Wednesday, January 8, 2014

School

Takde mood nye la hai nak update.
Awal2 tahun pon semangat dah ilang. Lagi doblas bulan nak tahun depan. Aaaacaner tuh?

Sebelum2 ni penah citer kan yg 2014 ni nak enroll Imtinan ke school/kindergarten kan? Reasonnya sbb dia suke sgt berkawan. Kat umah terperap je sampai dia dh tunjuk muka bosan. Kesian.

Sebelum2 ni pun selalu jgk kitorang bwk Imtinan pegi mana2 tadika. Saje nak biasakan dia dgn suasana sekolah mcamana. Lebih kepada nak tgk macamana penerimaan dia pun ye jgk. Tp takdela kitorang pegi tinggal dia mcm campak pastu blah kan. Nampak dia seronok. Suka. Dan dia mmg taknak balik. Tak kisah mama papa tinggal pon takpe...dia nak main kat school.
Sampai cikgu2 ckp peliklah Imtinan ni..selalu budak2 menangis nak balik. Dia menangis taknak balik? Mcm tu..

Kalau korang penah ingat la...penah sy cerita dulu yg Imtinan ni peramah. Tak kira dgn sape pun. Sampai kalau kat mall ke kitorang sampai naik segan bila dia beramah terlebih2...tak dpt dgn manusia betul, dgn patung2 'model' baju kat kedai pon boleh.... Kalau pegi rumah sedara pun, asal org senyum kat dia, layan dia borak seminit dua..dia ok dah. Kitorang boleh tinggal dia kat situ. Dia takkan byk kerenah. Apa org suap semua dia mkn. Tidur je x boleh...Senang cerita dia sgt easy going punye budak.

Benda2 ni x terjadi dgn sendiri sebenarnya. Saya train dia. Papa dia train dia. 6 bulan kitorang latih dia, biasakan dia dgn semuaaaa org. Alhamdulillah dia ok. Bila nampak dia dah bersedia tu lah yg kitorang decide nak enroll dia ke taska.

Tp nak enroll ank ke taska/tadika/sekolah/atau apa je pon nama nya, nak kena wat research jgk kan. Saya pun surirumah sepenuh masa. Duduk kat rumah. Mmg homeschool Imtinan ni. Memasukkan dia ke sekolah tu cuma part of aktiviti la kiranya. Sbb kat rumah dia bosan. Takde kawan. Tu pun cuma untuk 4jam sahaja. 8pagi-12tghari. Tapi lain pulak jadinya...

Kitorang buat booking price bulan 10 tahun lepas...RM500, utk kemasukan 2014. Booking sbb kata manager org berebut2 ni nak hantar anak kat situ. Sekarang (3bulan lepas) ni pun tinggal satu je kekosongan. SATU sahaja. Of course lah kitorang byr cepat2...takpe booking dulu. Full payment RM2k plus jgk lah...lepas buat booking pihak pengurusan tu senyap je. Takde contact ke apa. Ok takpe. Kitorang je lah yg beria tanya bila nak byr full payment. Bila nak hantar form. Bila first day utk orientasi budak baru. Semuanya di pihak kita. Takpelah. Kata nak bg yg terbaik utk ank kan. Kerja keras sikit lah. (Agaknya kalau kitorang senyap, satu apa pun kitorang xtau...)

Kalau ikutkan apa yg dibagitau, ORIENTASI BUDAK BARU adalah seminggu sebelum budak baru masuk. So that diorang blh biasakan diri...takdela nanti terkejut. Itupun dpt tahu sbb kitorang pegi sendiri kat school tu sua muka bertanya. Tp tunggu punye tunggu takde pon pihak diorg contact bgtau exact date. Kitorang dah cuak dah. Mr.Faris la dia kan nk kena apply cuti semua. First day ank pegi school mmg dia nk kena ada la. Saya soran susah sikit sbb nak carry baby lagi. Kitorang pegi lagi tanya...katanya nanti manager akn email bgtau. Tunggu nye tunggu takdo pon? Adela dia email...tapi email yg tak specific. Email general yg sebenarnya ko x email pon takpe. Tak membantu apa2 lgsung. Saya takleh nak attach email tu kt sini, utk jaga nama baik diorang.

Sekali dah hujung2 disember tu ada dpt sms suruh buat full payment. ORIENTASI BUDAK BARU TAKDE. Budak lama akn masuk dulu belaja. Budak baru akn masuk 1 week after, which is on 6th Jan 2014. Dah tunggang langgang dah ni. Lepas tu payment tibe2 ada EXTRA RM250 pulak. Padahal sebelum ni kata utk budak 3years below tak pyh bayar yuran 250 tu. Mcm xsedap hati dah...ape yg x kena ni? Bukan nak kata diorang menipu. Tak. Cuma pengurusan tu x cekap. Lembap la senang cerita. Nampak sgt tunggang langgang.

Tp takpelah. Dah byr booking price kan. 500tu bkn sikit. Kalau guna rm500 tu utk homeschool kat rumah mcm2 bahan dah blh beli.

First day hantar 6/1.
Malam sebelum Imtinan tdo, saya&Mr.Faris sembang dgn dia...tido awal la Imtinan, esok pg2 bangun nak pegi school...ada aunty...ada kawan...seronokkkkkk.....
Dia pon hepi la...teloncat2 ats katil "yei...yei...aunty...yei2..kawan..."

Esoknye pukul7 kejut dia. Bila ckp bangunla imtinan sayang...mandi,gosok gg, nak pegi school. Tau2 dia dah kat depan pintu bilik air. Tersengih2...seronok kan nak pegi school. It was really a happy day for her. Bersiap sambil nyanyi2...masuk kereta,minum susu. Alhamdulillah no struggle at all. Sampai school cikgu bukak pintu "hai sofiyya"...blurrr imtinan. Tak penah2 org pggil dia sofia. Haha...saya pun selamba la nak masuk kan. Kata first day. Terus cikgu dia kata...

"Tak boleh puan..kita x bg parents masuk".

Owh ok...mmg ada rules yg diorg bg dulu2 tu "parents are not allowed to come and see their children while the session is on"...lebih kurang mcm tu la..tp ni kan first day. Dahlah tak buat orientasi.
Terus sekalikan dgn budak yg dah masuk awal seminggu...mcm tak paham
Kenapa budak yg dah biasa bertahun2 kat situ diorang mulakan class seminggu awal. Budak baru tak pulak. First day tak blh nak temankan ank langsung? Alangkan budak darjah satu pun mak ayah tunggu. Kitorang bkn nk tunggu. Cuma nk duduk kt situ SEPULUH MINIT JE nak tenang2kan imtinan tu. Imtinan pon salam saya salam papa , terus babai....ingatkan good sign lah.
Kitorang blah tanpa sempat nak bgtau "call her Imtinan,"...pon x sempat.

Lepas 20minit Mr.Faris xsedap hati. Dia pegi balik kt school tu. Bukak je pintu tengok Imtinan still tercegat belakang pintu sorang2. Lah....kata ikut modul pukul 8.30 ada solat dhuha jemaah. Ni dah pukul 9 anak aku tercegat sorang2 kat pintu lg ni kenapa? Yg Mr.Faris ni nk jumpa manager sbb nak buat full payment. Tunggu nye tunggu manager dlm toilet, dia pun balik lah.

Pukul 12 kitorang dtg amik pon Imtinan kat pintu jgk. Nangis nak balik. Sbb ramai parents dh dtg amik ank sbelum pukul 12 lg. serius saya mmg blur dan x paham kejadian apa ni? Pastu saya panggil cikgu yg jaga Imtinan ni...saje je pon nk tanya apa je aktiviti yg dia buat hari ni. Kemain cikgu pon takut2...tah pape. Pastu pesan jgk kat sorang cikgu yg lain tolong panggil manager, nak bayar yuran ni oiiiiii....tak keluar sampai ke sudah manager nye. Yg cikgu yg jaga Imtinan ni plk bila tanya sepatah jwb sepatah. Penat pulak nak tanya. Imtinan plk "nak balik" "nak
Balik"....penat lah m ni kitorang blah la. Bayar besok2 je la....

Keluar je dari taska tu tanya Imtinan nak pegi taman tak? Main2... Nak? Taknak dia kata. Muka takut2 je...So papa dia slow2 tanya imtinan nak apa? "Nak
Makan...lapar"...Sayu je rasa hati mak ni. Bwk g kedai mkn. Dia bukan makan tp dia sumbat makanan tu dlm mulut dia mcm org lepas geram. Tp dia telan la. Cuma the way dia sumbat2 makanan tu buat saya jd takut pulak.

Pastu balik rumah...lepas dua jam baru perasan yg Imtinan ni dah tukar seluar lain kat taska tu. Eh budak ni terkencing ke? Terberak ke? Bukak beg dia cek seluar yg dah kotor tu....lah pengap nye bau...penuh muntah rupanya... Alahai kenapala td bila saya tanya tu cikgu dia xnak ckp pulak? Lupa mungkin...pastu Mr.Fris pun ckp la...ini kalau kata anak2 bergaduh ke, terjatuh ke, pon diorang x bgtau ni...muntah tu mungkin biasa utk budak2 lain. Tp mcm imtinan ni dia bkn jenis muntah. Jarang sgt lah dia nk muntah pon. Tak sedap hati pulak jadinya.

So on the 7th, kitorang tak hantar dah Imtinan tu. Tunggu jgk kot2 pihak school nak telepon ke tanya kabar ke apa. Tapi sampai ke malam senyap je. Last2 kitorang jgk yg call ckp x nak hantar dah ank kat situ... Kata manager tu ok xnak hantar xpe...tp booking price rm500 tu not refundable. Hurmmm....tAkpelah. The term already make known pon.
Cume xde ke usaha nak memujuk mcm try dulu 3,4hari lg ke..gayanye mcm xberminat dgn budak2 sgt je..mcm iyeee keeee mcm yg diwar-warkan school ni ditubuhkan utk membentuk ummah yang bla bla bla...islamic bla bla bla...baik la bwk pegi tadika cina yg bila tanya apa aktiviti tiap2 hari tu siap boleh keluarkan booklet explain! Tp xpe...sbb kita nak "agama" tu yg kita try jgk...dah gini rupanya...hurm...

Ok done with that...

Sekarang ni nak memulihkan semangat Imtinan ni...tidur pun mengigau2..."taknak kawan...taknak aunty...taknak school"...
Hurm...bangun pagi muka kelat...dtg kt saya "mama....xnak kawan...xnak kawan...."

Budak ni fobia ke apa???

Ok...saya taknak disclose nama school tu apa. Taknak burukkan nama sbb diorang well known. Jgn sbb satu branch ni rosak habis branch2 yg lain. Tp mmg dh byk complain dah pon saya dengar pasal school yg satu ni...tp still jgk kitorang hantar imtinan sbb dgn harapan branch yg kitorang pilih ni bagus. Rupanya tak jgk.
Hahhaa...nasib kitorang.



- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. alahai kesian imtinan...itula skrg ni, mcm2...rasa nak homeschool anak2 je...bab takleh masuk tgk anak tu yg paling TAK SUKA...entah apa nak sembunyi tah...bukan buat benda salah pun nak halang2 parent tgk anak...bayar dahle mahal..kalu akk, akk tulis je nama sekolah tu..tapi letak * kat bbrp huruf..at least org tahu dan blh research secara bersungguh sebelum hantar anak. kita bukan niat nak jatuhkan diorang tp nak diorang peka sikit dgn tanggungjawab...kata nak bangunkan ummah...takkan gitu gayanya....

    ehh...turut emosi pulak. bab anak2 mmg mudah tersentuh.

    ReplyDelete
  2. Thx akak memahami...
    Lmbt clet reply komen, ada problem dgn blogpress...hehe...urm, xpela kak...rasanya kalo sapa2 yg tgh search psl school yg satu ni, dari term-term yg saya guna tu diorang boleh paham kot... Lgpun school ni mmg well known pun dgn mslh branch dia. Modul dia bagus. So kalau pengurusan branch tu bagus, itu yg superb. Kalau branch buat hal mmg kelaut la result nye...hurmmm...

    ReplyDelete