Wednesday, April 30, 2014

Sedih - Entri Keluhan Lagi

Assalamualaikum.

Lama. Sangat2 lama tak jenguk blog2 feveret.
Seriously rasa macam tak sopan dan kurang adab sangat.
Bila free jengah. Bila bizi wat derk.
Sori eh korang....Huhu...
InsyaALLAH lepas ni bila semua ok balik,  saya ziarah korang balik ok.

Betul-betul terloncat2 sekarang ni. Selalu sangat terjadi macam ni dalam hidup saya.
One after another. Macam tu la konsep nye. Kadang datang sibukkkkk sgt2. Pastu dah setel, dah tak mengah2, kang ade la lagi unexpected thing yang datang. 

Entri lepas yang entri pasal MAK TERSAYANG tu kan...eceli mak tengah tak sihat sekarang.
Mak tu susah nak bawak ke hospital. Sape2 pun eceli tak gemar nak duduk hospital tu.
Tambah2 orang tua. Sape pernah merasa warded tahu lah camana stress nye duduk hospital tu. Orang sihat pun boleh jadi sakit kalau lama-lama kat hospital. Unless kalau korang medical practitioner..tu lain cerita la. Korang doktor ke, korang keje kat kantin spital ke, farmasi spital ke... tu ok la kena warded lama2 sebab environment tu korang dah biasa kan.

Tapi ni mandangkan keadaan mak mcm takleh nak kawal dah, terpaksa jugaklah bawak ke hospital. Bacaan darah tinggi dan kencing manis dia naik gile2. Tambah sekarang dia tak boleh berjalan dah. Macam penat sangat2. Bedridden balik lah kiranya. Bincang punye bincang. Paksa cara berhemah la jawabnya.

Kitorang adik beradik lima orang je. Saya sorang pompuan dan yg bongsu. Yang lain empat orang , semua abang lelaki. Takde sorang pun abang perempuan ;) Sejak-sejak mak sakit ni kan, since dia punye second stroke tahun 2011 dulu, kitorang kalau bercakap dgn mak takde dah bincang2. Kitorang tanya je. Macam ni "Ma, jom datang duduk KL. Sini pun ada pakar jgk ni. Boleh buat fisio segala". Kalau dia diam tu kitorang senyap je. Takmau pujuk2. Nanti mak sedih dan kecik hati. Pastu kalau tanya "Ma...kenapa sedih2 ni..Cerita la..." Dia senyap tak respon. Haaa tak yah tanya dah. Lagi ditanya lagi dia merajuk taknak bercakap. Macam very2 sensitif lah. Betul2 lain dgn sikap mak sebelum dia sakit dulu2.

Tapi dalam kitorang lima ni, abang saya yang nombo empat tu, kalau dia cakap apa2 biasa mak ikut. Dia memang kesayangan dari dulu lagi. Which is good la. At least ade jgk sorang yg boleh masuk dgn mak time2 mak sakit macam ni. Macam dulu la...time mak kena second stroke dulu, mula2 kan dia bedridden. Tak boleh bangun, makan kena bawak masuk bilik dia. Kitorang ni nak latih mak keluar bilik, latih mak berjalan, latih mak makan sendiri. Bukan tak sanggup nak layan. Bukan susah pun nak jaga dia. Tapi kitorang memang nak mak sihat balik. Doktor pun pesan, pesakit stroke ni kita kena jaga perasaan dia tapi kita tak boleh terlalu manjakan dia. Kalau tak saraf dia lagi 'beku', lama2 tak boleh bergerak langsung. Kalau kitorang ni yang suruh mak usaha bangun memang tak la mak nak buat. Kalau kiorang bertegas mak nangis, terasa yg anak2 dah tak sayang dia plus tak sanggup nak jaga dia. Tapi kalau abg yang nombo empat tu yang suruh, mak akn ikut. Dia mcm ni...

"Ma...bangunla..Jom Amin ajar Ma jalan balik,"
Diam...geleng2 pala.

"La...Amin kecik2 dulu, Ma paksa Amin jalan boleh pulak? Tak aci la mcm ni...Dah bangun bangun bangun..."

Ha....macam tu la cara dia yg buat mak blh terima. Hehehe.. Unik. Takde eh pujuk gosok belakang, belai rambut sapu2 airmata tu takde...

Same la kes sekarang ni, nak pujuk mak pegi hospital, tiap2 hari kot semua anak2 pujuk...mak kan dia diam je. Takde respon. Tapi muka serius. Tanda protes la kira tu.
Pastu bila semingu mak takde perubahan, abang nombo empat tu start guna veto dia dah. Tak taulah kali ni apa dia buat. Dia cakap apa kat mak. Wife dia pun tak tahu. Semua orang terkejut bila mak setuju. Tapi private hospital la. Hahaha... Mak taknak pegi spital kerajaan. Sebab banyak rule kan. Kita pun paham. Pastu abang Amin ni macam dah buat janji la kot dgn mak yg dia akn stay dgn mak sama2 kat hospital tu. Will never leave mak alone at ward walaupun sehari.
 Sampai berangkut isteri dan anak-anak sekali semua stay kat ward. Banyak pahala ko bang berkorban mcm tu sekali untuk mak. kalaulah saya dapat peluang utk jaga mak macam dia...bestnyeeeee!!!

Inilah dia budak boroi anak dua yang banyak berkorban untuk mak tu. Hat comel sebelah tu Iqah, kakak ipar saya.
Deep inside, saya memang rasa terkilan sangat tak dapat nak jaga mak. Huhuhu... Entahla, tak tau nak explain camana. Sedih pun ada bila ada orang cakap saya ni tak patut bagi abang-abang dan kakak-kakak ipar uruskan mak. Patutnye sayala sebab saya anak perempuan.

Susah kan bila kita ni anak perempuan tunggal. Kadang-kadang sampai terpikir, apesal la dulu aku pegi kawin. Kawin takpe lagi. Ini yang pegi beranak pinak pulak. Lagila tak boleh nak jaga mak. Nak ulang alik KL-Kota Bharu bukan dekat. Nak mengendong anak2 lagi. Serius rasa failure sangat.

Sebenarnya lagi susah bila kita hidup dalam masyarakat yang meletakkan adat tu  melebihi fitrah yang Allah dah atur. Korang imagine eh....setiap orang yang datang ziarah mak tu akn cakap macam ni.. "Sumayyah mana? Tak balik ke? Kesian Acik...ade anak pompuan sorang pun takleh nak jaga mak sakit". Mulut jahat. Ziarah org sakit ni orang bagi semangat bukan lagi menjatuhkan semangat.

Haah memang pun saya buat tak kisah je. Tapi tahap mana sangatlah boleh bertahan. Tau.....orang bukan tahu kita pun balik jgk. Tapi tak bolehla kita nak duduk kat kampung berbulan-bulan. Kita ada suami yg kerja kat KL. Walaupun suami kita cakap takpe..suami kita paham... Tapi kita pun tak tahan anak-anak hari2 tanya mana papa...sampai mengigau2...sampai demam2...huhu..Kita buat setakat termampu. Seminggu sekali kita balik kampung. Penat tu belakang kira. Bukan sedih bila orang kutuk dan kata kita mcam2...Nak kutuk nak hina pun silakanlah.. Kita immune. Tapi tolonglah jgn kutuk dan umpat kita depan mak kita..boleh? Mak kita sakit. Mak kita tak boleh stress. Tolong jangan create aura negatif kat tepi mak kita boleh?

Eiyahhhh...tak puas hati nye rasa tak boleh pegi sound balik semua-semua yg bercakap mcm tu depan mak. Tak puas hati sangat-sangat tak boleh laser diorang kaw-kaw sampai diorang menangis melutut sampai diorang sedar. Huhu..Jahatnye hati. Tapi kalau buat macam tu same je lah jahat hati diorang dgn hati kita ni. Arghhhh stress!


(T__________T)


*Untuk yg nak kawin tu bolehlah jenguk2 DULANG HANTARAN DAN AKSESORI UNTUK DISEWA. Will add on few more items lepas ni. InsyaALLAH.

Thursday, April 17, 2014

MA

MA

Wanita yang sangat tabah. Dari kecik panggil mak ni Ma je. Asalnye dari Mama tapi yg tinggal 'Ma' je. Kadang datang angin glamour panggil Mama jgk. Haha. Kecik2 dulu mak ni anak orang senang. Orang kampung yg senang. Sebab arwah atok sebelah mak ni org berduit. Bukanlah kaya raya. Cuma zaman dulu kalo orang banyak kebun, banyak haiwan ternakan, banyak tanah sawah, kira org senang lah.

Mak bukan org sini. Bukan orang Malaysia. Mak orang Thailand. Sebab tu mak tak boleh membaca dan tak bole menulis bahasa Malaysia. Kalau jawi terer ;) Arwah nenek sebelah mak katanya cina mari. Tp tak sure ye ke cina. Ke siamese. Tapi muka arwah nenek sebijik mcm cina. Muka bulat. Kulit putih. Mata sepet. Arwah tok plk memang Melayu tulen. So tak tau la nak cakap mak ni sebenarnya bangsa apa. Tapi claim to be Malay la. Sebab dibesarkan mcm cara org melayu muslim.

Mak kecik2 dulu kesayangan arwah tok. Semua ank pompuan dia tok sayang sebenarnya. Tapi kisah remaja mak ni tragis sikit. Pernah ada org jahat nak jadikan mak isteri. Padahal baru umur belas-belas. Ofkos la tok tak bagi. Sesuatu la kan nak bg anak kat orang jahat. Penah org tu bayar tok dgn duit yg banyak sbb nak beli mak. Helllooo??? Eii dengar pun rasa nak belasah je.

Sbb tok risau, so mak tak boleh pegi sekolah. Kena perintah berkurung dalam rumah. Sampai tok upah cikgu sekolah dtg mengajar kat umah. Sedih kan...mmg mak tak merasa hidup remaja mcm org lain. Tapi org jahat tu tak puas hati. Satu hari tu dia dtg umah tok bwk geng2 dia, letak parang kat tengkuk tok, pukul adik beradik pompuan mak yg lain, pastu diorang culik mak, bawak lari....jahat gileeee ini orang.
(Macam movie tak? Tapi ini seriussss).

Pastu mak kawin dgn ayah. Nak kata family arrangement pun tak jugak. Lepas kena culik tu, taktau camana mak boleh lepas. Lari kot. Lupa dah cerita tu. Pastu tok hantar mak stay dgn family angkat yg jauh dari kampung asal mak. Sbb nak "sorok" mak ni dari org jahat tu. Kat umah family angkat tu la mak jumpa arwah ayah. Ayah waktu tu baru balik dari belaja kat India. Terus pegi Thailand utk dakwah. Muslim kat sana waktu tu tak kuat lagi fahamannya. Bila first time ayah tgk mak kat umah family angkat dia tu terus berkenan. Ouchhhh....gigit jari je iolss dgr cerita ni. Hihi...

Lepas kawin dgn ayah, mak betul2 jadi isteri yg redha. Bukan senang jd isteri pejuang. Tambah2 Thailand, yg memang pistol, senapang, peluru, parang, bunuh-bunuh semua tu dah macam ulam-ulam buat cicah sambal belacan je. First, diuji dgn kesusahan. Ayah bukan ada income pun kat Thailand tu. Keja ikut dapat je. Cukup la utk isi perut anak isteri. Saya takleh imagine camana mak blh adapt dan tukar cara hidup dari orang senang kepada org susah mcm tu. That's life.

Lepastu ayah buka sekolah kat sana. Sekolah berstatus pondok. Lepas buka sekolah tu hidup tak sempit sgt. Agaknye berkat buka tempat ilmu kot. Ntah. Tp ada ujian lain. Ujian serangan peluru. Puak2 bukan Islam mmg tentang la kalau ada tempat2 utk sebar agama Islam ni. Waktu tu mak dah ada tiga anak lelaki. Berderet sorang setahun. Amboiii rezeki sangat ;p
Mak cerita kadang tgh mkn malam bunyi peluru berderai atas bumbung. Terus paut anak2 bertiga sama2 meniarap. Sbb peluru mmg org tembak menembusi dinding (rumah atap kan dulu2). Kalau berdiri ke duduk ke habislah. Kalo meniarap insyaAllah selamat. Peluru lalu kut atas kepala je. Tu ujian dia sebagai isteri pejuang. Takleh imagine if it was me. Huhu..mesti saya dah merayu2 kat Mr.Faris...udah-udah le tu bang...huhu...

Lama kat Thailand, sampai masa abang sulung nak masuk darjah satu. Ayah tak nampak masa depan sekolah kat Thailand. Terpaksa hantar abang sulung balik tinggal dengan arwah tok kat malaysia plak. Mak. Cekal mana pun hati seorang pompuan tu dia tetap mak. Seorang mak takkan pernah boleh bertoleransi tentang soal berjauhan dgn anak2. Setahun lebih je mak bertahan. Akhirnya mak&ayah pindah balik Malaysia. Mula kehidupan kat sini. Until now.

Mula2 pindah balik Malaysia tu ayah keja kat Rantau Panjang. Jadi cikgu/ustaz. Abang sulung pulak tinggal dgn tok kat Pengkalan Chepa. Area Kota Bharu. Dan bersekolah kat situ. Mak pun ayah suruh tinggal sekali dgn tok je dulu. Biar ayah sorang2 kat Rantau Panjang. Taknak mak hidup susah lagi sbb kehidupan waktu belum establish. Sampailah lahir abg nombor 4. Pindah duk rantau panjang tinggal sama2 dgn ayah. Mak cakap dia tak tahan dah benornya duduk dgn tok. Jiwa dia sakit. Hari2 kena laser je dgn nenek. Nenek ni eceli mak tiri ayah je pun. Tu yg takleh terima mak ank beranak menumpang kat situ tu. Eh tp tu cerita lama lah. Sekarang semua dah baik2 dah.

Mak kerja keras utk besarkan ank2. Untuk hantar anak blaja tinggi2 eceli. Gaji ayah ofkos tak cukup. Tapi rezeki Allah tu sentiasa ada. Mak buat jualan kecik2. Tapi income masyuk jgk la. Jual nasik lemak, nasi kerabu, nasi berlauk...semua2 lah. Mula2 jual kat tepi jalan. Pastu sebab asyik kena kacau dgn org2 lelaki yg jahat, mak buat jualan kat umah je. Ada rezeki ada lah org dtg. Pastu ada jgk mak supply karipap kecik2 utk syarikat bas mutiara. Tu pun income masyuk jgk tu. Berdikit2 mak kumpul duit. Dpt beli gelang besor2...tapi x pakai sgt pun. Simpan utk masa depan.

Bila abg sulung dapat sambung blaja pegi Mesir,mak gunalah hasil jualan dia tu utk tampung duit ayah hantar anak pegi blaja. Tiket kapal terbnag yg mahal, duit blanja bulan2, semua tu kalo dikumpul2 makan ribu. Pastu tahun yg sama jugak abang nombor dua dapat blaja kat UIA. Tahun berikutnya abg nombor tiga pun pegi further study kat mesir jugak. Alhamdulillah. Tapi still duit mengalir macam air. Waktu tu lah kami adik2 yg kat umah ni kena ikat perut sikit. Makan lauk kena catu la sikit. Takpe...hantar utk abg2...

Kemudian tak cukup dgn rezeki jualan makanan, mak&ayah buka kedai jahit cum bengkel. Ayah attend course. Pastu sambil ambik tempahan dari tokey2 baju melayu, ayah ajar jgk org2 yg tak pandai menjahit ni dari A-Z. Macam rekrut la kekdah dia. Ayah ajar smapai pandai pastu keje dgn ayah. Jadi tukang jahit kat kedai ayah. Termasukla mak yg takde basic menjahit tu. Dari tak reti apa2 gigih mak belaja sampai boleh jahit slack. Semuanya demi anak-anak. Alhamdulillah, rezeki masuk sampai boleh buatkan rumah utk pekerja and all. Dari dua orang pekerja sampai berpuluh2.

Tapi tak lama.
16th August 2000, ayah meninggal. Isteri yg setia itu menjadi sepi sesepinya. Bisnes kedai jahit mak dan ayah merudum. Akhirnya tutup. Meneruskan hidup sehari2, mengayuh mesin jahit hanya utk anak2. Menolak setiap pinangan orang, juga demi anak-anak. Mungkin juga demi kasih pada ayah. Hidup mak start terduga balik. Malam2 mak stay up sampai 2,3pagi menjahit. Dan menjahit tu cuma alasan. Sebenarnya mak tak boleh tidur sebab rindu....teman tidur dia dah takde. Saya satu2 anak perempuan yg temankan mak tidur. Tapi anak dan suami tetap takkan sama kan?

Kemudian selepas ayah, tok pulak meninggal. Mak terduga lagi. Selang tak lama lepas tu nenek pulak meninggal. Waktu tu nampak mak murung. Bersedih. Suami, ayah,dan ibu. Ketiga-tiga kesayangan mak pergi dalam tempoh masa yang dekat-dekat. Kesian mak. Hilang tempat bermanja.

2007, waktu saya di pusat matrikulasi IIUM, mak kena serangan stroke. Major stroke. Kami usaha sungguh2 utk pulihkan semangat mak. Anak-anaklah doktor terhebat seorang ibu sebenarnya. Sebulan lebih saya bantu mak buat terapi sendiri kat rumah. Kembalilah mak bertatih, dan alhamdulillah...walaupun langkah mak tak secekap dulu, cakap mak tak selebat dulu, tapi alhamdulillah semua anggota badan mak berfungsi kembali. Sempat saya dan Mr.Faris bawak mak pergi bercuti kat KK waktu tu. Tak sempat bawak mak pegi umrah je.

2010 - serangan stroke kali kedua. Major stroke juga. Kali ni lebih berat lagi. Seluruh badan mak tak berfungsi. Cuma dapat kelip mata. Suap makanan pun tersedak keluar balik. Waktu tu kami anak-anak berusaha sehabis boleh utk kembalikan mak macam dulu. Pesan doktor-doktor pakar...JAGA EMOSI. Sbb jaga emosi mak juga lah kami tak hantar mak ke hospital. Biar mak dapat rawatan kat rumah. Seminggu sekali bawak jumpa pakar. Hari-hari panggil tukang urut. Kemudian latih buat terapi kat rumah. Dari mak tak boleh suap makanan sendiri kami latih sampai boleh. Dari tak boleh bangun kami paksa sampai boleh. Kami adik beradik berpakat utk tinggal satu bumbung. Keluarkan duit, besarkan rumah mak sebesar-besarnya setakat mampu, utk keselesaan nak stay ramai-ramai. Termasuk saya yg stay di KL ni pun dapat jgk sebuah bilik. Alhamdulillah...Semuanya utk wanita yg terlalu byk ujiannya dalam hidup. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha yg berjalan seiring, semangat mak untuk pulih tu datang. Lama-lama mak dah boleh bangun. Boleh jalan. Boleh uruskan diri sendiri. Mandi sendiri. Angkat wudhuk sendiri. Walaupun sampai sekarang sebelah kaki dan sebelah tangan mak masih tak berfungsi. Takpe ma. Kuatkan semangat ma. Kami ank2 ada utk ma.

Banyak ujian mak. Sungguh2 banyak...

Tapi percayalah bahawa Allah tu adil. Walaupun Allah uji mak seberat-beratnya...tapi Allah kurniakan mak support system yg bagus. Mak ada adik beradik yg sangat supportive. Waktu mak kena stroke tu adik beradik mak dari Thailand bergilir2 datang jaga mak. Walaupun masing2 dah ada laki bini. Tapi takdehal,semua org paham. Maklong datang temankan mak 2 minggu. Tinggal paklong kt kampung. Pastu Ummi pulak datang stay 3minggu, tinggalkan Khali (suami dia) kat kampung. Kemudian Makda pulak datang 2minggu, angkut dgn Pakda sekali pun sama dtg stay. Pastu Pakteh pulak dtg stay,pon angkut makteh nye sekali. Ada sorang adik mak ni, pompuan. Suami dia dh meninggal. Kerja sendiri bukak kedai runcit utk sara hidup dan ank2 blaja. Pon sanggup datang temankan mak berbulan2. Tutup kedai ok. Anak2 dia kt sana adik beradik mak yg lain pulak tolong jaga. Nampak tak Allah tu adil?

Dan Allah kurniakan jgk mak menantu2 yg baik. Mak ada 4 orang anak lelaki. Bermakna empat orang menantu perempuan. Hebatnya Allah membersihkan hati-hati menantu permepuan mak ni sehingga mereka sanggup tinggal bersama di bawah satu bumbung, semata2 utk bantu suami jaga mak. Org pompuan mesti paham kan rimasnya tinggal bersama ramai-ramai, dgn masing2 ada anak-anak lagi. Aurat nak kena jaga. Hari-hari kena bertudung litup....phewwww...

Serius saya kagum. Kagum dgn bersihnya hati mereka. Kagum dgn adilnya Allah yg menjadikan semua ni. Allah bg mak ujian. Untuk kifarah dosa-dosa mak. Utk beri mak lebih pahala. Malah Allah tolong pula mak dgn menyucikan hati-hati org sekeliling mak so that kasih syg mereka-mereka ni boleh bantu kuatkan semangat mak.

Panjangkan entri kali ni? Iktibar dari kisah hidup seorang mak.

Rindu mak yg dulu-dulu....
T_________________T






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 15, 2014

DULANG HANTARAN DAN AKSESORI UNTUK DISEWA 2014


ASSALAMUALAIKUM,

EDITED - NEW ITEM ADDED

Untuk bakal-bakal pengantin yang agak-agak nak DIY hantaran kahwin sendiri tu, bolehla ushar2 ni. Untuk sewa je. Kalau agak2 nak beli pun boleh. Tapi kurang berbaloi la. Mahal kot ni. Cecah rat satu-satu ketul barang. Nak guna sehari je pon. Paling lama tiga empat hari kot-kot nak jadikan props photoshoot ke apa. Baik simpan duit wat g honeymoon.. Hahaha...

Rasanya tak mahal dah kot ni harga sewa yg saya letak ni. Takpe2...korang ushar2 dulu..peratiiii dulu lama2, apa-apahal wasapp / sms terus. Tu dah siap ada measurement tu supaya senang korang-korang tersayang ni nak imagine berapa besar brg2 ni...Orait ?

Bekas letak cincin. Kat dalam telur tu ada baldu untuk selitkan cincin. Marvellous uolsss. Tembaga ori ni. Berat kot walaupun saiz tak besar mana ;p Sangatlah sesuai untuk wedding yg tema ala-ala royal ke, classic ke. Takperlu reben meben dah. Letak je benda ni boleh nampak eksklusif dengan sendiri.

Ni bekas tempat cincin sekali dengan tempat letak cek. Tu yg nampak macam ekor merak tempat selit cek. Sesuai sangat ni untuk dapatkan effect eksklusif pada gubahan hantaran korang. Sebab dia betul-betul tembaga, so kilau dia tu nampak umphhh sikit la...Pastu ada pulak batu2 kristal kecik dekat ekor merak tu, dan dikeseluruhan aksesori. Sarat tapi tak senak mata memandang. Perfecto!


Nak gubah hantaran untuk nampak mewah tapi menggunakan material yang tak mahal sangat? Haaaa ni lah dia contoh-contoh aksesorinya. Tempat letak lilin benornye. Tapi boleh dijadikan bekas potpuri jgk ni. Korang isi petals banyak2 sampai penuh gelas tu pastu letak bekas cincin atas sekali..pon bolehhhh... RM7 je, sebab besi chrome tu bukan tembaga ori. Jurai kristal tu pun plastik je ;p



Ni berat tau. Kaca betul dan sangat tebal kacanya. Cantik. kaki dia kat bawah tu berukir. Tapi RM7 je sebab kecik cinonet je tuannya. 1 unit je available ;p


Ini bantal. Tak kenal ke? Hahahaha.... Material dia ala-ala baldu. Kaler soft beige. Saiz adalah ngam-ngam untuk letak atas dulang. So tak payah nak buat alas polistrene bagai. Sangat sesuai untuk pastel colour wedding theme. Gandingkan pulak dengan bunga2 warna lembut...lemah gemalai melentok...Sekali pandang gubahan korang tu terus sejuk je hati.... Untuk tema manja-manja sweet sahangatlah sesuai...Boleh jugak gandingkan dgn warna garang mcm ros merah ke, kuning terang ke,naik serinye nanti. InsyaALLAH.



Dulang legend ;p Hahaha...Dari zaman dolu2 sampai sekarang untuk hantaran bajet memang guna dulang ni lah. Pastu letak alas kain satin atau organza. Evergreen sungguh. Takmau letak alas pun takpe. Sekarang ni untuk modern wedding theme jarang dah org letak alas bagai.



Cantek tak? Macam kaca, tapi bukan kaca. Plastik pun bukan. Saya syak ni damar ni. Sebab tu kukuh. Ok, dah tak tau nak cakap  apa. Nak kalu, laju2 whatsapp/sms buat booking untuk lock date k. Tak banyak ada...11 unit je.



Original tembaga. Agak berat jugak ni. Sangat cantik kejadiannya. Kalau ganding dgn bekas cincin tembaga yg kat atas tadi tu, memang purrrrrrrrrrfect combination! Sape tak caya boleh try ;p Piring atas tu eceli ada ukiran halus, tapi bila ambik gambar (camera murah katakan) tak nampak pulak...Tensen tensen. Untuk dulang ekslusif macam ni tak payah letak alas polistrine ke apa dah. And janganlah letak alas kalau boleh. Sayang ukiran kat kaki tu nanti tenggelam pulak. Tinggal letak bunga je. Remember, sometimes simple is more. 

Secara jujurnya, saya pun tak tau ni bakul mengkuang ke bakul rotan.SSF mari. Tapi jenis yg kukuh. Pastu bila coated dgn warna gelap macam ni, menghasilkan efek yg agak 'wow'.Saya cukuplah suka dgn cara lilitan rotan/mengkuang ni kat bahagian tangkai bakul tu. 

Ini pun sama dgn bakul yang kat atas ni. Bentuk je lain. Lepas tu yang ini ada ukiran sikit kat sekeliling bakul tu. Cara anyam dia pun menghasilkan corak semulajadi. Kalau korang nak buat lima dulang sedang elok la combine dgn bakul bulat kat atas tu. Ataupun kalau 7 dulang pun ok jugak. Yang lagi dua kek and buah tu tak payah guna bakul ni pun takpe.

Haaa....ada byk lagi item lain yang perlukan masa untuk diedit kalau nak upload kat sini. InsyaAllah later...

SAYA JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENGGUBAH HANTARAN, DAN PERKHIDMATAN SEWA GUBAHAN HANTARAN MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN.

Apa-apa hal SMS/WHATSAPP ke nombor 019-2391212. Bukan tak boleh call. Tapi line celcom kat sini hazab cikit. Nak dapat 1 bar pun kena hala henpon ke tingkap, macam kan tengah bercamping kat hutan pulak. Manjang no service je. Huhuhu...

Lagi satu, bisnes ni beroperasi di cyberjaya. Tiada penghantaran dibuat. Kena self-pickup :D


Wednesday, April 2, 2014

Takde Tajuk

Tak suka bila update entri takde motif mcm ni.
Hahaha ko dah kenapa...dah tak suka tak payah la update.
Nak jugak tu...Dasarrr sgt kan.

Ok, malam ni anak2 tidur lena.
Rumah dah siap kemas siang2 lagi.
Kalau dulu kerja ngemop ke ngemas ke sidai baju semua kena buat lepas anak2 tido.
Sekarang dah boleh siapkan siang2. Sambil2 layan diorang sambil mengemas.
Samada sebab Mr.Faris sekarang ada kat rumah ke..
Atau sebab Iman dah besar sikit ke...
Atau sebab peratus kecekapan guwe dah bertambah...Muahaha.

Bila siang hari dah setel kerja2 laundry, malam relak la sikit.
Ada la lebihan masa nak update. Dah ada masa ni idea pulak yg takde..
Haha...Apeeeela nasib.

Saya cuba untuk hasilkan entri yg lebih berat dan sarat dengan pengisian.
Tapi tak mampu nak siapkan dalam masa satu hari.
Kena berhari-hari. Kena double chek...Kena rujuk buku...ye ye ye saya tau...yg sebenarnya kena rajin kan?kan?kan? Kalau malas semua tak jalan....

Nampaknye kena belaja lebih lagi.
Belajar dan terus belajar.....

Budak Banyak Cakap

Imtinan sekarang ni dah masuk 2 tahun 7 bulan.
Dah besar. Dan mulut dia......Alhamdulillah.
Haha...bila dia bercakap tu rasa macam eiiii nak cubit2 nak comolot je budak ni.
Panjang nau akalnya. Geram sgt rasa. Geram yang kiut2 tu. Ekekeke.
Seronok la sebab dia dah boleh form  ayat kan.

"Mamaaaa...hari ni nak makan nasik arab... buleeeehhhh?"

Tak menahan tu hari2 mintak nasik arab. Mentang2 duk cyber. Untung jgk mintak nasik arab. Senang cari. Cer kalo mintak nasik lemak ke nasi kukus ke..mana nak cari kat sini? ;p

Pastu dia kalau bercakap jenis yg tarik panjang2. Ikut sape leteww ;)
Dan...jugak sangat suka kenakan orang. 

Ada satu hari tu saya sakit perut. Memulas2, duk ulang alik toilet je.
Mr.Faris plk hari tu kena attend simulator. Bila tengok rumah bersepah, rasa macam adoiii tmabah sakit pulak perut ni.

RULE kat rumah ni : Main mainan pertama. Kemas. Baru main mainan kedua. Tak boleh sepah banyak2 mainan sekaligus. Nanti mama dia  stress.
Tapi kena monitor la. Kalau biar je memang semuaaaa mainan diorang keluarkan.
Hari tu dah sakit perut, tah camana boleh tertido kat sofa. Tersedar pun sebab nak g toilet. Pastu tengok Ya Allah bersepahnya anak-anakku punye mainan.

"Imtinan....tolong mama kemas toys ni boleh?"
"Tak boleh," [selambe je dia jawab macam tu]
"Ala please lah...mama sakit perut ni"
[Dia pandang je mama dia ni...pastu kan, dia cakap....]
"Takpe2...mama kemas dulu Nanti lepas ni kakak tolong jaga perut mama"

Saya gelak kaw2 lah...Dia pulak blurrr. Agaknye terpikir apesal lah mama aku nih gelak sampai mcm ni.Banyak mulut kan dia.


Mr.Faris pun ye jgk. Suka sgt usik Imtinan tu.
Kejap2 kang dia panggil,
"Kakak...kakak..."
"Ye papa.."
"Kakak...ooo kakak.."
"Iye Papa..." [ kawan dah bengang dah]
"Kakak...kakak...ooo..kakak.."
[Diam. Tak jawab dah]
Lagila Papa dia panggil "Kakak..kakak..."
"IYE PAPA...APE LAGI???"

Eiyahhh...mampu kena sound dgn anak free mcm tu je? Tula cari pasal lagi.. Haha...