Tuesday, November 26, 2013

HOME OFFICE : Urgent Boxes

Assalamualaikum,

DIY lagi.
A person who loves to DIY is not chepskate. But a cheapskate will always love to DIY. Eh?? Ye ke..... Mengutuk diri sendiri letewww...

Urgent boxes ni fungsinya untuk simpan "kertas-kertas" yang macam2 sebelum di pidahkan ke fail masing-masing.

Setiap hujung bulan, saya akan cek kertas2 ni semua dan dibahagi-bahagikan ke fail masing2. My bad. I just do not have enough time to take care of them every day... Wuhuhuhu...

So, everytime bila dapat surat,brochure,voucher, bill, ataupun bila balik dari shopping, we just put them into these boxes. Ikut sepertimana yg dikategorikan. Sebelum ni saya gunakan laci untuk asing-asingkan semua kertas2 tu. Ended up with mess! Pertama, sebab laci tertutup. Jadi tak merajin manalah nak membelek laci kan..hehe.. Keduanya, sebab tak cukup laci. Laci boleh guna utk fungsi penyimpanan benda lain pulak.

So......a half cheapskate like me, apa lagi kan, DIY lah kerjanya. Takdelah cheapskate mana pun, tapi saya mmg suka DIY.

Saya perlukan 2 kotak kosong. Recycle kotak susu sustagen Imtinan.



Sedang elok je saiznya. Potong tengah2.



Lekatkan mana2 bahagian yang terbuka. Guna selotape yg kuat sikit.



Then balut. Saya recycle pembalut yg ada je. Balit guna double tape untuk kekemasan maksima. Hahahha.



Lekatkan kat softboard. Guna peniti je.



Dapat 4 bahagian. Sticker sementara. InsyaAllah lepas ni ada label homei2...

Tata....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 7, 2013

Phewwww~~~

Assalamualaikum,

Lama saya buat-buat cuti. Sihat ke korang? Kisahnya telefon tua ni rosak...merajuk agaknya selalu kena panggil talipon tua..."imtinaaaaan, mana talipon tua mama?" Haaa, mcm tu la tiap2 hari kalau mencari time lupa letak ke apa ke... Hahaa..mana tak tua kan, kejap2 padam. Kalau padam lepas tu ok balik takpe. Ini lepas padam, dahla dia ON-kan diri dia sendiri. Pastu dah semuaaaa contact hilang. Restore balik. Selang tiga pat hari padam balik. Laaahhhaiii...

Maka disuatu petang yg hening. Tatkala bumi cyberjaya ni menerima muntahan hujan yang melebat gila2, talipon tua ni kojol terus. Mr.Faris dah jeling maut dah. Keh3... "Kali ni jgn degil, meh abg update ios6...belajar2 la guna nanti..senang je.."

Hey, i kampung you. I tak suka penat2 kepala pikir nak guna gadget canggih manggih ni tau.

"Ahhhh...tak payah. Abang trade in je tepon ni dgn nokia 3210 doploh biji."
-dialog tipu je ni-

Mcm tu la, keras kepala sgt tanak update kan. Mau talipon tak merajuk. Dia pun teringin jgk la kot nak up to date. Tapi kejadian tak berenti kat situ je. Lagi "best" bila lepas update tu terus SEMUA HILANG. S.E.M.U.A means SEMUA lah. Pakwe kite kate kan...dia salah select apemende tah. Kite tensen. Pastu yang PALING BEST adalah kite tak bleh nak log in blog kite sendiri....hoiii...bikin marah nih. Hahaha...

Ini mlm ni tetiba plk blh log in...terkejut jgk. Tapi syukur lah kan.

p/s : Amboiiii kak fizah sioca kite tu... Dah ke cabaran dapur ye. Ni naik bullet train ke apa nih? Kita kayuh sampan pakai dayung je...slow. Hahaha...

Err...babai dulu eh. Jap, pengubat jiwa....




Mana kakak mana adik? ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 1, 2013

DIY Drawer's Partitions

Assalamualaikum,

Sedang melalui hari-hari yang sibuk sekarang ini. Tapi rutin buat keje rumah hari-hari tu sama je la pun. Tetap buat jgk.
Tak penat pon. Kata pro....hahahaha...

Kat umah sekarang ni , bila kitorang pindah masuk tu dah siap kitchen kabinet dah. Ha....pompuan, mestilah suka kan. Boleh simpan banyak banyak banyak barang. Kononla. Tapi tulah, pakwe iollss tu kan, dia tak boleh nampak brg macam2 ni. Agak2 dia benda tu tak berguna, kang dia buang la. Saya pulak sekarang ni tengah 'gila kotak'. Beli susu simpan kotak. Beli cereal simpan kotak. Tau2 tadi tengok almari,ehhhhhh....ni apesal dah penuh ni? Alamak. Kalau mcm ni nye gaya harus dpt tazkirah freeeee je ni kang.

Duduk depan tv jap sambil makan nasik (budak2 dah tido....) tingggg dpt idea.
Setakat ni dlm "bank kotak" saya tu ada 4biji kotak susu imtinan. Mcm sedang elok je dgn laci dapur tu. Ok cer try dulu...

Ini kotaknya,



Kang kotak ni dipotong2 bahagian atas tu, dia akn bertukar jadi ini :




Ha...lepas tu susun je la dlm drawer.
Macam gini :



Semenggah ler sikit rupa parasnya. Senang je...Tinggal lagi baju je tadek ni budak ni...sabar ek, baju nanti lenkali. Kut ado rejeki, mau pakekan baju cantek2 le sikit...keh3..

(entri ni taip semalam. Ingatkan dah publish, rupanya idok...terlelap kejadiannya.)

# pemandangan petang hari di kediaman kecik kami...suram je...huhuhu...