Sunday, December 22, 2013

Bercakap

Kalau hari ni Iman cukup setahun. Hari ni jugak Imtinan cukup 2tahun 3bulan. Diorang kan share haribulan yg sama :)

Skrg ni suka sgt bercakap. Mcm2 vocab dia serap. Siap dah boleh buat ayat. Mmg dah blh layan besembang la dgn dia. Best! Saya mmg suke layan dia becakap. Dari dia kecik2 dulu lagi saya mmg buat kawan dgn dia. Dah mmg saya kat umah ni sorang2. Nak becakap dgn sape lg kalau bukan dgn dia kan? Hahaha. Boleh mati oii tak becakap sehari.

Yg paling seronok sekali bila dia tiru apa yg saya duk cakap kat dia hari2.. Tersegan pun ye jgk. Sbb mcm boleh nampak diri sendiriii je kat tingkah laku anak tu. Haha..

Mama : Imtinan, cepat lah sini...
Imtinan : Mama...shabar boleh? Shabar...
Mama : ...................

Mama : Imtinan, tolong amik pampers.
Imtinan : Kejap...kejap...
T__________T

Tu kadang kan kalau dia nak form ayat yang panjang...punyeeeela susah. Pelan2 satu2 dia susun word tu. Memang tunggang langgang habis lah. Hari tu Mr.Faris outstation. Biasa balik siang dah, dlm pukul 9pg mcm tu. Imtinan dgn Iman time mcm tu dah bangun tido siap mandi. Boleh terus main dgn Papa. Ada satu kali tu Mr.Faris balik dah tengah malam dlm pukul 11malam kot. Terus pegi tido sebelah Imtinan. Tak kejut la dah tengah malam kan. Dalam pukul 3 pagi mcm tu Imtinan terjaga. Saya mmg belum tdo lagi. Dia pandanggg je papa dia kat sebelah. Gelap kan lampu tutup. Terus cepat2 Imtinan bangun pegi kat saya..

"Mama....sya-pe tuh? Eiii...bunyi...tidur... (Papa dia tidur berdengkur ;p)

"Imtinan tak kenal ke tu sape?"

"Urmmmm...."

"Cer Imtinan g tengok dekat2"

"Ehhh....laaaa...papa!!! Hahahahaha"

Terus dia gelak besar...

Ok tu first time saya boleh perasan yg Imtinan dah boleh form ayat yg panjang..dan dah faham situasi yg complicated bg kanak2. Bukan mudah situasi untuk kenal seseorang dlm gelap. Nak respon macamana. Nak kontrol terkejut. Nak cakap apa...kan? Seronok tgk perkembangan dia.

Semalam paling panjang dia susun ayat.
Bangun pagi, tengok Papa dah takde kat sebelah. Dah keluar setelkan urusan.
Pastu dia tanya saya..

"Mama....papa...ma-ne?"
"Papa g buat keje sikit,"
"Allaaaa...na-nak lah,"
"Imtinan taknak apa?"
"Nanak la...papa....keje..."
"Oh...bukan. Papa bukan pegi keje. Papa cuma g buat keje"
"Ooooo....bu-at....keje?"

Diam jap. Berpikir sesuatu. Pastu sambung lagi.

"Mama...."
"Ye sayang...."
"Kakak....kayuh-kayuh....ashi-kal...tok-ayah...baru....mainan....umah"

Aaaa sudah....mati nak memahamkan ni. Ape la dia maksudkan tu. Huhu...
Dia mmg bahasakan diri dia "kakak". Dia tak boleh sebut nama sendiri. Kalau sebut nama sendiri terus jadi "Nai"...haha..

Saya suruh dia ulang lagi sekali. Lepas tu saya teka la. Banyak kali jgk dia cakap "bukan...bukan...". Ok, tekaan saya tak kena la tu dgn apa yg dia nak. Lama betul kitorang berteka-teki. Rajin pulak dia duk ulang2 cakap benda sama. Finally saya dpt teka...Phewww...

Rupanya dia nak cakap.

"Kakak balik umah tok ayah. Ada mainan baru. Kayuh-kayuh basikal!"

Hahahha...mimpi naik basikal dgn tok ayah dia agaknya. Huhuhu...































Sayang sungguh2 kat Papa dia. Diorang dua ni mmg ada bonding yg sangat rapat. Pegi futsal pun bawak anak. Pegi jumpa lepak dgn kawan2 pun angkut Imtinan. Sampai kawan2 dia kalau jumpa dia mmg tanya Imtinan dulu. Mana Imtinan? Imtinan sihat? Mcm tu.

Tapi imtinan sekarang ni mcm ada perasaan malu. Kalau tetamu dtg rumah dia jadi pendiam. Bermain tetap bermain. Tapi mulut tu tak becakap la. Org tanya apa2 x nak jawab. Padahal tetamu tu tok ayah dia je pun. Caner ek nak kikis buang sikit sikap malu tu? Hohoho....

Sayanglah ini budak.....sayang ketat2..


Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, December 21, 2013

Selamat Hari Lahir Sofiyya Iman :-)

21.12.12

Selamat ulangtahun kelahiran yang PERTAMA untuk anak mama Sofiyya Iman. Kejap sangat masa nih. Belum puas lagi nak gomol2 manja dah setahun dah.

Alhamdulillah...
Syukur dianugerahkan anak sebijak Iman, comel, manis, kalau senyum cair mama. You are just so cute in your own way dear.
Terima kasih hadir dalam hidup mama dan papa. Terima kasih menjadi penyeri rumahtangga mama dan papa. Terima kasih menjadi kawan dan sahabat Kakak Imtinan.

Walaupun Iman lahir dalam keadaan kami yg sedikit "sempit", kasih sayang kami untuk Iman dan kakak tetap sama. Takde beza sikit pun. Takde alat pengukur yg boleh ukur banyak sikitnya kasih sayang mak ayah pada ank2. Cuma hati sorang mak, hati sorang ayah je yg tahu banyak mana kasih sayang utk anak2 tu.

Setahun selepas kelahiran...

Alhamdulillah Iman membesar dgn sihat. Sekali sekala demam. Last sekali Iman demam waktu 7bulan rasanya. Lepas tu takde dah. Takat selsema sehari dua tu ada jugak..alhamdulillah. Dengan keadaan saya yg sorang2 dibumi cyber ni, family semua jauh, kalau anak2 demam/sakit mmg terasa sgt payah. Tambah2 kalau Mr.Faris outstation, terus x tau nak buat apa. Mohon sgt2 moga Allah sentiasa pelihara kesihatan anak2 dan Mr.Faris.

Kuat nangis. Haha.
Kalau sape2 yg baca entri2 saya waktu kitorang mula2 pindah ke Kota Bharu dulu boleh tahu lah macamana tahap parah Iman kalau menangis. Sampai biru muka dan tapak kaki dia. Pernah jgk sampai dia mcm sesak nafas. Sampai mcm tu. Memang ngeri ok. Ada satu kali tu waktu kitorang on the way dari KL-KB naik keta. Dia bantai nangis kaw-kaw punye. Dahla malam. Kitorang saje la pilih nak bjalan belah malam,ingatkan dia blh tdo lena. Rupanya takkkk. Mmg berentilah kereta. Berenti baru senyap. Asal keta jln je dia nangis. Waktu tu maid kitorang makcik Arni tu sampai nangis sama sbb takut tepaksa benti tepi jln tgh2 mlm...

"Bahayaaaa ini Puan. Di Indon sana perampok bisa datang kalau kita berenti gini tgh2 malam..."

Gitewwww...perampok tu penyamun la. Eh rasa rindu plk kat makcik.

Tp skrg Iman dah bagus sgt2 dah. Dia x nangis mcm tu dah. Asal dia kenyang, dia cukup tido, dia x berak. Baikkk je. Duduk la main sorang2. Dia x kosah sgt ipad,iphone,tv semua ni. Dia buat hal dia jelah. Sampai kerut2 kening dia tu kadang2, dek kerana fokus. Haha.

Suka sgt gelak pon ye. Kakak dia terjatuh pon dia boleh bantai gelak. Kitorang terbersin pun dia blh mengekek-ngekek ketawa.

Cuma satu je, Iman ni sgt cepat terkejut. Contoh kalau dia main2 ats katil tiba2 saya nampak bontot dia dah lat tepiiii sgt dah, so terkuat suara mcm jerit sikit "Iman!!! Tepi2..." Sbnrnya kita terkejut. Takut dia terjatuh. Dia pun sama2 terkejut. Sometimes, badan dia akn tersentak dgn muka takut2..huhu..kena peluk dia rapat2..usap2 belakang dia,baru dia cool down balik. If not badan dia akn terketar2..camana nk overcome problem ni eh? Huhuhu...nak google pun xtau nk panggil ni sindrom apa..hurmm...

Lain2 pekembangan...mcm ok je. Mcm budak2 baya dia lah. Belum blh bjalan lg. still meniti,bertatij sambil tolak kerusi, tolak walker, pegang sofa...bcakap pun ada la sikit2 yg dia faham. Mcm kalau dia buat apa2 yg dia tau tak boleh... Contoh bukk pintu kabinet dapur ke..dah terbiasa asal dia nak bukak je saya akan cakap "imaaan..." nada tegas sambil pandang tepat kat mata dia. So dia tau tu maknanya tak boleh. Kdg2 ada time dia terrrrbukak jgk pintu tu, belum sempat sy cakap dia dah lebih dulu stop. Pandang kite. Tunggu kita larang. Kira kalau xde sape tegur jgk mmg dia bukak la.

Selamba.
Kalau kakak tgh mkn biskut ke, kdg2 kakak terleka jap, tau2 biskut yg kt tgn kakak tu dah separuh dlm mulut Iman. Dia jenis tak kisah. Janji dpt. Kakak selalu nangis. Kang dia pandang je lah kakak nangis. Kalau dia rasa nak bagi balik, dia bagi. Kalau tak dia cepat2 habiskan. Pastu gerakkan tgn dia tanda "dah habisss".

Sama jgk kalau kakak tgh main apa2, tiba2 dia rasa dia nak main jgk benda yg sama, dia main amik je...yg Imtinan pulak feel kakak-kakak sangat, konon marahla...pastu cakap "Baby..." "Baby...ni kakak ni..." "Baby.." Konon mendengus2 lah mengeluh lah..marahla konon kan. Iman kang dia bagi balik benda tu, tapi dia geram dia pandangggg je kakak dia pastu cepuk sebijik kat muka...takpun dia tarik je rambut kakak tu pastu dia blah la...sambil blah terkekek2 ketawa... Kira mcm gangster ar sikit... Tak dpt barang dapat lepas geram pun takpe. Janji dapat. Kita setel terus je kat sini. Takyah gaduh lama2 simpan dalam takde. Jap lagi kita kawan balik ye kak...macam tuuuu...

Saya gelak je tgk perangai budak berdua ni. Makan sama, main sama, mandi sama, solat berjemaah pulak tu..tak menahan..hahaha...

Cuma ralat sikit tang iman ni sbb tak boleh fokus betul2 utk pendidikan awal dia. Kalau dulu yela Imtinan tu sorang je kan. Bangun pagi mandikan, sarapan dah boleh menghadap dia "belaja" apa2. Sekarang semua sekali harung je. Tapi dari sisi baik nye Iman byk kot absorb apa yg kakak dia belaja. Mcm kakak Imtinan dulu2 baya Iman ni kalau blaja alid ba taa tu still kat peringkat awal la. Iman ni siap huruf berbaris semua pun dia dah nampak. Secara tak langsung dia jgk blaja dari apa yg kakak dia blaja...Cuma dari segi output belum boleh nampak lagi.
Apa-apa pun sebagai mak ayah, harapan kita satu je....nak yg terbaik utk anak2...

Sebab tu kita tak boleh condemn cara org lain didik anak dia. Kalau terang2 cara tu salah, dan nak tegur, silalah guna polite way. Tapi condemn2 ni takyah la kut ek..sebab semuaaaaaaaaaa org pun bak yg terbaik utk ank masing2..tinggal lagi cara je berbeza.

Sama2 kita hasilkan generasi yg terrrrbaik utk ummah yg terrrrbaik. Boleh? Mesti boleee punye...

Daaaadaaaaa...



Picture tadi sebelum Papa g keje. Bersedihhhh je Mr.Faris kene g keje dihari lahir anak dara.


Pose feveret. Sujud. Sikit2 tertonggeng...


Tu tgh lap lantai dgn kakak sebenarnya tu. Masing2 pegang wet tissue kt tgn.


Mandi kolam. Asyik kena letak dlm pelampung je. Tak mampu saya nak handle dua2. Risau takut terlepas pandang. Mmg kena gilir2 sorang kat luar,sorang dlm pelampung. Tp Iman bangsa relax. Letak ar dia dlm pelampung tu. Kang dia hanyuuuut ikut air pastu feeeeeel, lama2 eh. Dah tertido???? Mcm tu...


Kat Penang. Mr Faris ni dia suka sangat cium anak2. Kejap kang dahi,pipi,rambut...anak2 mama...esok2 Papa dah tua jgn segan nak cium papa pulak k... (Oh...touching...)



Ni dlm flight ke Penang..cium lagi...hehe


Birthday girl. Suka tgk dia senyum mcm ni


Dgn mama tembam pulok...


Hepi 1year old birthday sayang! :)

Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 18, 2013

Salmon Goreng Kunyit

Ni kalau daku cek ada org search keyword "salmon goreng kunyit" ni mmg daku gelak kaw-kaw punye lah ni. Hahaha...

Dah bosan. Penat nak pikir. Imtinan tengah fasa memilih makan sekarang ni. Ni dah masuk hari keempat dia takmau nasi. Masalahnya bukan nasi je, bagi apa pun semua dia ckp "nanak". Ikut perangai sape la ni memilih makan mcm ni. Cer ikut mama nih, senang bagi apa pun jalan.

Dah sebulan beli salmon. Beli 5keping. Sekali masak sekeping je utk budak2. (Untuk bapak budak kena dua keping).
Kadang2 grill. Kadang2 masukkan dlm pasta. Hari tu tengah2 goreng ayam utk mkn malam, Iman nangis pulak. Mr.Faris mcm biasa la outstation. Imtinan pulak sibuk cakap "lapar...nak makan".

Cakap ar kat dia "mama tgh goreng ayam ni. Jap g lepas mandi kita makan, set?"

Imtinan : "Urmmm...nanak ayam,"

Haha bagus2..blh mak kau ratah nak..

"Fish nak?"
"Urm..nak..fish...shedapp"

Pantang anak jek sikit, terus buat. Haha.
Tapi mandangkan Iman tgh menangis taknak letak, dan salmon tu pun dah siap2 fillet, dah siap potong kecik, tabur jelah garam dgn kunyit. Pastu gorengggg 30saat. Hahaha.







Kejadian. Menjadi tak?
Pandai pulak mulut kecik tu komplen..
"Ape ni....eiii x shedappp"
Mendidih! Hahaha.

Pandai la cakap tak shehedap. Padehal tinggal belen 2,3ketul je. Suke lettewww.
Tapi tetap la dia x mkn carbo. Ratah ikan je semata2.

Petang tadi buat play-dough lagi utk imtinan dan iman. Kali ni iman mmg kaw-kaw punye join main. Sekali sekala nampak la dia jilat2 sikit rasa. Haha. Buat tiga kaler je mcm biasa. Satu pencapaian baru bila Imtinan dah start "mencipta" sesuatu yang ada rupa...nampak bentuknya apa...Maksudnya daya imaginasi dia tgh berkembang la tu kan. Ok alhamdulillah syukur...
(Ok saya mang kalau mampu nak train dia biar jadi creative dan inovatif)

Nak tau dia cipta apa?




Tutup dulu....


Surpriseeeee....hahaha boleh dia terpikir nak buat rantai leher kau... Siap berloket bagai. Besar nampak, permata berapa juta tu?

T_____T

Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 15, 2013

Blurrr

Taktau nak update apa.
Rasa mcm banyak benda je nak cerita.
Tapi tak tau nak cerita apa.
Ha...mcm blogger fofular plak tulih mcm ni. Alaaa bagila iolss berangan sikit. Kah3.

Betul banyak sangat mende nak cerita.
Sampai kadang laki masuk toilet pun rasa nak update kat blog. Eh?? Haha.
Sori bang ^-^

Hidup sekarang ni banyak pikir anak2.
Celik mata nak kena nampak anak.
Makan pun kena nampak anak.
Nak tidur pun kena peluk anak.
Mimpi pun kalau boleh nak mimpi anak-anak jugak.
Memerut je takmau ada anak2. Boleh hilang feel kott. Haha...Dahla bangsa sembelit. Tak gamak nak kepit anak2 sambil membuang. Tetttt............

Tapi mmg semua benda pun nak pk anak. Konsep dia "kids first". Gituuu... Tu yang kalau serah kuasa kat Mr.Faris suh suap anak2 makan, hangin je rasa kalau makanan tu cepat sgt habis. Masuk mulut bapak kekdahnya. Haha. Kids first kan. Ank kenyang dulu la, bapaknya makan belen2 je cukup ah. Tu pun kalau ada belen. Over sangat dah ni.

Ellehh,padahal Mr.Fris tu mcm lagi over je.
Next week Imtinan dah nak sart hantar g school (Mr.Faris selalu eja school tu as "scholl"...tak paham kenapa,serius.)...minggu lepas lagi dia dah start risau..

Kejap kang cakap..."isk camana eh yang Imtinan sekolah nanti".

Kejap kang cakap lagi... "Abang risau nanti camana teacher dia jaga dia ek?"

Pastu esok-esok kang dia tanya lagi... "Ayang,kalau imtinan berak kat school,pastu dia x bagitau aunty (gelaran utk cikgu kat school tu) mesti montot dia merah-merah kan?Kesiannyaaaaa.."

Lusa dia tanya lagi "Ayang...nanti teacher/aunty tu cubit2 Imtinan x? Mintak2 janganla..."

Ehhh mcm2 lagilah...

Nampak tak kenapa wife Mr.Faris ni kena jadi fulltime housewife? Ha gitulah dia. Muka perkasa tapi hati lembuuttt sangat. Hahaha...
(Abang kalau nak ngumpat2 iollss abg buat la belog sendiri...kih3)




Babai ;)

Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, December 3, 2013

Tarif Letrik Naik?

Garu pale...

Kalau bujang menyewa ramai2 xterasa sgt. Bil bulan2 boleh share ramai2. Kalau gaji 2k sebulan. Menyewa rumah 4 orang. Bil letrik rm200 sebulan. Divide 4, sorang baru kena bayar RM50. Tapi klaau dah kawin kalau RM200 tu mmg ko sorang jelah bayar kan...

September consumption, bil RM180. Oktober kita jimat sikit...dapat bil RM150. Ok ada harapan kurang lagi ni. Saya tukar semua mentol lampu yang kuning tu guna mentol putih. Jimat, watt rendah. Dengan harapan bil disember punye boleh drop jadi RM110 ke..memang tinggal harapan je la jawabnya kalau tahun depan tarif naik lagi...besar harapan kekal je RM150...

Adeh la... Nak boikot pun tak boleh kan.. Giler ah nak boikot TNB. Tak hagak2. Kalau Astro lain la. Saya tak subscribe dah astro. Bukan sempat nak tengok pun. Asyik2 ulang cerita sama apehal kan. Ada decoder pun buat apa kalau balik2 ulang cerita sama jgk. Dahla ikut suka hati dia nak buang channel mana nak tambah channel mana. Sukati je...

Part letrik ni, paling dasat fridge la. Takkan la mlm2 nak tido nak off peti pulak. Tu sewel namanya. Hahaha. Aircond pun on mlm kejap je sian ank2 nak tdo panas bepeluh2... Dah tgh2 pagi buta kang off je aircond, pasang kipas je.

Habis nak cut belanja tang mana pulak ni. Seriesly bila saya dah jaga akaun family (start anak dah besar sikit ni dah boleh fokus nak uruskan rumahtangga), memang terasa sangat la kalau harga apa2 naik. Gula naik. Petrol naik. Letrik naik. Gula naik tak terasa sangat. Kitorang kat rumah ni sebulan 1kg gula pun cukup dah. Tu kalau berdua je la. Kalau ramai tetamu datan lepas topup sekilo, kejap kang sekilo lagi...bancuh air kekdahnya...

Hurm...Taktau la nak komplen kat sape. Masalahnya ada ke tempat komplen? Hahahha. Merempan jela kat sini. Syukur jela dgn apa yg ada.. Tapi jujur dari hati memang rasa ralat, rasa tak puas hati pun ye. Lepas satu2...orang banyak duit takpela tak terasa la takat naik sikit2. Tapi utk golongan yg cukup2 je ni caner? Memang sentiasa tersepit la sifirnya...

Mana nak menabung utk anak2,
Mana nak bayar cukai,
Mana nak menyimpan utk masa depan,
Dengan harga rumah yg melampau2,
Buat loan beli rumah,kita dah mati pun belum tentu habis bayar... Melampau sgt harga property sekarang....

Redha dan pasrah..
Penat nak pikir. Benda2 mcm ni pikir sampai tertonggeng pon tak blh buat apa jgk. Luar bidang kuasa kita. Mcm saya cakap tadila...kalau ada kemampuan nak boikot, boikot je...tapi dah takleh nak boikot, membebel pun tak guna... (Tau pon tak guna kan...hahahaha)...

Jap...tukar cerita jap...yg tiga beradik mati tu sedih kan. Huhu. Takutnya la dgn dunia sekarang. Lepas satu....satu... Nyawa orang dibuat main je. Marah punye pasal. Pastu masuk lokap bicara claim insanity...konon2 tak waras waktu melakukan perbuatan tersebut (ini kes-kes lain la...bukan yg kes sekarang ni). Kes bunuh bukan senang nak buktikan bersalah. Bukan boleh pakai logik akal semata-mata.

Mcm kacau bilau sangat dah dunia hari ni. Bunuh sana bunuh sini. Tembah sana tembak sini. Sakit jiwa ke apa diorang ni. Hari tu kat cyber ni, kat area neo cyber singgah beli barang kat kedai runcit. Ada set-set arab tengah bergaduh bertumbuk. Nasib baik tiba2 hujan. Tau pon berenti. Oooo basah takut pulak. Gaduh tak takut pon? Arab ni gaduh2 tu biasa la. Tapi mulut je la bising selalunya...setel apa dia nak luahkan tu, diorang boleh salam2 babai mcm takde apa...kalau sampai nak bertumbuk2 pecah muka segala ni jarang la. Itu apa yg saya nampak kat Mesir dulu la...(tak termasuk kes perang...tu lain).

Eh balik pada kes 3 beradik tu,serius kesian...tengok muka ayah mangsa tu Allahu....kesiannya. Mudah-mudahan Allah beri ketabahan utk dia. Hilang anak tiga sekaligus. Berat ujian tu. Ini kalau apply hukum qisas ni, memang mulialah hati keluarga mangsa kalau diorang maafkan pembunuh tu..huhu..

Hurm..........
Malam ni keje saya mengeluh je nampaknya...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 2, 2013

Penang KidsLand

Hari tu waktu g Penang...errr bulan lepas la, 21 nov kalau tak silap. Mengada2 nak pegi komtar. Dah dua kali sampai Penang tak penah jejak Komtar, mcm tak penang la kan. Mr.Faris dah ckp dah Komtar tu takde ape la yang...ala degil nak pegi jugak2...sekali eh betul la takde apa.hahaha.

Pastu pegi la Mall yang bersambung dengan komtar tu. Apa namanya...Perangin Mall ke apa eh...Perangin kan? Ke Penangin? Saje la jalan2 turunkan lemak. Dah byk kot mkn2...tengah pusing2 ada nampak satu maskot ni. Taktau la apa nama kartun tu..



Memula saje la nak acah Imtinan suh dia pegi kat maskot tu. Dgn harapan dia takut...hahaha jahatnye mak. Mandangkan Imtinan jenis yg tak takut ape mende langsung2...saje la nak test. Sekali dia cakap "eh...uncle!! Papa...nak salam uncle?" Ha.....kau amik...mmg sah budak ni tak tau takut.

Pastu masukla KidLand ni. Sajela nak hiburkan hati anak2...hati mak ayah dah lama terhibur..dpt mkn kenyang2 setel la..mak ayah nye ni senang je nak jaga..hahaha...lagipun eh, entrance fee murah.. Budak kecik 2tahun ke bawah free. Mak bapak rm5 je sorang...kalau berkira jgk nak masuk tak tau la...hahahaa...

KidsLand ni dia nye konsep is sama macam KidZania kat Curve tu. Tp yg nii murah la...mungkin sbb kecik. Kat dlm tu santek2 bangunan dia buat. Bangunan semua pun saiz budak2 la kan...Ada bank,ada garden, spital, ada tempat masak2, ada balai bomba, semua2 lah....yg semua2 tu mmg umur below 2years tak dapat masuk la. Yela masuk pun buat sepah je. Bukan blh paham pun nak main macamana.

Tapi ada satu area yg sesuai untuk budak kecik saiz baby2 dgn toddler ni. Besar la jgk. Sampai 7 level kalau tak silap. Tp yg tu utk anak2 yg dah besar jela. Yg kecik2 bahaya kot nak biar kasi panjat sampai atas2. Sebab mak bapak takleh ikut sama naik. Space dia kecik.
















Bola helium eh nama dia? Wohoho..









Restoran...


Garden...main agak je ni.


Kat sini mcm tempat set-set saintis la lebih kurang.. Ada byk bilik. Setiap bilik tu function dia lain2.



Cer zoom in. Nampak tak jaring2 kaler oren kt belakang yg rapat ke bumbung tu? Ni la tempat yg saya ckp ada tujuh level td tu..tempat yg baby & toddler blh join main. Tapi main kt level bawah udah le...


Bapak yg teruja lebih.





Another view of indoor playground. Yg petak2 biru oren evamatic puzzle tu level paling bawah..

Apapun tempat ni best. Tp still under construction lg sesetengah ruang and bilik tu. Mcm toilet semua ada dlm ni.

Penang people, u r lucky to have this tau...tempat best mcm ni mak bapak charge nye cuma RM5. Kids around RM30-35 kalau tak silap. Tak ke best tu? ;)
*tapi kalau anak ada sepuluh tak best sgt la kannnnnnn.....hahahhaa.....


Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 1, 2013

Bulan sibuk iollss...

Bulan 11 dgn 12 mmg bulan sibuk. Satunya sbb cuti sekolah. Mmg masa yg ada secoet tu nk kena peruntukkan utk family & sedara mara dtg bukunjung la. Lepas sepuak...sepuak...ni pon belum habis lg siri ni...hahaha... Pastu mcm biasala kalau ada tetamu kat rumah, keja
2 rumah byk la yg tertangguh.. Ke daaaapuurrr je kejenye...cepat la cuti sekolah berakhir. Penat oii.. Konghajo sgt ni..hahaha...

Pastu pulak bulan 11 dgn 12 ni lah jgk tarikh2 penting dlm family kck kitorang. Besday saya, besday hasben,besday Iman,anniversary...whoaaaa semua pun nk berhimpun di bulan yg sama. Tak plan event besar plan kck2 pun xpe. Asal ada orangkata. Sebagai tanda ingatan.

Saya dgn hasben walopon byk jgk benda lain2 pendapat, tp byk jgk yg sekepala. Mcm bab2 sambut hari lahir semua ni kitorang lebih suka celebrate sama2 kitorang je. Mcm lebih bermakna. Tak gemar nak ajak membe ke ahli2 keluarga yg lain join sekali ke.. In fact selama kawin ni pun mmg x penah pun celebrate besday dgn org lain.

Bulan 11 hari tu besday saya. Adik2 Mr.Faris dgn maksu dia nak dtg melepak kat rumah kitorang la dlm seminggu. Cuti sekolah kan...kebetulan kena tarikh besday sy pulak. Laju2 Mr.Faris book tiket flight g Penang. Taknak celebrate ramai2 punye pasal. Ha....gitu...

Tp utk ank2 xtau la kan..kot la lepas2 ni nak buat majlis panggil2 org.. Nama pun budak2...waktu kecik ni la dia nak seronok org ramai2 dtg raikan dia. Dah besar esok2 mcm mak bapak dia nih takde nye nak menjemput org belah2 kek bagai...segan oiii.. :->

Dan lagi plg sibuk sbb nak tutup buku 2013. Fail2 bertimbun tu ha kat study room...errr...home office katanya... Byk la nak kena kemaskini...bank,bisnes,kereta, akaun household lagi lah...bilik kerja tu mmg bersepah sgt2 dgn segala mcm kertas. Buat keje sikit2.. Dpt setengah jam semalaman pun lega dah. Ank2 dah tdo pun bukan blh nak fokus kat keje2 mentusun dokumen. Nak kena lipat baju jgk, lap dapur susun pinggan mangkuk segala...eh mmg beratur la kerja nak dibuat. Ater bile ke masenye nak blogwalking? Hish....ok tarik napas slow2...kang kita sambung buat sikit2...

Tata...




Mak-mak sangat dah Imtinan ni. Tido peluk baby tak menahan.


Yang ini bangsa tak peduli orang ni. Asal dia bahagia dah..tgk gaya tidur pun jenis yang "aku peduli hape..." ni...hahaha...

Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 26, 2013

HOME OFFICE : Urgent Boxes

Assalamualaikum,

DIY lagi.
A person who loves to DIY is not chepskate. But a cheapskate will always love to DIY. Eh?? Ye ke..... Mengutuk diri sendiri letewww...

Urgent boxes ni fungsinya untuk simpan "kertas-kertas" yang macam2 sebelum di pidahkan ke fail masing-masing.

Setiap hujung bulan, saya akan cek kertas2 ni semua dan dibahagi-bahagikan ke fail masing2. My bad. I just do not have enough time to take care of them every day... Wuhuhuhu...

So, everytime bila dapat surat,brochure,voucher, bill, ataupun bila balik dari shopping, we just put them into these boxes. Ikut sepertimana yg dikategorikan. Sebelum ni saya gunakan laci untuk asing-asingkan semua kertas2 tu. Ended up with mess! Pertama, sebab laci tertutup. Jadi tak merajin manalah nak membelek laci kan..hehe.. Keduanya, sebab tak cukup laci. Laci boleh guna utk fungsi penyimpanan benda lain pulak.

So......a half cheapskate like me, apa lagi kan, DIY lah kerjanya. Takdelah cheapskate mana pun, tapi saya mmg suka DIY.

Saya perlukan 2 kotak kosong. Recycle kotak susu sustagen Imtinan.



Sedang elok je saiznya. Potong tengah2.



Lekatkan mana2 bahagian yang terbuka. Guna selotape yg kuat sikit.



Then balut. Saya recycle pembalut yg ada je. Balit guna double tape untuk kekemasan maksima. Hahahha.



Lekatkan kat softboard. Guna peniti je.



Dapat 4 bahagian. Sticker sementara. InsyaAllah lepas ni ada label homei2...

Tata....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 7, 2013

Phewwww~~~

Assalamualaikum,

Lama saya buat-buat cuti. Sihat ke korang? Kisahnya telefon tua ni rosak...merajuk agaknya selalu kena panggil talipon tua..."imtinaaaaan, mana talipon tua mama?" Haaa, mcm tu la tiap2 hari kalau mencari time lupa letak ke apa ke... Hahaa..mana tak tua kan, kejap2 padam. Kalau padam lepas tu ok balik takpe. Ini lepas padam, dahla dia ON-kan diri dia sendiri. Pastu dah semuaaaa contact hilang. Restore balik. Selang tiga pat hari padam balik. Laaahhhaiii...

Maka disuatu petang yg hening. Tatkala bumi cyberjaya ni menerima muntahan hujan yang melebat gila2, talipon tua ni kojol terus. Mr.Faris dah jeling maut dah. Keh3... "Kali ni jgn degil, meh abg update ios6...belajar2 la guna nanti..senang je.."

Hey, i kampung you. I tak suka penat2 kepala pikir nak guna gadget canggih manggih ni tau.

"Ahhhh...tak payah. Abang trade in je tepon ni dgn nokia 3210 doploh biji."
-dialog tipu je ni-

Mcm tu la, keras kepala sgt tanak update kan. Mau talipon tak merajuk. Dia pun teringin jgk la kot nak up to date. Tapi kejadian tak berenti kat situ je. Lagi "best" bila lepas update tu terus SEMUA HILANG. S.E.M.U.A means SEMUA lah. Pakwe kite kate kan...dia salah select apemende tah. Kite tensen. Pastu yang PALING BEST adalah kite tak bleh nak log in blog kite sendiri....hoiii...bikin marah nih. Hahaha...

Ini mlm ni tetiba plk blh log in...terkejut jgk. Tapi syukur lah kan.

p/s : Amboiiii kak fizah sioca kite tu... Dah ke cabaran dapur ye. Ni naik bullet train ke apa nih? Kita kayuh sampan pakai dayung je...slow. Hahaha...

Err...babai dulu eh. Jap, pengubat jiwa....




Mana kakak mana adik? ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 1, 2013

DIY Drawer's Partitions

Assalamualaikum,

Sedang melalui hari-hari yang sibuk sekarang ini. Tapi rutin buat keje rumah hari-hari tu sama je la pun. Tetap buat jgk.
Tak penat pon. Kata pro....hahahaha...

Kat umah sekarang ni , bila kitorang pindah masuk tu dah siap kitchen kabinet dah. Ha....pompuan, mestilah suka kan. Boleh simpan banyak banyak banyak barang. Kononla. Tapi tulah, pakwe iollss tu kan, dia tak boleh nampak brg macam2 ni. Agak2 dia benda tu tak berguna, kang dia buang la. Saya pulak sekarang ni tengah 'gila kotak'. Beli susu simpan kotak. Beli cereal simpan kotak. Tau2 tadi tengok almari,ehhhhhh....ni apesal dah penuh ni? Alamak. Kalau mcm ni nye gaya harus dpt tazkirah freeeee je ni kang.

Duduk depan tv jap sambil makan nasik (budak2 dah tido....) tingggg dpt idea.
Setakat ni dlm "bank kotak" saya tu ada 4biji kotak susu imtinan. Mcm sedang elok je dgn laci dapur tu. Ok cer try dulu...

Ini kotaknya,



Kang kotak ni dipotong2 bahagian atas tu, dia akn bertukar jadi ini :




Ha...lepas tu susun je la dlm drawer.
Macam gini :



Semenggah ler sikit rupa parasnya. Senang je...Tinggal lagi baju je tadek ni budak ni...sabar ek, baju nanti lenkali. Kut ado rejeki, mau pakekan baju cantek2 le sikit...keh3..

(entri ni taip semalam. Ingatkan dah publish, rupanya idok...terlelap kejadiannya.)

# pemandangan petang hari di kediaman kecik kami...suram je...huhuhu...