Sunday, April 22, 2012

Turn 7months old.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...alhamdulillah,wa syukrlillah... Sofiyya Imtinan dah cukup 7bulan,semalam. Cepatnya masa berlalu.

Alhamdulillah,dikurniakan kesihatan yang baik, Perkembangan yang baik..moga membesar jadi anak yang baik ye. Dah sembuh dari demam. Panik betul saya, sejak lahirkan dia, tak pernah sekali pun dia sakit. Hatta kembung perut pun tak pernah,apetah lagi demam batuk semua ni. Nikmat ni sekali Allah nak tarik,walau sekejap pun kita dah rasa kehilangan yang besar...kan?

Alhamdulillah, Anak dara momma ni dah besar. Dah pandai banyak benda..

• Berat : 8.3kg, Tinggi : 74cm

• Baru pandai duduk tanpa support. Asyik nak duduk jela...

• Dah mula merangkak selangkah dua.

• Tarik dada dah laju. Jadi jangan cuba2 tinggal dia sorang2 depan tv lagi, kalau dia perasan lajuuuu je dia sreet sreeet sreet kan dada dia cari kita. Sambil2 tu masukkan je apa2 yang dpt dipegang ke mulut. Semut. Syiling. Hampir-hampir nak ke mulut dia. Apa saja...huhu.

• Pandai merajuk. Kalau merajuk mesti tekup muka kat lantai. Sangat perempuan!! ;-)

• Nak snap picture dia senang dah sekarang ni. Tunjuk je kamera/phone, panggil nama dia,mesti punyelah dia sengih.

• Untuk game, setakat ni banyak guna ipad application sahaja. Antaranya Flash card dan Baby Piano. Tu je la kot. Lain dari tu, just sorok barang feveret dia. Buat2 sorok je. Kasi la nampak sikit hujung2 barang tu. Nanti dia cari. Saje test. Nak suruh dia laju bergerak. Budak ni memang tak pernah duduk diam sesaja.

• Gigi : BELUM TUMBUH LANGSUNG. Langsung-langsung belum tumbuh. Hehe.

• Solid Food : Saya belum mula introduce solid food lagi. Masih full breastfeed. Risau juga. Tapi tengok berat dia naik 300gram, dan makin bertambah aktif, jadi saya tangguhkan dulu.



- Nanges. Papa paksa duduk lama2..adik lenguh la Papa...



- Seronok dapat eskrem.




- Baby stroller kat Jusco. Very comfortable for her.




- Tomey tak saya pakai tudung?







-Posisi feveret time tengok TV...

Jumpa lagi :-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Bila Diuji Dengan Kesakitan

Assalamualaikum...
Semoga sahabat-sahabat kamarsufi diberi nikmat kesihatan dan kebahagiaan...

Lama tak update,seminggu? Lebih....saya tak sihat..anak dara sorang ni pun tak sihat juga..

Bermula dengan Imtinan selsema,kemudian batuk,dan akhirnya demam. Kemuncaknya bila dia refuse menyusu,sebab tak selesa mungkin. Bila hidung tersumbat, bernafas ikut mulut,mungkin sebab tu tak selesa nak menyusu. Setiap kali menyusu dia muntah. Hasilnya bangun pagi2 saya cek diaper dia kering. Dah separuh panik di situ. Bincang2 dgn husband,terus bawa ke Ampang Putri Specialist Hospital (APSH). Jumpa Paed dia Dr.Nomee Ashikin nih.. Dah biasa dgn dia monthly check up pun. Dr Nomee ni very soft spoken.. Thats why laaaa suka sgt refer dia..Aaa,nanti2 lah cerita pasal doctor plak..hehe..

Cek sana cek sini, ok, ada bunyi kahak kat dada dia. Doc suruh admit ward, case : Acute Bronchiolitis. Saya dgn Mr.Faris dah berat hati. Tanak la budak kecik ni nanti kena cucuk sambung wayar sana sini. Bincang2 dgn doc.

Then the doc explained sikit2, yang what she worries is about dehydration,memandangkan diaper baby kering,baby pun tak buang air besar. So after pantau one night plus nebulizer dan fisioterapi, kalau dia tak boleh menyusu lagi then baru drip water. Akhirnya kami setuju. Admit la ward..Around 12noon. Imtinan tak boleh menyusu selama 2jam sebab nanti nak buat fisioterapi.




Muka budak excited dapat katil. Kat rumah takde baby cot,momma kedekut takmau beli.

The first thing she got is nebulizer. Untuk cairkan kahak,supaya nanti mudah untuk buat fisioterapi.




Benda ni tak sakit. Cuma budak-budak biasalah struggle bila tak selesa. Penatla nurse memujuk,ditendang2 nurse tu. Kesian. Untuk second dose Papa pasang video lagu arab,terus diam je dia sampailah habis session. Nebulizer ni kena buat setiap 2jam,tak kira siang ke malam. Total up brapa kali tah selama 3d2n kat ward tuh.. Luckily she enjoyed it..kalau tgh tido lagi syok dia tido. Kalau tgh jaga,tgk lah..if nurse pandai borak2 dgn dia ok lah. Kalau jenis yg memaksa manjang mmg dia refuse..

Around 2pm nurse datang jemput kitorang pegi bahagian fisioterapi. Ni part yang tak sampai hati. Mula2 masuk bilik fisio tu,mata dah terpandang satu bilik kecik tulis "suction". Dah rasa
Tak sedap hati, kena buat juga ke suction ni? First benda kena buat is yg tepuk2 tu..tepuk tu kuat..sangat kuat dengan tahap bayi. Tapi takpelah pikirkan demi kebaikan anak.. Imtinan pulak menangis meraung-raung. Haila,saya tabahkan hati jelah..
Tapi lagi sakit hati bila budak yang buat fisio tu duk bebel-bebel. At least pujuk2 la sikit baby tu..budak nangis kena pukul kuat2 tu biasa la. 15minit,siap. Terus saya ambik Imtinan saya peluk kuat-kuat,cubalah sedaya apa yang boleh untuk tenangkan dia.

Tak sampai 5minit kena masuk bilik suction. Ahhh..tahan airmata je saya tgk anaknda...huhu. Orang yang sama juga yang buat suction nih. Mula-mula Imtinan kena bungkus satu badan (bedung) dengan selimut tebal. Pastu dibaring mengiring. Sorang tindih badan dia sambil pegang leher dia kuat-kuat (reason : taknak kasi dia struggel, otherwise may cause injury)
Lagi sorang masukkan wayar dalam hidung&mulut dia utk sedut kahak keluar. Taktau la sakit ke tak, Tapi imtinan menangis sampai tak keluar suara. Saya terkedu dihujung katil. Husband yang duk pujuk2 Imtinan. Lama-lama muka Imtinan jadi biru, suara dah tak keluar. Diam terus. Terus budak yg buat fisio tu stop. Hah tau pun panik. Anak orang tu dik..buatla pelan2..jangan harsh sgt k..

Imtinan terus peluk saya, bengkak2 mata dia..dapat bahu saya terus dia pejam mata..lena. Dari pukul 3 tu dia tido sampaila pukul 8malam baru bangun. Ni mesti kes penat sangat ni.

Petang dlm kul 4 doc masuk, kitorang terus terang cakap yg taknak dah buat fisio. Takpelah, biarlah cure sendiri. Doc nampak berat hati. Conclusion nya : kita tgk dulu malam ni macamana. Kalau dia menyusu ok, pagi esok saya masuk lagi tengok kalau dah takde whizzing2 tu dah tak payah buat fosio ye..itu kata doktor Nomee lah.

Malam tu everythig was good. Very good. Menyusu, buang air,semua smooth je. Cuma dia taknak menyusu bila dah tido. Tak selesa barangkali.

Pagi esok, 9pagi doc dah masuk. Bila cek, still ada heavy whizzing. Doc pun pujuk lah supaya buat fisio utk second time. "Kali ni je...i understand it is a trauma for parent. What more for baby kan..tapi, we have no other option. But i would be very2 happy if u agree to send her for fisio again this morning. Only this time. I promise there will be no more fisio after this."

Saya pandang husband. Husband pandang saya.
Kami sama2 pandang doctor.
Ok,we agree. Dengan berat hati.

Tapi husband sempat buat complain, "yang buat fisio tu student practical ke? Nampak tak expert je?"

Doc : oh really? I taktau pulak tu. But it's ok..don't worry,we'll make a request. Nurse. Take note.

Jadi ke unit fisioterapi lagilah kami.. Tapi alhamdulillah kali ni kami dapat staf yang elok perangainya. Takde nak membebel2, tak panik bila baby nangis..Tak tunggu sampai baby tu jadi biru dulu baru nak stop. Sambil buat sambil pujuk, bukan sambil buat sambil mengeluh. Semuanya smooth je walaupun imtinan tetap struggle dan nangis2.


Lepas tu balik ward Imtinan tido,tapi tak dapat discharge lagi,walaupun banyak kahak keluar tapi still ada heavy whizzing. Doc masuk tengok lagi petangnya dan we agreed to nebulizer only. No more suction. Ok,another one more night to spend at the ward,petang esoknya diacharge. Sebelum discharge sempat bawa Imtinan pegi taman kecik kat belakang bilik ni..









Happy face :-)

Sekarang ni momma plak demam,batuk dan selesema..tambah dengan sakit dan pening kepala,sikit2 nak pitam. Sikit2 nak pitam.
Malam ni Papa ke Istanbul, dont know how to stay alone with baby..bila dua2 tak sihat macam ni..huhu..

Allah,mudahkan segalanya..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 6, 2012

Ibu Mengidam, Baby Keluar Liur : Mitos atau Fakta?

Assalamualaikum...

Moga dirahmati sentiasa hendaknya..

Tajuk tak hengat,macam profesional gayanya.. Tidaklah gitu.. Setakat ini tak pernah la jumpa research pasal ni..

Tapi orang tua-tua selalu pesan, kalau orang mengandung mengidam apa-apa, cubala tunaikan, selagi tak haram. Nanti beranak anak meleleh liur kalau mak tak dapat makan.

Waktu mak saya mengandungkan abang yang ketiga, teringin nak makan napuh (kelompok kijang/rusa/pelanduk gitulah..saya pun tak tau camana rupanya). Arwah ayah saya pun sangguplah masuk hutan berburu,berkali-kali. Tak jumpa. Rezeki Allah kali terakhir ayah masuk hutan berburu napuh,time tu mak dah sampai bulan, dapat lah benda napuh ni. Tapi bila sampai je rumah,mak tengah sakit perut dah nak beranak dah..

Saya?

Ok,terus terang saya jenis yang banyak ignore pantang larang org tua-tua kalau saya tak jumpa logiknya. Saya selalu protes dalam hati. Salah satu contoh, nih bab mengidam ni lah,puas saya pikir2....mmg tak jumpa kaitannya bagaimana.

Tapi....

Anak saya memang liur meleleh dari umur sebulan sampai sekarang, dah 6bulan!

Bila balik kampung je mestilah ada makcik-makcik yang cakap : "ha ni apalah yang mak dia tak dapat makan dulu ni"

Nenek saya pun pesan la, (sambil-sambil tengah meriba cicit,sambil tangan lencun dengan liur cicit)

"nanti Imtinan dah besar,dah boleh makan suapla apa yg dia tak dapat waktu dalam perut dulu"

Haih...sampai sekarang saya tercari-cari lagi,apa kaitannya..lagi tak best bila nenek sambung :

"kalau tidak,sampai ke besar nih liur meleleh..."

Erk........?

Cuak jugak saya..
Memang la time pregnant dulu ada la benda2 yang nak dimakan tapi tak termakan..tapi tu mengidam ke? Sebab saya rasa time tak pregnant pun tekak memang selalu request nak itu ini.

Husband dah mula bising.."tula, abang dah cakap..nak makan apa bagitau..ni duk simpan..kan anak dah meleleh liur"

I was like...ehh..org melayu yg tak makan belacan macam dia pun percaya ek?

Hohoho...Mana nak carik benda yang saya idam-idamkan tuh....memang takde...

First, mengidam nak makan laksa penang. Beli la kat mana2, tak best. Tak sama mcm yang saya nak.. Saya nak makan laksa penang makcik kantin sekolah rendah saya time saya darjah 3. Dan,makcik tu dah meninggal. Ada sesiapa boleh bantu?

Second, sayanak makan nasik minyak kenduri. NASI MINYAK ye, bukan nasik beriani. Waktu pregnant 5bulan, hadaplah pegi kenduri ex-coursemate ni kat Selayang,ada nasik beriani. Tak sama. Saya pun lupa saya penah makan kat kenduri sape nasik minyak yang sedap sangat tuh...Waktu pregnant 8bulan, adik blogger Nanad Nadinie ni tunang,mak dia buat nasik minyak...kempunan. Tak dpt pegi sebab mak mertua dah duk calling2 suruh balik cepat. Pasal ape tah. Lupa. So, mana nak cari??

Ketiga,nak makan cendol...bulan puasa balik kampung mmg banyaklah cendol..kata bulan puasa..tapi teeeetap tak sama mcm yang tekak ni nak..pasal apa? Pasal tekak ni nak makan cendol yang kakak ipar saya buat,yang dia adun dan uli sendiri. Kakak ipar saya kat Kota Kinabalu..Padahal sebelum ni tak pernah pun rasa camana cendol yang dia buat..so,nak ke sana beli tiket flight semata-mata nak makan cendol? Jawabnya tidak.

Banyak lagi lah benda-benda lain yang tekak ni merapu nak itu nak ini..

Harap-harap lah Imtinan tak meleleh liur dah seiring usia..hehe..mana mama nak carik semua tu sayang oii..yang nombor 3 tu boleh la usahakan bermanja-manja dengan cik kathy..yang nombor dua? Lebih-lebih lagi yang nombor satu..hehe

Wallahu a'lam.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 5, 2012

Rasa Teruja....

Assalamualaikum...

Saya sebenarnya tengah teruja ni...Hehe...
Pagi tadi buka blog sendiri, tengok ada new follower..
Profile picture dia mangkuk tingkat kaler biru...
eh,macam penah tengok kan...macam familiar...bila klik, eh eh eh.....

CIK MAT GEBU!!!!!

Tak over kan saya buat macam nih?
Serius mcm tak percaya...
 I only dropped one short comment kat satu entry cik mat nih...
Tanya pasal brussel sprout...
Tak terfikir langsung yang Cik Mat akan jenguk rumah saya yang tak berapa siap ni, tak berhias, takde bunga takde perabot,semua takde...yg ada cuma tuan rumah yang tak berapa lekat kat rumah je...

Haih...still tak pecaya lagi nih..

Saya dah lama adore dgn Cik Mat nih..mmg dah lama bookmark tiffinbiru.com..
Ni otai blog masakan yg peminatnya dah beribu saya kira..
Cuma segan la nak menyapa kan..Hehe...
Tapi, through his entries, nampak sgt Cik Mat ni humble..
Sbb tu saya suka baca blog dia..
Sambil-sambil cuci mata tgk menu-menu yg menggiurkan tuh..
Dan hari ni, mmg terbukti humble orangnya..
Kalau tak humble masakan sanggup menjengah blog picisan saya nih..
Terharu...

Kadang-kadang kan, benda-benda kecik mcm ni la yg membantu menaikkan semangat saya nak menulis...

Terima kasih untuk Cik Mat Gebu..


Tuesday, April 3, 2012

Memupuk Keserasian Antara Suami Isteri

Assalamualaikum pembaca kamarsufi. Mudah-mudahan sentiasa diberkati.

Akhir-akhir ini saya asyik terfikirkan tentang rumahtangga kami,yang agak jauh perbezaannya sebelum dan selepas mempunyai anak. Bahagia dulu lain dengan bahagia sekarang. Romantis dulu lain dengan romantis sekarang. Biarlah,yang penting bahagia dan romantis itu masih ada. Lupakan yang ini.

Kita berbincang tentang serasi. Saya teringat dulu seorang kawan pernah mengeluh tentang sedikit sesal kerana berkahwin di usia muda,sesal kerana setelah 3bulan berkahwin dia sedar yang perkahwinannya sangat membosankan kerana dia dan suami tidak serasi. Saya cuba menasihati,dan katanya "kau takpelah...dapat suami satu kepala..."

Tidak. Saya cuma
menjawab di dalam hati. Saya dan suami banyak bezanya,boleh kata dari segenap hal kami berlainan buah fikiran. Saya sendiri tidak tahu bagaimana memupuk keserasian antara kami.

Ajaibnya hubungan yang dihalalkan Allah ini. Saya sendiri bagaikan tidak percaya perkahwinan kami sudah melebihi angka 3 tahun. Dari tidak tahu apa-apa,sudah pandai merangkak,bertatih,dan berlari! Apa yang ajaibnya? Ajaib kerana saya rasa antara saya dan suami terlalu banyak perbezaanya. Secara matakasar keserasian itu bagai tidak ada. Tapi,ajaibnya kuasa Allah perlahan-lahan dia "menyerasikan" dua hamba yang berbeza minat,cara berfikir, dan seumpamanya ini tanpa disedari dua hamba ini.

1. Berbeza Selera

Ini yang paling ketara. Saya biasa bersarapan dengan nasi goreng,bihun atau mee bersama teh 'o' atau kopi. Sedangkan suami lebih kenyang menghadap roti,bijirin,atau susu. Juga jus dan buah-buahan.

Saya lebih berselera makan nasi bersama ulam,belacan,budu atau tempoyak. Yang pedas-pedas itu serahlah kepada saya. Tapi tidak suami. Yang pedas-pedas itu kalau boleh jangan dimasukkan dalam menu. Yang manis-manis dan lembut rasa itu lebih selesa menjamah tekaknya. Apatah lagi budu,belacan,ikan masin,tempoyak,cencaluk... langsung tidak disentuh!

Tapi...hari ini saya tersedar yg corak pemakanan saya semakin berubah. Suami juga. Dia sudah menjadi penggemar masak tempoyak walaupun pedasnya tetap harus dikurangkan. Saya juga semakin kurang selesa menjamah yang pedas-pedas. Makin hari makin saya sedar "pedas" itu cuma sedap ditekak sahaja,tetapi menyeksa perut. Kesian sang usus! Lama-lama saya jadi sedar bahawa sarapan dengan bijirin&susu , atau menjadikan buah-buahan sebagai kudapan itu jauh lebih sihat berbanding mee,bihun,atau nasi lemak, juga jajan...Akhirnya saya tersenyum sendiri..

2. Berbeza minat.

Saya suka membaca. Saya suka mengumpul buku. Sepanjang di UIA, sebelum diambil sebagai isteri, saya sanggup mengikat perut kerana hendak membeli buku-buku rujukan original yang mencecah ratusan ringgit. "Sebulan Tiga Buku" itu polisi hidup saya sejak dari zaman bersekolah hinggalah ke universiti. Akan tetapi, suami tidak begitu. Satu muka surat sudah cukup untuk mendodoikan dia. Tidak perlu "lullaby song", dia akan lena dengan sendiri. Saya lebih suka membaca, tapi suami lebih suka mendengar.

Hari ini, setelah 3tahun lebih membina perhubungan, saya semakin kurang membaca. Perlahan-lahan saya sedar, membaca bergunung-gunung buku kalau tidak diamal,ilmu itu tidak lekat lama didada,lama-lama hilang juga. Saya belajar dari suami. Dia tidak banyak mengumpul ilmu, tetapi yang sedikit yang dia tahu itu dia amalkan sepenuh jiwa. Saya mendapat satu pengajaran : Ilmu itu di dada bukan di buku. Suami pula, sudah boleh menghabiskan sehelai dua mukasurat artikel. Tidak banyak. Tapi cukuplah. Kesimpulannya, bersederhana.

3. Hiburan berbeza.

Minat kami dalam hiburan adalah berbeza. Suami penggemar nasyid & lagu rancak. Tetapi tidak saya. Lagu-lagu dari Brothers,Raihan,Rabbani,Hijjaz, In-Team, Unic, dan seangkatannya sangat selesa menjadi halwa telinga dia. Sedangkan saya,selain Hijjaz, semuanya tidak kena ditelinga saya. Hanya beberapa nasyid yang kena dengan saya, kerana saya lebih suka lagu-lagu "balada-jiwang karat-tangkap leleh".

Tetapi setelah lebih tiga tahun perkahwinan, saya rasa kami sudah mampu menghafal lirik-lirik lagu kegemaran masing-masing yg akhirnya menjadi "sedap" di telinga masing-masing. Mungkin kerana kereta kami cuma ada satu radio. :-)

4. Movie berbeza.

Kami punya minat terhadap genre movie yang berbeza. Saya penggemar cerita Melayu sedangkan dia peminat cerita matsaleh. Korean movie,cina,thai,hindustan amat jarang masuk ke senarai kami. Dulu saya peminat tegar drama melayu. Di awal-awal perkahwinan kami tidak pernah menonton bersama. Jika waktu suami menonton, saya menemani di sebelah dengan laptop di riba atau buku ditangan. Begitu juga dia.

Tetapi hari ini, kami sudah boleh berkongsi minat yg sama..sama-sama duduk di hadapan tv, tutup lampu, menonton english movie. Kadang-kadang filem melayu. Oh,saya tidak lagi minat dengan drama melayu dek kerana jalan cerita yang sama,perlahan, tidak berkembang, lalu membosankan. Kiranya cuma memilih yg berkualiti sahaja. Ini pengaruh suami :-)

5. Hobi berbeza.

Suami suka berjalan,bercuti dan melancong. Saya tidak. Bagi saya, berjalan itu adalah penat-rimas-panas-melekit-susah-tak selesa. Kesimpulannya duduk di rumah menonton tv sambil menghadap sepinggan snek atau jajan itu lebih membahagiakan. Tapi itu dulu. Sekarang saya sudah seperti dia. Ada sahaja ruang untuk kami berjalan. Tidak jauh dekat pun tak mengapa. Tidak lama sekejap pun jadilah.

Banyak lagi contoh lain rasanya jika saya korek-korek memori ini. Pada saya, "keserasian" antara dua jiwa yang lahir dari dua rahim yang berbeza ini bukan perkara objektif yang boleh dicerita secara A,B, atau C. Selalunya dulu bila ada yg bertanya bagaimana memupuk keserasian dalam rumahtangga,atau kalau ada yang mengadu tidak serasi dengan suami, saya sendiri tumpang buntu untuk membantu. Saya sendiri tidak ada jawapan, kerana pada saya keserasian itu akan datang sendiri seiring dengan kerja Allah. Kita tidak boleh memaksa diri untuk suka sesuatu yang kita tidak suka.

Kunci di sini, saya rasa cuma dua : IKHLAS dan SABAR.

Sabar dengan sesuatu yang kita tidak suka, dan ikhlas mencintai dia,bukan kerana rupa,harta,atau sebab tersembunyi.

Ini cuma buah pandangan saya melalui pengalaman yang secubit ini. Saya masih baru di alam rumahtangga,masih banyak lompong-lompong ilmu yg belum terisi. Masih jauh perjalanan ini. Saya harap semoga Allah jadikan banyak lagi keserasian dalam perhubungan kami dan perhubungan kalian suami isteri.

Wallahu A'lam
Dan Wassalam.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 1, 2012

KL on Earth Hour Night.

During earth hour :







After earth hour :




**same jer..except for the KLCC


- Posted using BlogPress from my iPhone