Showing posts with label SUSUNATUR/ORGANIZING/DIY. Show all posts
Showing posts with label SUSUNATUR/ORGANIZING/DIY. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

DIY : Stationery Holder

Hurm hurm...
Second DIY project of January 2014.

Asal kejadian, stationery saya simpan dlm laci. Nak guna bukak laci ambik. Tapi sbb laci dlm bilik kerja @ workstation xbyk sgt ada...dan diperlukan utk sumbat brg2 lain, saya perlukan satu ruang penyimpanan baru.

Banyak jual kat kedai alat tulis kan. Tp malas nak beli. Walaupun cantik2, tetap perasan yg buat sendiri lagi cantek. Haha..matilah perasaan begini.
Ok2...jimat sebenarnya. Kebetulan tissue roll byk ni simpan...utk bahan homeschooling anak2. Ape salahnya rembat sikit =p

Bahan perlu pun murah...cuma kadbod (rm1.90) /playwood, tissue roll, cereal box&kotak susu. Ikut la nak pakai kotak apa pun. Tinggal lagi nak kena tambah gam, double tape, dan wrapping paper je.




Antara kotak2 yg digunakan. Tak byk pun. Tu pun x semua guna.


Pastu design lah camana bentuk feberet. Try2 susun dulu. Jgn gam lagi.


Mula2 nak design mcm ni. Sbb cantek view nye...tp pk punye pk, x praktikal lah pulok. Takat nk simpan pen gunting pembaris blh lah. Yg lain2 acaner???




Akhirnya come out dgn design mcm ni. Ni lepas balut dgn kertas pembalut&dah siap dilekatkan ats kadbod.


Zoom in. Pejam mata la yg berserabai sikit tu.


Ni gmbr full...yg kotak 4 segi kt sblh tu kotak2 honey star kecik saya susun byk2 supaya membentuk compartment kecik2.


Dah isi barang nampak la serabai sikit. Projek ni senang nak buat. Xsampai 2jam pun. Yg jadi terlebih 2 jam tu adalah proses membalut. Saya rasa kalau guna spray cat tu mesti lg cepat kan. Tp kurang rajin plk nak google cara nk pilih cat utk paper mcmana...

So far saya puas hati la. Stationary holder ni kira terus terletak ats meja je. Dan yg paling best adalah x payah bukak tutup laci tiap kali nk amik satu2 alatulis. Semua dah depan mata. Terpaling-paling best sgt lepas guna blh terus simpan / masukkan ke bekas2 tu.. Takde alasan, dh bekas pun depan mata ;p

Tinggal lagi masalah untuk simpan washi tape saya. Tak muat nak letak kt holder ni. Washi tape saya agak byk juga..tengah pikir storage mcmana yg blh display semua tape2 tu...Takpe2, nanti kita pikir nak solve mcamana...

Daaaa....



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 24, 2014

DIY : Wrapping Paper Storage

Makin hari makin bertambah2 bosan plk rasa. Bukan2...bukan bosan yg mcm menyampah tu. Tp bosan yg mcm xde semangat je....lemah longlai...mood bukan takat kelaut, tp dah tenggelam nuuuuun ke dasar laut. Nak buat ape2 pun malas. Rumah besepah pun takpe. Mlm2 stay up layan youtube. Lyn movie. Seminggu lebih dah kot mcm ni? Omai omai...

Selalu kalo xde mood mcm ni keluar jap pegi equine ke ok la. Tp x jalan jugak. Pegi warung ke...dan order mkn byk2 ikut nafsu. Mana penah membazir. Licin as always. Tp ini nk order byk2 camana, nk mkn pun xde selera...??? Bole pecaya keeee....

Imtinan pun makin sweet skrg. Nampak Mama terjelepek lembik longlai terbaringgggg je, rajin la dia tanya...

"Mama kenapa...?"
Picit2 mama jap.
Keluar la perangai kakak yg betanggungjawab tu...kang adik dia nangis sikit pandai je dia membebel.

"Baby...jgn nangis...sian mama. Mama sakit tu..."

Budak bedua ni jela yg blh hiburkan hati kalo Mr.Faris g keje.

Ok lah...dlm kata xde mood tu siap jgk la dua projek DIY. Saya kan mmg suke betul lah DIY. Selagi boleh. Pasal apa...kang kalau pindah x sayang nak tinggal...haha..projek diy pun pilih2 jgk. Pilih yg ongkos murah...haha.. Kede sgt lah... ;)

Ni projek potong2 botol mineral yg saiz gabak tu. 5liter kalau xsilap. Takat ni dah dua bijik saya kerjakan botol air ni. Satu. Jd tong sampah. Satu jadi tempat simpan kertas pembalut hadiah.




Potong botol tu pakai pisau tajam. Pakai gunting susah sikit. Pastu lilit selotape.


Selotape tu utk cover bahagian tajam botol lepas potong. Pastu potong2 sikit selotape nye.


Lipat selotape ke dalam. Kemaskan. Siap ah.


Tp nak lg cantek mcm kak enon ni...tepek la pembalut chanteq chanteq... Saya tepek kt depan je. Takat buat tutup label "spritzer" tu. Takdela byk keje nak menyntal label tu dgn minyak segala kan.


Nak lagi kebabom, taruk la hiasan ckt2. Elemen deko katanya...hohoho. Button kiut miut ke...paper flower ke...reben ke...
Saya ada washi tape je...pon boleh. Ok, robocop.....bertukar!!!!!


Jadi lah mcm ni. Yg penting jimat.


Tempat letak robot baru ni dlm almari. Ada sikit gelap disitu.

Babai awak......

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 26, 2013

HOME OFFICE : Urgent Boxes

Assalamualaikum,

DIY lagi.
A person who loves to DIY is not chepskate. But a cheapskate will always love to DIY. Eh?? Ye ke..... Mengutuk diri sendiri letewww...

Urgent boxes ni fungsinya untuk simpan "kertas-kertas" yang macam2 sebelum di pidahkan ke fail masing-masing.

Setiap hujung bulan, saya akan cek kertas2 ni semua dan dibahagi-bahagikan ke fail masing2. My bad. I just do not have enough time to take care of them every day... Wuhuhuhu...

So, everytime bila dapat surat,brochure,voucher, bill, ataupun bila balik dari shopping, we just put them into these boxes. Ikut sepertimana yg dikategorikan. Sebelum ni saya gunakan laci untuk asing-asingkan semua kertas2 tu. Ended up with mess! Pertama, sebab laci tertutup. Jadi tak merajin manalah nak membelek laci kan..hehe.. Keduanya, sebab tak cukup laci. Laci boleh guna utk fungsi penyimpanan benda lain pulak.

So......a half cheapskate like me, apa lagi kan, DIY lah kerjanya. Takdelah cheapskate mana pun, tapi saya mmg suka DIY.

Saya perlukan 2 kotak kosong. Recycle kotak susu sustagen Imtinan.



Sedang elok je saiznya. Potong tengah2.



Lekatkan mana2 bahagian yang terbuka. Guna selotape yg kuat sikit.



Then balut. Saya recycle pembalut yg ada je. Balit guna double tape untuk kekemasan maksima. Hahahha.



Lekatkan kat softboard. Guna peniti je.



Dapat 4 bahagian. Sticker sementara. InsyaAllah lepas ni ada label homei2...

Tata....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 1, 2013

DIY Drawer's Partitions

Assalamualaikum,

Sedang melalui hari-hari yang sibuk sekarang ini. Tapi rutin buat keje rumah hari-hari tu sama je la pun. Tetap buat jgk.
Tak penat pon. Kata pro....hahahaha...

Kat umah sekarang ni , bila kitorang pindah masuk tu dah siap kitchen kabinet dah. Ha....pompuan, mestilah suka kan. Boleh simpan banyak banyak banyak barang. Kononla. Tapi tulah, pakwe iollss tu kan, dia tak boleh nampak brg macam2 ni. Agak2 dia benda tu tak berguna, kang dia buang la. Saya pulak sekarang ni tengah 'gila kotak'. Beli susu simpan kotak. Beli cereal simpan kotak. Tau2 tadi tengok almari,ehhhhhh....ni apesal dah penuh ni? Alamak. Kalau mcm ni nye gaya harus dpt tazkirah freeeee je ni kang.

Duduk depan tv jap sambil makan nasik (budak2 dah tido....) tingggg dpt idea.
Setakat ni dlm "bank kotak" saya tu ada 4biji kotak susu imtinan. Mcm sedang elok je dgn laci dapur tu. Ok cer try dulu...

Ini kotaknya,



Kang kotak ni dipotong2 bahagian atas tu, dia akn bertukar jadi ini :




Ha...lepas tu susun je la dlm drawer.
Macam gini :



Semenggah ler sikit rupa parasnya. Senang je...Tinggal lagi baju je tadek ni budak ni...sabar ek, baju nanti lenkali. Kut ado rejeki, mau pakekan baju cantek2 le sikit...keh3..

(entri ni taip semalam. Ingatkan dah publish, rupanya idok...terlelap kejadiannya.)

# pemandangan petang hari di kediaman kecik kami...suram je...huhuhu...




Wednesday, October 30, 2013

Bilik Anak-Anak : Susunatur

Assalamualaikum,

Phewww...akhirnya siap jugek entri ni.
Asyiklah tertangguh, menunggu laptop dari Mr.Faris. Keh3...tapi ujung2 talipon tua ni jgk yg berjasa... ;)

Tentang jasa telefon tua, lain masa kita cerita.

Urm...how to begin? And Where to start? Blurrrr...macam ni, bilik ni kecik je. Nak buat playroom mcm kesian la, ruang terhad sgt. Nak dijadikan bilik tidur pon tak dapat sbb budak-budak masih gumbira bergelimpangan di bilik utama. T_________T

This is the room when we first move in.




Lepas tu owner amik balik kotak homey2 ikea tu ;'( nanges pon tak guna....hahaha..
So lets start with DIY-ing storage box.


Kosnya RM 4 setiap satu. Kotak kuning "IndahKiat" tu free. Setiap satu kotak perlu 3 helai pembalut. Kemudian, kecek2 Mr.Faris suruh buat label. Hasilnye, saya suuuuke. Kredit to my hubby. U did great dear ;) Total kos : RM16 utk 4kotak. Mana nak cari? Mana nak cari? Haha belagak kau ek...kih3.

Ok sekarang, moh kita bukak pintu bilik moh.. Bukak je pintu first thing akn nampak adalah ini :



Ha..tulah "rumah" Diy-ed storage box tadi. Pastu saya beli whiteboard nipis tu dari Daiso, always RM5. Tampal kat softboard biru yg asal tu. just to add some colours to the room. Kasi nampak kanak-kanak sikit. Tapi masih cuba nak elak penggunaan warna terang yang mendominasi ruang. We just love pastel colours all the time. Tapi still nak kena ada ceria2 jugek la sikit, dah nama pun bilik budak2 kan.

Zoom in :



First picture tu koleksi buku anak-anak. Saya tak display semua. Simpan dalam kotak jugak. 2nd picture (clockwise) itu adalah ipad tercinta Imtinan. Hey that's mine ok. Tapi dah mcm dia punye je...siap casing nak hijau katak bagai. Hishhhh....
Kat bawah tu dalam laci meja. Saya simpan electronic books. Last sekali tu cinta hati saya, label yang suamiku sayang buat tu, bila tampal ats box tadi,oihhh OHSEM! Kih3...

Dah setel tgk, sekarang kita toleh belakang tgk pintu pulak. Kedudukan meja tadi setentang dgn pintu...



Ni namanya memaksimakan penggunaan ruang ;p

Pastu, kita tgk belah kiri pulak, nampak ini







Saya kelaskan wardrobe kepada 3 bahagian.
1 - tempat baju gantung2, kasut, bib, beg kecik, aksesori rambut,stokin.
2 - lampin pakai buang, first aid box
3 - baju harian, baju tidur, seluar

Close up pemandangan dalam:






Di bahagian pintu :



First picture tu telekung solat Imtinan, hang kat pintu belah kiri. Pastu yg tu bib hang kat pintu belah kanan. Pun memaksimakan penggunaan ruang. Tapi masih nak kekalkan konsep simple, taknak serabut2. Gituuu...hahahaha.



Ruang ke "2" - bahagian atas tu boleh memuatkan 187 keping diapers ;) selalu je buat stok banyak2. Bahagian bawahnye plk saya letak swimming diapers. Ni pun kena beli stok byk2 jgk, sbb susah nak dapat. Pinky box tu Daiso mari, always RM5 jugak...dijadikan kids first aid box. Ada lock. So xde risiko budak2 bukak buat main. Kat dlm tu simpan termometer, paracetamol, koolfever...in case kalau demam la..senang asingkan terus dari mak bapak punye. Takde kalut sgt mencari. Saya sedar diri, saya mmg bangsa kalut kalau anak2 sakit. Haishhh...

Ini bahagian ke "3" - bahagian drawers kecik2...ada nam bijik drawers kecik semuanya :



Cara susun baju dalam laci sama je mcm org lain jgk. Susun menegak, senang nak ambik senang nak maintain kemas. First picture is pandangan sisi. Second picture (clockwise) is belah Iman. Imtinan punye kat belah kiri. Saya bahagikan baju2 ikut 3 kategori, iaitu baju harian, baju tidur dan seluar. Waktu2 laci byk ruang kosong ( time baju banyak kotor), saya akn letak baju yang tak boleh duduk tegak dgn cara melintang biasa je..contohnya dlm gambar kat bawah sekali tu (ketiga clockwise). Tu ada dua ketul baju kelawar Imtinan. Kalau dulu saya akn masukkan kotak2 kecik dlm laci yg berfungsi sebagai partition dan penyendal. Tapi mandangkan laci sekarang ni tersangatlah kecik, makanya x payahlah berkotak2 ek...menyempitkan ruang lah pulok...

Phewww....
Apsal lah nak kene nerbes bila up entri mcm ni...mcm tak pahammmm jeeeeewww...mcm tak pahammmm jeeeewwww...mcm tak pahammmm jeeewww...(dah tgk video?) kah3...

Okeh,wardrobe setel!

Next to wardrobe,ada pulak rak kecik mcm kat bawah ni :



Sebab kita takde peruntukan untuk beli kotak cantik2 kat ikea, kita pegilah Daiso,well...it's always FIVE ringgit ;)
Dapat 3ketul bakul ni, saiz muat2 dgn rak kecik tu. Total RM15. Description picture mcm yg dah tulis kat gambar top view belah kanan tu...

Setentang dgn rak kecik ni ada lg satu rak yg sama...saya letak beg budak2 yg saiz bagak. Beg balik kampung ongkata...



Picture kanan atas adalah pemandangan katil tingkat atas. Benda2 mcm softoy, baby playgym,etc. Ni tempat Imtinan main panjat2 jgk ni. Ada tangga kan nak naik atas. Panjat naik turun naik balik,lepak2 main pastu turun.

Last sekali, kita tgk apa ada ats wardrobe tadi...moh kita patah balik moh...



Yang kotak bas tu lah tempat saya simpan semuaaaaaa buku2 Imtinan yg dia tak perlu akses sendiri. Maknanya buku tu buku yg perlu saya atau papa diorang ada sekali time dia baca. Dan ada jgk flashcard saiz besar. Kotak ni besar, boleh muat byj buku dan flashcard... InsyaAllah ada masa kita bincang pasal diorang nye aktiviti. Kotak gift tupperware tu plk saya isikan flashcard yg saiz kecik, mcm besar 2,3jari tu. Banyak nya flashcard warna la kalau yg kecik2 mcm tu.. Yg kotak kuning tu plk grooming set atau nama saintifiknya sikat rambut, minyak bayini, dan lain2...keh2...

Next....dah habessss....
Whole view : saya tak tipu kan bilik ni kecik? Kecik tapi selesa dan senang nak
maintain...alhamdulillah...









Daughter - Wife - Mom

Friday, September 13, 2013

Surirumah dan lipat kain..

Surirumah dan kerja2 melipat tak penah dapat dipisahkan...kan?




Be it a fulltime housewife, ataupun a career wife...tetap tak boleh lari dari keje2 melipat.

Mungkin kalau ada bibik kerja melipat dapat dikurangkan. Mungkin lah. Mungkin.

Tapi saya, ada pembantu ke takde ke..hantar baju ke dobi ke basuh sendiri ke..keje melipat tu kerja saya. Pada saya kain baju benda peribadi. Urus sendiri lagi elok. Tapi kalau tak berkesempatan sangat nak wat caner kan.. Ada sesetengah benda kita kena redha je...

Sekarang ni kat rumah baru, baju masih hantar ke dobi. Washing machine ni mcm errr....ntah,kotor kottt...nak kena cuci kaw2 dulu...







Kotor kan? Dah setahun tak digunakan...habuk yg tebal, siap ada kesan tapak kaki kucing lagi...cute nyeeee... Haishhhh...

Walaupun hantar ke dobi, tetaplah balik ke rumah nak lipat sendiri balik...hehehe...
Ye la, pekerja kat dobi tu bukan tau pun kita lipat baju camana, saiz berapa besar, berapa kali lipat, kalau skirt kita lipat camana, stokin kita fold camana, tudung camana...itu yg gigih memilih sehelai2...walaupun penat, walaupun belakang sakit2.





Errr...tapi saya suka tau lipat baju. Suka sangat. Haha...suka bila tengok baju tersusun, terlipat kemas. Lipat baju ni mcm terapi la untuk saya. Takyah g spa. Buat terapi sendiri je kat umah.

Tapi, bila dgn anak2 ni paham je lah..keje melipat bukan satu keje yg senang. Saya melipat baju kena fokus. Takleh nak lipat depan tv. Sesekali blh la...kalau tak, jadi lambat siap. Sebab saya melipat tengah-tengah malam buta.. Lepas anak2 tdo...dalam pukul 12 @ pukul 1 pagi baru saya bangun melipat...penat. Yes penat. Tapi seronok....





Muahahhahaha...




Daughter - Wife - Mom

Monday, August 12, 2013

Home Organizing : DIY Bekas Keronsang Sementara

Assalamualaikum.
Mencelah di tengah-tengah kesibukan raya.

Tengah kemas almari baju, brooch dan butang baju melayu takde "rumah". At the moment, i just dont have cute small box to keep all the brooches organized.
*sigh*

Ok, dan terrrr-glance BEKAS TELOR. Ok, saya memerlukan sesuatu yg pantas. UNTUK SEMENTARA sahaja. Nanti ada masa kita keluar cari bekas cantek2...

Amik bekas telor, gunting di tengah2..Ddaaaah siap. Less then 15seconds. Alhamdulillah.




Read the picture to understand more..kikikiki...

Daughter - Wife - Mom

Thursday, July 25, 2013

Pengurusan Pakaian : Masalah dengan Kolar T-Shirt

Ha....tu diaaaa...
Dah start main susunatur pulak.
Hahaha..tidak ye tidak.
Ni entri nak menanyakan soalan.
Saje la buat tajuk ala-ala teringin menyusunatur. Begitu.

Kolar t-shirt laki u-ols camana?
Cer tunjuk sikit.
Mr.Faris nyer kolar sememeh ya ampun...




Ni 2,3 helai yg saya ambik gambar. Asal lepas basuh je macam ni. 3,4kali masuk mesin menggelebeh terus. Mata saya ni macam senak tau kalau tengok suami pakai baju kolar macam karipap tak siap macam ni. Tak tau la salah kat mana. Baju baru beli elok2, kain cantek lagi pun kolar dah gelebeh.

Ada jugak t-shirt dia yg ok. Basuh sampai lusuh pun kolar maintain. Agaknya depend pada material kain kot. Tapi kebanyakan t-shirt Mr.Faris semuaaa macam ni. Tak larat la nak handwash manjang kan. Amboiiii siap nak kena lay flat to dry melampau la kan. Takkan la kot.

Saya buat sorting dulu baju sebelum basuh. Untuk baju2 tshirt ni saya read labels. Kalau tengok kat label takde masalah pulak, bole je machined wash, boleh je tumble dry. Tapi hasil dikemudian hari macam ni lah.

Dulu guna full auto machine. Jadik jgk macam ni. Sekarang guna semi-auto machine,ponnnn jadi macam ni jgk. Tu dah set delicate wash dgn kering
Nombor 1@2. Ponnn tak selesai jgk masalah.

Tapi yg herannya bila hantar dobi,elok balik. Selalunya kan kalau dah teruk sangat keadaan kolar t-shirt tu, macam kat picture ,tshirt yg kaler krim kekelabuan (???) tu,kan macam nazak je tu, saya hantar dobi 3,4kali ok balik... Cun balik kolarnye. Lepas basuh sendiri kat umah, jadik karipap balik! :']




Macam gambar ni. Yang kaler merah tu yg saya basuh sendiri. Karipap sungguh kolar dia. Yang kaler hitam tu pun dulu sama mcm yg merah tu. lepas dua kali hantar dobi, cantek balik kolar dia.. Dah takde karipap dah.

Penah la tanya orang dobi, basuh tangan ke? Diorang kata tak pon. Campak sekali harung je dgn baju2 lain jgk....

Ke ada yg tak kena dengan cara menjemur? Saya jemur baju tak pakai hanger. Memang sidai style ongkampung dulu2...

*stress*

caner ek nak buat? Share please...
:-)

Daughter - Wife - Mom

Sunday, July 14, 2013

DIY Pelamin Turquoise

Kasi can saya berangan jadik bride to be jap ek. Hari tu adik ipar kawin banyak diy sebab nak save budget. Pengantin kan student lagi. Pelamin DIY. Hantaran DIY. Nasib bunga telor tak DIY. Kang ada je yang makan tido dalam bunga nak siapkan bunga telor kan? Saya tak rajin macam dulu dah. Kanan anak. Kiri anak. Tak mampu rasa nak diy semua benda.

Ni pelamin....errr eceli bukan pelamin pun sebenarnya. Takde stage takde kerusi takde bantal. Cuma buat backdrop tempat bergambar...errr orang kata photobooth eh? Apa-apa je lah. Abah mertua request mintak saya buatkan yang paaaaaaaling simple. Ummi nak kaler turquoise. Pastu demi nak safekan budget sendiri saya bagitau ummi : "Ok...boleh je. Cuma ummi g beli sendiri lah kainnya tu. takut kang tak kena kaler pulak..."

Nampak tak? Nampak tak cerdik kat situ? Sebenarnya poket tengah kering okeh. Kalo ummi g beli ummi bayar la...hahaha.

Ok ni hasilnya.



Very the simple. Tau tak bunga yg cinonet kat atas tu kos nye RM200? Eh bunga sekarang memang mahal eh? Ke bunga memang mahal tak kira dulu ke sekarang? Macam tu?



Staff yang bertugas. Kiri sekali maklong,tukang design. Pastu adik ipar nama Alimi,tukang panjat2.. Single lagi..tapi rasa mcm tak available dah kotttt...next is Imtinan buat peace tak jadi. Pastu cintahatikuselamanya Mr.Faris,pon tukang panjat jugak. Then Iman yang tengah ngantuk. Ujung sekali tuanpunye belog, mastermind. Heheheh...Kejadian berlaku pada jam 11malam sebelum kenduri.




KAMI. Family kecil kami dihari kejadian. Semua orang bantai gelak Mr.Faris sebab pakai baju batik dgn slack macam YB padahal umur muda tang-tang lagi. Terus nampak macam set-set 30an gitu. Pastu dia kaver cakap : eh abang sulung memang kena pakai batik kalau adik dia kawin...hahaha...macam tu ek cara kaver?



Pengantin. Simple kan? Tapi sejuk je mata tengok. Selamat pengantin baru buat Mohd Fathi Auni dan Afwa Nisa'ei. Apa2 hal duit raya untuk anak-anak buah jgn lupa eh.

Daughter - Wife - Mom