Salam... Hari ni Sufi buka buku,study Ayat Al-Ahkam dan Usul Al-Fiqh.
Sufi tak boleh main-main dah, sebab Sufi dah besar, dah 25..Sufi kini sudah tahu menilai erti ilmu.
Sufi buka kitab Ayatul Ahkam karangan Syeikh Al-Sobuni, Jilid 2..bab pertama (berdasarkan muqarrar/syllabus LLB(s)) adalah mentaati ibu bapa. Sufi fahamkan satu-satu ayat yang terkandung dalam surah Luqman ayat 14 dan 15 tu..yang bermaksud;
"Dan kami perintahkan kepada semua manusia (supaya) berbuat baik kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dengan lemah dan bertambah lemah dan bertambah lemah dan (kemudian) menyusukannya dalam (tempoh) dua tahun; Oleh keranan itu hendaklah kamu bersyukur kepada-Ku (ALLAH) dan kepada kedua orang tuamu........dan bersahabtlah engkau dengan mereka itu di dunia ini dengan sebaik-baiknya...."
Sufi rasa sebak, terus Sufi ambil Veauty kesayangan Sufi,Sufi scroll down "mama sayang" terus Sufi call ibu..Sungguh Sufi rasa amat rindu pada ibu Sufi, dan Sufi percaya ibu juga begitu kerana antara kami ada rabitah hati..Sufi tahu biasanya ibu sunyi sorang-sorang kat rumah tu.. Hati tua ibu pasti sentiasa mengharapkan anak-anak pulang, apatah lagi Sufi yang cuma satu-satunya puteri yang lahir dari rahim ibu..
Sufi Sayang Ibu...
Sufi call, Sufi gelak lepas, dan Sufi tahu juga yang ibu mesti suka dengar Sufi ketawa kan..tapi Sufi dengar mcm ada orang lain yang tengah borak-borak dengan ibu..Bila Sufi tanya Ibu kata itu Wak..Wak Limah..Wak datang tengahari tadi berziarah.. Dan Sufi terkedu..Terkedu kerana Wak sudah sangat tua, sudah 90-an Sufi kira. Tapi masih jua gagah melangkah demi menziarahi ibu...Sungguh wanita tua bernama Wak Limah ini sudah lama tak melintas di kotak fikiran Sufi. Ya..siapalah dia untuk Sufi ingat dan untuk Sufi rindui..
Tapi tengahari tadi lepas call ibu, Sufi rasa Sufi rindu dia..dan Sufi rasa ada rasa sayang yang menyelinap halus ke sudut hati Sufi, berlegar-legar menghasilkan aura yang menyamankan.. Kerana Wak seorang sahabat ibu yang baik. Maka tidak salah untuk Sufi turut mengingati dia.. Sufi ingat lagi cerita ibu waktu Sufi kecil-kecil dulu ; 30 tahun dulu, waktu ibu dan baba sufi pindah ke kampung tu, ibu sangat susah, diuji ALLAH dengan kesempitan hidup yang tak tertahan. Tak punya rumah yang sempurna, tak punya sumber untuk disuap ke mulut anak-anak ibu. Apatah lagi kos untuk menyekolahkan anak-anak. Ibu dan arwah Baba sangat kesempitan. Tiada jiran yang yakin untuk membantu kerana ibu'org baru'.. Ibu kenal Wak bila Wak datang ke rumah (rumah yang tak seperti rumah - mungkin pondok - kerana tak berdinding)berkunjung menziarahi jiran baru. Wak tahu rupanya ibu susah.Wak pun susah juga. Wak pun ada 8 anak yang perlu disuap. Wak cuma kerja menanam di kebun. Tapi Wak ada seutas gelang dan seutas rantai emas. Gelang dan rantai emas itulah yang Wak bawa, Wak serahkan pada ibu dan baba, Wak minta Baba tolong gadaikan, dan duit gadaian itu Wak serahkan semuanya pada ibu dan Baba..untuk memulakan hidup di tempat baru..Wak kata Wak kerja kebun, tak pakai barang kemas pergi kerja..Wak cuma beli untuk guna waktu terdesak sahaja..
Persahabatan mereka bermula di situ...
Tulusnya hati Wak..dari saat itu, sehinggalah suami Wak meninggal, sehinggalah Wak sudah punya cicit, sehinggalah Baba sufi kembali ke rahmatullah, sehinggalah ibu sudah bercucu, sehinggalah wak sudah berpindah ke kampung lain, sehinggalah rumah ibu kini sudah berubah menjadi sebuah bungalow, sehinggalah Wak sudah cecah usia 90 tahun lebih kini, persahabatan mereka masih lagi utuh..Sekarang anak-anak ibu (abang-abang Sufi) tidak pernah lokek dengan Wak, susah Wak mereka bantu sedaya mungkin..
Sufi rasa Sufi sayang wak juga..
Kerana Wak sayang ibu Sufi..
Ya Allah berkatilah ibu dan Wak...peliharalah mereka dari segala kejahatan dunia..
Aaaamiin...
No comments:
Post a Comment