Saturday, August 28, 2010

::Sepetang Bersama Durian::

Assalamualaikum dan salam sejatera utk semua..semoga detik ini sahabat-sahabat readrs semua sentiasa dirahmati ALLAH..

Kisah Durian..Sufi sangat tak sukakan durian..sangat tak menyukai bau durian..Ada jgk try2 makan..tapi seulas pun tak akan habis..hasilnya?MUNTAH!! Wah..sangat cerewet bunyinya..Benci itu tidaklah..tapi tidak suka sungguh-sungguh ni..

Tapi itu dulu..when i was an anak dara lagi..hehe..

Sekarang..inilah favourite Sufi..Suka yang terlampau-lampau!
Mr.Faris lah yang ajar Sufi merasai nikmat durian ini..dialah yang ajar Sufi betapa sedapnya rasa durian yang lemak-lemak dan manis itu..Dan tekak Sufi ni pula senang ajar..cepat aje cik tekak ni absorb apa yg diajar oleh Mr.Faris.. (agaknya sebab sayang Mr.Faris sangat-sangat kot....hihi) Kena pulak di KL ni, durian tak ikut musim..tiap2 hari ada..kalau sape2 rajin ke Wangsa Walk atau Carrefour Wangsa Maju..Ha..kat traffic light lepas petronas tu tiap2 hari ada org jual durian..(sedap ke tidak wallahua'alam..) Kat greenwood pun selalu jgk ada kat depan shell tu..wah!! 

Petang tadi, Mak Long (sedara sebelah Mr.Faris) datang bertandang..adalah dibawak 2 biji durian kampung, fresh2 petik dari pohon kat janda baik..baunya..ummpphh!!! pukul 3 maklong datang..buka puasa pukul 7.25! tergoda je rasa..semerbak sungguh..bila buka puasa, Sufi dan Mr.Faris sibuk menghidang kuih-muih..(hari ni kami buka puasa dengan kuih2 je..), terluap sekejap kat durian tu..still duk dalam plastik kat tepi sofa..Sekali Sufi bangun dengan riangnya nak ke dapur ambik pinggan.....

Dushhh!!!! tersepak durian tu..aduh mak....beristighfar panjang Sufi..
Tertusuk duri kat ibu kaki..2 duri kena..
Menitis juga airmata ni..tambah2 bila tengok darah merah pekat keluar non-stopdari ibukaki Sufi..

Lagi menangis bila tgk Mr.Faris lapkan darah tu..balutkan dgn tisu..hehe (manja tak sudah)

Apapun syukur sebab mulut Sufi dan Mr.Faris tak melatah..tak sebut yang bukan2..nasib baik yang keluar tu cuma Astaghfirullah dan aduh..Yelah,kata orang ibu mengandung tak baik cakap yg bukan2 kan..hehe..

Ntah2 durian yg petang tadi tu cucu cicit durian yang Sufi pernah benci dulu tu tak???? Motif : balas dendam/pengajaran.. (mana la tau kan) Hihi...

Babai...

Thursday, August 26, 2010

~Days of Ramadhan~

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera to all..as usual, wishing u all the best..
Lamanya tak jenguk blog ni..completely one week! Herm..last week balik kampung..then i was busy fulfilling soooo many amanah...doing this and that..as i wish to be seorang yang benar2 amanah terhadap segala tanggungjawab..

Melunasi segala tanggungjawab itu berat..berat kerana memerlukan pengorbanan masa.
Dan, hari ini 16 Ramadhan, atau lebih tepatnya malam ini 17 Ramadhan - NUZUL QURAN- herm..Ramadhan kian hampir ke penghujunya..Dan dia akan pergi lagi,meninggakan kita Ummat Muhammad yang masih di takuk yang sama..(Tapi Sufi percaya ada di kalangan sahabat-sahabat semua yang telah berjaya meng-upgrade tahap iman dan taqwa di dalam diri..Alhamdulillah..) 

Bagi Sufi dan Mr.Faris, Ramadhan tahun ini meninggalkan satu kenangan yang cukup indah..sungguhlah Ramadhan itu membawa rahmat yang hadir dalam pelbagai bentuk,cuma kita ssebagai hamba sahaja yang tidak bijaksana untuk menilai rahmat itu..Untuk kami, setinggi - tinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Ilahi atas kurniaan rahmat yang satu ini.. Syukur bila disahkan pakar yang kami sudah ada 'JR' kini..sejak dari 1 ramadhan lagi sudah Sufi rasa 'lain macam'. Dan, petang tadi pakar mengesahkan yang si kecil dalam rahim Sufi kini sudah berusia 6 minggu..masih baru, tapi 'morning sickness' nya..aduhai..mcm org yg dah pregnant 3bulan rasanya..

Ye, syukur atas rahmat itu, tapi sayang sekali bagi Sufi, Ramadhan tahun ini banyak ibadah yang tak mampu Sufi lunaskan.. Terutamanya ibadah terawih secara berjemaah di masjid dan qiamullail..Terasa separuh dari hari-hari mulia Ramadhan ini berlalu begitu sahaja.. Sufi tidak mampu untuk berdiri lama atau duduk tasyahhud lama..cepat benar kejang kaki ni,ditambah pula dengan sakit belakang..tapi tak mengapalah, Sufi tahu ALLAH itu Maha Mengetahui..

Dan, kini hari-hari Ramadhan Sufi lebih terisi dengan persediaan untuk menjadi seorang ibu..Mr.Farsi pun begitu juga..kami perlu pastikan yang kami benar-benar bersedia memikul tanggungjawab ini.. Pesan Mr.Faris : "INI BUKAN SERONOK SEMATA-MATA.INI AMAANH DAN TANGGUNGJAWAB" Lalu Sufi siapkan diri dengan segala ilmu..Biarlah walau orang kata sikap ibu dari zaman remaja akan mempengaruhi sikap anak dalam kandungan..tapi Sufi tak percaya.. (sangat degil..hehe).. Bagi Sufi, dari alam rahim itulah bermulanya didikan yang sebenar..Didikan pertama kami untuk si kecil ini sekarang adalah memperkenalkan dia dengan ayat-ayat suci Al-Quran..

Sufi sedang berusaha untuk tidak manja..untuk jadi kuat! kerana anak ini nanti akan jadi pejuang yang membela agama ALLAH ini.. INSYAALLAH..

..Sufi dan sahabat-sahabat seperjuangan kini sedang berusaha untuk menyiapkan assignment dan sedang membuat persediaan untuk menghadapi test untuk 3 subjek..doakan kami supaya dimudahkan segala urusan..Amiin..

Banyaknya entry nak post..pasal isu hukuman bunuh buang bayi, pasal nuzul Quran, pasal lailatul qadar,..tapi...bila nak buat research ni?????Herm.......

Tuesday, August 17, 2010

~ SURAT UNTUK BABA~

Assalamualaikum Baba.. Sufi doakan Baba sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi, juga sentiasa diberkati Allah.. Sufi utuskan warkah rindu ini untuk Baba, walau Sufi tahu surat ini tidak akan sampai ke tangan Baba, kerana kita kini telah terpisah jauh..lebih jauh dari jarak antara dua benua..Jauh zahiri..tapi tidak maknawinya, kerana Baba sentiasa dekat di hati Sufi. Kasih sayang dan ilmu yang Baba bekalkan sentiasa melindungi Sufi..

Baba... Hari ini 16 Ogos 2010. Sepuluh tahun sudah kita terpisah oleh ketentuan takdir ini. Aduhai Baba, Sufi rindukan Baba..Rindu yang diiringi sayu dan pilu.. Telah Sufi cuba tanamkan rasa ini jauh ke dasar hati, agar ia tidak tumbuh-tumbuh lagi. Namun benih kasih sayang yang pernah Baba cambahkan ini sangat subur, tuntas ia tumbuh mekar kembali, malah makin mekar dan mekar tanpa perlu Sufi bajai..Lalu maafkan Sufi kiranya airmata rindu ini masih mengalir walau sudah sepuluh tahun kita terpisah..

Baba, andaikata saat dan ketika ini Baba ada di hadapan Sufi, terlalu banyak yang ingin Sufi ungkapkan...

Terima kasih itu adalah lafaz pertama yang telah terpendam lama di hati Sufi. Terima kasih untuk Baba atas segalanya. Terima kasih kerana kesempurnaan didikanmu, dan terima kasih atas kasih sayangmu.. 

Baba..Sufi masih ingat lagi.. latihan pertama Baba adalah Solat.. Hari-hari Sufi tengok Baba solat, mengimamkan Ma dan abang-abang..SUfi pastinya tidak mahu ketinggalan berjemaah sama walaupun Baba tak pernah paksa..Sebab Sufi malu dan rasa terpinggir bila semua qiam di belakang Baba, mengikut setiap gerakan Baba..Sufi juga mahu begitu.. Dan akhirnya, hingga ke hari ini, amalan itu sudah sebati dijiwa Sufi.. Alangkah hikmah cara didikanmu Baba..Terima kasih Baba atas kesempurnaan didikanmu..

Baba..Sufi masih ingat lagi.. kecil-kecil dulu, Baba ajar Sufi mengenal kalimah Allah...sabarnya Baba dan Ma mengajar SUfi bertatih menyebut huruf demi huruf, lalu seterusnya membimbing Sufi menggabungkan huruf-huruf itu, menjadi kalimah demi kalimah yang dihiasi dengan baris. Sufi, ingat lagi, seawal usia 4 tahun, Sufi sudah mengenal huruf-huruf Al-QUran..KAlimah Allah itu menjadi sebati dengan jiwa Sufi..Diulang-ulang baca, hingga akhirnya Sufi khatam Al-QUran diusia 4 tahun.. Waktu itu Sufi tahu Baba bangga. Ibu-ibu di kampung tiidak segan bertandang ke rumah untuk mendengar bacaan Sufi.Walau tiada majlis khatam Al-Quran dengan segala pulut kuning dan jemputan, namun berita anak kecil kampung berusia enam tahun ini khatam Al-QUran deras sekali tersebar.. Alangkah sempurnanya didikanmu Baba..Terima kasih Sufi ucapkan..

Dan..Sufi juga ingat, hadiahnya Baba berikan Sufi kamus Bahasa Arab bergambar.. Sukanya Sufi pada waktu itu. Setiap waktu kamus itulah yang SUfi belek, hingga tercabut helaian-helaiannya..Seminggu sudah cukup untuk Sufi hafal kesemua perkataan itu. Dan, bila Baba pulang dari pejabat, Sufi sudah sedia menunggu, meminta Baba dengar hafazan Sufi.. Sukanya Sufi bila Baba selalu katakan pada Sufi  "Pandainya..."  Itu cukup membakar semangat Sufi menghafaz hari demi hari.. Terima kasih Baba..Terima kasih kerana menjadikan bahasa syurga itu bahasa pertama yang berkembang dalam minda Sufi.. Terima kasih atas kesempurnaan didikanmua Baba..

Dan..Sufi juga ingat, seawal usia 9 tahun, Baba perkenalkan Sufi dengan Nahu, Saraf, dan Balaghah.. Kitab kuning itu Sufi buka dihadapan Baba setiap malam usai isya'..lalu baris demi baris Baba ajar Sufi..hingga Sufi kenal bahasa syurga itu lebih mendalam lagi.. Baba ajarkan juga syair-syair arab yang ritmanya indah sekali.. Terima kasih Baba..Terima kasih atas kesempurnaan didikanmu..

Dan, Sufi ingat lagi, Baba sangat kelakar. Baba seorang ayah yang sangat suka bergurau. Baba tak akan biarkan Sufi tengok TV sorang-sorang..Baba akan sentiasa ada di sebelah SUfi. Baba usik Sufi, Sufi merajuk, dan Baba pujuk. Baba suku geletek Sufi, hingga terjerit-jeritlah anak kecil itu..Dan Baba ketawa..

Dan, disaat SUfi baligh di usia 10 tahun..Baba ajarkan pula SUfi tentang kebersihan diri..tentang taharah, tentang aurat, dan tentang tanggungjawab sebagai hamba, sebagai anak, dan sebagai ummat Muhammad S.A.W...Baba terangkan kepada Sufi, bahawa tanda baligh itu akan membawa perubahan yang besar dalam hidup Sufi. Baba ajarkan kepada Sufi bahawa segala pahala dan dosa kini akan Sufi pikul sendiri. Jadi kata Baba lagi, Sufi harus berhati-hati..pesan Baba, setiap perbuatan itu, fikirkan samada akibatnya dosa atau neraka..Baba terangkan bahawa Sufi kini akan menjadi sunti, yang harus terpelihara aurat dan akhlaknya.. Terima kasih Baba..Terima kasih atas kesempurnaan didikanmu..

Dan..Sufi ingat lagi Baba..Sufi malu bila ada yang mengejek-ngejek nama Sufi..Kawan-kawan sekolah kata nama SUMAYYAH ini pelik..malah ada juga cikgu-cikgu yang kata begitu..ye, kerana putri Baba ini bersekolah kampung, dan bukan sekolah rendah agama swasta yang rata-ratanya tahu tentang sirah sahabiyyah.. SUfi merajuk lagi pada Baba kerana 'hadiahkan' Sufi nama SUMAYYAH..sedang kawan-kawan rata-rata punya nama yang cantik-cantik.. Lalu Baba ceritakan pada Sufi saat kelahiran Sufi..Seorang putri yang lahir ditengah terik matahari, tepat jam 1.05 tengahari 19 November 1985..Baba kisahkan kepada Sufi tentang sejarah Memali, cerita tentang perjuangan ummat Islam di bumi kedah demi mendaulatkan agama hingga syahid..Dan tarikh 19 November 1985 itu adalah tarikh dimana pemimpin ummat Islam pada ketika itu, iaitu Ibrahim Libya gugur syahid.. Dan saat Sufi lahir itulah saat di mana pemimpin pejuang itu gugur menjunjung maruah agama.. Dan, Baba kisahkan tentang perjuangan Sahibah Rasulullah, Sumayyah isteri Yaseer yang menjadi wanita pertama mati syahid..Lalu..Sufi faham, malah Sufi bangga punya nama ini Baba..Terima kasih Baba kerana memeberikan SUfi nama seantik ini..Cerita itu sampai ke hari ini lekat dijiwa SUfi..Alangkah sempurnanya didikan Baba..Putrimu ini rupanya sudah dicorak saat mula dilahirkan lagi..Terima kasih Baba...

Dan, Sufi ingat lagi di usia 12 tahun, bila Sufi dapat 5A UPSR..Baba gembira..tapi Sufi hairan kenapa gembira Baba macam biasa-biasa sahaja.. Bila Sufi di pilih oleh sekolah sebagai pelajar cemerlang akademik dan ko juga Baba seperti biasa-biasa sahaja.. Sufi tak puas hati! Aduhai..berdosanya Sufi..Tapi Baba terangkan lagi kepada Sufi bahawa kejayaan dunia ini bersifat sementara.Baba tidak mahu mengasuh Sufi menjadi hamba ALLAH yang leka dengan nikmat dunia. Kata Baba, boleh bergembira, tetapi jangan sekali-kali kita terlebih gembira. Ya, dan bila Sufi besar, kini Sufi faham apa maksud Baba..Oh ya Baba, cincin yang Baba hadiahkan pada SUfi sempena kejayaan sementara itu masih Sufi simpan..Sufi sayang sangat cincin itu..Terima kasih ye Baba atas hadiah itu..dan terima kasih atas kesempurnaan didikan Baba...

Dan..bila Sufi meningkat usia remaja, Sufi banyak belajar mengenali kehidupan.Baba didik Sufi berdikari..Berulangkali Baba sebutkan pada Sufi yang Baba rasa Baba tidak akan sempat menjaga SUfi hingga Sufi dewasa.Baba rasa yang Baba akan pergi jauh dan terpisah dari Sufi..Baba rasa yang Baba akan tinggalkan Sufi..Dan Baba rasa yang Sufi akan bina hidup dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu menyusahkan sesiapa atau bergantung kepada sesiapa.. Lalu Sufi di hantar tinggal bersama datuk, untuk belajar berjauhan dengan Baba, agar Sufi tidak manja dan tidak lemah andai Baba pergi nanti..

Dan..............................Akhirnya tanggal 16 Ogos 2000, Baba pergi jua.......................
Di saat Sufi di akhir usia 14 tahun, Baba dijemput yang Maha Kuasa..
Tarikh itu, 16 Ogos 2000, tarikh yang mencatat seribu makna buat Sufi..
Tarikh yang membawa perubahan dalam hidup Sufi.
Tarikh di mana Sufi hilang seorang wali.
Tarikh di mana Sufi bergelar yatim.
Aduhai Baba..peritnya saat itu..saat melihat jasad Baba terbujur kaku..
Pedihnya saat mengiringi Baba ke tempat persemadian..
Sufi rasa semua mata memandang simpati pada Sufi..
Sufi tidak suka pandangan simpati itu Baba.
Sufi tidak suka kata-kata berbentuk pujukan itu Baba..
Sufi tidak suka, kerana Sufi tahu Sufi kuat.
Pedih itu Sufi simpan di hati...
Dan, hari-hari duka itu berlalu tanpa ada satu hari pun yang SUfi lupa tentangya..
Ya, peritnya kehilangan itu bekasnya tidak akan pernah hilang Baba..
Saat itu, Sufi tahu Sufi harus kuat, dan Sufi harus matang..
Sukar untuk Sufi lalui kehidupan remaja tanpa Baba, tanpa nasihat-nasihat Baba.
Hingga ada ketikanya Sufi rasa Sufi mahu pergi jauh dari ujian ini..
Memendam rindu yang tak akan tertuani ini sangat perit bagi Sufi Baba...
Sufi rindukan bau tangan Baba yang sentiasa dicalit minyak atar..
Sufi rindukan bacaan ayat-ayat suci Al-QUran Baba..
Sufi rindukan kenangan berbuka puasa dengan Baba..Baba suka Nasi Kerabu kan..hari-hari di bulan puasa mesti ada juadah itu..
Sufi rindukan kenangan berhari raya dengan Baba..
Tapi walau seribu tahun sekalipun Sufi mengimpikan yang ini, ia tidak akan tertunai..itu mustahil..
Kerana itulah peritnya menanggung rindu ini terasa menikam-nikam ke ulu hati..

Dan,Baba...Hari ini, 16 Ogos 2010, genap sepuluh tahun Baba pergi, putri Baba ini sudah menginjak ke usia dewasa..Putri Baba kini sudah jadi seorang isteri kepada lelaki sebaik Mohd Faris Azri..Dia sangat penyayang Baba..Putri Baba ini sudah menjadi seorang menantu...dan bakal juga menjadi seorang ibu..InsyaALLAH...Putri yang waktu Baba tinggalkan dulu berusia 14 tahun, kini sudah berusia 24 tahun..Dan, Putri Baba ini sudah berjaya menggenggam segulung ijazah, malah kini sedang berjuang untuk ijazah ke dua dibidang undang-undang..Walau Baba tidak sempat melihat semua ini, tapi percayalah Baba, semua ini hasil berkat kasih sayang yang Baba berikan, dan hasil berkat kesempurnann didikan Baba dulu..
Walau Baba pergi dulu, tapi baba tinggalkan bekalan ilmu di dada putri Baba ini.. Dan Baba tinggalkan juga kepada Sufi seorang ibu yang penyayang. Baba bekalkan kepada Sufi wali-wali yang bertnaggungjawab, iaitu keempat-empat putramu..Alhamdulillah Baba, semua mereka tidak pernah mengabaikan kebajikan putri tunggal baba ini.Terima kasih Baba kerana mendidik mereka dengan erti tanggungjawab, hingga mereka berjaya mengasuh Sufi sepertimana asuhan Baba..

Baba..Alhamdulillah, setelah Sufi lalui segala keperitan itu, Sufi kini mampu hidup bahagia..Baba tahu tak..anak-anak Baba semuanya baik-baik belaka, kebajikan ibu tidak pernah kami abaikan. Kami berusaha untuk tidak membiarkan ibu mengisi hari-hari tuanya dengan kesepian dan kesunyian. Kami berusaha berikan yang terbaik untuk ibu..Aduhai, alangkah sempurnanya didikan Baba..

Dan, saat kewalian abang-abang akan berpindah kepada suami Sufi, sayunya hati kerana Sufi sentiasa berangan-angan untuk baba ada mewalikan Sufi.. Tapi tidak mengapalah Baba..Sufi kini bahagia..Menantu Baba ini baik orangnya..tidak pernah sekalipun ditinggikan suara bila bercakap dengan Sufi..Baba tahu tak..sekarang baba sudah punya 3 menantu,semuanya baik-baik belaka menghormati Baba dan Ma..Itulah berkat didikan Baba, mendorong kami mencari pasangan hidup berlandaskan agama..Dan, baba sudah punya 4 cucu, bakal bertambah menjadi tujuh tahun hadapan..Rumah peninggalan baba kini sudah meriah kembali..

Oh ya Bab..Sufi ingat lagi pesan Baba.."Anak-anak Ba..walaupun setinggi mana belajar, tersohor macamana pun tapi kalau tak tau baca kitab-kitab arab Baba ni, lebih baik tak payah masuk universiti lah..duduk buat kerja kampung, belajar pondok lagi afdhal.." Kedewasaan Sufi kini telah memahamkan Sufi tentang simbolik kata-kata Baba itu...Sampai ke hari ini Sufi pegang kata-kata Baba ini, dan Sufi sahut cabaran Baba itu.. Baba doakan Sufi supaya sentiasa bermujahadah ye..

Baba..terlalu banyak yang ingin Sufi katakan di sini..tapi kudrat dan upaya membatasi..
Lalu izinkan Sufi simpulkan kesemua ini dalam ungkap kata : "Baba..terima kasih atas kesempurnaan didikanmu.."

Sunday, August 15, 2010

..::Sotong Sumbat Apollo::..

 ~ Sotong ni Sufi dah potong lepas masak untuk senang makan ~

Salam ramadhan kareem...
Ni Sufi nak sambung balik n3 semalam..semalam baru post 2 menu...ada lagi satu, sebab dah penat semalam so sambung la hari ni pulak..

Sotong Sumbat Apollo ni seyesly menu baru yg SUfi tak pernah buat pun sebelum ni..Rekaan ni terhasil bila tengok sotong tu dah 2 mingggu dlm peti ais..nak dibuang sayang..tengok pulak ada ayam bahagian dada..Selalu kalo beli ayam mmg mcm ni lah, bahagian dada mesti terbuang..

So, Sufi asah otak kasi tajam cikit..Ting!!! Dapat idea dah... SOTONG SUMBAT! - the name Apollo tu sbb sotong tu besar sangat nampak cam roket apollo... ;p

Bahan-Bahan;

1. 2 ekor sotong sais giant.Jgn pilih yang ada telor - bersihkan dan cucuk2 badan sotong tu dgn garpu..
2. 1 atau dua  keping dada ayam, direbus.
3. Lada hitam dan garam secukup rasa. Kalau suka blh tmbah gula juga.
4. 1 ulas bawang merah di cincang halus.
5. 3 sudu makan sos tiram.
6. 1 biji telor.
7. 2 sudu makan tepung gandum.
8. 1 sudu besar minyak zaitun.

Caranya;

1. Dada ayam yang dah direbus ditumbuk bersama bawang merah, lada hitam, dan garam.Tumbuk sampai betul2 lumat.
2. Pukul telor bersama sos tiram.
3. Masukkan isi ayam yang dah ditumbuk tadi ke dalam sotong. Jangan penuh sangat, nanti melimpah. Pastu tutup dengan kepala sotong, cucuk dengan lidi dalam bentuk cross utk mengelakkan kepala tercabut dan isi terkeluar! hehe..
4. Celupkan sotong ke dalam bancuhan telor dan sos tiram. Biar sekejap - lbh kurang 10 minit dan agak2 rasa sos tu dah meresap ke dalam sotong.
5. Golekkan sotong dengan tepung, jangan tebal2, biar nipis je tepung tu..
7. Panaskan minyak zaitun, pastu goreng lah sotong tadi tu..
8.Bila dah agak2 nak masak, tuang sedikit lebihan bancuhan telor dan sos tiram tu ke dlm kuali..
9. Done!


~ SELAMAT MENCUBA ~

Saturday, August 14, 2010

Singgang Tulang




Herm..ni second recipe Sufi untuk juadah berbuka petang tadi.. Dah seminggu dah mengidam nak makan singgang tulang..kat KL ni memang tak jumpa lah. Sebab menu ni hanya di masak di Kelantan dan Terengganu sahaja..Hehe..Sedapnya boleh hirup kuah singgang yang masam tu..Happening je rasa...Kalau pedas lagi best. Tapi sebab Mr.Faris tak boleh makan pedas maka Sufi pon tak letak cili padi la....hehe..

Bahan-Bahan :
1. 1kg tulang rusuk lembu @ boleh guna daging je - jumlahnya agak2 je ni, sebab Sufi tak timbang pon..hihi..
2. 5 ulas bawang merah kecil.
3. 5 ulas bawang putih.
4. 1 sudu teh serbuk ketumbar - bancuh dengan air. (Kalau guna ketumbar biji, jumlahnya 1 sudu besar, then kena tumbuk sampai hancur.)
5. 3 inci lengkuas.
6. 2 keping asam keping.
7. Garam dan gula secukup rasa.
8. 1 tangkai cili kering dibelah dua - kalau tak mo letak pun takpe..tak jejas pon..

Cara-caranya :
1. Bawang merah, bawang putih, dan lengkuas diketuk sampai pecah.. (tak mo sampai lumat ye...)
2. Masukkan semua bahan dan tulang dalam periuk, masukkan air, agak2 biar sampai tenggelam tulang tu.
3. Rebuslah sampai empuk..

** Untuk yang suka pedas boleh ketuk 2,3 biji cilipadi, taruk dalam kuah tu lepas dah angkat dari dapur.

Tips untuk menghasilkan daging yang lembut:
i. Time beli tulang tu, jangan pilih yang lemaknya dah nampak kuning - ni tanda lembu tu dah tua, so daging akan liat..
ii.Time masak, mula2 sekali guna api besar, sampai kuah mendidih, then perlahankan api - guna api yg paling kecil. Biar je lah 2,3 jam..nanti lembut la..kalau kuahnya kering tambah la cikit2 air tu..
~~SELAMAT MENCUBA~~

Grilled Salmon

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Wish u ols da best owez ya..

 Gambar ini nampak tak lawa sebab guna fon je..plus dgn tak berapa pandai snap pix.. ;p

Apa khabar sahabat-sahabat Sufi semua? Moga kalian dalam lembayung rahmat ALLAH sentiasa..Erm, hari ni Sufi nak share juadah buka puasa Sufi dan Mr.Faris..Hari ni adik Sufi datang.. (adik Mr.Faris merangkap adik ipar Sufi - kira adik jugalah tu kan) So, Sufi masak lebih sikit lah..ada la 4,5 lauk..

Untuk grilled salmon ni simple je...

Bahan-Bahan :

1. 1 keping ikan salmon - Sufi guna saiz besar, so cukuplah sekeping je..
     (ikan ni nanti dibuang sisik dan dibuang tulang ye..)
2. 1/2 biji lemon - perah airnya.
3. 1 sudu teh jintan manis
4. Lada sulah dan garam secukup rasa.
5. 1 sudu teh minyak zaitun.
(Simple kan.......................hihi)

Cara-cara :
1. Taburkan semua bahan di atas ke atas salmon, KECUALI minyak zaitun..
2.Last sekali bila dah rata semua bahan-bahan tu, baru sapu minyak zaitun kat ikan.
3.Perap 15minit lebih kurang.
4.Pastu grill ler... (hehe..Sufi takde pembakar, so guna kuali je, tapi tak taruk minyak..kira grill jgk la tu ek)
5. Bila ikan macam dah garing tu tuang lebihan bahan yang guna untuk perap ikan tadi..
6. Siap!

*Boleh di hidangkan dengan side dishes apa-apa pun..grilled vegy/corn/mash potato/sos/etc..
Tapi eceli Sufi tak boleh makan salmon, bau pon boleh muntah..Hehe..Masak sebab feveret Mr.Faris je tu....hihi..


SELAMAT MENCUBA!

Friday, August 13, 2010

Buffet Ramadhan @ KL Tower

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Di slot "Tempat Makan Best" ni, Sufi akan share lah dengan sahabat-sahabat SUfi, seberapa banyak perkara yang boleh di kongsi..tentang tempat-tempat makan yang best..yang selalu kami singgah atau pernah kami singgah..samada hidangannya super duper best atau pun service yang best..Hehe..

Ha...Semalam, the 2nd day of ramadhan, Sufi dan Mr.Faris buka puasa buffet kat KL Tower. Mr.Faris punya idea la tu..Terima kasih ye abang..Selalunya Sufi dan Mr.Faris ke sana bila time tekak terasa nak makan oyster,udang and grilled lamb je..Buka puasa ni baru first time la. Tapi tak jauh beza pun, sama juga..

1.Tengah order green tea untuk neutralize sistem dalam perut..hehe..sebenarnya tengah tak sabar tunggu masuk waktu berbuka..Hehe..
Sengih penat

The most special thing about Restoran Menara is its nice view that you can see from the top while enjoying your meal. Apart from that, the variety of foods and the tenderness of food's texture betul2 menawan lidah dan selera..

Kat sini kalau at night always full.. Sebelah siang kosong,lengang je..
So, sebelum pergi tu better call untuk book table dulu.

Yang menyebabkan makanan kat sini sentiasa fresh dan berkualiti sebab they have few sessions. Kalau sebelah malam tu ada dua sessions. First session at 6.30pm - 9.00pm. Second session is at 9.00pm till 12 rasanya..So, for each session they will serve you new food..kira bukan aci recycle2 la..

2. Ni dessert yang Sufi pilih..sbb disunatkan berbuka dengan yang manis-manis..So, kena amik desert la..
caramel pudding, tembikai,mint+chocolate pudding with cocktail..yummy!

Makanan yang dihidangkan pulak ada 3 sections. Starter course, main course, and dessert. semua ni akan dihidangkan sekaligus. So, pilihlah apa sahaja yang berkenan di hati. Yang paling penting semuanya fresh.. jenis hidangan pula macam2..western, Mediterranean,dan makanan melayu ofcourse..

3.Ni pulak starter course yang Sufi pilih...
Garlic bread, mutton soup, beff blackpepper, sushi, dan ada 2,3 jenis makanan arab yang Sufi tak tau namanya..hehe..the mutton soup and bread is super duper delicios!

Yang paling best sebab oyster dia sangat besar dan segar, dan kambing panggang yang di serve atas dapur..hoho..

The oyster and grilled lamb picture is no longer available.
Sebab dah licin sebelum sempat snap..Hehe.. (buruk lantak)
...Garlic Bread, Roti Nan, Roti Jala, Laksa, nasi beriani, nasi putih, Bihun Sup, Mi KAri, Pecal, Rojak Buah, Sushi, Daging sumbat, Udang Kerutub, udang panggang, Sate, Kebab Daging, Lemang, rendang, ayam pandan, kek, puding cocktail,fruits, dan segala macam puding pun ada..sangat banyak menu nye, mmg tak larat nak tulis, rasanya macam more than hundred.. So, pegi sana mmg untuk makan je..

4. Mr. Faris tengah khusyuk...lapar sangat ye bang..


Udang kerutub yang sangat lembut dan segar..Ada manis-manisnya (bak kata Sheila Majid)

Paling special sebab restoran tu restoran berputar, so sepanjang 2jam tu pengunjung boleh menikmati selera sambil menyaksikan KL city dari macam2 angel.. Time tempat duduk dah sampai kat view KLCC tu lah time orang pakat nak ambik gambar..KLCC tu kan canteeeek..

5. Teringin nak pose bila tengok mat-mat salleh duk posing macam2..padahal kita ni hari-hari pun boleh nampak KLCC tu..Hehe..


Tips dari SUfi:
1. Girls kalau pegi sana x payah bawak handbag besar-besar la, susah nak ambik makanan nanti..hehe
2. Kalau boleh tak payah pergi time day session, sebab choice makanan tak banyak..kira tak puas hati la..

Pasal charge nye pulak..kalau tak silap around MYR 150.00 per person..kira berpadanan lah dengan makanan yang disediakan..

Kalau suka, bolehlah ke sana bila2 masa...the buffet is always on , not only during ramadan ye..

Kindly click the 'like' button below if you have Facebook account..Hehe..kita promote restoran Malaysia...

Tazkirah Ramadhan - Ayuh bina kembali jati diri Muslim


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sahabat-sahabat semua..Wish u ols the best owez!

Salam Ramadhan Kareem...Hari ni hari ke tiga Ramadhan.Alhamdulillah SUfi masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan ibadah ini. (kira tak ponteng lagi lah..hehe..) Pagi ini, Sufi bangun siapkan sahur ala kadar. Sekadar ikan bawal tumis pedas dan telur dadar. Kata Mr.Faris cukuplah tu..kita pun berdua je.. Alhamdulillah, Mr.Faris tak banyak request. Jam 5.50 tepat Sufi dah siap berkemas dapur, kami solat subuh berjemaah, dan Sufi siapkan Mr.Faris, memakaikan segala jenis aksesori di uniformnya, memakaikan stokin, memakaikan kasut - juga sekadarnya..tapi selengkapnya biar Mr.Faris nampak kemas dan ganteng gitu..hehe..Kesian Mr.Faris..pukul 6 pagi dah kena keluar, demi untuk reporting kerja seawal jam 7.30 pagi di KLIA...ni kompem dia pecut ni..hurmmm...

Setel semua, SUfi masukkan baju2 kotor dalam washing machine dan mengadap buku Fiqhul Muqaran, susunan Al-Fadhil Ustaz Dato' Md. Hashim Yahya..mencelah sekejap untuk post entry ni..hihi..
SUfi teringat kelas tutorial Ustaz Hashim petang semalam. Naluri kami dijentik dengan tazkirah dari Ustaz. Satu jam terasa sangat cepat berlalu. Muqarrar subjek kami letak ke tepi. Kata ustaz dia nak mengajar sesuatu yang lebih penting. Kisah tentang Melayu, kisah tentang Muslim. Sufi duduk betul-betul di hadapan Ustaz, selang jarak 1 meja sahaja. Dan, di sebalik ketenangan wajah itu, SUfi nampak ada air bergenang di tubir matanya. Ada rona-rona merah di matanya. Ustaz sedih, Sufi juga sedih..Sedih melihat ustaz hampir menitiskan airmata terhadap dosa orang lain. Lembutnya hati seorang penda'ei..

Kisah itu kisah tentang jati diri..diumumkan untuk semua tapi dikhususkan untuk kami di bidang undang-undang. Kisah tentang Muslim moden yang hilang jati diri - dan buahnya, keadilan tak terlaksana. Ya, mana mungkin akar umbi yang rosak boleh melahirkan buah yang ada manisnya dan terasa segarnya.Mustahil bukan.. Tazkirah itu diselitkan dengan hadis-hadis dan kata-kata sahabat. Tapi sayang, Sufi tak sempat mencatit semua itu dalam memori Sufi.. Manusia hilang jati diri...bila hilang jati diri, manusia akan malu menyatakan kebenaran, dan takut menegakkan keadilan. Kebatilan akan bertebaran di celah-celah ruang udara yang kita sedut dan kita hembus saban saat. kerana jahil merajai. Kerana iman tidak benar-benar di hati.Kerana aqidah cuma di bibir. Kerana duniawi memegang takhta...Natijahnya, anak-anak muda tidak lagi malu terkinja-kinja (dalam rancangan TV contohnya), bercampur-gaul lelaki perempuan, malah merasa bangga ditonton oleh satu dunia! Bangganya mereka melakukan maksiat..Orang-orang yang menegakkan kebenaran, berkeras menentang kebatilan akan di pandang aneh, dibenci malah dimaik, walhal mereka ini sepatutnya dipuji dan disanjungi! Itulah duniawi..duniawi yang kita kejar tak sudah-sudah.
Bicara Ustaz lagi..tahap "glamour" manusia ini ada EMPAT ;

1. Orang yang terkenal di bumi dan terkenal di langit.
Mereka ini adalah orang-orang yang dihormati di dunia, dikenali ramai. Sebut sahaja namanya, semua orang kenal. Dan dia juga terkenal di akhirat..Dikenali makhluk-makhluk langit..para malaikat mengenalinya dan menyayanginya..Orang ini apabila tiba saat ruh di cabut dari jasad, berpuluh-puluh ribu malaikat akan turun ke bumi menyambut ruhnya...Para malaikat akan berarak mengiringi ruhnya naik ke langit..Alangkah mulianya roh ini. InsyaALLAH, ruh ini telah ditempatkan rumah di syurga.. -Inilah pemimpin-pemimpin yang penat didunia menegakkan keadilan, tetapi apabila matanya terpejam, dia diberikan istirehat yang panjang oleh ALLAH..Segala penat lelah di dunia berjuang menabur jasa untuk rakyat akhirnya di balas di akhirat.Para malaikat akan memuliakan dia..Alangkah indahnya...

2. Orang yang terkenal di bumi tetapi tidak terkenal di akhirat.
Mereka ini adalah orang yang dikenali di dunia ini. Setiap atur langkahnya dialas karpet merah, tangan disalami malah diciumi, alangkah mulianya dia. Jasa ditabur bakti dicurah.Tapi sayang, angsung tidak dikenali di langit. Bila disebut namanya, tidak satu malaikat pun mengenali. Orang ini apabila dicabut nyawanya, tiada malaikat yang sudi menyambut ruhnya. Tiada lagi kemegahan akan mengirinya. -Inilah pemimpin-pemimpin yang penat didunia menabur bakti, megah berdiri mendakwa diri sebagai pemimpin sejati, tapi AL-Quran dan Sunnah tidak dijadikan panji. Merka inilah yang menegakkan kebatilan, dan menghancurluamtkan keadilan. Golongan-golongan bawah yang menentang akan ditindas dan dipinggir habis-habisan. Mereka berjuang menabur bakti kepada rakyat kononya, tetapi di sebaliknya rakyatlah yang sedang menabur bakti kepada pemimpin-pemimpin ini..Saat mata terpejam,jasad terkaku, mereka tidak akan dijanjikan rehat yang panjang. Bahkan di sanalah kepenatan sebenar mereka akan bermula.. Pohon ALLAH jauhkan SUfi dan sahabat-sahabat semua dari tergolong dalam golongan ini.. Sampai di sini mata ustaz dah bergenang..nampak merah dan bertakung airmatanya. Getar suaranya sudah lain..tersekat-sekat emnahan sebak..Ya, sesungguhnya hati orang-orang beriman itu apabila disebut tentang azab ALLAh, akan bergetarlah ia,menanggung takut akan peritnya azab itu..

3. Orang yang tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit.
Mereka ini orang-orang yang tidak berjawatan tinggi, tinggal menguruskan hidup sendiri. Ya, manusia tidak akan terkenal jika duduk kat kampung, tanam padi serelung dua cuma..Tapi jangan anggap orang ini tidak dikenali para malaikat. Malah mereka juga seperti golongan yang pertama tadi, matinya akan disambut..Perjalanan ruh ke langit akan diiringi oleh puluhan ribu malaikat..kerana ketetapan iman dalam diri, dan kejituan hati mempertahankan jati diri sebgai Muslim. Masya-ALLAH..Subhannallah... Ya ALLAH, golongkanlah kami di kalangan mereka ini..Amiinn..

4. Orang yang tak terkenal di bumi, dan tak terkenal di langit.
-Yang ini tak payah lah SUfi terangkan, kira faham-faham sendirilah ye...hehe..cuma mudah-mudahan kita bukan tergolong di kalangan ini..

Kesimpulannya, walau di mana pun kita berada, walau siapa pun kita, ALLAH itu ada bersama kita. Selagi kita berpegang pada ALQuran dan AlSunnah, ALLAH akan menolong kita, tidak di dunia di akhirat itu pasti. Jangan kit ahilang jatidiri sebagai Muslim hanya demi sebuah nama dan gelaran. Jangan kita hilang identiti sebagai muslim sekadar untuk meraih pangkat cuma. Biar kita hina di mata manusia, tapi mulia di mata ALLAH. Jangan kita mulia di mata manusia tetapi hina di mata ALLAH..Kerana sesungguhnya mati yang mulia itu lebih baik dari hidup yang hina.. Teringat pesan Saidatina Fatimah kepada puteranya ; 'Aish 'Aziizan Au Mutt Syahiidan - Hiduplah dengan mulia (ertinya mulia pada pandangan ALLAH) atau Mati Syahid (demi menegakkan kebenarna agama ALLAH)..Lihatlah bagaimana ibu-ibu terdahulu menerapkan nilai jati diri ke dalam diri anak-anak mereka.. Wallahua'alam..




Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan is coming...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...wish u ols da best owez!!

Ini tahun kedua SUfi berpuasa bersama Mr.Faris. Berbeza dengan tahun sudah, tahun ini kami tak buat apa-apa persiapan pun untuk menyambut ramadhan,melainkan sempat jugalah SUfi memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban, demi melatih diri untuk bangun seawal jam 4.30 pagi untuk masak sahur..Berbeza dengan tahun lepas, macam-macam benda kami prepare. Dari hal di tikar sejadah hinggalah ke barang-barang dapur. Seminggu sebelum puasa kami dah sibuk mencari dan melengkapkan itu dan ini. Tapi tahun ini, ditengah keterujaan menyambut ramadhan karim ini, SUfi x berapa sihat sangat..SAKIT PERUT...bunyi macam biasa..tapi sakitnya kali ini lain macam.Allah sahaja yang tahu. Sampai terpaksa ponteng kelas. Ada ketikanya juga terpaksa membongkokkan badan. Perut rasa ditarik-tarik..Hari ini masuk hari keenam sakit perut SUfi ini berterusan.. uh..dunnow why..

Dan fokus untuk semua benda macam hilang...hilang macam tu je...ye, sekarang masanya ALLAH uji SUfi dengan ditariknya sedikit nikmat kesihatan. Mendoakan diri sendiri agar cepat sembuh..

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH semua, Sufi sangat sayangkan kalian semua, walau ada antara kita tak pernah bersua muka, tak mengapa...yang penting hati kita bersatu dalam rabitah yang utuh, dan dengan satu wehdah yang sama... SUfi doakan sahabat-sahabat semua dipermudahkan urusan, dipertingkatkan kesabaran..dan dirahmati Ramadhan kalian...

Tak boleh nak tulis panjang-panjang..sebab tak leh nak fokus, kena layan cik perut ni..takut nanti merapu-rapu pula..WIsh you a blessed ramadhan!

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini

Friday, August 6, 2010

Pergilah Duhai Aura Hitam...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Wish u ols the best owez..

Marah ni..marah..jantung rasa laju je..Huh..memang marah sungguh ni..
SUfi tak tipu..tak baik pun main tipu-tipu...
Tapi sakitnya hati Ya ALLAH...

Ya, itulah aura hitam yang SUfi maksudkan. Marah..bagi Sufi marah, benci, dengki, semua itu adalah aura hitam yang patut diusir pergi jauh-jauh dari menghiasi kerajaan hati kita.. Itu pun kalau kita tak mahu kerajaan hati kita ni musnah.

Hari ini, di penghulu segala hari, Sufi marah sungguh-sungguh... Puas Sufi cuba buang rasa marah ni. Setengah orang bila marah pecut kereta laju-laju, tapi tidak bagi Sufi. Sebab symptoms badan SUfi bila marah, tangan terketar-ketar, jantung berdegup laju,dan menangis!

Apa yang berlaku tu tak elok rasanya kalau Sufi kongsikan semuanya di sini. Sebab Sufi marahkan seseorang, jadi sebolehnya tak mahulah mengaibkan seseorang itu. Kisah seseorang yang meminta tolong dari Sufi dan Sufi teramat mahu menolongnya. Tapi apabila Sufi sedar yang dia sebenarnya sedang menganiaya Sufi dan sedang mementingkan diri sendiri, aura hitam itu cepat sahaja melingkari diri Sufi, lalu menerbitkan amarah..(amarah yang alhamdulillah masih terkawal kerana tak pula SUfi tengking atau marah dia..sekadar marah di hati).. Marah sungguh sampai satu apa pun tak jadi. Niat Sufi nak ulangkaji petang ni pun terbengkalai..

Ya..memang dia minta tolong dengan lemah lembut dan susun bahasa yang melunakkan telinga.. Tapi kadang-kadang, ada ketikanya ALLAH hadiahkan kita naluri yang menjentik rasa bahawa kita sedang diperalatkan.. Oh, kawan..(kawankah itu yang sanggup menganiaya kawannya demi kepentingan diri sendiri?)

Tak ada apa yang mampu menenangkan jiwa Sufi tadi, apatah lagi kekasih hati SUfi tak ada kat rumah, lagilah tak ada tempat nak mengadu..Sehinggalah azan asar, Sufi berwudhu' dan menghadap Yang Maha Berkuasa.
Usai salam, Sufi dapat panggilan dari Abang Hafiz (abang sulong Sufi), dia bagitau mintak Sufi dan Mr.Faris balik kampung 12/12/2010 nanti..wah, itu ulangtahun kahwin kami! Rupanya Abang Amin (abang keempat) SUfi nak kawin..dan mereka sengaja memilih hari ulangtahun perkahwinan SUfi semata-mata untuk meraikan kami..Alhamdulillah...

Sufi rasa sangat gembira..ya, di saat ada yang sedang menganiayai SUfi, masih ada yang menyayangi Sufi dan menghargai SUfi.. Terima kasih buat keluarga SUfi.. Love u ols!

Jadi, kesimpulannya di sini..aura hitam itu datang dengan izin ALLAH, juga pergi dengan izin dan bantuan ALLAH..Mungkin ia diutuskan ALLAH untuk menemani kita seketika untuk menguji setebal manakah lapisan iman yang membalut jiwa kita, dan setinggi manakah gunung kesabaran yang membentengi amarah kita..

Dan..Sufi rasa ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa amarah adalah memikirkan yang indah-indah dan yang membahagiakan..INSYA ALLAH.

Wish you all the best!

Wednesday, August 4, 2010

Ayat Pengasih...Perlukah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Wish u ols da best for today..

Sahabat-sahabat semua mesti dah baca title kat atas ni kan?

"Psstt..Su, nak ayat pengasih untuk suami tak...?Jgn risau, ni ayat Al-Quran.."
Soalan inilah yang buat SUfi terpanggil untuk menulis entry ini..Hihi...
Itulah yang terjadi kat kelas tadi..Seorang sahabat bisikkan soalan tu kat SUfi.. SUfi terkedu juga..
Tapi SUfi ketawa jer.. tak tau nak jawab apa sebab dah terkedu. Bukan terkedu kerana apa, tapi terkedu kerana sepanjang berkenalan dengan 'buah hati' SUfi sampai lah sekarang Mr.Faris dah jadi suami Sufi, dah hampir 2 tahun, Sufi tak pernah terlintas langsung di fikiran nak amalkan ayat-ayat pengasih.. Innocent sungguh rasanya..hehe..

Belum sempat Sufi bagi apa-apa respon kepada soalan tu, lecturer kami, Datuk Salleh dah masuk kelas..Dan sepanjang pembelajaran tadi SUfi rasa 50% saje yang masuk ke telinga SUfi, selebihnya Sufi fikirkan pasal 'ayat pengasih' tu..

SUfi fikirkan..Perlukah ayat pengasih tu SUfi amalkan? SUfi tahu tak salah kerana guna ayat-ayat Al-Quran. Tapi Sufi takut SUfi rasa bersalah pada Mr.Faris..terasa macam guna-gunakan Mr.Faris la pulak..

Alasan SUfi...apa tujuan ayat pengasih tu? Biasanya sebab tak mahu suami cari lain.. Ye..Sufi akui tak ada perempuan di dunia ni yang sudi berkongsi suami. Sebab kita sayang sangat pada suami kita tu kan.. Tapi bagi SUfi...

SAYANG BUKAN BERERTI MEMILIKI DIA, TAPI BERKORBAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN DIA

Kita selalu rasa bila kita sayang seseorang kita wajib memiliki dia.. Itu namanya sayang yang bertunjangkan nafsu.. Sedang sayang yang sebenar-benar sayang adalah apabila kita mahukan yang terbaik untuk dia, bukan yang terbaik untuk kita. Contohnya macamana seorang ibu dan ayah sayangkan anak..sayang yang tak mengharapkan apa-apa balasan, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknda tersayang.. Itu lah sayang sebenarnya.. lalu sebagai isteri, Sufi harapkan Sufi boleh sayang Mr.Faris seikhlas itu..

Jadi, andaikata satu hari nanti Allah buka pintu hati Mr. Faris kepada wanita lain, apalah daya SUfi untuk menentang hukum ALLAH yang telah termaktub halalnya itu kan..Cuma doa SUfi mudah-mudahan andai itu terjadi Allah hadiahkan SUfi dengan keimanan yang berganda-ganda dan kesabaran yang tak tertara.Kerana SUfi sangat sayangkan Mr.Faris..
Jadi,masih perlukah doa pengasih itu untuk SUfi amalkan? Ya, keinginan tu ada, tapi entahlah...lalu sebagaimana biasa SUfi bincangkan dengan Mr.Faris, Sufi tanya kepada Mr. Faris..SUfi rasa jalan terbaik ialah SUfi MINTA IZIN dari Mr.Faris..Kalau Mr Faris izinkan SUfi amalkan ayat pengasih ke atas dirinya, insyaALLAH SUfi akan amalkan...

Dan...jawapan Mr. Faris petang tadi adalah : "Amalkanlah sayang..apa salahnya..siapa tahu kalau doa yang sayang amalkan tu boleh melindungi abang dari guna-guna orang lain kan.." Ye..exactly itulah jawapan yang keluar sepontan dari mulut Mr.Faris.. Sangat comel jawapan itu.. Secara tak langsung SUfi dah dapat izin..Tapi rasanya tak secepat ini Sufi nak amalkan..Hihi..masih berkira-kira lagi..

Sufi google... jumpa doa in dari http://altf4numeric.blogspot.com
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"
Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.
Wallahu A'alam... :)

Tuesday, August 3, 2010

How to manage your PTPTN money?

Wah..bunyi mcm SUfi ni money management consultant pulak..No lah, I'm juz a wife of Mr Faris, and a student of AIKOL, at IIUM..
Hari ni kawan-kawan semua teruja bila duit PTPTN dah masuk..Yelah, dah sebulan semester bermula, baru nak kuar ye.. tapi apapun SUfi panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana memberikan nikmat selepas diuji dengan kesusahan dan kepayahan. SUfi tengok kawan-kawan semua happy - teruja - excited - macam2 riak muka pun ada. Sufi faham. Dulu pun SUfi lalui benda yang sama juga. Bila duit PTPTN lambat masuk, makan pun terpaksa dicatu. Nak beli barang keperluan pun terpaksa berkira-kira, apatah lagi buku. Kadang-kadang duit belanja yang ibu dan abang-abang bagi Sufi guna untuk beli buku je dulu. Sufi sanggup korbankan makan demi untuk beli buku original - tak mau yang fotostat.Hihi.. Tapi selalunya bila duit PTPTN dah masuk pun, hujung-hujung semester pun sama juga, terpaksa mencatu makan juga. Ye, sabab bila duit dah ada kat tangan borosnya lain macam.
Tapi dulu, sepanjang SUfi bergantung sepenuhnya pada PTPTN, alhamdulillah, hujung-hujung semester pun Sufi masih punya saki-bakinya berkat berjimat-cermat. Waktu itu bolehlah SUfi belikan buah tangan seadanya untuk anak-anak buah kesayangan SUfi. Setiap seorang akan dapat satu mainan dan buku. Sebab Sufi biasa hidup susah mungkin, maka dari kecil lagi Sufi sudah dilatih untuk menahan keinginan untuk memiliki apa-apa yang bukan berkepentingan..

Sekarang Sufi dah kahwin, dah ada orang tanggung, alhamdulillah...Ok kawan-kawan, mari kita sama-sama mengira.. Sufi sekadar ingin berkongsi cara Sufi buat pengagihan duit belanja dulu, time SUfi belum kahwin dan time Sufi masih bergantung penuh pada PTPTN..disamping membantu kawan-kawan supaya di akhir sem nanti ada baki yang boleh di guna untuk next semester..

Biasanya kita akan dapat PTPTN sebanyak RM2,500 lepas tolak yuran belajar.
RM420 untuk bayar kolej. Jadi tinggal lagi belen RM2000 lah senang cerita..
Katakan ada lagi 4bulan untuk tamat semester, bersamaan dengan 120 hari ..
Budget makan RM10 sehari x 120 hari = RM1,200.
Jadi ada lagi belen RM800. Banyakkan?

Selalunya Sufi asingkan RM1,200 ni dlm akaun bank bersaingan. Dan lagi RM800 tu SUfi akan keluarkan dan asing-asingkan dalam sampul surat:
RM300 - untuk buku dan kos fotostat..Selalunya ada lagi belen tu..
RM100 - untuk beli keperluan kat kolej - sabun basuh, sabun mandi, softner, etc.. (so, sufi akan mak sure time membeli belah tu tak kan lebih dari RM100. Tak jadi masalah pun sebab Sufi memang keluar shopping sekali je setiap sem..hehe)
RM400 - yang ni lah yang SUfi simpan..boleh beli baju raya sepasang untuk SUfi, sepasang untuk ibu Sufi, dan hadiah untuk anak-anak buah..pun masih ada belen lagi..kalau ada duit dlaam sampul-sampul lain yang habis bila akhir sem selalunya SUfi top-up guna sampul RM400 ni lah..

dan, paling SUFI bersyukur kerana semenjak dah dapat bantuan PTPTN tu, Sufi tak pernah ada hutang dengan kawan-kawan..bukan apa, Sufi kalau boleh tak mahu susahkan orang. Kalu orang nak pinjam dengan kita tak apa..kita tolonglah.. tapi kalau kita nak pinjam dengan orang..cubalah elakkan..
Teringat pesan ayah mertua SUfi ; dalam hidup ni kita kena banyak menyenangkan orang, dan sedikit menyusahkan orang..

Untuk kawan-kawan, cubalah amalkan cara ni.. Dengan syarat, kena jimat cermat.. kena hidup macam cara orang susah sikit lah..hehe..
(Kalau yang berkereta, atau tiap-tiap bulan mesti beli baju/magazine/novel/henset/perfume baru tu mungkin cara ini tak sesuai..hehe)

Sunday, August 1, 2010

Sufi Rasa Sufi Sayang Wak Juga.

Salam... Hari ni Sufi buka buku,study Ayat Al-Ahkam dan Usul Al-Fiqh.
Sufi tak boleh main-main dah, sebab Sufi dah besar, dah 25..Sufi kini sudah tahu menilai erti ilmu.

Sufi buka kitab Ayatul Ahkam karangan Syeikh Al-Sobuni, Jilid 2..bab pertama (berdasarkan muqarrar/syllabus LLB(s)) adalah mentaati ibu bapa. Sufi fahamkan satu-satu ayat yang terkandung dalam surah Luqman ayat 14 dan 15 tu..yang bermaksud;

"Dan kami perintahkan kepada semua manusia (supaya) berbuat baik kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dengan lemah dan bertambah lemah dan bertambah lemah dan (kemudian) menyusukannya dalam (tempoh) dua tahun; Oleh keranan itu hendaklah kamu bersyukur kepada-Ku (ALLAH) dan kepada kedua orang tuamu........dan bersahabtlah engkau dengan mereka itu di dunia ini dengan sebaik-baiknya...."

Sufi rasa sebak, terus Sufi ambil Veauty kesayangan Sufi,Sufi scroll down "mama sayang" terus Sufi call ibu..Sungguh Sufi rasa amat rindu pada ibu Sufi, dan Sufi percaya ibu juga begitu kerana antara kami ada rabitah hati..Sufi tahu biasanya ibu sunyi sorang-sorang kat rumah tu.. Hati tua ibu pasti sentiasa mengharapkan anak-anak pulang, apatah lagi Sufi yang cuma satu-satunya puteri yang lahir dari rahim ibu..

Sufi Sayang Ibu...

Sufi call, Sufi gelak lepas, dan Sufi tahu juga yang ibu mesti suka dengar Sufi ketawa kan..tapi Sufi dengar mcm ada orang lain yang tengah borak-borak dengan ibu..Bila Sufi tanya Ibu kata itu Wak..Wak Limah..Wak datang tengahari tadi berziarah.. Dan Sufi terkedu..Terkedu kerana Wak sudah sangat tua, sudah 90-an Sufi kira. Tapi masih jua gagah melangkah demi menziarahi ibu...Sungguh wanita tua bernama Wak Limah ini sudah lama tak melintas di kotak fikiran Sufi. Ya..siapalah dia untuk Sufi ingat dan untuk Sufi rindui..

Tapi tengahari tadi lepas call ibu, Sufi rasa Sufi rindu dia..dan Sufi rasa ada rasa sayang yang menyelinap halus ke sudut hati Sufi, berlegar-legar menghasilkan aura yang menyamankan.. Kerana Wak seorang sahabat ibu yang baik. Maka tidak salah untuk Sufi turut mengingati dia.. Sufi ingat lagi cerita ibu waktu Sufi kecil-kecil dulu ; 30 tahun dulu, waktu ibu dan baba sufi pindah ke kampung tu, ibu sangat susah, diuji ALLAH dengan kesempitan hidup yang tak tertahan. Tak punya rumah yang sempurna, tak punya sumber untuk disuap ke mulut anak-anak ibu. Apatah lagi kos untuk menyekolahkan anak-anak. Ibu dan arwah Baba sangat kesempitan. Tiada jiran yang yakin untuk membantu kerana ibu'org baru'.. Ibu kenal Wak bila Wak datang ke rumah (rumah yang tak seperti rumah - mungkin pondok - kerana tak berdinding)berkunjung menziarahi jiran baru. Wak tahu rupanya ibu susah.Wak pun susah juga. Wak pun ada 8 anak yang perlu disuap. Wak cuma kerja menanam di kebun. Tapi Wak ada seutas gelang dan seutas rantai emas. Gelang dan rantai emas itulah yang Wak bawa, Wak serahkan pada ibu dan baba, Wak minta Baba tolong gadaikan, dan duit gadaian itu Wak serahkan semuanya pada ibu dan Baba..untuk memulakan hidup di tempat baru..Wak kata Wak kerja kebun, tak pakai barang kemas pergi kerja..Wak cuma beli untuk guna waktu terdesak sahaja..

Persahabatan mereka bermula di situ...

Tulusnya hati Wak..dari saat itu, sehinggalah suami Wak meninggal, sehinggalah Wak sudah punya cicit, sehinggalah Baba sufi kembali ke rahmatullah, sehinggalah ibu sudah bercucu, sehinggalah wak sudah berpindah ke kampung lain, sehinggalah rumah ibu kini sudah berubah menjadi sebuah bungalow, sehinggalah Wak sudah cecah usia 90 tahun lebih kini, persahabatan mereka masih lagi utuh..Sekarang anak-anak ibu (abang-abang Sufi) tidak pernah lokek dengan Wak, susah Wak mereka bantu sedaya mungkin..

Sufi rasa Sufi sayang wak juga..
Kerana Wak sayang ibu Sufi..

Ya Allah berkatilah ibu dan Wak...peliharalah mereka dari segala kejahatan dunia..
Aaaamiin...

My First Entry..A welcoming Post to Everybody and A Special Attribute to Adawiah Ibrahim - The Best Friend of Mine

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Thanks to Allah for this new born of mine..soooooooo hepi..
Alhamdulillahillazi nahmaduhu wa nasta'inuhu wanastaghfiruh..(Laptop Sufi takde font arabic!) hehe..

Untuk 'kelahiran' blog kali ini Sufi rasa sangat gembira. Tak sepertimana blog-blog lain yang sebelum ini yang dah Sufi 'anaktirikan' dengan jayanya. Juz a lil bit history; SUfi sebelum ini punya 4 blog, i created them and i had successfully ignored them! How so cruel I am..hehe..

But for this time I think I will put much more attention as THIS IS MY NEWBORN BABY..yang telah dilahirkan dengan penuh kasih sayang oleh seorang sahabat..hihi.. Sufi anggap ini hadiah yang teramat istimewa dari seorang sahabat bernama RABIAATUL ADAWIAH IBRAHIM. Anak pakcik Ibrahim ni sangat baik hati.. She is the one who created this, though upon my own request, but she gives me more than what have been requested.. How lovely Adawiah is..

Adawiah, terima kasih ye..Uhibbuki fillah

Untuk semua sahabat-sahabat, dan bakal-bakal sahabat maya, blog ini Sufi jadikan rabitah hati kita, pengikat ukhuwwah dan mahabbah..Sahabat-sahabatku..Di perutusan maya ini kita bertemu..Maka andai ada saatnya kamu susah, berziarahlah ke sini, andai ada saatnya kamu gundah singgahlah di teratak ini..Akan ku hidangkan sajian yang menenangkan jiwamu, menghilangkan gundahmu, dan memudahkan payahmu..InsyaALLAH..InsyaALLAh..