Friday, November 2, 2012

Bad Day.........

Assalamualaikum...salam sejahtera semua, harap sihat sentiasa, ceria dan bahagia selalu ye.

Hari ni hari yg serba tak kena. Tak tau lah mana silapnya.

Bangun pagi pukul 10, as usual.
Gomol Imtinan jap - sambil2 papa suapkan ubat utk dia (demam). Sementara tunggu papa bancuh susu untuk dia, meh kita sambung gomol ini budak..mengekek2 ketawa.

Tak Kena 1 :

Mr.Faris jagakan imtinan, saya masuk dapur siapkan breakfast, ada keledek purple,goreng tepung lah.. Siap potong keledek,rendam dlm air kapur, sekali bila nak buat batter, tepung beras penuh dgn ulat! Eh..pelik! Belum expired lagi...huhu..tp sebab dah potong keledek dah rendam segala, mari kita guna tepung gandum sajolah..

Tak Kena 2 :

Pastu mandikan imtinan. Mr.Faris cakap "Yang,siap2 lah..cuti abg x approve ni,temankan abg g ofis". Huhu...cuti yg dipohon 2minggu time saya bersalin nanti tak di approve. Habeh camane ni nak beranak ni laki xde,sape nak jageeeee... Arghh risau!

Mr.Faris menambahkan lagi keserabutan : "Eh,hari ni 1 haribulan. Due date loan!"

Saya : "Ok2..kita singgah mana2 lunch,pastu g ofis dulu..loan malam pun blh bayar lagi.." sambil2 tgk jam dah pukul 12tghari. Agak2 sempat tak sampai ofis kul 2ptg (ofis kat KLIA, kitorang duk tmn melati)...


Tak Kena 3 :

Gerak dari rumah dah 12.40. Elok keluar basement hujan rintik2..Plan asal nak lunch kat mamak tepi kondo ni je. Dah hujan, kensel. Kena la cari kedai makan dlm bangunan, kesiankan Imtinan nanti kena hujan, dia kan demaaaaammmm...

Mr.Faris : Kita mkn kat Jusco je la yang..

Saya : Ok..hopefully imtinan tak tido... (nampak dia dah ngantuk)

Mr.Faris : Hopefully....

On the way ke Jusco, jalan jem! Lama jgk amik masa, sampai depan jusco dah nak masuk parking ni,imtinan dah terlentok.. Kesiannya la nak kejut dia... Tgk jam dah nak dekat kul 2ptg. Keluar balik, decide drive tru jela McD ke...so patah balik,sbb mcD terdekat adalah kat belakang umah kitorang...sedih!

Tak kena 4 :

Tempuh jem lagi nak sampai mcD...sampai je tgk drive tru tutup - UNDER CONSTRUCTION - bertambah2 tak kena jadinye... Kalo tau gini tapau je kat mcD jusco tadi..konon2 mls nak turun keta la kan carik drive tru...
~geleng2 pale~

Tak kena 5 :

Dah dpt mcD,mkn dlm keta terus..dah kul 2ptg,imtinan pun dah bangun. Suap2 dia sekali..Mr.Faris pecut keta, tp nak pecut cemana la sgt kan,sebelah tgn menyumbat fries ke mulut,mulut mengunyah,dgn hujan yg menggila lebat - low visibility- bahaya di situ.. Tgh2 jln tu Imtinan terberak!!! Lain mcm plk kali ni,mcm cirit je..biar je dulu kasi mama habis makan dulu..sekali bau poo poo dia dh semerbal dlm keta, dh x tahan dah..hujan2 ni susah nak berenti keta,jadi kita 'basuh' guna wet tissue jelah..selalu pon mmg mcm ni..

Bila nak bukak seluar dia,tengok2 bahan buangan diadah melimpah sampai ke belakang..huhu...panik di siti...kat tgh2 highway mana nak carik toilet.huhu...dlm 15minit drive sampai kat galeri Mufors tu,stop and setel things kat situ. Jubah dan seluar saya pun dah sama terkena jugak. Apa nak buat..lebih setengah jam jugak di situ.

Tak Kena 6 :

Setel mandikan Imtinan, sekali baju ganti dia lupa bawak...yg ada cuma seluar je terselit kat dlm dashboard keta. Huhu...Maka tak berbajulah anak dara ni sampai ke KLIA, pastu dari KLIA balik ke rumah...kesejukan dia dgn hujan lagi. (Tapi budak ni suka sejuk...lagi sejuk lagi dia seronok...asyik duk sebut "whoaaaa...whoaaaa...") Nampak sgt suka tak berbaju ye nak? Mak ni risau nak..anak tu demam..sejuk2 sgt kang lagi parah demamnya..

Tak kena 7 :

-Lupa isi minyak. Tpaksa u-turn kat highway sbb dah terlepas stesen minyak. Jarak stesen minyak seterusnya bakal membuatkan kitorang tersadai kat tengah2 hujan jawabnya..

-Tertinggal smart tag dlm myvi.. Pastu tersalah masuk lorong smart tag.. Huhuhu...

Tak kena 8 :

Dah Takde yg tak kena...sampai KLIA kul 4..syukurlah di situ.kalau sampai kul 5, mmg nangis la opis dah tutup..jauh kot...to syukurla slm masa setengah jam,cuti 2minggu yang dipohon utk jaga wife beranak tu akhirnya diluluskan..
Alhamdulillah...

# apa agaknya silap kami hinggakan apa yg dibuat hari ini serba tak kena jadinya? Ataukah ini sebahagian dari didikan Allah supaya kita tak kenal erti putus asa? Ataukah kami selama ini kirang bersyukur atas segala nikmat dan kemudahan yg Allah berikan?

Pohon hidayahMu sentiasa ya Rabb...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 20, 2012

Update sekaligus...

Assalamualaikum...Salam sejahtera, salam ukhuwwah dan kasih sayang utk teman-teman semua.

Sniffff.....Phewww ~ *tarik nafas panjang-panjang, pastu lepas. Lega.
Dua tiga hari ni macam tenang je rasa. Macam dah tak berapa bizi. Eh, bizi tetap ada. Tp kewajipan tu kan memang selalu lebih banyak dari masa yg kita ada. Lebih-lebih lagi bila dah 'naik pangkat' sebagai pengurus rumahtangga ni, lagila sibuk...

Ok, sementara berpeluang update guna laptop ni, jom temankan saya update  panjang-panjang..hehehe..


TENTANG RUMAH

Alhamdulillah, rumah yg selesa. Cukup selesa untuk kami bertiga. Saya, Mr.Faris, dan Imtinan. Tiga bilik, 2 bilik air, dan 1 bilik maid/stor room, kitchen, utility dan ruang khas letak kasut yg cukup luas untuk dijadikan stor. Luas 1550 sq ft. Kitorang menyewa je pun..Belum mampu nak ada rumah sendiri.

Selama ni saya sibuk uruskan rumah. Sibuk kemas rumah. Oh, bukan setakat kemas, tapi organize. Dah 6 bulan lebih pindah baru siap kemas??? Haah, memang pon...Saya cerewet orangnya. Bab-bab kemas mengemas ni memang amik masa yg agak lama. Saya tak suka kemas asal tangkap muat je. Asal sumbat je. No! Kemas pada saya mesti betul-betul kemas. Maknanya biar setiap benda dalam rumah ni ada  'tempat duduk' dia sendiri. Tak mau tumpang-tumpang seat passenger lain. Ahahaaa...

Alhamdulillah, syukur, setakat hari ni, rasa mcm dah clear la..kira bolehla..kan? Storage belum cukup memuaskan. Tapi saya sebolehnya taknak tambah koleksi almari ke, wardrobe ke, rak ke...bukan rumah sendiri pon...Pikirkan nak pindah nanti nak mengangkut haih...takmau..takmau..Seboleh mungkin nak 'minimize'kan barang2 yg ada.

Pengurusan bil-bil, resit, dokumen segalanya tu pun nak diambil kira juga tu...Kalau tak kompem bersepah-sepah kertas..Bila perlu, punyalah susah nak cari...Haih...

InsyaALLAH, ada kesempatan saya nak up entri2 khas tentang pengurusan dan susunatur barang2 dlm rumah ni.. InsyaALLAH...


TENTANG BISNES

Bisnes kecik-kecik sahaja. Bisnes handbag. MAsih dalam proses nak mendaftarkan perniagaan sendiri, masih dalam proses nak buat website khas, masih dalam proses mensurvey harga....bla..bla..bla... segalanya masih dalam proses...Tapi alhamdulillah, walaupun masih dalam proses, bisnes dah mula sikit2..

Setakat ni cuma sempat uruskan LV sahaja. Untuk Gucci, Channel, dan lain-lain, masih lagi dalam proses men-survey harga. Bukan senang rupanya nak set up a business. Bagi saya, a good business must come up wit a good plan. Marketingnya, targetnya, segala madam lah.. Oh yeeeee....last month LV naik harga!! Ouchh...means i need to revise my price as well lah kan..Haiyooo...

Hurm...setakat ni saya baru bermula kecil-kecilan melalui facebook. Itupun dari segi pemasaran belum aktif sangat lagi. InsyaALLAh, target saya dalam masa sebulan ni siap 90% of business plan. Yg penting legal.


TENTANG ANAK.

Eh? Tentang anak-anak. Hehehe... Due second baby adalah pada 9/1. Woahaaa...tak sabar nak bersalin. Semalam buat detail scan, baby is gaining weight rapidly. At 29 weeks and 4days old inside, she is 1.5kg plus.. SHE? Yes, it's "SHE" again... Alhamdulillah, walaupun hati macam seronok jugak kalau dapat baby boy kan, tapi kalau baby girl pun macam best jugak. Sebab nanti bila dh besar cikit, mesti nampak macam twin dengan Imtinan...boleh pakai baju same..Haha.. (okeh, admit that mama mmg nak sangat anak kembar waktu pregnantkan Imtinan lagi..)

Tapi, terfikir juga nanti bersalin macamana nab handle both Imtinan and baby? Mampu ke Mama uruskan dua2 sekali dalam pantang? Eh, camana mama nak mandi, makan, masak, haish...camana mama nak carry Imtinan baru lepas bersalin? Papa dapat cuti 2weeks je...tupun belum approve sepenuhnya.. After two weeks nanti saya sendiri lah ek uruskan baby&Imtinan? Haiyoyoyo...

Ok. Stop. Taknak pikir lagi. Biar masa je menentukan.  Kadang kita manusia ni selalu fikir susah itu, susah ini, tapi kita tak fikir, yang Allah tu mampu senangkan setiap kesusahan kita dalam sekelip mata je.

Hurm, bilik untuk putri2 ni dah siap kemas. Siap kemas sahaja. Belum siap hias. Rasanya tak hias dah kot. Kalau nak berhias bagai tengoklah tahun depan ke...lepas bersalin ke..banyak lagi benda lain yang perlu priority. Asal kemas dan tersusun sudah lah.

Imtinan pulak, dah makin behave sekarang ni...alaaahai, kalau nak cerita pasal dia rasanya sampai ke esok pun tak habis lagi menaip. Makin comel dan kelakar. Macam-macam dah dia buat. Paling mama suka, bila Imtinan dah tak kisah dengan outsiders. (means ; extended family and mama's friends). Dah tak nangis2 macam dulu. Malam-malam tidur dah tak perlu berkepit sangat. Asal dia lena je saya boleh bangun dan buat keje lain. Alhamdulillah, syukur Ya ALLAh, KAU permudahkan urusanku di saat fizikal semakin tak berdaya ini.


TENTANG BIBIK

Huhu...nanges dulu baru cerita~~~~~~~~~~~~~
Ntah, masih 50-50 nak pakai bibik ke tak.

Ikutkan hati memang nak...Sapela yang taknak pembantu kannnn...
Tapi susah, past few days saya google ttg cerita pasal bibik-bibik nih..
Hurm, kalau nak disimpulkan, lebih senang tak payah berbibik lah. Tapi Mr.Faris macam nak juga pakai bibik. Sebab kesiankan saya uruskan rumah dan anak sendiri lepas bersalin nanti. Lagi merisaukan, bila time pantang...Macamana saya nak berpantang dan menguruskan dua anak kecil tanpa  ada sesiapa yg membantu bila dia kerja luar? Saya sorang-sorang kat rumah?

 Itu risau seorang suami. Tak salah la dia nak risau ke apa kan, mungkin dia rasa tu tanggungjawab dia sebagai ayah dan suami untuk meringankan beban isteri dia. Mungkin juga dia rasa tu tanggungjawab dia sebagai suami untuk tak meletakkan saya dalam situasi bahaya.

Ye, kalau ada sesiapa yg boleh rekemenkan bibik atau pembantu rumah tempatan yg bagus, saya alu-alukan.. Tolong lah bagitau saya.. Saya sebolehnya taknak gamble je ambik bibik dgn agent yg kita tak tau lagi kualiti bibik tu tahap mana. Saya bukan lah letak requirement tinggi sangat. Saya pun ada kat rumah, fulltime housewife kannn..Kerja dia cuma tolong-tolong saya je... Terutamanya tolong kemas rumah. Master bedroom dan toilet master bedroom saya akan uruskan sendiri. JAdi kerja bibik cuma kemas 2 bilik je. satu bilik tetamu, dan satu lagi bilik Imtinan. Which is tolong lap habuk dan vakum lantai je pun.. Pastu mop lantai, lap cermin..Urusan dapur saya uruskan sendiri. Masak saya buat. CUma time saya masak bibik tolong jaga anak. Baju saya basuh sendiri, jemur sendiri, dan lipat sendiri. Bibik cuma jagakan anak-anak bila saya buat keje. Itu je.. CUma waktu saya pantang jelah bibik byk keje sikit...

Kesimpulannya cukuplah saya dapat pembantu yg boleh membantu dan mengikut arahan dan bukannya menjadi tuan. Tu je... Banyak-banyak perangai sikit-sikit nak lari lah apa lah, pun taknak juga saya. Saya bukan banyak duit nak bersilih ganti bibik..HuhuHuu..


PENDIDIKAN IMTINAN

Saya masih menyusun 'kurikulum pendidikan' untuk Imtinan. Kadang-kadang saya pun blur...Hahaha.. Bukan senang untuk orang yg takde basic keje nursery macam saya nih. Apatah lagi untuk orang yg tak pernah kenal apa itu psikologi kanak-kanak zaman U dulu. Waktu di Uni dulu kitab-kitab saya semuanya berkaitan dengan undang-undang. Tengok kanan, Act. Tengok kiri, Act. Kalau ada yg berkaitan dengan kanak-kanak pun cumalah CHild ACT!! Haha..tak sesuaiiii....

Punya kesempitan bahan rujukan adalah masalah paling utama. Susah untk saya cari buku-buku tentang pendidikan bayi, terutamanya mengikut ISlam. Balik-balik ulang benda sama. Bukan saya kata Islam tak mementingkan pendidikan kanak-kanak kecik ni. Tapi sumber dalam bahasa Melayu tu yg susah... Ye, saya perlu bertatih dari A,B,C nampaknya.

As for now, saya cuba buat apa yg saya rasa perlu. Memang banyak yg tertinggal saya rasa, tapi nak buat camana kan. harap-harap lah hasilnya nanti masyuk. Hihihi...

Hurm, cukuplah kot sampai sini... Idea putus tiba2...pastu saya tak rasa saya larat dah nak sambung menulis. Hehe...Sakit belakang mcm menyucuk-nyucuk je ni...Babai semua...

Assalamualaikum :-)


Monday, October 8, 2012

Mamy Poko on sale!!

Asslaamualaikum...salam kasih sayang salam ukhuwwah untuk semua...

Mommies, did u all know that Jusco is having a "baby sale"? Haha..saya baru je tahu. Secara tak sengaja semalam tersinggah kat Alpha Angel Wangsa Maju. Plan nak cari maternity nightdress Scarlet barang sehelai dua..

Masuk je pintu, nampak baby diapers on sale. Pandang mcm tu jela..saya jarang jatuh hati pada sale. Plus Imtinan cuma boleh pakai Mamy Poko Extra Soft Easy Fit Pants sahaja. SAHAJA. Yg lain2 dia elergi. Apatah lagi jenama lain, yg Mamy Poko Easy Fit Pants biasa (xde extra soft) tu pun dia blh elergi...*sigh*

Been using Mamy Poko for almost 1year, saya dan suami dah aware sgt2 dah dgn kemahalan harga Mamy Poko Ni. Nak jumpa offer ke sale ke mmg payah..kalau yg extra soft tu untuk size L harga dia RM39.90 sepeket, yg cuma ada 28pcs! Paling murah boleh dpt kat Manjaku dgn RM36.90...

Tapi semalam kat Jusco dpt price RM29.90 sahaja sepeket. Murah sepuluh ringgit. Mcm x percaya. Suami saya lepas belek, belek lagi..belek lagi..belek lagi.. Akhirnya ambik 6paket. Betapa tak percayanya kitorang, sampai kat cashier tanya lagi betul ke ni price dia?? Haha..

Sale tu kata diapers nye offer till 14/10 je...tp baby sale tu sampai 28/10... Xpe, tak kisah pun sale yg lain2..baju mahal ke murah saya x tahu.. Kerja suami yg shopping brg2 anak ni..tp kalau harga diapers mmg saya aware..hehe..

Jimat 60ringgit untuk bulan ni&bulan depan..hehe... Kalau sape2 tau kt mana nk beli diaper Mamy Poko Extra Soft Ez Fit Pants ni dgn harga yg murah atau harga borong, tolong la bgtau saya ye..saya sanggup keluar duit beli byk2 terus...lampin pakai buang ni mahalllll...huhuhu...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 27, 2012

Jemput-Jemput Nasi

Menulis nota resipi lagi..Takut terlupa dikemudian hari.

Jejemput nasi atau cucur nasi ni antara menu kuih muih yg glamer jgk di kalangan blogger2 masakan. Gigih diorang mencipta resipi. Saya google sahaja, rasa2 mcm senang dan nampak sedap, saya cuba lah..Rata-rata komen yg saya baca, kata cucur nasi ni sedap..lembuuuut walaupun dah sejuk. Kebetulan ada nasi lebih saya cuba buat utk minum petang. Alhamdulillah betul lembut. Bancuhan pertama tak menjadi. Selepas di alter her eand there, alhamdulillah jadi jgk...bolehlah utk minum ptg kunyah2 sambil tgk tv. Imtinan suka yg amat!! Cuma sedikit berminyak la...




Bahan-bahan :
• 1 cawan nasi sejuk
• Air (cukup sekadar utk blend nasi)
• 1 cawan setengah gandum
• Apa-apa jenis bahan perasa spr ikan bilis,garam,etc.. (**saya letak kaya 5sudu besar, sbb suami tak suka rasa ikan bilis..so ganti dgn kaya)

Cara-cara :
• Blend nasi dgn air
• Masukkan gandum sikit demi sikit,kacau sebati..agak2 adunan sedang elok pekat mcm bancuhan cucur biasa.
•Masukkan kaya.
• Goreng dlm minyak panas mcm biasa. Jgn terlalu garing,nanti bila makan rasa mcm keras2 kat bahagian luar. Api kena slow sikit, agak2 dah kuning boleh angkat la..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Keria Kentang

Assalamualaikum... Quick update. Lama sgt tak update. Byk sgt urusan nak dibuat. Malam2 tido dah pukul 3,4pagi. Mmg x sempat nak update. InsyaAllah,akn cuba cari masa utk catatkan sesuatu di sini.

Ok,keria kentang. Tak tau jumpa idea asal ni kat mana. MyR kot..huhu..Tp sbb sedap dan kena dgn selera suami, wajiblah dicatatkan di sini. Lainkali senang nak rujuk...




**ni bukan ikut resipi asal. Resipi asal ada sukatan2nya..google je lah nanti insyaAllah jumpa. Ni juz for my own ref je..hehe..

Bahan-bahan :
•3biji ubi kentang saiz sedang. (rebus bersama secubit garam hingga empuk)
•1cwn tepung gandum (agak-agak je..)
•gula kastor

Cara :
Lenyekkan kentang hingga lumat. Pastu masukkan gandum sikit demi sedikit smpai agak2 sedang elok lembik adunan. Bentukkan leper, buat bulat kat tengah mcm donut. Tgn mesti mau selalu basah dgn air, kalau tak melekat2 adunan tu susah nak bentuk. Terus boleh masukkan dlm minyak panas. Deep fry sampai masak. Kitorang suka garing, nanti rangup kat luar lembut kat dalam.

Bila dah masak, angkat dan terus golekkan atas gula kastor. Tak payah sejatkan minyak, nanti gula tak melekat.

**Sepatutnya disira dgn gula tp mr.Faris dan saya tak gemar begitu...so, golekkan saja dlm gula mcm buat donut. alhamdulillah sedap juga dan paling penting SENANG :-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 1, 2012

Salam IdulFitri - cerita basi raya 2012

Assalamualaikum sahabat kesayangan saya..moga dirahmati Allah disetiap denyut nadi dan hela nafas..Alhamdulillah, masih diberi kesenpatan utk menulis di sini.

Walaupun dah terlewat,tp masih nak ucapkan Selamat Hari Raya buat yg singgah di sini. Eh,raya ke berapa sudah ye kita?Lupa... Pohon maaf lama menyepi, bukan sengaja, bukan tak komited. Tapi.......

Terus terang saja, saya pregnant lagi..sudah masuk 22minggu (minus plus). Alahan tak seteruk waktu mengandungkan Imtinan, cuma....tetap juga mabuk loya bila tatap skrin lama2..pertengahan ramadhan tu baru kurang sikit mabuk. Setakat blogwalking 2,3 entry cukup..lebih2 nanti muntah.. Nak menaip entri sendiri mmg tidaklah kan..Macam2 alahan org mengandung ni..Semua menguji kesabaran seorang ibu..

Oh ye, asalnya saya pregnantkan twin,tp first&2nd scan tu nampak satu je.. Waktu kandungan 3bln,tiba2 bleeding yg amat byk..smpai saya pucat dan hampir cramp kaki. Waktu tu Mr.Faris kat Paris, saya plk kt kampung rumah mak. Pegi la klinik swasta, scan tgk baby ok,aktif lg..doc tu ckp dia pun xtau darah apa yg keluar. Mr.Faris on that day baru sampai paris,terus fly patah balik KL. esok pagi2 sampai KB,terus bawa sy ke pakar perdana,jumpa gynae. Bila di scan scara detail,nampak la ada dua kantung..tp yg satu tu dah xde baby..dah keguguran..full with blood sahaja..sayangnye..x merasa nk ngendong ank kembar..adalah hikmahnya tu..apapun bersyukur the other surviving partner masih sihat walafiat smpai sekarang.. (eh gerak2 plk dia...)

Berbalik pada cerita raya. Tahun ni raya lain sikit rasanya, sbb dah jadi ibu..Nak bercantik2 pun susah,asyik mengendong anak je,Imtinan pulak dh pandai tarik2 tudung mama..comel je dia..mama yg comot jadinya..Ditambah lagi dgn penat mengusung perut. Mengandung kali ni lain ckt, baru 5bulan dahterasa perut besar mcm 7bulan..berat dan mengah sokmo. Kata doc, mmg gitu sbb dh ank kedua..anak ke tiga ke empat nt laaagi besar perut..erk?

2hari sebelum raya kitorang balik Kelantan,naik keta...Malam raya Mr. Faris fly ke Mumbai. Sedara mara pakat duk kesiankan saya&Imtinan sbb beraya papa xde..Ni malas nak balik kampung ni. Ikutkan hati raya je kat KL sorang2..apalah nak disedihkan sgt,bukannya sebulan raya tu laki xde..takat sehari dua..bukannya laki tu pegi x balik pun..Malam raya tu saya kat rumah mak saya,kumpul semua abang2 dan kakak2 ipar..pulun siapkan biskut raya sikit&masak kuah mee kari. Menu pagi raya adalah mee kari semata. Ketupat palas pun ada. Nasi impit,sate semua xde. Semua adik beradik mengendong anak kecik..yg lagi sorang kak ipar tgh sarat tunggu masa nak meletup..mmg xde sapa yg larat nak masak banyak2..Pagi raya salam2 mcm biasa pas2 duit raya kt anak2 buah, tghari tetamu dah surut, kitorang g kubur arwah ayah, abg sulung tinggal jaga mak kat rumah, balik dari kubur dah 3ptg, semua pakat kemas2 nak balik umah mertua masing2..Saya pun sama,dlm kul 5 gitu mertua saya sampai umah mak, nak menjemput menantu bwk balik umah diorang. Malam tu sambung jalan raya famili suami plk...kurang sikit penat sbb ramai adik2 ipar melayankan Imtinan..Sepuluh orang ok! Sepuluh orang tukang layan dia..hehe..Tok ayah&tok umi plk asyik la duk dukung cucu nan sorang nih..cucu sulung la katakan..

Raya kedua - 8.30pagi mr.Faris dh sampai kat epot KB,arrived from mumbai. Imtinan terlompat2 nampak Papa dia,terus taknak sape2 dah..Siap2 dlm kul10pg start la konvoi beraya kami 3kereta..Dari pagi sampai ke malam..Penat tapi seronok.
Malamnya futsal family belah suami. Ingat nak pergi juga tapi pikirkan umi sorang2 masak kat rumah untuk juadah esok, tak jadilah. Nak tlg umi la kononnya. Konon je..Sekali Imtinan mengaaamuk je mlm tu, dari nak tlg umi, umi plk yg tlg saya sejukkan hati cucunda sampai tertidur.. Hasilnya umi la sorang2 masak sampai kul 3pagi..Kesian...Ada menantu sorang anak meragam.. Yang lagi sorang kul 9mlm dah kena masuk tidur,esoknya keje shift kul 8pg..Anak-anak bujang plk semuanya ke futsal..

Raya ketiga - Mmg aktiviti tahunan raya ketiga mesti buat openhouse rumah mertua. Sbb tu raya pertama dan kedua kitorang jalan je merata. Sbb raya ketiga dah kena duduk rumah. Pagi2 bangun ke dapur tolong umi apa yg patut. Imtinan Papa layan. Tahun ni openhouse paling x meriah. Masak bihun sup je. Kek dua bijik je. Puding sejenis.Umi penat. Tukang sponsor a.k.a kitorang pun budget kurang tahun ni..sangat2 kering..huhu..Kalau tak,mcm2 ada : mee kari, nasi arab,nasi bukhari, sate,nasi impit kuah kacang, puding mcm2 jenis...takpelah ada rezeki tahun depan buat meriah ckt. Ptg tu Mr.Faris dah ajak balik umah mak saya. Err...saya agak serba salah la juga. Ingatkan esok pagi baru balik sana.. Sempatla tlg umi kemas apa yg patut.. Bila umi tanya,dia jwb "Abang belum raya dgn Ma lagi la umi..." So kemas 2 baju semua hangkut la balik umah mak saya plk..Kelam kelibut sungguh bila bigb0ss suka buat plan last minit..

Raya keempat - Kitorang ziarah family sebelah saya plk..ziarah adik2 arwah ayah..ramai...sehari tak cukup..ada lagi dua tiga makcik pakcik yg tak sempat jumpa..

Raya kelima - attending friends' wedding..

Raya keenam - abah mertua operet (minor operation kat pergelangan tangan). Esoknya dah blh kuar hospital.

Raya ketujuh - g jemput abah kat hospital bawak balik umah..mlm kul7 kitorang gerak balik kL..sampai KL kul 12tgh mlm..alhamdulillah selamat perjalanan..sampai2 terbongkang tidur..penat!

**begitulah ceritera raya 2012 family kecil kami.. Sungguh bosan kan bila takde sekeping pun gambar..haah mmg xde langsung gambar. Beria angkut kamera balik kampung..gambar sekeping pun takdo...hehe..

Monday, June 4, 2012

Jurujual kena pandai approach customer.

Assalamualaikum...

Tadi jejak ke Baby Expo @PWTC. Seumur hidup tak penah jejak baby expo. Ni gagah je pegi sbb si suami nakkan walker untuk anaknda putri nan sorang nih..

Malas nak nyinggah byk tempat,terus point ke booth sweet cherry (ke caner eja dia?)...tp dlm taknak singgah tu, ramai juga salesman/women yg duk follow2..sbb last day kot.. Mengaku secara terus terang,saya mmg jenis bangsa pemerhati, yang suka memerhati sambil2 belajar menganalisa ..ok,jadi hari ini ayuh kita bercerita tentang jurujual..Pada pemerhatian saya, bangsa cina lagi terer bab approach customer nih. Mmg gen diorang nih gen berbisnes agaknya..Muka maniiiis je..mostly lah. Nak kata semua tak juga..jadi saya rasa ada rules yang perlu jurujual melayu jadikan panduan untuk attract customer.. Ni rules dari pelanggan macam saya lah.. Means, sebagai pelanggan apa yg saya espect..apa yg saya suka..dan apa yg boleh buat saya nak singgah sekejap...

1. Senyum.
Senyum..tak perlu kata apa-apa. Senyum. Senyum tu boleh buat customer punya hati cair. Dari taknak boleh jadi nak. Sbb tu kalau penat,better rest dulu. Saya paham, kadang2 berdiri lebih 3,4jam tu penat. So amikla kesempatan duduk jap. Minum air jap,tarik nafas jap. Takut pelanggan lari kalau tak tunggu. Eh takde...kalau berdiri 24jam pun tapi aura senyum tu tarak,pelanggan lalu pun rasa nak cowww cepat2..

2. Mata mesti mau tajam.
Kadang2 customer ramai lalu lalang..Tapi jurujual mata mesti mau tajam. Mesti tau mana customer yg tengah rush,mana yg mmg tujuan nak bersiar2..tengok mana customer yg tengah relax, mana yg tengah kalut..eh,kalau customer tu laki dia tengah usung kotak besar almari, bini dia pulak tgh dukung baby sebelah tangan, anak tengah meraung...jangan di sapa. Jangan. Bukan potential customer namanya tuh..sebab tu mata kena tajam tengok gelagat / pe'el customer..

3. Jangan buat silly joke. Orang kita kata LAWAK BODOH. Lawak2 kategori ni menyakitkan hati. Saya pun kena gak tadi. Lalu kat satu booth, budak pompuan melayu (not so budak,macam lagi tua dari saya je..tapi sbb dia bahasakan saya kakak) tegur "anak umur brapa kak?"... "urmmm...lapan"..sambil berjalan..sbb mmg tanak singgah. Dia follow.."singgah la 5minit je..kami ada program untuk pendidikan anak-anak".. Saya stop 5saat..haha.. "owh..takpe2..nak cepat ni"..sambil terus jalan.. Dia follow lagi, "5minit je...CAMANA ANAK NAK PANDAI KALAU AKAK MCM NI"...
Laju2 saya jln. Takmau toleh2..hati mendidih!! Eh,kalaula saya ni jenis laser orang, rasanya bergaduh jugak kat situ kan.. Anak awak pandai sangat ke cik jurujual oiii? Haha..tapi tak marah sangat pun. Cuma kesian la, kalau boleh pandai2 la bezakan mana satu lawak, mana satu puji..mana satu yg org suka,mana satu yg org benci..tolong ye..tolong ye dik jangan buat gitu lagi..tutup periuk nasik sendiri namanya tu..

4. Jangan kedekut bagi free gift. Ada jgk perangai jurujual ni yg suka sorok free gift yg company bagi untuk customer,tapi disorok untuk diri sendiri. Dah tak amanah di situ. Orang keja tak amanah apa hasilnya? Tak berkaaat...customer nih paper bag pun dia suka kalau dapat.Padahal balik umah campak stor je. Eh tak yah sorok2 la...tu komisyen dapat lagi tinggi dari harga pen sebatang tu..percayalah.
Ha..nak citer jgk, tadi singgah booth citybank, apply kad kredit. Dapat dua freegift..satu sportbag. Lagi satu gift kena main putar2 mcm roda impian tu..dapat yang mana,nasibla kan. List gift dah ada tulis siap2..ada free carwash, airasia thumbdrive, set catur kaca,etc....saya cakap kat Mr.Faris "Bang,putar kasi dapat free carwash la.." pastu dia pun tny kat cina tu.."worth berapa?" cina tu cakap rm15 je..terus dia tanak main.. (haha..memilih!!) pastu cina tu cakap "ala..you mau gift mana? I bole kasi cari maaa..tak payah putar2" so...dapat set catur kaca tu..cantik la jgk.. Kalau nak ikutkan cina tu blh je buat derk tak bagi gift tu..sbb dah isi form siap.komisen dia dah dapat kot...

5. Kalau tengah sibuk entertain customer pun, belajar2 la senyum dan pandang mata customer lain yg terhegeh2 datang tanya apa2..stop sekejap dari urusan pertama, layan customer kedua barang seminit dua..takpun pandang mata dia,senyum,dan cakap "kejap ye cik..saya selesaikan payment yg ni dulu..maaf ye.." senang..jgn sesekali bercakap dgn customer tak pandang muka ke mata ke. Jgn mulut menjawab mata kat tepon tangan main sms. Tak pun mulut menjawab mata pandang kalkulator,tangan mengira duit. Jangan. Tu tak beradab namanya.

6. Dah. Tu je. Penat nak pikir panjang2...nak ikut,ikut..taknak sudah..saya tak penah jadi jurujual pun. Takat jual air&nasi kerabu time pesta konvo uni dulu adalah..hehe..saje je sharing2..saje nak blog benda yg berlaku di
sekitar. Sekadar buka mata sendiri...

Wallahua'alam..apa2 pun ikhlas dan amanah dalam setiap pekerjaan tu penting...wassalam..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 22, 2012

8months Sofiyya Imtinan

Quick update after long silence...
Mood ilang,tak tau terbang ke mana. Busy & penat. Ni pun lupa anaknda dah enter 8months semalam. Tetiba teringat. Mesti note kat sini. MESTI. Kalo tak nanti lupa.

8months........banyak nampak perkembangan Imtinan..dah besar anak momma..

Perkembangan fizikal :

• Dah boleh berdiri sendiri. Tak payah pegang. Ada tempat boleh memaut,bolehla bangun dengan sendiri. Macam tv kabinet,sofa... (tu jela pun yang ada kat rumah ni)

• merangkak belum betul2 lagi. Takat 4,5 langkah tu paling jauh dia boleh pegi. Nampak mcm tak berapa nak rajin merangkak.

•Gigi belum tumbuh

• Berat dan tinggi belum tau,sebab tak g timbang lagi.

• paling membahagiakan bila dah boleh panggil 'mama'. Kalau nak susu ke, berak ke, asal dia rasa nak mak dia ni dia blh cakap "mama". Lalu papa pun jeles. Sebab Imtinan blh juga sebut "pa-pa".. Tapi sebut tak paham..hahaha.

Perkembangan emosi :

• Makin taknak dengan orang. Langsung2 taknak. Pujuk la camana pun.. Paling kurang amik masa 3,4 hari jgk la baru blh dukung2 dia. Tupun kalau mak pak dia takde..kalau ada depan mata, meraung.

• Makin manja. Tinggal sikit nangis. Nampak mak dia ni bangun je nangis. Bukak baju nangis. Mandi nangis. Pakaikan diapers nangis. Pakai baju nangis. Taktau kenapa. Serius tak tau. Bukan merengek. Tapi menangis & meraung. Kesian...bukan kesian dia,kesian kat mak dia...huhu..

• Suka papa lebih. Asal nampak papa senyum. Asal nampak mama nangis. Pelik. Papa ciku-cak dia ketawa. Mama ciku-cak dia buat donnow je..ape nih Imtinan? Haih... Papa g keje 2 hari, 2 hari la dia tak senyum...serius pelik.

Done. Stress dan penat. Rasa nak tido taknak bangkit....huhu...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 5, 2012

Wahai Wanita.....Belajarlah Untuk Tidak Terlalu Sensitif

Assalamualaikum, buat sahabat-sahabat kamarsufi, dan pembaca yg kebetulan tersinggah di sini. Moga2 semuanya dilimpahi rahmat Allah sentiasa.

1. Bila kamu anak dara, dan jodohmu lewat, maka ada yang akan bertanya : " Bila nak kahwin?", "Memilihkah?", " Jadi andartu takde siapa mahu" Anggaplah mereka cuma mengambil berat tentangmu. Atau jika mampu, jawablah : "Kalau jodoh saya datang melamar, insyaAllah saya terima. Lambat tak mengapa asalkan selamat. " Atau jika tidak mampu, berdiamlah dan berdoa semoga Allah campakkan kesedaran di hati mereka. Mudah-mudahan juga Allah sediakan untukmu jodoh yang soleh.

2. Bila kamu anak dara dan jodohmu terlalu awal datangnya, maka akan ada yg berkata : " Belum habis belajar dah nak kahwin? Esok belajar tah ke mana, kawin sekerat jalan". Jika mampu jawablah : "Mudah-mudahan berkat perkahwinan ini. Bukankah gadis yang bernikah muda itu berkat?" Jika tidak mampu, berdiam dan berdoalah, mudah-mudahan Allah menjaga pengajian dan perkahwinanmu kerana keduanya urusan yg mulia di sisi Allah.

3. Bila kamu sudah berkahwin, tetapi belum berjaya peroleh zuriat, maka akan ada yg bertanya : " Keturunan kamu memang payah lekat ke?", "Keturunanmu jenis rahim lemah mungkin", "kami baka subur, semua beranak ramai". Jika ada kemampuan, jawablah : "Entah,belum rezeki kami lagi. Sesuai masa dan ketikanya, bila Allah berkata "kun", insyaAllah adalah rezeki kami". Jika tidak mampu, berdiam sahaja atau berdoalah mudah-mudahan Allah kurniakanmu zuriat paling soleh, bila tiba masanya, kerana ini juga termasuk urusan Allah.

4. Bila kamu punya suami yg baik, maka akan ada yang berkata : " Jaga-jaga, lelaki baik di depan, senyap2 makan luar" , atau " Jangan percaya sangat, nampak aje baik tu, belakang kita akal panjang." Jika mampu jawablah, "Insya Allah tidak apa-apa, bila suami keluar bekerja, Allah sedang jaga dia. Jika kita sangka baik pada Allah, baiklah yg kita dapat. Jika buruk sangka kita, buruklah kita dapat." Atau jika tidak mampu, berdiamlah dan berdoalah mudah-mudahan Allah terus memelihara iman suami dan menjaga kerukunan rumahtangga.

5. Bila kamu punya kerjaya yg bagus, tetapi memilih untuk berhenti demi tanggungjawab untuk anak dan suami, maka akan ada yang berkata : " Bodohlah tinggalkan kerja dah bagus. Peluang datang hanya sekali", atau mungkin "sekarang suami tengah sayang bolehla bergantung itu ini, esok suami cari lain, kamu juga terlopong takde apa2," atau mungkin "org lain pun ada anak ada laki juga, boleh aje kerja,kau ni lembik sangat." Jika kamu punya kemampuan, jawablah : "Menguruskan suami dan mendidik anak itu tanggungjawab WAJIB yg akn disoal di akhirat. Sedangkan sebagai wanita saya tidak akn ditanya oleh Allah kenapa saya tidak keluar berkhidmat kepada majikan. Saya takut saya gagal dlm keduanya. Biarlah saya ambil jalan ini ; membajai anak-anak saya dgn ilmu agama sesungguh hati, agar saya tidak tergagap di depan Allah". Tetapi andai tidak mampu, maka berdiam dan berdoalah mudah-mudahan Allah menjadikanmu wanita yang istiqamah dlm setiap pilihanmu. Moga-moga juga Allah tetapkan keikhlasanmu.

6. Bila kamu sebagai wanita berkerjaya, tetapi tidak tahu bergaya, tidak pandai beraksesorikan beg berjenama, atau pakaian mahal, maka akan ada yang berkata ; "Kedekutnya...nak bergaya sedikitpun berkira," atau mungkin " eh, tak terasa ke nak pakai handbag berjenama? Sekurang2nya berila good impression pada yang memandang." Jika punya kekuatan, jawablah : " Alhamdulillah, hingga hari ini Allah masih menjaga nafsu saya. Saya bekerja untuk membantu suami, jadi biarlah saya berjimat cermat untuk masa depan kami." Atau jika tidak mampu, berdiamlah dan terus berdoa agar tidak tergolong di kalangan wanita yang berhias di tempat kerja yang sudah tentunya bukan untuk tatapan suami. Mohon juga Allah tetapkan niat asal kamu bekerja, bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bergaya.

7. Bila kamu jadi ibu, pastinya ada yang membandingkan perkembangan bayimu. Akan ada yang berkata : "Eh, sudah 9bulan belum boleh merangkak?", atau " eh...kurusnya, tak bagi makan ye?", atau " wah..tembamnya! Jaga-jaga, obes nanti," Abaikan. Anggap sahaja itu cara orang melayu bertegur sapa dan beramah mesra. Kalau mampu jawablah "Setiap bayi tahap perkembangannya berbeza. Asalkan anak saya sihat, saya syukur pada Allah,". Jika tidak mampu berdiam sahaja. Ini bukan perkara besar, teruslah berdoa mudah-mudahan si anak terus dibawah peliharaan Allah, dikurniakan kesihatan yang baik-baik.

8. Bila kamu sebagai ibu, akan ada yang mempersoalkan cara didikanmu terhadap anak-anak. Mungkin ada yang berkata : "eh, jgn dimanjakan budak tu, nanti kepala kamu dipijaknya," atau "dipukul-pukul dimarah buat apa, budak2 tak tahu apa2,".... Jika benar salah, merendah dirilah : " Entahlah, saya tertekan. Dia agak nakal, tidak tahu bagaimana mengajarnya lagi," atau jika yakin tindakanmu benar katakan : "oh, ini adalah cara didikan terbaik. Saya telah membuat sedikit kajian berdasarkan kitab ini dan buku ini.." Jika tidak mampu berkata, maka berdiamlah. Doakan semoga Allah sentiasa membimbingmu dalam mencorak anak-anak.

9. Bila kamu sebagai ibu, dan anak remajamu tidak beroleh keputusan cemerlang dlm peperiksaan, maka akan ada yang berkata; " hei...kenapa ni, adik beradik yang lain semuanya bagus-bagus," atau mungkin "hantar ke sekolah bagus, tuisyen sana sini, hasilnya begini sahaja?" Jawablah ; "Tidak mengapa, saya redha dengan rezeki anak saya. Cemerlang didunia belum tentu cemerlang di akhirat," tapi andai tidak mampu berdiamlah dan terus berdoa semoga Allah beri kekuatan untuk si anak yang masih berduka disamping beri kesedaran untuk mulut yang berkata-kata.

10. Bila kamu sebagai ibu, dan anakmu lambat mendapat jodoh, maka akan ada yang berkata ; " tunggu menantu duit berkoyan ke?", atau "tunggu menantu anak raja?", atau " jangan disimpan anak dara lama-lama, nanti tak laku," Sebagai ibu, jawablah : " Saya telah mengandung, melahirkan dan membesarkan dia..Mustahil saya merancang yg tidak elok untuk dia. Saya hanya mahu yang baik-baik untuk anak saya. Tetapi perancangan Allah itu jauh lebih baik. Saya yakin,". Atau jika tidak mampu, berdoalah semoga si anak terus tabah menerima sindiran demi sindiran, juga mohonlah agar ditakdirkan yang soleh-soleh sahaja untuk si anak.

Cukuplah sepuluh sahaja.

Letaklah situasi apa pun, wanita yang kuat jiwanya tidak akan berkata-kata melainkan yang memberi manfaat untuk dirinya dan orang lain. Jika tidak, wanita yang jiwanya kuat hanya akan berdiam diri, kerana dia faham tidak semua orang punya kefahaman tentang doa, redha, dan tawakkal.

Campakkan sikap sensitif itu jauh-jauh, bunuh kalau mampu. Jangan dibiar bersarang di hati, nanti bengkak membusuk membuah sifat-sifat keji. Belajarlah untuk bersikap "TIDAK APA"dengan kata-kata. InsyaAllah lukanya takkan lama.

Wallahu a'alam.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 22, 2012

Turn 7months old.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...alhamdulillah,wa syukrlillah... Sofiyya Imtinan dah cukup 7bulan,semalam. Cepatnya masa berlalu.

Alhamdulillah,dikurniakan kesihatan yang baik, Perkembangan yang baik..moga membesar jadi anak yang baik ye. Dah sembuh dari demam. Panik betul saya, sejak lahirkan dia, tak pernah sekali pun dia sakit. Hatta kembung perut pun tak pernah,apetah lagi demam batuk semua ni. Nikmat ni sekali Allah nak tarik,walau sekejap pun kita dah rasa kehilangan yang besar...kan?

Alhamdulillah, Anak dara momma ni dah besar. Dah pandai banyak benda..

• Berat : 8.3kg, Tinggi : 74cm

• Baru pandai duduk tanpa support. Asyik nak duduk jela...

• Dah mula merangkak selangkah dua.

• Tarik dada dah laju. Jadi jangan cuba2 tinggal dia sorang2 depan tv lagi, kalau dia perasan lajuuuu je dia sreet sreeet sreet kan dada dia cari kita. Sambil2 tu masukkan je apa2 yang dpt dipegang ke mulut. Semut. Syiling. Hampir-hampir nak ke mulut dia. Apa saja...huhu.

• Pandai merajuk. Kalau merajuk mesti tekup muka kat lantai. Sangat perempuan!! ;-)

• Nak snap picture dia senang dah sekarang ni. Tunjuk je kamera/phone, panggil nama dia,mesti punyelah dia sengih.

• Untuk game, setakat ni banyak guna ipad application sahaja. Antaranya Flash card dan Baby Piano. Tu je la kot. Lain dari tu, just sorok barang feveret dia. Buat2 sorok je. Kasi la nampak sikit hujung2 barang tu. Nanti dia cari. Saje test. Nak suruh dia laju bergerak. Budak ni memang tak pernah duduk diam sesaja.

• Gigi : BELUM TUMBUH LANGSUNG. Langsung-langsung belum tumbuh. Hehe.

• Solid Food : Saya belum mula introduce solid food lagi. Masih full breastfeed. Risau juga. Tapi tengok berat dia naik 300gram, dan makin bertambah aktif, jadi saya tangguhkan dulu.



- Nanges. Papa paksa duduk lama2..adik lenguh la Papa...



- Seronok dapat eskrem.




- Baby stroller kat Jusco. Very comfortable for her.




- Tomey tak saya pakai tudung?







-Posisi feveret time tengok TV...

Jumpa lagi :-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Bila Diuji Dengan Kesakitan

Assalamualaikum...
Semoga sahabat-sahabat kamarsufi diberi nikmat kesihatan dan kebahagiaan...

Lama tak update,seminggu? Lebih....saya tak sihat..anak dara sorang ni pun tak sihat juga..

Bermula dengan Imtinan selsema,kemudian batuk,dan akhirnya demam. Kemuncaknya bila dia refuse menyusu,sebab tak selesa mungkin. Bila hidung tersumbat, bernafas ikut mulut,mungkin sebab tu tak selesa nak menyusu. Setiap kali menyusu dia muntah. Hasilnya bangun pagi2 saya cek diaper dia kering. Dah separuh panik di situ. Bincang2 dgn husband,terus bawa ke Ampang Putri Specialist Hospital (APSH). Jumpa Paed dia Dr.Nomee Ashikin nih.. Dah biasa dgn dia monthly check up pun. Dr Nomee ni very soft spoken.. Thats why laaaa suka sgt refer dia..Aaa,nanti2 lah cerita pasal doctor plak..hehe..

Cek sana cek sini, ok, ada bunyi kahak kat dada dia. Doc suruh admit ward, case : Acute Bronchiolitis. Saya dgn Mr.Faris dah berat hati. Tanak la budak kecik ni nanti kena cucuk sambung wayar sana sini. Bincang2 dgn doc.

Then the doc explained sikit2, yang what she worries is about dehydration,memandangkan diaper baby kering,baby pun tak buang air besar. So after pantau one night plus nebulizer dan fisioterapi, kalau dia tak boleh menyusu lagi then baru drip water. Akhirnya kami setuju. Admit la ward..Around 12noon. Imtinan tak boleh menyusu selama 2jam sebab nanti nak buat fisioterapi.




Muka budak excited dapat katil. Kat rumah takde baby cot,momma kedekut takmau beli.

The first thing she got is nebulizer. Untuk cairkan kahak,supaya nanti mudah untuk buat fisioterapi.




Benda ni tak sakit. Cuma budak-budak biasalah struggle bila tak selesa. Penatla nurse memujuk,ditendang2 nurse tu. Kesian. Untuk second dose Papa pasang video lagu arab,terus diam je dia sampailah habis session. Nebulizer ni kena buat setiap 2jam,tak kira siang ke malam. Total up brapa kali tah selama 3d2n kat ward tuh.. Luckily she enjoyed it..kalau tgh tido lagi syok dia tido. Kalau tgh jaga,tgk lah..if nurse pandai borak2 dgn dia ok lah. Kalau jenis yg memaksa manjang mmg dia refuse..

Around 2pm nurse datang jemput kitorang pegi bahagian fisioterapi. Ni part yang tak sampai hati. Mula2 masuk bilik fisio tu,mata dah terpandang satu bilik kecik tulis "suction". Dah rasa
Tak sedap hati, kena buat juga ke suction ni? First benda kena buat is yg tepuk2 tu..tepuk tu kuat..sangat kuat dengan tahap bayi. Tapi takpelah pikirkan demi kebaikan anak.. Imtinan pulak menangis meraung-raung. Haila,saya tabahkan hati jelah..
Tapi lagi sakit hati bila budak yang buat fisio tu duk bebel-bebel. At least pujuk2 la sikit baby tu..budak nangis kena pukul kuat2 tu biasa la. 15minit,siap. Terus saya ambik Imtinan saya peluk kuat-kuat,cubalah sedaya apa yang boleh untuk tenangkan dia.

Tak sampai 5minit kena masuk bilik suction. Ahhh..tahan airmata je saya tgk anaknda...huhu. Orang yang sama juga yang buat suction nih. Mula-mula Imtinan kena bungkus satu badan (bedung) dengan selimut tebal. Pastu dibaring mengiring. Sorang tindih badan dia sambil pegang leher dia kuat-kuat (reason : taknak kasi dia struggel, otherwise may cause injury)
Lagi sorang masukkan wayar dalam hidung&mulut dia utk sedut kahak keluar. Taktau la sakit ke tak, Tapi imtinan menangis sampai tak keluar suara. Saya terkedu dihujung katil. Husband yang duk pujuk2 Imtinan. Lama-lama muka Imtinan jadi biru, suara dah tak keluar. Diam terus. Terus budak yg buat fisio tu stop. Hah tau pun panik. Anak orang tu dik..buatla pelan2..jangan harsh sgt k..

Imtinan terus peluk saya, bengkak2 mata dia..dapat bahu saya terus dia pejam mata..lena. Dari pukul 3 tu dia tido sampaila pukul 8malam baru bangun. Ni mesti kes penat sangat ni.

Petang dlm kul 4 doc masuk, kitorang terus terang cakap yg taknak dah buat fisio. Takpelah, biarlah cure sendiri. Doc nampak berat hati. Conclusion nya : kita tgk dulu malam ni macamana. Kalau dia menyusu ok, pagi esok saya masuk lagi tengok kalau dah takde whizzing2 tu dah tak payah buat fosio ye..itu kata doktor Nomee lah.

Malam tu everythig was good. Very good. Menyusu, buang air,semua smooth je. Cuma dia taknak menyusu bila dah tido. Tak selesa barangkali.

Pagi esok, 9pagi doc dah masuk. Bila cek, still ada heavy whizzing. Doc pun pujuk lah supaya buat fisio utk second time. "Kali ni je...i understand it is a trauma for parent. What more for baby kan..tapi, we have no other option. But i would be very2 happy if u agree to send her for fisio again this morning. Only this time. I promise there will be no more fisio after this."

Saya pandang husband. Husband pandang saya.
Kami sama2 pandang doctor.
Ok,we agree. Dengan berat hati.

Tapi husband sempat buat complain, "yang buat fisio tu student practical ke? Nampak tak expert je?"

Doc : oh really? I taktau pulak tu. But it's ok..don't worry,we'll make a request. Nurse. Take note.

Jadi ke unit fisioterapi lagilah kami.. Tapi alhamdulillah kali ni kami dapat staf yang elok perangainya. Takde nak membebel2, tak panik bila baby nangis..Tak tunggu sampai baby tu jadi biru dulu baru nak stop. Sambil buat sambil pujuk, bukan sambil buat sambil mengeluh. Semuanya smooth je walaupun imtinan tetap struggle dan nangis2.


Lepas tu balik ward Imtinan tido,tapi tak dapat discharge lagi,walaupun banyak kahak keluar tapi still ada heavy whizzing. Doc masuk tengok lagi petangnya dan we agreed to nebulizer only. No more suction. Ok,another one more night to spend at the ward,petang esoknya diacharge. Sebelum discharge sempat bawa Imtinan pegi taman kecik kat belakang bilik ni..









Happy face :-)

Sekarang ni momma plak demam,batuk dan selesema..tambah dengan sakit dan pening kepala,sikit2 nak pitam. Sikit2 nak pitam.
Malam ni Papa ke Istanbul, dont know how to stay alone with baby..bila dua2 tak sihat macam ni..huhu..

Allah,mudahkan segalanya..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 6, 2012

Ibu Mengidam, Baby Keluar Liur : Mitos atau Fakta?

Assalamualaikum...

Moga dirahmati sentiasa hendaknya..

Tajuk tak hengat,macam profesional gayanya.. Tidaklah gitu.. Setakat ini tak pernah la jumpa research pasal ni..

Tapi orang tua-tua selalu pesan, kalau orang mengandung mengidam apa-apa, cubala tunaikan, selagi tak haram. Nanti beranak anak meleleh liur kalau mak tak dapat makan.

Waktu mak saya mengandungkan abang yang ketiga, teringin nak makan napuh (kelompok kijang/rusa/pelanduk gitulah..saya pun tak tau camana rupanya). Arwah ayah saya pun sangguplah masuk hutan berburu,berkali-kali. Tak jumpa. Rezeki Allah kali terakhir ayah masuk hutan berburu napuh,time tu mak dah sampai bulan, dapat lah benda napuh ni. Tapi bila sampai je rumah,mak tengah sakit perut dah nak beranak dah..

Saya?

Ok,terus terang saya jenis yang banyak ignore pantang larang org tua-tua kalau saya tak jumpa logiknya. Saya selalu protes dalam hati. Salah satu contoh, nih bab mengidam ni lah,puas saya pikir2....mmg tak jumpa kaitannya bagaimana.

Tapi....

Anak saya memang liur meleleh dari umur sebulan sampai sekarang, dah 6bulan!

Bila balik kampung je mestilah ada makcik-makcik yang cakap : "ha ni apalah yang mak dia tak dapat makan dulu ni"

Nenek saya pun pesan la, (sambil-sambil tengah meriba cicit,sambil tangan lencun dengan liur cicit)

"nanti Imtinan dah besar,dah boleh makan suapla apa yg dia tak dapat waktu dalam perut dulu"

Haih...sampai sekarang saya tercari-cari lagi,apa kaitannya..lagi tak best bila nenek sambung :

"kalau tidak,sampai ke besar nih liur meleleh..."

Erk........?

Cuak jugak saya..
Memang la time pregnant dulu ada la benda2 yang nak dimakan tapi tak termakan..tapi tu mengidam ke? Sebab saya rasa time tak pregnant pun tekak memang selalu request nak itu ini.

Husband dah mula bising.."tula, abang dah cakap..nak makan apa bagitau..ni duk simpan..kan anak dah meleleh liur"

I was like...ehh..org melayu yg tak makan belacan macam dia pun percaya ek?

Hohoho...Mana nak carik benda yang saya idam-idamkan tuh....memang takde...

First, mengidam nak makan laksa penang. Beli la kat mana2, tak best. Tak sama mcm yang saya nak.. Saya nak makan laksa penang makcik kantin sekolah rendah saya time saya darjah 3. Dan,makcik tu dah meninggal. Ada sesiapa boleh bantu?

Second, sayanak makan nasik minyak kenduri. NASI MINYAK ye, bukan nasik beriani. Waktu pregnant 5bulan, hadaplah pegi kenduri ex-coursemate ni kat Selayang,ada nasik beriani. Tak sama. Saya pun lupa saya penah makan kat kenduri sape nasik minyak yang sedap sangat tuh...Waktu pregnant 8bulan, adik blogger Nanad Nadinie ni tunang,mak dia buat nasik minyak...kempunan. Tak dpt pegi sebab mak mertua dah duk calling2 suruh balik cepat. Pasal ape tah. Lupa. So, mana nak cari??

Ketiga,nak makan cendol...bulan puasa balik kampung mmg banyaklah cendol..kata bulan puasa..tapi teeeetap tak sama mcm yang tekak ni nak..pasal apa? Pasal tekak ni nak makan cendol yang kakak ipar saya buat,yang dia adun dan uli sendiri. Kakak ipar saya kat Kota Kinabalu..Padahal sebelum ni tak pernah pun rasa camana cendol yang dia buat..so,nak ke sana beli tiket flight semata-mata nak makan cendol? Jawabnya tidak.

Banyak lagi lah benda-benda lain yang tekak ni merapu nak itu nak ini..

Harap-harap lah Imtinan tak meleleh liur dah seiring usia..hehe..mana mama nak carik semua tu sayang oii..yang nombor 3 tu boleh la usahakan bermanja-manja dengan cik kathy..yang nombor dua? Lebih-lebih lagi yang nombor satu..hehe

Wallahu a'lam.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 5, 2012

Rasa Teruja....

Assalamualaikum...

Saya sebenarnya tengah teruja ni...Hehe...
Pagi tadi buka blog sendiri, tengok ada new follower..
Profile picture dia mangkuk tingkat kaler biru...
eh,macam penah tengok kan...macam familiar...bila klik, eh eh eh.....

CIK MAT GEBU!!!!!

Tak over kan saya buat macam nih?
Serius mcm tak percaya...
 I only dropped one short comment kat satu entry cik mat nih...
Tanya pasal brussel sprout...
Tak terfikir langsung yang Cik Mat akan jenguk rumah saya yang tak berapa siap ni, tak berhias, takde bunga takde perabot,semua takde...yg ada cuma tuan rumah yang tak berapa lekat kat rumah je...

Haih...still tak pecaya lagi nih..

Saya dah lama adore dgn Cik Mat nih..mmg dah lama bookmark tiffinbiru.com..
Ni otai blog masakan yg peminatnya dah beribu saya kira..
Cuma segan la nak menyapa kan..Hehe...
Tapi, through his entries, nampak sgt Cik Mat ni humble..
Sbb tu saya suka baca blog dia..
Sambil-sambil cuci mata tgk menu-menu yg menggiurkan tuh..
Dan hari ni, mmg terbukti humble orangnya..
Kalau tak humble masakan sanggup menjengah blog picisan saya nih..
Terharu...

Kadang-kadang kan, benda-benda kecik mcm ni la yg membantu menaikkan semangat saya nak menulis...

Terima kasih untuk Cik Mat Gebu..


Tuesday, April 3, 2012

Memupuk Keserasian Antara Suami Isteri

Assalamualaikum pembaca kamarsufi. Mudah-mudahan sentiasa diberkati.

Akhir-akhir ini saya asyik terfikirkan tentang rumahtangga kami,yang agak jauh perbezaannya sebelum dan selepas mempunyai anak. Bahagia dulu lain dengan bahagia sekarang. Romantis dulu lain dengan romantis sekarang. Biarlah,yang penting bahagia dan romantis itu masih ada. Lupakan yang ini.

Kita berbincang tentang serasi. Saya teringat dulu seorang kawan pernah mengeluh tentang sedikit sesal kerana berkahwin di usia muda,sesal kerana setelah 3bulan berkahwin dia sedar yang perkahwinannya sangat membosankan kerana dia dan suami tidak serasi. Saya cuba menasihati,dan katanya "kau takpelah...dapat suami satu kepala..."

Tidak. Saya cuma
menjawab di dalam hati. Saya dan suami banyak bezanya,boleh kata dari segenap hal kami berlainan buah fikiran. Saya sendiri tidak tahu bagaimana memupuk keserasian antara kami.

Ajaibnya hubungan yang dihalalkan Allah ini. Saya sendiri bagaikan tidak percaya perkahwinan kami sudah melebihi angka 3 tahun. Dari tidak tahu apa-apa,sudah pandai merangkak,bertatih,dan berlari! Apa yang ajaibnya? Ajaib kerana saya rasa antara saya dan suami terlalu banyak perbezaanya. Secara matakasar keserasian itu bagai tidak ada. Tapi,ajaibnya kuasa Allah perlahan-lahan dia "menyerasikan" dua hamba yang berbeza minat,cara berfikir, dan seumpamanya ini tanpa disedari dua hamba ini.

1. Berbeza Selera

Ini yang paling ketara. Saya biasa bersarapan dengan nasi goreng,bihun atau mee bersama teh 'o' atau kopi. Sedangkan suami lebih kenyang menghadap roti,bijirin,atau susu. Juga jus dan buah-buahan.

Saya lebih berselera makan nasi bersama ulam,belacan,budu atau tempoyak. Yang pedas-pedas itu serahlah kepada saya. Tapi tidak suami. Yang pedas-pedas itu kalau boleh jangan dimasukkan dalam menu. Yang manis-manis dan lembut rasa itu lebih selesa menjamah tekaknya. Apatah lagi budu,belacan,ikan masin,tempoyak,cencaluk... langsung tidak disentuh!

Tapi...hari ini saya tersedar yg corak pemakanan saya semakin berubah. Suami juga. Dia sudah menjadi penggemar masak tempoyak walaupun pedasnya tetap harus dikurangkan. Saya juga semakin kurang selesa menjamah yang pedas-pedas. Makin hari makin saya sedar "pedas" itu cuma sedap ditekak sahaja,tetapi menyeksa perut. Kesian sang usus! Lama-lama saya jadi sedar bahawa sarapan dengan bijirin&susu , atau menjadikan buah-buahan sebagai kudapan itu jauh lebih sihat berbanding mee,bihun,atau nasi lemak, juga jajan...Akhirnya saya tersenyum sendiri..

2. Berbeza minat.

Saya suka membaca. Saya suka mengumpul buku. Sepanjang di UIA, sebelum diambil sebagai isteri, saya sanggup mengikat perut kerana hendak membeli buku-buku rujukan original yang mencecah ratusan ringgit. "Sebulan Tiga Buku" itu polisi hidup saya sejak dari zaman bersekolah hinggalah ke universiti. Akan tetapi, suami tidak begitu. Satu muka surat sudah cukup untuk mendodoikan dia. Tidak perlu "lullaby song", dia akan lena dengan sendiri. Saya lebih suka membaca, tapi suami lebih suka mendengar.

Hari ini, setelah 3tahun lebih membina perhubungan, saya semakin kurang membaca. Perlahan-lahan saya sedar, membaca bergunung-gunung buku kalau tidak diamal,ilmu itu tidak lekat lama didada,lama-lama hilang juga. Saya belajar dari suami. Dia tidak banyak mengumpul ilmu, tetapi yang sedikit yang dia tahu itu dia amalkan sepenuh jiwa. Saya mendapat satu pengajaran : Ilmu itu di dada bukan di buku. Suami pula, sudah boleh menghabiskan sehelai dua mukasurat artikel. Tidak banyak. Tapi cukuplah. Kesimpulannya, bersederhana.

3. Hiburan berbeza.

Minat kami dalam hiburan adalah berbeza. Suami penggemar nasyid & lagu rancak. Tetapi tidak saya. Lagu-lagu dari Brothers,Raihan,Rabbani,Hijjaz, In-Team, Unic, dan seangkatannya sangat selesa menjadi halwa telinga dia. Sedangkan saya,selain Hijjaz, semuanya tidak kena ditelinga saya. Hanya beberapa nasyid yang kena dengan saya, kerana saya lebih suka lagu-lagu "balada-jiwang karat-tangkap leleh".

Tetapi setelah lebih tiga tahun perkahwinan, saya rasa kami sudah mampu menghafal lirik-lirik lagu kegemaran masing-masing yg akhirnya menjadi "sedap" di telinga masing-masing. Mungkin kerana kereta kami cuma ada satu radio. :-)

4. Movie berbeza.

Kami punya minat terhadap genre movie yang berbeza. Saya penggemar cerita Melayu sedangkan dia peminat cerita matsaleh. Korean movie,cina,thai,hindustan amat jarang masuk ke senarai kami. Dulu saya peminat tegar drama melayu. Di awal-awal perkahwinan kami tidak pernah menonton bersama. Jika waktu suami menonton, saya menemani di sebelah dengan laptop di riba atau buku ditangan. Begitu juga dia.

Tetapi hari ini, kami sudah boleh berkongsi minat yg sama..sama-sama duduk di hadapan tv, tutup lampu, menonton english movie. Kadang-kadang filem melayu. Oh,saya tidak lagi minat dengan drama melayu dek kerana jalan cerita yang sama,perlahan, tidak berkembang, lalu membosankan. Kiranya cuma memilih yg berkualiti sahaja. Ini pengaruh suami :-)

5. Hobi berbeza.

Suami suka berjalan,bercuti dan melancong. Saya tidak. Bagi saya, berjalan itu adalah penat-rimas-panas-melekit-susah-tak selesa. Kesimpulannya duduk di rumah menonton tv sambil menghadap sepinggan snek atau jajan itu lebih membahagiakan. Tapi itu dulu. Sekarang saya sudah seperti dia. Ada sahaja ruang untuk kami berjalan. Tidak jauh dekat pun tak mengapa. Tidak lama sekejap pun jadilah.

Banyak lagi contoh lain rasanya jika saya korek-korek memori ini. Pada saya, "keserasian" antara dua jiwa yang lahir dari dua rahim yang berbeza ini bukan perkara objektif yang boleh dicerita secara A,B, atau C. Selalunya dulu bila ada yg bertanya bagaimana memupuk keserasian dalam rumahtangga,atau kalau ada yang mengadu tidak serasi dengan suami, saya sendiri tumpang buntu untuk membantu. Saya sendiri tidak ada jawapan, kerana pada saya keserasian itu akan datang sendiri seiring dengan kerja Allah. Kita tidak boleh memaksa diri untuk suka sesuatu yang kita tidak suka.

Kunci di sini, saya rasa cuma dua : IKHLAS dan SABAR.

Sabar dengan sesuatu yang kita tidak suka, dan ikhlas mencintai dia,bukan kerana rupa,harta,atau sebab tersembunyi.

Ini cuma buah pandangan saya melalui pengalaman yang secubit ini. Saya masih baru di alam rumahtangga,masih banyak lompong-lompong ilmu yg belum terisi. Masih jauh perjalanan ini. Saya harap semoga Allah jadikan banyak lagi keserasian dalam perhubungan kami dan perhubungan kalian suami isteri.

Wallahu A'lam
Dan Wassalam.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 1, 2012

KL on Earth Hour Night.

During earth hour :







After earth hour :




**same jer..except for the KLCC


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 31, 2012

Imtinan jadi arkitek robohkan bangunan!

Assalamualaikum...

Jom kita tgk apa projek Imtinan..selain dari terperosok bwh meja tv atau terselit bawah sofa, dia juga boleh buat ini..



























Imtinan,meh momma nak berpesan..sebagai arkitek professional, tiang play mat tu jgn dicabut2.. Bila tinggal 3, mende tu jd tak stabil..nanti timpa Imtinan..pastu nangis..kan?kan?kan?
*mode : momma tgh bosan la..huhu..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 30, 2012

Papa is Away...Again...

After 10 not working days, Papa is away...far far away to Paris... Again.

These three empty and silent days...please run faster! Sunday, please come quick...please...

Lucky me been blessed with this good lil' daughter..who always presents me sincere smile..

"Semoga rindu ini membuah pahala"

Amiin..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Fly With Baby

Assalamualaikum. Salam sejahtera untuk semua. Entri ini cuma berdasarkan secebis pengalaman saya selama "terbang" ke sana sini dengan bayi saya ini sejak dia berusia 30hari hinggalah sekarang.

Apa perlu seorang ibu lakukan? Apa yg perlu di sediakan? Saya akan cuba senaraikan satu-persatu apa yg perlu sepanjang perjalanan. Apapun senarainya, ia bergantung kepada jarak perjalanan anda dan juga usia bayi.

1. Bawa bersama lampin pakai buang yg mencukupi, wipe tissue, dan sepasang atau dua pakaian, jika risau baju bayi terkena kotoran semasa dlm perjalanan. Bayi tidak akan selesa jika pakaian mereka lembap,melekit, atau berbau. Ini akan menyebabkan bayi menangis.

2. Losyen bayi / Pelembap
- Jika bayi anda memiliki kulit
mudah kering, tidak biasa dengan penghawa dingin, atau sudah biasa dipakaikan losyen, bawa bersama losyen bayi. Ini kerana keadaan udara dalam pesawat adalah kering. Sesetengah bayi akan menggelupas kulitnya walaupun perjalanan baru mengambil masa 3@4 jam. Ini juga boleh menyebabkan bayi menangis kerana ketidakselesaan. Mungkin juga mengalami rasa sakit atau pedih.

3. Permainan
-Bawakan 2@3 jenis permainan kegemaran bayi. Tempoh yang lama di dalam pesawat akan menyebabkan bayi mudah merasa bosan. Terutamanya jika bayi sudah berumur 5bulan ke atas. Boleh juga belikan beberapa permainan baru, kerana kebanyakan bayi akan lebih teruja meneroka sesuatu yang baru. Jika anda pengguna ipad, anda boleh memuat turun beberapa "baby apps" di Apple Store secara percuma. Contoh : Baby Finger Apps adalah sejenis aplikasi yang menarik. Apabila bayi menyentuh screen, bunyi dan gambar akan keluar serentak. Sangat menarik.

Bagi perjalanan jarak jauh (international flight) kebanyakan pesawat mempunyai "in flight entertainment" dalam bentuk games,kartun,movie dan sebagainya. Untuk bayi ini mungkin tidak begitu sesuai tetapi anda boleh cuba gunakan hiburan ini untuk mengelakkan bayi merasa bosan. Gunakan kreativiti yg anda ada untuk menghiburkan bayi sepanjang perjalanan.

4. Susu
- Anda hendaklah (MESTI) susukan bayi sewaktu "take-off" dan "landing". Ini untuk mengelakkan bayi mengalami sakit telinga akibat tekanan udara di dalam pesawat yg berubah. Jika bayi mengalami sakit telinga, mereka akan terus-terusan menangis hingga ke hari-hari berikutnya.

5. Board penukar lampin.
-Di dalam tandas pesawat, terdapat salah satu tandas yg mempunyai "baby changing board". Tanyakan kepada anak kapal,mereka akan tunjukkan. Jadi jangan risau jika anda ingin menukar lampin dan sebagainya.

6. Bassinete
- Anda boleh meminta supaya anak kapal memasangkan basinet untuk bayi anda. Mereka akan melihat samada tempat duduk anda sesuai dipasangkan basinet atau tidak.

* Sedikit tips :
•anda boleh menempah penggunaan basinet semasa menempah tiket penerbangan. Pihak penerbangan akan aturkan tempat duduk yg sesuai untuk anda. Ini kerana tidak semua tempat duduk sesuai untuk dipasangkan basinet.

•Jika masih terdapat banyak tempat duduk kosong di dalam pesawat, saya cadangkan anda minta dari anak kapal untuk berpindah ke tempat duduk di tengah-tengah yang mempunyi 4 kerusi dalam satu baris. Ia lebih selesa untuk ibu-ibu yang terpaksa meriba bayi sepanjang perjalanan.

7. Ubat-ubatan
- Bawa bersama paracetamol setidak-tidaknya. Jika bayi kelihatan lemah dan tidak bermaya, anda boleh suapkan paracetamol. (seeloknya berbincang dahulu dengan paed bayi anda sebelum penerbangan). Boleh juga bawakan ubat-ubatan lain yang anda rasa perlu bergantung kepada tahap kesihatan anak. Pastikan ubat dalam bentuk cecair tidak melebihi 100ml untuk satu botol. Dan masukkan setiap botol/bekas ke dalam plastik lutsinar yg diikat kemas.

8. Keperluan yang tidak perlu anda bawa :
bantal,selimut,air panas, air suam, air kosong. Ini semua ada terdapat di dalam pesawat. Anda malah boleh meminta bantal atau selimut tambahan untuk keselesaan. Anak-anak kapal kebiasaannya akan memberi lebih perhatian kepada ibu bapa yg bersama bayi. Anda cuma perlu meminta bantuan anak-anak kapal sahaja. Hulurkan sahaja botol susu minta mereka isikan air panas atau suam sebagai contoh dan mereka akan membantu. InsyaAllah.

9. Makanan bayi
- Untuk bayi yg sudah memulakan makanan pejal, anda bebas membawa apa-apa jenis makanan. Menggunakan 'baby instant food' adalah lebih mudah. Seeloknya kenalpasti makanan yang menjadi kegemaran bayi.

- Jika anda membawa makanan sejuk beku ( seperti puri buah atau stok susu ibu), sebaik sahaja anda memasuki pesawat, minta bantuan anak kapal untuk menyimpan bekalan tersebut di dalam peti sejuk yg terdapat dalam pesawat.

10. Tenang
- Ibubapa tidak harus panik sepanjang berada di dalam pesawat. Apa-apa sahaja bantuan yg diperlukan, anda boleh bertanya kepada anak-anak kapal. Seterusnya, jangan biarkan bayi anda menangis untuk tempoh yg lama. Berusahalah untuk menjaga mood bayi anda. Tidak salah untuk sesekali mendukung bayi anda ke belakang dan ke hadapan tempat duduk.

Itu sahaja buah pandangan dari saya berdasarkan pengalaman sendiri. Apa-apa tambahan boleh dicadangkan di ruangan komen.

Sekian.Wassalam :-)











- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 27, 2012

Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.. Hari ni ber-entri tentang makan lg. Mr.Faris sudah 6hari lepak2 saje di rumah tak bekerja,haruslah berjalan sakan.

Semalam singgah di Sri Ayutthaya kat Wangsa Maju ni. Second time. Mula-mula restoran ni bukak dulu pernah try. Tp tak berapa nak best sgt (may b sbb bru buka) so ni terpanggil untuk try lagi sekali..hasilnya? Alhamdulillah,bolehla..ada yg sedap ada yg tak berapa nak sedap..so-so aje..
Erm...kita tgk kt bawah ye..

Appetizer :
1) Half dozen fresh oyster





-oyster mentah2 tu, served with lemon & special sos dia..masam2 pedas gitu. Ini SEDAP. Walaupun terasa yg oyster dia xberapa nak segar..tp blh kawtim la bila letak sos dia tu..SEDAP!

2. Half dozen Baked oyster





-oyster with apa ntah..mcm2 letak ats oyster tu. sampai xnampak oyster nye.. Ada tepung yg mcm butter prawn punye tepung tu..pastu mayonese ke cheese ntah..taktau nak rasa,dh bercampur2 rasa.. Sedap juga. Tp dah hilang dah rasa oyster tu..

Main Course :

1. Steamed fish with assam thai style.. Lebih kurang gitulah namanya..panjang nau,tak terhafal. Hehe..ingatkan betul steam fish..rupanya tgk..laaaa ikan siakap asam pedas rupenye..hurmm.. Tp boleh tahan la sedap jugak. Sbb siakap dia still fresh,isi manis lg.

2. Tom yam Seafood
Tak sedap di tekak saya. Sbb saya tak berapa suka tomyam merah ni. Kena pulak banyak serai dari lauk lagilah tak suke. Serai penuh dlm pot sampai susah nak cedok isi. Cuma ada sekor udang,seketul isi ikan. Tu je. Pastu cendawan yg dah berbelit2 dengan serai. Last2 tinggal gitu je..tak makan pon.

3. Asparagus goreng.





Ini sedap. Penuh satu pinggan. Asparagus dia besar2.. Tapi rangup. Penggemar sayur would love this,i bet. Ratah sampai habis! Hehe

4. Soft Shell Crab with Crispy Yam





Ini menu wajib kitorang kalau ke Ayutthaya. Kat sini je blh jumpa benda ni. Crispy yam tu mmg crispy sungguh. Ketam tu goreng biasa je tp terasa lemak2.. Akan tetapi...terus terang cakap menu ni lagi sedap yang kat Seri Ayutthaya kat Damansara. Yg kat wangsa maju ni hermmmm... Tak setanding la..hehe..

Air :
Dragon Fruit Juice
Lychee Juice




Kata husband,dragon fruit juice kali ini memuakkan. Ye..kami biasa di Seri Ayutthaya cawangan Damansara..air ni sedap..lain chef lain rasanya kot..

** Overall rate : 3stars.. Suke2 ati je nak rate kan..based on pengamatan kami lah..yes,we are food lover&restaurant finder..jadi membanding2kan restoran nih keja kami la tu..hehe..

So,as my personal opinion (hubby's too)..if you want to try eating at Seri Ayutthaya, i would suggest you to go to Damansara branch. It is much more better than the Wangsa maju's. Dari segi service, kecekapan, layanan, dan makanan.. Seri Ayutthaya kat Damansara lagi bagus. Ini personal opinion k. No harm.

Apapun bersyukur dgn setiap rezeki yg Allah kurniakan..setiap suap nasi yg masuk ke perut adalah rezeki. Sedap atau tidak soal kedua.. Selamat malam :-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 25, 2012

Patin Tempoyak Temerloh : Gerai Pak Usop

Assalamualaikum... Salam hujung minggu buat sahabat-sahabat kamarsufi..

Buat apa hujung2 minggu ni? Kebetulan hujung minggu ni mr.Faris standby dari pukul 6pagi sampai 2ptg. Pukul 10 pagi, siap2 mandi dia cakap, " yang jom g temerloh..kita g makan patin kat SZ Rahmah.." saya on je..sup sap sup sap..dlm pukul 12 kitorang gerak,lebih kurang sejam..kul 1.15 sampai SZ Rahmah..budget2 cun la kan time lunch konon lauk tengah fresh..sekali erkk..dah habis????huhu...Owner tu cakap weekend mmg ramai org,tu cepat habis. Diorang operate kul 11 pagi lg rupanya..

Pusing keta g gerai Pak Usop jelah..gerai ni femes..patin-lovers suka la dtg sini. Terletak kat tepi Sungai Temerloh. Senang je nak cari..search kat googlemap je..hik hik hik... Kitorang ni second time dtg kedai pak Usop ni. First time dtg last two weeks,kedai dah tutup. Sampai pukul 6..gerai pak usop ni close @5pm..

Kali ni sempat la rasa..kedai penuuuuuhhhh...org beratur nak amik lauk dan beratur nak dapatkan meja...pekerja2 dia pon sibuk amat. Suka tgk style pekerja dia amik order..

Pekerja : Air apa?
Cust : Sirap limau, teh o ais...Lagi satu fresh orange..

By the time cust tu mention "fresh oren" tu akak pekerja nih dah pusing belakang sejauh 3 langkah! Cepat tak cepat diorg bekerja. Tp order sampai complete. Suka. Lap meja susun kerusi semua zup zap zup zap.. Setel. Cekap. Suka lagi.

Kitorang makan :

• 2 ketul patin masak tempoyak. Besar saiz dia. Seketul tu dah penuh satu mangkuk. Caj : rm10/ketul.





-lebih kurang camni la saiz patin dia..pic source : google (ada watermark tu..g la bukak untuk resipi kalo ada )

• Ulam raja+timun+kacang botor
• Udang masak pedas 7ekor (tak sedap)
• Sambal tempoyak.
• Nasi 3pinggan
• 2 gelas jus tembikai laici
• 1 gelas teh o ais

•TOTAL = rm37.50

Murah. Sebab patin sekarang ni kan mahal harga dia..huhu..

Komen : urm....urm....sedap.... Tp tak berapa nak kick lg kuah dia..isi patinnya pun mcm tawar je..may be sbb patin sangkar kot..but still worth trying..

Erm..honestly we still miss Patin tempoyak chef kamarul & adik beradik kat restoran Ikan Sungai dulu..diorang ni guna patin liar..sedap mmg sedap harga pon sedap jgk..haha..blh cecah rm70 ke rm90 100 gram..semenjak restoran Ikan Sungai tu dah tutup,dah pindah ke Menara tinjau Ampang, feel mkn patin tempoyak kat ampang tu tak sama dah..sbb tu sanggup ke temerloh..to resultnya tetap chef kamarul punya patin is the best. Haih.

P/s : kok ada rejeki nak g lagi temerloh nak try patin tempoyak kat SZ Rahmah..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 23, 2012

6 months old Sofiyya Imtinan

Assalamualaikum...salam mahabbah...moga dirahmati selalu...

2hari lepas, 21/3/12 genap unur Imtinan 6 bulan. Cepat masa berlalu. Terasa-rasa lagi tika berjuang di labour room 21/9/11, 6 bulan lalu..saat dada terasa berat menyedut nafas kerana menahan sakit & mata yg hampir tertutup kerana lemah teramat sgt. Sakit yg indah. Itulah dia,sakit bersalin.

Why 6month kena update? Why so significant? Sbb 6 months equals to setengah tahun. Separuh perjalanan dah lepas. Mcm tak sangka jd ibu sudah.

Papa Imtinan lah yg ingatkan semalam..

Mr.Faris : Dah setengah tahun anak papa ni..dah besar dia..
(sambil cubit2 pipi imtinan. Dan si anak tersenyum)

Saya menyampuk : Kenapa? Nak adik ke?

Mr. Faris : Hahahahahaha (gelak besar dia).. Alah ada sorang ni pun cukup dah..abg dah syukur sgt2..yg penting bahagia..

**saya sekadar ngusik husband je =p

Perkembangan Imtinan selama 6bulan ni....banyak...

• pandai gelak kuat2 & peramah..suka tegur org..pon mcm papa dia..tp taknak org tak biasa dukung dia.

• boleh meniarap, terlentangkan badan, pusing2 badan..boleh angkat dada..angkat montot dia pastu gerakkan badan ke depan..Saya selalu cakap "yeiii!!!!" sambil tepuk tgn bila dia angkat dada. Saje bagi support. Tadi bila dia angkat dada saya diam je,terus dia cuit2 saya..ohh mama lupa sayang.. Bila ckp "yei" dia punyela suka,sampai ternganga2 ketawa..

• Pandai capai barang (baju/toys) kat supermarket. Tau2 Tersangkut kt tgn dia. Ini serius...haha

• Pandai merajuk. Kadang2 bila dia nangis lama2, saya tegaskan suara (tegas ye.. Tegas. Bukan tengking/marah pon) dia akn kuatkan lagi suara dia..melalak! Manja..

• Ada tikanya taknak mengempeng bila tidur. Nak mama tepuk2 saje...

• Dah pandai taknak pakai baju lepas mandi walopon aircond ON.

• Sorok muka bila malu..

• Kalau mama cakap La, mamnu' (means NO, prohibited) dia pandang muka mam tak berkelip.

• Suka main ipad yg betul punye, suka picit2 remote tv.

• Suka tgk video lagu arab Halaa Al-Turk . Sampai tertido kdg2.

• Suka bunga!

• Pandai cakap babbabaa , mamamamma , papapappa , heh..heh..heh , jujujuju..kadang2 dia combine jadi papamaaa atau babamaaa...kadang2 papapuaa,papapuaa..kesimpulan : budak ni byk cakap.

• Alhamdulillah tak pernah demam sepanjang 6bulan ni..syukur sgt. Terima kasih ya Allah. Hari ni gi cucuk, panjang dah 73cm..

Banyaknya mama nak abadikan di sini perkembanganmu sayang..Sentiasa sihat& membesar sebagai solehah ye..





-suka tgk imtinan pose mcm ni..








-hobi masa lapang : gigit kaki




- semenjak dah boleh tarik dada ni, tau2 dah terperosok badan bwh tv kabinet tu..pastu cry for help.




- kenangan di Novotel hotel,Melbourne. First day sampai.




- suka sgt dia bila pagi2 mama kemas cadar. Suka bila bungkus dia dlm quilt.

Imtinan, we love you!


-Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 22, 2012

Barakallah 'Ala Farisah & Farhan

Assalamualaikum...

SELAMAT PENGANTIN BARU

Entri ini khusus buat teman yg bernama Farisah Abdullah Alawi. Sengaja saya mengabadikan hari nostalgik ini di sini. Sebagai tanda penghargaan untuk dia..

Dia antara teman terdekat saya. Walau kami bukan sahabat karib, tapi ada antara hari-hari dalam kehidupan dia yang telah dia 'belanjakan' untuk saya. Ada masa-masa penting dalam hidup dia yg telah dia gunakan untuk saya. Ada juga cebis-cebis memori dlm kehidupannya yg dia sudi kongsikan bersama saya.

Teringat sup daging yg dia masakkan untuk saya di flat seksyen 2 Wangsa Maju.

Teringat juga bersusah payah dia minta saya tidur di katil sedang dia lena dilantai sahaja kerana saya tetamu di flat seksyen 2 itu. Ye, saya tetamu berbadan dua pada ketika itu :-)

Teringat juga susah payah dia menumpangkan una&aisyah azlan di rumahnya dihari perkahwinan saya 3 tahun lalu.

Teringat juga ziarah dia beberapa hari selepas saya melahirkan.

Paling saya ingat adalah : Dia tidak pernah berkata 'tidak' bila saya memohon bantuan dari dia. Itulah Farisah. Dan sekarang ini dia telah menjawat jawatan ISTERI....

Tahniah.Tahniah.Tahniah.





~proses mencari&membungkus kuali,periuk,sudip&termos yg memakan masa 2jam..it was faris' idea Sah! which i totally objected. I preferred dinner set but he refused dear..haha





~ love this idea..tak pernah jumpa org letak tie byk2 dlm satu dulang.hehe...





~ bilik pengantin yg cantek!!





~ pelamin ni buat saya rasa nak tarik Mr.Faris bersanding lagi..haha..love the colours.





~see....dak kecik imtinan pon tumpang eksited..hehe.





~ok..presenting super gojes Farisah..sweet kan?





~ with her other half, Encik Farhan. (my hubby's close friend..hehe)





~ Last but not least..papa&his daughter...mencapub gitu...

Ok.bye.....

SEMOGA BARAKAH ALLAH SENTIASA MEMAYUNGI RUMAHTANGGA KALIAN

P/s : Sah,if u dont like dis plz let me know..haha..

Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 21, 2012

Kuey Teow Berkuah Ala Kungfu

Assalamualaikum...
Salam sejahtera Salam ukhuwwah untuk sahabat-sahabat kamarsufi..semoga sentiasa dilindungi Allah dari segala keburukan dan dipermudahkan segala urusan kalian.

Entri masak2 lagi kita kali ni..ni masakan semalam. Tengok tajuk rasa nak gelakkan diri sendiri..Asal kejadian nak masak kuey teow kungfu..tp bahan byk takde,makanya merekacipta la saya semalam..Jadilah 'ala-ala' kungfu saje.. Tepung jagung takde,jagung muda takde,carrot,seafood semua takdo..yg ada cuma ketiow dgn telor je..dgn pak choy&kobis cina..

Pung pang kung kang..tadaaa..siap..terus kasi nama....




Kuey Teow Berkuah Ala Kungfu

Tapi sedap..husband yg try dulu terus dia slurp slurp kan mee tu..mmg sedap kata dia. So saya pun abadikanlah resipi tu kat sini sbb nanti bila nak masak lagi tak lupa..

Bahan-Bahan untuk kueyteow:

1/2 bungkus ketiow (pek kecik)
Air secukupnya untuk celur.
2biji telur
Sedikit minyak

8 ulas bwg putih - ketuk
1 cawan ayam - dadu
2 biji telor
2 sudu besar sos tiram
3 gelas air
4 ketul cendawan butang fresh
1 biji tomato - belah 4
1 pohon pak choy
3 helai kobos cina

Cara untuk kuey teow:

Ketiow tu celur dulu kejap. (Masak air sampai mendidih. Masukkan dlm 2sudu kecil minyak masak untuk elak ketiow melekat. Bila dah menggelegak masukkan kueyteow,celur kejap je,dlm 5-10minit.) Pastu angkat, toskan dan lalukan di bawah air sejuk (air paip) sambil leraikan ketiow tersebut sampai ketiow jd sejuk/suam.

Pecahkan telor dlm mangkuk. Pukul sikit. Dan masukkan ketiow yg dah di leraikan. Kacau. Panaskan 2sudu besar minyak dlm kuali. Goreng ketiow td sampai telor nampak hampir2 garing.

Goreng dgn kuantiti sikit2..kalau byk2 sekaligus jadi tebal dan kurang best.

Cara untuk masak kuah :

Tumis bawang putih, masukkan ayam, perasakan dgn garam. Bila ayam dah masak, masukkan air dan sos tiram. Bila dah betul2 menggelegak, kuatkan api. Pastu pecahkan telor dlm senduk, kemudian rendam senduk berisi telur tu dlm kuah sampai telor tu dah separuh masak baru lepas dlm kuah. Buat sebiji-sebiji.

Pastu masukkan cendawan,pak choy dan kobis. Tutup api,masukkan tomato.
Siap.

P/s : masak kuah dulu baru goreng ketiow tu..


Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 17, 2012

Nak sedih jugak...

Juz now post resipi cakap taknak sedih2 kan...

Suddenly iphone bunyik..ada notification fb.. Bila cek oh..mr.Faris update status..ni mesti tgh tunggu flight nak boarding kat klia nih..bukaklah.. Sekali tgk picture dia post...gugur berderai ketabahan saya.. Malam ni betul2 terasa rindunya..huhu..




Seeing both smiles really melt me..ada memori disebalik gambar..no wonder lah saya jd sayu tiba2..

Description : Ini picture seorang papa yg beria-ia berusaha untuk meneutralkan senyuman dia. Padahal seorang papa itu tgh menahan sedih..susahnya nak cover kesedihan dengan senyuman. Dan juga seorang anak yg manja dgn papa sedang tersengih ceria sebab papa dukung dia..dia tak tau papa dia nak gi keje..dia tak tau bila dia bangun pagi besok papa takde nak say "cak!!"..

Gambar ni snap time mr.Faris siap2 nak g keje tadi..saya tinggalkan imtinan main sorang2 kat ruang tamu while saya kat dapur hidangkan dinner..

Mr.Faris : Ayang...tolong snap pic abg dgn imtinan jap.

Saya : Jap la...tengah isi nasik ni..

Mr. Faris : Pleaseeeee...

Ok...laju2 saya g kat living hall tgk dia tgh susah payah dukung baby sambil pegang iPhone dia nk snap pic..

Saya : Meh ayang snapkan..

Tup tap tup tap..

Pastu saya lari balik g dapur hidangkan dinner..harus cepat2..sebelum anaknda menangis ke apa..

Pastu lepas makan,mr.Faris siap g keje..then baru sekarang ni imtinan dah tido saya buka fb tgk dia post pic ni..

"Buat pengubat rindu papa di amsterdam"

It must be hard for him kan..setelah sebulan melayan anak dara yg suka senyum&ketawa itu,kena berpisah..walau sekejap,walau untuk 2,3hari tapi jauh di hati dia sape tahu kan..

Moral : Sape kata org laki2 kalau keluar keje lupa anak bini kat rumah? Tak...mereka pun manusia juga yg ada hati&perasaan..kadang2 mereka tunjuk kadang2 tak..mari kita sama2 berusaha untuk memahami hati lelaki..err..suami..

Papa...gonna miss u!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Resipi Daging Kangaroo Goreng Bersos

Motif update sampai 2 entri resipi dlm 1 hari? Takde motif...

Ni pun lauk semalam jgk..stok daging kanggaru yg bwk balik hari tu ada lg 2 1/2 kg dlm peti ais..kata beli 6kg kan..haruslah perabis sikit2..payah tu nak dapat..

First time try,goreng kunyit mcm daging biasa. Result = fail. Tak sedap..huhu..ni second try.




Bahan :
- 1/2 kg daging kanggaru
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- Secubit thyme leave kering
- 2 ulas bawang merah kecil,mayang
- 1 sudu besar sos tomato
- setengah sudu besar soscili
- 2 sudu besar kicap manis
- setengah cawan minyak

Cara2 :
-Daging dipotong kiub setebal 1@2inci. Daging ni sangat lembut. Kalau potong nipis nanti hancur bila masak.

-Basuh dan sejat. Gaul dengan kunyit,garam&thyme. Perap 20minit. Masukkan dlm kuali. Tak perlu letak air sebab daging dia dah sedia lenbut. Tunggu sampai air daging kering.

- Bila dah kering masukkan minyak. Kaup balik dengan daging. Bila minyak dah panas taburkan bawang yg dimayang. Kaup balik sampai bawang agak garing.

- Pastu masukkan sos cili,sos tomato,kicap. Kaup balik lagi sampai rata. Bila daging nampak berkaramel (mcm berkilat-kilat),boleh tutup api..very the simple..

Komen mr.Faris : Seeedapnyeeeee yaaaaaangggg...abg tak pernah rasa daging masak sedap mcm ni yang..

Hamboih,dia punya tarik tu mahal..haha..kembang berbunga hati tukang masak ni..sebenarnya selalu je masak mcm ni guna daging lembu..takde plk sedap dia sampai mcm ni..

* tips masak daging kanggaru :
1) tak perlu masak terlalu lama,sbb dia lembut..
2)jgn kaup balik/kacau kasar2,nanti hancur..jd mcm serunding plak..
3) jgn guna bawang putih! Ia akan menghasilkan paduan bau yg tak enak..mcm bau daging busuk...huhu

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sup Ikan Merah

Assalamualaikum sahabat-sahabat kamarsufi..apa khabar di malam minggu? Malam ni mr.Faris dah mula keje balik..dah habis dah 3weeks cuti..eceli apply annual leave sbb dah nak tamat tempoh..expired bln 4 ni rasanya..tu pun ada lagi tu belen 2hari..

Ni dia baru gerak pegi KLIA..insyaAllah selasa pagi balik..tetiba rasa sedih pulak..sebulan duk lepak sama2..seminggu sebelum cuti tu mr.faris byk off..pastu sambung cuti 3minggu..thats why laaaaa sunyi sangat rasa..

Semoga Allah pelihara suamiku dari segala kejahatan dan kecelakaan..Moga dilindungi perjalanannya pergi dan kembali..

Dah. Takmau sedih2..tak tau nk cerita apa,kita main masak-masak jelah..ni lauk semalam..masak simple2 je sbb imtinan meraung2..dgn papa dia pon takmau..haih..

SUP IKAN MERAH



*tlg abaikan alas meja yg tak cantek tu ;)

Bahan2 :
- 3 keping ikan merah
- 2 1/2 gelas air
- 3ulas bawang putih,mayang
- 1ruas halia, mayang
- 1 kuntum bunga lawang
- 4biji pelaga
- 1 bunjut sup
- 2sudu besar minyak
- limau nipis

Cara masak :
- Panaskan minyak,tumis bwg putih,halia,bunga lawang,pelaga,bunjut sup..bila dah naik bau, masukkan air,perasakan dengan garam..tunggu sampai mendidih. Dah didih,masukkak ikan..dlm 5minit,blh tutup api. Bila dah cedok dlm mangkuk baru perah limau.. Done!

Komen mr.Faris : kuah dia sedap...abg suka. Tapi isi ikan tu tawar..

Mmg jarang masak sup..sup ni kira menu2 simple time nak cepat la..time anak nangis,etc..hehe..

Okeh,Happy cooking ladies!! :-)





- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 7, 2012

Finally found halal roo meat!

Alhamdulillah...

Dari Melbourne city ke Launceston ke Geelong ke Dundenong kembali ke Melbourne city....

Dari hari pertama hingga hari ke 10....

Dari lenguh berjalan hingga berkereta....

Finally jumpa juga daging kangaroo halal di Sydney Road.
Banyaaaak rupanya halal butcher kat Sydney Road.. Hahaha punya jauh cari..haih..

Tp frozen la..alaa xpela dari takde kan..

20Aud per kg ( RM60++). Beli 5kg! Hopefully sedap okeh.. :-)

**special thanks to husband..i selut u lah ;-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 6, 2012

Momma's Journey

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua.

Sedang kebosanan di balik selimut menahan sejuk di bumi Launceston,Tasmania. Untuk kulit Melayu seperti saya 8 darjah celcius adalah sejuk. Baru balik dari menjamu selera. Seorang kakak PhD menjemput kami ke rumahnya..makan2..Kemudian singgah beli barang-barang dapur di pasaraya. My Mr.faris suruh masak ayam turki. Menggagau!! Haha..

Saya bosan ni.. Bosan sangat..Imtinan tgh mngempeng,jadi terlintas nak bercerita ttg pengalaman sebagai ibu. Untuk yg baru nak jadi mak atau yg baru jadi mak macam saya boleh la baca. Buat rujukan sampingan. Erk...?

21/9/11 saya selamat lahirkan
Sofiyya Imtinan secara c-zer.

Bermulalah saatnya dimana saya dan suami bertatih menjadi mama dan papa. Stress.

1bulan - stress. Sbb imtinan selalu nak mengempeng. Tiap kali menyusukan dia menitis airmata. Sakit ok. Bukan ngada-ngada nak nangis. Memang sakit. Nipple crack tu perkara biasa. Emo juga. Pernah sampai taknak susukan dia dah (kesian imtinan..mama didnt mean it dear)..husband pujuk... Ingat lg husband cakap

"Banyaknya pahala ayg dapat. Tiap titis susu tu dikira pahala. Tiap titis airmata tu pun pahala jgk"

Insaf!

Minggu ketiga Imtinan nangis tak stop2..akhirnya saya admit yg anak saya lapar. Susu saya tak cukup. Saya byk baca di FB kumpulan ibu menyusu dan di blog-blog jg supaya jgn stop breastfeed baby walopon susu tak cukup. Baby nangis itu perkara biasa. Baby baru lahir mmg kuat nyusu. Saya byk terpengaruh dgn ini. Sbb tu saya tensen.

Bagi saya,awak sebagai ibu mesti awak tahu milk production awak mcmana. Bila nurse dtg timbang anak turun 0.13 kg. Saya surrender. Nangis lagi bila tak dpt nak full breasfeed baby. Stress. Tensen. Hancur musnah dah harapan nak full breastfeed. Pastu kakak ipar saya nasihatkan saya. Dia pun bersalin operate mcm saya juga.

Kata Kak Kathy saya "Akak dulu pun mcm tu. may be rahim kita lambat kecut sikit. Kita kan tak bertungku tak berurut. Takpe,campur je susu formula. Nanti dah lama2 nanti kita full breastfeed balik. Hannaan akak buat gitu ler.."

So saya lega. Kurang sikit stress. Tambah bila tgk anak buah saya Hannaan tu sihatnya terlampau2..tak pernah demam pun.

Jadi start umur 2minggu saya kasi Imtinan formula milk. Tp gilir-gilir dgn susu badan.
Tgk dia lena je tido. Kenyang ye..


2bulan - Saya start uruskan baby sendiri. Suami dah mula keje. Tau sajelah keje Mr.Faris ni macamana. Sekali trip adala 3-4 hari juga. So dlm masa 3-4 hari tu saya uruskan Imtinan sendiri. Sebelum pegi keje mr.Faris akan siapkan lauk yg perlu. Ikan siap disiang dibasuh,pastu perap dgn garam kunyit. So dia akan kira siap-siap berapa kali meal saya sepanjang dia keluar keje tu. Contohnya kalau g keje 3hari,jadi 6meals. Selain ikan perap untuk saya bakar sendiri, nanti dia dah ready-kan ayam masak kicap atau ikan bawal masak merah atau daging goreng. Pastu lauk-lauk ni di bahagikan kepada portion kecil2 pastu di frozenkan. Kira nanti saya tinggal masak nasik dan masukkan lauk frozen tu dlm microwave jelah.

Tau kenapa?
Sbb imtinan tak boleh ditinggal langsung walaupun tidur! Basuh beras 2minit pun dia meraung. First time Mr.Faris keje, trip 4hari. Kami tak prepare apa2. Kononnya saya blh handle. Hasilnya, selama empat hari tu juga saya cuma santap roti-biskut, biskut-roti. Sambil makan sambil menitis airmata sambil balas mesej husband...

Sbb tu bila MrFaris keje,saya jarang 'makan'..tp saya 'sumbat' makanan..Haha..makan sebelah tangan,meriba sebelah tgn. Sambil mengunyah sambil agah anak..Terer tak?

3 bulan - masuk je umur 3bulan 1 hari, Imtinn reject formula milk 100%!! Pandai anak mama..alhamdulillh saya kembali fully breastfeed dia. Susu badan pun dah banyak..Syukur tertunai hasrat hati. Berkat sokongan suami juga ni. Kalau saya mmg malas dan putus asa dah rasanya. Yela,sakit kot pinggang nak duduk menyusu. Pulak tu bkn sekejap,kadang sampai sejam dua dia menyusu sampai tertido. Tak boleh gerak langsung. Nak minum air pon tak boleh! Cabut je dia bangun. Terkebil-kebil. Tapi bila tgk husband mcm bersemangat,saya kuatkn hati.

Dia takdela bertazkirah ke apa nak kuatkan semangat saya tu. But he always speaks through action. Kalau baby nangis nak susu,dia tanyala "ayang dah bagi susu badan ke hari ni?" kalau saya jwb belum, dia bawakla baby pada saya. Pastu dia ambilkan bantal sendal kat belakang saya,letak bawah kaki saya..lepas 20minit menyusu dia tanyala "belakang ok?sakit tak?" kalau saya jwb sakit,dia bentangkan toto letakkan bantal suruh saya menyusu sambil baring...kejap2 dia tanya ada rasa dahaga tak? Ada rasa lapar tak?bila tgk dia terlebih bersusah payah mcm tu..dia tak kisah lari naik turun tangga ats bawah nak ambik bantal ke toto ke,apa ke..saya tinggal duduk je...takkan tu pun tak boleh? Takkan tak paham2 lagi yg si suami tu nak awak susukan anak dia fully...kan?

Tapi perangai Imtinan still mcm tu juga. Tak blh nak tinggal langsung. Kalau papa dia ada xpe la,dia dah pandai main-main. Tapi bila papa takde mama langsung tak boleh tinggalkan dia sorang2.. If not dia akan nangis meraung. Risau tau takut kena sawan. Mak saya selalu pesan. Dont let the baby carying so long...nanti boleh kena sawan. Itu bahaya.

Tapi Imtinan dah ada pola tidur malam yg baik sejak umur 2bulan. Dia akan tidur sepanjang-panjang malam tu sampai pukul 9@10 pagi..(kadang-kadang sampai kul 12 tghari) bergantung pada keadaan. Kalau takde bunyi bising lamala dia tdo..lagi lama kalau time dia celik mata mama ada kat sebelah terus bagi dia ngempeng. Dia akan tdo sepuas-puasnya. Nak tau dia cukup tidur ke tak adalah bila dia celik mata dia akan senyum pastu gelak tak ingat dunia.

Start umur 3bulan ni juga pagi2 bila dia celik mata saya blh tinggalkan dia main sorang2..saya g la dapur masak apa yg patut. Nak mandi ke apa time ni lah. Lebih kurang 30minit gitu. Pastu dia dah hek hek bunyi kena g layan dia. Mandikan dia,tidokan dia balik. Dia akan tido selama dua jam dan jaga 1jam. Dgn syarat kena riba atau sama-sama baring dgn dia..kalau letak dia jaga.Main-main,nyusu. Tido balik. Gitula dia.

Saya merungut juga. Takleh nak buat apa. Nak basuh baju tak blh, nak kemas rumah tak boleh. Tp Mr.Faris kata takpe..laundry dia akn setelkan. Rumah dia akan kemaskan. End up , rumah bersepah! Pakaian ke dobi! Hahaha..sebab dia pun sibuk juga..kadang-kadang saya kesian tgk suami berpeluh-peluh uruskan hal rumah. Semuanya sebab imtinan tak mau tido sendiri di siang hari..

Tp pertengahan umur 3bulan Imtinan dah boleh meniarap. Dah blh tgk tv. Jadi sempatla mama nak g mandi ke nak masak ke..kalau takat masak nasik tu dia tak nangis la.. Letak dia guling-guling depan tv..sempatla siap apa yg patut. Tupun semua kena cepat-cepat. Masak cepat. Makan cepat. Mandi cepat.

4bulan- Saya dah mula rasa bosan. Bosan sungguh duduk sesaja kt rumah. Riba ank je keje. Tekak pun jemu duk mkn lauk frozen je. So ckp kt husband , dahla bang..jemu..imtinan pun dah blh duduk dlm carrier..so masukkan dia dlm carrier, masak,basuh baju,sapu2 rumah cikit2..kira bolehla dari tak buat apa lgsung..nak duduk2 baca buku takde maunya budak kecik ni. Koleksi buku2 saya terperap je kat rak. Sampai mood nak beli buku pun dah out. Yg lama pon x sempat baca. Duk dlm carrier blh la,kdg2 sampai tertido dlm carrier pon xpe.sbb kena dukung suka la dia. Tak kuasa saya nak baca buku sambil berdukung!

Erm tp still bosan jg. Saya jenis tak blh duduk saje. Nak buat keje byk2 sakit belakang...huhu..imtinan ni kategori berat blh tahan juga la..lahir pun dah 3.73..umur 4bulan 7.5 kg dah..tak dpt bayangkan cmanala sy blh mampu buat keje sambil carry 7.5kg? Haha..tapi Allah tu Maha Adil. Dia tahu saya mampu sbb tu dia takdirkan semua ni untuk saya. Rumah dah mcm tak berseri. Mcm takde roh...Bila husband balik dari flight kitorang selalu keluar.

Ok. Cerita pasal keluar. Huhu..time imtinan umur 2,3 bulan saya sgt kekok bwk dia keluar. Saya tak suka anak nangis in public. Sbb saya rasa itu mengganggu. Sebelum kawin,sebelum dpt anak sendiri pun saya sgt terganggu kalau tgk budak2 buat perangai kat restoran ke dalam flight ke..so bila anak sendiri ofkos la saya rasa org lain pun tak suka kalau anak saya nangis. So keluar pun akan jadi stress jgk. Stress sokmo!

Byk depend kt husband jela.. Dia jauh lebih tenang betbanding saya. Dia selalu cakap dulu "bukan kita sorang yg ada baby..org lain pun ada baby jg. Ada ank juga. Sape2 yg ada anak mesti paham keadaan kita.. Sape yg pandang2 tu msti dia takde anak lg..nanti2 dia ada anak dia pon akan paham.."

Kadang2 sebab dia selalu rilek2 saja dlm semua benda, bila sesekali dia panik saya rasa lucu pula.

Sekarang Imtinan dah 5bulan. Dah pandai byk benda. Kami pun dah pindah ke kondo. Saya tak boleh duduk rumah teres. Saya mintak pada suami nak pindah ke kondo. Alhamdulillah dia tunaikan permintaan saya. Ala...sebelum ni tak pernah mintak apa pun kat dia..hehe.. Bila dia on saya rasa lega sgt..bila husband keluar g keje pun saya takla rasa bosan sgt duduk berdua dgn Imtinan. Nak basuh baju buat keje pun dah kurang penat sikit. Sebab tak payah berlari naik turun tangga macam duduk rumah teres dulu.

Jadual saya sebagai surirumah tangga sekarang ni :

Bangun pg kul 9 @ 10..Bangun sama dgn imtinan. Layan dia bermain jap pastu saya tinggal dia tergolek ats katil. Saya mandi, keluarkan lauk, masak nasik, masukkan baju dlm mesin basuh. Sambil2 5minit sekali jenguk anak.. Done. Biasa saya akan stop buat apa saja keje bila Imtinan dah panggil.

Susukan dia kejap. Pastu mandikan dia dan sambung susukan dia. Dia akn sambung tdo balik dlm kul 11.. Saya akan temankan dia tido..sambil2 baca apa2 buku,berblog,atau tgk tv.

Pukul 12.30 camtu dia bangun lah. Masukkan dia dlm carrier,sambung masak. Jemur baju. By the time siap masak&jemur pakaian dia dh ngantuk balik. So tidurkan dia..dlm kul 2dia bangun saya mkn lah sambil2 ngagah dia. Lepas makan masukkan dia dlm carrier lg,mula vakum..mop lantai..dah siap tu dia ngantuk dah. Tdokan dia lg.

Macam tulah saya hari-hari. Buat keje bila anak bangun. Keje2 yg tak blh buat sambil carry dia tu saya tunggu la time papa dia balik,ataupun malam bila dia dah tdo. Kalau tido mlm tak payah temankan. Bolehlah kemas dapur,lap2..basuh toilet ke.. Saya tak berani nak buat semua tu sambil carry imtinan sbb kan nanti kena guna pencuci..takut nanti ada infection ke apa kat dia..takut dia alah.

Syukur lah dapat baby baik mcm imtinan ni.. I mean baik yg standard mcm baby lain juga..bukan jenis yg mengamuk tak tentu fasal..i keep reminding myself yg baby nangis adalah normal. Baby tak nangis adalah tak normal. Baby tak nak tinggal sorang adalah normal. Baby nak always be entertained adalah normal.

P/s : ini entry 2hari lepas. Tak sempat publish tetiba internet slow..hari ni aci publish je trus dah penat nak mengedit bagai..

Babai :-)