Sunday, November 9, 2014

Most Favourite Activity at Home : BERENDAM!

Semua budak pun suka berendam.. (i guess),
So like Imtinan dan Iman.
Eh, tapi Iman tak suka sangat la air.
Paras lutut dia ok lagi.
Kalau air macam paras pinggang ke dia cannot..
Dia boleh meraung tau.
Nak kena siasat ni kenapa...





Cer tengok Iman...
tak lepas kan dia berpegang kat palang  tu.
Nama dia nak duduk lama-lama memang tak lah,
kesian dia takut air.
Kalau mandi pun sampai sekarang nangis.
Tetiap hari dan tetiap kali mandi pun dia nangis.

Water is a good therapy for kids.
Saya betul-betul percaya teori ni.
Even untuk orang dewasa pun air ni good therapy.
Tak dapat swimming, berendam dalam bath tub pun jadi lah.
Let say kalau kat rumah takde bath tub la kan, 
cuba beli besen besar ke, atau apa-apa yang boleh tampung air yang banyak,
then sediakan satu ruang dalam bilik air untuk 'rendam' anak-anak dalam tu.
Selalu-selalu buat, ambil masa sekejap time mandi petang ke.
Kalau dah malam toksah la. Tu dah bawak bahaya dah.

Berendam kejap je, dalam 20 minit ke ok dah.
Seminggu 2-3kali ke, ok dah tu..
Ape sangatlah 20minit kan... 
Alangkan tengok drama tv3 petang-petang yang satu jam tu boleh?
Kannn dah kena.....hahahaha..

Bagi anak-anak main buih,
buat bubble banyk2..
bagi cawan2 plastik atau apa2 bekas plastik, biarkan anak-anak berimaginasi.
Tengok macamana anak-anak syurga ini cuba cedok air, masuk dalam satu bekas, tuang dalam bekas lain...seronok...sangat seronok..
Belikan binatang-binatang laut yang jenis rubber tu ke,
ataupun rubber duck tu ke...biar terapung, 
sambil-sambil tu ajar anak-anak mengira atau membaca secara sepontan.
 
Thing like...
"whoaaaa...very cute YELLOW DUCKS u got sayang!"
Dua vocabs dapat kat situ. DUCK & YELLOW (secara otomatik belajar warna)

Sambil nyanyi phonic song..
"D...D...D...DUCK!"
Kan freeeee je anak-anak dapat belajar. 
G google kat youtube "nursery rhym song", belambak keluar lagu2 pasal animal lah transport lah, pets lah, macam-macam..
Tinggal rajin dengan idok je nak menghafal..
Bukan apa....kids ni kan,
lesson yang diorang dapat sambil bermain macam ni lebih fun dan lebih senang lekat kat kepala.
Alahhh...nama pun kids kan. 
They wont sit on the chair for 1hour to listen to u teaching them A-B-C right? 
Not even 10minutes ponnnn ;p

Kehidupan sekarang ni susah tau  nak let the kids grow up naturally.
Kekangan cara hidup moden. Nak buat camana kan.
Tambah-tambah kalau yang hidup kat bandar.
Keadaan rumah tu sendiri tak membantu anak-anak untuk membear secara semulajadi.
Rumah macam kotak yang disusun berderet,
ataupun kotak yang disusun meninggi...
Halaman takde...kalau ada pun kecik.
Ruang dalam rumah kecik, ruang luar rumah pun kecik.
So, where else anak-anak nak bermain?

Cer tengok orang dulu-dulu...
Rumah luas walaupun perabot takde pun dari Empire Gallery?
Halaman luas, walaupun takde Ferrari pon kat porch?
Hahahaha..
Anak-anak bebas berlari walaupun tak pakai kasut converse.
Hari-hari boleh berenang kat sungai ,
walaupun sah-sah air sungai tak kaler biru macam sunway lagoon?
Seronok budak-budak zaman dulu...(kita-kita la tu)..

Tapi, no matter how hard the life is, 
tanggungjawab membesarkan anak-anak itu ada kat bahu kita as parents.
Bercakap pung pang pung pang salahkan orang tu salahkan orang ni,
pun tak bagi manfaat apa-apa jugak.
Gunakan kelebihan 'akal' yang Allah bagi untuk makhluk bernama  manusia macam kita ni.
Cuba twist life selagi boleh.
Kena kreatif untuk anak-anak.

Kena. Mesti. Wajib.

Saturday, November 8, 2014

SUSUNATUR PETISEJUK (Bahagian Freezer)

Ok la...
syabas untuk diri sendiri sebab berjaya up entri selama tiga hari berturut-turut.
This is rare. Very rare...hahaha poyo!
Yela bukan senang uiks nak up entri konsisten macam ni.
Taktau la bertahan berapa lama attitude cenggini.
Siap gambar edit bagai.
Tak syabas lagi macam tu?
Tak syabas tak dapatla air freee...haha
Tetttttttt...

Ni gambar freezer kitorang.
Pun gambar lama jugak. Godek-godek laptop nampak ada banyak pulak gambar.
Marilah kita bercerita sikit...

CARA ORGANISE/SUSUNATUR BAHAGIAN FREEZER.
Sama jugak dengan cara saya susunatur bahagian sayur-sayur. [sila klik untuk membaca..gituuu]
1. Saya guna bekas-bekas plastik jugak.
Saya start guna cara macam ni kalau tak silap year 2012.
So lebih kurang dah 2 tahun la kan bertahan teknik ni.
Tu tandanya cara ni sesuai dengan gaya hidup kami anak beranak.
Syabas bete syabas.

Reason guna bekas plastik ni sebab murah. Andaikata pecah pun tak ralat nak buang.
Ganti je baru. Alaaa selalu blh dapat free je pun bila tapau nasik arab.
Tapi biasanya bekas-bekas plastik ni tahan lama la jugak.
ok la..suka la. Nak handle pun senang.

Terpaling best sekali sebab senang nak nampak apa isi dalam.

Dan yang terpaling paling paling best sekali sebab bekas ni jenis yang sama kaler dan sama saiz.
So bila susun tu cantik je kejadiannya.

2. Bahagikan lauk-lauk mentah kepada portion kecik.
Ikut berapa portion sekali masak. 
Eh, ini rasanya semua orang pun buat macam ni kannnnn...
Nanti lauk pun akan kekal fresh.
Lauk-lauk mentah ni kalau duk ulang-ulang keluar masuk peti, lama2 jadi kurang fresh.
Silap-silap boleh kena food contamination.
Newlyweds biasa tak ramai la yg tahu benda2 macam ni, unless kalau mak dah siap2 bagitu.
Hahahaha...
Ingat lagi mula2 kawin dulu (year 2008) , simpan udang dalam peti semua sekilo satu bekas.
Bila time nak masak keluarkan rendam air kejap pastu pelan-pelan cungkil sekor-sekor guna garfu.
Hoih fail sangat rasa bila kenang2 balik..hahaha..
Yela, mana biasa kan. Time anak dara kat umah mak biasa je setengah kilo udang tu sekali masak. 
Mau tak, dah tinggal sampai 6-7 orang, masak pun banyak la.
Dah kawin, tinggal berdua je dengan cik abang, sekali masak paling banyak pun seploh ekor je.

3. Label
Kalau rajin buat la labelling. 
Saya ni pun bukan sentiasa sempat nak tulis label semua tu.
Time free buat. Time tak maafkan je diri sendiri...
Alah, yang masuk dapur pun saya sorang je.
Mr.Faris? Memang takkkk laaaa...hahaha...
Tapi kan, labelling ni membantu sebenarnya. 
Walaupun kata dah guna plastik jenis cerah boleh nmpak terus ke dalam,
tetap bila dah beku, visibility tu kurang.
Especially kalau ayam...mana part peha,mana part dada, mana part kepak,yada yada yada....

Enjoy the picturessss..

 1. Box merah : Bahan-bahan yang takde kumpulan/geng/kawan2..
Contoh dalam gambar tu ada tray putih kecik tu, pastu ada leftover sikit, cheese 3-4keping,etc.

2. Box biru : Ada bekas kecik tersusun kan..Dalam bekas kecik tu adalah daging cincang. Beli sepeket pastu asingkan terus kepada portion kecik-kecik. Kadang-kadang bahagian isi ayam/daging yg dah dipotong kecik pun simpan macam ni jugak. Biasanya guna untuk rencah goreng mi ke, macam tu.

3. MyChef : Tu bekal Mr.Faris bawak pegi keje tu. Hehehe...




 Stok makanan kudap-kudap biasa letak kat tepi pintu ni. 
Dalam proses nak kurangan makanan macam ni sebenarnya. Pelan-pelan kayuh.
Sekarang tengah belaja slow2 buat stok nugget sendiri, donut &karipap frozen sendiri...
Tapi biasalah time constrain kan...huhuhu..


 Ni rupa freezer di hari yang lain pulak. Restock barang basah biasanya dua minggu sekali.
So dua minggu sekali keadaan dalam fridge akan berubah.
Tapi cara penyimpanan maintain. 
Tu nampak leftover banyak kan, huhu..
Ni kalau macam ni biasanya time mak&ayah mertua datang. 
Biasala orang tua kan jenis sayang nak buang.
In a way baguslah bila sayang nak buang tu. Tak membazir.
Saya pulak jenis yang atas meja makan kena kosong. 
Lepas makan time, meja mesti clear. Taktaula kenapa...tapi cannot la tengok kalau ada makanan banyak atas meja. So, kalau time mak ayah mertua ada left over tu saya masukkan dalam plastik terus masuk freezer. Esok nak makan panaskan. Tapi kalau time family Mr.Faris ada ok la tak membazir. 
Niyang jadi lambakan leftover dalam fridge ni bila diorang dah balik.
Takde sape nak makan sudahnya. Lama-lama terpaksa jugak buang. Huhuu. 


 See the lauk pauk mentah ni bila masuk dalam bekas plastik murah camni nampak kemas kan.
Hahahha...matilah, memuji mendiri mesendiri ni..
Ok, cer tengok rapat-rapat...nampak tak dalam bekas plastik tu eceli ada plastik lagi.
Yes, i know so many plastic bags equals to not go green.
T_____________T
Forgive me for this dear earth.

Dalam setiap bekas tu ada dalam 3-5 portion. Contoh la dlm bekas yang label 'ikan kembong' tu kan, eceli ada 5 portion. Each portion ada la dalam 2@3ekor ikan kembong, masukkan dlm plastik, bungkus,then baru letak dlm bekas plastik besar tu.
Paham? Huwaaaaa...nangis nak explain.


Ni ketul ais, pon masukkan dalam bekas plastik jugak. (Zoom in bekas berpenutup hijau tu).
 Saya kan.... cukup la sakit mata kalau bukak petiais nampak bekas plastik ais ketul segedabak besar dalam freezer. Makan ruang pun ye jugak.

Dan, kelapa parut tu adalah kes-kes terpencil tu. Jarang sangat kat umah ni nak ada stok kelapa parut. Biasa beli ni bila nak buat inti kuih ketayap je..Ada lebih, bahagi dua portion, frozen kan. Besok-besok boleh buat lain yg inti kelapa lagi.

Ok,dah tu je...
Penat uiks.

Friday, November 7, 2014

RUANG TAMU : Bench With Drawer

Again, mintak ampun mintak maaf,
tajuk campur2 language.
Nak buat cemana, bercakap hari-hari pun campur aduk macam ni.
T_______T

Ruangtamu kitorang kecik je.
Inilah ruangtamu nilah ruang keluarga.
That's why lah sofa tu semua dah kelabu asap.
Biasala budak-budak.
Mak bapak budak pun sama lepak makan atas sofa jugak.
Hahaha.

Abis dah takde tempat kan.
Meja makan pun kerusi dia jenis cushion jugak.




 Ni gambar lama ni.
Lama sangat dah.
Tapi dulu dengan sekarang sama je...
Tak berubah pape pun.
Hahaha...

Serius malas nak menghias letak bunga frame segala.
Apa?
Bunga?
Pasu?
Nehi nehi nehi....
Malas oii nak berperang dengan anak-anak,
Rumah ni pun ruang kecik je.
Budak-budak pun takde bilik besar untuk transform jadi playroom.
So macam kesian kalau kat ruangtamu ni ada macam2 hiasan,
nanti diorang takleh nak lari-lari.

Ni kat ruang tamu ni jugaklah tempat diorang main basikal motor segala tu.


Ini ruang feveret.
Bench yang dibuat kat tepi tingkap tu play its own role.
Banyak fungsinya.

1. Selalunya kalau tetamu ramai, bench tu akan jadi extra seat. 
2. Kalau nightstop pulak tetamu lelaki ada yang suka tido kat sini.
3. Elemen deko. Tinggal lagi nak kena tambah bantal kecik banyak2.
4. Tempat lepak petang-petang sambil baca buku.
5. LAci kat bawah tu sebagai storage.





Haaa...nilah kegunaan laci tu. Tempat simpan kasut. Ada empat laci semuanya. 
Satu untuk kasut papa.
Satu untuk kasut mama.
Satu untuk kasut anak-anak.
Satu untuk selipar jefunnnn ;p

Hurmmm...banyak benda yang tak kena kat ruang tamu ni eceli.
Tapi sealu buat tatau je.
Kasi pejam mata.
Langsir rosak, sarung bantal tak takde, macam-macam lah.
Nak kena make over sikit.
Tapi bukan sekarang la.
Kena menabung buat beli Hermessss...
Hahahahaha...




Tempat bertenang dan bertendang ;p
 

WE ARE FAMILY

Gitu tajuknya.
Family saya tak ramai. 
Kitorang siblings pun 5 orang je.
Altogether masuk mak ayah kira tujuh orang je la pun.
Kecik-kecik dulu memang lah rasa meriah.
Makan rebut-rebut, main masak-masak sama-sama, main perang pun sama-sama..
Bila dah besar, sorang kat asrama, sorang kat uni, bla bla bla...dah tinggal mak ayah berdua je kat umah.
Bila arwah ayah dah takde lagila sunyi. 
Kalau jemaah solat tu dulu tujuh dah jadi enam.
Sayu je rasa.
Tapi...tu duluuuuu..Haaa sekarang ni bila semua dah kawin..
Dah berkembang dah anak cucu mak&arwah ayah.
Dapat pulak ramai-ramai tinggal sebumbung,
fuhhh meriah.

Alhamdulillah.....

 
K.A.M.I

Sikit kan? Tapi semua dah kawin dah ada isteri dan anak-anak. 
Ni gambar malam raya 2014.
Duk godek-godek laptop terjumpa gambar ni..alahai...rindunye rasa.

Yang nombor satu tu abang sulung, abang apip.
Nombor dua tu abang mujib.
Nombor tiga tu abang atiq.
Nombor empat tu abang amin.
Nombor lima tu kenal tak sape?
Hahaha..
Yang kat tengah tu mak. 

Nak ambik gambar macam ni pun punye susah.
Anak-anak bergantungan di kaki..hahaha.
Tak caya meh tengok behind the scene ;p


Hahaha..yang tengah pegang mangkuk tu Husna, anak sulung abang amin. 
Rapat tu dengan ayah dia.Dia panggil Ba.
Orang sibuk bergambar, dia sibuk nak makan biskut raya atas riba Ba dia.
Atoiii...
Tu yang ternganga tu sape lagi...ratu i la..
Malas nak layan. Biarla dia...
Abang mujib kan dia kata say ni jenis mak yang "touch n. go"..
anak nangis, tepuk2 camtu je,pastu blah...haha..
kurangasam punye abang... Orang dah penat la jaga anak kat sini sorang2.
Sekali sekala balik kampung korang la jagakan.
Imtinan tengah moody dah time ni. Merajuk sebab nak duduk atas riba ayahjib (abang mujib) dia.
Manja sangat Imtinan ni dgn abang-abang guwe..

Kira ok la boleh dapat sekeping gambar walaupun tak berapa elok. Sebab abang apip tu macam Carlos dah renungan dia...Hahaha..

Ni gambar sekarang. Diorang semua ni lah yang jaga dan temankan mak sekarang ni, yang uruskan mak sejak-sejak mak sakit. Kecuali saya dan Mr.Faris la. hehe... Kitorang je yang duk jauh dengan mak. Merantau di bumi Cyber ni. 

Jauh disudut hati, saya sangat kagum dengan jasa dan pengorbanan abang-abang dan kakak-kakak ipar sebab sanggup tinggal bersama demi untuk kebajikan mak. InsyaAllah nanti ada masa nak sangat story pasal diorang ni. Mereka ni anak-anak dan menantu-menantu syurga.. InsyaALLAH...

Thursday, November 6, 2014

Susunatur Petisejuk (Bahagian Sayur)

Kegilaan terhadap susunatur dan dekorasi rumah ni ada dari duluuuu lagi.
Zaman kecik-kecik lagi suka mengemas. Hingus meleleh-meleleh belum reti nak lap sendiri dah pandai nak berkemas rumah. *metafora*. Hahaha...Toksah la percaya sangat. Tapi iye....betul tak tipu, kecik-kecik lagi dah ada perangai macam ni.
Mak kadang-kadang rimas, 
dah kenapa la anak dara nan sorang ni melampau sangat.
Selalu gaduh dengan arwah ayah sebab suka kemas buku-buku dengan kertas kerja ayah, pastu bila ayah tanya taktau letak kat mana,,,hihihi..

Rasanya start darjah tiga macam tu kot, dah ada fefeeling nak hias2 rumah,
nak susun semua benda kasi teratur...takmo sepah2.
Agaknya mak pun mesti stress kan,
yela perangai anak ngalahkan mak...padahal duduk umah mak je pon kan...
lawan tokey nampak???
T________T

Pastu dapat laki pulak satu kepala. Hahaha...sape tak suke? 
Kadang-kadang dia lagi over. Eh samela, kadang-kadang saya yang over.
(Taknak kalah jugak).

Petisejuk umah guwe, kecik je.
Jenis yang dua pintu. Atas freezer, bawah chiller.
Petisejuk owner punya. Sewa sekali dengan rumah. 
Ok,rephrase....sewa rumah fully furnished termasuk peti sejuk ready.

Dulu kan pening-pening jugak nak susun sayur mayur dalam fridge ni. 
Macam-macam cara penah guna dulu-dulu..
Penah jugak guna plastik yang ala-ala ziploc tu, kan ada yg khas untuk isi sayur tu kan.
Tapi leceh. Kadang-kadang bila time jarang masak tu sayur lama-lama dalam tu rosak, dah berbau plastik tu. Lecehnye nak kena basuh, kena keringkan,bla bla bla...
Ke aci buang je? Macam tak go green je kalau buang?

ZIPLOC - sumber dari google

Soooooo.....after almost 6years being a housewife....nilah cara paling feveret takat ni.
Simple. Nak cuci senang. Nak simpan senang. Nak tengok apa ada kat dalam pun senang. 
Nak masak pun senang bawak keluar.
Orang malas camnila , semua benda nak senang2 je...hahaha...


Ada pembahagian kat situ. Yang part laci kat bawah tu buat simpan sayur yang jenis keras. Haha paham tak sayur keras camana? Tak reti ah nak explain. Dia sayur-sayur yang jenis payah rosak.Jenis yang kalau duduk bertindih-tindih pun dia ok je...Jap eh kita tengok gambar dalam dia.

Dalam drawer

Contoh sayur keras : Petai, carrot, petola, timun, bla bla bla. Kira jenis yang tak cepat benyek macam sawi la. Kadang-kadang ada gak tumpang letak pucuk paku ke kangkung ke. Jenis-jenis sayur yang saiz panjang. Terpaksa tumpang sini kejap sebab tempat lain tak muat. Tu cili giling tu pun tumpang jugak tu. Lambatnye lahai nak expired. Tak lalu nak makan dah, kurang best sikit rasa dia.

Dalam bekas plastik besar bukan jenama tupperware ;p

Pun dalam plastik bekas plastik besar bukan jenama tupperware jugak ;p

Dalam bekas plastik besar tu saya letak sayur-sayur yang cepat rosak. Macam tomato, bendi,capsicum,timun yang dah potong, salad,sawi,kobis,buncis, bla bla bla. Idok le lambak semua sekaligus. Kalau minggu ni beli sayur-sayur jenis key ellll, minggu depan beli pulak sayur-sayur jenis kampung macam sawi,pucuk paku,pucuk ubi,etc. Gitule kekdahnya bila ruang storage kecik. Takleh membeli ikut nafsu. Kena pikir tempat nak simpan jugak muat ke tak.




Dalam bekas plastik kecik takde jenama ni pulak saya isikan sayur jenis kecik. Tu tengok contoh, macam tomato ceri, cilipadi,serai, daun limau purut. Sayur saiz kecik ni kalau campak sekali dalam bekas plastik besar bukan jenama tupperware tadi mesti susah nak cari. hujung-hujung rosak....dah membazir. Biasanya ada 4 bijik bekas plastik kecik kat ruang ni. Kenapa tinggal tiga eh? Urmmm...ade la tu kot yang habis stok. 


Sekian, Tu jela pembentangan dari saya. Rajin kalu, saya snap picture lagi.


Lagi satu, sapa-sapa yang tengah hunting for new fridge, go for LG eh. Hehe...Brand lain watatau elok ke tak. Tapi LG ni kitorang pakai 4tahun, tak pernah buat masalah. Jual pun sebab rasa petisejuk tu besar sangat. Sampai tak tau nak isi apa dah. Asyik kosong je...Tinggal berdua je pun. Dulu tamak, beli sebab suka sangat LG side by side ni.. Tapi tak praktikal la duduk berdua je. Kalau yang anak empat lima ataupun duduk ramai-ramai satu family tu sesuai la. As for now, rasanya fridge kecik lagi praktikal. Tapi tetap LG lah jugak...hehe..

Jap google gambar...


Ni la LG side by side tu. Besar kan...yang side lebar sikit tu side chiller. Senang nak isi barang, takyah pening-pening susun. Tapi yang side lagi satu tu side freezer...Ya ampunnnn pening pikir nak isi apa kasi penuh freezer. Especially kat bahagian pintu tu... Hahaha...