Saturday, January 25, 2014

DIY : Stationery Holder

Hurm hurm...
Second DIY project of January 2014.

Asal kejadian, stationery saya simpan dlm laci. Nak guna bukak laci ambik. Tapi sbb laci dlm bilik kerja @ workstation xbyk sgt ada...dan diperlukan utk sumbat brg2 lain, saya perlukan satu ruang penyimpanan baru.

Banyak jual kat kedai alat tulis kan. Tp malas nak beli. Walaupun cantik2, tetap perasan yg buat sendiri lagi cantek. Haha..matilah perasaan begini.
Ok2...jimat sebenarnya. Kebetulan tissue roll byk ni simpan...utk bahan homeschooling anak2. Ape salahnya rembat sikit =p

Bahan perlu pun murah...cuma kadbod (rm1.90) /playwood, tissue roll, cereal box&kotak susu. Ikut la nak pakai kotak apa pun. Tinggal lagi nak kena tambah gam, double tape, dan wrapping paper je.




Antara kotak2 yg digunakan. Tak byk pun. Tu pun x semua guna.


Pastu design lah camana bentuk feberet. Try2 susun dulu. Jgn gam lagi.


Mula2 nak design mcm ni. Sbb cantek view nye...tp pk punye pk, x praktikal lah pulok. Takat nk simpan pen gunting pembaris blh lah. Yg lain2 acaner???




Akhirnya come out dgn design mcm ni. Ni lepas balut dgn kertas pembalut&dah siap dilekatkan ats kadbod.


Zoom in. Pejam mata la yg berserabai sikit tu.


Ni gmbr full...yg kotak 4 segi kt sblh tu kotak2 honey star kecik saya susun byk2 supaya membentuk compartment kecik2.


Dah isi barang nampak la serabai sikit. Projek ni senang nak buat. Xsampai 2jam pun. Yg jadi terlebih 2 jam tu adalah proses membalut. Saya rasa kalau guna spray cat tu mesti lg cepat kan. Tp kurang rajin plk nak google cara nk pilih cat utk paper mcmana...

So far saya puas hati la. Stationary holder ni kira terus terletak ats meja je. Dan yg paling best adalah x payah bukak tutup laci tiap kali nk amik satu2 alatulis. Semua dah depan mata. Terpaling-paling best sgt lepas guna blh terus simpan / masukkan ke bekas2 tu.. Takde alasan, dh bekas pun depan mata ;p

Tinggal lagi masalah untuk simpan washi tape saya. Tak muat nak letak kt holder ni. Washi tape saya agak byk juga..tengah pikir storage mcmana yg blh display semua tape2 tu...Takpe2, nanti kita pikir nak solve mcamana...

Daaaa....



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sofia The First

It is 3am in the morning.
Tp mata couldn't sleep.

Mcm2 terpikir...tp pikir je lah pon. Dah tua sgt dah rasa gaya hidup ni. Style mlm2 sbelum tdo nk terpikir-pikir lah pulak...haip..

Apapun...berangan memang best.
Gara2 terbeli CD cerita Sofia the First la ni..haip saya bkn boleh ni tgk cerita princess2...kiut miut pulak tu...ohooohoiii... Terus lah terasa nak masuk dalam tv tu, biar tetiba keluar muka saya je gantikan Sofia tu..




Tak comelke mcm ni? Holoh holoh...dpt gigit cium2 budak Sofia ni best nih. Lagi best kalau dpt gantikan tenpat Sofia tu. In.Real.Life.... Oit, mimpi lah kau ;p



Hemo hemo hemo...ni lg kiutbuat muka tekejut mcm tu.

Jap...jap...korang layan tak Sofia the
First tu? Best kot cerita tu...lagu dia alaaaahai sejuuuk je telinga terus meresap menusuk-nusuk qolbu. Gituuu... Pulak tu suara sekor2 kartun tu gemeraik je. Dah mcm Nora pun ye.. Arghhh... Dia nye draw dahla cantek. Kaler pun terang...

Hoiii dah le memuji. Kartun je pon.

Sekarang ni panggil Imtinan "sofiyya the first". Pastu panggil iman "sofiyya the second". Kegilaan nih. Kegilaan. Eh tp best apa bila Mr.Faris pun layan jugak. Haha..eceli dah janji dgn Mr.Faris, nanti nak start tgk series SOFIA THE FIRST tu dari awal sampai sekarang. Tp xtau la bila kan...hahaha...masing2 sibuk kot...

Hari tu dah sempat tgk the very first episode of the series. Sofia ni budak kampung. Golongan marhaen je. Tinggal dgn mak dia. Mak dia pun cantek. Pastu mak dia kawin dgn raja. Raja ni duda anak dua. Sorang laki,nama James and sorang lagi pompuan nama Amber. Baya2 Sofia jgk ank2 raja ni.

Bila dah jadi step daughter of king tu, Sofia ni hidup as princess lah. Ha part tu yg best tu. Pegi royal school...ada pari-pari comel, ada tukang sihir istana yg tak berapa cerdik tp ada jahat sikit dlm hati...ada library yg sangat besarrrr...ada kuda terbang as kenderaan anak-anak raja ni...ada zoo dlm istana yg haiwan2 dlm tu masing2 talented...

Pulak tu istana king tu besar homai... Sofia ni dpt satu bilik yg sangat besar, sama mcm saiz rumah dia kat kampung. Cer bayang. Ok, saya tau korang x byk masa nk bayang kan..haha..



Tak cukup besar lagi tu istana tu? Yg rabbit dgn tupai tu kawan Sofia. Mula2 dia masuk istana tu, king (bapak tiri) bagi dia amulet. Amulet tu mcm ada kuasa sakti2 la...one of is...Sofia ni blh becakap dan paham bahasa binatang.


Ni James, step brother dia. Pon hensem!

Konflik dia lain2 dlm setiap siri.
Tp best best dan best...
Tgh2 xde mood...tgh2 stress...boleh la layan citer ni. Jd budak2 sikit... Yg best cerita ni selain dari berangan mcm budak2 adalah bahasa yg dia guna tu. Sopan. Tertib. Teratur. Good for leaning english utk budak2...utk mak budak pon ye jgk ;p

Alangkan Imtinan yg umur baru 2 tahun 3 bulan tu pun blh tangkap words mcm "princess" , "friends" , "king" , "rabbit", "dragon"....bla bla bla...kalau budak2 yg dah 4,5tahun tu may be blh blaja form english sentences kot. Mungkin lah. Haha..

Bila tgk cerita ni hati tu mcm terpanggil2 je nk pegi Melbourne lagi sekali. Penah dgr Ballarat tak? Ataupun Sovereign Hill? Tempat ni x ramai org nak pegi. Chinese ada la...Saya hari tu pun pegi sendiri je. Sewa kereta dari Melbourne city drive sampai ke Bhalarat tu. Memang nak sgt2 pegi sana. Bila sampai tu yg x bestnya hujan dan terbatas sikit lah aktiviti. Tp serius ah, kalau pegi Melbourne, Sovereign hill ni pada saya a must visit place jgk la. Tu pun kalau korang suka suasana kampung...english cottage...kalau korang nk tgk mcamana kehidupan org putih zaman dulu2 lah... Dia mcm satu kampung yg dibuat atas bukit. Sejuk. Berkabus. Ada bunga2...ada kuda..lelaki2 kat situ semua pakai baju tebal, siap topi. Kat sini jgk la blh nampak nenek2 tua pakai gown labuh yg kembang tu...ada topi renda2...jalan slowwwww je bimbit bakul rotan kaler putih kat lengan. Bakul tu pulak penuh bunga....

Oh...speechless.








Nak kena cari balik ni gambar2 kat sana...hahaha....lepas brangan pun jadi lah ;)

#gambor kali ni semuaaaa dari google.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 24, 2014

DIY : Wrapping Paper Storage

Makin hari makin bertambah2 bosan plk rasa. Bukan2...bukan bosan yg mcm menyampah tu. Tp bosan yg mcm xde semangat je....lemah longlai...mood bukan takat kelaut, tp dah tenggelam nuuuuun ke dasar laut. Nak buat ape2 pun malas. Rumah besepah pun takpe. Mlm2 stay up layan youtube. Lyn movie. Seminggu lebih dah kot mcm ni? Omai omai...

Selalu kalo xde mood mcm ni keluar jap pegi equine ke ok la. Tp x jalan jugak. Pegi warung ke...dan order mkn byk2 ikut nafsu. Mana penah membazir. Licin as always. Tp ini nk order byk2 camana, nk mkn pun xde selera...??? Bole pecaya keeee....

Imtinan pun makin sweet skrg. Nampak Mama terjelepek lembik longlai terbaringgggg je, rajin la dia tanya...

"Mama kenapa...?"
Picit2 mama jap.
Keluar la perangai kakak yg betanggungjawab tu...kang adik dia nangis sikit pandai je dia membebel.

"Baby...jgn nangis...sian mama. Mama sakit tu..."

Budak bedua ni jela yg blh hiburkan hati kalo Mr.Faris g keje.

Ok lah...dlm kata xde mood tu siap jgk la dua projek DIY. Saya kan mmg suke betul lah DIY. Selagi boleh. Pasal apa...kang kalau pindah x sayang nak tinggal...haha..projek diy pun pilih2 jgk. Pilih yg ongkos murah...haha.. Kede sgt lah... ;)

Ni projek potong2 botol mineral yg saiz gabak tu. 5liter kalau xsilap. Takat ni dah dua bijik saya kerjakan botol air ni. Satu. Jd tong sampah. Satu jadi tempat simpan kertas pembalut hadiah.




Potong botol tu pakai pisau tajam. Pakai gunting susah sikit. Pastu lilit selotape.


Selotape tu utk cover bahagian tajam botol lepas potong. Pastu potong2 sikit selotape nye.


Lipat selotape ke dalam. Kemaskan. Siap ah.


Tp nak lg cantek mcm kak enon ni...tepek la pembalut chanteq chanteq... Saya tepek kt depan je. Takat buat tutup label "spritzer" tu. Takdela byk keje nak menyntal label tu dgn minyak segala kan.


Nak lagi kebabom, taruk la hiasan ckt2. Elemen deko katanya...hohoho. Button kiut miut ke...paper flower ke...reben ke...
Saya ada washi tape je...pon boleh. Ok, robocop.....bertukar!!!!!


Jadi lah mcm ni. Yg penting jimat.


Tempat letak robot baru ni dlm almari. Ada sikit gelap disitu.

Babai awak......

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 19, 2014

Homemade Glue for Kid

Boleh tak diterjemahkan sebagai GAM BUATAN SENDIRI? Boleh kan? Hohoho.

Instinct mak-mak saya merasakan sekarang dah sesuai untuk Imtinan buat collage. Sbb dia pun dah boleh menerima arahan dgn baik. Masalahnya cuma satu. Gam. Tak tau nak guna gam apa yg sesuai. Apa-apa aktiviti homeschooling untuk imtinan memang nak kena amik kira Iman jgk. Iman skrg masih dlm proses merasa. Semua benda nak masuk mulut. Nak kena perhatikan dia dan bantu imtinan "belaja" dalam satu masa yg sama bukan mudah. Boleh buat. Tapi kena kreatif. Otak kena pusing sana pusing sini nak berpikir apa mende aktiviti yg sesuai utk Imtinan dan dlm masa yg sama tak membahayakan Iman. Dan jugak nak kena berpikir mcmana nak jadikan aktiviti utk Imtinan tu Iman boleh join sama.

Kalau boleh taknak la exclude-kan Iman dari aktiviti kitorang bersama kan. Dan taknak jgk terlalu banyak say "NO" untuk dia. Tak elok kan anak membesar dgn terlalu banyak perkataan "jangan" / "no"... Seolah2 kita mewujudkan aura negatif di sekitar anak-anak. Hamboih....

Eh terpanjang pulak...
Ok back to the track...hahaha...

Saya try google search "homemade glue"....wohohohoooo banyak kot website yg bagi resipi. I tried one of them. Alhamdulillah. Hasilnya memuaskan.

Meh nak share plak..senang sgt....
Dan....sedap sebenarnya. Mcm kuih rasa dia...tiihihihiii...


Bahan :

1 cawan tepung
1/3 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh cuka

Boh tepung, boh gula, boh separuh dari sukatan air tu. Kacau2 biar hancur tepung yg bergentel2 tu. Feel dia mcm buat kuih bula puasa..haha..



Proses mempenyekkan tepung. Pastu dah hancur tepung2 tu masukkanlah belen air td tu. Gaul adunan jap. Adunan akn jd cair mcm kt bwh ni :


Pastu masak lah. Gaul2 non stop waktu masak tu sampai jadi likat melekat mcm ni. Tutup api. Sejukkan.


Dah siap.


Masukkan dlm air tight container. Simpan dlm peti sejuk. Menurut kata tuan punye resipi asal ni tahan 6bulan simpan dlm petisejuk youuu...jimat belanja gam sekolah anak2..hahahaha...




Hasil collage guna gam buatan sendiri...


Tukang buat collage...first try.


Suke dia...walaupun terkena marah jgk sebab taknak berenti main gam. Haha...

Ok tu je...
#entri ni dah 2 bulan dalam draft...keh3...



Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 8, 2014

School

Takde mood nye la hai nak update.
Awal2 tahun pon semangat dah ilang. Lagi doblas bulan nak tahun depan. Aaaacaner tuh?

Sebelum2 ni penah citer kan yg 2014 ni nak enroll Imtinan ke school/kindergarten kan? Reasonnya sbb dia suke sgt berkawan. Kat umah terperap je sampai dia dh tunjuk muka bosan. Kesian.

Sebelum2 ni pun selalu jgk kitorang bwk Imtinan pegi mana2 tadika. Saje nak biasakan dia dgn suasana sekolah mcamana. Lebih kepada nak tgk macamana penerimaan dia pun ye jgk. Tp takdela kitorang pegi tinggal dia mcm campak pastu blah kan. Nampak dia seronok. Suka. Dan dia mmg taknak balik. Tak kisah mama papa tinggal pon takpe...dia nak main kat school.
Sampai cikgu2 ckp peliklah Imtinan ni..selalu budak2 menangis nak balik. Dia menangis taknak balik? Mcm tu..

Kalau korang penah ingat la...penah sy cerita dulu yg Imtinan ni peramah. Tak kira dgn sape pun. Sampai kalau kat mall ke kitorang sampai naik segan bila dia beramah terlebih2...tak dpt dgn manusia betul, dgn patung2 'model' baju kat kedai pon boleh.... Kalau pegi rumah sedara pun, asal org senyum kat dia, layan dia borak seminit dua..dia ok dah. Kitorang boleh tinggal dia kat situ. Dia takkan byk kerenah. Apa org suap semua dia mkn. Tidur je x boleh...Senang cerita dia sgt easy going punye budak.

Benda2 ni x terjadi dgn sendiri sebenarnya. Saya train dia. Papa dia train dia. 6 bulan kitorang latih dia, biasakan dia dgn semuaaaa org. Alhamdulillah dia ok. Bila nampak dia dah bersedia tu lah yg kitorang decide nak enroll dia ke taska.

Tp nak enroll ank ke taska/tadika/sekolah/atau apa je pon nama nya, nak kena wat research jgk kan. Saya pun surirumah sepenuh masa. Duduk kat rumah. Mmg homeschool Imtinan ni. Memasukkan dia ke sekolah tu cuma part of aktiviti la kiranya. Sbb kat rumah dia bosan. Takde kawan. Tu pun cuma untuk 4jam sahaja. 8pagi-12tghari. Tapi lain pulak jadinya...

Kitorang buat booking price bulan 10 tahun lepas...RM500, utk kemasukan 2014. Booking sbb kata manager org berebut2 ni nak hantar anak kat situ. Sekarang (3bulan lepas) ni pun tinggal satu je kekosongan. SATU sahaja. Of course lah kitorang byr cepat2...takpe booking dulu. Full payment RM2k plus jgk lah...lepas buat booking pihak pengurusan tu senyap je. Takde contact ke apa. Ok takpe. Kitorang je lah yg beria tanya bila nak byr full payment. Bila nak hantar form. Bila first day utk orientasi budak baru. Semuanya di pihak kita. Takpelah. Kata nak bg yg terbaik utk ank kan. Kerja keras sikit lah. (Agaknya kalau kitorang senyap, satu apa pun kitorang xtau...)

Kalau ikutkan apa yg dibagitau, ORIENTASI BUDAK BARU adalah seminggu sebelum budak baru masuk. So that diorang blh biasakan diri...takdela nanti terkejut. Itupun dpt tahu sbb kitorang pegi sendiri kat school tu sua muka bertanya. Tp tunggu punye tunggu takde pon pihak diorg contact bgtau exact date. Kitorang dah cuak dah. Mr.Faris la dia kan nk kena apply cuti semua. First day ank pegi school mmg dia nk kena ada la. Saya soran susah sikit sbb nak carry baby lagi. Kitorang pegi lagi tanya...katanya nanti manager akn email bgtau. Tunggu nye tunggu takdo pon? Adela dia email...tapi email yg tak specific. Email general yg sebenarnya ko x email pon takpe. Tak membantu apa2 lgsung. Saya takleh nak attach email tu kt sini, utk jaga nama baik diorang.

Sekali dah hujung2 disember tu ada dpt sms suruh buat full payment. ORIENTASI BUDAK BARU TAKDE. Budak lama akn masuk dulu belaja. Budak baru akn masuk 1 week after, which is on 6th Jan 2014. Dah tunggang langgang dah ni. Lepas tu payment tibe2 ada EXTRA RM250 pulak. Padahal sebelum ni kata utk budak 3years below tak pyh bayar yuran 250 tu. Mcm xsedap hati dah...ape yg x kena ni? Bukan nak kata diorang menipu. Tak. Cuma pengurusan tu x cekap. Lembap la senang cerita. Nampak sgt tunggang langgang.

Tp takpelah. Dah byr booking price kan. 500tu bkn sikit. Kalau guna rm500 tu utk homeschool kat rumah mcm2 bahan dah blh beli.

First day hantar 6/1.
Malam sebelum Imtinan tdo, saya&Mr.Faris sembang dgn dia...tido awal la Imtinan, esok pg2 bangun nak pegi school...ada aunty...ada kawan...seronokkkkkk.....
Dia pon hepi la...teloncat2 ats katil "yei...yei...aunty...yei2..kawan..."

Esoknye pukul7 kejut dia. Bila ckp bangunla imtinan sayang...mandi,gosok gg, nak pegi school. Tau2 dia dah kat depan pintu bilik air. Tersengih2...seronok kan nak pegi school. It was really a happy day for her. Bersiap sambil nyanyi2...masuk kereta,minum susu. Alhamdulillah no struggle at all. Sampai school cikgu bukak pintu "hai sofiyya"...blurrr imtinan. Tak penah2 org pggil dia sofia. Haha...saya pun selamba la nak masuk kan. Kata first day. Terus cikgu dia kata...

"Tak boleh puan..kita x bg parents masuk".

Owh ok...mmg ada rules yg diorg bg dulu2 tu "parents are not allowed to come and see their children while the session is on"...lebih kurang mcm tu la..tp ni kan first day. Dahlah tak buat orientasi.
Terus sekalikan dgn budak yg dah masuk awal seminggu...mcm tak paham
Kenapa budak yg dah biasa bertahun2 kat situ diorang mulakan class seminggu awal. Budak baru tak pulak. First day tak blh nak temankan ank langsung? Alangkan budak darjah satu pun mak ayah tunggu. Kitorang bkn nk tunggu. Cuma nk duduk kt situ SEPULUH MINIT JE nak tenang2kan imtinan tu. Imtinan pon salam saya salam papa , terus babai....ingatkan good sign lah.
Kitorang blah tanpa sempat nak bgtau "call her Imtinan,"...pon x sempat.

Lepas 20minit Mr.Faris xsedap hati. Dia pegi balik kt school tu. Bukak je pintu tengok Imtinan still tercegat belakang pintu sorang2. Lah....kata ikut modul pukul 8.30 ada solat dhuha jemaah. Ni dah pukul 9 anak aku tercegat sorang2 kat pintu lg ni kenapa? Yg Mr.Faris ni nk jumpa manager sbb nak buat full payment. Tunggu nye tunggu manager dlm toilet, dia pun balik lah.

Pukul 12 kitorang dtg amik pon Imtinan kat pintu jgk. Nangis nak balik. Sbb ramai parents dh dtg amik ank sbelum pukul 12 lg. serius saya mmg blur dan x paham kejadian apa ni? Pastu saya panggil cikgu yg jaga Imtinan ni...saje je pon nk tanya apa je aktiviti yg dia buat hari ni. Kemain cikgu pon takut2...tah pape. Pastu pesan jgk kat sorang cikgu yg lain tolong panggil manager, nak bayar yuran ni oiiiiii....tak keluar sampai ke sudah manager nye. Yg cikgu yg jaga Imtinan ni plk bila tanya sepatah jwb sepatah. Penat pulak nak tanya. Imtinan plk "nak balik" "nak
Balik"....penat lah m ni kitorang blah la. Bayar besok2 je la....

Keluar je dari taska tu tanya Imtinan nak pegi taman tak? Main2... Nak? Taknak dia kata. Muka takut2 je...So papa dia slow2 tanya imtinan nak apa? "Nak
Makan...lapar"...Sayu je rasa hati mak ni. Bwk g kedai mkn. Dia bukan makan tp dia sumbat makanan tu dlm mulut dia mcm org lepas geram. Tp dia telan la. Cuma the way dia sumbat2 makanan tu buat saya jd takut pulak.

Pastu balik rumah...lepas dua jam baru perasan yg Imtinan ni dah tukar seluar lain kat taska tu. Eh budak ni terkencing ke? Terberak ke? Bukak beg dia cek seluar yg dah kotor tu....lah pengap nye bau...penuh muntah rupanya... Alahai kenapala td bila saya tanya tu cikgu dia xnak ckp pulak? Lupa mungkin...pastu Mr.Fris pun ckp la...ini kalau kata anak2 bergaduh ke, terjatuh ke, pon diorang x bgtau ni...muntah tu mungkin biasa utk budak2 lain. Tp mcm imtinan ni dia bkn jenis muntah. Jarang sgt lah dia nk muntah pon. Tak sedap hati pulak jadinya.

So on the 7th, kitorang tak hantar dah Imtinan tu. Tunggu jgk kot2 pihak school nak telepon ke tanya kabar ke apa. Tapi sampai ke malam senyap je. Last2 kitorang jgk yg call ckp x nak hantar dah ank kat situ... Kata manager tu ok xnak hantar xpe...tp booking price rm500 tu not refundable. Hurmmm....tAkpelah. The term already make known pon.
Cume xde ke usaha nak memujuk mcm try dulu 3,4hari lg ke..gayanye mcm xberminat dgn budak2 sgt je..mcm iyeee keeee mcm yg diwar-warkan school ni ditubuhkan utk membentuk ummah yang bla bla bla...islamic bla bla bla...baik la bwk pegi tadika cina yg bila tanya apa aktiviti tiap2 hari tu siap boleh keluarkan booklet explain! Tp xpe...sbb kita nak "agama" tu yg kita try jgk...dah gini rupanya...hurm...

Ok done with that...

Sekarang ni nak memulihkan semangat Imtinan ni...tidur pun mengigau2..."taknak kawan...taknak aunty...taknak school"...
Hurm...bangun pagi muka kelat...dtg kt saya "mama....xnak kawan...xnak kawan...."

Budak ni fobia ke apa???

Ok...saya taknak disclose nama school tu apa. Taknak burukkan nama sbb diorang well known. Jgn sbb satu branch ni rosak habis branch2 yg lain. Tp mmg dh byk complain dah pon saya dengar pasal school yg satu ni...tp still jgk kitorang hantar imtinan sbb dgn harapan branch yg kitorang pilih ni bagus. Rupanya tak jgk.
Hahhaa...nasib kitorang.



- Posted using BlogPress from my iPhone