Thursday, June 4, 2015

Alphabet Game 1

Assalamualaikum.
Hari ni dah khamis kan?
Jap je rasa masa pon berjalan. Berlari ke apa ni?
Hehehehe.
Esok dah jumaat. Pastu sabtu.
Sabtu F balik. Yahoooo....
Hehe...alhamdulillah la.. apa yahoo2 plak?
Grrrr.....

F ni baik orangnye. Bali keje penat2..
Yela 13jam dalam kapal tu lama kot..dgn jet lag segala..
Benda first dia cari wife dia ni la.
"Ayang sihat?"
Pastu anak2..
Golek2 dgn anak2 jap..
Pastu cari bantal nak tido...rehat.
Kalau rumah bersepah pun dia xde bunyi.
Breakfast takde pun dia xde komplen.
Nanti kang dia cakap la "xpe...abg paham..ayg penat layan ank2"
Tapi dipihak kita as wife ni pun,
Bila orang dah baik macam tu jgn la amik kesempatan pulak.
Hahahaha...
Pandai2 la uruskan rumah.
Sekali sekala bersepah tu ok la.
Sekali sekala takde sarapan tu ok la.

Ok2..nak cerita pasal development anak2 eceli.
Dah lama tak cerita pasal diorang.
Tapi cam malas pulak nak mengarang...
Macam panjang nau rasanya..
Imtinan dah x g school dah.
Fully belajar kat umah je.
Cikgu besar = mama
Cikgu kecik = mama
Cikgu disiplin = mama
Cikgu motivasi = mama
Eh...tak. cikgu motivasi = papa
Hahaha
Tapi apesal hariguru mama takde dapat hadiah pun?
Nangis ah macam gini...
T________T

Alphabet - alhamdulillah semua dah kenal.
Huruf besar kecik semua dah kenal.
Cuma ada la few letters yang kadang2 dia tertukar.
Kira dah boleh mengeja...agak lancar jugak.
Lagipun dah 3tahun lebih dah pun umurnya.
Eh..tapi dia baru boleh mengeja je.
Belum boleh membaca lagi.
Saya pun takdelah nak fokus mengajar dia membaca.
Tulah cikgu dia ni macam.malas sikit.
Dia selalu je mengelek buku sana sini mintak diajar...
Huhu...sedih la mama macam ni.
Semangat! Sila datang sekarang.

Ini aktiviti yang buat hari tu.
Hari ntah bila ntah.


Pakai kertas majong pakai buang...hehe
Tinggal lagi nak lukis2 jalan..
Kat kertas majong tu nanti buatkanla rumah2 untuk huruf2 yg nak diajar tu.


Ada sungai...ada taman bunga...
Lukis je lah apa2 pun.
Pastu kaler.


Guna kereta2 kecik sedia ada.
Potong kertas kecik2 tulis huruf yang nak diajar tu.
Then lekatkan guna double sided tape.
Dah siap!
Hehe

Tinggal lagi nak guide diorang..
Mainla konon2 diorang jadik driver..
Nak kena bawak keta tu sampai jumpa rumah dia ikut huruf tu.
Tambah ar sikek sound effect tu..
Let say kalo diorang bwk keta tu tetiba lalu ats sungai plk
so boleh la cakap macam
"Aaaaaa....keta jatuh sungai dah....aiyokk abih basah..."
Put the feel.
Gitu je la pun.

Waktu ni nak suh Imtinan recognize letter :
I-M-T-N-A
Within 2-3 days dah boleh kenal dah.
Kenapa lima huruf tu?
Sebab tu huruf tu adalah huruf yang membentuk nama dia
I-M-T-I-N-A-N
Dengan harapan dia seronok bila dia boleh eja nama dia sendiri.

Saya tak guna flash card untuk ajar anak2.
Ada...tapi jarang sangat guna.
kiranya bukan everyday la.
Itu yang nak kena banyakkan aktiviti tu.
InsyaAllah lain kali kita share2 lagi k.
Daaaaa.....

1 comment: