Thursday, June 20, 2013

Good Friends Always Share

Assalamualaikum.




This morning i uploaded this picture on FB. Sweet isn't? Morning picture. After taking Iman, the baby, to bath and putting
on romper, I let her watch this "upin ipin" short movie. And than Imtinan,still in her pyjama, come to join.

Cecepat saya snap picture, few hours later upload kat FB with caption "Good Friends Always Share".

Well...picture always lie I think. Hehehe..
Hey they'r not best friend, yet. Always lah berebut. Waktu snap and upload gambar ni, deeply inside i pray to Allah, so that one day they will become a best friend to each other, enjoying their sisterhood till death.

As for me, seriously saya tak pernah ada betul-betul punya best friend sampai sekarang. Yang makan tido bangun baring borak lepak ketawa sedih menangis bersama. Takde. Kawan baik,kawan rapat ramai. Tapi takde sahabat yang betul-betul sahabat.
Saya suka menjadi sahabat yang boleh lend ears bila org ada problem. Rasa suka boleh menolong walaupun tolong dengar sahaja.

Style gegurl kan kalo bercerita mesti ujung-ujung tu nak ada "ni secret tau..", "jgn bagitau orang tau..," taktau la apa motipnye. Kalo set-set lelaki gagah perkasa ni takde pulak macam tu. may be ada la kot sesekali sekala, dalam hal yg betul2 rahsia.

Tapi kan saya perasan jugak la, set-set pompuan ni peel dia sepesen kan. Cerita sok-sek-sok-sek bisik kat kita konon-konon tu rahsia hati dia laaa...beramanah berwasiat segala JANGAN KASITAU ORANG! Tup-tup esok lusa dah kita dengar cerita sama dari mulut org lain pulak. I very dont like this peel lah. Tapi ramai je ladies yg macam ni. Sebab tu lah saya tak pernah ada sahabat baik yg saya boleh percaya 100%. Takde.

Pesen saya kan,kalau saya tengok org tu jenis yg buka cerita org lain,buka rahsia dan aib orang lain depan saya, saya tak percaya dia dah. Sebab saya yakin kalau dia boleh buka aib orang lain kat kita, dia jugak boleh buka aib kita pada orang lain.

So pada saya berkawan is berkawan. Touching2 is no. Jaga ukhuwwah. Jaga persaudaraan. Nak bercerita hal hati perasaan tu tak. Saya tak kisah nak dengar masalah orang nak tolong orang. Tapi saya ada masalah lah nak bercerita hal saya kat orang. Sebab saya susah nak percaya orang.

Ok. Jap rewind balik.....sreeeereet bunyi tape rewind kat radio zaman dulu-dulu.

Tap!
Yes, dulu time sekolah saya ada dua orang kawan rapat. Sangat rapat. Sorang saya panggil Lisa dan lagi sorang Chah. Saya dengan Chah ni sampai SPM je. Lepas tu takde dah,dia macam menyepiiii terus. Mesej pun benda penting2 je. Taktau pasal apa jadi macam ni. Mungkin sebab dia pegi kolej matrikulasi yg tak sama dengan kitorang (saya dan lisa).
Jadinya rapatlah saya dan lisa ni sesungguh-sungguhnya. Lisa tu sampaikan taknak pergi pusat matrikulasi sebab saya tak pegi. Tetap nak ikut saya masuk UIA jgk. Waktu kat UIA macam belangkas. Kos lain-lain pon boleh kata tiap2 hari jumpa. Serius saya memang sayang lisa ni. Best friend ever. Tak pernah menipu saya. I can read people who lie...haha budget sgt kan nak psiko orang. Bila dia kena pindah ke kolej kuantan dan saya di gombak menangis ya ampun budak lisa ni macam kan kuantan ke gombak tu kena seberang laut patbelas jam. Oleh sebab itulah sanggup dia ulang alik kuantan gombak sebab nak jumpa bestpreng dia ni...hehe..

Pernah satu hari tu, something happened to her. Nun jauh di Kuantan sana. Saya waktu tu tengah sakit (memang waktu belajar dulu saya banyak sakit. Scan sana scan sini sama je takde sihat ke apa pun). Waktu tu saya baru setel check up kat klinik. Balik dari klinik singgah merewang jap. Tetiba dia call nangis2....adala benda yg jadi waktu tu. Tengah-tengah maghrib tu saya berlari (naik keta) rush from gombak to kuantan. Betapa sayangnya saya kat dia. Sampai-sampai sana terus dia boleh senyum macma dah takde apa2. Kan? Aura sahabat baik.
We did share everything. Sampailah bila Lisa ni ada boypreng (dah jadi laki dia pon sekarang ni)...i stop telling her words. Saya cuma menjadi pendengar setia tapi bukan lagi pencerita. Nampak tak kenapa? Sebab saya taknak nanti lisa story mory hal saya kat boypreng dia. Haha.. Ko jgn kecik hati ok lisa...

Plus, bila saya dah bersuami. I told to myself, (ok... i keep telling this to myself till now ) : Jadikan suami sahabat. Jadikan suami sahabat. Jadikan suami sahabat.

Sekarang ni, dia jelah sahabat yg benar-benar sahabat. Takde rahsia. Baik dia baik saya. Tak puas hati tengking cakap elok-elok. Kalo puas hati puji elok-elok.

Harap-harap dua anak dara saya ni akan jadi bestfriend sampai besar sampai kawin sampai beranak bercicit. Sampai bila-bila. Lebih baik punya kawan baik dari darah daging sendiri. Jauh mana pergi pun akan balik bercantum juga. (peribahasa sendiri reka). Buruk baik pun adik beradik sendiri, tidak-tidak aib dalam kain tak terdedah merata. Kan? Amik peribahasa melampau sangat..hihi..

Lisa. Aku tetibe rindu kamu.

Saya tahu dia tak tau pun kewujudan blog ni.hahahha...

~Tata~

Daughter - Wife - Mom

Wednesday, June 19, 2013

Disaster!

Assalamualaikum.

Malam tadi jam 11malam lepas susukan Iman, sambil layankan imtinan, dak baby tu dah tidur, ajak Imtinan slow2 keluar bilik. Saja nak delay sleep time dia, sebab pukul 11.30 nak g jemput Mr.Faris kat airport. Walopon sebenarnya Imtinan tu dah nagntuk sangat dah. Terkuap-kuap mulut dia.

Sekali bila keluar bilik......amik! Bersepah ya Allah, macam kena masuk perampok! (err..perompak!). Berkecah2... Ni mesti keja Imtinan nih. Terus i stared at her. Dan2 jugak dia buat muka teruja sambil cakap "Whoooaaaaaa!!!" -nganga mulut besar2..

Baru teringat tadi saya pujuk baby Iman, menangis je dua tiga hari ni. Imtinan mungkin rasa terpinggir. Dia mintak saya temankan dia main game kat ipad. Mintak saya temankan dia tengok kartun "براعم" kat utube, semua saya tak layan. Adakala rasa geram bila dia buat perangai sepah2 kan ni.. Tapi bila pikir2 balik tu cara dia nak tarik perhatian mamanya nih. Budak2 pun tau kecik hati bila kena berkongsi kasih sayang. Cemana la ek org bermadu blh hidup aman damai? Tabah sungguh... (tiba-tiba menyelit).

Kecah yang Imtinan buat sgt teruk kali ni. Dia panjat almari dapur, tarik plastik milo,nescae,horlick..semua kasi bummmm jatuh ke lantai. Sebab saya letak agak tinggi dah tu still dia cuba capai jgk. Then ditabur2 merata. Atas meja tivi, atas lantai,bwh meja makan,semuaaaa tempat dia g letka paket2 kecik nescafe and milo tuh.






Lagi haru bila bukak box mainan dia ada sebekas biskut tiger???? Homaigod...toys dia bersepah toksah cerita. Selimut,cadar,baju kotor semua dia letak merata2..atas babychair,tepi dinding,semuaaaa tempat lah.
**yg bulat mcm tembikai tu bukan tembikai tau. Dia cuma bola. Dia??tak..Ia. Ia cuma bola.

Tengok jam pukul 11. Tarik napas panjang, kiss dia kejap. Sejukkan hati sendiri. Snap picture jgn looopa ye..hihi...Terloncat2 mama mengemas. Hati tak tenteram kottt laki balik keje umah bersepah. Hahaha...

Taktau nak cerita apa sebenarnya..

~Tata~


Daughter - Wife - Mom

Monday, June 17, 2013

Buah Hati Mama

Ok ni sambungan entry yg sebelum ni.
Saje geletis buat lain2. Saje. Memang saje2.

Hari tu kan ada hal dengan TM kan. Pastu dua toga hari lepas apply lagi. Only application. Tak dapat2. Nak nanges je rasa. Sedih. TM, kenapa awak buat saya macam ni TM? Sampai hatiperut. Tak setel2 lagi. Malas dah nak amik tau. Mulai hari ni kitaaaaa putus! Awak jangan kontek saya lagi! Saya menci awak! Tapi kalo saya duk KL balik nanti saya cari awak balik tau...sebab saya sayang unifi tu...hihi..

Try apply maxis broadband. Pasal celcom jgn haraplah. Tu lagi pelsu. Asyik no servis je. Kalo calling2 terputus2 sokmo. Stress. Tadi terus g maxis apply broadband, dan2 tu jgk dapat. Lepas dua jam, cukup2 dua jam dari masa yg tercatat kat resit payment terus boleh on. Laju. Alhamdulillah. Meh kita try tepek gambar barang sekeping dua.



















Daughter - Wife - Mom

Alhamdulillah dah dpaat intenet!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai beberapa perkara hari ini. Hal canopy untuk kenduri kawin adik ipar setel. Kompem dua canopy book. Bapak metua tengah fenin garu pala pasal budget, anak menantu sesuka hati je order2..he2,dont wort la Bah,we got best deal apa. Rm200 utk 2canopy 20x20 mana nak cari? Oh by the way kan, family belah Mr.Faris ada kenduri soon. Early July,dekat nak ramadhan dah tu. Bestnye boleh buat2 bizi. Lama dah tak bizi. Foyooosss...

Tadi jgk tengahari buta g apply bukak kaaun bank rakyat. Sebab nak kuarkan dividen syer. Ai ada syer tau kan bank rakyat. Dua juta. Hahaha..toksah le pecaya. Berangan memang best. Berapa sen je pun duit ada. Haha.. Kuarkan dividen duaploh hinggit. Doploh hinggit pon duet tetap DUEEETTTTT... Pastu yang kelako-nye bejaya memalukan diri sendiri , dengan isi borang salah merapu2. Macam orangbuta hurup je cara-caranya. Untung nama je la betul. Yang lain2....kelaut semua. Alih2 kasi officer tu je yg isi. Nampak nau dah lama tak buka akaun. Pastu rasa malu melampau nak lipat-lipat muka letak celah dompet je rasa bila officer tu tanya nak masuk duit bape inggit kak? Seploh je lah.. Muka dia macam tahan gelak je. Tak boleh kak minimum doploh inggit. Okeh, laju2 kuarkan not 50sekeping. Budak tu cakap, ha takyah baki la ek,50 terus jela kak. Menjojol biji mata akak kau ni dik. "eh tak boleh! Duaploh je.."
Kede*** sangat akaknya nih.
Macam gelabah gile kan taknak jugak kasi semua lima ploh tu,padahal boleh je kuarkan balik kan....hahahha..
Ni cara-cara orang takde duit ye adik-adik...

Eh tajuk tadi pasal apa ek? Intenet kan?

Nak cakap dah ada intenet ni. Laju boleh tahan. Tu je. Sekian.

~Tata~

Daughter - Wife - Mom

Friday, June 14, 2013

Nak turun KL

Assalamualaikum,

Esok Mr.Faris balik. Seronok je rasa. Tengok Imtinan ni sepanjang hari ni moyok je. Buat tu tak kena buat ni tak kena. Tu cara-cara budak bosan la tu gayanya.

Dahlah pandai melawan sekarang ni.
Mama cakap "imtinan,wash u-uk!"
Dia geleng pala sambil selamba jawab "Acee" maknanya dia taknak. Menjawab kan? Homel je.

"imtinan, canteknya kalau sikat rambut ni..nak mama sikat tak?"

"acee" jugak.

Dah besar anak mama, lagi seminggu cukup 21months old. Pandai dah tunjuk perasaan. Bermain dengan tantrum. Silalah anak. Sila. Semua ni kenangan mania untuk mama dan papa kenang bila kamu besar nanti.

Oh,esok mr.Faris balik dan kami plan nak turun KL. rindu sangat dah saya dengan KL. serius. Kurang lebih 9tahun saya di KL. jatuh bangun sakit demam banyak di sana. Mana tak rindu. Di KL lah saya belajar berdikari, tanpa keluarga tanpa sedara mara. Di KL Lah saya menuntut ilmu. Di KL jugalah saya bertemu Mr.Faris utk kali pertama. Di KL jugalah saya membina persahabatan dengan kawan-kawan. Di JL jugalah kami membina hidup sebagai suami isteri. Membina sebuah keluarga. Di KL jugalah tempat saya melahirkan anak-anak saya. Sungguh saya rindu sangat rasanya nak ke sana.

Rindu ayam goreng+sambal belacan cafe Halimah di UIA. Paling utama nih. Hahaha.

Tapi above all rasanya nak ke Kinnokuniya atau MPH atau Popular untuk cari bahan bacaan anak-anak. Sedar diri dah jadi mak.

Nota untuk Mr.Faris : Jangan risau, saya tak pernah rindu IKEA dan Jalan TAR. Hehehe...


Daughter - Wife - Mom

Thursday, June 13, 2013

Rindu

Assalamualaikum.

Pernah rasa rindu? Mestila kan.. Semua orang penah rasa rindu. Rindukan kenangan, rindukan orang yang disayang.
Dalam hidup saya, ada dua perkara yang saya rindu dan bila rindu tu datang saya jadi sedih sangat. Sedih sebab

Rasa rindu tu takkan bawak ke mana. Statik kat situ je. Paling tak merembes airmata. (Pompuan sangat kannnn..haha)

Pertama. Rindu arwah ayah. Yang saya panggil Baba. Hebat macamana pun rindu tu tak kemana pun. Takat tu jelah. Rinduuuu nak salam dia,peluk cium dia. Rinduuuu nak bau minyak wangi dia. Rinduuuu nak berdebat dengan dia. Dia macam takde date khusus yang bila rindu kita boleh kira tinggal berapa hari lagi ek nak jumpa. Sabar. Sabar. Esok. Lusa. Tulat. Tingggg!!! Dah boleh jumpa... Takde tau. Dia takde macam tu. ni jenis rindu yang sampai bila-bila pun tak boleh nak jumpa, tal boleh nak peluk cium, tak boleh nak bau. Rindu yang ni sakit. Makan dalam. Diam tak diam dekat 13 tahun dah menanggung rindu pada arwah ayah.
Moga bertemu di syurga.

Yang kedua. Rindu mak. Yang saya panggil Ma. Rindu waktu dia sihat cergas dulu. Rindu kelur pasar minggu sama-sama dengan mak. Rindu nak makan masakan mak. Rindu nak pakai baju mak jahit. Tapi berenti kat situ je lah rindu tu. Tak kemana pun. Takkan ada "satu hari nanti" yang mak boleh buat balik benda2 tu semua.

Past is past. Kalaulah kenangan tu boleh simpan kemas2 dalam folder. Bila rasa rindu tekan button mesin masa, ada bunyi sikit2, pastu ting!!!! Dah kembali ke zaman yg kita rindu. Best! Kan saya dah cakap berangan itu best. Ahhh very the Doraemon.

Sebenarnya ni ha tengah rindukan cik abam. The 16days off dah berlalu. Hari ini hari pertama kembali kepada rutin biasa. Pagi tadi hantar Mr.Faris ke airport, on the way tu diammmm je.

"Abang nak singgah beli nasik utk ayang jap ni."

Diam.

"Ayang nak lauk apa?"

"ikutlah"

"Ayam goreng nak?"

"Boleh je"

"Ayam percik ok?"

"Ok jgk"

"Ke nasi kukus?"

"ntah.."

"Ayang........."

Drama sebabak di pagi yang menghampiri ke tengahari. Tapi rindu yang ini sakitnya tak mendalam. Sebab boleh count the days down, esok lusa tulat...dah muncul depan mata. Dah hilang rindu.

Malam ni Mr.Faris fly to Auckland. Bertabahlah wahai hati menunggu Sabtu tiba. Nanti kita bertemu lagi. Hahaha. Waktu itu hilanglah rindu. Tapi rindu pada arwah ayah dan kesihatan mak takkan ke mana-mana. Hanya doa mudah-mudahan diberi peluang melihat wajah ayah dan mak di syurga dalam keadaan yang ceria. Satu hari nanti. InsyaAllah.

**kalau punya kesempatan teringin nak buat series of entries tentang kenangan saya bersama mak, bersama arwah ayah dan bersama suami juga anak-anak.



Daughter - Wife - Mom

Tuesday, June 11, 2013

Taman Indera Petra

Assalamualaikum.

Selepas 4bulan bermukim di negeri tumpah darah sendiri, (oh...seronok berpujangga di malam hari) akhirnya saya jumpa ini. Taman Indera Petra. Errr, taman tema air saya kira. Kecik je tempatnya. Bersebelahan dengan pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri).

Jap...pujangga tu apa maksudnya?

Kira ok la bwk budak2 mandi manda. Walopon nampak macham bapak budak je yg lebih seronok. Muahaha... Orang kata tak best. Tapi saya rasa best je. Sebab MURAH. Dasar kede***. dan pakaian BEBAS. Saya masuk dengan jubah je. Mampu? ;)

Fee based on age.
2 tahun ke bawah : RM free.
3 - 6 tahun : RM 2 (kot..)
Sekolah rendah : RM 5
Sekolah menengah : RM 6
Adult/penjaga : RM 3

Kitorang ni anak dua-dua bawah umur 2tahun. So bayar untuk penjaga je lah untuk dua orang nam riyal (wah...ala2 tanah arab gitu bunyi matawangnya..hehe). Sebab tu la kot penjaga berendam tak ingat kan..hihi..

Ada dua sesi tiap hari. Pagi start kul 10. Sesi petang kul 2-7. Weeken saya tak tahu. Memang takde niat nak pegi weekend. Sah-sah ramai orang kan. Marilah kita berenang-renang di hari biasa je.

Err..gambar tu gugel sendiri la ek.. Tak kuasa nak bawak aifon masuk kolam. Huhu..kang terjatuh dalam air nangis fri je.
Esok nak pegi lagi. Kalo rasa mampu nak snap gambar nanti saya kongsi.

Tata~~~


Daughter - Wife - Mom

Sunday, June 9, 2013

Dua Minggu Cuti Adalah Seronok!

Assalamualaikum.

Wah..tajuk tazkirah..panjang kemain. Abaikan.

Saje nak berbangga, Mr.Faris cuti bersidai kat rumah kirang lebih dua minggu jugak ni, seronok uiks. Berbahagialah isteri-isteri yg laki nya dapat cuti panjang kan? Ber-arti juga, dapatlah bersidai juga dari workload yang banyak itu. Hollloh surirumah pon banyak keje tau..hihi..

Tidak2 pon, bangun pagi rumah dah ada orang sapu, geliat-geliat malas siket, pass Imtinan kat papa, nah anak kamu kita. Papa mandikan. Papa gosokkan gigi. Papa pakaikan baju. Papa sikatkan rambut. Mama mandikan baby Iman je.....pastu mandikan diri sendiri.

Breakfast ready. Roti bakar+kaya+mentega. Cukuplah tu. Serius, rasa hilang separuh penat. Macam nak cakap je kat Mr.Faris ; "berenti je keje bang...kita duk rumah mcm ni kang seronok". Belum habis cakap mesti ada yg kena ketuk pale kan.. Berhentilah berangan. Lagi tiga hari je belen cuti tinggal. Bersyukurlah dengan kesenangan yg Allah bagi walaupun bersifat sekejap. Hidup kena balik pada asal. Terima dengan redha yg dia harus pergi mencari rezeki untuk tanggung anak2 dan bini yang kuat makan nasik nih.

Insaf (T_____________T)

Orang dulu-dulu mesti best kan? Zaman2 dulu macam dalam cerita2 P.Ramlee tu. Zaman laki bini kerja sama2. Macam seronoknyeeee...Saya kalau nonton tv cerita melayu lama macam ni mesti cakap kat Mr.Faris.. "Bang,jomla benti keje bang, kita turun sawah sama2..makan nasik lauk pucuk ubi amik belakang rumah, ikan tangkap sendiri kat sungai..seronok!".

Orang sebelah muka bengkek je..haha,sabau ye bang..sabau.

Eh betul..kalaulah saya diberi pilihan, saya nak je jalani hidup macam tu. Rumah keciiik je. Laki bini keje banting tulang sama2, turun sawah buat padi. Tanam sayur, pastu ada kebun sikit2, turun sungai tangkap ikan sama2..seronok hoiii..yang penting bebas dari loan bank! Haha... Yang paling penting lagi 24jam hadap je muka laki bini anak masing2.

Oh mintak2 malam ni tidur mimpi hidup di zaman dulu2...

Ok,bai...gudnyte (^__')

Daughter - Wife - Mom

Sunday, June 2, 2013

Kadang-kadang Update

Assalamualaikum.

Lama menyepi. Kali ini bukan sebab sibuk. Mari kita cari alasan apa yg lebih kukuh ye...INTERNET!!!
Bukankah internet tu nyawa sebuah blog? Takde internet takde blog. (ker boleh update offline?mane buleh kan?err..ke boleh ek?)

Alhamdulillah saya dah pindah rumah baru. Banglo bilik nam bijik siap pool tiga pat bijik, maid tiga pat orang, semua cukup lengkap, luas dia ala-ala istana negaea nuuu...best wooo...best best best...Ya...berangan tu sangat best!
Ahahaha.

Alhamdulillah...keluarga kecil kami dah pindah dah. Tinggal di sebuah homestay dengan kadar sewa RM900 sebulan. 3/5/13 kitorang pindah masuk rumah ni. Lepas tu terus senyap tak mampu nak update. Sebab takde internet connection. Bukan takat 3G. Line pun kadang2 kosong terus.

Lepas seminggu pindah saya ke TM Kota Bharu, nak apply streamx. Katanye kena tunggu lepas pilihanraya. Sebab kalau apply waktu tu pun segala proses takkan diurus, ada masalah sistem (yg saya taknak ambik tahu..kalo tahu tak paham pun juge).

Lepas PRU haritu saya apply lagi.

"Selepas 7hari bekerja technician akan g pasang" Itu kata pegawai bertugas.
Tapi takde ponnn... Laju2 call..haha.

Lalu mereka berkata, "Oh kawasan encik tu tak boleh pasang la..sebab kabel (ke main supply ke apetah) rosak. Kena baiki dulu. Lepas tu baru boleh encik".

"jadi agak2 bila ye boleh siap baiki benda tu?"

Mereka berkata lagi : " Kejap je...kita dah hantar orang baiki tu.."

"So esok boleh la technician dtg pasang ye?"

"Eh tak boleh encik...encik kena datang apply balik.. Nanti lepas 7 hari bekerja baru kita g pasang,"

"aik? Kan saya dah apply hari tu?"

"oh..yg tu dah otomatik terbatal."

"apsal pulak?"

"sebab tadilah, mcm yg saya eksplen tadi lah..sebab kabel(or nama ape tah - i'm not sure) rosak"

Lalu jawab saya : " Oh...baguslah sistem awak, kabel awak yg rosak application saya boleh otomatik terbatal ye? Form yg saya isi dan submit semua tu tak dikira lah? Molek sangatlah..dahlah tak inform customer."

Ini kabel rosak atau ofis terbakar???!!!

TM pleaseeee...up sket la custoemr service tu... Kat KL cara KL, kat KB cara KB...semua same jeee... Banyak hal dah jadik dgn TM ni, kang buat surat rasmi komplen dgn org atas kang...haish!! Ok,janji..nanti kita ngumpat pasal Tm ni eh...hahaha.

Tengok, tak pepasal mood swing tetiba bile cakap pasal TM. Dahlah kita borak lenkali plak..
Bai asslaamualaikum.

p/s : Alfatihah untuk arwah Mak Ijan, bonda kak ati Aku Bukan Bidadari yg baru kembali kerahmatullah. Semoga kak aty sekeluarga diberi ketabahan oleh Allah...Amiiin..

Daughter - Wife - Mom

Saturday, April 20, 2013

Random : Tentang Kehidupan

Assalamualaikum, lama amat rasanya tak update rumah sendiri. Asyik berkunjung ke rumah orang saje tiap2 hari. Takde sebab lain melainkan sibuk,sibuk,dan sibuk. Menyelusuri celah-celah kehidupan yang berliku benar-benar perlukan kekuatan, bukan sahaja dalaman,malah luaran.

~ohhh...rasa ingin berpujangga di malam hari~~ hahaha

1. KESIHATAN
Kisah tentang nikmat kesihatan yg ditarik sekejap. Tapi terasa lama. Bermula dengan Sofiyya Imtinan demam. Demam kali ni biasa-biasa saja. Suhu adalah 38-38.5. Kebiasaannya demam budak ini adalah bersuhukan 39-40. (wah...bersuhukan? Korang mampu? Hahaha) Lama juga,1week. Hujung2 demam, tumbuh 3batang gigi geraham dan 1gigi taring. Hilang demam, bersambung dengan batuk dan selsema. Kemudian setel. Bersambung pulak dengan si adik Sofiyya Imaan, mula dengan selsema dan batuk..Alhamdulillah tak demam. Bila adik setel selsema dan batuk, (makan seminggu jgk), si kakak Sofiyya Imtinan batuk & selsema balik.. Pastu adik pun kembali berselsema..Mama pulak selsema..Papa pulak batuk...semuanya berterus-terusan, sampai ke saat ini..

Apa puncanya? Air minum tak bersihkan? Ubat nyamukkah? Atau cuacakah? Kah? Kah? Kah? Arghhhh.... (only moms know how hard the life is when anak-anak demam...right mommies?)



**budak demam**



** dua budak demam **



** dua budak demam sedang bermain **



** cubaan membuat duckface????**

2. EMOSI YG TAK STABIL
Akhir-akhir ni, emosi sangat tunggan langgang. Whats wrong with me eh? Pregnant lagi tak? Huhuhu... Kalau cakap "hopefully not" bunyi mcm jahat dan tak menerima rezeki kan? Haha...you are absolutely wrong if you think soooooo.... Jangan cepat melatah, put yourself in the same boat then you will understand. SAME BOAT, simply means SAME. same size,same colour. As simple as that.

Kadang-kadang mengantuk yaaa amat. Boleh terlena walau anak-anak sedang bergelimpangan. That was so not me. Saya adalah ibu yg takkan boleh lena kalau anak-anak tak tidur lena. Reason : risaukan keselamatan anak-anak, lebih2 lagi Imtinan yang pandai merayap ke sana sini. Memanjat naik dan terjun meja mahupun kerusi!! Tapi tulah...cane rlah boleh lena sedangkan iman pulak tengah melalak..celik2 mata tgk Iman dah lena...huhu..

Mungkinkah kerana stress? Ntah...
Err..nak stress-kan apa ye dak?


3. TENTANG RUMAH
We hope to settle down late by end of this month. Ape ke susah benar nak dapatkan rumah sewa di bumi kota Bharu ni? Hurm... Rasa-rasanya problem bukan pada rumah, tapi pada diri sendiri. Saya dan Mr.Faris adalah dua makhluk yang sangat teliti memilih. Errr..fussy to be exact. Yes, FUSSY. Tanpa segan silunya mengaku kami berdua adalah cerewet. Till akhirnya, kitorang decide to stay in homestay. Takpelah,homestay pun homestay lah....tapi homestay pun ada jugak tak eloknya..kadang2 ada homestay yg toilet dia nampak kuning2 karat kat tiles tu macam degil dan tak mo hilang wlaopon dirotan berkali-kali...saya tak boleh terima itu!!! Takbleh...takbleh..

Gigih tak kitorang g sewa h0mestay yang belum siap? Kih3...waktu g tengok tu,rumah tu still dlm proses lagi. Cat je dah siap. Tingkap belum pasang. Shower belum pasang. Pintu kabinet tak siap lagi. Pastu kitorang g booking dgn owner dia by 1/5 kitorang nak masuk homestay tu,nak sewa 1year. Owner dia kata set nanti by 1/5 dia setelkan semua siap perabot dgn alatan dapur,aircond semua sekali...wahhhh...we agreed. Done.

Yang penting bagi saya : BERSIH. Rumah baru,belum ada org duduk lagi mestilah bersih...kan? Pastu owner plk nampak jenis yg jaga rumah elok la...ok at this point kitorang puas hati..

4. TUNGGANG LANGGANG
Rasanya hidup kitorang sejak pindah duk kelantan ni macam tunggang langgang sikit. Kejap berangkut rumah parents in law. Kejap berangkut balik umah mak sendiri. Pastu kain baju barang-barang semua bertimbun sana bertimbun sini. Owh saya tak boleh! Tak boleh...huhu.. Kan tadi dah ngaku fussy?

Errr agaknya sebab ni lah kot stress melampau2, sampai milk production drop...huhu.. Bukan sebab pregnant nih.. Haha (ayuh sedapkan hati sendiri)...

Ye,saya adlaah bangsa yang "organize"..ada term specific tak untuk manusia mcm ni? Huhu..segala dokumen saya simpan dlm file elok2.cm slip gaji,bil internet, bil astro, masing-masing ada file masing-masing. Pastu susunatur baju anak-anak, pun ada cara dan style sendiri. Cara saya lipat dan susun baju pun tak sama dengan org lain buat. Arghhhh....ape nih...

Saya dan suami memang dua-dua pun bangsa cerewet. Mr.Faris kalo basuh baju, guna mesin full auto, tapi sanggup tunggu buat ala-ala manual sebab nak make sure baju maintain wangi... Mr.Faris kalau jemur t-shirt tak boleh pakai hanger. Sebab takut nanti bahu baju tu tak cantik bila size panjang hanger tak sama dgn saiz panjang bahu baju... (abaikan-sebab korang mesti tak paham apa saya cakap ni...hahahha).. Saya pulak kalau angkat baju dari ampai, saya tak longgok dlaam bakul. Saya bentang selai2 atas lantai saya susun bertindih. Sebab saya tak suka tengok baju berlonggok nanti berkedut! Saya tahu being too fussy akn menyusahkan diri sendiri, tapi dah saya suka nak buat caner...hahaha...

In our relationship ni kan, kalau dah rasa stress to the utmost,selalunya kitorang akan have kind of talk at night, bila anak2 dah tidur...ataupun dalam kereta waktu on the way ke mana-mana..sekadar meluah apa yg terbuku di hati..sekadar mencari sikit ketenangan..kitorang tak pernah ada best friend lepas kahwin. Baik saya mahupun suami. Dialah sahabat sejati saya tempat saya bermanja,tempat saya mengadu stress ke apa ke. Sayalah jugak sahabat sejati dia tempat dia mengadu penat lelah,hal-hal kerja, teamwork problem...thats why la sampai ke part meeting ke apa ke semua dia akn cerita...

And,semalam...suddenly mr.Faris whispered to me :

"Sayang...i miss our life in PV8 dulu...everythings were smooth,happy,"

Me? Cried...... Did i make a wrong decision?




Daughter - Wife - Mom