Monday, June 29, 2015

Sekali Harung ;)

Assalamualaikum.
Dah setel ke shopping for raya?
Weolls belum lagi ni.
Takde beli apa pun lagi.
Adala belikan gown dua helai sorang untuk budak2 ni.
Beli sebulan sebelum ramadhan lagi.
Pasalnya mothercare ada buat sale 50%.
Plus sale utk member lagi 10%..
Makanya baju yang ratus2 pun jadi RM50 je.
So beli je lah dulu.
Macam nak jugal g mitsui outlet tu.
Alang2 dah dekat je dengan umah.
Katanya clerks ada sale baek punyer.
Hehe.
Kotla ada kasut / sandal untuk anak2.

Haritu sebelum ramadhan ada balik kampung.
Saje2 la balik..dah lebih sebulan x balik.
Budak2 ni seronok la balik kampung.
Balik umah belah saya memang betul rumah kampung.
Rumah takde pagar segala.
Seronokla budak2 nak berlari bebas kat laman tu.
Knowing kampung house camana kan..
Lamannya luas. Pasirnya bersih.
Heaven.
Tambah pulak sepupu-sepupu yang sebaya tu ramai.
Meriah sungguh.
Riuh dengan suara diorang.

Biasa kitorang gilir2.
Kalau malam ni tido umah tok ayah (belah F),
So malam besoknya tido umah tokma plk (belah saya).
Jaga hati orang tua.
Kalau boleh taknak orang tua kecik hati.
Selagi boleh, cuba jaga hati keluarga kedua2 belah pihak.
Tinggi mana pun kita ni mendongak langit,
kalau orang tua kecik ati takde guna jugak.
Besok lusa jatuh gedebuk jua.

Ni kalau balik umah family F pulak, lain seronoknya.
Rumah tak berapa nak kampung sangat dah.
Sepupu-sepupu pun x ramai lagi.
Imtinan cucu sulung.
Iman cucu kedua.
Cucu ketiga baru umur 1year plus.
Cucu keempat baru few months. Tu pun duduk kat nun jauh di egypt.
Takdelah nak riuh mana.
Akan tetapi...
Ramailah makcik pakcik yang rajin melayan.
Kalau dah namanya cucu sulung kan.
Btw, F ni adik2 dia ramai je yang umur remaja2 lagi.
Pokcu Imtinan baru darjah 3 je pon.
Haha...


Bergayutan di kaki tok ayah nak g usrah.
Yang baju merah tu lah pokcu Imtinan&Iman.


 Sesi meng-kudakan ayahmi.
Ni adik F yang nombor 6.

Balik mana-mana pun budak berdua ni tetap hepi.
Asal namanya balik kampung terus hooreyy.
Kesian betullah diorang kat cyber ni macam terkurung sgt2.
Daily dalam rumah je lah.
Ada takde pun pegi playground.
Nak buat camana kan..
Dah rezeki papa kat sini.
Huhu...


Last week kot duk kemas2 baju budak2 ni.
Banyak yang dah x muat.
So lipat kemas2 masuk kotak dulu.
Taktau nak buat apa.
Rasa macam nak potong2 jahitkan quilt ke apa.
Tapi tu lah malasnya la hai..
Pastu g upload pic ni kat fb.
Ramaila yang suggest suh donate.
Eceli bukan taknak donate / jual preloved ke apa.
Tapi macam x tergamak.
Baju dah lusuh2 pun semua.
Cuma nak dibuang tak sampai hati sebab elok lgi.
Still boleh pakai.
Cuma lusuh.
Kalau nak bagi orang biarlah yang cantik kan.

Lagipun orang susah zaman sekarang tak sama dengan orang susah zaman dulu.
Orang dulu susah dia susah betul.
Orang sekarang susah pun dia pandai memilih.
Huhu...
Nanti cerita lain lah pasal ni.
Nak dipendekkan cerita, ada la sorang hamba Allah ni pm kat fb.
Mintak nak beli baju2 ni semua.
Allahu segannya la rasa nak menjual.
Niat upload kat fb tu asalnya nak berkongsi rasa sayu..
Sayu bila tgk baju2 x muat tu tandanya anak2 dah besar.
Mother's feeling yang susah nak describe eceli.




Usahasama dua beradik menangkap labah-labah.
Lepas tangkap masukkan dalam botol.
Pastu keluarkan letak atas karpet.
Pastu masukkan balik.
Keluarkan balik.
Tau2 ehhhh dah mati..
Huwaaa T_______T.
Budak berdua ni semua jenis serangga/binatang pun diorang tak takut.
Suke sangatlah dengan benda2 hidup ni.
Cicak pun diorang kejar.
Lipas pun.
Eiii...geli tau.
Tapi tulah...malas pulak nak takut2 kan diorang.
Besok2 semua benda nak takut maknye jugak yg rimas kang.

Tu je entri sekali harung.
Ngeeeee....

2 comments:

  1. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  2. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete