Assalamualaikum,
Meh hari ni sembang pasal anak-anak pulak.
Pukul 11 malam sekarang ni.
Imtinan&Iman dah lena dah.
So ambikla masa sikit update blog.
Belek2 gambar lama yang masih duduk merata.
Tak buat apa folder pun.
Hahaha..Moga anak2 tak ikut perangai berlengah mak dia ni.
So, inilah kerjasaya hari-hari.
Kalau biasa tengok orang cakap or tulis :
"Hari-hari duk fikir nak makan apeeee la nih"
Tapi guwe pulak hari-hari pikir nak buat aktiviti apeeee la nih.
Kehkehkeh...
Selalunya bila anak-anak buat aktiviti macam ni,
saya suke join.
Suka ambik peranan sebagai 'peers' instead of 'coach' or cikgu.
Cube nak enjoy play time tu sama2.
Cube nak berlakon jadi kanak-kanak balik.
So selalunya masa main kitorang ni, saya biarkan je apa diorang nak buat.
Yang ini kitorang buat stamping activity.
Stamping cara kitorang sendiri la..
Pakai je apa bahan yang ada.
Ni guna water colour and wooden blocks.
Wooden blocks kan ada macam2 bentuk.
Yang selalu dalam satu box tu ada silinder, square, bla bla bla tu..
Cer teka apa budak2 ni nak buat? Hehehe...
Tadaaa.....haaaa buat orang!
Walaupun kaki terkangkang tak sopan langsung!
Hahaha... Looks like orang-orang yang jaga sawah tu..kehkehkeh.
Yang ni pulak buat stamping guna foam number.
Rasanya waktu ni nak ngajar Iman numbers kot.
Ntah dah lupa, sebab dah lama dah ni. Haha..
Hasil bila dah siap, saya tampal kat dinding guna washi tape.
Washi tapi ni best sebab kertas melekat kuat kat dinding.
Tapi tak tinggalkan kesan walaupun lepas dicabut.
Errr...soalan cepu cemas :
"Tak kotor ke main macam ni?"
TAKKKKKKK LANGSUNG.
Ye, betul tak kotor langsung.
Tapi comot! Comot sangat-sangat.. Hahahaha...
Tapi apa nak buat? Kitorang bukan duduk rumah yang ada laman pun.
Kalau ada laman boleh jugak buat activity comot macam ni kat backyard.
Errr..tapi ni malaysia kot.
Mau berpeluh lencun satu badan kalau lepak backyard pun.
Teringat kecik2 dulu mak potong pelepah pisang lah, batang sayur lah,
petik bunga lah..bagi kat saya untuk main stamping2 ni.
Pastu mak masak, saya bersila kat tepi kaki mak,
duk tekap2 sayur2 yang mak kasi tu dalam water colour,
pastu cop cop cop kat kertas.
"Cantik adik buat!"
Tq Ma bagi kenangan yang indah untuk dikenang sampai sekarang :)
No comments:
Post a Comment