Monday, August 12, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Assalamualaikum...
Apa kabar semua2? Berat ada naik tak? Hehe..moga berada dalam nikmat islam dan iman yg berpanjangan.

Sakan eh korang raya sampai blog pun tak berupdate? Takpe2...raya la puas2, janji puasa tak lupa ganti. Jangan nak cilok2 plak..hehe..taktau nak borak apa.
Nak up cerita raya, gambar takde dalam henpon. Semua dalam kamera. Kurang kerajinan nak teansfer gambar. Takpe lenkali mungkin? ;)

Hari ni Mr.Faris dah start keje. SEBAB TU LA RAJIN UPDATE BLOG WALAUPUN TAKTAU NAK UP PASAL MENDE PON.
Kehkehkeh...anak2 pun dah tido ni.

Saya pun dah start masuk ofis hari ni.

Bila ofis berkecah-kecah benda pertama nak dibuat mestilah sinsing lengan baju naik sampai siku dulu kan...dua hari sebelum raya tu sibuk setlekan hal baju raya budak2...tudung raya mak budak lagi. Makanya kerja2 rumah memang tak sentuh langsung lah. Masak pun tak. Buka puasa yg second day last tu g buffet kat hotel ape ek namanya kat KB ni. Lupa pulak. Murah je. Half price sebab dah ujung2 kan. Unplanned pun. Asalnya tengah cari tudung utk raya kat Ariani, tengok jam tinggal 15minit je nak buka. Call mak mertua nak singgah buka puasa kat umah dia je. Kata Ummi lauk tak cukup, dia masak utk adik2 kat umah je..abah takde ni. Kalau abah ada takpe la,abah laju sikit kat dapur. Pastu mr.Faris cakap urmmm takpela kalau macam tu, kita buka dgn roti kat sevenE jelah pun takpe. Ehhhh tetiba banner buffet depan mata. Lah, sebelah ariani ni hotel ke...tak perasan plak..haaa baru teringat, Khalifa inn nama hotel tu..dapat la ratah kambing golek puas2...hhehehe...

Pastu sambung cari baju kurung budak2 sampai pukul 2 pagi baru balik rumah. Esoknya pagi2 dah keluar rumah, sambung cari baju kurung budak2 yg memang tak jumpe sampai ke sudah..terusss petang g buka umah mak saya pulak. Stay kat sana sampai tengah malam. Balik rumah dah tengah malam, mmg tak lah nak mengemas rumah. Kata penat....

Raya pun macam tu jugak. Dari raya pertama sampai keempat, keluar pagi balik tengah malam. Esok pagi2 keluar lagi, pastu balik tengah malam. Comel je kan kitorang...hahahahakkkkkptuiii... Comel hape, rumah memang sebijik macam kapal karam, tunggang terbalik. Baju menimbun2...ku pejam mata je...semata2 nak beraya puas2 kan.

Hari ni baru start balik slow2 mengkemaskan rumahtangga. Penat mengah semua ada. Semalam dah buat sorting mana baju nak dry clean, mana nak basuh tangan, mana nak tu mana nak ni...setel. Basuh baju pun setel semalam jgk. Tinggal satu bakul je lagi. Bagi mesin rehat dulu. Agak-agak kalau zaman dulu2, baju menimbun, mesin basuh takde caner eh? Mesti selim melim orang pompuan dulu2. Mane tak, kalau dah hari2 keluar peluh menyental baju...banyak betul pahala diorang. Eh, emas! Hahaha...
Orang pompuan sekarang, baju masuk mesin. Bawang lada pun masuk mesin. Jarang ah nak berlesung batu. Alasan keje tak sesuai kat sini. Sebab orang dulu pun keje jgk. Ingat senang nak tanam padi? Berpanas terik tengah2 sawah tu? Ingt senang nak menoreh tengah2 pagi buta? Ingat senang nak g tangkap ikan kat sungai? Tak....

Bukan soal org sekarang keje,orang dulu tak keje. Inilah yg dikatakan perkembangan dunia. Peralihan cara hidup dan cara berfikir. Manusia sedang mengejar kemodenan. Dan dunia sedang mengejar kiamat. Antara tanda2 kiamat tu kan bila semua benda jadi makin cepat.
Nak pegi mana2 naik kereta,katebang,bullet train segala. Bedesupppp dah sampai. Nak hancurkan bawang lada lengkuas serai kasi blend aje, kalau tumbuk mau berjam siap. Eh, tak kuasa la nak menumbuk banyak keje lagi nak buat... Padahal keje yg nak dibuat tu pun sama je pun dgn org dulu2...kan? Sedikit peringatan untuk diri sendiri dan kawan2 semua, semakin maju dunia, semakin kita menghampiri kiamat. Satu hari yang takde sape pun boleh lari. Saya adalah TAKUT kalau terpikir pasal kiamat.

Ok lah, nanti ada idea saya up lagi entri baru. Nak g sambung gosok baju.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN, pohon maaf segala salah silap saya dalam menulis ni. Kalau ada yg terasa sungguh-sungguh saya minta maaf. Apa yg saya tulis adalah terjemahan fikiran saya sendiri. Takde niat nak sindir sapa2, takde niat nak kecikkan hati sapa2...tapi kadang2 dalam kata nak berlapik kata tu terlepas juga, terutama bila memang dah tak tau nak construct ayat macamana...

Peace!!!! :-)




Daughter - Wife - Mom

2 comments:

  1. salam syawal sufi ;)
    maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  2. Salam syawal kembali...
    Sy pun pohon maaf juga... ;)

    ReplyDelete