Monday, June 16, 2014

Family Time

Assalamualaikum,

Lama tak update. Lama2 mau bersawang lagi belog ni. Takde bizi mana pun. 2-3hari ni mood ada kelaut sikit. Consider "cheat-days" lah ek. Hehe..

Iman tengah tidur. Imtinan tengah nyanyi. Haha.. Ye, dia on ipad, ikut nyanyi joget2...haha...silalah...selalu pon mcm tu. Penat nyanyi nanti dia pilih video slow motion sikit...kang tau2 dia tdo...

Sekarang 4.19. Lagi 2jam Mr.Faris touch down KLIA. Start esok cuti enam hari. Rasa lain macam sikit kali ni. Padahal baru 2 hari tak jumpa. Tapi mcm dah lama.. Sebab takde quality time kot.

Dekat sebulan jugak Mr.Faris sibuk uruskan hal family dia. Biasala anak sulung... Bukan senang ada adik ramai. Macam2 perangai, macam2 kerenah. Lepas satu...satu...Untung jugakla Mr.F tu penyabar. Saya ni prefer utk tak campur tangan. Bukan malas ke apa. Tapi penat. Haha... Hal sendiri pun tak setel2..Tp tulah budak2 tu kadang lebih suka bercerita dengan saya dari dengan mak ayah diorang sendiri. Ape nak buat. Kenala jugak forward kat abg diorang jgk utk setelkan. Ada girlfriend bagitau kakaknye ni. Nak kawin pun kakaknye ni. Tak cukup duit pun kakaknye ni. Nak topup pun kakaknye ni. Nak pakai henpon pun kakaknye ni. Takpela korang...esok2 dah kawin takde nye nak ingat kakak korang ni kan?kan?kan? Haha..

Dah sibuk sangat uruskan hal famili hal adik beradik, lately tgk Imtinan byk buat perangai. Mcm nak membentak nak merajuk... iman tu ok lagi. Dia mcm biasa la "ada aku kisah" punye org. Haha. Imtinan ni jenis pompuan sikit...hari tu dia sampai taknak langsung kat papa dia. Apesal la... Papa g keje pun taknak salam. Papa balik keje pun dia buat taktau je. Tak teruja macam biasa.

Hari tu saya cuba la becakap dgn dia. Dalam pekat2 pelat dia pun tapi ok la blh jgk paham. Try tanya dia...

"Kakak kenapa selalu taknak papa?"

"Bukan taknaklah..."

"Urm...ok.. Kakak sayang Papa kan?"

"Sayang..."

"Mama?"

"Sayang...sayang semua...sayang papa,sayang mama, sayang baby,sayang tokma......." -the list goes on as always-

"So,kenapa kakak taknak papa?"

"Papa tak sayang kakak.. Kakak sayang papa"

"Papa cakap dia tak sayang kakak ke?"

"Taklah..."

"Habis tu?"

"Urm...papa sibuk...sibuk keje...tak sayang lah tu.."

T________T

Huwaaaa....mcm tu pemikiran budak 2 tahun ye. Sape yg sibuk org tu tak sayang dia...huhu... Ok i think i need to correct her understanding lil' bit... Tunggulah, satu hari nanti...kalau nak becakap dgn dia kena prepare..sbb dia byk tanya. Haha..

So i told Mr.F the story..
Mr. F pun hugged his girl tight. Mintak maaf session lah kiranya. The dialogue goes like this :

"Kakak....papa mintak maaf tau. Papa sayang kakak"

"Ape maaf-maaf nye? Maaf takde ni..."

"Kenapa maaf takde?"

"Maaf hilang dah.."

"Maaf pegi mana?"

"Maaf pegi school lah..."

"Tak boleh maafkan papa ke ni?"

"Hurm...yelah...kakak maafkan... Tapi janji tau jangan buat lagi?"

Ok sayang....we promise u...huhu..
Anak kecil tak pernah menipu. Siap hulur-hulur jari suruh janji "kait kelingking" lagi. Apa yg lahir dari hati dia itulah yg dia tahu. Cuma kami sebagai mak ayah tak tahu macamana nak memahamkan ahli-ahli keluarga yg lain bahawa we need more times to spend with our kids. Macamana nak pahamkan mereka bahawa anak2 kami ni masih kecil. Inilah masa2 penting dlm kehidupan seorang manusia. Macamana nak pahamkan adik2 beradik dan mak ayah mertua yg saya pun banyak kerja jgk sebenarnya walopon bunyinye tak bekerja. Hard. Really.It.Is.

Two days ago, sebelum outstation Mr.F dah pesan siap2. Cuti 6 hari ni dia nak spend betul2 utk ank2. So..... Tlg keluarkan dari kalendar other events.

Baiklah.......... ;)



~US~



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 5, 2014

Hard Time


Saat- saat sukar dalam kehidupan seorang ibu adalah bila anak-anak sakit. Walopon sakit tu cuma demam. Demam je pon. Gelabah lebih.

Tapi caner...gelabah tu dtg sendiri kot. Dtg tak diundang pon. Apetah lagi berjemput. Hikhik.

Imtinan demam ni. Imtinan ni besarkan dia x susah mana. Jrg sakit2..alhamdulillah. (Terimakasih Allah sebab mudahkan urusanku sebagai ibu). Time baby2 dulu yela demam bila lepas suntik vaksin tu. Ada satu kali dia demam teruk sgt waktu umur 7bulan ke kalo x silap. Sampai warded,suction,bla bla bla...ujung2 sign form diacharge je. Biarla sembuh sendiri. Huhu..

Tp lepas dah habis siri suntikan vaksin tu (stop vaksin takat umur 1 year half je) jarang sgt lah dia sakit2. Tp precaution kena ada jgk kan bila ada ank kecik ni. Few MUST HAVE THINGS dlm "first aid box" anak2... Paracetamol yg masuk ikot montot tu. Hehe. Cool fever, dan thermometer. Bekalan mmg kena ada walopon tak guna. Agak2 dah lama tersimpan, buang. Beli baru plk ganti.

Nak jadi cerita.....

Semalam tgh lepak2 dgn Imtinan belah petang. Biasa ptg2 Iman tdo, saya & Imtinan akn lepak ats katil sambil dia baring ats lengan saya, sama2 tgk utube,sama2 main game,tgk ipad,borak,sembang...tibe2 rasa bwh kepala dia panas sgt2. Tiba2 sangat pulak tu. Takde nampak dia penat ke apa..tgh2 aktif ceria gumbira tu badan blh panas.

Zassss amik termometer sumbat kat telinga...39.4... Terus teringat pernah baca kat mana tah kalau guna digital termometer ni kena +1 setiap bacaan. Maknanya 40.4 ke ape ni? Panic button on! Sedang elok Iman bangun terus la ajak dua2 masuk tub mandi. Harap2 turun sikit suhu. Biasa lepas mandi suhu drop. Tapi kali ni tak...turun jadi 39.3 je. Takde makna turun la kalo mcm tu. Blh jadi silap reading ke apa kan..

Bukak2 first aid box diorang, tgk paracetamol montot tu yg lama punye. Sekarang imtinan dah 2years & 8 months old. Stok yg ada utk below 2years old. Allahu...camana nak buat ni. Nak keluar g klinik beli ubat ke tak...

Penambah rempah cerita, Mr.Faris outstation ke Paris. Acaner nak drive sendiri dgn Iman&Imtinan sekali ni? Tak paham jgk knapa dan2 lah Iman petang semalam nak menaaaangis merengeeeeek je keje nya. Apehal la...last2 call cousin yg tggal cheras sana nun dtg cyber tlg beli ubat. Malu gile rasa. Menyusahkan org jauh2 dtg...serius malu. Rasa fail sgt lah semalam. Tp tulah sorang mak mmg akn buang jauh2 malu dia demi anak.

Malam tu mulalah siri rengekan budak berdua ni. Yg Imtinan merengek sbb tak selesa, panas badan. Bila letak towel lembap lagi dia meraung. Nak sapu air zamzam kat muka pun dia marah2.. Iman pulak merengek sbb tdo terganggu bila kakak nangis. Iman tu dahla jenis yg sekali terjaga susah nak tdo balik. Nak mengempeng bru blh lena. Acaner nak ngempeng Iman kalau Imtinan pun nak meriba? Ended up, the whole night budak berdua ni gilir2 menangis.
Waktu ni mmg perlu sgt hasben ada sekali. Huhuhu...

Dlm pukul 3pagi mcm tu suhu dia cecah 40.1... Zaasss masukkan paracetamol sebijik. Tgh2 pg buta tu sms mr.F suh dia mesejkan few cab numbers. Sambil siapkan baju and benda2 penting mcm kad insuran, kad kredit,etc. Sambil Iman & Imtinan meraung mcm kena dera. Agak ni kalau dok Sweden habisla kena dgn social welfare ni..haha..

Mmg plan nak g KPJ mana2 lah. Cyberjaya ni satu kekurangan dia...takde spital langsung2. Paling dekat hospital putrajaya. Hospital kerajaan. Bukan pandang rendah kat hospital kerajaan ke apa. Tapi utk org2 yg mcm kitorang ni spital kerajaan tak praktikal. Imagine eh...bila admitted, agak2 camana saya nak angkut Iman sekali stay kat ward dgn kakak? Dgn ramai2 patient lain lg satu ward tu. Bukan ada sapa2 pun blh tlg jagakan Iman..mmg no choice kena usung sekali.

So...KPJ pleassseeee....one hospital at least @cyberjaya?

Mlm tu sepanjang2 mlm tu Mr.F solat hajat&doa mintak Imtinan sembuh. The only help dia blh buat. Dia kat sana lagi lah risau pagi2 buta wife dia nak ambik cab dgn ank2 kecik lagi pegi spital kan. Dgn mcm2 kes skrg ni...huhu...nauzubillah. Again, sorang mak akan letak bahaya diri sendiri ke tepi sekejap, demi nak dulukan anak. Demi Allah menitik2 airmata waktu tu rindu kat mak...teringat jasa2 dia...huhuhu...

Dah setel semua nak call cab, tgk2 Imtinan dah tdo lena sangat...iman pon. Eh blh plk tdo sendiri? Cek temprature dah drop dari 40.1 ke 37...oh alhamdulillah. Bantuan dari Allah dah sampai rupanya. No more worries of riding a cab alone di pagi buta...No more worries of carrying both daughters alone ke hospital..

Kejap je Allah bagi ujian. Sikit je pun ni. Terus dah gelabah tak tentu arah. Sekejapan jugak Allah nak hulur bantuan, Dia bagi dan-dan tu jgk. Nikmat Allah manakah lagi yg kita nak nafi? Huhuhu....

#tak tahu kenapa cerita ni jadi meleret-leret...huhu...



- Posted using BlogPress from my iPhone