Assalamualaikum, and hi all...
Alhamdulillah atas nikmat kehidupan, nikmat hidup sebagai muslim, tatkala punya Dia sebagai sebaik-baik tempat pergantungan.
Phewwww....
So many things happened in life lately. Kadang terasa beratnya nak memikul sebeban rasa hati yang kita tak mintak pun, tapi Allah bagi juga. Why...why...why....
Pasti ada sesuatu disebalik sesuatu kan. Tunggu dan lihat sahaja hikmahnya apa. Tak semua pun terjangkau dek akal manusia.
Tentang kesihatan mak, kadang2 kami anak-anak seolah berputus harap. Tapi masih mengharapkan keajaiban. Bukankah Allah itu Maha Berkuasa untuk apa aje pun :)
Alangkan seluas lautan boleh dicipta. Husnuzzan aje lah di pihak kita yang teruji. Kaki kiri mak selamat di potong. Potong bukan sikit2, sampai paras atas lutut menghampiri peha. It hurts me...alot....to see her with one leg...huhu...
Hari pembedahan mak, i cried a lot. Menangis sesungguh hati. Terasa gagal menjadi anak yang tidak mampu menguruskan mak setiap hari setiap saat setiap waktu.
Sehari sebelum pembedahan, saya balik kampung, terus ke hospital. Syukurlah mak dapat private room, dapatlah kami adik beradik 24jam di sisi mak. Waktu melawat yang bebas dan ruang bilik yang luas itupun rezeki pertolongan Allah juga..alhamdulillah.
Keadaan mak waktu tu sangat letih. Taknak makan. Tak boleh tidur. Segalanya tak selesa. Kaunselor hospital masuk bilik, bagi briefing. Risiko pembedahan ni besar. Selepas pembedahan mak akan dalam keadaan koma kejap untuk few days...so dah tak boleh duduk wad biasa. Kena duduk icu paling kurang 3hari, atau mungkin berbulan-bulan. Faktor usia mak dan keadaan mak sebagai pesakit stroke tak membantu mak untuk cepat sedar dari pembedahan. Briefing pihak hospital yang jujur tu buatkan kitorang adik beradik menangis macam orang gila. Huhu...tapi syukur la tak nangis depan mak kan.
Malam tu yang stay kat hospital cuma saya,mr faris & abg amin dgn wife dia iqah, dan anak2 kitorang je. And ada anak buah mak dua orang. So malam tu gilir2 baca yasin. Tengah2 baca datang sebak, stop jap keluar bilik pulun nangis..huhu..macam tu lah kitorang. Seriously kitorang takut dgn risiko yg pihak hospital bagitau tu
Esoknya hari operation, abang-abang yang lain semua off datang kat mak. Tinggal abang sulung je x dapat cuti. So call la bagitau dia risiko bla bla bla...pastu dengar dia dah sebak-sebak dah...tak tau la kenapa semua orang pun jadi murah dgn airmata hari tu. Sedangkan mak tak nangis pun.
Dalam pukul 2ptg macam tu staf-staf OR masuk bilik, get ready with all the katil sorong, dokumen, bla bla bla...elok je sorong katil keluar bilik abg amin tetiba takde...eh pegi mana...rupanya masuk toilet sambung nangis..huhu...pastu call abg mujib pun x jawab. Eh mana pegi ni..rupanya duk surau solat hajat sambil membuang airmata jugak. Masing2 taknak ikut mak pegi bilik bedah, sbb takleh tahan nangis. So yang tinggal saya, mr faris, dgn abg atik je. Ok lah, so kami2 ni je la yg ikut mak sampai operation room.
Sepanjang2 nak sampai OR tu, ya Allah sayunya hati tengok mata mak, redup je dia renung mata anak2 menantu dgn cucu-cucu...dia pandang lama2. Seriously takleh tahan sebak sangat masa tu. Kejap-kejap toleh belakang lap air mata..kejap2 toleh belakang lap air mata. Yang abg atik tu melaaaaaawak je keje dia. Sampai mak tersenyum. Pastu bila mak masuk OR tu abg atik siap ikut lagi masuk dalam. Tapi kejap je lah pun. Pastu dia keluar dia cakap "Dik...abang g surau jap...adik naik bilik dulu, tunggu kat atas.." Pastu dia g surau dgn air mata menjejes2 tumpah....huhuhu....semua orang pun tak kuat hari tu. Semua orang pun nangis.
So saya pun naik lah kat bilik mak...anak2 pun dah penat + mengantuk semua ada. Kejap je, dlm pukul 3-4 ptg macam tu tetiba nurse datang bgtau suh get ready mak nak naik atas. Eh...kata kena duduk icu? Pastu nurse kata ok takpe sebab mak dah sedar...so dah boleh duduk wad biasa. Tak payah icu...cuma kena pindah duduk bilik dekat dengan kaunter nurse. So that anything happen diorang blh cepat assist.
Kitorang ramai2 ni macam terlopong jugaklah....alhamdulillah...kuat sungguh semangat mak. Miracles kan..kuasa Allah, bila Dia kata dia izinkan insyaAllah apapun boleh terjadi.. Tenkiu mak sebab buatkan kitorang hepi...huhuhu....
Tapi tulah...estimated time.pihak hospital bagi utk luka bahagian yang dipotong tu sembuh adalah 1bulan. Sekarang dah lebih sebulan. Mak pun dah discharged, luka tu x sembuh jugak...huhu... Risau.
Ya Allah kurniakanlah rahmat ,keberkatan, kesihatan, dan kesembuhan ke atas bonda kami Hamidah binti Ummi Kalsom, dengan kesihatan dan kesembuhan yang sempurna sepanjang2 siang dan malam..
Ya zaljalali wal-ikram....