Friday, April 15, 2016

UMRAH WITH KIDS - Pengalaman Mengerjakan Umrah bersama Anak Kecil

Assalamualaikum,

Gigih menyiapkan berbelas-belas scheduled entri.
Tupun nak bising. Hehe.
Biasalah, guwe bukan penulis tegar yang boleh hasilkan 4-5 entri sehari.
Nak hasilkan satu pun boleh pengsan. Metafora di situ ;)
Yeah, terpaksa gigih buat scheduled entri.
Sebab jadual adalah full sampai minggu depan.
Banyak sangat benda nak dibuat.
Maka bertabahlah.

Alhamdulillah, tahun lepas diberi peluang ke tanah suci.
It was unplanned actually.
Niat nak ke tanah suci dah lama.
Duk bertangguh-tangguh.
Syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan dari awal sampai balik.
Saya dan anak-anak menumpang tuah F sebagai staf airline.
Setahun sekali dapat tiket free.
Cuma kekurangan tiket free ni, kalau last minute travel,korang on stand by basis je.
Kiranya kalau full load korang takleh fly la.
Macam tu la lebih kurang.
Boleh je kalau nak dapat tiket free yang berstatus confirm pun,
tapi dia macam kena book at least 3bulan sebelum rasanya.
F pulak bukan jenis yg macam tu.

F jenis yang :
"Jom sayang g cuti mana2. Bulan depan abang ada off ni 4 hari,"

Tapi takpela..sebab nanti dia akan urus semua.
Dari hal kain baju, booking hotel, makan minum, weather, yada yada yada, semua dia buat.
Even packing pun dia uruskan.
Saya cuma sediakan baju sendiri dgn baju anak2 je, mana yg nak bawak.
Nanti dia masukkan dalam beg.
So takpelah dia nak plan last minute pun.
Sebab dia boleh lalui semua tu dengan tenang... Hehehe...
Saya pun takyah penat fikir apa2 ;p

Ok melalut panjang kan..Sowiiii...

Honestly, waktu mula2 F cakap "Jom sayang g umrah bulan 3 nanti"
Benda pertama yang saya fikir adalah nak bawak anak2 ke tak nak.
 F jawab : Bawaklah. Lama dah abang nak bawak anak2 dengan ayang pegi sana.

Saya dibesarkan dalam masyarakat melayu muslim yang tak galakkan anak-anak dibawa ke masjid.
Bawak anak ke masjid menyusahkan.
Ganggu orang lain nak buat ibadat.
Dah tau ada anak kecik duduk rumah je la diam-diam.
The saying goes on.....
Sama jugak macam ke tanah suci,
Macam-macam cerita tak best boleh dengar.
Tapi alhamdulillah la, Allah jua yang menguatkan hati kitorang.
F dah beberapa kali pergi umrah. Dia bekerja sebenarnya.
Sambil bekerja ada peluang kejap pegilah tunaikan umrah.
Tapi untuk saya, ini first time sampai sana.
So perasaan adalah nervous.

Tapi, memang bulatkan tekad dan serah sepenuh keyakinan pada Allah.
Boleh kata sepanjang2 masa duk doa je dalam hati,
Moga Allah permudahkan segalanya.
Dan alhamdulillah, benar2 Allah permudahkan..
Dari urusan check in flight, nak lalui imigresen airport jeddah, sampailah kembali semula ke tanah air, semuanya lancar. Syukur sangat2 rasa.

Bila balik Malaysia, saya terfikir satu benda.
Selalu orang cakap susah bawak anak-anak pergi mekkah ni....
Tapi yang berlaku untuk kitorang adalah sebaliknya.
Dan saya yakin, untuk orang2 lain yang pernah bawak anak-anak ke sana pun dipermudahkan Allah.
Sebab apa? Sebab anak-anak ni suci. Ahli syurga.
Takkan pernah tanah suci mekkah dan madinah menolak kehadiran ahli syurga ke sana.
Look back into yourself. Beza jauh anak dengan kita ni.
Nakal amcamana pun anak2, mereka adalah ahli syurga.
Sedang kita? Perasan bagus macamana pun belum tentu lagi jadi ahli syurga.
Nasihat akak, orang2 Melayu... berhentilah buat tanggapan negatif bila ada orang bawak anak2 ke tempat ibadat.

Sampai KLIA, flight delay. Rezeki dapat masuk business lounge walaupun tiket economy.
So anak2 selesa sikit,  ada playroom for kids kat business lounge ni.
REZEKI ANAK-ANAK.



Flight attendant yang baik. Mula2 seat kitorang jauh2. Tapi dia dengan rajinnya tolong arrangekan biar dapat duduk sama2. Senang nak jaga anak-anak kecik katanya.
Iman, umur2 macam ni suke sangat letak kasut dengan tangan. Hehe.

SOFIYYA IMAN - 2 tahun 3bulan waktu ni.

SOFIYYA IMTINAN - 3tahun 6bulan waktu ni.


Alhamdulillah, both masjidil haram and masjidil nabawi gave warm welcome to kids.
Not only my kids, but all other kids. Orang-orang di sana sangat meraikan anak-anak. Mainlah, berlarilah, tak ada yang akan marah. Ada...seorang dua mungkinlah ada. Biasalah kat mana2 tempat pun. Tapi kebanyakan orang tak kisah.
Masjidil haram - selepas solat maghrib jemaah. Tengah menunggu waktu solat isyak.

Baru selesai tawaf sunat. Lupa dah waktu ni petang ke pagi. Rehat2 dalam masjid, gurau2 dengan anak-anak.

First time Imtinan dapat tengok kaabah. Lama dia beridir kat situ. Orang tengah sesak waktu ni. Dapat pulak dia rezeki menyelit kat depan tu. Dia kecik kan, tentu2 lah orang bagi ruang untuk dia. Dan ramailah nak ajak dia selfie ;p

Main pok amai-amai dengan nada terkawal, menghormati jemaah lain  nak solat sunat, baca quran, etc.

Makan2 di dataran masjidi nabawi.


Kerja dia lari dan mintak orang kejar. Seronoknye la hai...

Kakak with big doughnut. 



Murah sangat rezeki anak2 kat sana.
Kejap kang ada orang kasi kacang lah, roti lah, duit lah.
Sampai sekarang saya simpan lagi duit2 tu..Hehe..Nak taruk dalam album buat kenangan.

Masih ingat lagi sampai sekarang, waktu nak lalu imigresen kat airport Jeddah tu.
Waktu tu la paling risau.
Macam2 orang yang pernah pergi cerita,
Nak lepas imigresen jeddah tu payah.
Saya pun akui, sebab orang arab ni kebanyakannya tak bersistem.
Saya sendiri pernah ada pengalaman tersangkut kat imigresen kat Dubai dan Cairo.
Padahal tak buat salah apa pun,
saje je dorang taknak proceed.
Nak bersembang semata.
Diorang mungkinlah ada sistem.
Tapi jenis yang tak ikut sistem sangat.
Kalau ikutkan cerita, ada yang sampai amik masa 2 jam tersangkut di imigresen tu.
Ada yang satu jam. Allahu a'alam betul ke tidak cerita tu.

Tambah2 kitorang pergi sendiri, bukan melalui travel agent.
Semua jemaah umrah yang satu flight dengan kitorang tu laluan dia lain.
Kami berempat je yang ikut laluan tu.
Dalam hati doa tak putus janganlah ada apa2 masalah,
kesian kat anak2 dah berjam penat dalam flight, kalau sangkut lagi kat sini tak tau la camana diorang.
Mula2 masuk kat bahagian imigresen tu officer dia jerit  suruh asingkan beratur laki dan perempuan.
So berpisahlah saya dan F.
Saya & anak-anak ke barisan nisa' (perempuan).
F pulak Q kat barisan lelaki.
Kitorang kejap je beratur.
Officer tu main cop je, tak cek pun anak2 tu betul ke tak macam gambar dalam visa.
Budak2 ni kan kecik2 je. Memang terlindung lah bawah kaunter.
So saya offer la nak angkat budak2 ni one by one.
Tapi dia kata takyah. So syukur.

Yang lama tu menunggu F lepas.
Sebab Q bahagian lelaki ni panjang. F kat belakangggg sekali..
Saya dengan anak-anak pun duduklah bersandar kat dinding menunggu.
Errr..bukan duduk, berdiri eceli.
Sebab bukan ada kerusi pun. Hehe..
Lama jugak menunggu, dalam 10-15 minit kot.
Sampailah sorang officer ni initiate, tanya ko buat apa kat sini berdiri lama2? Kesian anak2 ko nih, nampak penat nau!
Tapi dia pandai speaking sikit, so bolehla communicate sikit.
Cakapla tengah tunggu husband.
Your husband's name?
FARIS.
Dia pegi shout out loud nama FARIS tu kemain kuat.
Terkujat kawan tu kat belakang.
F betul2  Q kat belakang sekali yang memang kitorang tak nampak langsung dah.
Laju dia ke depan, dengan muka blurrr..
Saya dah ucap syukur dlm hati...
Alhamdulillah...
F dapat potong Q dengan berkat anak2.
Nampak kan sebenarnya kitorang yang banyak tumpang rezeki anak-anak. Allahu...

Apa tujuan cerita benda2 ni?
Nak berbangga ke apa?
Demi Allah tak...
Takde sebab pun nak bangga.
Cuma nak bagi kekuatan untuk orang2 yang ada anak kecik macam kami,
Yang teringin nak ke tanah suci,
tapi ragu2 kalau2 kehadiran anak2 tu tak dialu-alukan kat sana.
Bukan apa, lepas saya balik umrah hari tu
ramai la member2 dan family duk tanya,
Ok ke bawak anak2 pegi sana?
InsyaALLAH akan ok semuanya.
Serah semua pada ALLAH,
Dia yang memudahkan, dan Dia jugak yang menjadikan sesuatu tu payah.
Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altahu Sahla...

InsyaALLAH, next entry will come out with tips umrah dengan anak-anak...kot. Hehehe..
Saya cuba.

1 comment:

  1. Learn how to book international flights for $100 instead of $1,000 using Travel Hacking.

    ReplyDelete