tu
ramai la member2 dan family duk tanya,
Ok ke bawak anak2 pegi sana?
InsyaALLAH akan ok semuanya.
Serah semua pada ALLAH,
Dia yang memudahkan, dan Dia jugak yang menjadikan sesuatu tu payah.
Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altahu Sahla...

InsyaALLAH, next entry will come out with tips umrah dengan anak-anak...kot. Hehehe..
Saya cuba.

Thursday, April 14, 2016

Artificial Grass / Rumput Tiruan

Saya tak tau bila masa artificial grass ni jadi trend.
Tapi perasan la jugak,
dari last year F duk menyebut-nyebut la
nak pasang artificial grass ni kat balkoni.
Kiranya dari duduk rumah lama dulu lagi lah.
Cuma problem nye...
Rumah lama dulu balkoni dia dah jadi toilet encik bat.
Kehkehkeh..
Kenapa la banyak2 tempat balkoni tu jgk jadi tempat diorang nak u-uk.

Jadinya niat nak pasang rumput tiruan tu tertangguh2la.
Dan...dulu-dulu memang kitorang tak pernah nak survey pun
pasal rumput tiruan tuh.
Sampailah bila nak pindah rumah baru,
F cakap nanti dia nak pasang rumput tiruan tu.
Saya tu mulanya macam tak berapa setuju.
Macam eiyahhhh leceh leceh...
Best ker pijak atas rumput?
Rumput tiruan pulak tu..of course la tajam2 kan...
Pulak tu balkoni kitorang ni jenis panjang....
Buat terbang duit je....

Tapi F ni macam biasa lah dia,
Jenis manusia gigih yang kalau nak apa2 tu
Dia usaha sampai dapat.
Bajet takpe dia kata...dia kata dia ada bajet.
Hah, kalau macam tu kita ON je lah.

Memula tu survey kat Perfect Livin '16 baru2 ni kat PWTC.
Jumpa booth pertama yang jual rumput tiruan ni.
Kalau tak silap ada 2 booth je yang jual rumput ni kat pameran tu.
Sebab masa tak cukup,
so sempat singgah kedai nama Paramount Grass je.
Ikut kata chinese guy tu, rumput tiruan yang paling bagus dan selesa adalah,
NATURAL GRASS dan COMFORT GRASS.
Dua jenis ni yang paling sedap nak pijak2 lepak golek2..
Tebal rumput dua jenis ni adalah 30-45mm.

Dua2 ni sama je,
bezanya cuma natural grass tu rumput dia ada kuning2 sikit.
Macam rumput ori kalau kita tengok kat padang ke apa,
Kan ada rumput tua yang kering kaler kekuning-kuningan tu..
Macam tulah rupa dia.
Comfort grass ni pulak dia lebih lembut.
Tapi tak nampak natural sangat.
Cuma ralatnya hari tu sebab dia kata comfort grass tu habis stok.
Even panel yang sekeping utk display pun takde.
So takleh la nak pijak and 'rasa' camana comfort nye tuh...

Harga untuk dua2 jenis ni adalah RM 15/sqf.
TAPI, sempena EXPO ni, diorang bagi harga RM12/sqf.
Gituuuu kekdah meniaga ye adik2 sekelian..
Hahaha..
So diorang bagi quotation;
Harga rumput : RM12/sqf
Delivery : free
Caj pemasangan : RM4/sqf
Drainage cell : RM5/sqf
Luas balkoni 145sqf.
So duk kira2 dgn diorang total keluar dekat 3k jugak.
Termenung jap,
walaupun lepas tawar menawar diorang kata boleh kasi free installation.
Hahaha...
Ok lah takpe, kitorang pusing2 dulu...

Pusing punye pusing..jumpe pulak booth yang jual akuarium.
Sembang-sembang dengan uncle Bangladeshi yang jaga booth tu,
selit2 tanya pasal rumput artificial yang dia pasang kat booth dia.
Uncle tu kata " U pegi itu sungai buloh sana la...itu kedai Lot 53."
Ok mekasih uncle!

Esoknye jugak pagi2 lepas hantar kids to school,
kitorang dengan gigihnye shoot to sungai buloh.
First time ke sini walopon dah duduk KL&Selangor lebih 10 tahun.
Ngeeeehehehehe..

Kat Lot53 ni, lain pulak cara diorang describe jenis rumput ni.
Pakai gred kekdahnya.
Gred A,B,C bla bla bla..
Tentu2 la nak Gred A kan. Hahaha.
Tapi macam pening sikit nak paham Bangladeshi kat sini cakap.
Rupa-rupanya Bangladeshi yang jaga booth kat kedai akuarium tu kawan dia pulak.
Patutla laju je dia suruh pegi Lot 53 ni. Hahaha pandai korang.

Kat Lot 53 ni, kiranya rumput gred A tu
sama la kualiti dengan Natural grass kat booth Paramount Grass tu.
Dan memang kitorang pijak2 sentuh2 pun boleh rasa sama je.
Harga diorang display RM9/sqf.
Wahhh jauh lagi murah la compare kat Paramount Grass kan.
Mintak kurang dia bagi RM8.
Pastu saje la mintak lagi RM7. Sampai kesudah dia tak kasi.
Hahaha...
Pastu dia tunjuk satu jenis lagi...yang gred A jugak dia kata.
Tapi yang ni RM7 sekaki. Kalau mau saya bagi RM6 la...
Pastu kitorang dah kompius dah nak pilih.
Dah apa pulak bezanya yang RM8 dengan RM7 tu?
Bila tanya dia kata :

Sama saja...dua-dua Gred A, yang ini 9 ringgit, yang sana 7 ringgit.

Kalau sama, kenapa harga lain?

Sebab sini bagus, sana tada bagus.

Huwaaa nak nangis rasa.

Ok la, last u boleh bagi berapa ni? Best price.

Sini bagus punye RM8.50, sana kurang bagus punye RM6.50.

Aik, tadi kata boleh bagi RM8 dengan RM6? Sudah naik harga ka?

Takde2 taboley la bos itu 6 ringgit... 

Pastu kitorang gelak besar. Dia pun gelak sama.
SA kat Lot 53 ni bagus. Takde emo ke apa.
Cuma language barrier tu buat kitorang risau nak membeli kat situ.
Seriously lagi banyak tanya lagi banyak pening.
Kang lain kita nak lain yang dapat.
So cakap kat dia, takpelah kitorang pusing2 kedai lain dulu.
Dia pun ok je. Takdehal punye.

Tapi harga drainage cell kat sini murah je, RM3/sqf.
Penghantaran RM100 la tapi... T______T
Pemasangan tak payah dia kata.
pasang benda ni kalo atas flat surface senang je. Boleh pasang sendiri.

Move to next kedai, LOT 54.
Kat sini terus takde mood nak membeli.
Kebetulan SA yang attend kitorang tu lain macam sangat perangainya.
Moody semacam.
Tak paham sangat jugak slanga dia.
Philipino lady. Tapi cakap melayu dia lagi ok la compare to SA kat Lot 53 tadi.
Tak paham tu takpe lagi.
Part moody tu terus takde mood nak membeli.
Tanya pun mencuke je....
Takpela makcik, bukan rezeki saya dan bukan jugak rezeki makcik...hehe

So gerak ke kedai lagi satu....
Kedai ni bagus.
Tapi sebab gambar belum transfer ke laptop lagi,
makanya tunggulah update lainkali..
kehkehkeh...

Tungggguuuuuu....



Wednesday, April 13, 2016

Surirumah yang Produktif

Assalamualaikum semua semua...

Kehidupan adalah semakin baik sekarang ni.
Alhamdulillah.
Bukan senang nak mengatur hidup setiap hari.
Lagi2 seorang surirumah sepenuh masa macam saya.
Yang hidup ni dikawal sendiri.
Takde orang lain yang kontrol.
Jadi pilihan tu di tangan sendiri, 
nak jadi surirumah yang produktif,
atau yang lemau.

Kalau pilih yang produktif,
otak kena sentiasa berjalan.
Kena selalu come out with new idea.
Kena sentiasa pelbagaikan aktiviti harian.
Bila jadi surirumah ni,
kena ingat satu benda..
MASA YANG FLEKSIBEL.
Sama jugak dengan orang yang memilih untuk bekerja sendiri,
berbisnes sendiri.
Dialah kuli dialah bos.
Ini sebenarnya peluang yang bahaya.
Sebab kalau tak urus betul2, kacau bilau tau.

Boleh jugak untuk pilih jadi surirumah yang tak produktif.
Who cares?
Pilihan hidup masing2 kan.
Biarlah apa orang nak kata pun.
Matlamat hidup masing2 tak sama.
Impian dan cita2 tak sama pun.
Yes. Doctors can claim their job is the toughestttttt job in the world.
At least they got paid with enough salary bulan2.
Teachers pun can claim their job is the toughessssst in the world.
End of the day nobody can judge sape punye job yg paling stressssssss..
Kan?
Bior je la masing2 dengan rasa "susah" masing2..
EH, by the way kan doktor yang tak produktif pun ada.
Dari muda sampai ke tua, lagu tulah cara dia.
Takde improvement.
Cikgu pun sama, ada je yang tak produktif.
Contoh cikgu sejarah,
masuk kelas BACA bla bla bla...BACA ok, B.A.C.A...bukan explain!
Cukup 40minit :
"Ok class...balik nanti baca mukasurat 100-101. 
Next class cikgu masuk baca mantera lagi"
Kihkohkihkoh...
Tapi sampai pencen pun tetap jugak boleh jadi cikgu.
 

Sama lah pun dgn fulltime housewife.
Diri sendiri yang pilih.
Kalau pilih untuk jadi surirumah yang kurang produktif pun takde hal.
You lead your life kan.
Bangun pagi2 masak, tengahari masak lagi, malam masak lagi.
In between, tukar lampin anak, kemas rumah.
Berkejar2 suap anak makan.
Ada masa bersembang kat wasapp.
Upload status fb tiap2 hari.
Petang2 siram bunga...cantikkan laman.
Pejam celik, anak2 dah besar 
Ada apa2 yang salah ke dengan rutin macam tu?
Takde pun.
Kalau bahagia dengan life macam tu go on je lah.
Cuma kurang produktif.
Again, who cares?

Tapi boleh juga pilih untuk jadi surirumah yang produktif.
Malam-malam sebelum tidur dah plan "list things to do" siap2 dalam notes.
Paling tak pun dalam palotak.
So instead of fikir nak masak apa utk sarapan esok,
a productive housewife akan fikir what a healthy meal should be?
Always have better plan for kids, pun ye jugak.
Contoh, in 5 months time target anak boleh swimming.
So cari swimming class,
atau usaha ajar anak swimming sendiri.
Lepas 5 bulan katalah anak dah pandai berenang,
Enroll anak pegi swimming competition ke apa.
Tak pun masukkan ke kelas music pulak.
So that anak boleh belajar ilmu baru.
Dan sebagai mak,
akan ada satu kepuasan dalam diri
bila dapat tengok hasil apa yang diusahakan selama ni.

Tu contoh paling simple la.

 Untuk maknye pulak,
Selain dari "follow the flow",
selalu usaha untuk tambah ilmu.
Baca buku,
attend kuliah,
masuk gym,
Tak pandai jahit, belajar menjahit,
Boleh menulis, buat buku.

Supaya ada hasil yang boleh bagi manfaat pada orang lain.
Tu yang dikatakan produktif.

Kadang hidup ni kalau nak kata busy,
semua orang pun busy.
Again, pilihan kat tangan masing2,
Ask yourself,
Nak sibukkan diri dengan benda yang macamana?

Balik pada diri sendiri,
Kalau boleh saya nak je jadi surirumah yang kurang produktif.
Lalui jelah rutin harian tu dengan aman damai.
Supaya otak tak penat berfikir.
Sebab minda dan badan dah paham dengan rutin masing2.
Bangun pagi buat ini, buat itu, kemudian buat ini, itu dan ini.
Badan for sure akan penat lah, tapi otak boleh relax.

Tapi saya tak boleh...Huhuhu

Betul ni, sebulan lalui rutin yang sama macam tu saya boleh jadi stress.
So nak tak nak memang kena sentiasa come out with new idea.
Tak kira la idea apa pun.
Asalkan benda baru.
Supaya saya boleh audit diri sendiri.
Dengan kata lain, cabar diri sendiri.
Pastu bila dah capai apa yang nak, rasa wowww! hahaha..
Only then, baru ada kepuasan dalam hidup.

Errr...tetiba lost in the middle.
Taktau dah apa nak tulis..Hahaha..
Oklah guwe tidur dulu..
Babai~~~

Tuesday, April 12, 2016

Kakak dan Basuh Pinggan


Entri ni di taip pada Oktober ke November 2015.
Rasa macam dah publish, rupanya ada duk terkepam dalam draft lagi.

 
Assalamualaikum,
Hari-hariku dipenuhi dengan gelak tawa dan tangis anak2 aje.
Takde beza pun. 
Takde apa yang special. Tu yang tak tau nak update mende tu.
Gambar2 semua dalam henpong je.
Bukak laptop jaranggg sangat.
So, tau ajelah update guna henpon ni cemana sendunye kan.
Asyik typoooo je manjang ;p

Orait.
Nak cerita pasal kakak lagi.

Kakak just celebrated her4 years old birthday,
on 21st September baru ni.

HAPPY FOUR YEARS OLD KAKAK!!!
-kalo mama rajin update pasal birthday kakak adela tu nanti entri nye..hehe-

Semalam punye cerita. 
Macam biasa, papa was away.
Bila papa out stesen camtu, biasanya kitorang tido awal.
By 7pm dah siap makan malam.
Pukul 6lebih tu dah siap mandi & tukar baju semua.
Lepak2 jap depan tv, pukul 8.30 ajak baby & kakak masuk masuk toilet.
As both pun dah free diapers, 
so before tido kena tencing dulu la...hehe
Tak perasan pulak kakak takde sama2 kat ruang tamu. 
Ingatkan dia kat bilik dia. 
So bawak jelah iman pegi tencing & gosok gigi.
Dah siap semua, eh kakak ni mana takde masuk lagi bilik saya ni.
Both still tido kat bilik master dengan saya lagi.

Saya pun keluar bilik, panggil dia..
S : Kakak....kakak mana? Jom la brush teeth...nak tido dah ni.
Diam.
S : Kakak....kakak mana ni??

Tetiba dia menjawab dari dapur...
"Kakak kat dapur niii haaaa"
Laju saya pegi dapur.
Mak-mak biasala, kalau tak panik tak sah.
Tengk2 dia berdiri atas kerusi kat sinki.

"Eh, kakak buat apa ni?"
Dia jawab sambil senyum : "basuh pinggan la mama..."

Ololololo soooo sweeeet anak mama.
Terkejut pun ye. Tak sangka pun ye.
Tak pernah imagine dia boleh buat benda tu.
Sebab tak pernah train dia walau sekali pun.

Saya ni jenis yang cepat rimas kalau dapur @ rumah berkecah.
So memang takla nak ajar anak2 umur macam ni basuh pinggan bagai.
Dengan pendek nya...nak kena angkut2 kerusi masuk dapur..
Hoiiii rimas lah, dahla dapur kecik.
Pastu budak kecik basuh pinggan takde cucinya.
Nak kena double basuh lagi...
Menambahkan kerja je kan.

Tapi seriously saya silap.
Under estimate anak satu kesikapan besar mak ayah sebenarnya.
Huhu...terpaku jap.
Sebab kakak Imtinan bukan takat basuh pinggan je.
Semua dia basuh. 
Semua ye...gelas, sudu, senduk, pastu ada periuk & satu kuali kecil dlm sinki tu
Pun dia basuh.
Bersih pulak tu.
Licin, takde minyak melekit ke apa.
Perasaan seorang ibu adalah terharu.

Cuma part sejat tu senget benget lah.
Takpe sayang, mama tak kisah,
walau pun kalau yang sejat senget tu papa memang mama gewammmm,
Hahahaha.

Nampak tak gelas tu dia sejat cemana? Ternganga je kan...kihkihkih..


Tunggang langgang je semua..tapi mama bangga tau kakak.. 

Nilah dia kakak Sofiyya Imtinan. A long awaited baby. Dah besar dah now..Moga jadi anak solehah kakak.
Malam-malam pun melawa pakai baju kurung labuci siap
T__________T

Sunday, April 10, 2016

Kids' Activity : Stamping

Assalamualaikum,

Meh hari ni sembang pasal anak-anak pulak.
Pukul 11 malam sekarang ni.
Imtinan&Iman dah lena dah.
So ambikla masa sikit update blog.
Belek2 gambar lama yang masih duduk merata.
Tak buat apa folder pun.
Hahaha..Moga anak2 tak ikut perangai berlengah mak dia ni.

So, inilah kerjasaya hari-hari.
Kalau biasa tengok orang cakap or tulis :
"Hari-hari duk fikir nak makan apeeee la nih"
Tapi guwe pulak hari-hari pikir nak buat aktiviti apeeee la nih.
Kehkehkeh...

Selalunya bila anak-anak buat aktiviti macam ni,
saya suke join.
Suka ambik peranan sebagai 'peers' instead of 'coach' or cikgu.
Cube nak enjoy play time tu sama2.
Cube nak berlakon jadi kanak-kanak balik.
So selalunya masa main kitorang ni, saya biarkan je apa diorang nak buat.

Yang ini kitorang buat stamping activity.
Stamping cara kitorang sendiri la..
Pakai je apa bahan yang ada.
Ni guna water colour and wooden blocks.

 Wooden blocks kan ada macam2 bentuk.
Yang selalu dalam satu box tu ada silinder, square, bla bla bla tu..
Cer teka apa budak2 ni nak buat? Hehehe...


 Tadaaa.....haaaa buat orang!
Walaupun kaki terkangkang tak sopan langsung!
Hahaha... Looks like orang-orang yang jaga sawah tu..kehkehkeh.

Yang ni pulak buat stamping guna foam number.
Rasanya waktu ni nak ngajar Iman numbers kot.
Ntah dah lupa, sebab dah lama dah ni. Haha..



Hasil bila dah siap, saya tampal kat dinding guna washi tape.
Washi tapi ni best sebab kertas melekat kuat kat dinding.
Tapi  tak tinggalkan kesan walaupun lepas  dicabut.

Errr...soalan cepu cemas :
"Tak kotor ke main macam ni?"

 TAKKKKKKK LANGSUNG.

Ye, betul tak kotor langsung.
Tapi comot! Comot sangat-sangat.. Hahahaha...
Tapi apa nak buat? Kitorang bukan duduk rumah yang ada laman pun.
Kalau ada laman boleh jugak buat activity comot macam ni kat backyard.
Errr..tapi ni malaysia kot.
Mau berpeluh lencun satu badan kalau lepak backyard pun.

Teringat kecik2 dulu mak potong pelepah pisang lah, batang sayur lah,
petik bunga lah..bagi kat saya untuk main stamping2 ni.
Pastu mak masak, saya bersila kat tepi kaki mak,
duk tekap2 sayur2 yang mak kasi tu dalam water colour,
pastu cop cop cop kat kertas.

"Cantik adik buat!"
Tq Ma bagi kenangan yang indah untuk dikenang sampai sekarang :)