Showing posts with label KIDS' ACTIVITY. Show all posts
Showing posts with label KIDS' ACTIVITY. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Kids Activity - Cooking Time!!!

Anak pompuan, kalau di ajak memasak lajuuu je.
Abis, tetiap hari pun tu yang diorang nampak mama buat.
Ni antara aktiviti minggu ni.
Biasala balik sekolah tengahari, tukar baju makan semua,
Mama rehat jap.
Baring2 sambil dengar celoteh budak berdua tu.
Berebut2 nak bercerita tentang hal masing2.
Cerita hal kawan lah, hal teacher lah.
Siap cakap ada kawan ajak g tidur rumah dia..
Amboiiii baru umur 4 tahun lebih ni,
Dah pandai nak lepak umah kawan ye....
Kelakar la tapi.

Iman pun sekarang dah pandai dah..
Iman ni kalau dia cerita apa2,
cakap dia tersangkut-sangkut sikit.
Kadang tu nak menunggu dia habis cerita tu lama,
Imtinan dah tak sabar tunggu, terus masukkan cerita dia.
Pastu Iman dia terus stop, dia tenung kakak lama2 (dengan muka serius),
pastu dia cakap...
"Kakak. Tolong ikut turn please."
Garang oooo...macam mama dia. Hahaha..

Lepas baring2 lepak2 tu, masuk la playroom diorang, saya join main sama2.
Pastu dah petang sikit pukul 6 masuk dapur.
Ajak diorang sekali. Tolong apa2 yang patut.
Ni pun kira part of activities jugak.
Ok apa, takyah lah 24hours nak structured play manjang. Kang bosan pulak.

Menu hari sebelum tu nak masak nasik goreng untuk dinner.
Mintak diorang tolong potong kacang panjang.
Bagi mangkuk sorang satu, papan potong dengan pisau plastik ikea tu.





Hasil kakak T___________________T

Hasil Iman  T___________T

Saya perasan jugak Iman ni buat kerja macam teliti tapi nak cepat.
Dia agak kurang sabar kalau benda tu dia rasa susah.
Dia akan cepat jumpa solution / short cut way.
Ataupun kalau dia tak jumpa solution dia stop jelah buat.
Dia macam takde guilty feeling ke apa sebab tak siapkan task dia.
Bahaya jugak nih. Hahaha..
Macam kacang tu, Iman guna pisau jap je.
Dia rasa susah (sebab pisau budak2 ikea tu taula kan 'tajam' dia cemana je..haha)
So dia letak pisau tepi, dia patah2 kan je.
Macam ni pun boleh kan mama?
Owh.......boleeehhhh sangat... Iman yang kelakar.




Yang ini pulak masak the next day.
Nak buat sayur bening bayam dengan ikan bakar kunyit.

Menggaram kunyitkan ikan. Oit kakak..apesal muka mencuka je tu...aiyoooo

Letak garam kunyit kat ikan tapi mulut cakap "sabun fish...sabun fish...gosok2, sabun armpit dia.."

Siang bayam

Macam biasa Iman, mesti dia nak cepat. Dengan batang2 sekali dia masukkan dlm bekas. Last2 kakak pilih balik yang Iman buat, dia ceraikan daun tu dari batang satu2.

Dan...malam tu dua2 nye makan dengan selera.
Terkejut jugak, kakak makan bayam tu sampai habis.
Padehal dia jenis yang taknak makan sayur.
Kakak ooo kakak....mentang dia yang siang, laju je makan.

Nanti esok-esok kita buat lagi ye anak2...

Tuesday, April 12, 2016

Kakak dan Basuh Pinggan


Entri ni di taip pada Oktober ke November 2015.
Rasa macam dah publish, rupanya ada duk terkepam dalam draft lagi.

 
Assalamualaikum,
Hari-hariku dipenuhi dengan gelak tawa dan tangis anak2 aje.
Takde beza pun. 
Takde apa yang special. Tu yang tak tau nak update mende tu.
Gambar2 semua dalam henpong je.
Bukak laptop jaranggg sangat.
So, tau ajelah update guna henpon ni cemana sendunye kan.
Asyik typoooo je manjang ;p

Orait.
Nak cerita pasal kakak lagi.

Kakak just celebrated her4 years old birthday,
on 21st September baru ni.

HAPPY FOUR YEARS OLD KAKAK!!!
-kalo mama rajin update pasal birthday kakak adela tu nanti entri nye..hehe-

Semalam punye cerita. 
Macam biasa, papa was away.
Bila papa out stesen camtu, biasanya kitorang tido awal.
By 7pm dah siap makan malam.
Pukul 6lebih tu dah siap mandi & tukar baju semua.
Lepak2 jap depan tv, pukul 8.30 ajak baby & kakak masuk masuk toilet.
As both pun dah free diapers, 
so before tido kena tencing dulu la...hehe
Tak perasan pulak kakak takde sama2 kat ruang tamu. 
Ingatkan dia kat bilik dia. 
So bawak jelah iman pegi tencing & gosok gigi.
Dah siap semua, eh kakak ni mana takde masuk lagi bilik saya ni.
Both still tido kat bilik master dengan saya lagi.

Saya pun keluar bilik, panggil dia..
S : Kakak....kakak mana? Jom la brush teeth...nak tido dah ni.
Diam.
S : Kakak....kakak mana ni??

Tetiba dia menjawab dari dapur...
"Kakak kat dapur niii haaaa"
Laju saya pegi dapur.
Mak-mak biasala, kalau tak panik tak sah.
Tengk2 dia berdiri atas kerusi kat sinki.

"Eh, kakak buat apa ni?"
Dia jawab sambil senyum : "basuh pinggan la mama..."

Ololololo soooo sweeeet anak mama.
Terkejut pun ye. Tak sangka pun ye.
Tak pernah imagine dia boleh buat benda tu.
Sebab tak pernah train dia walau sekali pun.

Saya ni jenis yang cepat rimas kalau dapur @ rumah berkecah.
So memang takla nak ajar anak2 umur macam ni basuh pinggan bagai.
Dengan pendek nya...nak kena angkut2 kerusi masuk dapur..
Hoiiii rimas lah, dahla dapur kecik.
Pastu budak kecik basuh pinggan takde cucinya.
Nak kena double basuh lagi...
Menambahkan kerja je kan.

Tapi seriously saya silap.
Under estimate anak satu kesikapan besar mak ayah sebenarnya.
Huhu...terpaku jap.
Sebab kakak Imtinan bukan takat basuh pinggan je.
Semua dia basuh. 
Semua ye...gelas, sudu, senduk, pastu ada periuk & satu kuali kecil dlm sinki tu
Pun dia basuh.
Bersih pulak tu.
Licin, takde minyak melekit ke apa.
Perasaan seorang ibu adalah terharu.

Cuma part sejat tu senget benget lah.
Takpe sayang, mama tak kisah,
walau pun kalau yang sejat senget tu papa memang mama gewammmm,
Hahahaha.

Nampak tak gelas tu dia sejat cemana? Ternganga je kan...kihkihkih..


Tunggang langgang je semua..tapi mama bangga tau kakak.. 

Nilah dia kakak Sofiyya Imtinan. A long awaited baby. Dah besar dah now..Moga jadi anak solehah kakak.
Malam-malam pun melawa pakai baju kurung labuci siap
T__________T

Sunday, April 10, 2016

Kids' Activity : Stamping

Assalamualaikum,

Meh hari ni sembang pasal anak-anak pulak.
Pukul 11 malam sekarang ni.
Imtinan&Iman dah lena dah.
So ambikla masa sikit update blog.
Belek2 gambar lama yang masih duduk merata.
Tak buat apa folder pun.
Hahaha..Moga anak2 tak ikut perangai berlengah mak dia ni.

So, inilah kerjasaya hari-hari.
Kalau biasa tengok orang cakap or tulis :
"Hari-hari duk fikir nak makan apeeee la nih"
Tapi guwe pulak hari-hari pikir nak buat aktiviti apeeee la nih.
Kehkehkeh...

Selalunya bila anak-anak buat aktiviti macam ni,
saya suke join.
Suka ambik peranan sebagai 'peers' instead of 'coach' or cikgu.
Cube nak enjoy play time tu sama2.
Cube nak berlakon jadi kanak-kanak balik.
So selalunya masa main kitorang ni, saya biarkan je apa diorang nak buat.

Yang ini kitorang buat stamping activity.
Stamping cara kitorang sendiri la..
Pakai je apa bahan yang ada.
Ni guna water colour and wooden blocks.

 Wooden blocks kan ada macam2 bentuk.
Yang selalu dalam satu box tu ada silinder, square, bla bla bla tu..
Cer teka apa budak2 ni nak buat? Hehehe...


 Tadaaa.....haaaa buat orang!
Walaupun kaki terkangkang tak sopan langsung!
Hahaha... Looks like orang-orang yang jaga sawah tu..kehkehkeh.

Yang ni pulak buat stamping guna foam number.
Rasanya waktu ni nak ngajar Iman numbers kot.
Ntah dah lupa, sebab dah lama dah ni. Haha..



Hasil bila dah siap, saya tampal kat dinding guna washi tape.
Washi tapi ni best sebab kertas melekat kuat kat dinding.
Tapi  tak tinggalkan kesan walaupun lepas  dicabut.

Errr...soalan cepu cemas :
"Tak kotor ke main macam ni?"

 TAKKKKKKK LANGSUNG.

Ye, betul tak kotor langsung.
Tapi comot! Comot sangat-sangat.. Hahahaha...
Tapi apa nak buat? Kitorang bukan duduk rumah yang ada laman pun.
Kalau ada laman boleh jugak buat activity comot macam ni kat backyard.
Errr..tapi ni malaysia kot.
Mau berpeluh lencun satu badan kalau lepak backyard pun.

Teringat kecik2 dulu mak potong pelepah pisang lah, batang sayur lah,
petik bunga lah..bagi kat saya untuk main stamping2 ni.
Pastu mak masak, saya bersila kat tepi kaki mak,
duk tekap2 sayur2 yang mak kasi tu dalam water colour,
pastu cop cop cop kat kertas.

"Cantik adik buat!"
Tq Ma bagi kenangan yang indah untuk dikenang sampai sekarang :)

Wednesday, March 26, 2014

KIDS ACTIVITY - GIANT STICKER PART 2

Kepoyoan apekah ini sampai ada part pulak ni?
Keh keh keh....

Second thing boleh buat dgn giant sticker ni adelah "active play".

We sang the "Old Mc Donald Farm" song together. Serius. Seronok sangat.
Sambil anak-anak berlari pusing2 'farm' hasil yang diorang buat sendiri.
Walaupun Iman macam blur dan takleh appreciate sangat apa yang saya dan Imtinan buat, tapi takpela...i believe that she gets something.


Can you see the happy face?

Errr....hope you enjoy the play as well dear Iman. Hihi




This man acted as the Old Mc Donald.

Third thing ; Macamana nak kaitkan aktiviti ni dengan Allah, Muhammad S.A.W, dan kehidupan Islam. Apa yang saya buat adalah ;

1. Ceritakan pada anak-anak, semua haiwan tu Allah yang buat.
2. Ceritakan pada anak-anak bagaimana cara Rasulullah sayangkan haiwan.
3. Terangkan berbuat baik pada haiwan is good deed - sunnah Rasullullah - pahala - Allah sayang.
4. Terangkan buat jahat pada haiwan is bad deed - dosa - Allah tak suka.

Gunakan ayat-ayat yang simple. Gaya bercerita yg bersahaja dan menyeronokkan. Anak-anak mungkin tak faham, who is Allah?Prophet Muhammad? Pahala? Dosa? Mungkin diorang ni too young to understand, but they are never too young to learn. InsyaALLAH in one fine day, anak-anak akan mula bertanya who is ALLAH? Who is Prophet Muhammad S.A.W? Waktu tu be prepared with the answer. Itulah masanya untuk ajarkan pada mereka tentang ALLAH dan Rasulullah. Sebab waktu tu anak-anak tengah "eager to know"....


Ok lah...ni je la untuk hari ni. Kering idea la nak membebel pasal apa.

Kids Activity At Home - GIANT STICKER PART 1

Assalamualaikum.

Ni bile punye aktiviti eh... Last week rasa ni.
Boleh tak taknak explain panjang2..huhu..tak reti la.
Kadang2 pictures can explain better. Hehehe...

Yang diperlukan cuma ini....

Kertas majong @ manila kad. Berapa keping terpulang. Saya guna dua je ni. Combine dua2 keping kertas untuk membentuk satu kertas yang besar. Lekatkan guna selotape je.  


Pastu sketch la drawing masing2 nak macamana. Yang ni temanya 'PETS IN THE PARK'.

Print out few relevant pictures from web. Thanks Mr.google ;p

Potong2.....

Lukislah balik bentuk2 binatang yang nak dilekatkan ut atas kertas majong tadi. Pastu tulis word apa. Sambil2 nak ajar word jgk ni.

Next....Just guide the little fingers do the job. While the mom can slowly say the letter out loud. Macam C-A-T = CAT!!!! Saya pecaya budak2 ni dia absorb semua benda yg kita sebut.


Sesi menampal.

Tetiba IMTINAN cakap : "Eh mama...mana kepala bird?" Kecoh pulak kitorang mencari....

We finally found the bird's head here! Haha...keje budak ni le ni senyap2 koyak picture. Pastu muka tak pernah bersalah ;p
1. Fun - Kids can step on the 'giant paper'. Hope they can 'feel the park' ;p
2. Bright and Colourful pictures - Rangsang minda.
3. Vocabs.
4. Spelling.
5. Using glue - Sensory