Thursday, December 9, 2010

1 Muharram di Bumi Cairo

Salam Awal Muharram untuk semua.semoga sahabat2 saya semuanya sentiasa di bawah lembayung rahmat dan redha Rabbul Izzati.

Pada ketika ini, saya berada di Kuwait, menunggu penerbangan seterusnya untuk pulang ke Malaysia.6jam transit di sini saya dan mr.Faris mengambil keputusan untuk berehat di airline lounge yg agak selesa. Dan kesempatan yg ada saya gunakan utk mengupdate blog kesayangan saya ini. Sungguh saya teramat rindu dgn sahabat2 saya semua...

Semalam, tanggal 1 Muharram saya dan suami di Cairo, Egypt. Dan detik itu berjaya mengundang airmata saya lagi. Lebih sebulan yg lalu saya menunggu2 tanggal ini. Telah saya pahatkan kemas2 dalam hati bahawa 1 Muharram ini saya akan lahirkan seorang Sumayyah yg baru - tidak byk yg saya azamkan. Cuma untuk menjadi hamba yg diredhai dan sentiasa meredhai. Cukup. Hanya satu. Tapi rupanya yg satu itulah yg sukar untuk dicapai. Yg satu itu jugalah yg byk diuji. Bukan senang untuk meredhai dan diredhai.

Sehari sebelum 1 Muharram, saya mendapat msj dari ummi (ibu mertua saya)"sempena 1 muharram esok ummi doakan anak2 ummi di perantauan mendapat rahmat dan berkat Allah" - lebih kurang begitu bunyinya- entah bagaimana peringatan itu bagai angin lalu. Tak melekat di hati. Padahal tanggal satu muharram inilah yg saya tunggu lebih sebulan yg lalu. Kuasa Allah. Dia menetapkan begitu.

Siangnya saya teringat sesuatu...result exam saya!! Kemudahan internet di bandar cairo sgt terhad, melainkan terpaksa ke cyber cafe dan terpaksa berkomunikasi dgn bahasa isyarat kerana majoriti masyarakat arab di sana tidak tahu berbahasa inggeris. Risaunya dgn result saya. Akhirnya dgn izin Allah mr.Faris dapat tumpang surf di pejabat pengurusan pelajar2 tahfiz malayisa di sana. Alhamdulillah. Itupun mr.Faris seorang sahaja yg dibenarkan masuk untuk tempoh lbh kurang 15 minit. Pulang ke rumah tumpangan, mr.Faris mengkhabarkan berita kecewa ditelinga saya. Saya hanya diam bila diberitahu cgpa saya 3.3... Ye, siapapun tahu 3.3 bukanlah satu keputusan cemerlang yg blh dijaja ke sana sini dan boleh dibanggakan. Segalanya jauh tersasar dari harapan saya. Saya kecewa. Dan kekecewaan itu membuatkan saya lupa untuk sujud syukur malah tidak juga melafaz syukur dgn rezeki yg Allah berikan itu! Alangkah angkuhnya saya di pagi 1 Muharram!

Itu kisah result...

Dgn kekecewaan yg bersisa (walaupun puas dipujuk mr.Faris), saya dan mr.Faris ke restoran melayu tngaharinya. Mencari nasi dan tomyam! Baru sepuluh langkah berjalan, sekumpulan kecil ank2 arab berusia sekitar 4-8thn datang menarik2 baju kami. Ada yg memegang kaki, ada yg menyeluk saku, ada yg membuka poket beg. Sungguh rimas! Malah beg adik ipar saya putus ditarik!! Saya mendengus dlm hati. Menyumpah2 benci... kejamnya saya..sedangkan mereka adalah anak2 yg diperas sindiket untuk mencuri. Mereka sedang bekerja. Bukannya suka2.. Waktu itu, tak sekelumit pun simpati singgah di hati. Manusiakah saya?

Itu kisah anak-anak arab...

Dan kami seterusnya ke Hussein, satu bazar besar berhampiran universiti al-azhar cairo untuk membeli sedikit cenderahati. Sesaknya yg amat! Berkali2 juga saya dilanggar org2 arab yg badannya 2x ganda saya. Dan berkali2 juga saya hampir jatuh. Aduhai bandar apakah ini? Saya mengeluh lagi. Marah usah cerita. Mr.Faris pula kakinya dipijak oleh kereta tolak yg diguna utk loading barang2.. Aduhai... Singgah di sebuah kedai mencari key chain, tuan kedai menawarkan keychain bentuk salib dgn harga 1 junaih ( bersamaan 50 sen). Harga yg sgt murah, tp saya menolak dgn alasan tidak menyukai bentuk salib itu. "ana muslim. Da alsyakl laisa jayyid ya ammi" itu kata saya tanpa mengetahui bahawa penjual itu beragama kristian! Apa lagi, mengamuk tuan kedai itu. Dia menyumpah seranah saya dan sepupu. Saya juga turut menyumpah seranah dia di dalam hati, ekoran ketidak fasihan saya berbahasa arab ammi. Maka tidak jauhlah bezanya saya dgn dia...saling menyumpah seranah!

Itu kisah kesesakan di bandar hussein!

Dan,pulang dari Hussein, kami mengambil sebuah teksi bermeter. Bertekak dgn driver teksi kerana dia berkeras untuk mengguna jalan yg lbh jauh (yg pastinya menguntungkan dia). Sempat lagi berhenti mengisi minyak tanpa mematikan enjin. Dan pastinya meter terus berjalan. Akhirnya tambanh yg biasanya cuma 10 junaih naik menjadi 19junaih. Lagi menyakitkan bila kami berikan not 20 junaih, dia enggan menyerahkan baki. Malah berkeras mengatakan tambang adalah 20junaih. Jelas dia menipu kami! Kami hampir2 bergaduh, malah terpkasa menengking driver yg selayaknya dipanggil ayah itu. Kerasnya hati saya!

Kesimpulannya...selama 2 minggu di egypt, pada hari 1 muharram juga saya byko diuji..padahal hari2 lain berjlan dgn lancar..itulah kisah 1 muharram di bumi cairo yg jauh tersasar dari impian satu muharram yg telah saya sematkan lebih sebulan yg lalu... Allah maha berkuasa ats segalanya. Dia menetapkN 1 muharram saya akn penuh dgn ujian... Sayangnya saya gagal! Ampunkan hambaMu ini Tuhan...

Biarlah kisah result y tidak mencApai sasaran, kisah kesesakan di hussein, kisah penjual beragama kristian, kisah pemandu teksi yg menipu, atau kisah apa sahaja...saya seharusnya redha dgn segala ketentuan agar saya diredhai..saya khilaf. Saya alpa.saya leka. Saya tidak sedar bahawa ujian yg Allah berikan itu sebenarnya untuk menjadikan saya hamba yg diredhai jika sy meredhai ketentuan..

Salam maal hijrah utk sahabat2 semua..

- merafa' syukur menadah ampun kehadapan Mu ya rabb -

Thursday, September 30, 2010

Entry Biasa - penyambung ukhuwwah

Assalamualaikum Dear Sahabat...
So sorry lama tak update..
Untuk yg PM saya tanya kenapa x update lg blog...
Saya rafa'kan maaf dari kalian... maaf ye..

Jadi n3 kali ini sekadar sebagai penyambung silah maya antara saya dan sahabat2 semua..
Sekali lagi diuji Allah dengan kesibukan menguruskan beberapa tanggungjawab.

Penat juga rasanya.. Penat badan?

Taklah..Penat otak..Rasa letih yang tak terucap..

List 'things to do' saya semakin byk
Meleret-leret  - as they increase by themselves every hour..Kot...Hehe

Sampai tak muat satu page.
Kadang-kadang saya rasa time management saya fail!

Tapi saya pujuk juga hati..

Kan saya dah buat yang terbaik? (Terbaik ke..Huhu)
Terbaik dgn kapasiti saya la...Hehe..

Yelah..

Bukan 365 hari setahun pun saya sibuk..

Cuma...erm...paling kerap pon

may be sebulan sekali kot..."Kot" lagi...

Erm...

Saya pujuk hati lagi..

"Duhai yang bernama HATI...

Kembalilah kepada ALLAH..
Tuhan yang menciptakan kau dan aku..

Tenangkan dirimu ...

Sifat tergopoh-gapah itu adalah dari sifat-sifat syaitan..

Maka sebagai Muslim aku tegah kamu bersifat dgn sifat2 itu.."

Itu tazkirah saya pada hati saya...

Dan..

Doa saya sentiasa pada ALLAH...

Semoga ALLAH sentiasa mentakdirkan yg terbaik

untuk saya dan suami..

juga kedua ibubapa kami..

dan saudara mara kami..

dan sahabat-sahabat kami...

Apa saja takdirNYA...Asalkan yg terbaik pada mataNYA..

Sekalipun itu seburuk-buruk perkara

di mata manusia...

Sesungguhnya manusai itu dicipta dari (sifat) gopoh gapah (sentiasa kalut dan tak tentu arah)
Wallahua'alam..



Tuesday, September 21, 2010

Kisah Keguguran 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...May ALLAH bless us always ya...

Still sambungan n3 "'kisah keguguran 1 & 2".

On saturday night - at 9pm Mr.Faris arrived from Incheon..Alhamdulillah..Dan, seorang Sumayyah telah berubah menjadi sangat manja..actually, saya tak manja..tapi kalau dah dimanjakan apa salahnya kalau saya memanjakan diri..kan? Hehe.. Apapun, thanks a lot to Mr.Faris for being a good husband ever.. you are really the best leader of our family..abang! 

Start malam tu activity saya jadi penuh..malam saya rasa terisi..walaupun tetap melakukan aktiviti yg sama..watching tv, tp rasa sgt terisi dengan kehadiran Mr.Faris..See...hebat sungguh aura Mr.Faris dalam kehidupan harian saya..Hari-hari suram saya telah diterangi dengan senyumannya. Tiap kepudaran itu telah diwarnai dengan gelak tawanya. Alhamdulillah, syukur pada ALLAh atas kurniaan yg tak terniali ini..

Terasa diri sangat dihargai bila Mr.Faris ada di sisi menemani saya menonton tv...suapkan makanan pada saya..memandikan saya..semuanya dia lakukan untuk saya..

Esoknya..around 11 am Dr.Zalina masuk lagi ke wad. Tengok keadaan saya. And she re-confirmed that saya tak payah buat DC..allhmadulillah..pesan Dr.Zalina.. "next month, awak dah boleh start pregnant balik..tpai sebelum pregnant dah kena start consume aspirin tau.." Dia senyum.. and continued.. "Eh, saya nampak awak ceria je hari ni..ooo...mr.hubby you dah balik..patutlah.."

Saya senyum. Mr.Faris senyum.Dan Dr.Zalina senyum. Dan, petang tu saya dah boleh keluar wad, sambung rehat kat rumah with 2 days MC..ALhamdulillah..

Special thanks to my hubby..Mr.Faris for all the du'a, help and the support.. Tak banyak yg dia lakukan..tapi setiap yg dia lakukan itu penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang. Itu sudah cukup membuatkan segala kesakitan terbang melayang..jiwa dan semangat saya pulih. "ubat' yg Mr.Faris bagi is more powerful, tak setanding dengan mana2 ubat kat dunia ni..

Untuk para suami..fahamilah hati seorang isteri.. Fitrah wanita cuma perlukan kasih sayang dan sentuhan. Jadi, janganlah lokek untuk menyayangi dan membelai isteri sendiri. Tak berdosa malah dapat pahala. Tak rugi malah untung bertimpa-timpa. Saya teringat tulisan John Gray dalam buku "Men are From Mars, Women Are From Venus" where he offered many suggestions in improving men-women relationships. Erm, as he suggested - in which me agree - the key to is to understand the emotional needs of the opposite side...

 -With My Mr. Faris-


 Curik2 snap pic My Mr.F !! Hehe
 Tengok TV lagi...

Abang...Thanks A LOT!!!!!!!!

Monday, September 20, 2010

Kisah Keguguran 2

Salam again..hehe...

Ini sambungan n3 'Kisah Keguguran 1'...

Tak ada apa nak cerita..Sekadar menghilangkan rasa bosan berehat kat rumah..dan berkongsi pengalaman dan yang paling penting mengelakkan salah faham sahabat handai dan saudara mara yg mengenali kami.. Ramai yang bertanya "kenapa tak inform awal-awal...boleh jenguk kat hospital..." Oh..kalaulah saya boleh lakukan itu, saya akan lakukan itu...Tapi saya tak boleh melakukan itu...kerana :

Erm..on 17th September 2010 - urusan pendaftaran saya dah selesai. Segala urusan dengan MAS dan Prudential untuk pembayaran kos rawatan dan wad dah settle - in which kami kena bayar sendiri coz MAS and Prudential tak cover untuk any admission related to pregnancy..Pagi tu i was starving sbb tak boleh makan. Kena puasa coz nak scan kalau-kalau it was an incomplete abortion case..So kena D&C i.e kena cuci rahim. Untuk cuci rahim, kena puasa for at least 6hours. Saya sangat lapar...sebab on 16/9 tu saya mkn last pukul 7mlm. 

Sebab dah sangat lapar dicampur dengan kesakitan saya rasa tersangat penat..Badan saya sungguh lemah. It was only at 11am I was wheeled to doc's room - the doctor was Dr. Marlik Abu. Huhu..Doc lelaki la nampaknya. Bila buat ultrasound, the doc said ada byk lagi tertinggal dlm tu..Aik...hairan juga saya sebab rasanya saya dah bawa janin yg keluar tu tunjuk kat doc..complete keluar dalam uri lagi..saya tanya then the doc said yang tertinggal ni plasenta..dan petang tu juga saya kena cuci rahim.  Oh my...huhu..saya tak mau buat benda tu...dengan doc lelaki pula tu... Saya bagitau Dr. Marlik saya tak nak buat..Dia kata ok, takde masalah. Dan saya di hantar balik ke wad..Bleeding still tak stop lg..

At 2pm saya dah lapar sangat, saya mintak la mknn dgn nurse. Sy pun pelik juga, apasal makanan tak sampai2 lg..takkan kena puasa lg kot.. then the nurse told me that yes, puan kena puasa sbb ptg ni kena buat DC. Adeh..rasanya dah bagitau tak mau buat tadi. At 2.30 pm i was wheeled again to Dr.Marlik's room..Dah rasa geram kat doc ni..saya penat.saya tak larat dah nk gerak sana sini. saya nak tidur dan saya nak rehat.saya nak makan!hehe..tp semua tu marah kt dalam hati je la.. Again i was told about the DC thing..saya still tak mau buat, sbb saya takot...Saya kata saya tak kisah ttg kos ward..lama tinggal pun takpe asal tak payah buat DC tu...lebih2 lagi dengan doc lelaki...Huhu..Dr.Marlik juz smiled at me and said; Ok then..i will juz prescribe you antibiotic lah..Saya setuju..tak kisah lah ubat apa pun. Saya dah terlalu penat dan tak bertenaga.. Untung badan dimasukkan air..kalau tak mau pengsan kepenatan saya..huhu..

The doc opened the door for me and wheeled me out..baik dan peramah juga dr.marlik ni..tapi sbb dia lelaki..takpelah..Saya dah request Dr.Zalina utk datang tgk keadaan saya. Byk kali juga saya request..but the nurses kept telling me that Dr.Zalina takde..Dr.Zalina takde..Saya dah penat press button calling nurse nak bagitau suruh call Dr.Zalina juga.. Tapi they gave the same answer jugak..huhu..Pukul 3, saya berkeras nak makan jugak.saya dah tak tahan..Dan alhmadulillah dapat makanan..hehe..
My first meal after starving for about 20hours..huhu
(Ala..tu kt afghanistan tu lagi lama berlapar..huhu..insaf kejap..)
Pukul 6ptg, Dr.marlik come to my room, bagitau saya yg Dr.Zalina akn masuk esok pagi utk melawat saya..Since saya dah berkeras nak jumpa Dr.Zalina juga, dia dah call Dr.Zalina..Bukan apa, bukanlah nak berdegil, tapi as patient, we have right to decide and we are justified to do so..

Herm..lepas tu barulah saya boleh tidor dengan tenang..bangun cuma untuk makan ubat je..saya dah tersangat penat...sebab itulah saya ambil keputusan untuk tak bagitau sesiapa pun yg saya masuk ward and miscarriage..alasan saya...bukan tak nak susahkan orang utk dtg melawat, tapi saya taknak susahkan diri sendiri untuk menjawab semua panggilan dan menerima kunjungan sesiapapun yg pastinya akan bertanya benda yg sama. Dan saya dah tentu terpaksa jawab soalan yg sama juga berulangkali..oh..saya sangat penat untuk itu..keadaan badan saya benar-benar tidak mengizinkan saya untuk berbuat begitu..ditambah pula Mr.faris tak ada..kalau Mr.Faris ada, saya tak ada masalah untuk bagitau kat semua org, sbb Mr.faris boleh jadi tukang jawab semua panggilan dan tukang layan tetamu yg datang melawat kan...Huhu..saya harap tindakan saya ni betul. Kwn2 dan sedara mara..tolong jgn marah saya lg ye...saya sungguh penat waktu itu..Hehe...

Esoknya, on 18/9, Dr.Zalina datang berziarah...dia sungguh tak puas hati bila dia tak dipanggil pada pagi 16 september bila saya first time datang tu..Kata Dr.Zalina : 
'How come diorang kata saya takde..saya ada je kat bilik ni start dari 13/9 lagi..mmg lah saya off. Tapi saya memang selalu stay kat bilik saya bila hari saya off. Sbb takut kalau ada patient saya yg kena admitted..tapi takde pun org kol saya bagitau yg awak admitted..kalau saya smpt jmp awak pagi 16/9 tu awal2 saya dah bagi aspirin dah..sb saya rasa kepekatan darah awak tinggi..bebi tak boleh nak terima makanan dan oksigen sbb darah awak pekat..kalau sempat awak ambik aspirin awal2 insyaALLAh boleh selamat..tapi takpelah..mungkin bukan rezeki awak lagi kali ini.." tu kata-kata dr.zalina yg saya dah rephrasekan..lbh kurang mcm tu la..herm,,sedih juga dengar..rasa geram juga kat 'diorang' yg dimaksudkan tu..tergamak tipu patient ckp mcm tu..haiyaaa...tp btl juga kata doc tu..ketentuan ALLAH.. Dan sekali lagi saya ingat pesan Mr.Faris "Kita merancang dan Allah merancang..dan Allah sebaik-baik perancang"...

Erm..moral of the story...
ibu-ibu kat luar tu kalau yg belum ada penglamaan, turun darah, cepat2 la jumpa doctor..dan kalau boleh, simpanlah nombor phone pribadi doc kita..in case emergency happened on hari cuti mcm saya ni (16 september is 1 malaysia day) senang boleh kontek doc direct..tak perlulah nak harapkan nurses ni..huhu..walaupun private hospital, tapi harapkan org ni tak sama mcm kita buat benda tu sendiri...

lalu hari yg membosankan itu saya isi dengan tidur, reading newspapers and books (yg mmg saya bawa siap2)..and watching TV!!!

 ..is watching Oprah Winfrey Talk Show..

 ..My fav channel : Cartoon Network!...

Tom & Jerry Show!!!! Hehe..my fav cartoon...

Kisah Keguguran 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all.. Apa khabar ye sahabat2 dan readers semua?

Dah lama sangat tak jenguk blog ni..It has been 2 weeks rasanya..Erm, diuji ALLAH dengan kepantasan waktu, kehilangan nikmat, dan ketidaksihatan fizikal..

Sebagaimana maklum oleh beberapa sahabat, saya telah mengalami keguguran. Itu sahaja yang Mr.Faris maklumkan kepada semua melalui laman web sosial facebook. Short and precise. Hehe..Itu sahaja yang termampu.Dan, dikesempatan ini saya nak jelaskan semuanya apa yg berlaku kepada sahabat2 semua. Sekadar berkongsi pengalaman..Mana tahu berguna untuk sahabat-sahabat readers semua kan..

It was on the last thursday's morning -16th September 2010 - darah keluar! Sooo banyak.Oh...paniknya saya! Mr.Faris and me had a short discussion - we decided finally untuk balik KL juga. Sbb flight at 8.30am dan malamnya Mr.Faris kena fly to Incheon. Waktu tu dah rasa tak sedap hati.. Landed je kat Subang Airport pagi tu, we headed urgently to Ampang Puteri Specialist Hospital - looking for my Gynae Dr Zalina. but we were told by the staff that Dr.Zalina off. Oh Tuhan..otak cramp for a while. Kami juga diberitahu yg there was only one on call Gynae..tu pun not available and will only come to visit if I were in a serious condition. Kami dinasihatkna untuk pulang dulu dan datang balik esoknya. Ok then..kami pun balik la..Pergi kat Gombak Medical Center..Pun takde specialist jugak. Tapi saya sempat buat ultrasound. i can see that the bebi still inside there..alhamdulillah..Balik rumah berehat..

Mr.Faris dah rasa tak sedap hati nak tinggalkan saya malam tu..yes, it was a three days journey to Incheon. Saya faham dia risau nak tinggalkan saya sendirian dengan keadaan saya tu. Tapi apalah pilihan yg ada..Saya pujuk dia dan cuba yakinkan dia yg saya tak apa-apa..tanpa saya tahu yang malam itu ada sesuatu yg akn berlaku..with a tears, he kissed me..and told me : "sayang..apa-apa jadi kol  somebody mintak hantar pergi hospital tau..dan ingat..kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah itu sebaik-baik perancang.."

At 11.45 pm - I were alone at home. Perut terasa memulas, dan sakit dah mula terasa.. Darah dah keluar semakin banyak.. berketul2..Sakit sudah terasa..dan waktu tu saya semacam tahu yang saya akan keguguran. Ya Tuhan..Sakitnya...Dan saya hanya mampu beristighfar dan berzikir memohon pertolongan dari Allah..i was not able to contact my husband as his flight was scheduled on 11.30pm..Saya tak tahu apa nak buat. Saya buka laptop -google tentang bleeding dan keguguran- apa yg saya jumpa : "sakit sewaktu keguguran ni sama rasanya macam sakit sewaktu rahim berkontraksi waktu nak bersalin" ini saya baca dari satu blog,mungkin penulis pernah ada pengalaman. Lalu saya tarik nafas panjang dan lepas perlahan-lahan. Saya cuba mencari saki baki ketenangan dicelah-celah kekalutan emosi dan kesakitan itu..

Saya baring terlentang,luruskan kakikedua-dua tangan diletakkan ats perut (macam solat) . Saya pejam mata. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya tarik nafas panjang, saya tahan untuk kiraan 20 dan saya lepas perlahan-lahan. Saya ulang langkah itu sebanyak 3 kali. 

Akhirnya tepat jam 12.12 tengah malam, saya dapat rasakan perut saya sangat sakit seperti nak buang air besar, lalu saya bangkit,terus ke tandas.  Saya lihat ada bebola kecil sebesar ibukaki keluar. Bebola itu jernih dan saya nampak bayi saya seolah-olah sedang tidur. Airmata saya tumpah...tumpah kerana sakit rahim yg masih berkontraksi dan tumpah kerana terharu melihat janin yg masih kecil. Rasa tak percaya yg itu adalah anak saya! Sangat comel dan tenang... lengkap sempurna, mata,dua kaki,dua tangan, telinga..oh sempurnanya dia..Tenangnya dia..Ketenangan itulah yg membuatkan saya jadi tenang..

Erm..tak sampai hati rasanya nak letak pic bebi kami tu kat sini..

Saya keluar toilet dan saya letakkan janin itu ke dalam bekas plastik. Rahim kembali berkontraksi dan kesakitan terasa kembali. Darah keluar semakin banyak. Saya kembali baring, pejamkan mata..Saya tarik nafas dalam-dalam dan saya hembus perlahan..Untuk menghilangkan rasa sakit itu saya sempat lagi main game.. yelah, apa lagi yg saya boleh buat di tengah-tengah malam macam ni..saya start main game dari level 1 sampai level 11..waktu tu sakit dah tak tertahan..Airmata keluar lagi...Bukan kerana sedih, tapi kerana sakit! Pukul 2 pagi, saya buka website Ampang Putri Specialist Hospital - Saya baca sedikit infi di bahagian emergency. Saya kol dan tanya kekosongan wad. Waktu tu mmg saya rasa sakit yg terlampau, akhirnya saya putuskan utk ke hospital, and request to be admitted.

Saya duduk sekejap, dan berfikir seketika. 

Waktu tu hanya ada 3 perkara yg melekat kat fikiran saya:

1. Pesan Mr.Faris ; Kita merancang, dan Allah merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Ini membuatkan saya tenang menghadapi kehilangan si kecil kami.

2. Teknik bertenang sewaktu menghadapi kesakitan melahirkan yang saya baca dari buku IBU DIBELAI ANAK DIBUAI karangan Dr.Ariza.

3. Kisah ketabahan Maryam ibu junjungan besar Isa 'Alaihissalam yang menghadapi kesakitan melahirkan seorang diri.

Saya aplikasikan ketiga-tiga ilmu di atas dan alhamdulillah ALLAH berikan saya ketenangan.. Kesakitan itu hilang seketika digantikan dengan ketenangan. Syukur pada ALLAH. Alhamdulillah, saya sempat kumpulkan beberapa barang yang hendak di bawa ke ward - walaupun tidak semua - tapi setidak2nya saya sempat juga capai sehelai baju, toiletaries, dan beberapa keperluan asas wanita yg lain (hehe.....). 

Jam 2.30 pagi saya dah siap, buka gate, start enjin myvi kesayangan saya. sakit kembali terasa. Tapi alhamdulillah, kisah perjuangan Maryam sekali lagi memberi saya kekuatan untuk memandu sendiri ke hospital. Walaupun sakit, saya yakinkan diri saya yg saya mampu lakukan..Selama 10-15minit drive tu saya tak putus-putus beristighfar demimenggantikan rasa sakit tu..huhu..Alhamdulillah..selamat juga sampai..Dan, alhamdulillah Allah sekali lagi permudahkan urusan saya bila saya terlepas dari road block kat depan Zoo negara tu walaupun saya speed 120-140 km/j tanpa sempat pasang seat belt. Huhu..Terima kasih ya ALLAH kerana permudahkan segala urusan.

Jam 2.45 pagi saya sampai di wad kecemasan, terus dimasukkan air dan disuntik ubat untuk stopkan bleeding, dan ubat tahan sakit. Tapi sakit still tak hilang juga..Lagi teruk adalah. Rasa sakit hati kat nurses  adn doctor yg treat saya time tu pun ada juga..Huhu..Hingga jam 4 pagi barulah saya di bawa ke maternity wad. Alhamdulillah..dapatlah saya tidur  untuk satu jam..

It was how the night ended...... Alhamdulillah Wa Syukrillah......

Saturday, September 4, 2010

When Sooooo Many Things To Do..Huhu..

Assalamualaikum and salam sejahtera to all... Semoga semua sihat2 saja ye..
Herm..it's 25th day of Ramadhan already..another 5 days to Raya Day.. herm..cuti dah start semalam..alhamdulillah..Thanks Allah for giving me time to rest..

Banyak sungguh mende2 yg kena dibuat ni..Oh..Saya tak mengeluh.. Cuma terasa penat, dan mengah pun ada juga.. But everything is still under control..Hehe..

1. Got three assignment - which i'm trying to finish all right after Raya..but didn't start typing even ONE word..Oh My...

2. Need to revise all subjects! dah byk sgt tertinggal rasanya..

3. Tudung untuk raya takde lagi..

4. Biskut and kuih muih raya? Langsung tak beli..

5. Baju raya Mr.Faris..tak beli pon lagi..Huhu..kesian abang..

6. Nak kena siapkan juga 1 assignment at least before raya ni..huhu..

7. Rumah bersepah!!! Rasa nak pitam pon ada tengok rumah..dah berhabuk sana sini..
Kesian kat Mr.Faris..dia pon penat juga nak kemas rumah je sentiasa..Tapi kalau saya nak buat semua tu Mr.Faris wont allow me..Huhu..
** Takpe..esok Mr.Faris ke singapore..saya akan curi2 kemas juga! hehe..

8. Duit raya belum tukar lagi..sampul duit belum ada sekeping pun lagi ni..

Within 5 days to finish all these? Uhhh...impossible..
But, i'll try my best..huhu..
And..when sooooo many undo things... saya dah tak boleh tido..huhu.. see..it's near 2 a.m oredi..but still terkebil2 lagi mata ni..siap sakit hati lagi bila tgk Mr.Faris dah berdengkur..Huhu..Belakang dah sakit..hidung dah mula selsema..pinggang pon dah lenguh2..oh..kalaulah Mr.Faris belum tidur lagi, dia akn baca Quran dan itu akn buat saya lena dengan tenang..nak kejut dia..x boleh..kesian..huhu..

Ya ALLAH..permudahkanlah...

For my JR inside..kamu tidurlah sayang...maafkan ibu ye stay up smpai lewat2 mcm ni..IHope this wont affect u dear..train urself to be a strong mujahid ok :)


Saturday, August 28, 2010

::Sepetang Bersama Durian::

Assalamualaikum dan salam sejatera utk semua..semoga detik ini sahabat-sahabat readrs semua sentiasa dirahmati ALLAH..

Kisah Durian..Sufi sangat tak sukakan durian..sangat tak menyukai bau durian..Ada jgk try2 makan..tapi seulas pun tak akan habis..hasilnya?MUNTAH!! Wah..sangat cerewet bunyinya..Benci itu tidaklah..tapi tidak suka sungguh-sungguh ni..

Tapi itu dulu..when i was an anak dara lagi..hehe..

Sekarang..inilah favourite Sufi..Suka yang terlampau-lampau!
Mr.Faris lah yang ajar Sufi merasai nikmat durian ini..dialah yang ajar Sufi betapa sedapnya rasa durian yang lemak-lemak dan manis itu..Dan tekak Sufi ni pula senang ajar..cepat aje cik tekak ni absorb apa yg diajar oleh Mr.Faris.. (agaknya sebab sayang Mr.Faris sangat-sangat kot....hihi) Kena pulak di KL ni, durian tak ikut musim..tiap2 hari ada..kalau sape2 rajin ke Wangsa Walk atau Carrefour Wangsa Maju..Ha..kat traffic light lepas petronas tu tiap2 hari ada org jual durian..(sedap ke tidak wallahua'alam..) Kat greenwood pun selalu jgk ada kat depan shell tu..wah!! 

Petang tadi, Mak Long (sedara sebelah Mr.Faris) datang bertandang..adalah dibawak 2 biji durian kampung, fresh2 petik dari pohon kat janda baik..baunya..ummpphh!!! pukul 3 maklong datang..buka puasa pukul 7.25! tergoda je rasa..semerbak sungguh..bila buka puasa, Sufi dan Mr.Faris sibuk menghidang kuih-muih..(hari ni kami buka puasa dengan kuih2 je..), terluap sekejap kat durian tu..still duk dalam plastik kat tepi sofa..Sekali Sufi bangun dengan riangnya nak ke dapur ambik pinggan.....

Dushhh!!!! tersepak durian tu..aduh mak....beristighfar panjang Sufi..
Tertusuk duri kat ibu kaki..2 duri kena..
Menitis juga airmata ni..tambah2 bila tengok darah merah pekat keluar non-stopdari ibukaki Sufi..

Lagi menangis bila tgk Mr.Faris lapkan darah tu..balutkan dgn tisu..hehe (manja tak sudah)

Apapun syukur sebab mulut Sufi dan Mr.Faris tak melatah..tak sebut yang bukan2..nasib baik yang keluar tu cuma Astaghfirullah dan aduh..Yelah,kata orang ibu mengandung tak baik cakap yg bukan2 kan..hehe..

Ntah2 durian yg petang tadi tu cucu cicit durian yang Sufi pernah benci dulu tu tak???? Motif : balas dendam/pengajaran.. (mana la tau kan) Hihi...

Babai...

Thursday, August 26, 2010

~Days of Ramadhan~

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera to all..as usual, wishing u all the best..
Lamanya tak jenguk blog ni..completely one week! Herm..last week balik kampung..then i was busy fulfilling soooo many amanah...doing this and that..as i wish to be seorang yang benar2 amanah terhadap segala tanggungjawab..

Melunasi segala tanggungjawab itu berat..berat kerana memerlukan pengorbanan masa.
Dan, hari ini 16 Ramadhan, atau lebih tepatnya malam ini 17 Ramadhan - NUZUL QURAN- herm..Ramadhan kian hampir ke penghujunya..Dan dia akan pergi lagi,meninggakan kita Ummat Muhammad yang masih di takuk yang sama..(Tapi Sufi percaya ada di kalangan sahabat-sahabat semua yang telah berjaya meng-upgrade tahap iman dan taqwa di dalam diri..Alhamdulillah..) 

Bagi Sufi dan Mr.Faris, Ramadhan tahun ini meninggalkan satu kenangan yang cukup indah..sungguhlah Ramadhan itu membawa rahmat yang hadir dalam pelbagai bentuk,cuma kita ssebagai hamba sahaja yang tidak bijaksana untuk menilai rahmat itu..Untuk kami, setinggi - tinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Ilahi atas kurniaan rahmat yang satu ini.. Syukur bila disahkan pakar yang kami sudah ada 'JR' kini..sejak dari 1 ramadhan lagi sudah Sufi rasa 'lain macam'. Dan, petang tadi pakar mengesahkan yang si kecil dalam rahim Sufi kini sudah berusia 6 minggu..masih baru, tapi 'morning sickness' nya..aduhai..mcm org yg dah pregnant 3bulan rasanya..

Ye, syukur atas rahmat itu, tapi sayang sekali bagi Sufi, Ramadhan tahun ini banyak ibadah yang tak mampu Sufi lunaskan.. Terutamanya ibadah terawih secara berjemaah di masjid dan qiamullail..Terasa separuh dari hari-hari mulia Ramadhan ini berlalu begitu sahaja.. Sufi tidak mampu untuk berdiri lama atau duduk tasyahhud lama..cepat benar kejang kaki ni,ditambah pula dengan sakit belakang..tapi tak mengapalah, Sufi tahu ALLAH itu Maha Mengetahui..

Dan, kini hari-hari Ramadhan Sufi lebih terisi dengan persediaan untuk menjadi seorang ibu..Mr.Farsi pun begitu juga..kami perlu pastikan yang kami benar-benar bersedia memikul tanggungjawab ini.. Pesan Mr.Faris : "INI BUKAN SERONOK SEMATA-MATA.INI AMAANH DAN TANGGUNGJAWAB" Lalu Sufi siapkan diri dengan segala ilmu..Biarlah walau orang kata sikap ibu dari zaman remaja akan mempengaruhi sikap anak dalam kandungan..tapi Sufi tak percaya.. (sangat degil..hehe).. Bagi Sufi, dari alam rahim itulah bermulanya didikan yang sebenar..Didikan pertama kami untuk si kecil ini sekarang adalah memperkenalkan dia dengan ayat-ayat suci Al-Quran..

Sufi sedang berusaha untuk tidak manja..untuk jadi kuat! kerana anak ini nanti akan jadi pejuang yang membela agama ALLAH ini.. INSYAALLAH..

..Sufi dan sahabat-sahabat seperjuangan kini sedang berusaha untuk menyiapkan assignment dan sedang membuat persediaan untuk menghadapi test untuk 3 subjek..doakan kami supaya dimudahkan segala urusan..Amiin..

Banyaknya entry nak post..pasal isu hukuman bunuh buang bayi, pasal nuzul Quran, pasal lailatul qadar,..tapi...bila nak buat research ni?????Herm.......

Tuesday, August 17, 2010

~ SURAT UNTUK BABA~

Assalamualaikum Baba.. Sufi doakan Baba sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi, juga sentiasa diberkati Allah.. Sufi utuskan warkah rindu ini untuk Baba, walau Sufi tahu surat ini tidak akan sampai ke tangan Baba, kerana kita kini telah terpisah jauh..lebih jauh dari jarak antara dua benua..Jauh zahiri..tapi tidak maknawinya, kerana Baba sentiasa dekat di hati Sufi. Kasih sayang dan ilmu yang Baba bekalkan sentiasa melindungi Sufi..

Baba... Hari ini 16 Ogos 2010. Sepuluh tahun sudah kita terpisah oleh ketentuan takdir ini. Aduhai Baba, Sufi rindukan Baba..Rindu yang diiringi sayu dan pilu.. Telah Sufi cuba tanamkan rasa ini jauh ke dasar hati, agar ia tidak tumbuh-tumbuh lagi. Namun benih kasih sayang yang pernah Baba cambahkan ini sangat subur, tuntas ia tumbuh mekar kembali, malah makin mekar dan mekar tanpa perlu Sufi bajai..Lalu maafkan Sufi kiranya airmata rindu ini masih mengalir walau sudah sepuluh tahun kita terpisah..

Baba, andaikata saat dan ketika ini Baba ada di hadapan Sufi, terlalu banyak yang ingin Sufi ungkapkan...

Terima kasih itu adalah lafaz pertama yang telah terpendam lama di hati Sufi. Terima kasih untuk Baba atas segalanya. Terima kasih kerana kesempurnaan didikanmu, dan terima kasih atas kasih sayangmu.. 

Baba..Sufi masih ingat lagi.. latihan pertama Baba adalah Solat.. Hari-hari Sufi tengok Baba solat, mengimamkan Ma dan abang-abang..SUfi pastinya tidak mahu ketinggalan berjemaah sama walaupun Baba tak pernah paksa..Sebab Sufi malu dan rasa terpinggir bila semua qiam di belakang Baba, mengikut setiap gerakan Baba..Sufi juga mahu begitu.. Dan akhirnya, hingga ke hari ini, amalan itu sudah sebati dijiwa Sufi.. Alangkah hikmah cara didikanmu Baba..Terima kasih Baba atas kesempurnaan didikanmu..

Baba..Sufi masih ingat lagi.. kecil-kecil dulu, Baba ajar Sufi mengenal kalimah Allah...sabarnya Baba dan Ma mengajar SUfi bertatih menyebut huruf demi huruf, lalu seterusnya membimbing Sufi menggabungkan huruf-huruf itu, menjadi kalimah demi kalimah yang dihiasi dengan baris. Sufi, ingat lagi, seawal usia 4 tahun, Sufi sudah mengenal huruf-huruf Al-QUran..KAlimah Allah itu menjadi sebati dengan jiwa Sufi..Diulang-ulang baca, hingga akhirnya Sufi khatam Al-QUran diusia 4 tahun.. Waktu itu Sufi tahu Baba bangga. Ibu-ibu di kampung tiidak segan bertandang ke rumah untuk mendengar bacaan Sufi.Walau tiada majlis khatam Al-Quran dengan segala pulut kuning dan jemputan, namun berita anak kecil kampung berusia enam tahun ini khatam Al-QUran deras sekali tersebar.. Alangkah sempurnanya didikanmu Baba..Terima kasih Sufi ucapkan..

Dan..Sufi juga ingat, hadiahnya Baba berikan Sufi kamus Bahasa Arab bergambar.. Sukanya Sufi pada waktu itu. Setiap waktu kamus itulah yang SUfi belek, hingga tercabut helaian-helaiannya..Seminggu sudah cukup untuk Sufi hafal kesemua perkataan itu. Dan, bila Baba pulang dari pejabat, Sufi sudah sedia menunggu, meminta Baba dengar hafazan Sufi.. Sukanya Sufi bila Baba selalu katakan pada Sufi  "Pandainya..."  Itu cukup membakar semangat Sufi menghafaz hari demi hari.. Terima kasih Baba..Terima kasih kerana menjadikan bahasa syurga itu bahasa pertama yang berkembang dalam minda Sufi.. Terima kasih atas kesempurnaan didikanmua Baba..

Dan..Sufi juga ingat, seawal usia 9 tahun, Baba perkenalkan Sufi dengan Nahu, Saraf, dan Balaghah.. Kitab kuning itu Sufi buka dihadapan Baba setiap malam usai isya'..lalu baris demi baris Baba ajar Sufi..hingga Sufi kenal bahasa syurga itu lebih mendalam lagi.. Baba ajarkan juga syair-syair arab yang ritmanya indah sekali.. Terima kasih Baba..Terima kasih atas kesempurnaan didikanmu..

Dan, Sufi ingat lagi, Baba sangat kelakar. Baba seorang ayah yang sangat suka bergurau. Baba tak akan biarkan Sufi tengok TV sorang-sorang..Baba akan sentiasa ada di sebelah SUfi. Baba usik Sufi, Sufi merajuk, dan Baba pujuk. Baba suku geletek Sufi, hingga terjerit-jeritlah anak kecil itu..Dan Baba ketawa..

Dan, disaat SUfi baligh di usia 10 tahun..Baba ajarkan pula SUfi tentang kebersihan diri..tentang taharah, tentang aurat, dan tentang tanggungjawab sebagai hamba, sebagai anak, dan sebagai ummat Muhammad S.A.W...Baba terangkan kepada Sufi, bahawa tanda baligh itu akan membawa perubahan yang besar dalam hidup Sufi. Baba ajarkan kepada Sufi bahawa segala pahala dan dosa kini akan Sufi pikul sendiri. Jadi kata Baba lagi, Sufi harus berhati-hati..pesan Baba, setiap perbuatan itu, fikirkan samada akibatnya dosa atau neraka..Baba terangkan bahawa Sufi kini akan menjadi sunti, yang harus terpelihara aurat dan akhlaknya.. Terima kasih Baba..Terima kasih atas kesempurnaan didikanmu..

Dan..Sufi ingat lagi Baba..Sufi malu bila ada yang mengejek-ngejek nama Sufi..Kawan-kawan sekolah kata nama SUMAYYAH ini pelik..malah ada juga cikgu-cikgu yang kata begitu..ye, kerana putri Baba ini bersekolah kampung, dan bukan sekolah rendah agama swasta yang rata-ratanya tahu tentang sirah sahabiyyah.. SUfi merajuk lagi pada Baba kerana 'hadiahkan' Sufi nama SUMAYYAH..sedang kawan-kawan rata-rata punya nama yang cantik-cantik.. Lalu Baba ceritakan pada Sufi saat kelahiran Sufi..Seorang putri yang lahir ditengah terik matahari, tepat jam 1.05 tengahari 19 November 1985..Baba kisahkan kepada Sufi tentang sejarah Memali, cerita tentang perjuangan ummat Islam di bumi kedah demi mendaulatkan agama hingga syahid..Dan tarikh 19 November 1985 itu adalah tarikh dimana pemimpin ummat Islam pada ketika itu, iaitu Ibrahim Libya gugur syahid.. Dan saat Sufi lahir itulah saat di mana pemimpin pejuang itu gugur menjunjung maruah agama.. Dan, Baba kisahkan tentang perjuangan Sahibah Rasulullah, Sumayyah isteri Yaseer yang menjadi wanita pertama mati syahid..Lalu..Sufi faham, malah Sufi bangga punya nama ini Baba..Terima kasih Baba kerana memeberikan SUfi nama seantik ini..Cerita itu sampai ke hari ini lekat dijiwa SUfi..Alangkah sempurnanya didikan Baba..Putrimu ini rupanya sudah dicorak saat mula dilahirkan lagi..Terima kasih Baba...

Dan, Sufi ingat lagi di usia 12 tahun, bila Sufi dapat 5A UPSR..Baba gembira..tapi Sufi hairan kenapa gembira Baba macam biasa-biasa sahaja.. Bila Sufi di pilih oleh sekolah sebagai pelajar cemerlang akademik dan ko juga Baba seperti biasa-biasa sahaja.. Sufi tak puas hati! Aduhai..berdosanya Sufi..Tapi Baba terangkan lagi kepada Sufi bahawa kejayaan dunia ini bersifat sementara.Baba tidak mahu mengasuh Sufi menjadi hamba ALLAH yang leka dengan nikmat dunia. Kata Baba, boleh bergembira, tetapi jangan sekali-kali kita terlebih gembira. Ya, dan bila Sufi besar, kini Sufi faham apa maksud Baba..Oh ya Baba, cincin yang Baba hadiahkan pada SUfi sempena kejayaan sementara itu masih Sufi simpan..Sufi sayang sangat cincin itu..Terima kasih ye Baba atas hadiah itu..dan terima kasih atas kesempurnaan didikan Baba...

Dan..bila Sufi meningkat usia remaja, Sufi banyak belajar mengenali kehidupan.Baba didik Sufi berdikari..Berulangkali Baba sebutkan pada Sufi yang Baba rasa Baba tidak akan sempat menjaga SUfi hingga Sufi dewasa.Baba rasa yang Baba akan pergi jauh dan terpisah dari Sufi..Baba rasa yang Baba akan tinggalkan Sufi..Dan Baba rasa yang Sufi akan bina hidup dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu menyusahkan sesiapa atau bergantung kepada sesiapa.. Lalu Sufi di hantar tinggal bersama datuk, untuk belajar berjauhan dengan Baba, agar Sufi tidak manja dan tidak lemah andai Baba pergi nanti..

Dan..............................Akhirnya tanggal 16 Ogos 2000, Baba pergi jua.......................
Di saat Sufi di akhir usia 14 tahun, Baba dijemput yang Maha Kuasa..
Tarikh itu, 16 Ogos 2000, tarikh yang mencatat seribu makna buat Sufi..
Tarikh yang membawa perubahan dalam hidup Sufi.
Tarikh di mana Sufi hilang seorang wali.
Tarikh di mana Sufi bergelar yatim.
Aduhai Baba..peritnya saat itu..saat melihat jasad Baba terbujur kaku..
Pedihnya saat mengiringi Baba ke tempat persemadian..
Sufi rasa semua mata memandang simpati pada Sufi..
Sufi tidak suka pandangan simpati itu Baba.
Sufi tidak suka kata-kata berbentuk pujukan itu Baba..
Sufi tidak suka, kerana Sufi tahu Sufi kuat.
Pedih itu Sufi simpan di hati...
Dan, hari-hari duka itu berlalu tanpa ada satu hari pun yang SUfi lupa tentangya..
Ya, peritnya kehilangan itu bekasnya tidak akan pernah hilang Baba..
Saat itu, Sufi tahu Sufi harus kuat, dan Sufi harus matang..
Sukar untuk Sufi lalui kehidupan remaja tanpa Baba, tanpa nasihat-nasihat Baba.
Hingga ada ketikanya Sufi rasa Sufi mahu pergi jauh dari ujian ini..
Memendam rindu yang tak akan tertuani ini sangat perit bagi Sufi Baba...
Sufi rindukan bau tangan Baba yang sentiasa dicalit minyak atar..
Sufi rindukan bacaan ayat-ayat suci Al-QUran Baba..
Sufi rindukan kenangan berbuka puasa dengan Baba..Baba suka Nasi Kerabu kan..hari-hari di bulan puasa mesti ada juadah itu..
Sufi rindukan kenangan berhari raya dengan Baba..
Tapi walau seribu tahun sekalipun Sufi mengimpikan yang ini, ia tidak akan tertunai..itu mustahil..
Kerana itulah peritnya menanggung rindu ini terasa menikam-nikam ke ulu hati..

Dan,Baba...Hari ini, 16 Ogos 2010, genap sepuluh tahun Baba pergi, putri Baba ini sudah menginjak ke usia dewasa..Putri Baba kini sudah jadi seorang isteri kepada lelaki sebaik Mohd Faris Azri..Dia sangat penyayang Baba..Putri Baba ini sudah menjadi seorang menantu...dan bakal juga menjadi seorang ibu..InsyaALLAH...Putri yang waktu Baba tinggalkan dulu berusia 14 tahun, kini sudah berusia 24 tahun..Dan, Putri Baba ini sudah berjaya menggenggam segulung ijazah, malah kini sedang berjuang untuk ijazah ke dua dibidang undang-undang..Walau Baba tidak sempat melihat semua ini, tapi percayalah Baba, semua ini hasil berkat kasih sayang yang Baba berikan, dan hasil berkat kesempurnann didikan Baba dulu..
Walau Baba pergi dulu, tapi baba tinggalkan bekalan ilmu di dada putri Baba ini.. Dan Baba tinggalkan juga kepada Sufi seorang ibu yang penyayang. Baba bekalkan kepada Sufi wali-wali yang bertnaggungjawab, iaitu keempat-empat putramu..Alhamdulillah Baba, semua mereka tidak pernah mengabaikan kebajikan putri tunggal baba ini.Terima kasih Baba kerana mendidik mereka dengan erti tanggungjawab, hingga mereka berjaya mengasuh Sufi sepertimana asuhan Baba..

Baba..Alhamdulillah, setelah Sufi lalui segala keperitan itu, Sufi kini mampu hidup bahagia..Baba tahu tak..anak-anak Baba semuanya baik-baik belaka, kebajikan ibu tidak pernah kami abaikan. Kami berusaha untuk tidak membiarkan ibu mengisi hari-hari tuanya dengan kesepian dan kesunyian. Kami berusaha berikan yang terbaik untuk ibu..Aduhai, alangkah sempurnanya didikan Baba..

Dan, saat kewalian abang-abang akan berpindah kepada suami Sufi, sayunya hati kerana Sufi sentiasa berangan-angan untuk baba ada mewalikan Sufi.. Tapi tidak mengapalah Baba..Sufi kini bahagia..Menantu Baba ini baik orangnya..tidak pernah sekalipun ditinggikan suara bila bercakap dengan Sufi..Baba tahu tak..sekarang baba sudah punya 3 menantu,semuanya baik-baik belaka menghormati Baba dan Ma..Itulah berkat didikan Baba, mendorong kami mencari pasangan hidup berlandaskan agama..Dan, baba sudah punya 4 cucu, bakal bertambah menjadi tujuh tahun hadapan..Rumah peninggalan baba kini sudah meriah kembali..

Oh ya Bab..Sufi ingat lagi pesan Baba.."Anak-anak Ba..walaupun setinggi mana belajar, tersohor macamana pun tapi kalau tak tau baca kitab-kitab arab Baba ni, lebih baik tak payah masuk universiti lah..duduk buat kerja kampung, belajar pondok lagi afdhal.." Kedewasaan Sufi kini telah memahamkan Sufi tentang simbolik kata-kata Baba itu...Sampai ke hari ini Sufi pegang kata-kata Baba ini, dan Sufi sahut cabaran Baba itu.. Baba doakan Sufi supaya sentiasa bermujahadah ye..

Baba..terlalu banyak yang ingin Sufi katakan di sini..tapi kudrat dan upaya membatasi..
Lalu izinkan Sufi simpulkan kesemua ini dalam ungkap kata : "Baba..terima kasih atas kesempurnaan didikanmu.."

Sunday, August 15, 2010

..::Sotong Sumbat Apollo::..

 ~ Sotong ni Sufi dah potong lepas masak untuk senang makan ~

Salam ramadhan kareem...
Ni Sufi nak sambung balik n3 semalam..semalam baru post 2 menu...ada lagi satu, sebab dah penat semalam so sambung la hari ni pulak..

Sotong Sumbat Apollo ni seyesly menu baru yg SUfi tak pernah buat pun sebelum ni..Rekaan ni terhasil bila tengok sotong tu dah 2 mingggu dlm peti ais..nak dibuang sayang..tengok pulak ada ayam bahagian dada..Selalu kalo beli ayam mmg mcm ni lah, bahagian dada mesti terbuang..

So, Sufi asah otak kasi tajam cikit..Ting!!! Dapat idea dah... SOTONG SUMBAT! - the name Apollo tu sbb sotong tu besar sangat nampak cam roket apollo... ;p

Bahan-Bahan;

1. 2 ekor sotong sais giant.Jgn pilih yang ada telor - bersihkan dan cucuk2 badan sotong tu dgn garpu..
2. 1 atau dua  keping dada ayam, direbus.
3. Lada hitam dan garam secukup rasa. Kalau suka blh tmbah gula juga.
4. 1 ulas bawang merah di cincang halus.
5. 3 sudu makan sos tiram.
6. 1 biji telor.
7. 2 sudu makan tepung gandum.
8. 1 sudu besar minyak zaitun.

Caranya;

1. Dada ayam yang dah direbus ditumbuk bersama bawang merah, lada hitam, dan garam.Tumbuk sampai betul2 lumat.
2. Pukul telor bersama sos tiram.
3. Masukkan isi ayam yang dah ditumbuk tadi ke dalam sotong. Jangan penuh sangat, nanti melimpah. Pastu tutup dengan kepala sotong, cucuk dengan lidi dalam bentuk cross utk mengelakkan kepala tercabut dan isi terkeluar! hehe..
4. Celupkan sotong ke dalam bancuhan telor dan sos tiram. Biar sekejap - lbh kurang 10 minit dan agak2 rasa sos tu dah meresap ke dalam sotong.
5. Golekkan sotong dengan tepung, jangan tebal2, biar nipis je tepung tu..
7. Panaskan minyak zaitun, pastu goreng lah sotong tadi tu..
8.Bila dah agak2 nak masak, tuang sedikit lebihan bancuhan telor dan sos tiram tu ke dlm kuali..
9. Done!


~ SELAMAT MENCUBA ~

Saturday, August 14, 2010

Singgang Tulang




Herm..ni second recipe Sufi untuk juadah berbuka petang tadi.. Dah seminggu dah mengidam nak makan singgang tulang..kat KL ni memang tak jumpa lah. Sebab menu ni hanya di masak di Kelantan dan Terengganu sahaja..Hehe..Sedapnya boleh hirup kuah singgang yang masam tu..Happening je rasa...Kalau pedas lagi best. Tapi sebab Mr.Faris tak boleh makan pedas maka Sufi pon tak letak cili padi la....hehe..

Bahan-Bahan :
1. 1kg tulang rusuk lembu @ boleh guna daging je - jumlahnya agak2 je ni, sebab Sufi tak timbang pon..hihi..
2. 5 ulas bawang merah kecil.
3. 5 ulas bawang putih.
4. 1 sudu teh serbuk ketumbar - bancuh dengan air. (Kalau guna ketumbar biji, jumlahnya 1 sudu besar, then kena tumbuk sampai hancur.)
5. 3 inci lengkuas.
6. 2 keping asam keping.
7. Garam dan gula secukup rasa.
8. 1 tangkai cili kering dibelah dua - kalau tak mo letak pun takpe..tak jejas pon..

Cara-caranya :
1. Bawang merah, bawang putih, dan lengkuas diketuk sampai pecah.. (tak mo sampai lumat ye...)
2. Masukkan semua bahan dan tulang dalam periuk, masukkan air, agak2 biar sampai tenggelam tulang tu.
3. Rebuslah sampai empuk..

** Untuk yang suka pedas boleh ketuk 2,3 biji cilipadi, taruk dalam kuah tu lepas dah angkat dari dapur.

Tips untuk menghasilkan daging yang lembut:
i. Time beli tulang tu, jangan pilih yang lemaknya dah nampak kuning - ni tanda lembu tu dah tua, so daging akan liat..
ii.Time masak, mula2 sekali guna api besar, sampai kuah mendidih, then perlahankan api - guna api yg paling kecil. Biar je lah 2,3 jam..nanti lembut la..kalau kuahnya kering tambah la cikit2 air tu..
~~SELAMAT MENCUBA~~

Grilled Salmon

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Wish u ols da best owez ya..

 Gambar ini nampak tak lawa sebab guna fon je..plus dgn tak berapa pandai snap pix.. ;p

Apa khabar sahabat-sahabat Sufi semua? Moga kalian dalam lembayung rahmat ALLAH sentiasa..Erm, hari ni Sufi nak share juadah buka puasa Sufi dan Mr.Faris..Hari ni adik Sufi datang.. (adik Mr.Faris merangkap adik ipar Sufi - kira adik jugalah tu kan) So, Sufi masak lebih sikit lah..ada la 4,5 lauk..

Untuk grilled salmon ni simple je...

Bahan-Bahan :

1. 1 keping ikan salmon - Sufi guna saiz besar, so cukuplah sekeping je..
     (ikan ni nanti dibuang sisik dan dibuang tulang ye..)
2. 1/2 biji lemon - perah airnya.
3. 1 sudu teh jintan manis
4. Lada sulah dan garam secukup rasa.
5. 1 sudu teh minyak zaitun.
(Simple kan.......................hihi)

Cara-cara :
1. Taburkan semua bahan di atas ke atas salmon, KECUALI minyak zaitun..
2.Last sekali bila dah rata semua bahan-bahan tu, baru sapu minyak zaitun kat ikan.
3.Perap 15minit lebih kurang.
4.Pastu grill ler... (hehe..Sufi takde pembakar, so guna kuali je, tapi tak taruk minyak..kira grill jgk la tu ek)
5. Bila ikan macam dah garing tu tuang lebihan bahan yang guna untuk perap ikan tadi..
6. Siap!

*Boleh di hidangkan dengan side dishes apa-apa pun..grilled vegy/corn/mash potato/sos/etc..
Tapi eceli Sufi tak boleh makan salmon, bau pon boleh muntah..Hehe..Masak sebab feveret Mr.Faris je tu....hihi..


SELAMAT MENCUBA!

Friday, August 13, 2010

Buffet Ramadhan @ KL Tower

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Di slot "Tempat Makan Best" ni, Sufi akan share lah dengan sahabat-sahabat SUfi, seberapa banyak perkara yang boleh di kongsi..tentang tempat-tempat makan yang best..yang selalu kami singgah atau pernah kami singgah..samada hidangannya super duper best atau pun service yang best..Hehe..

Ha...Semalam, the 2nd day of ramadhan, Sufi dan Mr.Faris buka puasa buffet kat KL Tower. Mr.Faris punya idea la tu..Terima kasih ye abang..Selalunya Sufi dan Mr.Faris ke sana bila time tekak terasa nak makan oyster,udang and grilled lamb je..Buka puasa ni baru first time la. Tapi tak jauh beza pun, sama juga..

1.Tengah order green tea untuk neutralize sistem dalam perut..hehe..sebenarnya tengah tak sabar tunggu masuk waktu berbuka..Hehe..
Sengih penat

The most special thing about Restoran Menara is its nice view that you can see from the top while enjoying your meal. Apart from that, the variety of foods and the tenderness of food's texture betul2 menawan lidah dan selera..

Kat sini kalau at night always full.. Sebelah siang kosong,lengang je..
So, sebelum pergi tu better call untuk book table dulu.

Yang menyebabkan makanan kat sini sentiasa fresh dan berkualiti sebab they have few sessions. Kalau sebelah malam tu ada dua sessions. First session at 6.30pm - 9.00pm. Second session is at 9.00pm till 12 rasanya..So, for each session they will serve you new food..kira bukan aci recycle2 la..

2. Ni dessert yang Sufi pilih..sbb disunatkan berbuka dengan yang manis-manis..So, kena amik desert la..
caramel pudding, tembikai,mint+chocolate pudding with cocktail..yummy!

Makanan yang dihidangkan pulak ada 3 sections. Starter course, main course, and dessert. semua ni akan dihidangkan sekaligus. So, pilihlah apa sahaja yang berkenan di hati. Yang paling penting semuanya fresh.. jenis hidangan pula macam2..western, Mediterranean,dan makanan melayu ofcourse..

3.Ni pulak starter course yang Sufi pilih...
Garlic bread, mutton soup, beff blackpepper, sushi, dan ada 2,3 jenis makanan arab yang Sufi tak tau namanya..hehe..the mutton soup and bread is super duper delicios!

Yang paling best sebab oyster dia sangat besar dan segar, dan kambing panggang yang di serve atas dapur..hoho..

The oyster and grilled lamb picture is no longer available.
Sebab dah licin sebelum sempat snap..Hehe.. (buruk lantak)
...Garlic Bread, Roti Nan, Roti Jala, Laksa, nasi beriani, nasi putih, Bihun Sup, Mi KAri, Pecal, Rojak Buah, Sushi, Daging sumbat, Udang Kerutub, udang panggang, Sate, Kebab Daging, Lemang, rendang, ayam pandan, kek, puding cocktail,fruits, dan segala macam puding pun ada..sangat banyak menu nye, mmg tak larat nak tulis, rasanya macam more than hundred.. So, pegi sana mmg untuk makan je..

4. Mr. Faris tengah khusyuk...lapar sangat ye bang..


Udang kerutub yang sangat lembut dan segar..Ada manis-manisnya (bak kata Sheila Majid)

Paling special sebab restoran tu restoran berputar, so sepanjang 2jam tu pengunjung boleh menikmati selera sambil menyaksikan KL city dari macam2 angel.. Time tempat duduk dah sampai kat view KLCC tu lah time orang pakat nak ambik gambar..KLCC tu kan canteeeek..

5. Teringin nak pose bila tengok mat-mat salleh duk posing macam2..padahal kita ni hari-hari pun boleh nampak KLCC tu..Hehe..


Tips dari SUfi:
1. Girls kalau pegi sana x payah bawak handbag besar-besar la, susah nak ambik makanan nanti..hehe
2. Kalau boleh tak payah pergi time day session, sebab choice makanan tak banyak..kira tak puas hati la..

Pasal charge nye pulak..kalau tak silap around MYR 150.00 per person..kira berpadanan lah dengan makanan yang disediakan..

Kalau suka, bolehlah ke sana bila2 masa...the buffet is always on , not only during ramadan ye..

Kindly click the 'like' button below if you have Facebook account..Hehe..kita promote restoran Malaysia...

Tazkirah Ramadhan - Ayuh bina kembali jati diri Muslim


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk sahabat-sahabat semua..Wish u ols the best owez!

Salam Ramadhan Kareem...Hari ni hari ke tiga Ramadhan.Alhamdulillah SUfi masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan ibadah ini. (kira tak ponteng lagi lah..hehe..) Pagi ini, Sufi bangun siapkan sahur ala kadar. Sekadar ikan bawal tumis pedas dan telur dadar. Kata Mr.Faris cukuplah tu..kita pun berdua je.. Alhamdulillah, Mr.Faris tak banyak request. Jam 5.50 tepat Sufi dah siap berkemas dapur, kami solat subuh berjemaah, dan Sufi siapkan Mr.Faris, memakaikan segala jenis aksesori di uniformnya, memakaikan stokin, memakaikan kasut - juga sekadarnya..tapi selengkapnya biar Mr.Faris nampak kemas dan ganteng gitu..hehe..Kesian Mr.Faris..pukul 6 pagi dah kena keluar, demi untuk reporting kerja seawal jam 7.30 pagi di KLIA...ni kompem dia pecut ni..hurmmm...

Setel semua, SUfi masukkan baju2 kotor dalam washing machine dan mengadap buku Fiqhul Muqaran, susunan Al-Fadhil Ustaz Dato' Md. Hashim Yahya..mencelah sekejap untuk post entry ni..hihi..
SUfi teringat kelas tutorial Ustaz Hashim petang semalam. Naluri kami dijentik dengan tazkirah dari Ustaz. Satu jam terasa sangat cepat berlalu. Muqarrar subjek kami letak ke tepi. Kata ustaz dia nak mengajar sesuatu yang lebih penting. Kisah tentang Melayu, kisah tentang Muslim. Sufi duduk betul-betul di hadapan Ustaz, selang jarak 1 meja sahaja. Dan, di sebalik ketenangan wajah itu, SUfi nampak ada air bergenang di tubir matanya. Ada rona-rona merah di matanya. Ustaz sedih, Sufi juga sedih..Sedih melihat ustaz hampir menitiskan airmata terhadap dosa orang lain. Lembutnya hati seorang penda'ei..

Kisah itu kisah tentang jati diri..diumumkan untuk semua tapi dikhususkan untuk kami di bidang undang-undang. Kisah tentang Muslim moden yang hilang jati diri - dan buahnya, keadilan tak terlaksana. Ya, mana mungkin akar umbi yang rosak boleh melahirkan buah yang ada manisnya dan terasa segarnya.Mustahil bukan.. Tazkirah itu diselitkan dengan hadis-hadis dan kata-kata sahabat. Tapi sayang, Sufi tak sempat mencatit semua itu dalam memori Sufi.. Manusia hilang jati diri...bila hilang jati diri, manusia akan malu menyatakan kebenaran, dan takut menegakkan keadilan. Kebatilan akan bertebaran di celah-celah ruang udara yang kita sedut dan kita hembus saban saat. kerana jahil merajai. Kerana iman tidak benar-benar di hati.Kerana aqidah cuma di bibir. Kerana duniawi memegang takhta...Natijahnya, anak-anak muda tidak lagi malu terkinja-kinja (dalam rancangan TV contohnya), bercampur-gaul lelaki perempuan, malah merasa bangga ditonton oleh satu dunia! Bangganya mereka melakukan maksiat..Orang-orang yang menegakkan kebenaran, berkeras menentang kebatilan akan di pandang aneh, dibenci malah dimaik, walhal mereka ini sepatutnya dipuji dan disanjungi! Itulah duniawi..duniawi yang kita kejar tak sudah-sudah.
Bicara Ustaz lagi..tahap "glamour" manusia ini ada EMPAT ;

1. Orang yang terkenal di bumi dan terkenal di langit.
Mereka ini adalah orang-orang yang dihormati di dunia, dikenali ramai. Sebut sahaja namanya, semua orang kenal. Dan dia juga terkenal di akhirat..Dikenali makhluk-makhluk langit..para malaikat mengenalinya dan menyayanginya..Orang ini apabila tiba saat ruh di cabut dari jasad, berpuluh-puluh ribu malaikat akan turun ke bumi menyambut ruhnya...Para malaikat akan berarak mengiringi ruhnya naik ke langit..Alangkah mulianya roh ini. InsyaALLAH, ruh ini telah ditempatkan rumah di syurga.. -Inilah pemimpin-pemimpin yang penat didunia menegakkan keadilan, tetapi apabila matanya terpejam, dia diberikan istirehat yang panjang oleh ALLAH..Segala penat lelah di dunia berjuang menabur jasa untuk rakyat akhirnya di balas di akhirat.Para malaikat akan memuliakan dia..Alangkah indahnya...

2. Orang yang terkenal di bumi tetapi tidak terkenal di akhirat.
Mereka ini adalah orang yang dikenali di dunia ini. Setiap atur langkahnya dialas karpet merah, tangan disalami malah diciumi, alangkah mulianya dia. Jasa ditabur bakti dicurah.Tapi sayang, angsung tidak dikenali di langit. Bila disebut namanya, tidak satu malaikat pun mengenali. Orang ini apabila dicabut nyawanya, tiada malaikat yang sudi menyambut ruhnya. Tiada lagi kemegahan akan mengirinya. -Inilah pemimpin-pemimpin yang penat didunia menabur bakti, megah berdiri mendakwa diri sebagai pemimpin sejati, tapi AL-Quran dan Sunnah tidak dijadikan panji. Merka inilah yang menegakkan kebatilan, dan menghancurluamtkan keadilan. Golongan-golongan bawah yang menentang akan ditindas dan dipinggir habis-habisan. Mereka berjuang menabur bakti kepada rakyat kononya, tetapi di sebaliknya rakyatlah yang sedang menabur bakti kepada pemimpin-pemimpin ini..Saat mata terpejam,jasad terkaku, mereka tidak akan dijanjikan rehat yang panjang. Bahkan di sanalah kepenatan sebenar mereka akan bermula.. Pohon ALLAH jauhkan SUfi dan sahabat-sahabat semua dari tergolong dalam golongan ini.. Sampai di sini mata ustaz dah bergenang..nampak merah dan bertakung airmatanya. Getar suaranya sudah lain..tersekat-sekat emnahan sebak..Ya, sesungguhnya hati orang-orang beriman itu apabila disebut tentang azab ALLAh, akan bergetarlah ia,menanggung takut akan peritnya azab itu..

3. Orang yang tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit.
Mereka ini orang-orang yang tidak berjawatan tinggi, tinggal menguruskan hidup sendiri. Ya, manusia tidak akan terkenal jika duduk kat kampung, tanam padi serelung dua cuma..Tapi jangan anggap orang ini tidak dikenali para malaikat. Malah mereka juga seperti golongan yang pertama tadi, matinya akan disambut..Perjalanan ruh ke langit akan diiringi oleh puluhan ribu malaikat..kerana ketetapan iman dalam diri, dan kejituan hati mempertahankan jati diri sebgai Muslim. Masya-ALLAH..Subhannallah... Ya ALLAH, golongkanlah kami di kalangan mereka ini..Amiinn..

4. Orang yang tak terkenal di bumi, dan tak terkenal di langit.
-Yang ini tak payah lah SUfi terangkan, kira faham-faham sendirilah ye...hehe..cuma mudah-mudahan kita bukan tergolong di kalangan ini..

Kesimpulannya, walau di mana pun kita berada, walau siapa pun kita, ALLAH itu ada bersama kita. Selagi kita berpegang pada ALQuran dan AlSunnah, ALLAH akan menolong kita, tidak di dunia di akhirat itu pasti. Jangan kit ahilang jatidiri sebagai Muslim hanya demi sebuah nama dan gelaran. Jangan kita hilang identiti sebagai muslim sekadar untuk meraih pangkat cuma. Biar kita hina di mata manusia, tapi mulia di mata ALLAH. Jangan kita mulia di mata manusia tetapi hina di mata ALLAH..Kerana sesungguhnya mati yang mulia itu lebih baik dari hidup yang hina.. Teringat pesan Saidatina Fatimah kepada puteranya ; 'Aish 'Aziizan Au Mutt Syahiidan - Hiduplah dengan mulia (ertinya mulia pada pandangan ALLAH) atau Mati Syahid (demi menegakkan kebenarna agama ALLAH)..Lihatlah bagaimana ibu-ibu terdahulu menerapkan nilai jati diri ke dalam diri anak-anak mereka.. Wallahua'alam..