Sunday, June 9, 2013

Dua Minggu Cuti Adalah Seronok!

Assalamualaikum.

Wah..tajuk tazkirah..panjang kemain. Abaikan.

Saje nak berbangga, Mr.Faris cuti bersidai kat rumah kirang lebih dua minggu jugak ni, seronok uiks. Berbahagialah isteri-isteri yg laki nya dapat cuti panjang kan? Ber-arti juga, dapatlah bersidai juga dari workload yang banyak itu. Hollloh surirumah pon banyak keje tau..hihi..

Tidak2 pon, bangun pagi rumah dah ada orang sapu, geliat-geliat malas siket, pass Imtinan kat papa, nah anak kamu kita. Papa mandikan. Papa gosokkan gigi. Papa pakaikan baju. Papa sikatkan rambut. Mama mandikan baby Iman je.....pastu mandikan diri sendiri.

Breakfast ready. Roti bakar+kaya+mentega. Cukuplah tu. Serius, rasa hilang separuh penat. Macam nak cakap je kat Mr.Faris ; "berenti je keje bang...kita duk rumah mcm ni kang seronok". Belum habis cakap mesti ada yg kena ketuk pale kan.. Berhentilah berangan. Lagi tiga hari je belen cuti tinggal. Bersyukurlah dengan kesenangan yg Allah bagi walaupun bersifat sekejap. Hidup kena balik pada asal. Terima dengan redha yg dia harus pergi mencari rezeki untuk tanggung anak2 dan bini yang kuat makan nasik nih.

Insaf (T_____________T)

Orang dulu-dulu mesti best kan? Zaman2 dulu macam dalam cerita2 P.Ramlee tu. Zaman laki bini kerja sama2. Macam seronoknyeeee...Saya kalau nonton tv cerita melayu lama macam ni mesti cakap kat Mr.Faris.. "Bang,jomla benti keje bang, kita turun sawah sama2..makan nasik lauk pucuk ubi amik belakang rumah, ikan tangkap sendiri kat sungai..seronok!".

Orang sebelah muka bengkek je..haha,sabau ye bang..sabau.

Eh betul..kalaulah saya diberi pilihan, saya nak je jalani hidup macam tu. Rumah keciiik je. Laki bini keje banting tulang sama2, turun sawah buat padi. Tanam sayur, pastu ada kebun sikit2, turun sungai tangkap ikan sama2..seronok hoiii..yang penting bebas dari loan bank! Haha... Yang paling penting lagi 24jam hadap je muka laki bini anak masing2.

Oh mintak2 malam ni tidur mimpi hidup di zaman dulu2...

Ok,bai...gudnyte (^__')

Daughter - Wife - Mom

Sunday, June 2, 2013

Kadang-kadang Update

Assalamualaikum.

Lama menyepi. Kali ini bukan sebab sibuk. Mari kita cari alasan apa yg lebih kukuh ye...INTERNET!!!
Bukankah internet tu nyawa sebuah blog? Takde internet takde blog. (ker boleh update offline?mane buleh kan?err..ke boleh ek?)

Alhamdulillah saya dah pindah rumah baru. Banglo bilik nam bijik siap pool tiga pat bijik, maid tiga pat orang, semua cukup lengkap, luas dia ala-ala istana negaea nuuu...best wooo...best best best...Ya...berangan tu sangat best!
Ahahaha.

Alhamdulillah...keluarga kecil kami dah pindah dah. Tinggal di sebuah homestay dengan kadar sewa RM900 sebulan. 3/5/13 kitorang pindah masuk rumah ni. Lepas tu terus senyap tak mampu nak update. Sebab takde internet connection. Bukan takat 3G. Line pun kadang2 kosong terus.

Lepas seminggu pindah saya ke TM Kota Bharu, nak apply streamx. Katanye kena tunggu lepas pilihanraya. Sebab kalau apply waktu tu pun segala proses takkan diurus, ada masalah sistem (yg saya taknak ambik tahu..kalo tahu tak paham pun juge).

Lepas PRU haritu saya apply lagi.

"Selepas 7hari bekerja technician akan g pasang" Itu kata pegawai bertugas.
Tapi takde ponnn... Laju2 call..haha.

Lalu mereka berkata, "Oh kawasan encik tu tak boleh pasang la..sebab kabel (ke main supply ke apetah) rosak. Kena baiki dulu. Lepas tu baru boleh encik".

"jadi agak2 bila ye boleh siap baiki benda tu?"

Mereka berkata lagi : " Kejap je...kita dah hantar orang baiki tu.."

"So esok boleh la technician dtg pasang ye?"

"Eh tak boleh encik...encik kena datang apply balik.. Nanti lepas 7 hari bekerja baru kita g pasang,"

"aik? Kan saya dah apply hari tu?"

"oh..yg tu dah otomatik terbatal."

"apsal pulak?"

"sebab tadilah, mcm yg saya eksplen tadi lah..sebab kabel(or nama ape tah - i'm not sure) rosak"

Lalu jawab saya : " Oh...baguslah sistem awak, kabel awak yg rosak application saya boleh otomatik terbatal ye? Form yg saya isi dan submit semua tu tak dikira lah? Molek sangatlah..dahlah tak inform customer."

Ini kabel rosak atau ofis terbakar???!!!

TM pleaseeee...up sket la custoemr service tu... Kat KL cara KL, kat KB cara KB...semua same jeee... Banyak hal dah jadik dgn TM ni, kang buat surat rasmi komplen dgn org atas kang...haish!! Ok,janji..nanti kita ngumpat pasal Tm ni eh...hahaha.

Tengok, tak pepasal mood swing tetiba bile cakap pasal TM. Dahlah kita borak lenkali plak..
Bai asslaamualaikum.

p/s : Alfatihah untuk arwah Mak Ijan, bonda kak ati Aku Bukan Bidadari yg baru kembali kerahmatullah. Semoga kak aty sekeluarga diberi ketabahan oleh Allah...Amiiin..

Daughter - Wife - Mom

Saturday, April 20, 2013

Random : Tentang Kehidupan

Assalamualaikum, lama amat rasanya tak update rumah sendiri. Asyik berkunjung ke rumah orang saje tiap2 hari. Takde sebab lain melainkan sibuk,sibuk,dan sibuk. Menyelusuri celah-celah kehidupan yang berliku benar-benar perlukan kekuatan, bukan sahaja dalaman,malah luaran.

~ohhh...rasa ingin berpujangga di malam hari~~ hahaha

1. KESIHATAN
Kisah tentang nikmat kesihatan yg ditarik sekejap. Tapi terasa lama. Bermula dengan Sofiyya Imtinan demam. Demam kali ni biasa-biasa saja. Suhu adalah 38-38.5. Kebiasaannya demam budak ini adalah bersuhukan 39-40. (wah...bersuhukan? Korang mampu? Hahaha) Lama juga,1week. Hujung2 demam, tumbuh 3batang gigi geraham dan 1gigi taring. Hilang demam, bersambung dengan batuk dan selsema. Kemudian setel. Bersambung pulak dengan si adik Sofiyya Imaan, mula dengan selsema dan batuk..Alhamdulillah tak demam. Bila adik setel selsema dan batuk, (makan seminggu jgk), si kakak Sofiyya Imtinan batuk & selsema balik.. Pastu adik pun kembali berselsema..Mama pulak selsema..Papa pulak batuk...semuanya berterus-terusan, sampai ke saat ini..

Apa puncanya? Air minum tak bersihkan? Ubat nyamukkah? Atau cuacakah? Kah? Kah? Kah? Arghhhh.... (only moms know how hard the life is when anak-anak demam...right mommies?)



**budak demam**



** dua budak demam **



** dua budak demam sedang bermain **



** cubaan membuat duckface????**

2. EMOSI YG TAK STABIL
Akhir-akhir ni, emosi sangat tunggan langgang. Whats wrong with me eh? Pregnant lagi tak? Huhuhu... Kalau cakap "hopefully not" bunyi mcm jahat dan tak menerima rezeki kan? Haha...you are absolutely wrong if you think soooooo.... Jangan cepat melatah, put yourself in the same boat then you will understand. SAME BOAT, simply means SAME. same size,same colour. As simple as that.

Kadang-kadang mengantuk yaaa amat. Boleh terlena walau anak-anak sedang bergelimpangan. That was so not me. Saya adalah ibu yg takkan boleh lena kalau anak-anak tak tidur lena. Reason : risaukan keselamatan anak-anak, lebih2 lagi Imtinan yang pandai merayap ke sana sini. Memanjat naik dan terjun meja mahupun kerusi!! Tapi tulah...cane rlah boleh lena sedangkan iman pulak tengah melalak..celik2 mata tgk Iman dah lena...huhu..

Mungkinkah kerana stress? Ntah...
Err..nak stress-kan apa ye dak?


3. TENTANG RUMAH
We hope to settle down late by end of this month. Ape ke susah benar nak dapatkan rumah sewa di bumi kota Bharu ni? Hurm... Rasa-rasanya problem bukan pada rumah, tapi pada diri sendiri. Saya dan Mr.Faris adalah dua makhluk yang sangat teliti memilih. Errr..fussy to be exact. Yes, FUSSY. Tanpa segan silunya mengaku kami berdua adalah cerewet. Till akhirnya, kitorang decide to stay in homestay. Takpelah,homestay pun homestay lah....tapi homestay pun ada jugak tak eloknya..kadang2 ada homestay yg toilet dia nampak kuning2 karat kat tiles tu macam degil dan tak mo hilang wlaopon dirotan berkali-kali...saya tak boleh terima itu!!! Takbleh...takbleh..

Gigih tak kitorang g sewa h0mestay yang belum siap? Kih3...waktu g tengok tu,rumah tu still dlm proses lagi. Cat je dah siap. Tingkap belum pasang. Shower belum pasang. Pintu kabinet tak siap lagi. Pastu kitorang g booking dgn owner dia by 1/5 kitorang nak masuk homestay tu,nak sewa 1year. Owner dia kata set nanti by 1/5 dia setelkan semua siap perabot dgn alatan dapur,aircond semua sekali...wahhhh...we agreed. Done.

Yang penting bagi saya : BERSIH. Rumah baru,belum ada org duduk lagi mestilah bersih...kan? Pastu owner plk nampak jenis yg jaga rumah elok la...ok at this point kitorang puas hati..

4. TUNGGANG LANGGANG
Rasanya hidup kitorang sejak pindah duk kelantan ni macam tunggang langgang sikit. Kejap berangkut rumah parents in law. Kejap berangkut balik umah mak sendiri. Pastu kain baju barang-barang semua bertimbun sana bertimbun sini. Owh saya tak boleh! Tak boleh...huhu.. Kan tadi dah ngaku fussy?

Errr agaknya sebab ni lah kot stress melampau2, sampai milk production drop...huhu.. Bukan sebab pregnant nih.. Haha (ayuh sedapkan hati sendiri)...

Ye,saya adlaah bangsa yang "organize"..ada term specific tak untuk manusia mcm ni? Huhu..segala dokumen saya simpan dlm file elok2.cm slip gaji,bil internet, bil astro, masing-masing ada file masing-masing. Pastu susunatur baju anak-anak, pun ada cara dan style sendiri. Cara saya lipat dan susun baju pun tak sama dengan org lain buat. Arghhhh....ape nih...

Saya dan suami memang dua-dua pun bangsa cerewet. Mr.Faris kalo basuh baju, guna mesin full auto, tapi sanggup tunggu buat ala-ala manual sebab nak make sure baju maintain wangi... Mr.Faris kalau jemur t-shirt tak boleh pakai hanger. Sebab takut nanti bahu baju tu tak cantik bila size panjang hanger tak sama dgn saiz panjang bahu baju... (abaikan-sebab korang mesti tak paham apa saya cakap ni...hahahha).. Saya pulak kalau angkat baju dari ampai, saya tak longgok dlaam bakul. Saya bentang selai2 atas lantai saya susun bertindih. Sebab saya tak suka tengok baju berlonggok nanti berkedut! Saya tahu being too fussy akn menyusahkan diri sendiri, tapi dah saya suka nak buat caner...hahaha...

In our relationship ni kan, kalau dah rasa stress to the utmost,selalunya kitorang akan have kind of talk at night, bila anak2 dah tidur...ataupun dalam kereta waktu on the way ke mana-mana..sekadar meluah apa yg terbuku di hati..sekadar mencari sikit ketenangan..kitorang tak pernah ada best friend lepas kahwin. Baik saya mahupun suami. Dialah sahabat sejati saya tempat saya bermanja,tempat saya mengadu stress ke apa ke. Sayalah jugak sahabat sejati dia tempat dia mengadu penat lelah,hal-hal kerja, teamwork problem...thats why la sampai ke part meeting ke apa ke semua dia akn cerita...

And,semalam...suddenly mr.Faris whispered to me :

"Sayang...i miss our life in PV8 dulu...everythings were smooth,happy,"

Me? Cried...... Did i make a wrong decision?




Daughter - Wife - Mom

Tuesday, March 26, 2013

3 Months Old Lil' Iman

21.03.2013

Genap la umur puteri kedua saya 3bulan.

Dalam kata lambat2 masa berlalu tu...tetibe eh...dah 3bulan? Cepat pulak rasa...

Lain anak lain ragam. Kuat menangis!

Koram kalo tak pernah tengok baby nangis sampai biru muka, mata beliak ke atas, haaa...meh jemput datang umah saya meh. Hari-hari boleh tengok.

Memang Iman nih dia takde keje lain pon.

Hari-hari lepas waktu asar sampai pukul 9malam dia nanges ar kuat-kuat..kuar air mata air idung semua. Mula2 panik jugak saya, tapi kalo dah hari2.....

ALAH BISA TEGAL BIASA KATA ORANG

Kata saya pulak : nangeslah nak puas2...penat nanti taula berenti...
*err...apa maksud tegal tu sebenarnya ek

Ni dah 3bulan umo ni, dah makin penyegan sikit nampak gaya. Pandai malu-malu dah ye. Nangis pun kontrol2 dah.

Paling best bila dah pandai senyum bila kita tegur dia. Pandai plak jawab tuh...Pandai jugak ketawa sampai ternganga-nganga...Pandai jugak cebik muka buat mimik macam merajuk tu...

Eh, pendek kata semua pandai lah...Panjang pulak kata, dah anak sendiri mesti arr mak dia nak kata pandai kan?
Kalo anak nanges pon mak mesti cakap pandai jugak...

Tak caya?

Contoh Frasa : "eh...PANDAI NANGIS anak mak bucuk2 homei2 ni yeeeee...."

( T________________________T )

Ni gambar budak yang pandai semua tu...




::.Daughter - Wife - Mom.::

Sunday, March 24, 2013

12 : 12

What? Juz numbers?
Hahaha...

Tengah belek2 picture kat album tetiba found this




Ni musti keje budak suami nih.
Asal nampak 12:12 mesti print screen cecepat..

Nampak tak 12 February tu?
Pastu jam 12:12

Tu kalo penunjuk kilometer kat kereta kelua 1212 pon dia snap cecepat. Snap je bukan buat apa pun...

Saya pon sameeer jeeeeee....hehe we both obsess to number 12 la...how ah?
It is not juz a number to us.

Ada hari tu nampak status sape taH kat FB. Macam kutuk2 la orang yang Obsess dengan nombor ni. I terasa tau you...uhuk uhuk uhuk.. meleleh ingus nangis

Dalam kisah cinta uweeekk nak muntah kitoram ni 1212 bawak makna yg besar.
Bukan takat tarikh kawin je.
Itu tarikh dia propose saya through SMS (je ponnnn)... 12.12.2005.
Bukan plan pon. It juz happen.
Sebab propose through sms, berkawan jarak jauh kan.. Adala simpan sms tu dlm tepon...hahahaha...

Kira significant sebab itu lah date yang dia ada keberanian untuk lamar anak orang. Walopom jawapan tu pending sebab anak org tu berlagak suh g jumpa wali dulu lah segala...hahaha...takpe, yg penting tu keberanian seorang lelaki yg takpenah propose pompuan ni. First love katanya...kannnn...hahaha..

Pastu lepas dia keje, dia pon belila kete...first car dia lah tu. sebab first car dia pun abadikan la date 12.12 kat plate kete..

Pastu lagi...bila tibe time nak nikah, kebetulan date 12.12.2008 tu jatuh hari Jumaat. Memang sesuai sangatlah akad nikah hari jumaat.

Pastu kete saya (dia bagi) lepas kawen pon plate 1212 jugak.. Sebab keta tu dihadiahkan sebagai hantaran kawin, maka kenalah plate nye sama dengan date nikah tu...nasib baik letak kunci je atas dulang, kalo letak nombor plate?? Tak ngaku laki....hahaha...

Pastu lagi...ape ek?

Urmmm...

Ha...first apartment kitoram duduk lepas nikah pon tingkat 12 jugak. Nak rumah nombor 12,so that address jadi 12-12...tapi takdo sebab kondo tu sampai 8unit je tiap2 level...

Pastu second house kitoram rumah teres. Ponnn jalan dia adlaah 7/12... Nak jugak cari nombor 12 tu... Keje laki i le tu...hohoho...

Ok moh kite skodeng profile pic FB dia...




Ehehe...ni picture waktu celebrate anniversary ke 4 perkahwinan..tahun lepas iaitu 12.12.12 kat langkawi...gigih saya pintal towle kat chalet tu supaya jadik angsa...hahaha... Dah bawak petals siap2 tuuuu...Nasib la bang dapat wife kedekut mcm ni la...hihihi...

p/s i : "dia" dalam petikan di atas adalah suami saya a.k.a Mr.Faris

p/s ii : dulu nak 12 orang anak.. Lepas dapat dua orang ni pikir 12kali jugak betul ke nak 12orang anak????

p/s iii : penyakit p/s ni dapat dari blog zulfikarhazri saru waktu doluuuuu....


::.Daughter - Wife - Mom.::

Saturday, March 23, 2013

Selamat Tinggal Makcik Arni

Dah seminggu lebih takde bibik.
So far not so good. Hahahahaha...
Penat tau bila dah terbiasa ada pembantu tetiba takde. Walopon dulu keje yg makcik arni ni buat tak banyak mana pon, tp tetappp terasa bila dia takde.

Part yg paling terasa bila tak sempat nak layankan Imtinan. Homeschooling tah kemana...tinggal berhome-guling-guling dan ngamuk2...Kesian dia..Ate nak homeschooling kemende, dah baby nak campak mana? Kannn?

( i can do it... I can do it... I can do it....)

Ni lah word keramat yg selalu saya ulang-ulang tayang dalam hati, tiap-tiap hari.. Mewujudkan aura Positif dalam diri.
Yes, i can do it, BUT i need more and more time to make it as routine... ohoit, Imtinan tu makin hari umur dia makin bertambah...nak letak BUT lagi kat situ? Eherm...macam rugi je tak sempat nak fokus pada pembelajaran dia.

Uhuu...maafkan mama sayang.

Makcik Arni ni keje bagus. Bolehla...Umo dia 49. Amik direct dari Medan. First time datang Malaysia. Saya amik sendiri tak guna ejen pon. Takde duit la koram nak bayar mahal2... Urus sendiri. Dalam kata bijak pandai menguruskan kemasukan bibik sendiri, boleh tak sedar umo dia dah tak layak untuk dapatkan permit. Permit pembantu rumah asing kan umo maksim kena 45... Rule yg tu saya tahu. Tapi cemana saya tak perasan yang umi makcik arni ni dah 49???!!!

Hurm...jap, ape motip umo maksima 45 nih? Bukan ke kalo lagi tua lagi elok jadik pembantu rumah? Kan bagus, dia lagi tahu handle budak2..dah tak panas baran...dah takde boypren segala...kan? Haih...

Burnt jgk la RM1700 kos buat passport medical dia semua kat Medan sana nun...
Last2 baru 3 bulan keje permit tak lulus plak..buat rayuan pon tak lulus jugak. Jadi dah selamat dihantar pulang la... Urmh nilah org panggil takde rezeki kan?

Err...tapi sebenarnya ada jugak rasa syukur bila permit dia tak lulus.. Makcik ni pun ada jgk problem sikit2...kejap2 nangis rindu anak. Anak dia mandi sungai demam ponnnn dia nangis sakan kat sini, bengkak2 mata. Mintak nak pulang!! Agak2 la makcik oii... (Well...i understand what moms feel).. Buat susu imtinan pun asyik bersemut je...buat air milo satu mug pun semut lebi seploh ekor! (ye, saya kira) . Dah tua, mata tak nampak agaknya...haih.

Tapi tulah kita ni kalo boleh taknak la layan kasar2...org tua plak tu. hormat dia macam makcik2...panggil pon "makcik" instead of bibik. Walopon maksudnya sama je. Kesian jgk dia dah tua, banyak kerja saya buat sendiri je. Dia tolong2 sikit je. Selalunya tolong kemas dapur, sapu rumah, dan basuh baju budak2...lain2 puan majikan dia ni buat sendiri. Sebab hormat jugak maka Salah silap dia saya jarang nak tegur. Tapi tulah....bila byk bagi muka, byk jugak peel yang timbul. Dah macam2 dah.. Last sekali dia buat keje ikut suka cara dia lah. Saya diamkan je walopon tak puas hati sebenarnya. Betulla org2 yg ada pengalaman dgn maid indon ni selalu pesan : JANGAN BAGI MUKA. Sekarang baru saya paham. Ni baru 3 bulan pun dah start buat keje tak ikut cara kita, esok2 bulan2 seterusnya? Saya takut nanti bulan saya je yang mengambang trang tang tang nanti... Puncanya : sebab layan baik macam family....

Tapi apapun makcik arni ni layan anak2 baik. Tak pernah nampak dia berkasar dgn budak2 ni..dia pon dah ada cucu...dah pangkat nenek2 dah ni...
Pulak tu tak reti nak panjang2 tangan.. Tangan dia pendek je...hahaha...pendek sampai takat buat keje rumah jelah. Kata nk ngambil barang ke duit ke memang takde la... Pastu bila suruh pakai tudung dia pakai...solat pun tak tinggal. Kira ok la kan...

Tapi Takpela makcik...saya ni bukan apa makcik...boleg je saya usahakan untik makcik masuk sini balik. Ada caranya. Tapi saya rasa takpelah kot...macam yg saya cakap kat atas tula makcik...makcik paham kan?

Makcik ni selalu baca blog saya

Tipu....hahahhaha...

Dah dah...bosan dah ni...tak tau nak merapu apa...anak2 dah tido. Belah kanan Iman, belah kiri Imtinan...Mama kat tengah?

Abeh tu Papa? Papa kat KL... papa ada mama lain dah
Larikkkkk.....hahahahahaha

Daughter - Wife - Mom

Tuesday, March 19, 2013

Another Chapter of Life

Assalamualaikum...

Cukup 1 bulan 4 hari di bumi Kelantan.
Rasa macam lambatnye masa berlalu.
Lambatnya nak cukup setahun.
Nak balik KL...Huwaaa...
Susah rasa nak adapt dengan tempat baru ni.Bukan kata Kelantan tak best, tapi sebab tempat baru, cara hidup baru, persekitaran baru...Rasa macam...eh, susahla nak story.. Walopon kata masih kat Malaysia jugak, dan adab jua budaya tak jauh beza, tapi tetappp susah nak sesuaikan diri..

Poyo tak tiba-tiba budak yang dibersalinkan dan dibesarkan di Kelantan nak up entry macam ni? Kalo up as status fb matilah kena kutuk...muahahaha..

Sape tak suka duk hometown sendiri kan?
Bila-bila rindu mak boleh jenguk.
Hidup pun tak sunyi mcm dulu-dulu.
Imtinan pun ada kawan. Ramai sepupu-sepapan mak-mak sedara jua pak-pak sedara yg bak melayan dia. owh dia makin manja sekarang... Tapi BIJAK

Orang lain mungkin seronok dapat duduk kampung sendiri. Tapi saya apalah yg tinggal lagi kat bumi Kelantan ni. Rasanya lebih seronok untuk saya pulang sebulan sekali ke kampung berbanding menetap terus di sini. Hidup merantau tu lebih bermakna rasanya.

Ye saya paham...orang lain seronok la balik kampung, ada mak ayah kan? Bila kat kampung susah senang mak ayah boleh tolong. Nak makan apa sebut je kat mak,mesti dalam kata tak larat orang tua tu akan gagah masakkan juge kan? Saya ni ayah dah takde...mak plak sakit. Major stroke. Bukan main2 punya sakit. Lumpuh sebelah badan. Nak bangun nak duduk pun kena orang bantu. Saya rindu juga nak rasa air tangan mak mcm dulu-dulu. Gulai mak, percik mak, masak merah mak, nasi kerabu mak, nasi minyak mak...takde sape boleh celen di tekak saya ni. Rindu juge nak tgk ayah main gomol2 peluk cium cucunya nih. Rindu juge nak tgk mak dukung anak2 saya..kalaulah semua tu ada....mesti saya hepi duduk kampung. Tapi dah takdir mcm ni kan..terima dan resha. Tapi seronok tu takde. Lagi terkenang2 memori dulu-dulu adalah...

Tinggal bermanja-manja dgn mak ayah mertua...dengan abang&kakak-kakak ipar...segan tau. Huhu... Pulak mak ayah mertua adalah golongan-golongan yg sibuk manjang. Saya paham, mereka berdua byk sumbangan kepada masyarakat... Berjuanglah, berdakwah lah abah umi..kitoram anak2 menantu abah umi ni sentiasa nyokong je..

So, saya kalo terasa nak makan apa2...kakak-kakak ipar&abg2 lah tempat bermanja. Itupun segan tetap ada. Takut nyusahkan orang. Takut orang rimas. Padahal diorang takde mcm tu pon. Tapi hati ni tak sedap nak request mcm2..alaahhh, common sense. Tak payah explain panjang2 korang pon mesti paham kan?

Contoh ayat 1 : Kak,ujung minggu ni free x? Masakla nasik kerabu..sedapla kak masak...

Contoh ayat 2 : Maaaaaa....buatlaaa nasi kerabuuuu....

Haaa...kan nampak tak harakat tarik yg ayat nombor 2 tuh panjang kemain? Nampak tak beza dia canner? Nampak kan..kan?kan?

Instead of saya balik tinggal kat kampung, baik saya bawak mak duduk dgn saya kat KL je.. Hati tak sedih mak ada sekali depan mata. Boleh mandikan mak, boleh hidangkan makanan kat mak, boleh tukarkan lampin mak..tu semua adalah BAHAGIA bagi saya. Tapi tu lah...masalah nya mak pulak yg taknak...haish,dia taknak tinggalkan rumah dia tu.. Mentang-mentang rumah dia lagi besar dari rumah saya...sampai hati dia..hahaha... Takdelah, saya rasa saya paham kenapa...mesti mak sayang nak tinggal rumah tu sebab kat situ banyak kenangan dia dengan arwah ayah.. Sape tak sayang laki hoiiii...

Huhu...ape agaknya saya merapu ni? Macam takde intro, klimak, dan penutup je...keh keh keh...

hanya aku yg tahu apa aku tulihhhh

Okeh sambung lagi sikit....

Sekarang ni (selama sebulan 4 hari ni) saya tinggal dengan mak ayah mertua. So far so good... Tak kisah pun tinggal mana-mana. Asalkan memudahkan semua pihak, dan asalkan bila2 rasa rindu boleh balik jenguk makku anytime. Luckily parents in law adalah orang baik2.. Bukan stok "ibu mertuaku"...hahaa...

Inipun kitoram masih mencari2 rumah sewa. Susah. Susah nak jumpa. Susah nak berkenan. Bukanlah kata takleh duduk sebumbung dgn mak mertua. Boleh. Takde hal. Tapi segan. Segan hidup menumpang. Lainlah kalau mak ayah mertua tak sihat, kita duduk sekali tolong jaga. Itu lain. Ini dua2 segar bugar. Balik keje penat2, kena ngasuh cucu plak dah...Tengah2 malam cucu nangis kena bangun plak...kesian kan? Dalam umur2 mcm ni diorang perlukan rehat... Pastu lagi kalaulah nak duduk dgn mertua, camana nak bawak mak tinggal sekali? Ni alang-alang dah duduk kelantan ni bolehlah pujuk mak duduk sekali. Boleh jaga dia. Dulu KL jauh sangat dia kata...ni dag dekat ni, grab lah peluang betul2...

Urm...doa-doakanlah korang supaya we all dapat rumah sewa cepat2..boleh set up life cepat2..boleh susun plan dan bisnes cepat2...

Okeh Nanti-nanti kita sembang pasal life kat sini ok.hihihi...

::.:: Daughter - Wife - Mom ::.::

Wednesday, March 13, 2013

Resipi | Gulai Itik

Assalamualaikum.
Resipi ni kena tulis cepat2...kut kang lupe mana nak belaja lagi. Mabeles sampai moncong2 la bibir dapat makan gulai ni. Tak segan puji sebab bukan resipi sendiri..hik hik hik...

Err...u-ols makan itik tak? Tak ek?
Itik sedap hokey. Dulu-dulu saya minat sangat dengan citer kungfu cina tu. cina suka itik kan? Mesti ade la scene itik kena gantung kat kedai makan tu kan... Itu adalah geli...tapi adventure! Aaahhh...merapu-rapu tak tau nak tulis apa. Jom kita tulih resipi jom.

Bahan-bahan :
•1ekor itik. Potong ikut suka-suka hati
•1biji bawang besar
• Setengah labu bawang putih
•7-10 biji bawang merah.
•3kuntum cengkih, 3kuntum bunga lawang, 3kuntum pelaga, 1batang kulit katu manis anggaran 3inci
•2 sudu kelapa sangan,tumbuk sampai pecah minyak (sampai jadi kerisik)
•Santan cair dari 1bijik kelapa atau ikut suka-suka hati jugak.
•Air asam jawa
•Rempah kari 2paket (agak2 dalam 2senduk), bancuh dengan cikit air.
•Garam Gula
•Minyak 1cawan

Cara :
-Itik tu rebus sampai lembut. Jangan terlalu lembut sangat.

- bawang putih tu mayang separuh. Lagi separuh blend bersama bwg besar&bwg merah.

-pijarkan minyak dlm kuali. Tumis bwg putih mayang bersama cengkih,bunga lawang,pelaga,dan kayu manis.

-Bila dah layu dan naik bau, masukkan pes rempah kari. Api perlahan ok..pastu masukkan air asam jawa. Tumis sampai masak. Iaitu bila rempah nampak dah kering. proses ni amik masa agak lama

-Pastu masukkan bawang kisar. Tumis lagi sampai masak. Iaitu bila nampak kering. Bila agak2 dah kering masukkan kerisik. Pun api jgn terlalu kuat. Sedang2 je...ni pun amik masa agak lama jugeee

-Pastu masukkan daging itik yg dah hampir lembut tadi tu. Gaul2kan dengan rempah tumisan sampai sebati. Api maintai perlahan k.

-Agak-agak dah sebati sila masukkan santan. Kalau pekat sangat boleh tambah air.

-Pastu letak garam gula cambiasa. Tunggu sampai daging itik tu betul-betul empuk. Tahap lembut dia bergantung pada selera masing-masing. Kitoram suka yg lembut amat sampai hampir2 tertanggal dari tulang tu..

-Sekian.

***gambar takde kalo mende sedap nih...keh3...

Penemuan baru : Petanda Saya Buta IT

Assalamualaikum...

Buat pertmakalinya saya menggodek2 blog press dan baru saya tahu rupanya update blog guna iphone pun boleh buat BOLD, ITALIC ,UNDERLINE TEXT ,style middle line , dan boleh buat backlink jugakkk!!!!

Ada font berbeza dan boleh kaler2 jugak...

Wohoho...ini sudah bagooosss... Selamat tinggal laptop! ;p



Sunday, March 10, 2013

Musibah : Banyak Dosa Gamaknyerrr

Assalamualaikum...

Rinduuuu nak menulis kat sini.
Tapi tak besh la update blog takde picture. Menjak2 Imtinan dah besau nih, pantang nampak henpon, mesti tunjuk icon u-tuBe. Nak tengok video..kalau tak upin ipin, pada zaman dahulu. Takpun teletubbies, ataupun videoclip voice of ummi... Agaknya dia ingat henpon tu dia punye kot???

Semalam kitorang g ganu...
(gambar takde...huhuhu...)
Kenduri arwah cik gee. Saya ziarah kubur cikgee sekali. Serius, rasa rindu sgt kat cikgee. Buat drama air mata bila tgk anak pompuan cikgee yg umur 4 tahun tu duk makan kat tepi dinding sorang2, sendiri suap nasik. Macam...alaaahai kesiannye...huhu..

Pastu on the way balik dari teganu tu, singgah beli kopok lekor. Jap nak tanya, ada tak sape2 datang ganu tak singgah beli kopok? Mcm takde kan?Sbb tu la kitorang singgah jgk. Nak beli kopok kononnya. Macam eh peliknya aku kalo dtg teganu tak beli kopok??

Ha...yg musibah nya adalah kat situ kitorang eksiden. Kat kedai kopok "Suka Ramai", Merang ke nama tempat tu..ke Penarik, ntah...Kitorang dgn Toyota Avanza. Langgar motor. Motor tu hancur. Memula dengar bunyi motor tu terbalik,punye kuat kitorang dh pucat dah. Saya dah imagine darah bersepai2 ats jln. Doa satu je jgn la ninggal ke apa budak tu. Tetiba bila keluar keta, tgk budak tu rilek je bangun takde injured walau siket pon. Pastu cek keta kitorang takde calar langsung. Tapi motor dia hancur. Tayar dah jadi macam kuih donut tersepit. Oh kejadian apakah ini?

Tapi kitorang tak wat report polis pun. Sebab report polis kan kena bayar rm300. Walopon blh claim insuran untuk cover damage 3rd party tp mcm rugi la...korang mesti paham kan camana cara syarikat insuran tu akan kira kan?

Pastu Mr.Faris hulur je duit kat family budak tu utk repair motor..Lari la budget bulan ni..huhu...

Gambar waktu kejadian memang takde...hihi...

Musibah kedua adalah di pagi tadi, tatkala menghantar kereta encik suami untuk di serbis. Aircond keta mr.Faris rosak. Sepanjang2 di kelantan ni saya guna keta dia ke hulu ke hilir. Cik myvi kecik putih comel saya tinggal kat KLIA sana nun...park kat situ utk kegunaan waktu2 emergency kalau ke KL. Sebab tak jumpa dengan bmw service center kat kelantan ni,saya pun hantar la kat satu kedai ni. (Nama takleh bagitau sebab nak citer yg x elok kan)..haha..kedai ni glamer,penah masuk paper semua lah. Konon2 tokey dia usahawan melayu yg berjaya..haih.

Sebab bizi dan byk urusan Kitorang tinggal je keta kat bengkel. G setel urusan lain dulu. Sekali dtg nk amik tgk dia ada tukat barang tak ori. Made in taiwan hokey. Berasap jantung hati perut semua..gerrram okeh. Pulak tu charge mahal. Manpower punye caj pun mahal. Kalah KL. ape nih? Topup aircond pun sampai 75ringgit. Saya biasa topup kat KL nun 50ringgot je..ape nih kali kedua..Total bill 480. Tokey dia kata ada lagi brg kena tukar ni...ada kipas bergetar2..terus rasa bengkek. Encik tokey nak caj apa lagi ni encik tokey? Barang elok pun encik tokey nak
Kata rosak. Pastu brg ori encik tokey amik, encik tokey kasi customer brg tak ori? Macam tu yek? Eiii mmg yek la perangai org melayu kalo wat bisnes macam ni..

Lepas dh amik keta dah siap repai and servis semua tu baru kitorang dapat tahu yg sebenarnya bengkel tu org2 area sini mmg dh tak hantar. Dah well known dgn perangai dia..cara bisnes dia yg x jujur..Cukup terkena sekali..cukup...cukup...cukup cukup sudah...cukup sampai di sini sajaaa~~~

Saya mcm geram sangat...dahla semalam dah burnt duit sebab eksiden. Hari ni burnt sbb kena tipu pulak..saya merungut mati-mati. Padahal duit keluar dari poket laki. Hahah..Sekali tukang keluar duit cakap..

"Takpelah...kita redha je...mungkin ni cara Allah nak sucikan harta kita..Mana tau kan ada duit kita ni tercampur dengan yg syubhah ke..haram ke..."

Sob...Sob...Sob...
Malu wooo...
Adakah perenggan terakhir itu boleh dijadikan sebagai moral of the story?Wellll.....

- Posted using BlogPress from my iPhone