Friday, March 30, 2012

Fly With Baby

Assalamualaikum. Salam sejahtera untuk semua. Entri ini cuma berdasarkan secebis pengalaman saya selama "terbang" ke sana sini dengan bayi saya ini sejak dia berusia 30hari hinggalah sekarang.

Apa perlu seorang ibu lakukan? Apa yg perlu di sediakan? Saya akan cuba senaraikan satu-persatu apa yg perlu sepanjang perjalanan. Apapun senarainya, ia bergantung kepada jarak perjalanan anda dan juga usia bayi.

1. Bawa bersama lampin pakai buang yg mencukupi, wipe tissue, dan sepasang atau dua pakaian, jika risau baju bayi terkena kotoran semasa dlm perjalanan. Bayi tidak akan selesa jika pakaian mereka lembap,melekit, atau berbau. Ini akan menyebabkan bayi menangis.

2. Losyen bayi / Pelembap
- Jika bayi anda memiliki kulit
mudah kering, tidak biasa dengan penghawa dingin, atau sudah biasa dipakaikan losyen, bawa bersama losyen bayi. Ini kerana keadaan udara dalam pesawat adalah kering. Sesetengah bayi akan menggelupas kulitnya walaupun perjalanan baru mengambil masa 3@4 jam. Ini juga boleh menyebabkan bayi menangis kerana ketidakselesaan. Mungkin juga mengalami rasa sakit atau pedih.

3. Permainan
-Bawakan 2@3 jenis permainan kegemaran bayi. Tempoh yang lama di dalam pesawat akan menyebabkan bayi mudah merasa bosan. Terutamanya jika bayi sudah berumur 5bulan ke atas. Boleh juga belikan beberapa permainan baru, kerana kebanyakan bayi akan lebih teruja meneroka sesuatu yang baru. Jika anda pengguna ipad, anda boleh memuat turun beberapa "baby apps" di Apple Store secara percuma. Contoh : Baby Finger Apps adalah sejenis aplikasi yang menarik. Apabila bayi menyentuh screen, bunyi dan gambar akan keluar serentak. Sangat menarik.

Bagi perjalanan jarak jauh (international flight) kebanyakan pesawat mempunyai "in flight entertainment" dalam bentuk games,kartun,movie dan sebagainya. Untuk bayi ini mungkin tidak begitu sesuai tetapi anda boleh cuba gunakan hiburan ini untuk mengelakkan bayi merasa bosan. Gunakan kreativiti yg anda ada untuk menghiburkan bayi sepanjang perjalanan.

4. Susu
- Anda hendaklah (MESTI) susukan bayi sewaktu "take-off" dan "landing". Ini untuk mengelakkan bayi mengalami sakit telinga akibat tekanan udara di dalam pesawat yg berubah. Jika bayi mengalami sakit telinga, mereka akan terus-terusan menangis hingga ke hari-hari berikutnya.

5. Board penukar lampin.
-Di dalam tandas pesawat, terdapat salah satu tandas yg mempunyai "baby changing board". Tanyakan kepada anak kapal,mereka akan tunjukkan. Jadi jangan risau jika anda ingin menukar lampin dan sebagainya.

6. Bassinete
- Anda boleh meminta supaya anak kapal memasangkan basinet untuk bayi anda. Mereka akan melihat samada tempat duduk anda sesuai dipasangkan basinet atau tidak.

* Sedikit tips :
•anda boleh menempah penggunaan basinet semasa menempah tiket penerbangan. Pihak penerbangan akan aturkan tempat duduk yg sesuai untuk anda. Ini kerana tidak semua tempat duduk sesuai untuk dipasangkan basinet.

•Jika masih terdapat banyak tempat duduk kosong di dalam pesawat, saya cadangkan anda minta dari anak kapal untuk berpindah ke tempat duduk di tengah-tengah yang mempunyi 4 kerusi dalam satu baris. Ia lebih selesa untuk ibu-ibu yang terpaksa meriba bayi sepanjang perjalanan.

7. Ubat-ubatan
- Bawa bersama paracetamol setidak-tidaknya. Jika bayi kelihatan lemah dan tidak bermaya, anda boleh suapkan paracetamol. (seeloknya berbincang dahulu dengan paed bayi anda sebelum penerbangan). Boleh juga bawakan ubat-ubatan lain yang anda rasa perlu bergantung kepada tahap kesihatan anak. Pastikan ubat dalam bentuk cecair tidak melebihi 100ml untuk satu botol. Dan masukkan setiap botol/bekas ke dalam plastik lutsinar yg diikat kemas.

8. Keperluan yang tidak perlu anda bawa :
bantal,selimut,air panas, air suam, air kosong. Ini semua ada terdapat di dalam pesawat. Anda malah boleh meminta bantal atau selimut tambahan untuk keselesaan. Anak-anak kapal kebiasaannya akan memberi lebih perhatian kepada ibu bapa yg bersama bayi. Anda cuma perlu meminta bantuan anak-anak kapal sahaja. Hulurkan sahaja botol susu minta mereka isikan air panas atau suam sebagai contoh dan mereka akan membantu. InsyaAllah.

9. Makanan bayi
- Untuk bayi yg sudah memulakan makanan pejal, anda bebas membawa apa-apa jenis makanan. Menggunakan 'baby instant food' adalah lebih mudah. Seeloknya kenalpasti makanan yang menjadi kegemaran bayi.

- Jika anda membawa makanan sejuk beku ( seperti puri buah atau stok susu ibu), sebaik sahaja anda memasuki pesawat, minta bantuan anak kapal untuk menyimpan bekalan tersebut di dalam peti sejuk yg terdapat dalam pesawat.

10. Tenang
- Ibubapa tidak harus panik sepanjang berada di dalam pesawat. Apa-apa sahaja bantuan yg diperlukan, anda boleh bertanya kepada anak-anak kapal. Seterusnya, jangan biarkan bayi anda menangis untuk tempoh yg lama. Berusahalah untuk menjaga mood bayi anda. Tidak salah untuk sesekali mendukung bayi anda ke belakang dan ke hadapan tempat duduk.

Itu sahaja buah pandangan dari saya berdasarkan pengalaman sendiri. Apa-apa tambahan boleh dicadangkan di ruangan komen.

Sekian.Wassalam :-)











- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment