Saturday, February 22, 2014

Hectic ? Out of Time? Exhausted ? Hurry ?

Takyah susah2 jawab...takde hadiah pon. Ekekeke. Hari tu penah citer kan yg Mr.Faris sekarang ni everyday kat rumah? Tak outstation dah.. (Malas nak backlink entri biasa je pun). Merasalah camana suami ada hari2 kat rumah, kelua pagi balik maghrib. Pulak dia bukan 3 bulan off boleh lepak2. 3 bulan yg sgt sibuk. Kelua pagi pegi kelas. Balik maghrib, sambung study sampai 2,3pagi, esok pagi2 kelas lagi. Kehidupan apekah itu?

Adela jgk hari2 yg takyah pegi kelas. Instructor kata boleh stidy kat rumah je. Sebab diorang mmg dapat satu laptop yg dah siap notes semua dlm tu. Tp system tetap boleh cek samada betul ke tak diorang dah khatam syllabus tu. Macam tu... Ade berani nak skip2 topik? Ekekeke... Jadi kalau dia stay kat rumah tak pegi kelas pu keadaan dia adalah mcm ni :




Tak cukup laptop company bagi. Laptop sendiri pun guna. Ipad lagi. Manuals lagi. Gigit jari la kita yg memandang ni.


Curi-curi snap je ni.

Sebagai isteri yg mithali (T__________T) saya mmg cuba sehabis bole la nak reduce stress dia. Kalau boleh semua keje rumah tu nak buat sendiri. Anak2 nak handle sendiri. Selama ni ingatkan dah cukup penat dah uruskan rumahtangga dan anak-anak sendiri bila Mr.Faris kelua outstation. Tp rupanya life sekarang lagi penat kottt.

Kalau dulu outstation dalam 3,4 hari (mostly la). So 3-4hari tu je lah penat pon. Kang dia balik. Dah ada kat bumi malaysia ni rasa tercabut melayan semua penat. Mr.Faris ni jenis yg rajin buat keje jgk. Mcm vakum rumah, basuh baju, iron baju, buang sampah...kemas2 rumah...kira saling buat la. Saya penat dia buat. Dia penat saya buat.

Tp sekarang ni mmg kejam la kalau nak berkira jgk. Seboleh2 dia balik tu biar rumah setel. At least ruang tamu dah bersapu...Anak2 dah siap mandi, dah siap makan, dinner dah siap. Mak nye pun bior le wangi2 cikit...ape salahnye menyenangkan hati suami. Pahala tu oiii...nak harapkan amal ibadat atas sejadah dah kurang ;->

Dan sebenarnya rasa penatnye... Penatnye nak kena bangun pukul 6, lepas subuh siapkan breakfast, terus masak lunch budak2. Dan dlm masa yg sama ank2 bangun nak menempek jgk. Ptg lepas asar ketung ketang kat dapur dah utk dinner, kemas rumah, then laju2 siapkan anak2 mandi, mak mandi, so that by the time mr.Faris sampai rumah semuaaa dah ready. So dia blh study dgn aman.

Tp biasala budak2...sehari papa takde... Nampak muka makan pun nak join papa sama walaupun siang2 dah siap suap. Bersepah lagi. Mlm2 ank dh tdo nak kena kemas dapur pulak. Kemas meja mkn pinggan mangkuk semua tu.

Tapi kan eceli mula2 je rasa mcm tu. FIRST WEEK JE. Pastu bila dah biasa, dah kewwwllll dah. Dah boleh rilek dah. Sebab dah ada ESTABLISHED ROUTINE. Tu yg penting nye... Kita dah tau what is next...and next...and next... Dah blh plan aktiviti dlm kepala.

Tapi Imtinan best la pandai dia psiko Papa dia. First week yg bizi tu kan, hari Jumaat pagi sebelum Mr.Faris nak gerak g kelas dia sound "Alaaaa...Papa nak tinggal kakak lagi la tu?" Merembes airmata bapaknye.....hahaha...

Pastu mr.Faris pun ada jgk la usaha utk membantu kalau nampak sy penat sangat. Mcm kalau tiba2 class blh balik awal, dia saje tak bagitau so that takde la saya ni terkejar2 siapkan rumah dan ank2...tau2 dah dekat nak sampai rumah dia wasapp suruh siapkan ank2 mkn kat luar je.

" sori xsempat kemas. Rumah besepah."
"Takpe...sekali sekala dpt tgk rumah bersepah best jgk..."

Gitu.....tp sebagai isteri rasa sejuk hati dgr kata2 mcm tu. Terbang melayang semua yg penat2 tu...masuk yg positif je ;)

"Kesian ayang...hari2 buat keje tak penah siap2..."

"Takpela...ayg ok je...kerja2 rumah mmg mcm ni"

"Tak blh la mcm tu...keje abg, abg nk siapkan. Keje ayg, tak siap2...padahal kerja2 rumah semua tu pun satu pekerjaan jgk..."

Terus bersemangat balik. Hahaha... Sesuatu sgt hati ni.

Fatimah anaknda Rasulullah SAW bila dia mengadu penat pada Rasulullah SAW, Rasulullah pesan suruh berzikir sambil buat kerja.

Cuba lah...
Subhanallah...alhamdulillah...AllahuAkbar..
InsyaAllah bersemangat dan kurang la sikit rasa letih lesu sendu sebu tu... ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Cabaran Menu Sihat Last Dah

Hahaha.

Baru seminggu dah last? Tak tahan ke? ;)
Tahanla... Tp mcm malas je nak update. Malas nak ambik gambar. Masak pun berkejar2 dgn budak berdua ni, adahati lagi nak posing2? Tu yg kadang2 syok masak pusing belakang terus errrr terrrrrpijak Iman? Terrrlanggar Imtinan? Haha...

Imtinan selalu bebel : Ishhhhh...apeeeeela mama ni?

Mana yg sempat kita snap. Yg tak sempat takyah la. Segan pun ye. Kadang ulang menu same je.




Breakfast (lupa hari apa). Half boiled egg.
Pasal terlambat bangun. Mmg takleh buat apa la. Masak air dlm periuk,tunggu mendidih. Tutup api, letak telor. Sambil tu bancuh oat 1 cawan. Air zamzam satu cawan. Manuka honey 1sudu.

Bisik kat telinga Mr.Faris : "mudahan-mudahan sarapan pagi ni bagi suami saya kekuatan utk fokus dlm lecture"
# cara2 mengurangkan rasa besalah dlm diri ;)



Ni plk dinner. Bihun sup ayam. Sup tumis guna olive oil. Takde guna perasa,kiub,perencah etc... Tp...hurmm...kena jgk buat sambal kicap. Kalo tak tawar nye la hai... (Tgh usaha utk kurangkan kicap dlm masakan...tp susssahla ;(



Ni pun dinner jgk. Hari keberapa tah. Sotong rebus. Letak serai&asam keping je. Garam gula mestila... Heheh.


Lunch kot...ke dinner? Cendawan+sawi. Cara2 menghabiskan stok sayur dlm esbok. Imtinan cakap tak shedap...pahit...
Amboih,tau rasa dia? Nah,amik ni kuali g masak sendiri..
Tp memang pon. Sbb terhangit cikit time tumis tu... T_____T



Ni pun lupa hari apa. Cencaru sumbat bakar. Sedap jgk mkn dgn nasi kosong panas2...




Tuna sandwich. Menu breakfast jgk ni.



Ni hari keberapa tah. Teringin nak mkn masak lemak dgn ikan goreng plus sambal belacan/tempoyak. Takpela hari ni je. Haha...masak lemak bayam. Ok mkn sayur je. Kuah ckt2 utk basahkan nasi je ;)
Pastu belenkan dgn daging blackpepper taruk blackpepper manyak-manyak. Bleckpepper dipercayai berfingsi utk bakar lemak ;)
Pastu ada "satay" ayam. Dada ayam perap lam seasoning. Cuuck tomato utk dptkan rasa sikit. Boh dlm pemanggang ajaib. 2-3minit siap. Paling mahal sekali tempoyak ah. Sedapnye tempoyak....

Tu jela menu yg sempat snap pun. Ade jgk hari yg mkn kat luar. Balun lamb kabsah sorang satu pinggan terus lupa menu sihat tu apa eh? Hikhikhik. Semalam masak nasik ayam hainan pun lupa nak snap jgk. Nasi ayam hainan tu consider sihat jgk la. Ayam main rebus je. Takde perap2 sauce ni. Less kicap. Less oyster sauce. Kira less processed food la. Tp kena alter ckt (la kot?). Kalau ikut menu asal nasik tu kena masak dgn lemak2 ayam sekali. Mmg tak la kan....

P/s : mintak maaf byk2 tak reply komen2...dan tak drop komen kat entri korang. Taktau apa problem, bila type panjang2 submit terus blank...intenet nye pasal kah? Atau blogpress punye keje kah? Ntah la labuuu...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 12, 2014

Cabaran 30 Hari Menu Sihat

Perghhh...tajuk ala-ala Kevin Zahri dah tu...wakaka. Kitorang taknak diet kuruskan badan eceli. Tapi nak fit. Hamboi tak hagak nak fit, exercise seketul pun tak. Haha.

Eh serius la, skrg dah rasa badan lemah sgt dah. Mcm takde tenaga la. Haritu balik kampung naik basikal lawan lumba dgn ank buah, diorang gelak je tgk CikSu ni termengah2 kayuh beskal. Malam tu terus krem kaki you...padan muke. Lama sgt dah tak exercise. Dua tiga hari lepas cuba buat sit up. Masuk kali kelima tau-tau dedua budak ni dah mencangkung ats perut. Nanti nak donlod youtube zumba ke apa ke, kita exercise style lompat2 lah pulak..blh sama2 melompat dgn ank2 ;)

Ok ok...back to menu..kurangkan garam..kurangkan minyak..kurangkan santan...ada sayur/ulam...sikitkan portion nasik...kurangkan sos2...bahan perasa @ perencah ready made yg mcm kiub2 tu mmg tak biasa guna. So kira ok la kot sebagai permulaan?


#DAY 1
Breakfast : 1 sudu manuka honey, 1 cawan teh hijau, 1cwn air zam zam...pastu sandwich.



Letak scramble egg+butter spread+salad+hirisan epal hijau.

Mudah-mudahan memberi tenaga utk hasben sepanjang melalui proses training dia...hihihi... Pastu mr.faris tapau buat bekal lunch jgk tu..

Pastu dinner masak ikan bawal tiga rasa. Syabas sbb sedap jgk walaupun tak letak segala sos. Pakai cili giling dgn tomato puree je utk dapatkan rasa masam tu. Pastu guna minyak zaitun utk menumis?? Haha...tipu. Belum ada kekuatan lg nak guna olive oil utk tumis benda2 mcm sambal ni. Takpe2..kita cuba slow2 ;)






Pastu tomyam putih sotong+udang. Tomyam putih mmg tak pyh guna perencah. Letak olive oil 1sudu, campak bawang putih 2-3ulas,tumis jap, letak serai ketuk 2batang. Tumis jap. Taruk air...taruk lengkuas tunggu mendidih. Taruk garam gula, udang sotong dgn daun limau. Done.

DAY 2

Breakfast : 1 cwn oat, 1 sudu manuka honey, 1 cwn air zamzam. Pastu buat sandwich lagi.






Kali ni sandwich ayam pulak. Dada ayam perap dgn lamb seasoning, taruk garam sikiiit je+1sudu olive oil. Grill guna pemanggang ajaib dlm 1minit mcm tu. Lama2 kang liat pulok... Pastu hiris nipis susun atas roti. Roti pun grilled jgk jap kasi rangup. Selain ayam, ada letak salad, dgn sliced pear jgk utk up variety of rasa. Gituuuu...

Pastu dinner....



Tenggiri singgang. The very healthy food yg sedap. Wakakaka..


Telor mata 2 bijik. 1 utk Imtinan yg penyibuk...hahahaa...1 utk papa, boypren dia katanya.... ;)


Dan jugak ulam...

Ketua chef tak gemar la sayur goreng ke sayur berkuah ke...lagi gemar ulam2 mentah mcm ni...cicah tempoyak. Pergh pergh pergh... Eh alhamdulillah....

Bukankah semulia2 ucapan itu adalah kalimah yg memuji Allah? T________T


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, February 7, 2014

Toddler Activity

Lagi aktiviti untuk kanak-kanak.

Kalau ikutkan jadual yg papa diorang buat utk budak2 ni, tiap2 hari ada 6 aktiviti yg berlainan untuk diorang. E.V.E.R.Y.D.A.Y. Kecuali hari yg papa ada kat rumah.
Penat jgk otak nak berfikir apeeee la lagi aktiviti nak kena rotate. Nak kena tambah aktiviti baru lagi. Nak cari bahan lagi...udah rasa mcm pengusaha tadika pun ye ni..hahaha.

So that ank2 tak leka dengan gadget&tv.
Tp kitorang bukan tak bagi langsung anak2 tgk tivi. Layan je. TV&gadget ni byk faedah ape..even youtube tu pun satu kaedah pembelajaran yg bagus. Kitorang percaya, setiap benda tu akn jadi baik kalau kita guna cara baik. Dan akan jadi buruk kalau kita guna cara salah. So mak ayah dah besar panjang, pandai2 la kontrol.

Okeh cakap pahanjang pahanjang tak bleh jgk. Ni new aktiviti. DIY je ni. Pakai apa yg ada kat rumah. Budget alhamdulillah murah je.

Nama apa game ni tak tau la...muahahaha.




Bahan nak kena ada :

•Calendar lama (ape2 kertas pon boleh,asal keras)
•2biji gelas kertas ni (sebab ada dua orang anak kan.. ;p )
•Gam
•Toothpicks (xde dlm gambo la plk)



• Kalendar tu kasi potong sikit, dapatkan dua bentuk empat segi mcm ni, pastu gam la kat mulut gelas tu.



•Then tebuk2 permukaan gelas tu. Saya guna hujung gunting yg kecil.



• Tunjukkan kat anak2 mcamana nak masukkan toothpick tu satu2 dalam gelas melalui lubang tu. Tunjuk dulu, biar diorang perhati. Tak sampai 15seconds diorang boleh tiru dah. Kalau nak explain dgn mulut suruh anak2 buat mcm tu mcm ni agak eh 15minit pun tak dapek lagi...ujung2 mak yang mengamuk...hahhaa.




Kita pikir senang je ni. Kita pikir apeeeelah sgt pekdah main benda tak berguna mcm ni. Eceli kita as parents ni kena lower down sikit level berfikir kita. Cubalah buat, pastu perhatikan how hard they tried to put each toothpick through a tiny hole? Saya bkn org kaunseling. Eh tak retilah nak baca jiwa orang2. Haha. Nak becakap pasal hand eye coordination, psikomotor segala tak mampu...Belaja dulu takde basic paikologi langsung! Tapi bila tengok mcamana Imtinan dan Iman berusaha masukkan toothpick tu, satu benda yang diorang belajar secara tak langsung adalah "FOKUS".

Imtinan now 2y 4m : senang untuk dia masukkan lidi tu satu2, sampai hampir penuh cup.

Iman now 1y 1m : dapat masukkan 7batang lidi je. Pastu dia bengang, dia campak cawan tu. Bila cawan tu tergolek, ada bunyi lidi kat dlm tu. Eh pandai dia amik balik cawan tu dia goncang2kan. Seronok pulak dia ada bunyi keluar tu, dah terus goyang gerudi...haha.

##### Next time kalau nak buat lagi game ni rasanya kalau guna cup plastik yang lutsinar tu better kot. Sbb kids boleh nampak how the lidi jatuh satu2 masuk dlm cawan kan? Then kalau lidi tu colourful would create more fun i guess?InsyaAllah kalau buat saya share lg.

P/s : bila diy guna bahan murah dan mudah mcm ni tak rasa ralat sgt kalau lena koyak ke penyek ke...pastu kalau bosan blh buang je..buat lain. 5minit je pon buat boleh siap... Takat kos gam secalit pun nak berkira ke? Muahahha...

Ok...tataaa....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 6, 2014

Excited

Alhamdulillah, Mr.Faris been promoted to another chapter of her career. Ok this is not naik pangkat or increasement of slaary ke apa. Basically sama je dgn kerja sebelum ni. Takde beza mana pun. Cuma sesuatu yg baru la...

Contoh macam kalau dulu bawak proton myvi. Dah 3,4tahun bawak myvi. Rasa bosan pulak. Try bawak savvy la pulak. Walaupun takde beza mana pon myvi dgn savvy tu. Begitu. (Savvy masih adekah sekarang? ;p)

Habis kalau dah takde beza nak excited ape nye? Tajuk nak kencang je yek...muahahha... Dlm proses nak melayakkan Mr.Fris ni ke tempat baru, ada conversion. Macam kursus, lebih kurang 2-3bulan. Sepanjang2 kursus tu Mr.Faris akn keluar rumah pagi, balik petang. Sebijik2 ikut office hour. Takde dah keje outstesen tu.

Ha, untuk saya yg tak penah merasa life mcm tu, mustilah teruja. Teruja oii nak bangun pagi sediakan breakfast utk hasben. Cook lunch, hasben balik mkn tghari. Cook dinner, siapkan ank2 mandi cun2 tunggu papa diorang balik. Nak iron baju kemeja laki siap2...hollo hollo hollo...Musti seronotttt sgt nih. (Ye ke seronok?hahaha)

Dan lagi...No more worries tiap kali Mr.Faris nak outstesen nak kena kalut malut cari barang dapur lah, pampers lah...cek ubat ank2 cukup ke tak...susu cukup ke...arghh penat.

Ok kita tgk kang sepanjang 2 bulan tu berapa hari je yg diknon blh masak. Breakfast lah terutamanya. Kah3... Ataupun seronok jgk kalau macam ni :

Pagi2 Mr.Faris keluar tapau breakfast utk kitorang. Pastu dia g keje. Lunch kang dia balik tapau nasik. Dinner makan kt luar je...best3...ala 2bulan je pun. Bila lg nak bermanja mcm ni...hikhikhik...

##ok tgk je la nt apa jadi... :))
##still mood excited lg ni...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, February 2, 2014

Besar dalam kereta

Mulut mak. Berkat.

Waktu Imtinan dlm perut saya masih kuat bjalan. Asyik bejaaaaalan je. Kadang dgn flight. Kadang dgn kereta. Sampailah dah masuk 9 bulan tu pun masih bjalan lg. last bejalan pegi teganu. Waktu dah sarat tu jgk lah rajin nak berziarah sanak saudara.

Mak cakap :TAHAN BUDAK NI NANTI. BESAR DALAM KERETA NI....

Maksudnya : tahan lasak budak dlm perut tu esok-esok. Takde lembik2 kalau bek bejalan. Dah biasa dlm perut bejalan kan.

Berkat mulut mak mmg iye sgt budak2 ni tahan lasak kalau di bawak bejalan. Untungla mak cakap tu je. Kalau mak cakap "bersalin dlm kereta la ni nanti". Kes naya! Haha. Tp nature birth ape beranak dlm kereta kan. Keh3.

Skrg pon asal Papa diorg balik je mmg takde la nak duduk rumah. Papa pegi ofis, ikut. Walaupun duduk dlm kereta je. Takpe... janji ikut. Papa pegi solat jumaat,ikut. Papa pegi tengok bola je tak ikut. Sbb ramai org smoking..budak2 ni x biasa, so xyah la biasakan. Haha.

Sakit jgk belakang sehari suntuk dlm kereta je. Tapi seronok. Seronok sbb blh pay full attention kt diorang. Dlm kereta takde periuk kuali nak kena sental. Dlm kereta takde lantai nak kena mop..



Iman as always, asal fokus je lidah terkeluar. Dan suka tekan hon ;)



Kadang2 bwk mainan. Kdg2 beli mainan.



Antara minuman yg selamat utk minum dlm kereta. Takyah straw.



Dashboard jadi pantri. Sape lapar g la hadap dashboard tu. Asal blh sumbat...



Bosan menunggu...cakap dgn nyamuk dia kata. Haha sukati dia je.

Bestnye kalau ada caravan. Haha..berangan berangan berangan.


P/s : dalam kata takde periuk kuali nak kena basuh, tetap jgk ada "sesuatu" yg nak dibuat. Saya tetap saya ;)


Kannnnn...... ;)



- Posted using BlogPress from my iPhone