Saturday, August 31, 2013

Hari Terakhir di bumi Kota Bharu

Hari ini hari terakhir di bumi Kota Bharu.
Perkara paling ralat tak dapat buat adalah:

PERTAMA : Jaga Mak.
KEDUA : Tak sempat bawak anak2 jumpa bekas MB Tuan Guru.

Tak sabar sebenarnya nak pindah ni.
2beg baju dah hantar ke rumah baru last week. Yang belen2 bawak esok je, dgn flight. Cargo dapat 40kg per person. Saya dgn Mr.Faris total jadi 80kg kapasiti beg untuk cek in. Errr harap2 tak lebih muatan. Kalau lebih, kita kenyit2 mata sikit kat staff di kaunter tu. Bukan awak dulu satu sekolah dengan saya ke? Begituuuu.....

Err,walaupun dah terbayang-bayang best nye nak masuk umah baru. Siap termimpi2 iolsss. Akan tatapi tetap ada sedih di hati. Tempat jatuh lagikan dikenang. Inikan pulak tempat tidur bangun berak dan kencing. Tak banyak kenangan yg best kat umah ni. Tapi kenangan duduk di bumi KB ni agak manis jgk rasanya.

Ramaiiiii sgt yg kondem kitorang. Sebab tak sampai setahun dah pindah lagi. Saya pun terkondem diri sendiri jgk. Hari tu beriya-iya nak duduk Kelantan. Buffering period dua tahun nak lepak2 Kelantan,dekat dengan keluarga, sebelum berhijrah ke negara orang. Konon. Pastu ni tak sampai setahun eh nak pindah KL balik? Macamtu lah cara-cara saya mengkondem diri sendiri. So bila dah jumpa rumah kat KL yang lebih selesa (pandang pertama), hati macam alahai payahnya nak buat keputusan. Apa kata mak, apa kata in law, apa kata abang-abang saya. Apa kata makcik pakcik. Apa kata ketua kampung. Apa kata D.O kawasan....hoit, kalau nak pikir apa orang kata sampai bila pun tak setel kak yang oiii...

Last week kazen saya meninggal. Duduk thailand. Mak saya orang Thailand. Muda lagi kazen ni baru umur 16 tahun. Tak tau sakit apa. Hospital takleh detect sakit apa. Waktu ziarah ke sana tu Mr.Faris buka cerita nak pindah balik KL dah. Pastu adik ipar mak, pakcik saya la...Saya panggil Khali. Khali cakap...

Inilah kehidupan. Kita kena berani cuba. Kalau tak cuba kita tak tahu. Kamu dua kan taknak beli rumah kat KL sebab nak beli rumah kat kelantan. Nak duduk Kelantan kan? Bila dah cuba duduk sekejap tapi rasa tak boleh teruskan, pindah lah...sekurang-kurangnya kamu tahu yang kamu memang tak boleh duduk Kelantan. Jadi lupakan kejap impian nak buat rumah kat Kelantan tu. tunggu pencen ye..ada masa kamu kena pejam mata, tolak tepi pandangan orang lain.

Terbukak sikit minda lepas dengar nasihat khali ni. Mr.Faris cakap....eh bagusla khali ni. Best cakap dgn dia, positif kan dia.
Ha....dia baru kenal khali tu. Kitorang jarang pegi Thailand. Saya dari kecik dah kagum dengan khali ni. Dia dulu muda2 belaja medik, kat jordan. Ke india ek...tapi somewhere yg belah-belah sana la. Lepas habis belaja taknak balik, sebab nak belaja agama pulak. Terus dia sambung pegi Syria belajar kitab kat sana. Lepas tu balik Thailand keje kejap je jadi doktor. Kat sana kan tanah siam. Hospital kerajaan jarang la org Melayu/Muslim yang pegi zaman dulu-dulu. Jadi dia rasa dia tak boleh nak berkhidmat untuk orang kampung. Dia benti keje. Buka klinik kecik2 kat umah dia. Waktu tu hidup dia jadi susah. Gaji takde. Orang kampung yg datang susah2 semua. Ubat kasi free je. Pastu Allah bagi dia keje mengajar agama kat sekolah. Dapatla gaji sikit2 sara anak isteri. Cukup makan. Tapi lama-lama Allah buka rezeki dia. Solat dhuha tak penah tinggal ni. Dari zaman dia susah dulu sampai la sekarang dah kaya raya... Anak-anak buah belah mak sekarang ni, yang agak susah sikit semua dia tanggung belaja. Murah betul rezeki dia.

Dah tercerita pasal Khali dah.
Apesal tah. Errrr...kesimpulannya sentiasa positif dengan kehidupan.

Back to cerita pindah randah. Saya kan, bila pandang muka mak,terus tak sampai hati. Nak cakap nak pindah balik KL tu macam lahaiiii susahnya. Tapi bagitau jgk. Mak selamba je. Mcm tak kisah. Macam pegilah korang muda2 lagi. Aku ni dah tua. Duduk sini je...arghhhhh serius tak smapai hati.

Saya kan, bab2 involve family ni berat sungguh hati nak buat keputusan. Secara jujur dan berterus terang nye. Saya adik kesayangan abang-abang. Diorang kalau boleh nak saya duduk umah mak. Biar je Mr.Faris sorang2 kat KL...melampau lah korang ni wahai abang-abang...hahaha. Sebab saya adik bongsu. Dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. How they appreciate Imtinan, dan Iman...saya pun terharu. Mr.Faris tu lagi lah beruntung. Masuk family saya, manja ya amat. Sampai kan tersebut je nak makan apa, jap lagi adela tu kat meja.

Tapi itulah, bukan tak sayang abang-abang. Tapi tempat isteri tu di sisi suami. Susah senang biar bersama. Tak sanggup lah nak berjarak jauh sedangkan pilihan untuk tinggal bersama tu ada.

Biarlah...moga2 ada sesuatu yg terbaik di sebalik keputusan ini.

Note : Sebenarnya saya tak tau saya nak tulih apa......

Tsk....Tsk....

Friday, August 30, 2013

Laki korang Ada Hobi tak?

Assalamualaikum,

Mr.Faris la ni.
Hari tu g jemput dia kat airport.
Macam biasa la dia, balik keje ada je benda nak bercerita. Agaknya dia tau saya bosan terperap berhari-hari sorang2.

Pastu dia buka cerita...

Mr.Faris : Yang...tadi kan kapten abang tanya...you hobby apa?

Isteri cun : abang jawab apa?

Mr.Faris : Abg jawab takde....pastu semuaaaa org pun tengok abang pelik. Pelik sangat ke orang takde hobi ek?

Isteri cun : Agaknye la...
Kalau org perempuan lepas kawin stendet ar takde hobi..orang laki taktau la...

Mr.Faris : Rasa2 ayang lah...ape hobi abang ek?


Pulak....hobi dia kita yang kena bagitau. Come on mannnnn...

Isteri Cun : Hobi abang surfing ar...
(simpan gelak dalam hati)

Mr.Faris : Huishhhhh ayang ni. Surfing mendenye...buatnya dia tanya u surfing kat pulau mana? Pakai board apa...Mati abang nak kelentong taktau...

Isteri Cun : Cakap ar surfing kat pulau safari, guna keyboard je kaptennnn

Wakakakkakakaka....

Dang kena ketuk sekali.

Errr...laki korang ada hobi ek? Saya macam pelik. Man with no hobby pelik ke?

Tapi memang pun mr.Faris ni selama kenal dia, kawin dgn dia taktau la hobi dia apa. Dulu mula2 kawin nampak la dia minat gadget. Asal apple kuarkan produk baru je mesti dia nak sambar. Geng ar dengan kawan rapat dia sorang. Kalau barang tak sampai Malaysia lagi, sanggup diorang pegi Singapore beli. Tapi duit melayang-layang macam layang-layang putus tali ar...pahadan muhuke kan...kehkehkeh..
Pastu insaf... Ye la, sedaya mana sangat nak ikut perkembangan IT ni kan. Kalau duit banyak mcm Bill Gates takpe la jgk.

Pastu kawan-kawan dia gile motor plk. Dia pun join sekaki. Tapi belum sempat dia beli motor besar, saya tiba2 jadi queen control. Memang saya cakap tak boleh. Bahaya kot. Lepas sorang2 member dia eksiden. Patah sana patah sini. MC keje sampai berbulan2...Saya cakap kat dia boleh....tapi tunggu anak2 besar dulu. Pehtu meh sama2 kita minat motor. Kita bonceng sama2. Kalo eksiden, kite eksiden sama2...done. Hobi terlarang. Hahaha.

Hari tu kapten dia ajak join group pancing-pancing. Seronok yada yada pegi pulau yada yada pegi laut yada yada. Mr.Faris cakap takpe la kapten...sayang nak tinggal anak bini kat umahhhhh...boleh jawab mcm tu? Pastu balik umah cakap kat saya Yang,tua2 nanti kita mancing nak? Anak dah besar2...abang balik keje kita g tasik mancing mesti best kan....
Owh....Sooooo sweeeet. Pengaruh rakan sebaya sangat laki saya ni.

Pastu sekarang ni member dia duk ajak join golf pulak....saya cakap ikut abang la. Asalkan abg rasa hobi tu blh buat abg release tension why not...
Pastu dia pulak yg jawab, takmauuuuu...menan org kaya2 tu...
Ngabihkan duit and golf is boring. Lagi tambah tensen abg ni..

Dah , ikut suka hati la bang. Marilah kita cipta satu hobi baru iaitu sama2 bangun solat malam dan rajin ngaji Quran. Ada jgk pekdah...

T______________T

Ini gambar cilok kat fb Mr.Faris, beliau up semalam. Hobi futsal setahun sekali time raya. Boleh bwk anak dara tersayang masuk gelanggang...





Untuk Anak yang Banyak Berkorban

Assalamualaikum.

Sofiyya Imtinan,
22 Syawal 1434 Hijrah.
Cukup dua tahun penyusuan Imtinan.

Berat untuk menypurnakan tempoh dua tahun penyusuan tu. Dengki pun ye tengok orang lain senang2 je. Hey, what's so hard about breastfeeding by the way? Hahhaha...ye la rezeki korang Allah permudahkan. Tahniah. Rezeki Imtinan tak...kesian dia tau. Banyak dugaan dia nak nyusu dengan saya.

22 Syawal cukup 2 tahun penyusuan dia mengikut kiraan tahun dalam Islam. Serius, dari hati kecil ni, saya sayang sangat dia. Hahaha.. Takle blah statement macam gini. Mana ada org tak sayang anak sendiri oiiii...sayang sampai tahap, nah amik nyawa mama ni meh. Amik jgk kesihatan mama ni. Buat spare. Amik jgk kebijaksanaan mama ni (kalau ada la). Begitu....




Keccccoh je upload gambar ni kat FB dgn caption jiwang2..eh, saya sebak tau. Sebak bila sentuh bab2 susu mentusu ni. Macam terpikir kenapala rezeki dia susah sangat. Padahal dia nak je. Pantang hulur. Kalau tak hulur pun dia pandai cari. Memang feveret dia la bermasyam2 celah ketiak mama nih...

Imtinan lahir via LSCS. Emergency LSCS. Kalau cakap bahasa mudah emergency kena operate di usia 37minggu kehamilan. Yang cerita kelahiran dia ni kita cerita lain2 kali. Tu pun kalau ingat. Kehkehkeh...Niat hati nak karang baik punye up time besday dia 21 September nanti.

Sebenarnya banyak preparation yg saya buat untuk fully breastfeed dia. Memang niat hati nak full breastfeed anak time belum kawin lagi!!!!! Nampak nau kegatalannya...wakakaka. Waktu second year kat law school dulu, ada la sorang lecturer ni. Lelaki. Org arab. Saya syak dia orang mesir kot...takpun saudi. Ntoh le...tapi dah tua la, uban penuh kat kepala. Pangkat atok2 gitu. Rendang je orangnya. Tapi ilmu tip top. Nama dia Assoc. Prof Mahmud bin Muhammad Sanusi. Tapi sampai sekarang saya tak paham apesal la budak2 ni asyik la dok panggil dia ustaz sanusi?????sesuatu sangat korang... Dia terlalu bersungguh kalau bercakap pasal breastfeed. Dia berjaya bukak mata saya tentang pentingnya penyusuan susu ibu ni sebelum saya kenal majalah Pa&Ma, sebelum saya kenal sape itu Dynaz Mokhtar, dan sebelum saya kenal group Kumpulan Ibu Menyusu yang hot tu. ye la, kau kawin pun belum jadah apa tiba2 nak menyelit kat KIM tu kan.

Kesimpulannya, azam nak menyusu badan ni dah lama simpan.

Bila pregnantkan Imtinan, baru start cari maklumat. Baru kenal pa&ma, baru kenal Dynaz Mokhtar. Baru kenal KIM. Cantek. Start beli buku-buku pasal penyusuan. Start google cari maklumat kat website semua2. Pesen saya, maklumat kat internet ni saya tak puas hati sikit. Kena cari buku jgk. Jadiknya memang setiala Mr.Faris turut bersila kat MPH atau kinokunniya meneman mak buyung ni,mencari ilmu penyusuan. Katanye...

Bersedia segala-galanya. Tanpa terlintas di pikiran yang susu tu akan tak ada. Serius. Ku bayangkan yg positif saje.

Lepas bersalin, prolong labour eceli...
Waktu nak kena operet tu pun saya dah lemah sangat, antara jaga dan tidur. Mmg bius full badan. Tak sedar apa. Sedar2 sejam lepas operet. Nampak Mr.Faris pastu tertidur balik. Bila nurse bawak masuk baby saya boleh bantai gelak pahtu tidur. Kuat tak kuat pengaruh drug you allssss. Menyusu baby malam tu pun nurse yg pegang. Kutidur tak sedar. Mamai sepanjang malam. Pagi besok baru sedar elok...eksited nak susukan baby. Tapi TAKDE. SUSU TAKDE LANGSUNG. Saya frust. Tapi mr.Faris ar cepat2 dia calm down saya balik. Ada yang,ada...lambat sikit kelua tu....ok maka built up balik perasaan yg merudum jatuh tu. tapi tetap takde.

Mr.Faris laju2 bancuh milo panas suruh saya minum. Dia lari pegi Ampang Point. Memang betul dia lari pun. Tak tipu ini. Sebab Hospital Ampang Puteri tu kan berdepan je dengan Ampang Point. Dia pegi Ampang point beli breastpump. Avent manual. Balik rumah basuh dan rebus dulu pastu angkut bawak g spital balik. Nah yang....try ni. Saya pump. Tapi setitissss pun tak keluar. Saya positif lagi. Takpe, kita cuba nanti. Bawak baby masuk, laju je Imtinan isap. Tapi susu tak keluar jgk. Macam tu la tiap kali pun. Masuk hari keempat baru nak keluar kolostrum. Hari keempat baru kolostrum! Pastu susu yg ada cukup2 je. Tu pun kadang2 ngamuk2 Imtinan sebab susu tak keluar. Lepas dua minggu bertahan dan bersabar, akhirnya hilang dah segala pemikiran positif. Yang tinggal cuma stress. Stress. Stress. Mr.Faris pujuk suruh kasi formula milk je. Saya pasrah. First susu formula Imtinan adalah Enfalac diawal usia baru nak masuk 3minggu. Tapi tulah hebatnya mr.Faris ni, dia tak putus asa. Walaupun formula milk kasi. Tapi tetap dia suruh stimulate jgk, pump and kasi baby isap. Malam2 saya menyusu sampai 2jam baby taknak lepas. Mr.Faris pun turut sama tido sambil duduk. Nak bagi semangat punya pasal. Kalau ingat balik kan, Allah....besarnya apa yg dia buat untuk anak dan isteri dia.
Jap eh nak nangis jap.............

So, kalau orang tanya Imtinan fully breastfeed ke tak. Saya tak tau nak jawab apa. Mula-mula saya jawab tak. Sbb taknak tipu. Tapi orang kondem depan2. Kita yg bekerja ni pun susah2 pump buat stok nak full bf anak. Awak duk umah je tapi taknak full bf? T______T
Tu makcik saya yg sound tu...
Maka marilah kita menipu. Hahahhaa. Eh, bukan menipu apa pun lah. Jap, meh kita sambung cerita lagi.

Nak dijadikan cerita, 21/11/2011. Imtinan taknak botol. Hari tu, tarikh tu. dia mmg taknak botol langsung. Sua botol menangis. Cukup2 umur dia dua bulan. Perasaan saya? Gembira toksah cakaplah. Dia nak berkepit jelah tapinya. Sakit belakang toksah cakaplah. Start dari hari tu, botol susu dia,saya basuh simpan. Sampai sekarang tersimpan elok. Lepas tu cukup ke tak susu mama dia nih dia tak kisah, asalkan boleh mengempeng. Saya biarkan je...assume cukup. Malas nak pikir panjang. Start dari hari tu, memang fuly bf je. Alhamdulillah....walaupun susahnya nak angkut dia pegi mall ke makan kat luar ke...susah kot nak ngempeng je keje dia.

Sampailah umur dia 5bulan 6bulan macam tu. saya pelik. Kenapa dia mcm tak puas menyusu. Nangis je. Ingatkan teething. Tapi tak. Rupanya sebab saya pregnant lagi. Awwwww....hahahhaa. Tak sedar plk pregnant. Susu drop dengan sendirinya. Ada tu ada tapi sikit la...tak cukup la untuk tampung keperluan dia. Bila umur dia masuk 8bulan (saya introduce solid waktu umur Imtinan 8bulan ats sebab2 tertentu), saya lega. Sebab at least blh dpt sumber nutrisi dari pemakanan lain. Waktu tu cuba bagi formula milk balik. Niat nak campur2. Tapi takde mau nye dia. Dari semahal-mahal susu, sampai ke murah-murah susu, semua dia reject. Dari semahal-mahal botol sampai ke yg paling murah, pun dia taknak. Kasi sippy cup, pun taknak. Sampailah try pigeon, alhamdulillah dia nak. So start campur2 balik breastmilk dgn formula milk. Waktu tu saya pregnant 5bulan kot. Ingatkan dia nak sebab botol pigeon tu best. Tapi rupanya dia nak sebab susu mama mmg dah takde langsung. Langsung2. Setitik pun tak keluar. Dia terima botol sbb dia lapar.
Dia terpaksa. Kesian dia kan.

Bila masuk 8bulan pregnant kot, susu ada balik. Terus Imtinan gemuk balik. Seronok dia. Sepanjang2 pregnant tu saya ambik satu pil ni, brand Himalaya. Made of bamboo leaf ke apa. Gynae saya yang suggest. Memang pil tu dibuat untuk ibu-ibu yg pregnant tapi masih menyusukan anak. Tak banyak membantu, tapi membantu jgk le kot sikit2. Lepas tu Imtinan reject terus pigeon dia.
No more formula milk.

Sampailah bila saya bersalin.
Bersalin operet kan. Agak susah sikitla nak tandem nursing. Bukan agak. Memang susah. Waktu tu lah saya sedih sangat. Kesian sangat kat Imtinan. Menangis2 dia mintak susu mama. Tapi tepaksa la bergilir dgn adik kan. Adik pulak jenis yang melekap jugak. Taknak lepas. Terpaksa asingkan tido Imtinan. Imtinan tido dengan papa. Baby tdo dgn mama. Pagi2 bila bangun Imtinan pandang je muka mama,sayu sangat perasaan. Tapi Imtinan ni jenis semangat besi waja kot. Tak mengalah. Lagi dia nampak adik dia menyusu lagi kuat kemahuan dia nak menyusu tu. tapi waktu tu ada bibik. Bibik yg baru start keje seminggu seelum iman lahir. Kira beban menyusu dua-dua tak terasa sangat la. Blh mintak bibik jaga sorang sambil menyusu yg lagi satu.

Tapi.......rezeki kami dgn maid tu tak lama. Dia keje kejap je. 3bulan je. Pastu berenti, sebab permit tak lepas. Waktu ni lah first time Mr.Faris suruh stop susukan imtinan. Kesiankan mama kata dia. Waktu tu perasaan Allah je yg tahu. Serabutnya ya Allah....tinggal pulak dgn mertua. Adik2 ipar ramai lelaki. Yg kecik2 pun lelaki. Nak pindah mak mertua tak kasi. Kesian saya nak handle anak2 kecik2 lagi sendirian bila Mr.Faris outstation. Tapi serius, saya sangat malu nak menyusu dua2 anak sekaligus kat umah mertua. Bilik ug kitorang duduk tu jenis tak boleh kunci. Adik2 ipar ni suka-suka hati je la keluar masuk bilik tu. budak kan. Boleh imagine tak keadaan seorang perempuan yg tengah berbaring sambil menyusu dua2 anak sekaligus? Apa yg tak terdedah? Segan kot..

Start dari situlah saya dah mula marah2 Imtinan. Bila saya marah dia akan duduk diam kat ujung katil. Sambil air mata meleleh. Dia tak meraung. Tak mengamuk. Tp dia akn menangis tanpa keluar suara, tau2 dah bengkak mata. Suara pun dah sangkut2... Bila adik dah tidur baru saya layan Imtinan. Peluk dia kuat2. Susukan dia sampai tertidur. Itupun kadang2 bila adik terjaga sedangkan Imtinan baru lena,still mengempeng, saya terpaksa kejut dia, suruh dia bangun dulu mama nak tidurkan adik dulu. Dan Imtinan akan bangun, duduk diam2 sambil air mata meleleh. Tak bagus untuk emosi anak-anak. Hampir setiap malam pun macam ni. Besar pengorbanan Imtinan. Terimakasih sayang.

Saya dan mr.Faris last2 decide nak stop je lah. Yela disebabkan nak bagi dia full bf untuk nutrisi,imunisasi, dan brain dia, dalam masa yg sama kita marah2 dia, tidur dia terganggu, which is secara tak langsung merosakkan perkembangan otak dia jgk. Mengganggu emosi dia jgk. Tarik nafas panjang sujud lama2, mintak Allah tunjukkan jalan. Benar2 Allah tunjukkan jalan. Akhirnya kitorang jumpa homestay yang kitorang duduk sekarang ni. Rumah sewa. Start dari tu saya dah tak segan nak tandem dua2 anak.

Seronoknya Allah je tahu.
Sampai sekarang pun Imtinan belum bercerai susu. InsyaAllah tengah berusaha untuk bercerai susu ni. Kata dah cukup 2 haul kan....















:-)

Sunday, August 18, 2013

Kekurangan Waktu Senggang

Assalamualaikum.

Semalam Sabtu. Hari ni Ahad. Esok Isnin.
Dah kenapa membilang-bilang hari?
Ha....sabtu ahad semua seronok la ye. Musim-musim raya ni openhouse manjang. Tekak pun sama haussss je...ye dak? Tak open house pun, kenduri kawin. Kan? Masa2 untuk mengeratkan silaturrahim jgk sebenarnya ni.....

Zaman2 sekarang ni takde der saje2 nak ketuk rumah orang tiba2 singgah lepak. Tambah dah berfamili dah beranak-anak. Sebab masing2 pum sibuk. Time raya jela nak bjalan pun. Bagus jgk kemestian berjalan waktu raya ni. Tidak-tidak, setahun sekali bertemu le jugak.

Dalam dua minggu ni, saya akan terlebih sibuk sedikit. Esok akan start proses
sorting dan kemas semua barang2...we are moving to another house. Tapi tak banyak barang bawak. Baju2 dan barang mainan anak2 je. Barang2 lain semua nak pack angkut letak rumah Mak saya. Kat rumah mak, memang kitorang adik beradik ada bilik masing2. Takde share2... Senangla sikit nak sumbat barang banyak2 pun. Takmau angkut pegi rumah sewa. Penat. Biar je semua kat umah mak. Nanti dah ada rumah sendiri baru angkut semua.

Dalam tempoh ni, mungkin tak sempat update blog dah kot. Kena kamikaze sikit proses mengemas kali ni. Tempoh yg betul2 singkat. Eh, tapi blogwalking tu mcm wajib je...cuma nak drop comment tu tak tau la...hehehe...

Awal2 mintak maaf la kalau jarang bertegur sapa kat rumah-rumah maya korang semua. Percayalah baca tetap baca...hehe...

Ok, it's 4 am now.
Laki tgh tunggu nak mengemas kat luar..
Ku sedap2 dibilik meng-hapdet.
Kederhakaan apakah ini?????

Ok, babai :-)
#Salam Syawal

Saturday, August 17, 2013

Mengimbau Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam, 16/8/2013..

Cukup 13 tahun dah pun ayah pergi. Saya panggil ayah dgn nama Baba. 13 tahun tu bukan sekejap. Lama...tapi,jujur dari hati la saya cakap, tetap tak boleh melupakan.
Sapa2 yang pernah diuji dgn kehilangan bentuk macam ni dia akan paham macamana perasaan tu..
Seriously, until now saya masih tak boleh lupa sikiiiit pun.

BABA, orangnya berisi ;)
Tak tinggi sangat. Rendah la senang cerita. Rambut kerinting homei2...dah tuaaaa sikit ada uban manyak2 kat tepi and belakang kepala. Kulit cerah...macam kuning2 langsat gitu. Kalau tengah panas jadi pink. Olllloh lagi comel. Hidung mancung, halus kat depan.

BAU PERFUME Baba,
Sakit hidung ar bau perfume Baba. Kuat. Hahaha... Suka sangat pakai minyak atar arab tu. Adik2 Baba pulak ramai yang belajar kat Mesir, anak2 pun belajar kat Mesir jgk. Anak-anak angkat dia pun sama. Memang banyak la stok minyak atar kat rumah dalam botol2 kecik tu..

JAKET BABA pakai untuk g keje. Ponnnn tak pernah lupa macamana rupa jaket tu, walaupun jaket tu dah takde sekarang ni. Taktau sape yg mewarisi..Suit yg sepasang baju seluar tu. Kaler kelabu. Mcm style Tun Dr.M pakai tu.. Taktau la kenapa Baba suka baju macam tu. Tapi hensem tauuuu...ahahaha...*ok,pura2 gelak*
Kalau hari khamis, Baba pakai baju batik utk g keje. Tapi selalu sangat Baba ngelat, sbb baju batik jenis yg cepat kedut kot..Selalunya Baba pakai kemeja cotton yg corak ala-ala batik. Jenis bunga kecik-kecik. Warna coklat ke, kuning ke, hijau lumut tu ke...sjibik sejibun mcm baju jawa tu...

Baba JARANG BREAKFAST kat umah. Pagi2 dia paling awal bangun. Lepas mandi semua, pukul 5 Baba dah start setelkan solat-solat sunat dia. Mengaji ke...sambung sampai ke Subuh. Pastu kejut anak2 bangun jemaah Subuh..Lepas Subuh, baca surah Waqiah. Tiap2 hari memang macam tu. Sampaikan tak payah buka quran pun dah boleh baca lancar..Surah Waqiah tu pemudah rezeki kata Baba.. Alhamdulillah, kitorang walaupun tak kaya dan tak mewah tapi cukup. Cukup untuk sekolah, cukup untuk makan. Cukup setakat CUKUP. Lepas baca Waqiah tu Baba siap-siap pegi ofis. Dulu2 ada driver ofis datang jemput sebab Baba kan takde kereta. Kadang-kadang pegi dengan teksi je. Ujung-ujung dalam setahun dua sebelum meninggal je Baba sempat beli kereta, drive sendiri g ofis.

Lepas masuk ofis, breakfast makan nasik berlauk. Feveret dia tu nasik berlauk dekat ofis. Pastu setel2 bersiap nak pegi ceramah ke mana. Kerja Baba memang tak duduk ofis sangat. Kat ofis dia berehat je. Memang keje dia memenuhi jemputan ceramah. Ikut mana orang jemput. Kat hospital ke, kat majlis apa2 ke, macam tu lah. Kadang-kadang sehari sampai 3,4 tempat kena attend ceramah. Sebab tu kena pakai driver jabatan. Bukan sebab jawatan tinggi ke apa. Tak....tapi sebab nak cepat gerak ke sana sini. Ada jugak sampai ke malam pun kena pegi ceramah jgk. Sampai balik rumah pukul 1pagi. Esok pagi2 masuk ofis belah pagi, pastu keluar ceramah sana sini. Perang atau malam biasanya Baba terus balik ke rumah. Tak singgah ofis dah.

MAKAN MALAM BABA KAT RUMAH. Kebanyakan harinya macam tu la. Balik makan kat rumah. Kalau tak kena ceramah luar kawasan, Baba biasa petang pukul 5 dah ada kat umah. Lepas asar dia keluar naik motor pegi ziarah kawan2 sekampung. Kadang-kadang Baba lepak atas buai, kat rumah dulu banyak buai. Lepak sambil memperkemaskan hafazan Al-quran dia. Baba rajin hafal Quran. Sikit2 pelan2 dia hafal.

SOLAT MAGHRIB & ISYAK JEMAAH. Jemaah semua dgn anak-anak. Maghrib adalah waktu WAJIB semua anak2 ada kat rumah. Waktu azan maghrib tu adlaah waktu yang kitorang semua dah siap mandi, Dah sedia atas tikar sejadah untuk jemaah sama2. Lepas solat maghrib anak2 yang dah mengaji Quran kena ngadap Baba. Yang mengaji muqaddam dengan mak je. Lepas mengaji sambung isyak jemaah. Lepas tu makan malam. Kadang2 makan malam dulu, lepas habis Buletin Utama baru solat. Lepas tu Baba sambung lepak depan tv, sambil pantau anak2 buat keje sekolah. Pastu dia akan tunggu DUNIA JAM 10. (Sekarang panggil berita dunia kan).

Pastu Baba ada DIARI. Yang dia catat tarikh2 penting. Macam, berapa haribulan dia ada ceramah kat mana. Pukul berapa dia kena ceramah kat mana. Seminar apa. Kursus apa...Tajuk apa dia kena kupas...semua dia tulis dalam tu. Pasal anak-anak pun ye, dia catat semua dalam tu. Contoh macam : "1 Mei : Mujib balik."
Simple. Tulis ringkas2 je...

Urm....lagi apa ye pasal Baba ni....
FEVERET FOOD DIBULAN RAMADHAN, kalau buka puasa adalah Nasi Kerabu homemade. Tiap2 hari mak akan buat nasi kerabu. Sahur pulak kena ada satu jenis kuah air. Macam singgang ke, tumis air ke, bening ke...tak kisah la.. Cuma puasa tahun ujung-ujung sebelum meninggal tu tiap2 pagi mesti ada bihun sup. Lain menu Baba tak lalu.

PANDAI MENJAHIT.
Lagi terer dari mak. Sampai dulu boleh buat bengkel jahit,ajar org free, pastu bila dah pandai orang keje dgn Baba sebagai tukang jahit. Kat rumah ada 13bijik mesin jahit. Baba supply baju melayu readymade ke kedai2 baju. Dari saiz budak kecik sampai ke dewasa, semua ada. Tu semua pekerja yg buat la. Baba kan kena g ofis dan ceramah sana sini. Dia cuma monitor dan manage bisnes je la. Setelkan akaun semua ,amik order, tu semua keje Baba. Kalau yg orang tempah special baru Baba jahit sendiri. Macam blazer, jacket, slack, jubah, blouse, tu baru Baba akam jahit sendiri. Serius Baba memang pandai menjahit. Raji pulak attend course sana sini sebab nak belajar jahit macam2..rasanya gaun je kot Baba tak penah jahit. Ni kalau baba masih ada mesti Imtinan dan Iman tiap2 tahun raya pakai gaun dan baju kurung TokBa yg buat kan...huhuhu...
T_________________T

PANDAI MASAK. Baba kalau masak sap sap soi je siap. Tapi jarang ar masuk dapur. Hahaha...Tapi pelik jgk sebab Baba pandai masak menu pelik2. Macam ketam ke, gulai ayam taruk daun limau ke...mcm lain la sikit kan. Taktau la mana Baba belajar. Kuih pun dia pandai godek jgk. Agaknya ikut arwah ummi dia kot. Baba rapat dgn arwah ummi dia (nenek saya). Selalu sangat dengar cerita pasal nenek ni dari Baba. Waktu nenek meninggal Baba tengah study kat India lagi.

Baba pernah cerita.....dulu2 kan orang susah2 semua. Bila Baba dapat sambung belajar kat India, lupa university apa, memang sedihla sebab takde duit kan. Bukan senang nak pegi sana. Arwah nenek ni la yg tungkus lumus buat kuih tiap2 hari, pastu ambik tempahan blazer orang kaya2 sbb nak kumpul duit untuk tambang kapal laut. Kapal laut wei....berapa bulan agaknya baru Baba sampai india sinun. Huhuhu...

Tahun akhir Baba kat India tu Baba cakap ada benda pelik jadi kat dia. Dia tak boleh belajar. Asyik teringat kat ummi (nenek) ni. Hari-hari nangis. Tidur mimpi ummi. Bangun tidur nampak ummi. Bukak buku nampak ummi. Pegi kuliah nampak umi. Baba macam orang nak sasau pun ye. Takboleh buat apa. Dia betul2 teringat kat ummi. Allah macam campakkan rasa rindu kat ummi yang berat sangat waktu tu. orang dulu2 bukan senang nak berhubung,mana blh nak talipon segala kan. Jadi sebab dah tak boleh nak buat apa pon, Baba korek duit simpanan yg ada, kawan2 pun tolong2 topup sampai cukup tambang balik malaysia. Waktu tu Baba nekad, dia kena balik. Hati dia tak sedap. So baliklah Baba ke Malaysia. Bila sampai tu, orang cakap ummi dah meninggal. Rupanya ummi tanggung sakit lama, something yg macam breast cancer la lebih kurang. Muda lagi umur nenek waktu tu. anak bongsu baru umur 2tahun kot.huhu...

SUKA MENULIS.
Sangat sukakan bahasa Arab. Dan rajin menterjemah kitab2 arab ke bahasa melayu. Hari tu tengok jabatan Agama negeri ke JAKIM tah ada terbitkan buku terjemahan Baba, versi kompilasi. Mula2 tengok buku tu saya menangis. Terasa macam Baba makin dekat dgn saya. Macam dia masih ada lagi sekarang ni bila belek2 buku tu. waktu Baba meninggalkan pun ada satu kitab yg dia tengah terjemahkan, tapi tak sempat siap. Sedih rasa...saya tak mampu nak ssiapkan...tak mampu nak sambung minat Baba...we are sorry Ba...

Allahu....
Penatnya rasa. Berat dada menanggung rindu. Semoga Baba aman di sana. Tak sabar nak berjumpa. Janganlah kenangan2 bersama Baba ini hilang dari ingatan...


Daughter - Wife - Mom

Thursday, August 15, 2013

Tarikh tu akan datang lagi...

Tinggal sehari je lagi...
Esok dah 16 Ogos balik.

Harap hati bertabah.
Mohon jangan ada lagi airmata mengalir.
Dulu-dulu sendiri menangis.
Kemudian punya suami,tangis saya ada yang memeluk. Malah memujuk.
Esok...sudah ada Imtinan,sudah besar,bijak menilai.

Kekok rasanya anak sekecil itu kalau melihat airmata ibu. Kerana dia,walaupun kecil sudah pandai menilai. Sudah pandai datang keriba, bertanya "apa mama?apa mama?", sambil menyapu airmata. Mungkin.

............kosong...............


Daughter - Wife - Mom

Monday, August 12, 2013

Home Organizing : DIY Bekas Keronsang Sementara

Assalamualaikum.
Mencelah di tengah-tengah kesibukan raya.

Tengah kemas almari baju, brooch dan butang baju melayu takde "rumah". At the moment, i just dont have cute small box to keep all the brooches organized.
*sigh*

Ok, dan terrrr-glance BEKAS TELOR. Ok, saya memerlukan sesuatu yg pantas. UNTUK SEMENTARA sahaja. Nanti ada masa kita keluar cari bekas cantek2...

Amik bekas telor, gunting di tengah2..Ddaaaah siap. Less then 15seconds. Alhamdulillah.




Read the picture to understand more..kikikiki...

Daughter - Wife - Mom

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Assalamualaikum...
Apa kabar semua2? Berat ada naik tak? Hehe..moga berada dalam nikmat islam dan iman yg berpanjangan.

Sakan eh korang raya sampai blog pun tak berupdate? Takpe2...raya la puas2, janji puasa tak lupa ganti. Jangan nak cilok2 plak..hehe..taktau nak borak apa.
Nak up cerita raya, gambar takde dalam henpon. Semua dalam kamera. Kurang kerajinan nak teansfer gambar. Takpe lenkali mungkin? ;)

Hari ni Mr.Faris dah start keje. SEBAB TU LA RAJIN UPDATE BLOG WALAUPUN TAKTAU NAK UP PASAL MENDE PON.
Kehkehkeh...anak2 pun dah tido ni.

Saya pun dah start masuk ofis hari ni.

Bila ofis berkecah-kecah benda pertama nak dibuat mestilah sinsing lengan baju naik sampai siku dulu kan...dua hari sebelum raya tu sibuk setlekan hal baju raya budak2...tudung raya mak budak lagi. Makanya kerja2 rumah memang tak sentuh langsung lah. Masak pun tak. Buka puasa yg second day last tu g buffet kat hotel ape ek namanya kat KB ni. Lupa pulak. Murah je. Half price sebab dah ujung2 kan. Unplanned pun. Asalnya tengah cari tudung utk raya kat Ariani, tengok jam tinggal 15minit je nak buka. Call mak mertua nak singgah buka puasa kat umah dia je. Kata Ummi lauk tak cukup, dia masak utk adik2 kat umah je..abah takde ni. Kalau abah ada takpe la,abah laju sikit kat dapur. Pastu mr.Faris cakap urmmm takpela kalau macam tu, kita buka dgn roti kat sevenE jelah pun takpe. Ehhhh tetiba banner buffet depan mata. Lah, sebelah ariani ni hotel ke...tak perasan plak..haaa baru teringat, Khalifa inn nama hotel tu..dapat la ratah kambing golek puas2...hhehehe...

Pastu sambung cari baju kurung budak2 sampai pukul 2 pagi baru balik rumah. Esoknya pagi2 dah keluar rumah, sambung cari baju kurung budak2 yg memang tak jumpe sampai ke sudah..terusss petang g buka umah mak saya pulak. Stay kat sana sampai tengah malam. Balik rumah dah tengah malam, mmg tak lah nak mengemas rumah. Kata penat....

Raya pun macam tu jugak. Dari raya pertama sampai keempat, keluar pagi balik tengah malam. Esok pagi2 keluar lagi, pastu balik tengah malam. Comel je kan kitorang...hahahahakkkkkptuiii... Comel hape, rumah memang sebijik macam kapal karam, tunggang terbalik. Baju menimbun2...ku pejam mata je...semata2 nak beraya puas2 kan.

Hari ni baru start balik slow2 mengkemaskan rumahtangga. Penat mengah semua ada. Semalam dah buat sorting mana baju nak dry clean, mana nak basuh tangan, mana nak tu mana nak ni...setel. Basuh baju pun setel semalam jgk. Tinggal satu bakul je lagi. Bagi mesin rehat dulu. Agak-agak kalau zaman dulu2, baju menimbun, mesin basuh takde caner eh? Mesti selim melim orang pompuan dulu2. Mane tak, kalau dah hari2 keluar peluh menyental baju...banyak betul pahala diorang. Eh, emas! Hahaha...
Orang pompuan sekarang, baju masuk mesin. Bawang lada pun masuk mesin. Jarang ah nak berlesung batu. Alasan keje tak sesuai kat sini. Sebab orang dulu pun keje jgk. Ingat senang nak tanam padi? Berpanas terik tengah2 sawah tu? Ingt senang nak menoreh tengah2 pagi buta? Ingat senang nak g tangkap ikan kat sungai? Tak....

Bukan soal org sekarang keje,orang dulu tak keje. Inilah yg dikatakan perkembangan dunia. Peralihan cara hidup dan cara berfikir. Manusia sedang mengejar kemodenan. Dan dunia sedang mengejar kiamat. Antara tanda2 kiamat tu kan bila semua benda jadi makin cepat.
Nak pegi mana2 naik kereta,katebang,bullet train segala. Bedesupppp dah sampai. Nak hancurkan bawang lada lengkuas serai kasi blend aje, kalau tumbuk mau berjam siap. Eh, tak kuasa la nak menumbuk banyak keje lagi nak buat... Padahal keje yg nak dibuat tu pun sama je pun dgn org dulu2...kan? Sedikit peringatan untuk diri sendiri dan kawan2 semua, semakin maju dunia, semakin kita menghampiri kiamat. Satu hari yang takde sape pun boleh lari. Saya adalah TAKUT kalau terpikir pasal kiamat.

Ok lah, nanti ada idea saya up lagi entri baru. Nak g sambung gosok baju.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN, pohon maaf segala salah silap saya dalam menulis ni. Kalau ada yg terasa sungguh-sungguh saya minta maaf. Apa yg saya tulis adalah terjemahan fikiran saya sendiri. Takde niat nak sindir sapa2, takde niat nak kecikkan hati sapa2...tapi kadang2 dalam kata nak berlapik kata tu terlepas juga, terutama bila memang dah tak tau nak construct ayat macamana...

Peace!!!! :-)




Daughter - Wife - Mom

Saturday, August 10, 2013

STICKY POST ENTRY - ORIGINAL COACH FOR RAYA

Ni STICKY POST sampai raya tau..
Dah ada beg nak raya?
Hehe...barang baru bawak masuk.
Dalam seminggu. Original Coach from US.
Direct from US Factory Outlet. Memang bukan fake sebab beli sendiri kat sana. Ada resit.




Yang ni Coach Tote F23310
Price : RM 730
*Ready stock 1pcs available




Yang ni pulak Coach Hobo F23955
Price : RM620
*Ready stock, 1 pcs available

Boleh nampak kan beza design gambar first dengan gambar second tu.

Kos penghantaran percuma ye. Sekali dgn beg tu nanti ada Gift box Coach, dan paperbag Coach.

Gambar belah dalam dan close up ada kat FB. Bukak je FB saya kat sebelah tu nanti boleh view semua. Ni bisnes saya sendiri. Selama ni buat pre-order.
Ni baru nak start buat ready-stock.

Pastu kalau ada rasa2 nak buat surprise untuk mak ke,ataupun nak suruh hubby buat surprise untuk diri sendiri ke, insyaAllah saya boleh tlg balutkan cantek2 . Tak caj punye... ;)

Apa-apa hal nak tanya ke...nak order ke inbox kat fb k...ataupun whatsapp kat henpon saya 019-2391212.
Whatsapp or sms je tau.

Daughter - Wife - Mom

Monday, August 5, 2013

Dekat nak raya, banyak pulak problemnye...

Assalaaaamualaikum...
Huwaaa...berhari-hari tak up entri.

Seminggu dah mengidap sakit kepala.
Mengidap???Belasahhh...
Dekat seminggu jgk pakwe outstesen. Pehtu budak2 ni...err...Iman la, malam2 nangis susah nak tido.. Aaa, ni bikin tensen. Kalau sakit pala berdenyut sikit2 pun blh jadi parah kalau anak melalak tengah2 malam. Tensen tau, tensen. Pehtu jgk orang atas kejap2 bukak pintu,kejap2 hempas pintu, kejap2 flush toilet...wooo bikin amarah sungguh nih.

Rilek ar bang...stendet ar budak2 menangis meraung. Bukan kena dera pon. Jangan cakap saya tak reti jaga anak ye? Hamoi2...marah jer bunyi...haha, marahkan org atas ni lah. Asalkan Iman mengamuk dia pun mengamuk sama. Apa kes tah...hilang nak mendodoi anak, kang ada je saya naik "mendodoi" org atas ni.
Hahaa...cakap nak kencang je. Toksah la pecaya. Saya ni bukan bangsa pandai nak sound-sound orang. Sesekali ada la...banyak kalinya, kupendam je lara hati ini..................

Tetiba teringat plak citer P.Ramlee yg "hoiii orang sebelah" tu...ape ke tajuknye lupa. Yg gaduh dgn pompuan bilik sebelah tu...kaw2 nye gaduh sekali eh makwe lah! Comel je P.Ramlee tu dalam citer tu kan. Ini yang rasa tak best bila duk homestay yg bertingkat2 ni. Nak duduk tingkat atas, tak rajin plak nak naik turun tangga tu..tinggiii...kang kurus pulok hari-hari naik turun tangga...;p

Mujur ar malam ni Iman tak melalak. Tak tau la apa yg dia amukkan sangat. Tak selesa mende tah. Hari ni dari pagi saya jaga betul mood dia. Terabai sikitla Imtinan hari ni. Merajuk2 orang tu. Siap amik fon mama g cakap kat belakang sofa, sambil muka tercebik2...bila tanya "Imtinan cakap dgn sapa tu?", laju2 dia lariiii...lari okeh. Lari. Taktau apa yg dia nak sorokkan sangat. Dah acap kali mcm tu, saya curi2 dengar...pehtu terdengar la macam "Hellooo...papa...helllooo...papa..."
Owh....berangan tengah bercinta dengan papa dia rupanya...mengadu la ek mama tak layan? Hamoii.... Tersedih pulak. Rindu agaknya...lama betul papa pegi kali ni..
T________T

Nampak gaya Iman tidur lena malam ni. Alhamdulillah. Takde drama malam ni. Penat sangat rasa bila anak tido tak lena tak tau apa sebab. Kalau tau kenapa, boleh ar kita console kan. Dah tak tau, bengang pun ada jgk campur2..haha.. Kalau dah kuldoblas tengah malam meraung, Imtinan pun mesti la terjaga. Sambil nangis, peluk2 kaki mama sebab dia pun tidur nak peluk mama nak mengempeng jgk. Nilah cabaran hebat nak menyusukan dua2 anak sekaligus. Laki plak takde. Semput memput segala ada. Time-time macam ni kalau orang suruh istighfar banyak2, dengan orang-orang tu sekali kita istighfarkan. Stress!
Mula2 anak nangis boleh lagi zikir lembut2...dah ujung2 tu yg keluar cuma "pahala.pahala.pahala.pahala".

Ye ar...tgh marah kan, nak kontrol marah ni. Ingat jela dapat pahala banyak bila jaga anak-anak. Bila sebut pahala tu terus-terus imagine ketul emas gedebuk2 jatuh depan mata. Kompem hilang marah. Ketul emas weiiii.....taknak keeee? ;p
Yes, imaginasi haris tinggi.

Dia kalau tgh marah tu, time tu jg korang nak pikir yang rumah tak berkemas, sinki tak clear, lantai tak mop, mainan anak2 tak kemas....baju tak lipat bertimbun-timbun, memang ye ar kita akn ngamuk habis-habisan. Imagine je korang tengah dodoi anak kat tepi pantai, angin bertiup sepoi2....bla bla bla....

Ha...Lagi kisah tak best adalah toilet bocor. Tiga2 toilet bocor. Rumah ni ada tiga toilet. Satu kat master bedroom. Satu kat guess room. Satu kat luar bilik. Dekat dgn dapur dan ruang makan. Ketiga-tiga bocor! Meleleh-leleh air dari toilet tingkat atas lajuuuu turun ke toilet kitorang. Dah lama dah kes toilet bocor ni.. Tapi hari tu toilet kat master bedroom ni ok. So takdela nak mengisahkan sangat. Yg lain bocor bukan guna sangat pon. Pehtu makcik owner tu dah datang baiki hari tu. ok lah. Sekali eh, bocor lagi. Kali ni tiga2 sekali... Haru. Dahla kejadian yang tidak diingini itu berlaku tepat2 dihari pertama Mr.Faris g outstesen. Memang tensen.
Tensen bukan sebab apa pon. Sebab geliiii. Takdela bau2 yang tak senonoh keluar pon. Tapi ia tetap air toilet. Air toilet ok, air toilet.

p/s : besar harapan banyak hal sangat ad aje yg pindah balik KL nanti. Itulah pon yg Me.Faris duk zikirkan tiap2 hari...,

Eh,seronokla baca entri persiapan raya korang semua...up la lagi. Up la lagi....


Daughter - Wife - Mom