Assalamualaikum..salam kasih sayang di pagi minggu..
Saya tak suka tidur,tp kalau saya dah tidur,saya tak suka bangun.Saya akan jadi suka pada tidur saya..haih,susah nak ringkaskan ayat!
Conclusion : SAYA MEMANG HANTU TIDUR...
Dulu saya tak tau pun saya ni kuat tido.Waktu kat maahad dulu kawan baik saya malissa selalu complain : "mu kalo tdo mmg payah nak bangun"..takat tu xpe lg. siap exaggerate "pg td waktu qiam aku tolak2 badan mu punya kuat...pooooon x bangun!" ahh..mesti dia saje reka2 kan..takkanlah kot..(err..ntah2 betul..sori lisa ;p)
Pastu time sekolah jgk saya suka tido pagi dan tido petang...dan jgk tdo mlm. Abang-abang saya kalo kejut mst bunyi dia mcm gempa bumi "aaaaaaadiiiiiikkkkk!!!!banguuuuuuuun!!!!" ye,diorang tarik sampai doplohlapan harakat,vokal paling tinggi,siap dgn efek tendang2 pintu bilik tu..ada saya bangun? Takde maunyeee..yg best tu sbb saya ank tunggal pompuan,bilik xde share dgn sesiapa ye..hohoho..
**tapi saya ada sorang abg,abg Mujib saya kalau dia kejut mst saya bangun. Dia tutup kipas,buka lampu,letak tgn dia kt ubun-ubun saya,pastu slow2 dia seru saya "adik......bangun dik." yes,tang tu jgk saya celik mata.bangun.senyum.tenkiu. Haha..dia je blh kejut saya dgn berkesan,tu pun lepas dia attend kelas psikologi time dia kt uia.. (eh...psiko kah aku?gulp!)
Zaman kat 'u' plak.tukang kejut saya pg2 adalah kak anoi.ni rumet tegar saya.. (kak,saya sayang akak!) 5minit sekali dia kejut. Bangun pagi,dia kejut.tak bangun.pastu dia g gosok gigi.dia dtg kejut.tak bangun.pastu dia g mandi.dia kejut.tak bangun.pastu dia siap pakai baju cantik2.dia kejut.tak bangun.bila bau je perfume dia,nampak dia dah berdiri depan pintu compartment saya,dah siap sandang beg dan pegang buku,dan bila dengar dia cakap "sukati ko lah sumayyah." otomatik saya akn bangun sbb tau bila dia dah g kelas takde sape dah nak kejut saya! Haha...tapi gigih kan dia buat benda sama mcm tu tiap2 hari.
**bila kak anoi grad,sbb dia senior 2tahun dari saya,saya selalu miss class.tp Tuhan tu baik...dia bagi saya kawan mcm Una,yg selalu susunkan jadual untuk saya tiap2 sem (dia pun spesis mcm saya). Sejak tu saya takde dah ponteng class pg,sbb semua class saya start kul 10 onwards!! Thanks una.
Pastu bila dekat2 nak kawin hobi saya makin menjadi. (sbnrnya bukan salah saya,tp salah org sekeliling sbb ada je yg nyokong hobi saya ni..contohnya : una..sila baca entri ni smpai habis,korang mesti akn setuju bahawasanya ramai yg nyokong hobi saya ni..hehe)
Ok sambung.
Waktu 2,3bulan nak kawin saya dgn mak tinggal dgn abang sulung saya.sbb rumah kami tgh renovate. Memula pikir mst x best,dah x blh tdo byk2,segan kot dgn kakak ipar. Sehari dua tebiat tdo pg tu xde la,kul 9pg bangun la,tp xtau nk buat apa sbb breakfast abg dah beli siap2 sblum g keje.Nak masak untuk tngahari kakak ipar saya tak bagi. Siap warning lg "akak nak treat yah dgn ma sebagai tetamu istimewa selama duduk sini"..hurm,tenet xde,astro xde, computer game x best,jadi.........apalagi choice yg ada selain tido?
Weekend mst abang&ank2 buah bising,cik su ni tdoooo je..bangun le,berenti le berangan jadi anak dara..sampai ank2 buah selalu bila masuk bilik buat-buat efek terkejut "eh eh..ada baby besaaaaar punya dlm bilik tgh tido..." sakit hati campur kelakar ok..
** Mak selalu bebel..bangunla...duduk rumah org ni,tolong2 la kakak tu apa yg patut. Pastu kakak ipar saya mesti cakap : " eh biarla,sementara jd ank dara ni lah ma nak tido puas2..esok da kawin tak boleh dah..dah g tdo..g..." kan?betul kan?ada je yg nyokong..tp kakak ipar saya silap,sbb dah kawin pun ada jg yg nyokong..siapa?husband saya lah tu..
Memula kawin cam isteri lain jgk konon-konon nk siapkan breakfast untuk husband pagi2..kemas rumah bagai.. Sekali husband cakap, (ni betul ni saya tak tipu).. "abg bukan keje mcm org lain,pagi2 kena breakfast,bersiap g keje.ayg x payahla nak buat breakfast semua tu.lagi baik temankan abg tido je"...oh dia pun suka tido jgk rupanya..jadi breakfast kami biasanya kul 12 tghari :-> tapi kalau time ada class tu kena bangun pg jg lah kan.dlm kul9 gitu..husband yg sediakan breakfast (sapu jem kat roti) kalau hari saya ada class.. tenkiu abang!
"vaccum cleaner tu berat..ayg xpyh buat.nanti abg vaccumkan karpet tu"
"washing machine tu besaaar..ayg nanti xsampai tu nak kaut semua baju..xpe tinggal.nanti abg jemurkan"
Yg tinggal utk saya cuma bersilat didapur & tidooo je..tenkiu again abang.
**kan betul ada je yg nyokong kan?
Sejak tu jg lah saya dan suami ada satu hobi baru iaitu sama-sama silentkan henpon bila tido..hehe..org kata tdo pg payah rezeki..tp kalau dah mmg keje husband tu jenis yg byk keje belah mlm..rezeki mlm..nak buat camana kan?
Sekarang bila dah ada baby jadual tdo tu dah berubah cikit..sikiiit je pun..sbb baby imtinan ni jenis yg ikut mama&papa dia jgk..jenis yg kul 10 mlm dah tdo,kul 11pg baru bangun! Tp dia x boleh kalau mama dia tinggalkan katil.mesti dia bangun.jadi apalagi yg mama blh buat di atas katil yg empuk disulami sejuk aircond ni selain tido?tengok...anak pun nyokong jgk!
Cuma tebiat susah bangun tu dah takde dah..anak bunyi hek hek ckt dah bangun dah..bunyi anak je ye.bunyi benda lain saya tak layan. Sebab tu hobi saya dan suami dalam men-silentkan henpon tetap tak berubah walopon dah ada baby. Makin menjadi lagi adalah. Reason : takut nanti baby bangun kalo bunyi henpon..
Moral : hargailah setiap moment2 indah kehidupan.
- Posted using BlogPress from my iPhone
"Bicara Kita Bicara Sufi, Tanpa Suara Tanpa Bunyi, Namun Tak Sukar Dimengerti, Kerana Ia Lahir Dari Hati, Jua Hadiah Buat Hati"
Sunday, February 26, 2012
Thursday, February 23, 2012
Tips Sebelum Bercuti
Assalamualaikum..salam kasih sayang untuk sahabat-sahabat kamarsufi..semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Kali ni saya nak kongsi tentang persediaan asas sebelum bercuti. Ramai org lupa yg asas sebab selalu nampak yg best2 je..tak cakap org lah,saya sendiri pon pernah lalui juga pengalaman tak best beberapa kali..terutamanya waktu ke egypt dulu. Tapi tulah org kata experience is the best teacher kan..yes,true. I learnt somthing ~~lot of things~~ from experience..
*********************
1. Weather
-Sila semak keadaan cuaca sebelum book flight. Tak semestinya untuk percutian ke luar negara je. Bercuti kat Malaysia pun kena check on weather jgk. Contohnya,adalah tidak sesuai untuk bercuti pada musim hujan. Bergantung kepada musim juga sesetengah pusat peranginan (contoh : Pulau Perhentian) akan ditutup. Jadi untuk elak pembaziran duit,semak betul2 dulu.
Semak juga keadaan cuaca sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh penerbangan. Ini mungkin lebih sesuai untuk percutian ke negara empat musim. Ini blh membantu kita menyediakan pakaian yg sesuai mengikut suhu setempat.
2. Passport
Ok. Ini penting. Just want to share my own experience. End of December last year,mr.faris went to Rome for work,me & lil' imtinan planned to tag along. On the day buat passport untuk Imtinan tu ramai sgt org,so malas nak tunggu, we decided to collect the passport next day. Pastu,adala something came up,so bertangguh-tangguh,sampailah 3hari sbelum bertolak. Tp rupanya that remaining 3days tu public holiday - imigresen closed!- ternganga je lah jawabnya.. Luckily,flight ticket belum beli lagi :-)
3. Visa
Ini juga penting..Jadi sebelum bertolak tu jgn segan silu, call lah embassy,tanya perlu buat visa ke tak. Some states require visa,some not,and other some require certain documents(eg : Australia) . Jadi benda ni kena pastikan betul-betul dengan kedutaan. Oh...boleh jg cek dgn syarikat penerbangan.They are expert on this matter.
4. Medical Box
Eh,tak semestinya bawak box tu. Maksudnya, bawak lah ointment dan ubatan yang perlu yang biasa kita guna. Kalau anda jenis yang cepat kena cirit birit, don't left your chi kit teck aun pil behind (contoh la.....hehe). Kita mesti tau diri kita camana kan. Kalau jenis yg selalu lenguh2 kaki,bawakla minyak mestika sekali..or actifast untuk yg senang kena headache.
Kat tempat org mana nak menggagau cari benda2 tu semua senang2 kan..So that nanti masa yg sangat-sangat berharga kat tempat org tu tak terbuang sebab nak melayan sakit pening tu kan.
Oh,if travelling with babies, dont forget to bring along their paracetamol and get the vaccination according to the place of going. Apa-apa pun consult paed dulu,mintak advice diorang camana..InsyaAllah nanti ada masa kita bercerita tentang travel with baby pulak..(hopefully)
5. The people
Have sometime to google about people of the state. Lain padang lain belalangnya,lain tempat lain orangnya. At least have some basic knowledge about their culture, what is dos and what is donts. Ini penting ye..kalau tak dari awal sampai, hinggalah balik selalu kena tipu je lah..
Urm...basically tu jelah kot beberapa perkara penting yang kalau takde percutian terpaksa dibatalkan ataupun laluilah percutian tu dengan seribu rasa tak best! :-)
Disclaimer : Apa yg saya tulis tu berdasarkan pengalaman saya je. Sekadar nak share,supaya apa yg jadi pada saya x jadi kat org lain..kita kan sahabat. :-) insyaAllah kalau terfikir nak tambah apa-apa saya update balik..

Tuesday, February 21, 2012
Putting Baby into Pool?
Assalamualaikum sahabat2 kamarsufi..moga dibawah rahmat&rahim Allah sentiasa..
Hari ni blog ni akan jadi blog mak-mak..Being a mom-what more a fulltime housewife- talking about children is the most like topic i guess..hehe..
Oh,to make it clear i'm not giving you guys any tips about baby swimming. Diri sendiri pon tak reti swim maaa...juz nak menyembang pasal experience jela..
After 1 week moved to condo,saya bwk imtinan turun playground. Mcm kondo2 lain,ada pool jgk..tiga hari turut2 bwk dia turun playground,juz to make her familiar with the crowds..nampak dia seronok je..kat sini anak2 arab sangat ramai..they look sooo expert in swimming. Yang umur xsampai 2tahun pun dah terkedek2 berenang sampai ke tengah without any swimming device!! Kagum yg amat saya..dahla adult pool.parents tgk dari ats je..
So first lesson kat bathroom jelah..At first,guna besen mandi tu (sbb takde bath tub kan..)..penuhkan air,tengok dia seronok je dlm air tu..splash..splash..ok,gud sign! The next day buat lg mcm tu..mengekek2 dia ketawa..
So the next day this exciting
Mama discuss with papa..Papa even more excited!haha..we brought her down to the pool again.Pakai rompers je,baju mandi belum ada lagi..Celup2 kan kaki je..eh budak ni tak takut..ni tak blh jadi terus rendam dia sampai dada..menjerit2 dia ketawa..juz for 15mins,angkat balik..i read somewhere yg baby xblh lama dlm air,bimbangkan paru2 dia..
Malam tu jgk we went to Sunway Pyramid carikan swimming suit untuk Imtinan and the most important thing is her swimming diapers..swimming suit x susah nak cari. Yang susah swimming diapers.Sebesar2 sunway pyramid tu takdo den jumpo..Dari sunway kami ke curve..Mothercare, First Few Years,kedai2 swimming semua terjah sampai melecet2 kaki..xde jugak..last try @tesco..pun xde..
Balik ke Wangsa maju,ushar kat Jusco takde jgk..gagahkan diri ke Jusco Setiawangsa dgn harapan Jusco kat situ kan besar..tapi xde juga.. Laaaaast sekali singgah ke Wangsa Walk..cari kat Cold Storage..eh...eh...ada!!!
Alhamdulillah...Mr.faris cakap..org dtg cold storage carik bahan basah,lauk2 segar..kita dtg caro swimming diapers..menggeleng panjang dia..apa2 jelah bang..yg penting jumpa..
Inilah mendenya Huggies Little Swimmers..tupun lama nak memilih sbb size dia beza..kalau diapers biasa Imtinan dah pakai M..tu pun dah mcm sendat2..tp huggies little swimmers ni cutting dia besar..terpaksa belikan saiz S untuk dak kecik ni..tupun mcm ada longgar2 lagi..xpela asal jumpa..syukur yg amat..
Enjoy few piccas..xdpt amik byk sbb tgn dh basah2..iPhone kan manja..xblh langsung kena2 air ni..
Penat kot..naik atas mandikan dia terus berbungkus dan tido...
Kami harap Imtinan nanti akan pandai 3jenis sports ; berenang,memanah, dan berkuda..insyaAllah...Ameen.

Sunday, February 12, 2012
Kenapa Saya Jadi Suri Rumah
Assalamualaikum.......
Nah, topik kali ini jelas,ringkas,dan terang. Tak berbunga tak berbelit.
Saya sendiri menarik nafas panjang sebelum menaip entri ini. Tersalah taip saya yg akan kelihatan lemah. Saya tidak mahu kelihatan lemah dalam bab ini. Saya mahu jadi seorang surirumah yg sempurna. Sekali lagi jelas dan terang di situ.
Tidak ramai yg menyokong keputusan saya. Rata-rata mengerutkan dahi, bila saya katakan saya memilih utk tidak bekerja selepas tamat belajar.
"Rugilah...."
"Tak bosan ke belajar penat-penat duduk rumah je?"
"Masa depan tu..."
..
..
..
..
..
..
..
Dan segala macam ayat klise dlm masyarakat Melayu yg malas hendak saya taipkan di sini... Biar siapapun mereka, baik seorang surirumah,seorang graduan,sorang penjawat awam, seorang kerani, seorang guru, seorang pensyarah...komennya tetap sama..sangat klise! Kadang-kadang saya panas hati juga tp selalu saya pujuk hati..
Biarlah mereka terus-terusan menilai ilmu itu pada sijil dan jawatan..saya tetap akan menilai letak ilmu itu di dada.. Saya ada matlamat jangka panjang saya yang tak siapa pun faham.
Inilah yg ingin saya kongsikan di sini. Say tidak memujuk sesiapa utk membuat keputusan seperti saya. Saya cuma meluah rasa, dan terselit juga secebis harapn moga-moga yg terbaca entri ini akan terkeluar dari kelompok klise di atas. Mudah-mudahan.
Saya memilih untuk tidak bekerja kerana :
1) Menyara keluarga dan menyara saya itu adalah tanggungjawab suami.
Saya berbincang dengan suami, dia sanggup menanggung saya sepenuhnya. Saya tidak meminta lebih dari dia.Cukup makan,pakai,perlindungan. Cukup. Adapun segala kemewahan yg diberi adalah rezeki yg dia kongsikan bersama saya. Oh ada pulak yg berkata..suami gaji besar takpelah... Makcik-makcik...sekalipun suami saya kerjanya membanting padi di bendang, selagimana dia sanggup menanggung saya, keputusan saya tetap begini. Makanlah seadanya, hiduplah seadanya. Saya cuma mahu menegaskan, saya tidak bekerja bukan kerana suami bergaji besar, tapi kerana suami sanggup menanggung makan pakai saya.
Bersyukur juga kerana saya dilahirkan sebagai si bongsu yang tidak punya adik-adik untuk dibantu..abang-abang saya juga alhamdulillah dikurniakan Allah rezeki yg cukup utk meladeni hidup.
2)Saya punya cita-cita besar.
Selalunya dulu tiap kali sesi taaruf , memberitahu cita-cita itu agenda wajib. Part inilah saya selalu menipu. Cita-cita saya selalu bertukar2,kerana saya menipu. Apa yg terlintas difikiran itulah yg saya beritahu. Saya ralat memberitahu cita-cita sebenar saya. SAYA MAHU JADI PAKAR. Pakar dlm apa shaja bidang yg saya sertai. Bunyinya tinggi benar,kerana itu saya agak ralat menyebutnya. Bimbang kedengaran angkuh. Kalau dulu saya dibidang undang-undang makanya cita-cita saya bunyinya begini : PAKAR UNDANG-UNDANG. Tapi bila saya memegang jawatan sebagai isteri dan ibu, saya pastinya ingin jadi isteri yg pakar dan ibu yg pakar. (menjadi isteri yg pakar itu tidak susah, tp menjadi ibu yg pakar itu amat amat amat susah bukan?)
Jadi saya harus memilih, menjadi pakar undang-undang kah, atau menjadi isteri dan ibu yg pakar? saya memilih yg kedua. kerana saya tahu saya tidak mampu memilih keduanya. Saya tidak mahu menjadi orang biasa-biasa di bidang perundangan. Begitu juga saya tidak mahu menjadi ibu biasa-biasa dlm mendidik anak.
3) Tiada yg boleh menjaga anak saya sepertimana saya.
Usai melahirkan, saya dan suami merencana untuk mencari pengasuh kepada anak saya. Saya berazam tidak akan menyerahkan anak saya pada sesiapa pun kecuali kepada seorang wanita solehah yg sanggup menjadi ibu susuan kepada anak saya. Hingga ke akhirnya saya tak jumpa. Rumitkan syarat saya? Kerana dia anak saya. Amanah untuk saya.
Ini bukan soal keselamatan anak semata. Ia lebih dari itu.Ini soal kemahuan saya.
Saya mahu bila dia bangun dari tidur, dia mendengar "Assalamualaikum, wahai anak solehah"
Saya mahu bila dia disusukan,dia mendengar "Bismillahirrahmanirrahim"
Saya mahu bila dia siap menyusu, dia mendengar "Alhamdulillah"
Saya mahu saat dia di mandikan, dia akan dinyanyikan dgn alif,ba,ta bukan ABC.
Saya mahu saat dia dimandikan, dia akan dinyanyikan dgn wahid,isnain,salasah bukan 1,2,3 atau one,two,three..
Saya mahu saat dia diurut dengan minyak bayi, dia mendengar selawat nabi,selawat syifa',dan segala burdah.
Saya mahu saat dia ditidurkan,dia akan mendengar kalimah tauhid.
Saya mahu bila dia lena, dia akn dibisikkan "Selamat malam wahai pejuang agama Allah"
Kenapa saya setegas ini? Kerana saya mahu anak saya menjadi ulama' yg mahir menafsir kitab-kitab arab. Bila anak saya lelaki, biar dia hebat memperjuangkan kalimah tauhid. Bila anak saya perempuan, biar dia didik anak-anaknya memperjuangkan kalimah tauhid. Cukuplah andai saya dapat melahirkan seorang anak andai yg seorang ini jadi "begini". Itu cita-cita besar saya untuk Islam.
Saya tahu tidak ramai yg faham maksud yg ingin saya sampaikan. Maah suami saya yg berkongsi selimut dan bantal dengan saya juga tidak mengerti kenapa saya memilih utk menyimpan ijazah undang-undang saya itu. Biarlah. Tidak faham tidak mengapa asalkan mengizinkan dan menyokong. Alhamdulillah, abang-abang yg dulunya menanggung pengajian saya tidak seorangpun bersungut bila saya membuat keputusan ini. Malah ada yg menyokong. Ibu saya juga tidak menghalang. Syukur pada ALLAH atas jalan yg dipermudahkan ini.
Mudah-mudahan rencana saya dlm mendidik anak ini membuahkan hasil yg lumayan...
p/s : bergetar rasa hati bila teringatkan amanah besar dlm membentuk hamba Allah yg suci murni ini.Bimbang andai saya tersalah langkah lalu mencoret kotoran pada dia. Minta dijauhkan ya Allah...

Kerana Kehilangan Itu Abadi
Assalamualaikum sahabat-sahabat kamar sufi. Semoga dirahmati Allah sentiasa.
Lama menyepi kembali saya mengukir seri di sini. Menguruskan si kecil Sofiyya Imtinan sendirian benar-benar menguji kesabaran. Dia banyak mencuri waktu-waktu senggang saya untuk berblog. Tapi dia tak mengerti apa-apa. Mahunya cuma perhatian. Comel bukan?
Semalam, saya mendapat panggilan dari seorang sahabat. Ini sebenar-benar sahabat. Sepanjang menjalin ukhuwwah dengannya dia tidak pernah berkata tidak untuk setiap pertolongan yg saya perlukan. TIDAK PERNAH. Mulia bukan hati dia..Hampir setahun saya tidak bertemu dia, entah semakin bulat, entah semakin susut..saya kurang tahu. Kami cuma berhubung melalui sms dan panggilan telefon. Kerana dia seorang muslimah solehah yg cukup terjaga keperibadiannya. Dia bukan mudah diajak lepak tak kira tempat. Itu saya faham.
Baru-baru ini phone saya rosak. Jadi lama juga kami tidak berhubung.
Semalam dia hubungi saya. Dia sentiasa ceria. Ketawa tidak putus, bertanyakan itu ini tentang Imtinan. Walhal hati berselubung duka. Dihujung ketawa itu ada getar suara yang saya tangkap. Ayahandanya baru meninggal. Saya pula yg terkedu. Kehilangan ayahnda tercinta perit yg amat. Saya lebih dulu merasai itu. Tetapi beratnya ujian sahabat saya kerana perginya ayahnda ini sekaligus menjadikan dia yatim piatu. Saya teringat kembali cerita-cerita dia tentang duka hilangnya seorang ibu. Kini ayah pula pergi. Peritnya hanya ALLAH yg mengerti, kerana kehilangan yg ini adalah kehilangan abadi. Kehilangan ini tiada ganti. Tidak akan ada lagi senyum ayah, tidak akan ada lagi tawa ayah.
Berdukalah semahumu duhai sahabat selagimana kau tidak mengeluh dgn ujian ALLAH ini. Bersendulah dgn tangismu selagimana kau tidak persoalkan kenapa ALLAH menjadikan takdirmu begini.
Sahabat saya Rabiiatul Adawiah, Tuhan memilihmu kerana dia tahu kau kuat. Lipatan masa akan membuktikan muslimah bernama Rabiiatul Adawiah Ibrahim ini teguh hatinya.
Saya tidak mahu menghalang dia menangis. Menangislah asalkan dihati ada redha..Tangis itu walau terhenti, akan tetap berulang dan berulang lagi kerana saya tahu, ada ketikanya bila rindu menjengah, hati akan tetap bergetar juga. Kerana yang ditinggalkan ini akan sering terasa bahawa rindu ini tiada ubatnya!
Kalau kebetulan sahabat saya ini menjengah ke sini, saya ingin dia tahu bahawa saya dan dia berkongsi rasa dan sendu yg sama..Tp sebagai manusia, kehidupan itu wajib diselusuri hingga kehujung walau sepayah mana jalannya....
Al-Fatihah buat ayahanda dia juga ayahanda saya. Moga mereka berdua ditempatkan bersama para solihiin..
Amiin...

Subscribe to:
Posts (Atom)