Friday, August 30, 2013

Untuk Anak yang Banyak Berkorban

Assalamualaikum.

Sofiyya Imtinan,
22 Syawal 1434 Hijrah.
Cukup dua tahun penyusuan Imtinan.

Berat untuk menypurnakan tempoh dua tahun penyusuan tu. Dengki pun ye tengok orang lain senang2 je. Hey, what's so hard about breastfeeding by the way? Hahhaha...ye la rezeki korang Allah permudahkan. Tahniah. Rezeki Imtinan tak...kesian dia tau. Banyak dugaan dia nak nyusu dengan saya.

22 Syawal cukup 2 tahun penyusuan dia mengikut kiraan tahun dalam Islam. Serius, dari hati kecil ni, saya sayang sangat dia. Hahaha.. Takle blah statement macam gini. Mana ada org tak sayang anak sendiri oiiii...sayang sampai tahap, nah amik nyawa mama ni meh. Amik jgk kesihatan mama ni. Buat spare. Amik jgk kebijaksanaan mama ni (kalau ada la). Begitu....




Keccccoh je upload gambar ni kat FB dgn caption jiwang2..eh, saya sebak tau. Sebak bila sentuh bab2 susu mentusu ni. Macam terpikir kenapala rezeki dia susah sangat. Padahal dia nak je. Pantang hulur. Kalau tak hulur pun dia pandai cari. Memang feveret dia la bermasyam2 celah ketiak mama nih...

Imtinan lahir via LSCS. Emergency LSCS. Kalau cakap bahasa mudah emergency kena operate di usia 37minggu kehamilan. Yang cerita kelahiran dia ni kita cerita lain2 kali. Tu pun kalau ingat. Kehkehkeh...Niat hati nak karang baik punye up time besday dia 21 September nanti.

Sebenarnya banyak preparation yg saya buat untuk fully breastfeed dia. Memang niat hati nak full breastfeed anak time belum kawin lagi!!!!! Nampak nau kegatalannya...wakakaka. Waktu second year kat law school dulu, ada la sorang lecturer ni. Lelaki. Org arab. Saya syak dia orang mesir kot...takpun saudi. Ntoh le...tapi dah tua la, uban penuh kat kepala. Pangkat atok2 gitu. Rendang je orangnya. Tapi ilmu tip top. Nama dia Assoc. Prof Mahmud bin Muhammad Sanusi. Tapi sampai sekarang saya tak paham apesal la budak2 ni asyik la dok panggil dia ustaz sanusi?????sesuatu sangat korang... Dia terlalu bersungguh kalau bercakap pasal breastfeed. Dia berjaya bukak mata saya tentang pentingnya penyusuan susu ibu ni sebelum saya kenal majalah Pa&Ma, sebelum saya kenal sape itu Dynaz Mokhtar, dan sebelum saya kenal group Kumpulan Ibu Menyusu yang hot tu. ye la, kau kawin pun belum jadah apa tiba2 nak menyelit kat KIM tu kan.

Kesimpulannya, azam nak menyusu badan ni dah lama simpan.

Bila pregnantkan Imtinan, baru start cari maklumat. Baru kenal pa&ma, baru kenal Dynaz Mokhtar. Baru kenal KIM. Cantek. Start beli buku-buku pasal penyusuan. Start google cari maklumat kat website semua2. Pesen saya, maklumat kat internet ni saya tak puas hati sikit. Kena cari buku jgk. Jadiknya memang setiala Mr.Faris turut bersila kat MPH atau kinokunniya meneman mak buyung ni,mencari ilmu penyusuan. Katanye...

Bersedia segala-galanya. Tanpa terlintas di pikiran yang susu tu akan tak ada. Serius. Ku bayangkan yg positif saje.

Lepas bersalin, prolong labour eceli...
Waktu nak kena operet tu pun saya dah lemah sangat, antara jaga dan tidur. Mmg bius full badan. Tak sedar apa. Sedar2 sejam lepas operet. Nampak Mr.Faris pastu tertidur balik. Bila nurse bawak masuk baby saya boleh bantai gelak pahtu tidur. Kuat tak kuat pengaruh drug you allssss. Menyusu baby malam tu pun nurse yg pegang. Kutidur tak sedar. Mamai sepanjang malam. Pagi besok baru sedar elok...eksited nak susukan baby. Tapi TAKDE. SUSU TAKDE LANGSUNG. Saya frust. Tapi mr.Faris ar cepat2 dia calm down saya balik. Ada yang,ada...lambat sikit kelua tu....ok maka built up balik perasaan yg merudum jatuh tu. tapi tetap takde.

Mr.Faris laju2 bancuh milo panas suruh saya minum. Dia lari pegi Ampang Point. Memang betul dia lari pun. Tak tipu ini. Sebab Hospital Ampang Puteri tu kan berdepan je dengan Ampang Point. Dia pegi Ampang point beli breastpump. Avent manual. Balik rumah basuh dan rebus dulu pastu angkut bawak g spital balik. Nah yang....try ni. Saya pump. Tapi setitissss pun tak keluar. Saya positif lagi. Takpe, kita cuba nanti. Bawak baby masuk, laju je Imtinan isap. Tapi susu tak keluar jgk. Macam tu la tiap kali pun. Masuk hari keempat baru nak keluar kolostrum. Hari keempat baru kolostrum! Pastu susu yg ada cukup2 je. Tu pun kadang2 ngamuk2 Imtinan sebab susu tak keluar. Lepas dua minggu bertahan dan bersabar, akhirnya hilang dah segala pemikiran positif. Yang tinggal cuma stress. Stress. Stress. Mr.Faris pujuk suruh kasi formula milk je. Saya pasrah. First susu formula Imtinan adalah Enfalac diawal usia baru nak masuk 3minggu. Tapi tulah hebatnya mr.Faris ni, dia tak putus asa. Walaupun formula milk kasi. Tapi tetap dia suruh stimulate jgk, pump and kasi baby isap. Malam2 saya menyusu sampai 2jam baby taknak lepas. Mr.Faris pun turut sama tido sambil duduk. Nak bagi semangat punya pasal. Kalau ingat balik kan, Allah....besarnya apa yg dia buat untuk anak dan isteri dia.
Jap eh nak nangis jap.............

So, kalau orang tanya Imtinan fully breastfeed ke tak. Saya tak tau nak jawab apa. Mula-mula saya jawab tak. Sbb taknak tipu. Tapi orang kondem depan2. Kita yg bekerja ni pun susah2 pump buat stok nak full bf anak. Awak duk umah je tapi taknak full bf? T______T
Tu makcik saya yg sound tu...
Maka marilah kita menipu. Hahahhaa. Eh, bukan menipu apa pun lah. Jap, meh kita sambung cerita lagi.

Nak dijadikan cerita, 21/11/2011. Imtinan taknak botol. Hari tu, tarikh tu. dia mmg taknak botol langsung. Sua botol menangis. Cukup2 umur dia dua bulan. Perasaan saya? Gembira toksah cakaplah. Dia nak berkepit jelah tapinya. Sakit belakang toksah cakaplah. Start dari hari tu, botol susu dia,saya basuh simpan. Sampai sekarang tersimpan elok. Lepas tu cukup ke tak susu mama dia nih dia tak kisah, asalkan boleh mengempeng. Saya biarkan je...assume cukup. Malas nak pikir panjang. Start dari hari tu, memang fuly bf je. Alhamdulillah....walaupun susahnya nak angkut dia pegi mall ke makan kat luar ke...susah kot nak ngempeng je keje dia.

Sampailah umur dia 5bulan 6bulan macam tu. saya pelik. Kenapa dia mcm tak puas menyusu. Nangis je. Ingatkan teething. Tapi tak. Rupanya sebab saya pregnant lagi. Awwwww....hahahhaa. Tak sedar plk pregnant. Susu drop dengan sendirinya. Ada tu ada tapi sikit la...tak cukup la untuk tampung keperluan dia. Bila umur dia masuk 8bulan (saya introduce solid waktu umur Imtinan 8bulan ats sebab2 tertentu), saya lega. Sebab at least blh dpt sumber nutrisi dari pemakanan lain. Waktu tu cuba bagi formula milk balik. Niat nak campur2. Tapi takde mau nye dia. Dari semahal-mahal susu, sampai ke murah-murah susu, semua dia reject. Dari semahal-mahal botol sampai ke yg paling murah, pun dia taknak. Kasi sippy cup, pun taknak. Sampailah try pigeon, alhamdulillah dia nak. So start campur2 balik breastmilk dgn formula milk. Waktu tu saya pregnant 5bulan kot. Ingatkan dia nak sebab botol pigeon tu best. Tapi rupanya dia nak sebab susu mama mmg dah takde langsung. Langsung2. Setitik pun tak keluar. Dia terima botol sbb dia lapar.
Dia terpaksa. Kesian dia kan.

Bila masuk 8bulan pregnant kot, susu ada balik. Terus Imtinan gemuk balik. Seronok dia. Sepanjang2 pregnant tu saya ambik satu pil ni, brand Himalaya. Made of bamboo leaf ke apa. Gynae saya yang suggest. Memang pil tu dibuat untuk ibu-ibu yg pregnant tapi masih menyusukan anak. Tak banyak membantu, tapi membantu jgk le kot sikit2. Lepas tu Imtinan reject terus pigeon dia.
No more formula milk.

Sampailah bila saya bersalin.
Bersalin operet kan. Agak susah sikitla nak tandem nursing. Bukan agak. Memang susah. Waktu tu lah saya sedih sangat. Kesian sangat kat Imtinan. Menangis2 dia mintak susu mama. Tapi tepaksa la bergilir dgn adik kan. Adik pulak jenis yang melekap jugak. Taknak lepas. Terpaksa asingkan tido Imtinan. Imtinan tido dengan papa. Baby tdo dgn mama. Pagi2 bila bangun Imtinan pandang je muka mama,sayu sangat perasaan. Tapi Imtinan ni jenis semangat besi waja kot. Tak mengalah. Lagi dia nampak adik dia menyusu lagi kuat kemahuan dia nak menyusu tu. tapi waktu tu ada bibik. Bibik yg baru start keje seminggu seelum iman lahir. Kira beban menyusu dua-dua tak terasa sangat la. Blh mintak bibik jaga sorang sambil menyusu yg lagi satu.

Tapi.......rezeki kami dgn maid tu tak lama. Dia keje kejap je. 3bulan je. Pastu berenti, sebab permit tak lepas. Waktu ni lah first time Mr.Faris suruh stop susukan imtinan. Kesiankan mama kata dia. Waktu tu perasaan Allah je yg tahu. Serabutnya ya Allah....tinggal pulak dgn mertua. Adik2 ipar ramai lelaki. Yg kecik2 pun lelaki. Nak pindah mak mertua tak kasi. Kesian saya nak handle anak2 kecik2 lagi sendirian bila Mr.Faris outstation. Tapi serius, saya sangat malu nak menyusu dua2 anak sekaligus kat umah mertua. Bilik ug kitorang duduk tu jenis tak boleh kunci. Adik2 ipar ni suka-suka hati je la keluar masuk bilik tu. budak kan. Boleh imagine tak keadaan seorang perempuan yg tengah berbaring sambil menyusu dua2 anak sekaligus? Apa yg tak terdedah? Segan kot..

Start dari situlah saya dah mula marah2 Imtinan. Bila saya marah dia akan duduk diam kat ujung katil. Sambil air mata meleleh. Dia tak meraung. Tak mengamuk. Tp dia akn menangis tanpa keluar suara, tau2 dah bengkak mata. Suara pun dah sangkut2... Bila adik dah tidur baru saya layan Imtinan. Peluk dia kuat2. Susukan dia sampai tertidur. Itupun kadang2 bila adik terjaga sedangkan Imtinan baru lena,still mengempeng, saya terpaksa kejut dia, suruh dia bangun dulu mama nak tidurkan adik dulu. Dan Imtinan akan bangun, duduk diam2 sambil air mata meleleh. Tak bagus untuk emosi anak-anak. Hampir setiap malam pun macam ni. Besar pengorbanan Imtinan. Terimakasih sayang.

Saya dan mr.Faris last2 decide nak stop je lah. Yela disebabkan nak bagi dia full bf untuk nutrisi,imunisasi, dan brain dia, dalam masa yg sama kita marah2 dia, tidur dia terganggu, which is secara tak langsung merosakkan perkembangan otak dia jgk. Mengganggu emosi dia jgk. Tarik nafas panjang sujud lama2, mintak Allah tunjukkan jalan. Benar2 Allah tunjukkan jalan. Akhirnya kitorang jumpa homestay yang kitorang duduk sekarang ni. Rumah sewa. Start dari tu saya dah tak segan nak tandem dua2 anak.

Seronoknya Allah je tahu.
Sampai sekarang pun Imtinan belum bercerai susu. InsyaAllah tengah berusaha untuk bercerai susu ni. Kata dah cukup 2 haul kan....















:-)

4 comments:

  1. tsk..tskkkk...pandai buat org nangis...

    apapun gud job!! sroootttt....:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita nanges sama2...hihi..
      Tq akak fizah :-)

      Delete
  2. Aloooo siannya..macam tula perasaannya bila anak rapat ni. Akak mengandung yg ke3 pon masa yg no 2 tu 6 bulan. Sempat breastfeed sampai dia 8 bulan je. Susu takde pastu akak underweight plak. Sian takut baby x cukup zat nanti. Bagi jela susu botol. Hati mmg kena kental.

    ReplyDelete
  3. Itulah pasal. Bab2 hati dan perasaan nikena kental sekentalnya.. Stengah org time pregnant pun susu mencurah2...lain org lain ujiannya...

    ReplyDelete