Herm..ni second recipe Sufi untuk juadah berbuka petang tadi.. Dah seminggu dah mengidam nak makan singgang tulang..kat KL ni memang tak jumpa lah. Sebab menu ni hanya di masak di Kelantan dan Terengganu sahaja..Hehe..Sedapnya boleh hirup kuah singgang yang masam tu..Happening je rasa...Kalau pedas lagi best. Tapi sebab Mr.Faris tak boleh makan pedas maka Sufi pon tak letak cili padi la....hehe..
Bahan-Bahan :
1. 1kg tulang rusuk lembu @ boleh guna daging je - jumlahnya agak2 je ni, sebab Sufi tak timbang pon..hihi..
2. 5 ulas bawang merah kecil.
3. 5 ulas bawang putih.
4. 1 sudu teh serbuk ketumbar - bancuh dengan air. (Kalau guna ketumbar biji, jumlahnya 1 sudu besar, then kena tumbuk sampai hancur.)
5. 3 inci lengkuas.
6. 2 keping asam keping.
7. Garam dan gula secukup rasa.
8. 1 tangkai cili kering dibelah dua - kalau tak mo letak pun takpe..tak jejas pon..
Cara-caranya :
1. Bawang merah, bawang putih, dan lengkuas diketuk sampai pecah.. (tak mo sampai lumat ye...)
2. Masukkan semua bahan dan tulang dalam periuk, masukkan air, agak2 biar sampai tenggelam tulang tu.
3. Rebuslah sampai empuk..
** Untuk yang suka pedas boleh ketuk 2,3 biji cilipadi, taruk dalam kuah tu lepas dah angkat dari dapur.
Tips untuk menghasilkan daging yang lembut:
i. Time beli tulang tu, jangan pilih yang lemaknya dah nampak kuning - ni tanda lembu tu dah tua, so daging akan liat..
ii.Time masak, mula2 sekali guna api besar, sampai kuah mendidih, then perlahankan api - guna api yg paling kecil. Biar je lah 2,3 jam..nanti lembut la..kalau kuahnya kering tambah la cikit2 air tu..
~~SELAMAT MENCUBA~~
No comments:
Post a Comment